Thursday, January 26, 2006

today me demam..

salam..

hari ni hari khamis - 26/1/06. kejap je dah 26 hari di thn baru. ujung bln ni plak kita akan melangkah ke tahun baru Hijrah plak. Salam Maal Hijrah buat semua..

skrg pukul 1.36pm. ada la +- 40 minit me baru sampai opis. pg td bangun bdn lembik je. me demam dan selsema. cam ni laa.. kalau me selsema esoknya atau mlm tu mesti demam. so skrg tgh demam lagi tp kena dtg keje sbb ada benda nak kena buat tak sudah lagi (ni tgh sesambil run job ni..). means hari ni me half day la. esok tak tau lagi..

bdn panas sket.. idung srot sret.. tekak kelat.. tak der selera nak mkn.. so td me just beli roti kentang tu utk lapik perut. kena mkn gak sbb nak mkn ubat.

mlm td alang sampai dr ipoh. time tu me tgh tido. me sampai umah kol 8 lebih sket tp sempatla solat maghrib. lepas solat salin baju je pas tu terus tdo. me msg dia suh kejut me bila dia balik keje nnt. dia balik keje kol 11. ingatnya bgn tu nak gosok baju ngan solat isyak. 10 minit lagi kol 11 me jaga. ujang call. katanya dah sampai dpn bngunan umah me. huu.. malasnya nak bgn. me siap2 turun g mkn ngan borak2 ngan ujang dan kengkawan dia sampai kol 12. dan me masih menanti panggilan dr dia.. huu.. lupa ke?? kol 12 suku baru dia call. baru sampai umah. penat katanya. hehe.. sib baik call.. me tak ingat kol brapa me tdo balik mlm td. tp lepas solat isyak ngan gosok baju la. me mkn ubat selsema gak.

tp tu la kan. pg td tak bleh bgn.. me demam.. huu..

hari ni mak sampai kl. smlm mak ckp tgh hari sampai kot. (sat ada keje.. nnt sambung balik).. sambung.. (3.58pm).. tipon kat umah still tak betulkan lagi, so tak dpt nak call umah tanya mak dah sampai ke belum. senin hari tu me beli ikan merah sbb tringan masak asam pedas mak. ahad petang masa sidai baju kat dapur terhidu bau asam pedas. sedap jerk.. call mak ckp me rindu nak mkn asam pedas mak. tu yg mak suh beli ikan merah. so.. kalo tak ptg ni mungkin esok mak masakla asam pedas tu. (along, mak pesan dtg umah amik baju. mak dah siapkan).

mlm ni flight alang ke kk. kol 10.30 dia kata td. bestnyer la hai bercuti. raya cina ni me g kuala pilah. kena jadik pengapit. mas kawen. huhu. dia nikah sabtu lepas zohor. kendurinya ahad. ahad tu lps kenduri me balik kl. tumpang la sesaper yg nak balik tu nnt. isnin dah janji ngan kak fida utk urut. selasa (31/1/06) me kena g pwtc ngan lain2 wakil TM utk program maal hijrah. rabu khamis? dok umah je kot. erm.. 1/2 ni dia g kelantan.. sebulan.. hmm.. 5/2 me daftar utk sem baru. erk.. daftar kat maner ek? kckl ke kat bangi? result pun dpt masa tu gak.. erm.. cam na la result me. me risau utk subject network programming.. tgk dlm site dr. sufian mcm tak update lagi je assignment me yg dah hantar.

okey.. keje me dah siap :d yey! tinggal nak buat report utk bln ni je. kalo esok me mc pun tak per sbb dah tak der nak rushing utk buat keje. hehe.

'sibuk ke?'
'napa? rindu ke?'
'agaknye kot..'
'kot? ish.. sat lg sy call'
'k, tq'

call..
'awk, sy demam..'
'mkn ubat..'
'awk.. sakit tekak..'
'samalaa.. kelat je rasa.. kurang minum kot..'
'awak.. sy selsema..'
'ye tau.. makn ubat.. selsema tak bleh jmpa sy tau..'
'awat? senang jangkit ke?'
'yup..'
'hehe.. no komen ;)'

huu.. mlm ni ada bacaan tahlil kat tpt dia sempena maal hijrah. mlm ni kol 11 dia masuk keje sampai kol 7 pg esok. waa.. dah bleh tau jadual keje dia.. dan me pun kdg terasa penat mcm me yg keje ikut shif.. huu..

me kesejukkan di opis... hari ni balik 5.30pm tepat. erk.. bleh ke?

