Saturday, December 31, 2005

xtvt sehari sblm thn baru

assalammualaikum..

hari ni 31/12/05.. hari terakhir dlm thn 2005. beberapa jam lagi bermulalah tahun baru 2006 bagi tahun masihi. kejap je rasanya masa berlalu. biasanya menjelang ujung bln 12 mesti me teringat balik satu mimpi yang pernah me alami bln 10 thn 2001. lama tp me still ingat sbb mimpi tu pasal kawen. haha. kat dlm mimpi tu me tgk persiapan kawen me dilakukan oleh ahli keluarga dan kengkawan me.. dan yg peliknya me tak tau majlis tu adalah majlis me sehinggalah me diberitahu oleh seorang rakan (masa tu diorg siapkan me dgn pakaian yg cantik) bahawa me harus rasa gembira dan pakai cantik2 sbb hr tu hari bahagia me. terkejut gak la. dan dalam mimpi tu me ditunjukkan kad undangan perkahwinan yg ada nama me dan pasangan (tak taula nama saper) dan juga tarikhnya adalah 31/12. tahun me tak ingat or mmg tak tau thn bila. huhu.. terkejut beruk la. merecik2 peluh time tu takut nye pasal. geram pun ada. mcm2 perasaanlah time tu. sampailah waktu akad nikah, first time me tgk bakal suami me, tp smpi laa ni me tak tau saperkah dia. hehe. adakah org tu adalah org yg me kawan sekarang? wallahu'alam... me tak tau.. bgn tido tu me pandang keliling. mmg bdn basah dek peluh. mengucap me. tgk kalendar bln berapa. pas tu bila ujung thn me cuak giler. berdebar2. adalah 2 ke 3 thn tiap kali ujung thn me risau. takut kena kawen paksa. haha. tp tak der apa2 pun.. :D perasaan me je..

erm.. sebenarnya skrg tgh rasa sakit perut angin, loya nak muntah dan ngantuks... baru lps berurut. angin byk dan perut problem. buat masa ni me kena berurut at least sekali sebulan. kalau tak bdn sakit. alhamdulillah lps urut bln lepas bdn rasa sihat sikit. insyaallah tak lama lagi oklah. tgh2 berurut td alang sampai dr ipoh. laa ni dia tgh tido. me pun nak tdo sat lagi lepas solat asar.

hari ni me tak g memaner kot. dok umah je. rehat2. td jln kat depan umah ni jem giler. hari cuti kan ramai yg kuar. mcm2 xtvt. tambah lak mlm ni thn baru. shopping ke, kenduri ke apa ke. tak larat la nak bersesak2. baik me dok umah lepak, tdo, tgk tv, kemas rumah, study dll. study?? hehe.. insyaallah..

smlm me cuti. sajer amik cuti ujung thn. me ada 1 hari lagi cuti dan me carry ke thn dpn. so thn dpn total ada 15 hari je cuti. huu.. 3 utk xm final sem 7 ni, 4 utk xm sem depan. lebih tu utk raya, urgent dll. tgh hari me g umah along. tolong jaga sufi sat sementara abg long g solat jumaat. pastu kitorang (termasuk along) g care4. along amik half day kot. sbb tu dia blk cepat. asalnya nak g ngan hani, tp dia g dating ngan pak we dia lak. sabo jer ar. mlm g kckl. ada discussion ngan group projek AI. dr kul 9 sampai kol 10.45 me kat saner. kol 11 lebih kot br dpt bas. lewat tul balik. tido kol 1 lebih.

hmm.. tak der nak citer apa pun lagi.. mungkin mak mai sini kot esok. me mungkin nak g opis utk print nota2 yg tak print lagi. + study kat saner. hmm.. ngantuk + letihnya...

k ya.. solat asar dulu and mau tidur sat..

slmt tahun baru 2006

~comei~

Wednesday, December 28, 2005

tazkirah

Bismillahhirrahmannirrahim…..

Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, yaitu Al Kitab (Al Qur'an) dan dirikanlah SOLAT. Sesungguhnya SOLAT itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingati ALLAH (SOLAT) itu adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). Dan ALLAH mengetahui apa yang kamu kerjakan (secara terang-terangan atau secara sembunyi-sembunyi.
Al-Ankabut :: 45

Dan orang-orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan SOLAT, menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan (ZAKAT atau SEDEQAH), secara sembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan. Orang-orang itulah yang mendapat kesudahan yang baik.
(Ar-Ra'd: ayat 22)


update (2.14pm)

Allah SWT berfirman: "Sesungguhnya umat ini adalah umat yang satu, dan Aku adalah Tuhanmu, maka sembahlah aku." (al-Anbiya: ayat 92),

firman Allah SWT, "Sesungguhnya mukmin tu bersaudara, maka damaikanlah dua saudaramu (yang bertelagah)." (al-Hujuraat: ayat 10).


update 30/12/05 (12.48am)

Dari ‘Asma binti Abu Bakar as-Siddiq r.a katanya, dia datang kepada Rasulullah s.a.w, lalu dia bertanya:”Ya nabi Allah! Aku tidak mempunyai apa-apa untuk disedekahkan selain yang diberikan Zuber (suamiku) kepaku (untuk belanja rumahtangga). Berdosakah aku apabila wang belanja itu kusedekahkan ala kadarnya ?”Jawab nabi s.a.w :”Sedekahkanlah ala kadarnya sesuai dengan kemampuanmu dan jangan menghitung-hitung kerana Allah akan menghitung-hitung pula pemberian-Nya kepadamu dan akan kedekut kepadamu.” (Muslim)

Tuesday, December 27, 2005

update 271205

sajer bukak entry baru utk update :)

1. nak dkt tgh hari td kak noris minta me call ust zakuan utk buatkan solat hajat utk kak gie. dgrnya dah kritakal sbb tumor pd otak dia. skrg kak gie ada kat wad icu hospital kat kelantan. hmm.. terbayang lagi keceriaan kak gie masa kitorang g melawat dia hr tu.. innalillahiwainnailaihirraji'un.. semoga segala urusan kak gie di permudahkan.. dunia akhirat.. amin..

2. biasa dgr radio tak? tak silap me radio kl suka putar lagu jepun ni. me tak tau tajuk dan saper yg nyanyi. hr ni me on winamp kat pc me dan add lagu2 best yg me nak dgr. adalah juga lagu jepun ni. tak sangka lak lagu yg me cari2 mmg ada dlm pc. haha. sbbnya pc ni kiranya 2nd hand kat tgn me. folder lagu2 dia mmg me tak buang. so dptlah dgr lagu ni dan nilah dia lirik lagu tu.. :) kalau nak dgr lagu ni kasi taulah kat me. nnt me emailkan.

kiroro - mirai e
Hora ashimoto wo mite goran
Kore ga anata no ayumu michi
Hora mae wo mite goran
Are ga anata no mirai

Haha ga kureta takusan no yasashisa
Ai wo idaite ayumeto kurikaeshita
Ano toki wa mada osanakute imi nado shiranai
Sonna watashi no te wo nigiri
Isshoni ayundekita

Yume wa itsumo sora takaku aru kara
Todokanakute kowai ne dakedo oitsuzukeru no
Jibun no story dakara koso akirametakunai
Fuan ni naruto te wo nigiri
Isshoni ayundekita

Sono yasashisa wo toki ni wa iyagari
Hanareta haha e sunao ni narezu

Hora ashimoto wo mite goran
Kore ga anata no ayumu michi
Hora mae wo mite goran
Are ga anata no mirai

Sono yasashisa wo toki ni wa iyagari
Hanareta haha e sunao ni narezu

Hora ashimoto wo mite goran
Kore ga anata no ayumu michi
Hora mae wo mite goran
Are ga anata no mirai

Hora ashimoto wo mite goran
Kore ga anata no ayumu michi
Hora mae wo mite goran
Are ga anata no mirai
Mirai e mukatte
Yukkuri to aruite yukou

translate: mirai e ni maksudnya future kot :d kot je la.. me tak tau..
Look, watch your step
This is your path
Look, watch in front of you
That is your future

Mother gave me so much kindness
Holding on to love, I refrained as I walked
At that time I was still young and didn't know the meaning
She grabbed the innocent me tightlyand walked together

Since dream is always high up in the sky
I am afraid of not reaching it, however I continue to pursue it
Her own story, because of it, I don't want to give up
When I felt anxious, she grabbed me tightlyand walked together

That kind of kindness, sometimes I dislike
I cannot be docile to my separated mother

Look, watch your step
This is your path
Look, watch in front of you
That is your future

That kind of kindness, sometimes I dislike
I cannot be docile to my separated mother

Look, watch your step
This is your path
Look, watch in front of you
That is your future

Look, watch your step
This is your path
Look, watch in front of you
That is your future
Facing the future
Walk slowly toward it

cuti

assalammualaikum.. slmt hari selasa :)

hari ni dtg opis sunyi sepi. wing kitorang kat tkt 43 ni ada dua unit. masuk2 opis kena lalu unit aidil dulu (dulu nama dia e-marketing, skrg tak pasti. sama kot). masuk je kat unit me senyap je. tak der partition pun antara dua unit ni. so dr pintu dah nmpk saper ada dan saper yg tak der. exec yg ada 3 org je. kak zaini, cik noor dan azmin. yg lain sume cuti. manager sorg pun tak der (pg ni lah. tak tau la meeting or cuti :D). non-exec sumer ada. hehe. so yg ada kat opis hr ni 7 org je. termasuk vendor 2 org ada 9 org kat unit me. 'ramai' kan?

