Tuesday, August 30, 2005

sabarlah hati...

suka.. tapi tak dapat..
rindu.. tapi tak boleh nak lepas..
sayang.. hmm.. hampir ada..

macam mana boleh suka?
hati..
hadir sendiri.. dari hati.. lillahita'ala..

macam mana boleh rindu?
naluri..
sbb tak bertepuk sebelah tangan..
maka rindu pun berputik..

kenapa tidak sayang?
bkn tak nak sayang .. tapi takut nak sayang..
takut dia bkn untuk kita..

tak semestinya apa yg kita suka itu yg kita akan dapat..
sabarlah hati..
mungkin mmg bkn jodoh kita..
Dia Maha Mengetahui..
dan.. me??
insyaallah.. me akan cuba cari kekuatan utk terima dan redha dgn setiap ketentuan-Nya...

dalam hati ini.. sehingga hari ini.. masih ada suka.. masih ada rindu...
maafkan me kerana merindui..
terima kasih kawan..
semoga bahagia bersama si dia..dunia akhirat..ameenn..

ikhlas.. dari hati..
me..
11.04pm
30/08/2005

Friday, August 26, 2005

Najmil Faiz the malaysian Idol.....

email dari : "Razali Bin Md Yusoff" razali.mdyusoff@osram-os.com kepada melayu-trade@yahoogroups.com

------------------------------------------------------------
Salam sejahtera.

Dikala ini, ramai diantara kita yang lebih mengenali peserta-peserta pertandingan program realiti. Nyanyian dan persembahan mereka sudah lali dengan kita. Kita boleh mengetahui nama kampung atau warna kegemaran peserta tersebut. Namun apabila kita menyebut nama Najmil Faiz, tak ramai yang mengenali beliau.

Kita lebih mengambil berat dan sanggup mengalirkan airmata mendengar penyanyi dikritik atau diundi keluar daripada mengingati pengorbanan seorang pemuda Melayu berhempas pulas bekerja keras mencuci bangunan dan mengangkat barang demi mencari wang untuk membiayai pelajaran dan survival beliau di negeri orang.

Inilah cerita mengenai seorang pemuda Melayu yang pada 14 Mac 2005 yang lalu, telah membentangkan hasil kajian beliau kepada anggota Parlimen United Kingdom di London dan memenangi anugerah "The Best Research of Good Prospect (2005)". Para pelajar terutamanya diharap menjadikan Najmil sebagai contoh dan idola mereka...

Kejayaan yang dikecapi Najmil Faiz bukanlah dengan jalan yang mudah. Beliau telah mengorbankan usia muda dan keseronokan demi mencapai kejayaan. Pada pendapat beliau, sebagai manusia dan orang Melayu, beliau mesti membuktikan keupayaan beliau biarpun beliau terpaksa merangkak sekalipun.

Agenda untuk bangsanya cukup besar. Pendidikan menjadi satu-satunya aset tidak ternilai untuk kejayaan sesebuah bangsa. Beliau tidak boleh terima orang memandang rendah bangsa Melayu dan menganggap Melayu kurang asam, malas berfikir dan tiada daya saing.

Najmil Faiz Mohammed Aris, 26 tahun, pemuda berasal dari Ipoh, Perak ini mencapai kejayaan setelah 'tersedar' daripada keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan pangkat tiga. Selepas itu, beliau pernah bekerja di stesen minyak dan merasakan dirinya selalu dipandang rendah. Beliau pernah berasa malu dan tertekan kerana kegagalan, namun beliau berazam untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara seperti abangnya. Disitulah permulaan dirinya yang baru.

Kemudian beliau bekerja dengan sebuah firma di Kelantan untuk menyambung pelajaran ke peringkat diploma di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO), di Batu Pahat dan pada tahun 2000 beliau melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana muda kejuruteraan dan seterusnya ke peringkat Ijazah Kedoktoran (PhD) di Universiti Metropolitan di Leeds.

Di sana, beliau terpaksa bertungkus-lumus bekerja sambil belajar sehingga tidur hanya dua tiga jam sehari. Pada waktu rehat tengah hari, sementara menunggu kuliah petang, dia bekerja. Semua jenis kerja keras dilakukan beliau termasuk mencuci bangunan dan mengangkut barang semata-mata bagi menampung kos pengajian dan sara hidup.

Semasa menceritakan pengalamannya di suatu majlis di Kuala Lumpur , beliau berkata bahawa tiada istilah penat dalam diri beliau dan beliau kerap tidak tidur malam mengulangkaji pelajaran. Beliau menambah lagi bahawa bukan mudah untuk beliau sampai ke tahap ini, sehingga untuk belajar bahasa Inggeris pun beliau terpaksa bertungkus lumus. Di dalam majlis tersebut, terlihat kesyahduan wajah kepuasan beliau dan menampakkan keyakinan untuk mencapai kecemerlangan dalam pengajiannya yang berakhir tahun depan.



Pada 14 Mac 2005 yang lalu, beliau mencipta sejarah pelajar Malaysia yang pertama diberi penghormatan dan pengiiktirafan untuk membentangkan kajian beliau "Micro Machine Process" kepada anggota Parlimen UK di London dan memenangi anugerah "The Best Research of Good Prospect (2005)". Beliau membentangkan kajian mengenai Proses Mikro dan Kejuruteraan Nano selama 15 minit. Najmil tidak menghampakan apabila anggota Parlimen yang hadir bukan sahaja amat berminat dengan ideanya tetapi juga memberikan galakan kepadanya untuk meneruskan kajian beliau yang membabitkan "Nano" dan "Micro Machine Process".

Najmil yang terpilih sebagai antara pelajar Asia paling cemerlang, berjaya membuka mata industri United Kingdom terhadap kebolehan rakyat menerusi inovasi yang dihasilkan. Menurut Najmil, kajiannya berkaitan teknologi mengurangkan geseran yang mampu mengurangkan kos serta meningkatkan keefisienan dalam industri dan sektor pembuatan. Katanya pengurangan geseran akan membantu meminimumkan kehausan terhadap peralatan yang digunakan dalam sektor perkilangan. Kajian beliau amat diminati pengilang kerana ia dapat menjimatkan kos operasi berbilion ringgit dan masa, meningkatkan kadar hayat mesin dan gear yang digunakan serta meningkatkan keefisienan sektor pengilang di seluruh dunia.

Selain itu, teknologi ini mampu dimanfaatkan oleh sektor perubatan terutamanya dalam pembedahan tulang belakang dan tulang pinggul. Ini dengan meminimumkan geseran pada permukaan dan sendi tulang yang dapat memastikan tulang berfungsi dalam keadaan terbaik.

Hasil daripada pembentangan beliau yang memancarkan kecemerlangan akademik dan mutu kajian yang tinggi itu, Menteri Perindustrian Britain, Brian Edden menawarkan Najmil peluang seumur hidup untuk membentangkan hasil kajian Najmil di House of Common.

Menurut Najmil lagi, sepanjang menuntut dan menjalankan penyelidikan itu, beliau mendapat banyak bimbingan dan nasihat daripada tenaga pengajar di universitinya selain sokongan rakan-rakan. Beliau terpilih untuk membuat pembentangan itu hasil daripada perakuan universitinya.