;)
comei

Wednesday, January 25, 2006

friends..


Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Janganlah setiap kamu menjadi orang yang tiada pendirian dan berkata:” Saya dengan orang, jika mereka berbuat baik, nescaya saya berbuat baik. Dan jika mereka berbuat jahat, nescaya saya berbuat jahat. Tetapi biasakan diri kamu, jika orang berbuat baik, berbuat baiklah, dan jika mereka berbuat jahat, elakkanlah kejahatan mereka.” (at-Tirmidzi)

Monday, January 23, 2006

moody..

salam..

start masa lunch td mood bertukar.. tak tau la napa.. tetiba jerk moody.. bengang.. tension.. frust! entahlaa.. bosan jerk.. rasa nak nangis pun ada..

lunch td jmpa abg mie.. citer sket kat dia.. abg mie pun tension jerk.. ntahlaa.. erm.. dia marah gak kot..

"kalau dah memberi mungkin ada mengambil juga.. ntahlaa.. kalau rasa panas ye lah tu.."

huu.. mmg panas pun.. terbakar je rasa dlm hati. tak pasal2 minum milo ais hari ni (lama dah tak minum ais.. biasa order limau suam jerk)..

sabarlaa anim.. huu.. hari ni balik cepat.. cam biasalaa ada problem lari.. malaslaa.. penat :(

TENSION!


(tringat sufi yg comei..sufi yg nakal..huu..anak sendiri tak der.. ingat kat anak org je laa..)

Sertailah 'Program Jadilah Keluarga TM' sekarang!!

NOTE: Hari ni me nak buat iklan plak.. promotela ek. tq :D

********************************************
Assalammualaikum..
* Promosi Keluarga TM sehingga 15/2/06 sahaja (daftar bersama TM Staff)
* satu kadar rata ke seluruh negara
* tiada yuran akses



First Month Bil

Plan Minit 250
* plan value RM50 sebulan (utk first month diskaun 50%)
* connection fee (rm50) dan duty fee (rm10) - tak ada (free).
* up-front payment - tak ada
* 250 minit masa berbual
* 20 sms serumpun
* had kredit RM150
* caj tambahan - 20sen utk setiap panggilan (kadar tetap utk panggilan domestik) dan 8sen utk sms
* pakej GPRS &WiFi bayar mengikut penggunaan - caj tertakluk kpd penggunaan
* sim kad 64K - (Phone book utk 500 number & 60 sms dlm inbox)
* rebet panggilan 25 minit sebulan selama 6 bulan.

Plan Minit 450
* plan value RM80 sebulan (utk first month diskaun 50%)
* connection fee (rm50) dan duty fee (rm10) - tak ada (free).
* up-front payment - tak ada
* 450 minit masa berbual
* 30 sms serumpun
* had kredit RM250
* caj tambahan - 15sen utk setiap panggilan (kadar tetap utk panggilan domestik) dan 8sen utk sms
* pakej GPRS &WiFi bayar mengikut penggunaan - caj tertakluk kpd penggunaan
* sim kad 64K - (Phone book utk 500 number & 60 sms dlm inbox)
* rebet panggilan 50 minit sebulan selama 6 bulan.

Plan Minit 750
* plan value RM120 sebulan (utk first month diskaun 50%)
* connection fee (rm50) dan duty fee (rm10) - tak ada (free).
* up-front payment - tak ada
* 750 minit masa berbual
* 50 sms serumpun
* had kredit RM350
* caj tambahan - 15sen utk setiap panggilan (kadar tetap utk panggilan domestik) dan 8sen utk sms
* pakej GPRS &WiFi bayar mengikut penggunaan - caj tertakluk kpd penggunaan
* sim kad 64K - (Phone book utk 500 number & 60 sms dlm inbox)
* rebet panggilan 75 minit sebulan selama 6 bulan.

Plan Minit 1300
* plan value RM200 sebulan (utk first month diskaun 50%)
* connection fee (rm50) dan duty fee (rm10) - tak ada (free).
* up-front payment - tak ada
* 1300 minit masa berbual
* 100 sms serumpun
* had kredit RM550
* caj tambahan - 15sen utk setiap panggilan (kadar tetap utk panggilan domestik) dan 8sen utk sms
* pakej GPRS &WiFi bayar mengikut penggunaan - caj tertakluk kpd penggunaan
* sim kad 64K - (Phone book utk 500 number & 60 sms dlm inbox)
* rebet panggilan 75 minit sebulan selama 6 bulan.