smlm me plan nak cuti jumaat ni. sajer nak kuar jejalan ngan hani. g care4 kot. me suh dia cuti jumaat. so td pagi, me terus apply cuti kat sistem. kena apply at least 3 hari bekerja. so sempatlah. kalo tak cuti tu jadik cuti kecemasan. cuti me ni nnt akan di approvekan oleh sistem gak kot kalo my bos tak masuk sistem utk approve. tak kesahla. me cuti jugak jumaat ni. rabu dpn bersamaan thn baru 2006 barulah me masuk bekerja semula. tak der anak yg sekolah or yg baru nak memulakan persekolahan, so tak payah cuti lelama. tp selasa mlm tu me ada xm. so kena cuti laa..

erm.. next week me dah start xm.. cepat lak rasanyer. wish me luck ek.

jadual xm:
Selasa - 03012006 - TS2023 - AI
Jumaat - 06012006 - TK3333 - Software Engineering
Jumaat - 13012006 - TK3223 - Network - Java
sumer kat dewan TIBE, KCKL pukul 8pm.

hmm.. apa citer lagi?? lunch ni nak g ampang park kot amik gambar ainil yg me cuci hari tu. kalo rajin sat lagi la. hmm..

citer smlm plak.. smlm me dok umah je. bgn pg gak. kak ina call kata nak dtg anta kain. seperti yg dijangka dia dtg dgn org tu. hmm.. katanya br balik discussion utk projek simulasi AI. hehe. me tak tanya pun. tgh hr tu me msg mas suh dia dtg umah tgk kain. hehe. jd penjual kain plak. mas bwk katelog zulian dia sekali. huhu. + mas beli kain. yey. nasib baik ajak org yg betul ;-) mas kata kalo ada lagi panggil je dia. insyaallah dia beli. ehhehe. org cam ni tak bleh keje kat kedai kain. me masak lauk org buajng. ajak mas mkn sekali.

ptg tu call mak. sajer borak2. lamalah gak. 45minit. borak mcm2. mak ckp ajib tanya mak jadike me kawen ujung thn dpn. tergelak me. ajib tanya me soalan yg sama hr tu. katanya senang dia nak plan cuti. sabar je la.
"tak tau la mak.. cdgnya 3 thn lagi.. insyaallah"
"confirm ke dgn bdk tu?"
"insyaallah.. nmpk mcm tu la. tp rancangnya 3 thn lagi"
"3 thn lagi angah dah 30kan?"
"yup.. tu laa.. angah saje je ckp ngan ajib paling cpt ujung thn dpn.. tak pun 2thn lagi.. atau.. 3 thn lg.. tak tau laa.. :)"
"hmm.. ye laa.."
me tak smpt lg nak ckp ngan dia mak dah mula bertanya. sbb dua hari ni dia kerja seharian. smlm keje kol 11 lebih br balik. masa me call dia br abis bertugas. td call tak teringat lak nak ckp :D.. nnt laa.. apapun.. nnt me akan ckp ngan mak. yg penting abiskan study.

lepas solat asar smlm me tertdo. letih. adalah dlm stgh jam je kot. huu. terjaga masa azan maghrib. mlm ada pasar mlm. lepas solat maghrib siap2 g pasar mlm. beli brg dapur sket. pas tu berbalas msg dgn ajib pasal pek permulaan xpax me yg ada kat dia. mlm tu hani balik keje diskass psl nak g care4 jumaat ni. hehe. tak sabarnya nak cuti..

-abis-

td call dia, ada lak dia tersebut pasal akak angkat dia lagi. sumer ni pasal kes kete gak. akak angkat dia keje jpj. kwn2 dia suh dia buat report sbb kete tu dah diubahsuai. ish.. sabar je la.
"ko kan ada awek keje jpj, apa lagi report la" huu.. berderau darah me bila dia sebut cam tu td. dlm hati "awek?" huu.. terdiam gak la me.
"kwn2 sy tak tau yg tu akak angkat sy. diorg ingat akak tu awek sy.." adoilaa.. skrg nak kata apa ek? me plak nak pk apa? org tu akak angkat dia ke awek dia? cam na? me kdg teringin nak tanya detail tp kang org kata busy body lak. tp hari tu pernah sekali dia citer pasal akak dia tu. masa tu me tak sihat. kena gastrik. dia hantar me balik umah. dia kata akak dia pun tgh tak sihat time tu. sajer la me tanya napa.. dia kata gugur.. 'akak angkat awk dah kawen?' 'yup' 'umo dia brapa?' '34 kot' 'anak ke brapa yg gugur ni?' '2'. lepas tu me tak der pk bkn2 psl dia ngan akak dia tu. tp skrg.. terasa semula.. :( ada yg merajuk lagi ni kang.. :(

nak update sket..hmm.. smlm emailkan entry ni dkt abg mie. abg mie ckp semua ni just perasaan me je. hmm.. mungkin juga.. mungkin sbb dia selalu sgt cerita akrabnya dia dgn akak dia tu. mcm biasa.. abg mie suh me agar jgn terlalu negatif sbb nnt nyusahkan diri je. problemnyer me pk sorg2.. hmm.. tol lah jugak.. tp smlm lps call tu mmg me tak msg or call dia. sajer malas. dia pun diam. mlm sblm balik me msg tanya dia keje ke tak. dia kata dia kena standby. sblm nak tdo sajer call tp dia tak jwb. dlm 12 lebih nak dkt kol 1 dia call. tp me dah tdo. dgr bunyik tipon, bgn je bunyik dah stop. frustlah gak. haha. call blk tak dpt. dlm kol 1 sajer me try call.. dpt dan kitorang borak la kejap. masing2 dah ngantuk & penat sbb dia pun br balik keje. so call update xtvt hr smlm kendian tdo. pas tu m pk.. betul ckp abg mie.. me jer yg pk negatif. kalo dia ada niat tak elok, tak kan dia citer pasal akak dia tu kan?? tp tak taulaa.. kena berhati2 gak.. huu.. dan kena blajar memahami dia.. huu..

-tak tau nak pk apa-

Sunday, December 25, 2005

251205

hari ni seharian me kat umah. rancangan awal nak balik sepang. tp tak jd. sbb letih.. mlm td tdo kol 3am. kol 4 am terjaga. pastu tido2 ayam. bgn kol 8 lebih pastu tak bleh tdo blk. biasanya sabtu ahad me bgn lwt. so.. pening kepala. call mak kata tak jd balik. lagipun assignment pun tak siap lg. ingat esok nak p opis buat assignment. tp tak tau la. perancangan jerk.

apa me buat hr ni? kemas umah, try tdo (tp x bleh), try nak study.. pun tak bleh gak.. buat apa2 yg patut.. dgr radio. tgk citer jepun. mlm online. hmm...

hari ni dr pg try contact dia tak dpt. call tak jwb, msg tak bls. nak dkt kol 10pm td br dia bls. huu.. letih nunggu. risau gak la :p hehe. dia keje hr ni. x bleh bwk hp. oo.. patutlaa.. dlm berbalas msg td bleh kata tiap msg dia ada perkataan 'napa'. haha. me call dia td pun last sblm end dia tanya lagi 'napa?' huu.. nak aja ckp 'rindu'. tp kang tak bleh buat keje lak dia. haha.

:D baru lah bleh buat keje. laparlaa.. tak mkn lg hr ni..

salam..


Takkan Melupakanmu Lyrics
Artist:
Radja

oh terindah,
lagu yg terindah
sengaja aku cipta untukmu yg terindah
semoga dapat meluluhkan segala keraguan
semoga dapat menghancurkan kerasnya batu prasangka

reff:
aku takkan melupakanmu
takkan meninggalkanmu
takkan menduakan cintamu, ku bersumpah
aku tak ingin mengingkar janji
tak ingin menjadi duri
tak ingin menjadi api cinta yg membara

rebahlah kau di pelukku
lepaskan resahmu
bebaskan jiwamu
dari prasangka-prasangka burukmu
dari kerasnya batu curiga

repeat reff

senyumlah melati
sambutlah mentari
raihlah cintamu
hari ini

repeat reff
naa nananana nananana...

note:suka dgr lagu ni. :p

Saturday, December 24, 2005

sms

"as'kum, tgh buat apa" beberapa jam lepas tu baru dpt reply
"kat opis. ada keje sket. napa?"
"tak der apa, sajer. lunch sama?"
"tak kot. ada keje. next time k. sori"
- me senyum je dpt msg tu. tak balas pun. tak lama lps tu dpt msg ni plak.
"marah ke?"
"tak per. dah agak jwpn tu. saje je tanya. buatlah keje"
"mcm marah je"
- me diam lagi.. sbb tgh tuka2 simkad. simkad problem. tak bleh nak terima mms. mlm td ajib send gambar ayub peluk 3 teddy bear guna mms. tp hp me tak bleh terima. sbb simkad tu br tuka 3g tp tak der service tu plak. ntah apa2 ntah. bosan tul. huu.. call celcom utk buat setting. but still tak berjaya. ntah apa2 ntah. sms td mcm malas je nak jwb. biar laa.. tp lepas tu me jwb gak..
"sapalah sy nak marah awk.." fuh. ayat tu. :p haha. masa ni tgh pk negative. sajer jerk pk bkn2. tak der menda nak pk. terpk akak angkat dia gak. kalau akak angkat dia yg ajak lunch time dia tgh keje dia g tak agaknyer?
"tgk tu. awk dah mkn ke? kat mana ni?" hmm.. dia ingat me marah or majuk. entahlaa.. me rasa seronok nak nyakat :D sajer nak tgk dia jwb apa.
"umah"
"kata nak g opis?"
"sat lg. kemas umah dulu. tunggu adik mai amik brg. diorg nak g sepang. sat lg lps solat sy kuar"
"k"
dan sms terhenti takat tu je.

apa me pk lagi? me pk.. mmg me bknlah sesaper pun pd dia. kitorang 'kawan' je. nak kuar ngan dia ni tak bleh plan. mesti tak jd. or kalau me ajak, mmg susah nak jmpa. sblm ni kalau kitorag jmpa pun sbb dia kata nak jmpa. stgh jam lg smpi. cam tu la. kalau plan sehari sblm, or awal pg, jwbnyer tak der la. mungkin ni last me ajak dia jmpa. lps ni me tak akan ajak dah. nak jmpa, jmpa. tak nak sudah. bkn mati pun kalo tak jmpa.

hmm... pk apa ni ek?