Beliau berhasrat untuk mengembangkan hasil kajian beliau di Malaysia agar Malaysia dapat bersaing dengan negara lain menjelang 2020.

Beliau dijangka pulang ke tanah air pada Mac tahun depan untuk muncul sebagai salah seorang rakyat Malaysia termuda memiliki PhD, sekaligus memulakan kerjaya barunya sebagai pensyarah di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO) di Batu Pahat, Johor. Beliau berazam untuk berkongsi pengetahuan dan teknologi yang dikumpulkannya sejak berada di UK dengan rakyat Malaysia termasuk pelajar-pelajar KUiTTHO apabila kembali ke tanah air sebagai seorang pensyarah. Memegang pepatah Melayu, ``Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri'', Najmil menolak ganjaran tinggi yang ditawarkan oleh industri di UK.

Najmil Faiz Mohamed Aris adalah contoh intelek muda negara yang mampu mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa. Beliau mungkin tidak boleh menyanyi dengan 'pitching' yang elok mahupun menjanjikan persembahan naynyian yang baik, namun beliau patut menjadi pujaan anak-anak dara dan ibu-ibu sebagai calon suami dan menantu, idola kepada para pelajar dan ibubapa yang mengecapi keselesaan hidup. Sedangkan beliau yang susah boleh berjaya, mengapa tidak kita terutamanya yang membaca artikel ini di jiwang.org?

Anehnya ketika Najmil berjuang untuk kecemerlangan diri dan bangsanya, ramai orang muda langsung tidak memikirkan soal agenda bangsa. Mereka lebih kelihatan dilanda keasyikan untuk pencarian bakat nyanyian. Mendorong makin ramai remaja Melayu di bangku sekolah lagi sudah berlumba-lumba mahu menjadi penyanyi, bukannya pakar matematik dan sains. Seolah-olah hiburan menjadi agenda lebih penting.

Najmil Faiz adalah seorang idola yang tidak boleh di-AFSINGKIR-kan daripada hidup kita sebagai rakyat Malaysia .

Disesuai dan diubahsuaikan dari:
- Najmil buka mata industri UK kebolehan rakyat kita, Utusan Malaysia 23/03/2005
- Prof. Diraja Ungku Aziz terima `Anugerah Melayu Terbilang', Utusan Malaysia 12/05/2005
- Najmil Faiz azam kembang teknologi Nano, Utusan Malaysia 16/07/2005
- Antara realiti dan fantasia, Mingguan Malaysia 31/7/05
- Gambar dari Bernama

Thursday, August 25, 2005

cerita hari ni..

salam..

dua hari ni (rabu dan khamis) me ada kursus kristal kat opis me kat tkt 50. kursus dari pagi sampai ptg. input ok. mmg related sgn kerja. insyaallah akan me praktikkan.

selama dua hari ni kitorang di sediakan juga mkn pagi dan mkn tgh hari. dua2 hari ni makanan dia ada sotong / udang. sian gak la pada org mcm me yg tak bleh mkn seafood. hmm.. smlm pagi mkn nasi lemak lauk sambal sotong. sambal ikan bilis tak der. :( so me dan kak noris mkn nasi lemak tanpa sambal. first time for me. haha. nasib baik nasi dia sedap + ikan bilis and kacang ada rasa. so oklah. tgh hari plak mkn nasi putih. tapi salah satu lauk dia udang. :( again.. tp nasib baik ada lauk lain. alhamdulillah.. adalah rezeki me.

tadi pagi di sediakan nasi goreng. perencahnya udang juga. besar lak tu. nak buat mcm mana ye.. terpaksa mkn.. me amik sikit je nasi goreng tu. org kata diet lantak lah. nak rasa je. amik seketul karipap dan sebiji kuih apam. alhamdulillah nasib baik me dpt kuih. kak noris sian dia.. kuih dah takder masa tu. so lps mkn sufferlah dgn gatal kat tgn and kaki. me cuma gatal kat tekak. masa mkn tu mmg terpaksa pastikan tak kena bibir. and mmg me doa tawakalltuilallah.. tgh hari mkn nasi kaler kuning. nasi minyak kot. sedap. ada lauk udang gak + ayam masak merah kot. alhamdulillah.. rezeki hari ni..

lps mkn tgh hari tadi me turun opis me kat tkt 43. ada kerja sket + nak solat zohor. masa nak naik balik kat atas (dgn kak noris) ada insiden plak kat dpn pintu opis. what happened? me punch utk keluar pintu. kak noris tolak pintu (kaca) utk buka pintu. tapi.. pintu tu mcm tak bleh bukak. kak noris tolak lagi. and at da same time me tgk atas. terkejut.. engsel pintu (kat atas) dah tercabut. means.. kak noris tgh pegang pintu kaca yg berat tu sorg diri. allahu akbar. kak haraza kat dpn kitorang dah jerit "lepas noris!! lepas!!". tapi ye lah. kita tak aspect perkara tu. kak noris still pegang pemegang pintu tu and me kat belakang kak noris. what to do?? no idea. bila pintu tu dah hampir nak jatuh, kak noris lepaskan pintu tu. the result.. pecah berderai.. erk.. masing2 tgk kaki. nasib baik ua2 org pakai kasut sarung. so kaca tak kena kaki. but... kaki kak noris luka (tak berdarah..tp kulit terkopek) kena bucu pintu. bila naik bilik seminar luka tu jadi bengkak. dan semakin bengkak. kak noris pergi klinik and doc kasi ubat sapu. kesian kak noris. esok mc kot dia. wallahualam..

me doa pada Allah.. minta diringankan sakit ke atas kak noris. me tau allah syg kak noris.. sbb tu ujian ni kak noris yg kena.

hmm.. bgnan ni tak la lama mana.. tapi pintu bleh tercabut.. pelik tu.. hmm..

edit sikit (26/8/05)
smlm me fobia tgk pintu opis. kaku kejap depan pintu tgk atas bwh baru masuk opis. hari ni pun still mcm tu. tp tak teruk mcm smlm. kak noris mcm manalah agaknya ek? tentu lagi fobia...
masa solat asar smlm terasa hati ni kacau juga sbb tringat lagi. lepas solat me sujud shukur sbb teringat kekuasaan Allah tolong kami (walaupun ada yg luka). sbb.. kaki kitorang tak kena kaca sikit pun walaupun mmg kitorang depan pintu tu. and.. kak noris di beri kekuatan utk pegang pintu tu sampai ke bawah (supaya jatuh pecah tak teruk). masa nak masuk opis lps seminar smlm diorg dtg pasang pintu kaca baru. 4 org lelaki pegang pintu tu. bayangkan smlm kak noris pegang pintu tu sorang2. allahu akbar.. still terbayang2...

Tuesday, August 23, 2005

Nasihat Imam Syafie berkenaan persahabatan..

PERSAHABATAN tulen memang sukar dicari. Hanya mereka yang benar-benar bersahabat dengan hati tulus dan ikhlas dapat mencari erti persahabatan tulen.

Dalam hal ini, Imam Syafie ada memberikan nasihat dalam soal persahabatan.

Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku.

Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati.

Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tidak luntur baik dalam keadaan suka atau duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya.

Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk be! rkenalan kerana aku akan berasa senang. Semakin ramai aku peroleh sahabat, aku semakin percaya diri.


Mencari sahabat pada waktu susah

Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka. Pada hal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka. Jika suka melanda, aku sering bertanya: "Siapakah yang sudi menjadi sahabatku?"

Pada waktu aku senang, sudah biasa ramai yang akan iri hati, namun bila giliran aku susah mereka pun bertepuk tangan.



Pasang surut persahabatan

Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain ketika nasibku sedang baik.

Namun, ketika musibah menimpaku, kudapatkan mereka tidak ubahnya roda zaman yang tidak mahu bersahabat dengan keadaan.

Jika aku menjauhkan diri daripada mereka, mereka mencemuh dan jika aku sakit, tidak seorang pun yang menjengukku.

Jika hidupku berlumur kebahagiaan, banyak orang iri hati, jika hidupku berselimut derita mereka bersorak sorai.

Mengasingkan diri lebih baik daripada bergaul dengan orang jahat.

Apabila tidak ke temu sahabat yang takwa, lebih baik aku hidup menyendiri daripada aku harus bergaul dengan orang jahat.



Sukarnya mencari sahabat sejati

Tenanglah engkau dalam menghadapi perjalanan zaman ini. Bersikap seperti seorang paderi dalam menghadapi manusia.

Cucilah kedua-dua tanganmu dari zaman itu dan daripada manusianya. Peliharalah cintamu terhadap mereka. Maka, kelak kamu akan memperoleh kebaikannya.

Sepanjang usiaku yang semakin tua, belum pernah aku temukan di dunia ini sahabat yang sejati.

Kutinggalkan orang bodoh kerana banyak kejelekannya dan kujanji orang mulia kerana kebaikannya sedikit.



Sahabat sejati pada waktu susah

Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan.

Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah.

Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku. Kukunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia.



Rosaknya keperibadian seseorang

Dalam diri manusia itu ada dua macam potensi penipuan dan rayuan.

Dua hal itu seperti duri jika dipegang dan ibarat bunga jika dipandang. Apabila engkau memerlukan pertolongan mereka, bersikaplah bagai api yang dapat membakar duri itu.



Menghormati orang lain

Barang siapa menghormati orang lain, tentulah dia akan dihormati. Begitu juga barang siapa menghina orang lain, tentulah dia akan dihinakan.

Barang siapa berbuat baik kepada orang lain, baginya satu pahala. Begitu juga barang siapa berbuat jahat kepada orang lain, baginya seksa yang dahsyat.



Menghadapi musuh

Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan.

Ketika musuhku berada di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya.

Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan.

Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa persahabatanku kepada orang yang kubenci, seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yang kucintai.



Tipu daya manusia

Mudah-mudahan anjing itu dapat bersahabat denganku kerana bagiku dunia ini sudah hampa daripada manusia.

Sehina-hinanya anjing, ia masih dapat menunjukkan jalan untuk tuannya yang tersesat, tidak seperti manusia jahat yang selamanya tidak akan memberi petunjuk.

Selamatkanlah dirimu, jaga lidahmu baik-baik, tentu kamu akan bahagia walaupun kamu terpaksa hidup sendiri.



Tempat menggantungkan harapan

Apabila engkau menginginkan kemuliaan orang yang mulia, maka dekatilah orang yang sedang membangun rumah untuk Allah.

Hanya orang yang berjiwa mulia yang dapat menjaga nama baik dirinya dan selalu menghormati tamunya, baik ketika hidup mahu pun setelah mati.



Menjaga nama baik

Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, maka tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya.

Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirahat.

Dalam hati masih ada kesabaran buat kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras.

Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan.

Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.

Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai.

Dia akan memungkiri jalinan cinta yang telah terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia.

Sesungguhnya jika Allah berkehendak kebaikan terhadap hambaNya maka dijadikaan dosa2 terbayang di ruang mata..



Wassalam...

WALLAHU'ALAM..

NOTE: kalau info ni salah harap dapat sesiapa betulkan. Terima kasih..

Monday, August 22, 2005

cerita hujung minggu.

salam..

lama dah me tak nulis kat sini. tak der mood rasanya nak update apa2 walaupun sebenarnya byk cerita nak kongssi dgn blog. tapi hari ni ada satu cerita yg menarik juga bagi me..

hmm.. semalam adik me konvo dkt uia. congratulation to her. cantik tgk dia pakai jubah degree dia tu. hmm.. adik me mmg cantik. kurus tinggi. alhamdulillah.. kurniaan Illahi.. :) dia balik KL hari Khamis hari tu. mak ayah dtg KL hari Sabtu ptg. balik dr konvo tu ayah citer mak cari nama alang dlm buku konvo tu tak jumpa.. hmm.. terlepas pandang sebenarnya. nama kami adik beradik perempuan mula huruf 'Z'. So, nama kitorang kat bhgn belakang skli. ayah kata, lps ni, jgn kasi anak2 kitorang nama huruf 'Z'. haha. me pun tak terpk nak ltk nama anak me nnt huruf 'Z'. mungkin akan mula dgn 'A'.. ada terpk dua nama ni.. Anis Umairah dan Aina Annisa.. hehe.. ok tak? asal nak letak Sufi Annisa.. tapi anak along dah Sufi.. Siti Rohayatul Sufiah.. so tak jadik la. ish.. ni planning jerk.. tak der pun lagi bakal2 anak me tu. haha.

Sabtu pagi tu along dtg umah dgn anak dia. seronok me main dgn Sufi. tak terlayan.. huu penat gak laa sampai me rasa ngantuk sgt nak tdo. bdk ni suka bila org layan dia, sanggup dia lawan mata dr tido. bila ayah ngan mak sampai seronoklah diorg tgk cucu sulung ada kat rumah. selamat me.. hehe.. diorg plak layan bdk kecik tu. mmg me rindu sgt kat sufi. tapi tak terlarat la nak layan dia. alahaii.. mcm manalah agaknya bila me ada anak nnt ye?? haha..

mlm tadi ada kupu2 masuk rumah. me jumpa dia atas meja. mcm dah cedera sket. tapi tak pasti. bila me angkat tudung saji dia terbang kat siling. terkejut me. terus mak sebut 'haa sape lah nak dtg minang angah ni..' erk.. me plak yg kena.. masa me tgk the apprentis kupu2 tu dah tak der. hmm.. dah dua tiga kali kupu2 besar masuk rumah me. me suka tgk kupu2.. tak tau la napa. cantik sgt ciptaan Allah ni.

hari ni sufi ada kat rumah. pagi2 lagi dah sampai. mak dia keje, ayah dia nak g kuala selangor ada hal sket nak diskass pasal projek. so mak jaga sufi hari ni. bijak betul dia.. tgk org tak lepas. tiap org keluar pintu, pakai cantik2.. semua dia pandang. hm.. tadi call mak. mak ckp dia baru naik dr jln2 kat bawah (me rumah flet). masa kat bawah dia diam jerk. suka tgk alam ni. tido skjp kat pangkuan mak (wannya). bila mak naik atas je dia nangis. mak kata lagi, mak masukkan dia dlm walker.. terus dia g dpn pintu. nak keluar. ish..ish.. along kata anak dia baik.. hehe.. sufi mmg baik.. along kata lagi sufi tak kuat nangis.. tapi kena pandai pujuk dia.. hmm.. susah gak ni. sian kat mak. tu baru satu hari jaga cucu. tobatlah mak ayah tak nak jaga cucu dia lagi. hehe.

tak sabar rasanya nak balik.. nak jumpa sufi..