Plan Minit 2650
* plan value RM400 sebulan (utk first month diskaun 50%)
* connection fee (rm50) dan duty fee (rm10) - tak ada (free).
* up-front payment - tak ada
* 2650 minit masa berbual
* 150 sms serumpun
* had kredit RM1200
* caj tambahan - 15sen utk setiap panggilan (kadar tetap utk panggilan domestik) dan 8sen utk sms
* pakej GPRS &WiFi bayar mengikut penggunaan - caj tertakluk kpd penggunaan
* sim kad 64K - (Phone book utk 500 number & 60 sms dlm inbox)
* rebet panggilan 125 minit sebulan selama 6 bulan.

Plan Minit 4000
* plan value RM600 sebulan (utk first month diskaun 50%)
* connection fee (rm50) dan duty fee (rm10) - tak ada (free).
* up-front payment - tak ada
* 4000 minit masa berbual
* 200 sms serumpun
* had kredit RM1700
* caj tambahan - 15sen utk setiap panggilan (kadar tetap utk panggilan domestik) dan 8sen utk sms
* pakej GPRS &WiFi bayar mengikut penggunaan - caj tertakluk kpd penggunaan
* sim kad 64K - (Phone book utk 500 number & 60 sms dlm inbox)
* rebet panggilan 125 minit sebulan selama 6 bulan.

Plan Minit 500 + data
* plan value RM200 sebulan (utk first month diskaun 50%)
* connection fee (rm50) dan duty fee (rm10) - tak ada (free).
* up-front payment - tak ada
* 500 minit masa berbual
* 100 sms serumpun
* had kredit RM500
* caj tambahan - 15sen utk setiap panggilan (kadar tetap utk panggilan domestik) dan 8sen utk sms
* pakej GPRS &WiFi bayar mengikut penggunaan - caj tertakluk kpd penggunaan
* sim kad 64K - (Phone book utk 500 number & 60 sms dlm inbox)
* rebet panggilan 75 minit sebulan selama 6 bulan.

Plan Minit 100 (Supplementary plan - untuk yang telah ada plan minit)
* plan value RM30 sebulan (utk first month diskaun 50%)
* connection fee (rm50) dan duty fee (rm10) - tak ada (free).
* up-front payment - tak ada
* 100 minit masa berbual
* 50 sms serumpun
* had kredit RM100
* caj tambahan - 20sen utk setiap panggilan (kadar tetap utk panggilan domestik) dan 8sen utk sms
* pakej GPRS &WiFi bayar mengikut penggunaan - caj tertakluk kpd penggunaan
* sim kad 64K - (Phone book utk 500 number & 60 sms dlm inbox)
* tiada rebet panggilan.

* MINAT? Kasi info (NAMA, ALAMAT, REF, NO IC), sign borang dan kasi salinan ic.


* www.celcom.com.my

* boleh pilih 4 no terakhir kecuali golden number (013/019-2/3/6/5XX1234,no berulang seperti 7667,7766,6677,6776,7676,6767)
* promosi sampai 15/2/05 - daftar plan minit (with TM staff) di kecualikan dr duty fee dan connection fee + dapat diskaun 50% utk plan value (first bill)

* fowardkan kpd saper2 ek :D hehe..

* email / call me utk pertanyaan lanjut (ANIM : 013-2041310)

TK.



Friday, January 20, 2006

rindu banget..

Assalammualaikum..

salam rindu buat semua.. ye betul sih.. rindu banget mau tulis blog.. tp ngak punya masa.. rindu banget juga pada teman2 blog semua.. hehe.. ngomong indon kita..

rindu..rindu..rindu..rindu..rindunyaaa kat semua... tak tau nak ckp cam mana... smlm baca blog CD pun pasal rindu gak (baca dr hp - tak best sbb skrin kecik).. itulah hakikatnya.. sama ada me yg rindu blog.. me rindu nak baca comen kawan2 blog.. me rindu nak baca blog kengkawan me.. atau juga kengkawan blog rindu nak baca coretan me (hehe.. tul tak?).. rindu kat sumer...

hari ni Jumaat.. sesetengah company dah dpt gaji (tul tak akak PB?? hehe.. blanje anim ek.. tq).. tp ada gak company yg dpt gaji cam biasa.. awat ek ada yg gaji awal?? sbb ujung minggu dpn chineese new yr.. ujung bln dpn juga adalah new yr buat umat Muhammad.. Maal Hijrah.. Salam tahun baru buat semua.. (awal tu me ucap..)