--------------------------------

me kat opis ni. kuar umah lps solat zohor td. singgah ampang park beli bfast+lunch=nugget mcd, beli brg sket ngan amik gambar yg me cuci smlm. gambar ainil kawen. dan dua tiga keping gmbr ayub dan sufi. seronok tgk gambar2 tu. rindu...

tak taula nak balik kol brapa. mungkin lps solat maghrib or dlm kol 8pm baru balik kot. me dtg opis sbb nak siapkan keje sket dan buat assignment java/network. smpi kat opis (lbh kurang kol 4.55) ada aidil ngan faisol/faisal (kot nama dia??). diorg buat assignment simulasi kot. tak tanya lak.

td tgh hr alang ngan oon smpi umah amik brg. diorg nak blk sepang. me blk esok kot. insyaallah. nnt nak try ajak along. smlm along dtg opis ngan abg long ngan sufi. abg long nak daftar tipon. oleh sbb me dah buatkan separuh kat sini, so diorg dtglah sini. me betul rindu kat sufi. comeinyer dia. seronok dia dok dlm tmpoint smlm. sbb tmpoint ni warna2 ceria (oren, biru, merah, putih). so aktif sket dia. lps urusan selesai kitorang g mkn. masa me nak naik opis me dukung sufi sat. melekat dia tak nak lepas. seronok..

td me plan nak jln2 kat carefour lps ni. nak beli brg sket. ingat nak try ajak ika. tp kalau dia tak nak, me jln sorg2lah. tak pun g ampang point teman hani smpi dia balik. g giant kat situ je. tak pun... balik umah terus.. tak taula. tgk tahap ketahanan bdn sat lagi cam na. kalau g carefour sengsorang... hmm.. naik lrt smpi wangsa maju pastu naik teksi kot. nak beli brg dapur..

ntahlaa.. hari ni rasa mcm hati ni kosong je...

salam...

kereta vs ayang

dear abang,

ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik ke kampung. abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak-anak ke kampung musim cuti sekolah ni dengan bas.. abang jaga lah diri abang dan kereta abang baik-baik...

cuma ada perkara yang ingin ayang luahkan disini... kereta baru abang tu mahal.. harga mencecah 100k barangkali.. sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang.. sampaikan abang dah terlena dalam kereta abang tu sejak abang beli 3 bulan yang lalu dah masuk 3 malam...
abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang, nak tau ngape? harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayang letakan masa kita kahwin dulu.. cuba hantaran ayang lebih mahal dari harga kereta abang?tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak berkilat.. tapi ayang nak dapat kiss g.morning pun susah.

sejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam aksesori abang beli kat kereta, ayang nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah..

kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jaga maintainance.. ayang nak dapat pi salon setahun sekali pun susah..kereta abang make up lawa-lawa.. tapi kalau ayang make up lawa-lawa abang kata ayang tak sedar dirikereta abang bagi makan minyak mahal-mahal cecah 100 setin pun ada, ayang nak makan pizza sekeping jer masa mengidam anak kedua kita abang kata ayang mengada-ngadakereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya abang marah anak macam nak makan, ayang jatuh longkang besar boleh abang gelakpaling menyedihkan.. ayang tanya ngape tidur dalam kereta? abang jawabtakut orang curi kereta abang.. kalau ayang kena curi??ayang nak balik kampung dulu.. anak-anak nak jumpa atuk dengan nenek depa.. tak nak naik kereta abang takut calar.. ayang calar takpe..

jaga diri elok-elok, sarapan ayang dah sediakan. ayang pi tak lama sekolah bukak ayang balik lah dengan anak-anak.. pesanan ayang..
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU MASAKKAN MAKAN KESUKAAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN PAKAIAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKAN KEMEJA ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN AIR MANDI ABANG

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN RUMAH ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU URUT-URUT BADAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU TEMANKAN ABANG TIDUR

love,
ayang
--------------------------------------------------------------------------------
note: this is not my letter to him.. dpt dr mail from my friend linda :D fwded mail lah. hehe. tp kalau benda yg sama jd kat me.. terasa gak laa.. hmm.. iras2nya mcm nak ada.. :p tp hopefully tak laa..

Friday, December 23, 2005

mood...

"as'kum, awk kat ner"
"kat pasar tani ngan akak angkat"
"erk.. pasar tani?? k.."
"napa?"
"erm.. tak der apa.. tak per laa.."
"bla..bla..bla" tak tau la dia ckp apa.. sbb masa ni dlm kepala dok putar2 ayat "kat pasar tani dgn akak angkat" apa dia buat kat pasar tani dgn akak angkat dia? pelik.. hmm.. bingung sat.. napa kat pasar tani? napa dgn akak angkat? td kata nak g bengkel.. huu.. dan me sedar lagi .. me jeles dgn akak angkat dia.. huu.. teruknya rasa ni.. (me rasa badan me tetiba makin panas dan sakit kepala makin teruk.. stress..)

me rasa dia tau me tak senang dgn jwpn dia. tak lama lepas tu dia call opis me. tp me tak nak ckp. entah. tak der hati. kebetulan tgh on call ngan somebody kat hp. so me just kata kat dia nnt me call semula. tp me tak call. berat je rasa hati nak call. huu.. tak sukanya rasa ni..

ptg sblm balik baru me call tanya napa dia call. tp dia kata dia dah lupa. atk tau la. dgr blkg kecoh2.. dia kat bengkel or kat opis lah kot. lantak la. janji me dah call. seperti biasa dia tanya ttg demam me, gastrik me. makan minum me. dan pesan suh me msg dia sblm g kelas. me ye kan je. dan terus letak phone. tak marah, tp tak sedap hati. on da way nak g kelas masa dlm lrt me msg dia kata me nak g kelas. me g kelas ngan dilla. jmpa dilla kat lrt ampang park. sampai kat kelas me dpt msg dr dia "sy kat umah k". ehh.. hmm.. pelik.. tp tak per la. mlm me sms kata me dah smpi umah dan dia sms kata dia nak tdo. sedihlaa.. huu..

sblm tdo me pk, napa me nak jeles? dia kenal akak angkat dia lebih dulu dr kenal me. dia biasa kuar ngan akak angkat dia mcm dulu dan me tak der hak nak kata apa2. me ni saperlah kan. dan dia jujur sbb ckp dia kat luar ngan akak angkat dia walaupun benda tu sebenarnya me tak nak dgr. (sblm ni mmg me tak kesah pun kalau dia kuar ngan akak angkat dia). agaknya... mcm nilah dia rasa bila me sms kata "mlm ni sy kuar mkn ngan abg angkat sy k" dan seharian lepas tu dia tak call me or tak msg or tak jwb call. haha. kan dah kena balik.

akak angkat dia?? hmm.. dia mmg rapat ngan akak angkat dia. mcm akak betul je. dan mcm ada apa2 je. huhu.. jeles i. dia kalau ckp pasal akak angkat dia tak akan keluar perkataan 'angkat' tu kecualilah me tanya dua kali "akak awk?". baru dia sebut "akak angkat saya". bleh ke kalau nak jmpa akak akngkat dia? hehe.. barula tak jeles kot. ayarkk.. erm..

pagi ni dia senyap je. tdo lagi kot. tak tau la. nak kacau ke?? huu..

update:
td dia call. baru bgn tdo. ro-call td tak g sbb sakit kepala katanya. sakit dr mlm td. sbb tu tdo awl. sianla plak :p dia cerita ttg sakit kepala dia. sakit yg mcm mana. hmm.. migrain kot. sama je mcm yg me selalu kena dulu. dia kata lps ni nak tdo semula sbb kepala berat. rasa nak muntah, perut meragam. huu.. "demam sy pindah kat awk kot" gelak je dia dgr.
"nak sy kejut ke nnt?"
"tak yah la. hp sy silence."
"k, bgn nnt msg."
"k"
- pujuk tu :p *wink lagi* -

-close-

mlm td msg ngan ajib sblm tdo. me notice balik umah sunyi sepi. nmpk kemas je rumah. lepak kejap dpn tv tgk most beautiful pas tu masuk bilik. me cari bear ayub atas katil. tgk dah tak der. senyum je me. rupanya bear A&W me pun tak der.
"pandai ko cari bear ko ek"
"ye laa.. ayub punyer.. jgn marah ek bear A&W tu pun aku amik. ayub nak"
"ye la.. tu jadik hadiah besday ayublah ye"
sabar je laa.. ko kena ngaku anak ko suka bear. haha. sib baik dia tak amik bear besar bawak balik sabah. huu..
bear A&W tu abg mie yg beli. me mintak. haha. tak malu tul. tp me ckp me nak utk anak buah me. mmg niat utk anak buah. tp sebenarnyer utk sufi. tp sbb ayub dah amik so tak per la ye sufi. kitty kat umah tu ada lagi tunggu sufi. fair lah tu. dua2 dpt. :)

k ya.. me rasa mood me dah ok.. dah tukar dr jeles kpd rindu :P *wink*

~comei~

quote

hari ni nak kumpul quote jerk. kot ada quote best2 kasikla kat me. nnt me paste kat sini.