Thursday, August 18, 2005

Wahai kawanku...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

1)Wahai kawanku,
Segeralah tunaikan solat di awal waktu
Dikala mendengar azan
Usahakanlah semampu terdaya.
Ini membuktikan kesungguhan anda.
Di situ ada sumber kejayaan
Di situ ada sumber pertolongan
Di situ ada sumber taufiq
Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran.
…dimulakan dengan menyebut solat di awalnya
Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat…
Juga di medan perang. Walaupun…
Di saat genting dan cemas.

2)Wahai kawanku,
Bacalah al-Quran dan cuba memerhati mesejnya
Selalulah berzikir dan cari ilmu walaupun sedikit
Kurangilah dengan masa yang tidak bertujuan
Sesungguhnya al-Quran adalah
sumber asli lautan ilmu
Sumber hidayah kepada anda dan saya
Bacalah al-Quran, kelak ia memberi syafaat.
Sentiasalah membaca, menghafal dan…
Cuba hayati mesej arahannya.
Selalu berzikir, berzikir dan terus berzikir!!!
Di sini ada ketenteraman
Di sini ada kedamaian
Di sini ada kesalaman
Jadilah hamba yang sejahtera.

3)Wahai kawanku,
Dorongkanlah diri untuk menguasai
Bahasa al-Quran
Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan
Sebenarnya anda telah lama bermula
Iaitu sejak anda solat setiap hari
Sebut dulu walaupun tak faham.
Antara mala petaka pertama menimpa umat kita…
Ialah kecuaian menguasai bahasa agamanya.
Juga mengutamakan bahasa pasar,
Ayuh !!! Apa tunggu lagi??????
Bukalah ruang walaupun seminit !!!

4)Wahai kawanku,
Usahlah bertarung idea tanpa adabnya!!!
Berdebatlah jika kiranya berbuahkan kebaikan
Awasilah pertengkaran
Kerana di sana ada unsur lain membisikkan?
Syaitannnn namanya !!!

5)Wahai kawanku,
Senyumlah selalu tapi bersederhanalah
dalam ketawa !!!
Rasulullah s.a.w adalah
yang paling banyak senyum
Beliau ketawa kena pada tempatnya
Tapi berpada-pada sahaja, wahai kawan !
Plato juga berharap agar pementasan hiburan…
Yang tidak bermutu terlalu banyak ketawa bodoh
Hanyalah disaksikan oleh golongan abdi
Dan orang upahan asing!
Begitu juga Aristotle berpendapat
Supaya golongan belia ditegah daripada
menyaksikan hiburan-hiburan yang membolehkan
perbuatan ketawa berlebih-lebihan.
supaya tidak menular.
Keburukan dalam diri!!!

6)Wahai kawanku,
Seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan
Tanpa serius, hilanglah kesungguhan !!!
Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan
Kata seorang penyair :
Berikan kerehatan pada jiwamu
Yang sibuk dengan berfikir
Ubati dengan bergurau
Tapi,
Kalau mengubatinya dengan bergurau
Mestilah dalam batas
Seperti kau masukkan garam
ke dalam gulai.

7)Wahai kawanku,
Kawallah nada suaramu
Setakat yang diperlukan
oleh pendengar di depanmu
Janganlah jadi seperti orang bodoh.
Bahkan menyakit hati orang lain pula!!!
Luqman El-Hakim juga
mencela orang yang tidak pandai
menjaga nada suara pada tempatnya.
Itulah katanya suara keldai!!!
Surah al-Isra' memberi tip kepada kita…
Jangan keraskan suramu dalam solat
Tapi jangan pula merendahkannya
Carilah jalan tengah di antara keduanya.

Wahai kawanku,
Usahlah umpat mengumpat
Usahlah merendah-rendahkan pertubuhan lain
Bercakaplah jika ada unsur kebajikan
Ayuh!!! Hindarilah…mengumpat!
Tidak sekali mencabuli jemaah-jemaah lain!!!
Perkatakanlah kebaikan demi kebajikan bersama.
Sukakah anda memakan daging pasti anda suka!!
Tapi sukakah anda memakan daging kawan anda
yang telah mati?? Sekali-kali tidak!!!
Begitulah dosa orang yang mengumpat.
Bertaubatlah jika anda mengumpat
Tapi mesti minta ampun terhadap orang umpatanmu
bersama!!!
Boleh mengumpat…apabila ada tujuan syarie.
-untuk menuntut keadilan apabila dizalimi
-untuk menghapuskan kemungkaran
-kerana memberi amaran kepada Muslim tentang kejahatan
-kerana mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan.

9)Wahai kawanku,
Luaskanlah interaksimu dengan umat manusia
Sekalipun mereka tidak diminta berbuat demikian!!!
Salam kasih sayang adlah untuk semua
Salam kemesraan adalah untuk sejagat.
Hulurkanlah, hulurkanlah salam perkenalan…!
Lihatlah pensyariatan ibadah haji.
Pelbagai bangsa datang berkunjung!!!
Pelbagai lapisan datang berkunjung!!!
Pelbagai darjat datang berkunjung!!!
Sama-sama menjunjung obor suci
Tidak mengenali tapi tak sepi.

10)Wahai kawanku,
Maksimumkanlah faedah waktu anda dan
Tolonglah orang lain
supaya manfaatkan masa.
Hadkanlah masa penunaiannya.
Biasakan hidup berjadual di hadapan.
Bijaksanakanlah menggunakan waktu anda!
Bersegeralah, kerana…
Sabda Nabi s.a.w bermaksud :
"Bertindak segeralah melakukan amal…"
(Diulang 7 kali..)
Sayanglah masa saudaramu!!!
Hormatilah waktu mereka!!!
Usahlah berbicara meleret-leret…
Tanpa haluan dan noktahnya.

Monday, August 15, 2005

alahaiii baju kelawar..

salam..

hari ni dapat mail pasal baju kelawar.. alahaii.. hmm.. any comment??

---

TIDAK sangka, suami memendam rasa semata-mata kerana benci pada baju kelawar...

CIK YAH suka pergi pasar malam. Bukan kerana malas memasak jadi beli Yong Taufu bagi anak-anak makan tetapi kerana Cik Yah suka membeli tudung dan baju tidur ala kelawar di situ. Hobi itu membuatkan almari Cik Yah tenat dengan tudung sehingga terpaksa diperokkan ke bawah katil. Hilang terus di bawah katil, setahun kemudian baru jumpa.