+- seminggu me tak update blog kan? cerita ada.. tp simpan dlm hati.. tak tau kadang nak tulis cam na.. dan kadang juga tak sempat nak menulis.. minggu lepas dan minggu sblm tu me keje rabu khamis je. kat umah dah tak bleh nak online sbb cabel tipon putus kena gigit tikus kot. hari tu lupa nak suh abg long tgkkan. long, mak kata abg long leh betulkan kan? erm.. so dok umah weekend pun tgk tv or tdo je. keluar?? mana ada.. erm.. last sunday kuar g ampang point ngan along. pagi tu along and family dtg umah betulkan lampu yg tak mo nyala dan toilet yg problem (abg long yg buat..along lepak ngan me and sufi. hehe).. asalnya me malas gak nak kuar.. tp terasa bosan sbb dok umah je.. kuar ngan org tu?? huu mana bleh.. dia keje..

me dah abis xm utk semester ni. td baru siapkan assignment dr sufian yg me tak antar lagi. minta tolong dilla print dan hantarkan.. thanks dilla & yuriny :D so now dah rasa bleh bernapas. alhamdulillah.. huu.. penatnyer... harapan me.. dpt result yg baik.. tak repeat paper.. pointer tak jatuh. insyaallah sem depan me akan buat yg terbaik. kejap je dah nak masuk bln 2.. kan??

hari tu borak ngan abg 'angkat' me (hehe..) banyaknyer abg angkat.. kitorang berbalas email je.. tp me rasa mcm me tulis blog je. mungkin sbb tu me tak update blog gak kot. haha. sbb tujuan me tulis blog yg utamanya mmg utk lepas dan luahkan apa yg terbuku di hati.. apa yg me rasa.. dan dlm seminggu ni semua tu dah terluah hari tu.. thanks to u (...)... + sbb lain tulis blog nak kongsi maklumat dgn kawan2.. kongsi idea juga.. kongsi cerita harian.. kongsi lagu.. kongsi cerita.. kongsi kawan.. kongsi la apa2 yg bleh di kongsi.. melalui blog juga mungkin org akan lebih mengenali kita atau makin tak paham dgn kita.. dan.. kadang.. blog juga mungkin memisahkan kita dgn seseorang.. wallahu'alam... pada me.. me akan tulis apa yg me pk dan rasa time tu dlm blog me. mungkin masa tu 'ter'lupa nak pk apa yg org lain rasa bila baca.. harapan me moga apa yg me tulis tak sakiti hati sesaper.. kalau ada.. kasitau dan tolong maafkan me... (tetiba rasa mcm dah mula mengarut je..)..

tahun ni me rasa dah tua. hahaha. pusing keliling org ckp pasal kawen. huu.. dengar je la.. adalaa dua tiga org yg borak dgn me kata diorg nak kawen thn ni.. tp problemnyer calonnyer mcm tak der.. huu.. mcm mana tu? adalaa masalahnya.. entahlaa.. kita merancangkan.. tp Dia yg tentukan.. me dah penah ckp ayat mcm dr beberapa thn lepas tp tak juga jadik2. jodoh.. Dia dah tetapkan dgn siapa jodoh kita, bila jodoh kita, bermasalahkah kita dgn 'jodoh' yg kita jumpa waktu tu.. huu.. teringat yati citer bos dia pesan 'org lelaki zaman skrg tak sama mcm dulu.. kalau awk bercinta letaklah di hujung kaki. jgn dijunjung.. kalau jatuh..sakit..' erm.. betullah tu.. tp biasanya kejap je benda tu bleh letak kat ujung kaki. ntah mcm mana bleh dijunjung plak lps tu.. dan sakit sorang2.. siankan.. kenapa ek kena mcm tu? ni namanya ujian.. ujian ni kadang boleh mematangkan dan kadang juga boleh melemahkan.. kekuatan iman insyaallah bleh mengatasi segala kelemahan kita.. saper yg bleh kuatkan iman kita kalau bkn diri sendiri ye? sabarlaa... (based on my xprience lepas2..) napa ckp pasal kawen ni? sbb pagi td ada org call tanya me 'awk dah 27 napa tak kawen lagi? awk tau tak.. pompuan patutnya umo 25, 26 dah kawen tau!' ish.. suka2 hati dia je kan? suka hati me la nak kawen bila :p huhu..