1
.::UkHuWaH iBaRat 1 JaNji Yg DiBuAt dLm Hati. TaK Dpt DitULis..TaK DaPaT DiBaCa..NaMuN TaKKaN TeRPiSaH dEk JaRak..TakkAn B'uBaH dEk MaSa..sEdEtiK diMatA,SeLaMaNyA DiJiWa::.
2
Di dalam Al-Quran terdapat rumusan untuk menaklukkan hati, iaitu dengan bersikap lembut dan penuh kasih sayang. Allah SWT berfirman;" Serulah ( manusia ) ke jalan Tuhanmu ( wahai Muhammad ) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka ( yang engkau serukan itu ) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk. "Q.S An-Nahl : 125
3
Dari Ibnu ‘Umar r.a katanya:”Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Tidak diterima solat seseorang tanpa suci dan tidak diterima sedekah yang berasal daripada kejahatan (seperti mencuri, menipu, menggelapkan wang, merompak, judi dan sebagainya)” (Muslim)

Wednesday, December 21, 2005

demam..selsema..

salam..

2 hari tak nulis. hehe.. mesti ada yg rindu entry baru dr me kan?? kann?? hehe..

smlm me mc sbb demam selsema. g jmpa doc pg tu. kol 9 suku smpi kat klinik tu kol 11 baru dpt jmpa doc. lamanyer nunggu siap tidoq kat luar tu. jmpa doc dptlah mc sehari. sblm kuar doc tegur "awk ni selalu kena selsema ye. awk stress ke?" erk.. me stress ke? rasa mcm tak tp tak pastilah plak. doc kasi cdgan suh mkn vitamin c dan supplement utk tingkatkan imun dlm diri.

napa ek kena selsema? rasanya sbb now me tgh mkn ubat utk buang toxin dlm bdn. first kuar segala mcm penyakit yg ada. me mmg ada resedung. so maybe dia kuar melalui selsema tu. tp masa memula mmg gatal2 satu muka. tak tahan. skrg dah ok. pastu sakit tekak. yg ni me tak pasti apa prob. exzema me kat lengan pun kuar semula. tak tau la. tgklah dlm masa seminggu dua ni. kalau ilang ye lah tu. kalau tak, problem kot. hehe. (tgh naip ni tgn me menggigil.. tak tau napa..)

me demam lagi hari ni. tp ok sket dah la kot. suara best! haha. rock gitu. idung still srot sret. bdn seram sejuk. tp bleh ar nak mai keje. keje byk. huhu.. kelas dah dua hari me tak g. tak tau la apa citer. hari ni pun ada kelas. tp mcm tak larat je ni. bdn dah seram sejuk. kena balik umah. mc smlm leh pakai ke utk tak dtg kelas hari ni? huu.. kelas esok insyaallah me dtg. huu lapar...

pg td ada course kat MMC. course TM Brand. suka2 je utk relese tension. ptg mai opis. rasa mcm ada benda nak buat. tp tak tau la. mcm tak buat apa2 pun. kol 4.15 td g tmpoint. nak bayo bil tipon celcom. punyalah lama menunggu. 1 jam. fuhh. me kat kaunter tu 10 minit tak sampai. sabar je la.

senin hari tu me g lawat kak tini kat ijn. g ngan su and fiza. lepas opis. tgh2 demam g jugak tgk org. ponteng kelas. g ijn dan balik dlm ujan. so bertambahlaa demamnyer. balik tu masing2 lapar. singgah mkn kat depan menara celcom. oklah. lama dah tak mkn kat situ. adalah setahun sekali kot.

tu je kot nak citer. tak bleh nak naip lagi. tgn tak kuat..

bye..
salam..

Sunday, December 18, 2005

senyum lagi..

salam..

uhuk..uhuk.. sakitnya tekak.. selseme pun ye.. macam nak demam.. sakit kepala.. sakit gusi.. adoilaa.. byknyer dosa.. lama dah rasanya me tak kena selsema..

hari ni ada kelas td. pepagi bgn solat subuh, gosok baju, siap2 g kelas. me and mas tumpang aidil dr kerinchi sbb aidil park kete dia kat opis. terkejut me tgk kete dia. giler sporty. kete dah tuka kaler jadik kunin. sampai kat bangi kol 9am lebih sket. lecturer (dr abdullah) dah ada dlm kelas. dia bwkkan roti high 5 ngan air kosong + kordial sarsi. bagus tul. tgh hari dia blanjer nasi ayam lak. :)

kelas habis awal. patutnya abis kul 5pm. tp lect tgk kitorang sumer dah ngantuk2 + nmpk penat so dia abiskan kelas 1 jam awal. kelas tu berkuap. panas. me terus pening. rasa nak selsema menjadi2. rasa mcm tak bleh bernapas gak. cuba jerk bertahan. sampai abis kelas. lepas kelas mkn nasi ayam yg lelebih tu lagi kongsi2 ngan dilla, ayat, dell ngan mas. sronok lak. balik tu tumpang aidil gak. shhh.. jgn ckp kat dia. hehe. nnt ada lak yg tak berckp sehari.

hari ni kenduri ainil kat umah ika. 'dia' g saner. abah ngan mak 'dia' pun g tp ikut akak dia. me sajer pesan kat 'dia' suh ckp kat ika me nak kek. ingatkan 'dia' tak berani ckp. td ika call suh dtg umah. ika ckp 'dia' ckp kat ika "dia suh simpankan kek". sajer ika main2 tanya "dia tu saper" malu2lah 'dia' jawab "dialaa.. saper lagii.." ika ckp 'dia' ckp cam tu dpn abah 'dia' huu.. terharunya...

ni me br balik dr umah ika. berdebar gak la masa nak g tu. terasa2 mcm bakal kena usik. haha. mmg pun. huu.. seronok ika nyakat. abis dah satu family dia tau. "mak ni bakal sedara kita gak ni.." adoilaa.. suka2 dia jerk. "amboii.. ko kumpul sumer kengkawan ko dlm satu rumah lak ye" mmg tak terkata la me kat situ. me g ngan ajib, reena ngan ayub. sajer ajak diorg sbb ayub dah ngamuk2 nak kuar. sian dia dok terkurung dlm umah. balik ika bekalkan lauk pengantin.

jmpa ainil. diam je dia. haha. sronok gak nyakat. abg aie tegur me sbb tak dtg pagi tu. dia tau me ada kelas. me segan laa. tak tau nak borak apa. me balik umah td pun sbb ayub dah ngamuk gak.

huu.. nak naip lagi tp kepala dah pening. selsema makin teruk laa.. tido dululah ek..

huu.. miss him..
tidoq senyum ;)
~comei~

Friday, December 16, 2005

semangat..

assalammualaikum..

hari ni nak cerita ttg semangat.. semangat apa ek? napa pasal semangat ek?? hmm.. td waktu lunch me ikut kwn2 opis pergi rumah teman sepejabat yang sakit (ada me tulis dia pengsan kat opis hari tu). dgr citernyer ahad ni dia nak blk kg kat kelantan dah. so tak tau la bila bleh jmpa lagi. apa2 yg jadi kita tak bleh nak jangka kan? so td kami pergi 1 kereta - 7 org. kete besaqlaa. hehe

sampai kat umah kak gie kami disambut oleh adik dia dan kak gie sendiri. kak gie nmpk ceria. tak nmpk mcm org sakit pun. seronok dia tgk kami dtg. dr kami sampai hinggalah nak balik kecoh mulut kak gie bercerita. cerita ttg dr mula dia dpt tau dia ada tumor kat otak (sikit), kemudian breast cancer, cerita ttg cam na dia hadapi berita tersebut, cerita ttg penerimaan family (husband, anak2, mak ayah, adik beradik dll), cerita ttg berubat dan cerita ttg pengorbanan semua org, juga ttg semangat dan redho...

kagum tgk kak gie. dia nmpk kuat dan tabah. cara jalan nmpk sihat dan cergas. cara berbual ceria sentiasa. dia buat kita yg dtg melawat rasa kagum dgn kekuatan dia. cara yg menghilangkan rasa simpati dan rasa sedih kita yg melawat dan yg membuatkan dia tambah bersemangat.

cerita kak gie.. awalnya takut utk mendengar sebarang kemungkinan dan terkejut dgn kenyataan doktor ttg penyakit yg dihadapi. for sure utk sehari dua (mungkin seminggu dua wallahu'alam) akan down dgn berita tersebut tp kerana akal yg waras dan mampu berfikir pjg juga support dr keluarga kak gie kuatkan semangat, pk positif dan redho dgn ketentuan dan ujian dr-Nya. bg kak gie dia adalah org yg terpilih utk terima dugaan ini. dan segala yg Allah turunkan itu ada hikmahnya dan Allah uji kerana Allah sayang. ditambah dgn persekitaran yang juga positif - dorongan dan semangat dr keluarga dan rakan2 membuatkan dia lebih positif. kata kak gie setiap org akan mati cuma cara itu berbeza. ada yg mati kerana sakit, ada juga yg mati tanpa sakit (mati dlm tidur, xcden, jatuh, dll). semua tu penyebab sahaja dan akhirnya adalah sama. me kagum dgn kak gie.. insyaallah me akan doakan kesejahteraan utk dia. semoga dia dipermudahkan atas segala urusan di dunia mahupun di akhirat.. amin...

mcm mana bleh kesan ada tumor & cancer? kak gie selalu sakit kepala dan muntah2.. kalau tak silap pergi buat checkup sbb pengsan kot.. tak ingat plak. di dapati ada sedikit tumor pd otak. pas tu plak jmpa plak kanser pd breast. kena berubat utk breast cancer dahulu baru utk otak. baru2 ni lepas kak gie pengsan kat opis dia buat ctscan dan dapati kenser pd otak turut aktif. huu.. mcm2laa.. me tak tau sgt.. sbb dgr citer dah tgh2.. kalau tgk kak gie mmg tak tau dia ada dua2 penyakit tu.. ya allah.. kekuatan yg Kau berikan pd dia mmg di luar jangkaan. skrg kak gie kata dia dah tak berapa dengar pd telinga belah kiri.. bila terjaga mlm mata berpinar dan tak nmpk.. hmm.. allah tarik sikit2 nikmat tu.. mmg dia takut nak hadapi satu2 nikmat yg allah tarik tp dia sungguh cekal. dia kata, skrg dia redho sgt dgn tiap yg berlaku atas dirinya. itulah hikmah dia ditempatkan di hospital kerajaan sblm ditukarkan ke hospital swasta semasa dlm rawatan. sbb masa dlm spital kerajaan tu lah dia nmpk betapa ada org lain yg lebih sakit dr dia.. ada org lain yg lebih susah dr dia.. ada org lain yg lebih sukar kehidupannya dr dia..

kesimpulannya.. hmm.. redho dgn tiap ujian.. jgn memandang ke atas shj tp pandang ke bawah dan bersyukur dgn apa yg kita dpt.. juga.. positive thinking.. (erk.. i'm trying)..