Baju kelawar juga memang Cik Yah suka benar. Kata saja baju tidur tetapi sebenarnya bukan setakat dipakai waktu tidur tetapi boleh dikatakan sepanjang waktu. Memakai baju longgar berangin dan terkembang-kembang sebegitu, memasak boleh, bersantai tengok tv boleh, siram pokok bunga boleh, silap-silap ke pasar raya di taman perumahan pun Cik Yah pakai baju kelawar. Pakai saja tudung, hah, lengkap sudah gaya anggun Cik Yah.

Memang selesa benar baju kelawar ni. Dan kemunculan baju kelawar ini memberi impak positif dalam perkembangan basuh-membasuh pakaian. Yalah, baju ini senang kering dan tak susah payah dijaga. Semakin lama, semakin lusuh, semakin menjadi baju kegemaran Cik Yah. Jiran-jiran Cik Yah ramai yang sependapat dan berkongsi minat sehinggakan Cik Yah rasa kami patut menubuhkan kelab 'isteri-isteri kelawar'. Alahai...

Namun tak sangka pula dalam seronok-seronok kami bersantai dan gembira dengan kewujudan rekaan sensasi baju kelawar ada kalangan kawan wanita Cik Yah yang menderita. Semuanya gara-gara baju kelawar inilah. Dia dicerai suami dan antara sebabnya, si suami lemas dengan gayanya yang suka berkelawar. Alahai. Buruk benarkah baju kelawar ni? Sembang Cik Yah bersama ahli-ahli kelab.

Maka Cik Yah pun bertanyalah pada rakan-rakan sepejabat lelaki tentang fenomena standard yang menyerang isteri mereka.

"Bini aku pakai baju kelawar, maid indon pula pakai baju T dan seluar ketat, kau fikir siapa yang aku suka tengok, hahaha," begitu gelak gempita umpama jin seorang lelaki yang perutnya seperti wanita mengandung enam bulan.
"Buruk sangatkah wanita pakai baju kelawar?"
"Bukan buruk tetapi membosankan," sambungnya lagi. Alah, itu alasan tidak konkrit. Dibalikkan cerita maid muda itu pula pakai baju kelawar, seksi juga pandangan mata jalang lelaki.

Seorang lagi teman lelaki berkata, "Kalau isteri pakai baju kelawar aku anggap dia tak hargai kehadiran suami di rumah. Hari-hari baju kelawar, macam tak ada baju lain. Sebab itu aku 'haramkan' baju kelawar di rumah aku."

Wah, begitu sekali ya lelaki anti baju kelawar. Agak-agaknya sama juga dengan anti kita pada lelaki yang berkait pelekat, pagi petang siang malam dengan alasan suka suasana berangin. Opps...

Kalau begitu, kalau sudah suami tak suka, atau mungkin dia tidak suka tetapi tak berani cakap, tak payahlah berkelawar selalu sangat. Mungkin kita suka tetapi suami tak suka. Kita selesa tetapi dia lemas pula jadi kenalah bertolak ansur. Berkelawarlah jika suami tak ada, bila dia ada pakailah baju kurung raya tahun sudah yang baru dua kali kita pakai.

Jadi mulai hari ini, kalau ke pasar malam, Cik Yah cuba untuk tidak jeling-jeling lagi kepada baju kelawar. Alahaiii...

Thursday, August 11, 2005

FENOMENA JEREBU


Assalammualaikum..

hari ni jerebu lagi. nampaknya lebih teruk dari semalam. pandang ke luar dah tak nmpak sangat lrt tu. jauh dari tu apatah lagi. kat dlm opis lak ada bau macam asap. tekak perit biasalaa. demam me tak abis lagi so still batuk2. selsema.. sakit dada.. sesak nafas.. huu.. banyak dosa org2 kl ni kot. tu yg Allah timpakan bala macam ni. wallahu'alam.. me akan cuba perbaiki diri me supaya keadaan me lebih baik dari sblm ni.. dan me akan doakan kawan2 me juga sedara seislam me berada dalam keadaan baik juga.. aminn..

hari ni dapat mail dari unit OSH ttg jerebu. me nak kongsi kat blog me ni info2 pasal jerebu. :)

1.0 Mukadimah

Dalam situasi dimana sebahagian besar kawasan dalam negara kita mengalami keadaan berjerebu, Unit OSH dengan sukacitanya mengeluarkan sedikit maklumat dan panduan dalam menghadapi fenomena ini.

2.0 Apakah Jerebu?

Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung diudara.

3.0 Punca-punca Jerebu

Punca utama jerebu adalah akibat daripada:

Pembakaran secara terbuka

Asap dari kilang

Asap dari kenderaan

4.0 Indeks Pencemaran Udara (IPU)

IPU diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan seperti berikut:

4.1 Index Pencemaran Udara Dan Langkah Yang Boleh DiAmbil

Index

Keadaan

101-150

Keadaan tidak sihat

151-200

Keadaan masih tidak sihat

201-250

Keadaan lebih tidak sihat

251-300

Keadaan amat tidak sihat, amaran

301-400

Merbahaya, Kecemasan

Melebihi 400

Amat merbahaya darurat

4.2 Anda perlu mengikuti perkembangan semasa melalui media massa (akhbar, televisyen dan radio) untuk mengetahui tahap jerebu semasa ditempat anda supaya dapat mengambil langkah-langkah pencegahan.

5.0 Jerebu Mengancam Kesihatan Kita

5.1 Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu:

Kanak-kanak

Orang tua

Mereka yang mengalami penyakit: Asma, Bronkitis, Radang paru-paru, Penyakit paru-paru yang kronik, Jantung, Alahan, Perokok, Mereka yang sentiasa bekerja diluar pejabat atau rumah

Sekiranya anda mengalami penyakit –penyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah mendapatkan rawatan segera jika keadaan penyakit bertambah teruk.

Satu lagi mail dapat hari ni ttg indeks udara plak :

Perkembangan terkini mengenai keadaan cuaca yang berjerebu seperti dikeluarkan oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, sehingga 10 hb Ogos 2005, menunjukkan keadaan berjerebu di beberapa kawasan telah mencapai tahap tidak sihat dan berbahaya.

Tahap pencemaran udara diukur menggunakan Indeks Pencemaran Udara (IPU) atau API (Air Pollutant Index) seperti berikut :


Indeks Keadaan
0 - 50 Baik
51 - 100 Sederhana
101 - 200 Tidak Sihat
201 - 300 Sangat Tidak Sihat
lebih 300 Berbahaya

Sumber: Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan

Dari Jadual Indeks diatas, pemakaian alat pernafasan adalah dinasihat pada tahap bacaan IPU melebihi 200. Pada tahap bacaan IPU melebihi 300, pemakaian alat perlindungan pernafasan dimestikan semasa keluar dari rumah / tempat kerja.