haiya.. mcm2 hal... me rasa dia (my abg polis) mcm jeles je dgn bdk tu (org yg call me td).. smlm dia ngamok kat kawan dia sbb bdk tu tanya mcm2 pasal kitorang kat me (me ngadu kat dia..hehe..).. kawan dia tak ckp kot kat bdk tu sbb td pg bdk tu call lagi dan tanya lagi mcm2.. background me dan juga relationship me dan dia. tp yg ni me tak ckp kat dia td sbb dgr mcm suara dia dah lain. 'bdk tu call dr mana?' 'nama bdk tu saper' 'yg dia tanya benda2 peribadi tu napa?' huhu.. me senyum je.. -close-

me rindulaa.. rindu tak abis lagi.. hehe.. rindu kat saper??? adalaa...

salam rindu buat sumer ;)
me comei

makanan kegemaran sufi adalah tosei.. suka tgk dia makan..

Thursday, January 12, 2006

cerita hari ni - 12/1/06

1. pg ni dtg lmbt lagi.. hmm.. ntahlaa.. bosan tul.. sepatutnya dah bleh smpi opis on time. tp sbb train problem so lmbt gak hr ni :( train problem? yer.. awatnya ntahlaa laju semacam masa kat kg baru. pas tu break mengejut 2 kali kat situ. pas tu brenti lama (dlm 13-15 minit kot) kat tgh2 antara stesen kg baru dan dang wangi. masalah teknikal katanyer. bila gerak train brenti kat lrt pasar seni. skip 2 stesen (dang wangi ngan masjid jamek). so saper2 yg nak ke dua stesen tu kena patah balik la dr stesen pasar seni or guna alternatif lain. hmm... tak pasti kol brapa sampai td. 8.40am kot.. huu..

2. ehh.. hari ni 12/1/06.. kejap je dah tgh bulan januari kan. hari ni birthday Oon. hmm.. Oon tak baca diary angah ni kan, tp tak per laa.. angah nak wish gak kat Oon kat sini. hehe. HAPPY BIRTHDAY TO U - AHMAD OON BIN MOHD KAMARUDIN. yg ke berapa ek? 19 tahun.. erm.. dah umo 19 oon ye. study elok2 ye.. semoga jadi anak yg berguna kepada agama, bangsa dan negara.. semoga menjadi anak yg soleh dan taat pd ibu bapa.. semoga di permudahkan segala urusan dunia akhirat.. semoga di jauhkan dari melakukan kemungkaran.. semoga di tingkatkan iman.. ameen..

3. kerja hari ni ok je. tgh buat load data. so far tak der masalah - kat developmentlah. harapnyer kat production nnt pun ok gak la. hmm.. cpt bln ni diorg buat approval :)

4. hari ni kononnyer nak balik cepat gak. tak tau la jadi ke tak. tunggu ptg kang. hehe.

5. esok me cuti. mlm ada xm subject network - java. lebih kurang cam killer subject gak la. kalo sem2 lepas subject ni susah org nak lulus. sem ni tak tau la sbb lecturer lain kan. pray for me okey. kalo bleh tak mo la ada subject yg fail.. rosak slip preksa i nnt. erm.. abis xm ni merdeka sementara. 4 or 5 february register utk sem baru + dapat result. ramai dah yg bertanya bila me nak abis study..

6. ckp pasal abis study.. hmm.. masa balik sepang baru ni mak dah buat kira2. mak ayah suh simpan duit utk buat apa2 yg patutlah.. nak buat apa ek? erm.. siap bergurau dgn ayah lagi.. 'bln 6 abis blaja, bln 9 konvo, ujung thn kawenlah ye?' adoilaa.. memandai jerk.. erm.. tak tau la.. rasanya tak kot.. me tak nmpk apa2 lagi.. kalo ada pun sikit2 lps tu mesti yg dah nmpk tu ilang balik. cam na tu? must wait until 6 month kot (based on past xperience..lps 6 bulan bye2..). kalo bleh tak nak la cam tu.. tp still tak tau kan.. so.. wait n c.. -smile bebeh-

7. now waktu lunch. bfast td me mkn secubit dua roti + air mocha dan air masak. lapar tp tekak kelat. tak rasa nak makan. ingat nak abiskan roti atas meja ni je. hmm..