(najwa, apa tanda2 barah otak selain dr sakit kepala dan muntah2 ek?)

off topic

umah kak gie dkt desa moccis sg buloh. masa perjalanan ke sana kami ikut paya jaras. lalulah dpn umah x-fiance me. me tunjuk kat kak noris umah dia. me ckp yg 'mak' kasi me kain batik dr terengganu (dia beli kat saner sbb mak org ganu). 'ada apa2 ke?' tanya kak noris.. haha.. tak adalaa akak.. sajer nak kasi.. nak berbaik dgn maknya je bkn ngan anaknya yg laki tu. kak noris kata kalau dah jodoh tak kemana. pusing2, ujian melimpah ruah, alih2 org yg sama juga. ye laa.. dah 4 tahun berpisah.. tetiba contact balikkan. apa hal? tp contact ngan mak dia je la. hmm.. tak tau la kak noris. me tak pk plak yg kebaikkan tu ada 'udang sebalik batu'. hehe. kalau ye pun.. me tak dpt la nak menyambung kembali hubungan yg dah putus dgn anak dia tu. manalaa me nak letak abg polis me tu?? haha. hati dah kena curi dgn org lain la. huu..

kesimpulannya.. hubungan dgn dia adalah kenangan.. tak mungkin berulang.. dan me doakan moga dia sememangnya dipertemukan dgn org yg lebih baik dan lebih segala-galanya dr me (sprti yg dia kata masa sblm kitorang putus dulu..)

~nak rindu & sayang abg polis sorg je :p~ hehe

update :D
baru lepas borak ngan dia kat phone. lama la gak.. sian dia tak sihat. dia cuti (off) hari ni sampai rabu dpn. isnin balik kg hantar abah dia balik saner. hari ni abah dia dtg. tp tido kat umah akak dia. mcm2 lagi borak ngadu hal. hehe.. karektor dia berubah ikut keadaan. time keje serius giler. rasa mcm buat report kat balai je kalo call. tp kalo bkn waktu keje dia sama je mcm org lain. huu.

sama mcm me jugak.. hari ni my mom and dad sampai kl. ada kat umah laa ni ngan ayub and da family. cumanya mak balik sepang ahad kot. pukul brapa tak tau lagi. tak pasti juga mak g umah ika ke tak. rasanya g sbb dah di jemput. wallahu'alam...

ahad ni me ada kelas kat bangi. :( sedey.. tak dpt nak g kenduri ainil.. minggu dpn kelas pack dr ahad sampai khamis. letih woo.. lepas tu ada kelas hari selasa pastu tak der kelas dah. awal bln januari xm. final xm 4 this semester. td dpt jadual xm dah. huu.. bleh jwb ke ek nnt?? rasa mcm tak prepare apa pun. huu.. terukkan!!

-abis update-

*comei*

Thursday, December 15, 2005

pizza

"awk ada pizza baru"
"tau..tu yg hr tu sy ajak awk tu.."
"nanti ye.."
":) k"

yey! bestnyer.. ada org nak blanjer pizza. hehe. iklan pizza baru tu dah lama kuar tv. mungkin sbb smlm dia free mlm tgk tv citer apa ntah tv2 ada iklan pizza. haha. hari ni dia masuk keje kul 7am sampai 1pm. hr ni hari terakhir persidangan tu kan.. hmm :)

mlm td me cpt lapar. tak taula napa.. pg smlm dah mkn nasi lemak, ptg roti canai, mlm lepas kelas nasi goreng kampung. tido kol 2am. bgn pg kul 5.55am masa azan subuh sbb dgr bunyik tikus bergaduh. mana dtg tak tau. menakutkan betullaa.. bgn g bilik hani tido sat ngan dia. ni la dia kalo dok umah flet.. bilik me dkt ngan dapur. kiranya bertembung 4 dapur dan 4 bilik tidolaa.. kalo sidai baju leh nmpk org depan masak atau bleh berborak dgn org sebelah or org bwh (depan) yg tgh sidai baju gak.. haha. tikus tu sama ada dr bawah atau dr atas. masuk ikut dapur main kejar2 dlm umah + tumpang makan dan berkemas. huu.. kelmarin pecah sebijik cawan kaca di langgar dek mak menti nie. hari tu ternmpk kelibat dia. mcm besar. gelilaa.. huu.. nak pasang perangkap tp terbayang kalo tikus tu dah ada dlm perangkap.. alahai.. gelila plak... org kata kalo nak buhun jgn nyiksa dia. lagilaa tak sampai hati.. :(

mlm td abis kelas g mkn kat kedai kat bwh ngan jim and hani. lapar.. sajer blanjer diorg mkn. hani cdg nak bela kucing. me plak nak bela ikan. dah 2 hari nmpk ikan comei dlm bekas kecik jual kat kl sentral. tp tak pasti brapa harga dia dan ikan apa. rasanya ikan idup. tak berpeluang nak singgah lama pun kat situ. tgklah hari ni kalo sempat. jim mungkin ahad ni balik sepang. tak pasti. mak, ayah ajib and family mai kl sabtu ni kot. riuh rendahlaa rumah.. :D

hari ni bgn pagi rasa mcm baru lps berjogging. sakit yg amatlaa sendi2 kaki ni. kesan turun tangga ni tak tau la bila abisnyer. mau seminggu ni. sakitlaa..

next week kelas me berderet dr ahad sampai khamis. letihnyer... ahad dr pg smpi ptg lak tu. assignment tak siap lg. last kelas selasa spn kot.. kelas network. pastu xm. pas tu abis sem 5. nxt yr naik sem baru lak. sem akhir.. tahun akhir.. ish.. kejap je kan.. :) tak sabar nak abis study.

* sorrylaa ye.. citer cam rojak. penatlaa..
* now tgh dgr lagu jepun. best

Tuesday, December 13, 2005

latihan kebakaran

tahu tak??? tak tahu.. hmm.. pagi tadi ada latihan kebakaran kat sini. tau tak menara TM ni berapa tingkat?? 55 tkt. tau tak me dok tkt berapa?? 43.. hmm.. so.. turun tangga dr tingkat 43 ke -1. fuhh... dgn tak mknnyer.. minum je pg td.. tp, alhamdulillah me ok je. tak rasa nak pitam, tak rasa sakit2 kaki sgt. cumanya masa turun td rasa gak la mcm dah longgar je lutut ni. +- amik masa 10 minit turun melenggang kangkung. diorg kata kalau yg sebenar-benarnyer dr tkt 55 bleh 5 minit turun ke bawah. bkn terjun tau! turun tangga. :D

effect dia?? hmm.. me ngantuklaa skrg.. ngantuk sbb letih kot.. kak su sampai tkt 17 dah flet. jmpa org yg bertugas, pas tu turun naik lif kot. tak tau la. bagi mereka2 yg sakit + pregnant diorg turun guna lif bombalah kot. ada sorg akak ni pregnant first baby. sian dia sbb panik. sampai rasa mcm dah nak bersalin. nasib baik dr dan staff nurse kat sini cekap. tenangkan akak tu, kasi rawatan sepatutnya dan ok dah la akak tu.

turun td kol 11.30am lebih kurang. dlm 30 minit gak la kitorang berkumpul kat bawah ni. me ni mmg bagus betul turun smpt bawak handphone jerk. handbeg tinggai kat atas. haha. kalo tak bleh lari g makan. huu.. kol 12.30 kuar teman 'dia' atas urusan dia. lama lak. lapar... merajuk sat, dptlaa nugget mcD + air milo. haha. so hari ni, dr td pg sampai laa ni me cuma mkn nugget, minum air suam ngan milo jerk. tak der rasa nak mkn.. tp terasa amatlaa ngantuknyer nak tidoq. huu.. manalaa tak kena gastrik.. :(

*sian dia kena marah ngan bos dia.. :D

mlm ni ada kelas. naik monorail lg kot.. ke nak naik bas ek?? hmm.. pk.. pk sat..