Sumber yang dirujuk pada 10hb Ogos 2005, lapan ( 8 ) kawasan telah diisytiharkan mencatat tahap pencemaran udara ( IPU ) melebihi 200. Iaitu :-


Kawasan IPU
Pelabuhan Klang, Selangor 424
Kuala Selangor, Selangor 418
Shah Alam, Selangor 349
Putrajaya, W. Persekutuan 337
Petaling Jaya, Selangor 304
Kuala Lumpur, W. Persekutuan 276
Tanjung Malim, Perak 205
Gombak, Selangor 200

http://www.jas.sains.my/jas/Air+Pollutant+Index++11-8-05.htm

menurut email ni
Unit OSH, Sumber Manusia Kumpulan telah menguruskan pembelian dan akan mengedarkan alat perlindungan pernafasan : “penutup hidung atau perlindungan pernafasan-pakai buang” (disposable respirator) akan diedarkan ke kawasan tersebut di atas dengan kadar segera ( Insya Allah, hari ini juga ) - Alhamdulillah.. nasiblaa dpt majikan yg prihatin :) kat sini rasanya tahap IPU dah mencecah 200 ++. dalam opis pun bleh pedih mata. cam na tu? dkt lrt jelatik pagi tadi masa me nak dtg kerja diorg (petugas lrt kot sbb pakai baju uniform kaler oren + biru) kasi free mask ni. kat klinik kat sini jual mask tu RM1 satu. kawan opis me citer kat farmasi shah alam jual RM5 satu mask. hmm...

email tu tak tulis lak kawasan sepang. kalau tak silap me, sepang kena jerebu teruk gak. sian mak ayah me kat saner.. me sebenarnyer planning nak balik sepang minggu ni. kalau keadaan teruk, tak balikla jwbnyer...

smlm petang ujan kejap. dlm berita tv3 mlm tadi kata kat subang jaya hujan batu disusuli hujan biasa. ada gak yg smpt amik gambar ujan tu (video). subhanallah.. hujan batu tu.. mcm ais.. kawan satu blok (rumah) citer kata opis dia akan buat solat hajat minta diturunkan hujan tgh hari ni. kat opis me belum terdengar ura2 nak buat solat hajat lagi.. erm.. kalau ada mesti dah mail.. tak per, nnt me mail ustaz zakuan tanyer ada buat ke tak. hmm.. doa me.. semoga keadaan cepat pulih seperti sediakala.. aminn...

jerebu - panduan kesihatan (mesti ambil tahu)

note: segala yg berlaku ada hikmahnya... Dia Maha Mengetahui apa yg dia turunkan kepada hamba-Nya.. sebagai hamba-Nya yg lemah.. hanya doa yang mampu kita panjatkan kepada-Nya...

insan yg lemah lagi hina..
nisnim..

Wednesday, August 10, 2005

..jerebu & demam..

Salam..

hmm.. jerebu teruk hari ni. rasanya sejak Lembah Kelang ni jerebu, hari ni yg paling teruk. Sebabnya, dari pagi lagi dah tak nampak apa. mendung je. apa penyebab jerebu ni ye? me dah lama tak baca paper.. tak tgk berita juga.. nantilah sat2 lagi me surf kat internet kenapa jerebu teruk sangat ni. last yang me dapat info, jerebu ni pasar pembakaran hutan kat cyberjaya. betul ke tak wallahu'alam.. nanti me check semula.

update: dah jumpa.. baru baca paper Berita harian 10/8/05:

"Rosnani berkata, kebakaran di beberapa lokasi di negara ini seperti Cyberjaya Park yang menjadi punca jerebu teruk di kawasan sekitar termasuk pusat pentadbiran negara, di sini juga berjaya diatasi.".. hmm.. kat cyberjaya rupanya.. tapi ada tambahan lagi dalam berita tu..“Sebahagian daripada kebakaran di Cyberjaya Park dapat dipadamkan. Kawasan kebakaran seperti di Saujana Putra dan Putra Perdana juga sudah dipadamkan sepenuhnya,” katanya.hmm..dalam paper kater keadaan jerebu semakin baik. tapi rasanya hari ini adalah hari yg paling teruk kl di landa jerebu..wallahu'alam..

lagi sebab jerebu: "Sementara itu, agensi berita AP melaporkan, pihak berkuasa Indonesia berusaha mengawal kebakaran hutan di tengah Sumatera yang menyebabkan cuaca berjerebu di Malaysia. Seorang pegawai Agensi Kaji Cuaca dan Geofizik Indonesia yang hanya dikenali sebagai Firman berkata, kebakaran itu menyebabkan jerebu tebal di Sumatera beberapa hari lalu, tetapi angin kuat membawanya ke Malaysia."aduhai...ini rupanya punca..semua ni kuasa Allah.. mesti ada sebab kenapa Allah bawa jerebu ni ke Malaysiakan? hmm.. Sumatera bkn dkt ngan kawasan Johor ke? napa Johor tak kena jerebu yg teruk mcm kl?atau me salah info? hehe..
erm.. kualiti udara sekarang dah mencecah 420, dah tahap darurat (darurat 300). hmm.. cam ner ek?-tamat update :D -

apa kesan jerebu? hmm.. pada alam sekitar, mcm yg me ckp tadi.. mendung je.. tak nmpk apa.. pada kesihatan.. hmm.. me kena demam selsema ni. mungkin ada kaitan dgn jerebu. wallahu'alam.. kena batuk2..selsema..pening kepala..sakit mata..macam2 sakit datanglaa. bahaya juga. sbb jerebu ni abuk kan? so, now kalau nak keluar kena pakai mask. hehe.. tak naklaa.. erm.. tak yah kuarlaa lagi bagus :D

me kat opis tkt 43. so dari atas ni mmg tak nampak apa dah. abuk putih + cahaya matahari so nmpk mcm mendung je. sakit kepala me tgk kluar. sbb silau juga. kalau ada kat bawah mungkin tak la nmpk teruk sgt mcm kat atas ni.

hmm.. skrg me rasa badan dah menggigil.. nak mc pun rasanya tak bleh balik ni. mata dah pedih sgt..kepala sakit, idung sumbat..rasa nak tdo je.. tak g klinik lagi pun. sat lagi laa.. pasal me demam me ada tulis dlm blog me yg lagi satu.waa.. demam2 pun sempat tulis blog tu. haha. sambil2 buat kerja ni. lama sgt lak nak tunggu notes ni update sistem.

update:
nak makan..tapi tak der selera..sakit tekak. tapi perut lapar..huhu..macam mana ni?
sakit ni kifarah pada dosa2 me.. ya Allah.. sabarkanlah hamba -mu ini dalam menghadapi ujian-Mu ini. Aminn..

update:
tak taulaa napa hari ni..samaada ramai org yg bad mood atau me je yg nmpk ddiorg mcm bad mood.. adalaa 3 org me tegur semuanya balas mcm nak tak nak. pandang me pun tak nak.. huhu.. terasa gak laa mcm kita ada buat salah. tapi tu laa.. rasa sendiri je kot.. takutnya kalau ada buat salah ngan org.. bkn apa.. susah hati laa.. hopefully semua yg me rasa tu tak der apa2laa.. hii..


alahai.. me demam laa...
~comei~

Monday, August 08, 2005

sabar je la..


sebenarnya tadi dah taip panjang.. tapi ilang..
sabar je laa.. mmg cukup bersabar.. tak terkata2 tgk pc off sendiri pas tu on balik. huu.. pc me ada problem kot ni. awatnya entahlaa...

tak tau nak tulis balik ke tak apa yg dah tulis tadi.. mungkin tak kot. kecualilah kalau me ingat. biasanya tak sama apa yg first kita tulis ngan yg 2nd. sbb yg first tu dtg dari hati. mmg kita nak tulis sgt benda tu. bila kali ke dua dah macam benda yg kita ingat.. so.. mcm dah tak der feel bila tulis tu.. hmm.. mungkin lain kalilah kot. :)

kesimpulannya.. frust sebenarnya sbb tak sempat nak publish pc dah off. huhu..

skrg tgh dengar lagu iktiraf dari hadad alwi.. syahdu je..