8. -sambung lps opis hour kot kalo ada citer-

wassalam..

Wednesday, January 11, 2006

Salam Aidil Adha..

salam..

1. Salam Aidil Adha buat sumer kengkawan umat Islam.. erm.. seronok ke cuti raya? lama tak cuti raya? raya kat maner? me? raya kat Sepang ngan mak, ayah & jim. tgh hari tu along sekeluarga sampai ngan hani skali. so kira ramai laa beraya thn ni.. me kat sepang dr ahad ptg. dlm kol 6 sampai saner. bas dr pudu raya kol 4.30pm. sajer naik bas.. hmm.. balik KL mlm td lps maghrib. sampai umah kol 11 sbb kitorang g mkn kat Mc D dulu.

2. pagi td me nmpk xcdent masa tgh tunggu bas. first time.. masa tgk kucing tu ntah la dah terdetik lak dlm hati 'kena langgar lak kang kucing ni kang'. tak sangka lak betul. terjerit gak la sumer yg ada kat bus stop tu. tp tak dpt nak buat apa. tgk je la kucing tu tgh nazak dan menghembuskan nafas terakhir.. innalillahiwainnailaihirrajiun... pengajaran.. jgn main kejar2 walaupun kat tepi jalan raya. kereta yg melanggar - waja kaler gold.

3. pg td smpi opis tak smpt nak mkn. ingat nak g kantin, tp dah melekat kat kerusi ni plak. kol 11 abg mie msg nak jmpa sbb dia nak no xpax. so bfast me tunda ke lunchlah kononnyer. masa lunch mkn fries je. perut sebu. sampai la ni still rasa sakit perut. burger ada ni ha dua ketui atas meja. mkn kat umah kang kot. huu.. tak der mood nak makan... tgk pun tak lalu.. awatlaa lagu ni??

4. kerja ok je. tak der problem. adalaa job nak kena buat. satu dah siap, ada lagi dua tiga. tp rasanyer ok je tak der tekanan sgt pun. insyaallah bleh buat.. esok la buat. huu...

5. hr ni baca mail, buat keje, borak2 sket, dgr lagu, balas sms, balas email, baca blog sendiri.. tak smpt nak baca blog org lain.. len kali laa.. mcm bz.. tp tak tau laa.. hmm...

6. skrg dah kol 7.36pm. dah masuk maghrib. td pk hr ni nak balik awal. tp cam biasa.. malas nak bangun lak rasanyer. entahlaa.. tak tau napa.. ingat sat lagi lps solat maghrib me balik laa. hmm..

7. sabtu mlm dan ahad siang baru ni me kemas bilik. cik t tgh berura2 nak buat sarang. huu.. tension!!! abis buku ngan baju me dia kotorkan dan koyakkan.. terpaksa buang satu buku dan beberapa fail. baju2 tu sumer me basuh balik tak kiralaa kena ke tak. penatnyer ngemas.. saperlaa punya tikus ni amiklaa balik jaga elok2. jgn la kasik dia merayap kat umah org. pg td borak ngan mas kat bus stop (sblm xcden) dia pun ngadu pasal tikus yg samer. mak suh racun.. tp me tak sampai hati.. kalo bleh.. tak nak la dia mati dlm umah kitorang.. ayarkk.. gelilaa.. :(

8. hari ni birthday ayub. dah setahun dah umo anak ajib ni. tak lama lagi retila dia berjalan2. makin penatla nak menjaganyer.. makin kuruslaa reena.. huu.. smlm sufi dah melangkah sket. adalaa setapak dua. seronok tgk..

9. balik dr sepang singgah nilai square. konon2 nak tgk je kain. ntah mcm mana leh terbeli lak. haha. tak sengaja la beli kain tu. tp cantik.. masuk kain smlm, ada 10 pasang kain utk di jahit dan di jadikan baju.. erm...

10. ka ya.. cukuplah tu.. nak solat, pas tu nak balik.. salam..