*ngantuks lagi*

hari ni umo me kalo ikut tahun hijrah 26 tahun 2 bulan :D --> silap... sebenarnyer kalau ikut tahun masihi :D

ngantukss

salam..

hari ni sampai lewat lagi. lrt problem. sampai kat ampang park dia buka pintu tu lama2. huu.. ngantuks gilos. terpejam gak la mata sambil berdiri. kat klcc, kg baru, dang wangi dan masjid jamek pun lrt ni berenti lama gak. awatnyer atk tau. lps tu me dah tak sedar. hehe. maklumlaa dah dpt duduk. mata pun pejam la. mmg tak ingat.. tau2 dah sampai bangsar (bkn jauh pun. selang 2 stesen jerk). tu pun sempat gak panggil ayam tido samer (tido2 ayam laa :P) haha. kalo bleh malas nak kuar masa kat kerinchi, tp kena kuar gak sbb dah sampai opis.

hari ni nak sambung kerja smlm. tgh run job dkt dev. smlm dah run ok, tp bila run kat prod problem. tak tau la napa. tak pasal kena delete semula dan hari ni try run balik. kalau ok kat dev try run kat prod semula. if problem lg.. hmm.. tak tau laa...

still sleepy... agaknya sbb kesan ubat mlm td tak abis lagi ni kot. ntahnyer.. lapar pun yer.. tak mkn lagi.

mlm td ada kelas. ujan lebat giler. redah je la sbb nak kena g kelas. selalu sgt ponteng. kang ada plak yg rindu me dlm kelas tu. haha. ada ke? *wink* masa kat kl sentral jmpa bdk praktikal kat opis ni. laa ni dia dah p MMC. ada kes sket ngan bos dia. kes tak bleh balik awal dr sepatutnya masa raya hr tu. sudahnya bos dia kater 'tak yah dtgla. awk terus je g kolej'. huhu. bos ni pun satu gak. org tu bknnyer naik bas. naik belon gitu. raya plak, cam na la nak cancle tiket beli baru. kot ada bleh ar. kalo tak der cam na? hmm.. sajer je yg benonyer nak buat alasan kot. wallahu'alam... laa ni tpt bdk praktikal tu tak der saper yg ganti pun :)

smlm pg masa me smpi opis wan ckp kak gie pengsan masa sampai. nasib baik masa tu ada cleaner. akak tu la cari org minta tolong angkat kak gie. siap muntah2 lagi. kak gie baru lapor diri semula 1/12 hr tu slps bercuti selama 3 bulan ++ (rasanya). sebulan lepas dia bersalin dia bercuti panjang. sebabnya.. dia sakit.. breast cancer. laa ni rasanya dah stage 4. masa ka gie masuk hari tu me tak cam dia. nmpk muka mcm sama tp dah lain sbb dulu dia putih gebu. yg sama suara dia. me sampai jmpa kak mala utk confirmkan betul ke tu kak gie. berat turun 10 kg + ketinggian turun 5 cm. kurus sgt. kak noris kata last week kak gie dah start muntah2 teruk kat opis. so dia mc 3 hari. mungkin smlm dia rasa dia dah ok. sbb tu dia dtg kerja. hari ni or mungkin minggu ni kak gie mc kot..

*sebenarnya dah lama nak citer pasal kak gie tp tak sempat..

hmm.. hari tu me ada tulis ada sorg guy br masuk sini kan. hehe.. me tulis yg dia bujang kan..? sbb sblm ni kak haida ckp pengganti dia tu bujang.. tp me pelik sbb guy ni slalu bwk bekal g keje. baru ni jmpa kak haida masa me training kat MMC kak haida sebut yg dia dah kawen. so tak bleh ar nak main mata dgn dia. haha. shh.. jgn kasitau 'dia', kang kena fire :P - ubat ngantuk tu tau :D hehe

*ngantuksnyer...

*hari ni ada org rindulaa.. haha.. best.. menusuk ke kalbu mendengarnya. ekeke. chewah.. first time ever :D (ilang sat ngantuk..huhu..)

____
"(_)---(_)"
"/_#_/S"

Monday, December 12, 2005

abis dah laa.. :|

huu.. risaulah plak.. nyesal kasitau kat ika :( smlm masa kat kenduri ainil sblm balik ika ckp ada benda dia nak kasi tau. tp tak sempat sbb me nak balik dah. td me call ika tanya hal apa. dia ckp.. dia dah kasitau kat kak long dia ngan kak tiha ttg me dan 'dia'. huu.. takutt.. abis dah laa.. risau lak nak g umah diorg ni nanti. ika ckp lagi.. 'anim jgn risau, kita dah ckp kat diorg jgn harap apa2 sbb ada masalah sket..' hmm.. bleh caya ke janji tu? sedang me suh ika jgn kasi tau sesaper pun 2 org kakak dia, dia dah kasi tau. alahai.. susah hati lak..

lately ni ada rasa 'susah hati' + pk yg bkn2.. tolonglaa.. cam na nak buat? cam na nak kuat semangat? cam na nak buang benda2 yg lepas2 ni? tak nafi.. semua tu masih menghantui.. + me terpk yg... hmm.. tak perlaa.. abaikan.. :(

kalaulah.. kalaulah mmg perkara yg me terpk tu jadi.. my planning is.. nak sambung study je + sesibukkan diri dgn mcm2 hal + kerja. biarlah tak yah pk benda2 ni lagi.

along.. cam na ek?

:(

note: dia mungkin mc hari ni. td dia msg kata ada appointment kat hukm. + tak lupa, dia hari2 tanya pasal problem perut me yg always berproblem. hehe. gastriklaa :p

ainil kawen hari ni :D

assalammualaikum..

sajer nak update blog sket sblum tido. hari ni jadual me penuh. apa yg me rancang me buat cuma caranya lain sket.

pagi -
bgn tido siap2 nak g umah ainil (gosok baju, mandi, make-up..hehe). me pakai baju merah kotak2 yg ada kait tu hari ni. baju ni patutnya jd baju raya me tp tak sempat siap hr tu. hehe. me kuar rumah kol 9am. naik teksi g umah ainil. ikut perancangan diorg nikah pukul 10am. masa me sampai ainil tgh make-up. ainil cantik.. cantik sgt.. nmpk serinya.. hmm.. suka tgk dia td. ainil cam biasa tak henti2 jual minyak. membebel je dia. dia mmg byk ckp. tak tau diam. kelakar.. meriahlaa.. me tak der tolong apa pun. tolong nyibuks jer. hantaran belah pompuan 13. lelaki 11.

bila nak smpi waktunya ainil gabra giler. siap kasi minum air nak kasi tenang tu. tgk muka mcm nak pengsan pun ada. tangan dia dah sejuk. puaslah org kat bilik tu tenangkan dia. huu nasib baik bkn dia yg kena akad nikah. kalo tak.. haru.. :P sblm akad pengantin pompuan keluar bilik utk dengar apa pak imam nak ckp. sepanjang masa ainil pgg tangan mak ika (mak mentua ainil). dia kata sebenarnyer dia tak tau dia pgg tangan saper. tgk2 tgn makcik. makin kuat dia genggam. haha. takut tu. lepas akad kitorang (me and ika) rasa lega. ntahlaa.. rasa seronok sgt. ainil dah sah jadi isteri org. tanggungjawab dah bertambah.. tiga2 org kawan baik me dah kawen.

intan pun dtg. dia bawa anak dia muhammad dan mak dia. hubby dia pun ada tp tak masuk bilikla. seronok jmpa intan. lama tak jmpa. intan laa ni dok klang. so susah nak jmpa. ika jd pihak pompuan. so dia pun dtg teman ainil. seronok kumpul empat2 org td. mcm2 borak.

lepas sessi nikah sessi bergambar plak. erm.. pengantin la yg bergambar. mcm2 pose. tp me tak tumpang amik. hehe. me beli satu kodak je kali ni. tak taulaa.. tak der mood sgt nak amik gambar. + tak der ongkos. haha.

ainil bersanding kol 1.30 sepatutnya. tp cam biasalah lewat sket. sepanjang bersiap me teman dia. ngan 3 org kwn kerja dia dan wife photographer. sajer sesambil tu ngusik dia. ainil pakai warna gold. pg td nikah kaler kuning air. nama pun raja sehari, kenalah pakai kuning or goldkan :D. mcm td, ainil mmg cantik. cantik dlm pakaian pengantin. tp ainil mmg cantik pun sebenarnyer.. :) me teman kejap je. tak sempat me tgk dia bersanding. sbb nak berkejar lak ke klia utk jmpt ajib. bila along dah sampai je me minta diri nak balik. jadilaa.. sampai situ je me bleh teman. tak per.. kengkawan dia yg lain ada.. sebenarnyer me rasa sedih gak.. hmm..

mlm sblm tu me tak teman ainil pun. rasa bersalah gak.. tp me pk, mungkin ada org lain bleh teman dia mlm tu. bkn tak nak dtg. tp tak dpt dtg. first sbb ujan. pas tu sbb malas. dan sbb nak pergi tu.. hmm.. me sorg.. so problem laa.. memalam lak tu.. hmm.. pas tu sbb.. me pk sesuatu.. mungkin tak patut kot pk.. tp.. terpk.. : hmm.. me pk.. masa me nnt, kwn2 me ni akan ada teman me ke mlm sblm me nikah or kenduri? tak mungkin kot kan. sbb semua dah ada family. dan mungkin sbb jauh.. erm.. kalau kenduri mungkin kat sepang.. sanggup ke diorg nak dtg jejauh semata2 nak teman me mlm tu? tak kan? yg akan ada dgn me mlm tu hanyalah keluarga me (me tak rancang nak buat kenduri besar..). so.. sbb tu jugalah me tak g umah ainil mlm tu. minta maaf ye ainil.. rasa sedih sebenarnya..

ptg -
mak call tanya bila kitorang nak g amik ajib. dia dah risau. ish.. sabar je laa.. lepas g kenduri ainil, rush g klia ngan along. ajib dijangka sampai kol 2.45pm. kitorang dr keramat pukul 2pm. berhenti kat petronas sblm klia sbb abg long nak mkn. abg long tak singgah kenduri sbb tak sihat. kitorang smpi klia pukul 3pm.

amik diorg, terus g sepang. ayub diam je dlm kete. tak biasa tgk makcik2 dia yg lain. sufi lak suka tgk ayub. asyik dia nak main dgn ayub. suka tgk gelagat diorg. me plak? tak renti amik gambar diorg berdua ni. haha. seronok.

sampai sepang kitorang mkn nasi. tak puas mkn kat kenduri. mak masak simple tp menyelerakan. mcm2 ada. ptg tu mak masak lagi. sbb ajib bawak lauk. ikan dr kk, daging kerbau dr kk, kupang dr kk.. tp tak masak sumer. mak masak ikan ngan kupang tu je. buat asam pedas, goreng sambal, goreng biasa. tp sedap. tak puas mkn. bertambah gak la (laa ni sakit perut sbb mkn byk). bungkus yg dah masak bawak balik kl. kalau yg tak masak, tak taula bila nak masak :D takut keras gitu je dlm peti ais nnt.

malam -
balik kl lps mkn mlm. dlm kol 10 lebih td smpi (masa tu raihan tgh nyanyi kat tv3). letih. kemas2 apa yg patut. mandi. online. update blog. baca mail. dan sat lagi... nak tdo.. ngantuk dah ni... huaa.. zzzzzz

wassalam..

bersamamu...siti sarah...