8/8/05, 10.55pm

sambung sikit.. skrg tgh dengar cd hadad alwi. lama dah tak dengar cd dia ni. hmm.. sajer suka. best. sambil2 surfing dan teman adik buat kad. adik me tiap mlm buat hand made card. sajer buat. kalau ada org nak dia jual lah. skrg tgh cuba nak jual utk dbp. insyaallah kalau rezeki mmg kat situ, dia akan buat secara serius.

me online ym mlm ni. hmm.. status me kat ym pasal me penat naip blog ni tapi ilang :D so adala dua org minta add blog me. me kasi je. hmm.. me tulis dalam blog me apa yg me rasa time tu. kadang tu mmg ada org yg baca yg akan terasa. masa me terasa me luah kat blog.. bila org baca and terasa me nak buat macam mana?

kadang me pk me ni baik sgt kot. haha.. perasan je.. tak.. hmm.. kawan2 me kata me baik sgt.. me kalau boleh tak nak org kecil hati or terasa hati kalau kawan ngan me. kalau jadi cam tu pun sure me tak sengaja. kalau me sengaja tu mungkin masa tu me pun terasa sama. terasa yg teramat sgt. haha. so fairlah kan? me akan cuba jaga hati kawan2 me.. tapi sampai satu tahap mmg tak terjaga.. sbb.. me ada hati me yg me kena jaga juga. org pernah marah me kata me tak pandai nak jaga hati kawan dia (girl dia), me mmg terasa.. sbb me rasa me dah cukup jujur kawan dgn dia dan girl dia.. dah cuba jaga hati dua2 org.. tapi still org kata me tak pandai jaga hati org. sudahnya..now me dah tak nak amik tau pasal dia.. mmg merajuk.. tak perlaa.. bawa hati sendiri.. me je jaga hati org.. hati me tak der saper nak jaga.. tak perlaa.. me jaga sendiri.. hati me kan.. hmm...

keep in touch..

Salam..

hari ni me lambat sampai opis.. bgn lambat.. dua tiga hari ni dah tak der org nak kejut subuh. haha.. me rasa dah kunci jam malam tadi. tapi tak perasan lak dia bunyi ke tak. sebenarnya.. mlm tadi mmg tido lewat. sebab tak bleh tdo. napa tak bleh tdo tu.. tak pasti lak. mungkin dlm kol 12.30am ke pukul 1am kot baru me tertido. terjaga dah pukul 8.30am. mmg kelam kabutlah jadinya. so.. sampai opis pun lambatlaa.. huu.. segannya.. selalu je dtg lmbt. so skrg ni tgh mengganti waktu 1 jam yg lewat tadi tu. sambil2 buat kerja.. sambil2 surfing.. buat assignment..dll.. insyaallah pukul 7pm me baliklaa.. hmm.. letih..

esok me cuti (ada xm). so byk benda nak kena siapkan hari ni. rasa tak menang tangan. tapi alhamdulillah, hari ni rasanya mcm lancar je segalanya. me tak der la rasa tertekan. mungkin berkat ingat pada pesanan seorg teman tempoh hari - ikhlaskan hati untuk bekerja, sampai hari ni terasa hikmahnya. insyaallah.. me akan buat selalu utk ikhlaskan hati dtg bekerja tiap kali sblm memulakan kerja.. or.. tiap kali melangkah keluar rumah utk bekerja. (pesanan kawan2 kalau yg elok2 insyaallah me akan ingat sampai bila2 :))

tadi kawan baik masa sekolah (until now) call. borak2 pastu tetiba dia nak sambungkan talian pada sorg lagi rakan lama yang mmg dah terputus hubungan. alkisahnya, kawan tu skrg keje sama bgnan ngan dia, lain dept je. and diorg mmg agak baiklaa.. dapat je call borak mcm dah biasa borak. hmm.. segan juga.. tapi sbb dia borak ok je, so me pun ok je la. rupanya dia pun segan. macam2 borak.. dari zaman kecik2 sampailah dah bekerja. sekarang dah umo 26thn, last jumpa masa me umo 10 tahun. mungkin dah byk sgt bezanya. kalau jumpa tak taulaa kenal ke tak lagi. dia ni bolehlaa kata sedara bau-bau bacang belah mak. sbb mak sedara dia, mak sedara me juga. cuma tak tau berapa jauhnya sedara tu. haha.

hari ni me sihat.. tapi tetiba kena sakit kepala, pedih mata and selsema.. semoga esok me sihat dan boleh hadapi xm dengan tenang.. wish me luck!

salam sayang..
nis (",)
-------

Sunday, August 07, 2005

Antara Jujur dan Dusta

Petikan dari Majalah Nur Julai 2005 (hadis & falsafah)

Antara jujur dan dusta, mmg byk bezanya. Jujur nilai positif tetapi dusta nilai negatif. Malah ganjarannya juga berlainan seratus peratus. Jujur membawa ke syurga, manakala dusta membawa ke neraka. Ini prinsip asas yang diajarkan Islam, dan tidak ada tolak ansur dalam hal ini.

Rasulullah bersabda yang bermaksud, “Hendaklah kamu sentiasa benar kerana sesungguhnya kebenaran itu membawa kepada kebajikan dan kebajikan itu membawa ke syurga. Selama seseorang benar dan sentiasa memilih kebenaran, dia tercatat di sisi Allah sebagai seorang yang benar (jujur). Berhati-hatilah terhadap dusta kerana sesungguhnya dusta itu membawa kepada kejahatan dan kejahatan itu membawa ke neraka. Selama seseorang dusta dan sentiasa memilih dusta, dia tercatat di sisi Allah sebagai seorang pendusta.” (Hadis Bukhari)

Bagaimanapun ada ‘dusta yang dibolehkan’ jika ia bertujuan tertentu. Daripada Ummu Kalsum binti Uqbah bin Abi Mua’ith (dia termasuk dalam muhajirin yang pertama berbai’ah dengan Rasulullah), mengatakan bahawa dia mendengar Rasulullah bersabda, “Tidak termasuk dalam kalangan pendusta bagi orang yang mendamaikan dua orang yang berselisih faham, dia mengatakan yang baik lalu dia berhasil yang baik.”

Kata Ibnu Syihab, aku tidak pernah mendengar Rasulullah membolehkan orang berdusta melainkan dalam tiga hal:
- dalam peperangan
- dalam mendamaikan dua orang yang berselisih
- berita suami kepada isterinya dan berita isteri kepada suaminya.
(Riwayat Muslim).