-nis comei-


sufi tak gaduh ngan atok.. sufi saaaaa.. yang atok.. muahhh :D

Aku Tanpa Cinta-Mu (Mirwana Feat Jay Jay)

smlm dengar lagu ni dkt tv1 ke tv2 ntah. sblm ni mmg dah penah dgr dan suka. tp tak tau tajuk. smlm mirwana nyanyi dgn nash tp tak menangla. tak kesahla. tp lagu ni best. dengarlaa.. (tiada paksaan utk mendengar)

Mirwana Feat Jay Jay

Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku

Mengapa cintaMu tak pernah hadir
Subur dalam jiwaku
Agarku tetap bahagia
Tanpa cintaku tetaplah Kau di sana
Aku tanpa cintaMu
Bagai layang-layang terputus talinya

Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku

Masihkah ada sekelumit belas
Mengemis kasihMu Tuhan
Untukku berpaut dan bersandar
Aku di sini kan tetap terus mencuba
Untuk beroleh cintaMu
Walau ranjaunya menusuk pedih

Copied from
http://hikaru.blogdrive.com/

me copy dr blog : http://www.selangorfc.com/acidcun/?p=166

Friday, January 06, 2006

Innalillahi wainnailaihirraji'un...al-fatihah..

salam malam..

di kesempatan dan ruangan ini.. saya ingin membuat pemberitahuan bahawa.. rakan sekerja saya Pn Wan Rajihah Wan Musa (kak G) telah kembali ke rahmatullah pada jam 8.30pm, Khamis 5/1/2006 (5 Zulhijjah 1426).. innalillahi wainnailaihirraji'un..

sama2lah kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah.. semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman... amin..

note: terngiang-ngiang suara kak G di akhir pertemuan kitorang 3 minggu lepas "anim doakan akak ye..." "insyaallah kak.. moga Allah permudahkan segala urusan akak.." "insyaallah.. thanks anim.."...
kak G berdiri di barisan ke dua kat sblh me (me pakai pink hujung skali, kak G pakai biru).

update 7/1/06 (copy from email dr Ustaz Zakuan Tak)
PN. WAN RAJIHAH BT WAN MUSA, Eksekutif ITSSO, Tingkat 43 ( Selatan) Menara Telekom, Kuala Lumpur, telah meninggal dunia pada jam 8.20 malam tadi @ 5hb. Januari 2006 kerana penyakit kanser. Pengkebumian jenazahnya telah disempurnakan selepas sembahyang jumaat hari ini @ 6hb. Januari 2006 di kampung halamannya Wakaf Bharu, Kelantan.
Sesungguhnya TM telah kehilangan pekerja yang baik dan berakhlak terpuji, dan kehilangan mereka adalah sukar dicari ganti. Hanya doa kita panjatkan kepada Illahi, agar mencucuri rahmat keatas roh roh mereka semuga ditempatkan bersama sama dengan roh para aulia dan syuhadah. Juga keluarga yang ditinggalkan mereka beroleh kesabaran dan ketenangan menerima musibah kematian ini.

Sudi apa kiranya Muslimin / Muslimat warga TM yang dihormati, meruangkan sejenak untuk membacakan Surah Fatihah kepada kedua arwah. Al-FATIHAH.

" Apabila ajal datang secara tiba-tiba,
Tiada siapa yang mampu berkata-kata
Cuma bermain fikiran di kepala
Giliran aku agaknya bila."

Wassalam.

Thursday, January 05, 2006

salam ngantuk..

salam..

ngantuknyer hari ni.. tak tau la awatnyer jd lagu ni. dr pagi lak tu. hmm.. mungkinkah sbb mkn nasi goreng pg tadi? adoilaa.. effectnyer smpi ke ptg. lama dah tak ngantuk2 kat opis ni.. huu..

tak der citer apa pun.. pagi lepak.. baca email.. belek diary.. update notes utk discussion ptg.. ptg kol 3 ada discussion.. me and user. my bos urgent leave. it's ok coz mmg me yg buat kerja tu. now, tgh ready nak balik. sblm balik update blog dulu.

anything else?
nothing
k ya
salamz..

..rindu kat budak dua org ni..

Wednesday, January 04, 2006

Salam Tahun Baru ~2006~

Selamat Tahun Baru
2006M
Assalammualaikum...

Macam malas je nak update blog ni.. ish.. patutnya di tahun baru me lebih bersemangatkan?? huhu.. tak der semangat ke? no... nolah.. bkn tak der semangat.. cuma semangat yg hilang je.. erm.. hehe.. tak der laa.. ngarut jerk me ni..