Siti Sarah :- Bersamamu....

Jangan diucap selamat tinggal
Pada diriku yang menantikanmu
Telah kau tunai seribu janji
Satu kau mungkiri hidup bersamamu

(chorus)
Tidakkah kau kasihan kepadaku
Yang mengharapkan cintamu
Mengalir airmataku
Merintih dalam pilu bila kau berlalu
Serikan semula mahligai hati yang lara
Bertahun lama ku tunggu
Bertaut cinta yang satu (lalu)
Berikan ku cinta sembuhkanlah luka lama
Selagi kasih membara
Daku setia selamanya

Jangan diucapkan perpisahan
Sayup suaramu menghilangkan rindu
Pasrahku di dalam kerinduan
Kasihku padamu subur di hatiku

--> hmm..mcm best jerk lagu baru sara ni... tak der makna apa2 pun. sajer suka dgr lagu ni. suara sara ni gemersik. best :D

Saturday, December 10, 2005

jeles.. :(

Mood jeles :(

Td keluar dgn ika – g umah ainil sj nak tgk preparation dia menjelang hari bahagia beberapa hr lagi. mlm ni diorg pasang pelamin + buat bunga pahar (isi telur je). Seronok. Borak2 tgk2 belek2 :D mcm2.. g umah ika sblm tu jmpa mak ika (+family dia). Mak cik jemput dtg 18/12 ni. Abg aie (bakal suami ainil) tegur tanya mana me pegi sbb lama tak nmpk. Hehe. Me nyuruk laa.. ika tak der.. me mmg tak rajin jln umah kwn2.. transport pun tak der kan.. me kena usik gak la dgn sumer2 org. ye la.. thn lps ika, thn ni ainil, me thn depan lak diorg kata. Hmm.. iyekan je.. tak taulaa… cpt lmbt tu DIA dah tentukan. Kita ni rancang je. Dgn siapa pun tak tau kan. Walaupun dah bertunang tp kalau DIA kata bkn jodoh kita sehari sebelum kawen pun bleh putus kan… hmm..

Tetiba moody.. ntahlaa.. jeles kot.. huu… terasanya.. hmm.. awat?? Ikalah ni..

Sebenarnya mmg nak kasi tau kat ika pasal me and dia. Tp td dia pesan jgn kasitau ika. Dia takut kena giat ngan ika. Tak per laa.. tp me kasitau gak.. tak nak nnt ika kata me nak sorok.. yg sblm2 ni semua me citer kat ika. Me segan gak nak citer sbb takut tak jadi. Tp entahlaa.. serba salah.

Ika tgk hp baru me. Me mmg nak dia tgk hp tu. Sbb dlm tu ada rahsia yg dia nak tau :D Sebenarnya nak ika tau sendiri dr hp tu. Ika belek2 dan tgk gambar2 dlm tu. Sambil tu ika sebuk tanya me kwn ngan saper skrg sbb masa dlm kete ika suh hubby dia carikan sorg utk me. Tp me jwb ‘tak yah laa..’ so diorg agak me dah ada ‘kawan’. Sbb tu ika terus tanya me saper org tu.. adakah ‘org opis’ me tu.. atau ada org lain?? Me just jwb ‘adalaa..x de apa..kwn je..’ tak tau nak ckp.. dlm hp me, gambar ‘dia’ me letak nama dia.
‘mcm kenal je…’ still dlm nada blur.. ejaan nama tak sama so ika tak agak apa2.. ika tgk je gambar tu
'anim mana gambar dia?' me senym je..
‘anim!! Nii??’ muka terkejut.. me senyum lg dan angguk..
‘tak cite pun..’ ika dah merajuk…
‘tak sangka gak.. tp ayah tak nak polis kalau boleh.. so just kawan je.. jgn harap apa2.. jgn citer ngan sesaper ek.. takut tak jadi..’
‘hmm.. tak perlaa.. dulu dia mmg penah citer antara sbb clash dgn x-gf dia pasal family pompuan tak suka kat polis’
‘ooo..’ dlm hati – brapa byk x-gf dia??? Huu.. I’m jealous..
‘eloklaa korang dah kwn.. kalau tak asyik call aku je suh carikan calon utk dia.. siap belikan topup, msg, call, bla bla bla.. mcm kapellak.. bla..bla.. bla..’ semua yg ika citer me dah dengar dulu. Cerita yg sama.. yup.. tapi.. perasaan masa mendengar dah lain :( me diam je.. mcm buat2 senyum pun ye.. huu.. dulu me tak kesah ika nak citer apa pun. Me buat tak tau je.. sbb masa tu tak kenal ‘dia’ dan tak ada apa2 dgn dia.. tp tadi.. huu.. rasa lain.. jeles… walaupun ika tu sepupu dia.. walaupun ika tu dah kawen.. walaupun ika tu kawan baik me.. walaupun me tau ika dan dia tak ada apa2.. tapi hati ni terima cerita tu kali ni dgn satu perasaan yg lain.. hmm… cemburu ke me? Kenapa ek? Huu.. takutnyaa… sedihlaa…

cemburu sebab.. cara dia layan ika sblm tu.. masa dia suh ika carikan ‘kawan’ utk dia tak sama mcm dia layan me skrg.. dan ‘layanan’ mcm tu hanya me dpt ketika me merajuk hari tu (masa dia tak jd jmpa me sbb dia ada hal lain). Tetiba hati ni rasa lain.. otak ni teringatkan sesuatu.. teringat masa mula2 jmpa.. teringat yg dia tak contact me lepas tu.. teringat yg tetiba dia muncul dgn mcm2 masalah.. tringat yg me senang hati tolong dia (padahal tak kenal.. tolong sbb dia sepupu ika).. terasa yg .. hmm.. dia terpaksa ke suka kat me?? Dia suka sbb terhutang budi ke?? Huu.. me tak suka!! Sedihlaa.. (tetiba rasa jauh hati..)

dia layan me mcm kawan je.. cara cakap yg kasar (ika kata dia mmg ckp mcm tu), straight to the point, garang (sbb dia kasar kot), ckp hal yg penting2 je.. kalau ada yg nak tunjuk perasaan dia pd me adalah rasa cemburu dia.. bila dia marah kalau me ckp nak cari org lain.. atau mcm td me suh dia sampaikan salam kat kwn dia (lelaki), dan bila dia bincang ngan me apa yg dia nak buat.. juga bila ada kalanya dia msg/call me bila dia bgn tido dan.. bila dia cuba memujuk me bila dia rasa me merajuk.. dia tak pernah ckp dia rindu.. me pernah tanya dia sekali dulu, yg mana me dpt jwpn ‘adalah sikit..’ sblm tu jwpn yg me dpt hanya gelak atau ‘hish, ngada’ – garang woo.. dan ‘tak’ :( - lepas tu me tak pernah tanya dah.

me plak mcm mana? Me takut nak kacau dia. Setakat ni cuba follow cara dia. Tp me tak der la jd mcm dia. Me jadi yg sebaliknya (lembut sikit – :p tp sikit jela). Oleh sbb dia kasar ngan me, me pun kasar gak la. Haha. Bila namanya ‘berkawan’ dan sebutan serta anggapan adalah ‘kawan’ maka layanan adalah layanan utk seorang ‘kawan’. Slumber fire, gurauan yg keras dan kasar.. tiada terasalaa.. (masa mula2 me tak bleh nak follow gurau kasar2 ni.. skrg dah ok), tak kesah nak ckp apa.. tak kesah nak keluar ngan saper.. buat bodoo je.. tak kesah juga nak marah dia. cuma kdg bila me rasa mood dia ok, me suka sakat dia.

sebenarnya.. me tak harap dia layan me mcm puteri. Me suka dgn layanan dia sekarang.. me rasa gembira skrg dgn dia.. cumanya.. me jeleslaa bila ika citer kesah sblm kitorang kenal dulu mcm mana dia minta ika kenalkan dia dgn mana2 kawan2 ika yg single. Jeles sgt!! Huu…

--------------

citer bab happy lak (nak cuba pulihkan hati yg tgh jeles.. hehe)

sebenarnyer tgh jeles lagi.. so citer2 happy siang td mcm lupa je.. nak refresh balik susah.. tp me cuba gak laa..

napa nak citer? sbb me nak senyum.. nak cuba senyum.. huu.. panasnyer dlm hati :(

hari ni sabtu. sbb masa me tulis blog ni (sekarang) dah pukul 2pagi. citer best tu jd smlm. smlm hari jumaat. hari terakhir me kursus. biasanya kalau hari terakhir ni half day je. me msg dia kata me nak g klcc. sajer nak jln2 kat situ. me sebenarnya kata 'me nak g saner, jln sorg2'. tp dia ingat me minta dia teman me g saner sbb sblm tu me tanya dia keje ke tak. dia balas kata tak dpt teman sbb keje ptg tu. tak kesahlaa.. me senyum je. me tak g pun klcc. balik umah terus. kol 1.30 me dah ada kat umah sbb sblm tu teman kapten xana (salah sorg peserta kursus dr kem impal) g beli manik utk baju baru dia. xana hantar me sampai umah. sbb tu cepat sampai umah.

me try call dia tp tak dpt. dia tak jwb. bila tgk jam.. ohh.. waktu solat jumaat. positive thinking - dia solat kot.. :D dlm kol 2 dia call hp me. kebetulan masa tu me tgh borak ngan mak kat tipon umah.