--------

hmm.. bila baca artikel ni me mesti teringat pada sms yg me dpt dr sorg teman.. dia minta maaf sbb tak terus terang ttg status dia yg dah bertunang. katanya mmg nak kasi tau tapi tak terkeluar. tak taulah me tersekat kat maner. hujung jari kot (sbb kitorang bersms dan chat kat msn je..hehe..) rasanya me dah pernah tanya dia status dia tu. bagi me.. benda tu penting sbb boleh jaga pergaulan dari tersasar.. maklumlaa dunia alam maya sekarang ni, tak jumpa pun bleh ada rasa suka. huhu. awatnya tak taulaa.. semua ni sebab hati.. rasa suka tu akan datang sendiri terutama bila ada respon dari kedua belah pihak. kalau sorang2 mesti tak jadikan??

pelik rasanya.. napa org lelaki tak suka kasitau status diorg? takut org tak nak kawan kot ek? abis tu kalau dah kawan dan terlajak (rasa) lepas tu baru kasi tau tak terasa takut hilang kawan tu ke? bukan kah lebih baik mencegah dari mengubati (chewah)..hmm..tak taulaa apa dalam fikiran diorg ni ye? (jgnlah ada yg terasa..baca sambil senyum k :))

hmm.. tak tau gaklah kenapa..perkara ni jadi dua tiga kali dlm diri me.. org kata sepatutnya me dah boleh elak dr jadi lagi benda2 mcm ni kan? tapi still tak bleh. sbb.. mereka dtg dengan cara yang berbeza. permulaa yang berbeza.. pertengahan yang berbeza.. tapi akhirnya sama. me bkn tak cuba elak.. sbb cuba elaklaa me dpt tahu awal (nasib baik..) tapi tulah dia.. belum sampai masanya utk me bertemu seseorang yang sememangnya telah ditakdirkan utk me. me senyum je.. :)


me pk +ve. ni ujian utk me.. Dia uji me sbb Dia tahu me boleh hadapi ujian ni (insyaallah..) me terima dgn hati terbuka dan redha. mmg pernah satu tahap me tersebut 'kenapa me yg kena ujian mcm ni'.. tapi alhamdulillah sbb me cepat sedar.. bak kata abahmuizz dlm blog dia, org tgh ada masalah mmg suka merapu mcm2.

buat teman2 me tu (dan yg lain2) me doakan semoga jodoh kalian berpanjangan hingga ke akhir hayat (dan jika di izinkan 4JJ1 sehingga ke alam lain - wallahu'alam).. me akan doakan yang baik-baik je.. namapun doakan.. semoga kita tetap berkawan.. juga dgn izin-Nya.. tapi kalau rasa tak nak kawan pun tak perlaa.. tak kan me nak paksa :p

-salam sayang-
nisnim

Saturday, August 06, 2005

jika aku jatuh cinta...

dapat dari email
sebuah syair dan juga doa..
wallahu'alam..

---

Ya Allah,
jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu,
agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu.

Ya Muhaimin,
jika aku jatuh cinta,
jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu Ya Allah,
jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta yang batil.

Ya Rabbana,
jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling dari hati-Mu.

Ya Rabbul Izzati,
jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah,
jika aku rindu,
jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu.

Ya Allah,
jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirmu.

Ya Allah,
jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.

Ya Allah,
jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu,
jangan biarkan aku melampaui batas
sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.

Ya Allah
Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu,
telah berjumpa pada taat pada-Mu,
telah bersatu dalam dakwah pada-Mu,
telah berpadu dalam membela syariat-Mu.
Kukuhkanlah ya Allah ikatannya.
Kekalkanlah cintanya.
Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu yang tiada pernah pudar.
Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu
dan keindahan bertawakal di jalan-Mu... .
ameen Ya Robbal A'lamin...

Wallahu A'lam..

Jadikan cinta mu padaKU kerana tempat kembalimu adalah padaKU

karya : Syahdu menulis From Komuniti Extro.biz

Friday, August 05, 2005

omelan pertama..

Assalammualaikum...

dah lama me create blog ni tp tak sempat nak tulis apa-apa.. bz skrg ni.. bz dgn kerja2 dunia yang merupakan amanah yang wajib utk me tunaikan.. kenapa jadi amanah? kenapa jadi wajib? sebab me kerja makan gaji.. so.. kenalah buat... insyaAllah.. jika ada kelapangan dan kesempatan me akan always update my blog ni.

ni blog ke 3 me rasanya.. me mula tulis blog thn 2002 kot.. masa tu dah mula kerja.. asalnya sajer mencoret-coret dalam satu ruangan forum yang popular dikalangan remaja Muslim sekitar tahun 2000 (shukur.com) dan melalui ruangan diary harian dalam forum bincang.net yang merupakan antara tempat me meluah rasa.. bila dah mula menaip rasa seronok.. me tak pandai nak bercerita masalah pada org.. biasanya me telan sendiri.. mungkin sbb tu me selesa menaip.

napa tak tulis diary? haha.. me tak pandai tulis diari.. rasa mcm tulis novel je nnt. kalau taip ni cepat lagi. me pernah cuba nak tulis diari.. biasanya tak berjaya. adalah dlm sebulan kot bertahan.. lepas tu senyaplaa. bazir je.. haha.. me tak kesah tulis kat internet ni.. ye.. mmg org akan baca.. org akan tau.. tp org tak kenal kita.. hehe.. mungkin tu yg buatkan me selesa..

org tanya juga.. napa nak luahkan cerita kat alam maya?? napa tak cerita pada kawan-kawan? hmm.. terpulang pada keadaan.. ada benda yang me boleh cerita pada kawan2 me.. ada yang me tak boleh cerita kat diorg.. so...yg me tak boleh cerita kat orang me tetap kena luahkan.. sbb tu wujud blog2 me.. blog me yg pertama.. mmg me tak publish kat org.. tapi sesiapa yg join group blog tu, kalau diorg nak tau hal org lain, diorg akan baca blog tu. me tak publish sbb blog tu mmg my secret.. kiranya mmg diarylah.. lama me tulis blog tu. me antara yg paling aktif menulislah kononnya. haha.. tapi sekarang.. me rasa blog tu dah berkubur pun.. berkubur bersama cerita suka duka me.. me tak kesah.. sbb me tak nak simpan or baca pun blog tu lagi.. biarlah semuanya lenyap mcm tu je.. and me rasa bebas juga.. hehe..and.. add blog tu pun me dah tak ingat. huh. betul2 mcm nak lupakan kisah silam kan? bila dah tak boleh nak menulis kat blog tu, me berhenti menulis blog. tp me tetap tulis dlm diary harian dlm bincang.net. simple2 je.. sampailah me stop dr join group tu. and now.. me ada satu blog peribadi juga.. tp me tak kesah kalau org nak baca.. kat maner ek blog tu?? ada dlm myspace.com. me rasa tak perlu publish gak kot.. tak der yg menarik pun dlm tu. :)

satu lagi.. kawan-kawan ada masalah diorg sendiri.. tak semua org sudi nak dengar cerita kita.. me tak ramai kawan.. and me kenal kawan2 me.. me jenis yg sedia mendengar segala masalah org.. tapi kawan2 me bkn mcm tu.. tak perlaa.. me terima je.. tapi me seronok kawan ngan diorg. hehe.

panjang omelan me yang pertama..
nnt me ada masa.. me tulis lagi kat sini..

wassalam..

-me-