Tahun baru ni maknanyer umo me (dan kengkawan lain) bertambah setahun lagi.. ada tak yg berkurang umo? tak der kan.. hmm.. insyaallah thn ni umo me 27 tahun mengikut kalendar Masihi..

Bila menjelang thn baru je kitorang kat opis ni akan dpt kalendar dan diary baru. hehe.. kalendar me utk bln January me dah conteng dgn cuti. huu.. Bln January ni berapa hari je me keje.. 14 hari je.. erm.. sblm cuti lupa nak kira. me dah beli tiket LRT harga RM125 utk bln ni.. ruginyer... so kenalah me gunakan sebaik mungkin.. supaya tak rasa rugi tu. sabo jerk ar..

Apa ada pada thn baru me thn ni..2006? hmm.. tahun baru di mulakan dgn xtvt mencabar iaitu ujian minda pd 3/1 hr tu. erm.. mlm tdlah tu. huu.. sedih tgk soalan xm.. ntahlaa.. me jawab je.. betul tak betul tu tak tau la. tp nak dpt A or B+ ke B- ke mcm tipis je.. huu.. frust! Jumaat ni ada satu paper lagi dan satu lagi Jumaat depan. kalo spesis soalan sama mcm mlm td harulaa..

Mlm thn baru me kat umah je. tgk tv.. baca buku.. tdo.. erm.. tgk bunga api dr rumah :D ntahla saper bakar mercun tak tau la kat area kk tu tp cantik la. hehe. tido pukul brapa pun tak ingat. mlm tu alang ada kat umah. 1 Jan tu pun me kat umah gak. hujan hr tu kalo tak silap. mmg tak der plan nak kuar pun. kekonon nak study. sudahnyer jadik stado.. huu.. alang kuar ngan nelly. hani keje tp balik cpt. senin tu cuti sbb 1 jan hr ahad so senin cutilah. me plan g opis sbb tak tau nak buat apa. 3 hari dah cuti rasa mcm lupa hari. + ada report 3 bln me tak hantar lg. so g opis siapkan report. pastu print apa2 nota yg patut. hmm.. kol 9 lebih me balik umah. ingat nak g lepak klcc sengsorang tp pk nak balik tu takut lrt penuh. hehe. hmm.. dlm otak dok pk2 gak la saperlaa me nak ajak teman me lepak. tp sumer org bz. huu.. sedey.. mlm tu mmg tension giler. sudahnyer balik gak.. dan tido..

Selasa mlm xm. siangnya me tak join kengkawan study group. study kat umah je. bleh tdo. dan sememangnyer me tdolaa..
Hari ni start kerja. first day in 2006. ingatnya tak nak la dtg lambat utk thn ni.. tp tak dpt.. hari ni lewat 34 minit. me masuk opis kol 9.04am. sebabnyer.. jln jem kat keramat, setiawangsa, jelatik dan kawasan yg dekat2 situ. tak pernah2 la setiawangsa tu (b4 giant) jem. pg td macam tak nak gerak kete2 tu. hish.. mungkin sbb ujan gak kot.. bdk sekolah.. org dah start keje.. mcm2 la..

soalan.. kenapa bila bdk mula sekolah jln mesti jem? pelik laa... hmm.. so now me tgh mengganti waktu yg lewat tu la. nasib baik awal bulan tak bz sgt..

k, cerita pasal cuti semula.. bln january ni me dah apply 4 hari cuti - semua lulus - 3, 6, 9 & 13hb. 3, 6 & 13 sbb xm. 9hb sbb cuti raya haji. lps tu ujung bln plak.. start 28/1 (sabtu) sampailah 31/1 dan sambung 1/2 hr rabu. ada yg kata khamis tu cuti kan. fwd cuti raya cina dr ahad ke khamis. ye kot. kalo ye.. makanya cuti seminggu. erm.. jumaat me start keje. cuti sikit, tak bleh ar nak amik cuti lagi. nnt ujung thn tak raya lak. huu.. lagi?? hmm.. 9/1 birthday acik.. 11/1 birthday ayub.. 12/1 birthday oon dan 23/1 birthday dia...

apa lagi? tak der nak update apa2 kot.. tu je la..

salam tahun baru..
~smile~