'tgh buat apa?'

'borak ngan mak' - terus terang..senang..

'oo ingat tgh guna internet' - nada lain.. hmm.. serkap jarang tol bdk ni. biasa kalau dia call enggage mmg me tgh online internet.

borak2 update xtvt (tak ingat dah borak apa..). kol 3 dia msg kata nak kuar jmpa kawan. me rasa mcm ngantuk sgt. so tidola.. lama gak.. 2 jam.. tp bangun tu rasa puas. sebenarnyer bangun tu terganggu oleh bunyi hp. saper ntah yg call tak tau la. rasa terganggu sgt. sbb me tak suka org yg call tu. haha. ingat nak tdo balik tp tak bleh gak.. sajer call dia tanya kat maner.

'kat luar tgh minum dgn kawan'

'oo..saper?'

'abg tu la..' (td masa call dan masa dia msg dia mmg kasitau nak kuar ngan abg tu. sblm ni me tak penah tanya dia kuar ngan saper.. laki or pompuan.. td sajer je tanyer sbb tak tau nak tanyer apa :D)

'oo.. kem salam ek'

'*diam* amboii!! mana bleh.' huu garangnyer... terkejut me. dr baring terus duduk.

'napa?' suh kem salam je. bkn suh apa pun' ;) start dah me nak nyakat dia. hehe

'ngengada..'

'tak bleh ke? marah ke? tak bleh tak per laa..' me gelak je.. dia pun gelak dan tau me gurau. tp kasar sket bunyiknyer.. dia jeles. yes!!

'tau tak per' - mcm merajuk je bunyik. ntahlaa.. me rasa happy sgt masa tu. suka sbb dia jeles.

kejap je call dia (27saat) sbb nak tau dia kat maner. lepas tu call along. ingat nak kasitau along. tp along tgh mkn kat luar. citer hal lain lak ngan along. pas tu terus call dilla. tak sabar nak citer. seronok! suka kongsi citer pasal dia ngan dilla. sajer suka. :)

pukul 7pm dia call lagi.

'hello sayang' - sajer nak nyakat. huu.. tak pernahlaa me ckp mcm ni kat dia. hehe

'adoi mak luruh jantung' kelu dia lepas tu. me gelak je.

'awat?'

'erk..terkejut..' suara mcm pelik.. tergagap2 lak tetiba. me gelak je. sajer suka.

'dah pungut jantung yg jatuh?'

'*gelak* ngada ye? dah.. dah... fuhh..'

terus kelu dia. me rasa dia terus lupa nak ckp apa ngan me sbb dia diam je lepas tu. sianlah plak. tak per.. lps ni me tak sebut dah mcm tu. dia penah gak panggil me 'sayang' bila me jwb call dia, tp me tak pernah lak rasa sampai mcm tu. biasanya menyahut dgn perkataan 'ye' je bila dia panggil cam tu. dan senyum. tp tak pernah rasa lagi sampai nak luruh jantung.. :) mungkin satu hari nanti kot. hahaha.

'awk kat ne?'

'kat luar lg. dgn abg tu'

'oo..napa td tak nak sampaikan salam saya kat abg tu?'

'ish. ngada awk? ooo ada hati ye?? mana boleh!!' - marah woo.. marah sayang bak kata abg angkat me (abg angkat lah ek :D)..

'napa tak boleh? sy suh kem salam je. bkn kata nak kenal pun' - start nyakat lagi.. sajer nak tgk.. suka nak dgr jawapan dia dan cara dia jawab

'tak boleh laa... awk nii??' dia tak der jawapan.. tp tu dah tunjuk yg dia jeleskan? tu yg me suka. suka bila ada org jeles. hehe. hmm.. sekali skala tak perlaa kacau. selalu2 bahaya. nnt gaduh lak. agak2 lepas ni dia nak kenalkan me ngan kengkawan dia tak? haha. me tak rasa mcm tu.. tak taulah kan :)

teringat td ika kasitau beberapa benda yg dia tak suka.. dia tak suka pompuan yg mengongkong.. tak suka pompuan yg ngengada.. haha.. ntahlaa.. me jeles dia dgn ika.. :p

-jeles-

Tuesday, December 06, 2005

hmm...

hmm..

smlm abis kursus pukul 4.30pm. balik tumpang kak ani sampai pasar keramat. g umah mak uda peah amik payung. 1 jam je dok kat umah dia. kol 6 lebih dah sampai kat umah. rehat2 sambil tgk tv. kemas sket2 kat dlm umah tu. rasa lamanya waktu dok kat umah. patutlaa org bleh siap masak lagi ek balik keje kalo umah dekat + opis hour abis kol 4.30pm. penat pun tak rasa. seronok pun ada. tp kalo mcm me yg dah selalu balik lmbt sekali sekala mcm tu mmg seronok. selalu.. tak bleh kot. sbb mmg opis hour abis kol 5.30pm (paling awal me akan kuar kol 6.00pm). dah tu opis kat kerinchi umah kat keramat. +- 30 dlm lrt, 30 minit tunggu bas, 15 minit dr lrt ke rumah. dah mlm baru sampai umah. teringat dulu masa sekolah ayah pernah berseloroh 'angah dah besar nnt, dah kerja, dah kawen kena ada pembantu rumah'.. hehe.. mungkinkah? hehe.. tak kot.. sbb kalau ikut waktu kerja si dia mmg tak perlu pembantu rumah sbb mungkin masa dia byk kat umah kalo dia tak keje. tp dia kenalah buat kerja rumah. hmm.. setuju? tak setuju tak per :p

malam, tgk tv, call mak. borak dlm 30 minit pasal ayah. borak ngan jim gak. me pesan kat jim suh dia jadi ketua rumah sementara. pastikan mak ayah selamat. jaga diorg. me minta dia jgn tinggal sembahyang, baca yassin utk ayah, doa tiap kali lepas solat utk kebaikkan ayah dan mak. doa minta apa2 yg tak baik tu, yg mengganggu tu keluar dr rumah. dll.. jim kata 'ok'. hmm.. semoga jim ada rasa bertanggungjawab kat keluarga.. aminn..

seharian berkursus. tak sempat nak call dia. adalaa pg tu try call tp tak dpt. dia call balik pun me tak perasan. tgh hari kot ada call kejap. mlm tak dpt dah. msg pun tak der.. sibuk sgt kot. sbb smlm first day persidangan tu kan? persidangan apa ek kat klcc tu? so mlm td rasa mcm tak der nak buat apa me tidoqla. tgh mlm terjaga. dgr mcm something yg buat me tak bleh tido. sudahnya me bangun masuk bilik hani tido sebelah dia. stgh jam je kot. tak pun 1 jam - tak pasti. pas tu me tido kat bilik me semula. - lately me suka tuka2 tpt tido :(

---

now still kat MMC. lunch hour. dah mkn td ngan kak ani, kak nora ngan sorg akak ni. ada 6 org dr kem impal, mindeff ni join kitorang. kursus ok. tp tak taulah napa, masuk je lecturer me mesti nguap. giler ngantuk. tak tahan. sampai sakit2 kepala. abis je lecture ok plak. topic mmg best. nak menjahanamkan pc. haha.

pg td call mak. tp ckp ngan ayah. lama gak borak. pelikla gak. biasanya ayah tak suka ckp kat tipon lelama. tanya pasal kesihatan ayah, ayah ckp mcm ok je. tp suara tu mcm lemah la. lps tu me borak ngan jim plak. pesan balik kat dia sumer2 yg me pesan mlm td. dia ckp dia buat insyallah.. alhamdulillah. senang hati dengar. tak borak ngan mak sbb mak tgh ajar org buat roti canai. saper ntah tak tau. hmm.. satu ayah pesan.. 'tak yah la risaukan ayah.. 2, 3 hari lagi oklaa. ahad ni ajib nak balik. insyaallah ayah boleh bawak kete. tp still lemah. tak yah la susah2..' hmm.. 'sakit ni tak nak baik2 gak, berubat yg semalam yg hari ni tak hilang..' hmm.. sedih je dengar.. rasa nak nangis..

smlm alang kasi mail pasal ayah.. 2 kali me baca kat sini me nangis. baca kat umah mlm td pun nangis. suh hani baca. sajer. biar dia pk nak cuti ke tak sabtu ni utk tgk ayah. hmm.. tak taulaa me gi kenduri ainil ke tak nnt.. susah hati lagi..

td dia call.. hari tu dia ckp mmg tak jadi nak tukar kete idaman dia tu. sbb byk halangan + kenari yg merajuk. ye la, tiap kali borak pasal nak tuka kete mesti ckp dlm kenari. majukla kawan tu. td dia ckp nak tuka kete lain. kete tu kete idaman me lak tu. haha. suka dia bila tau. me just ingatkan takut kenari merajuk lagi. tp dia kata 'tak kot.. sbb tak ckp dpn kenari'. haha. pandai kan kete ni? motor tak jd tuka tp nak bayar kasi abis. hmm.. dgn dia ni.. masa 4 minit bercakap tu penuh. dlm 4 minit mcm2 bleh ckp. kdg rasa mcm dah lama sgt borak. tgk2 baru 5 minit. masa mula2 dia nak kenal me dulu je kitorang borak lama. lepas tu 14 minit paling lama. haha.

hmm.. hari ni abis kol 4.30 lagi. hari ni tak der kelas. esok pun tak der kelas. kelas hari ni ganti senin depan. so hari ni balik cepat gak. balik cecepat tak tau lak nak buat apa. mlm ni call mak lagi kot.

alang email pagi td. dia kata dia dah hantar surat minta tukar kl. doa2 je lah moga dia dpt. mlm td mak ckp dia apply SEH. adalaa rezeki dia kat KL. Insyaallah...

rindulaa...