Thursday, April 27, 2006

tired..

i'm so tired today. need time to rest. or maybe.. and hopefully i ca go home at 5.45pm (i'm late today).

smlm keje smpi kol 9.30pm. letih banget. sampai umah 1 jam lps tu. tido 1 jam lps tu (solat, mandi).. pg td bgn kol 6.30am. sblm tu dah asyik di kejutkan oleh jam tp tak larat nak bgn. terasa penat yg amat. effectnya skrg ni rasa nak tdo. sakit kepala, sakit badan. huu... padahal keje smlm guna otak utk pk, mata utk tgk pc, tangan utk taip, bdn dan kaki utk duduk. erk.. guna semua anggota rupanya.. penat weih.. satu lagi.. sbb melibatkan perasaan gak kot.. menanti sesuatu yg tak pasti.. tiada berita.. so buat kerja dlm keadaan bengang dan tension! :( benci sgt!!!

balik pun tension. tp tu lah kan. bila api tu lawannya air. lps mandi smlm dan solat isyak perasaan tu dah tenang alhamdulillah. any reason dah boleh terima. tak tau laa.. hati ni lembut kot.. tak kuasa nak berkeras. tp tak taula. tak tau sama ada benda tu akibatnya akan dtg adalah positif or negatif...

***

skrg dah 7.42pm.. rancang punyalah gaban konon nak balik 5.45pm. sudahnya lajak gak. tu lah dia. kalau kat rumah payah nak dtg keje. dah ada kat opis payah nak balik. hehe.. keje byk laa.. huu

Monday, April 24, 2006

bz ke??

salam...

huu.. dah kol 7.17pm kalo ikut pc me.. dah mlm... and me still kat opis.. td ptg dlm kol 2.30pm ada meeting ngan head kitorang. dia ckp psl KPI dan discuss ttg kerja2 dan any issues yg kitorang hadapi dgn kerja kitorang skrg. patutnya abis kol 4.30pm tp sbb ramai (semua org kena bercakap) so lajak sampai 5.35pm. abis meeting ada refreshment so minum sket sampai 5.45pm.

lps minum g jmpa dr. faridah kat tkt 7 sbb dia minta tolong ganti dia utk participate utk program 'Sirih Pulang ke Gagang' sekitar awal bln Jun nnt (weekend). dr faridah kena gi syria and she found me who can replace her to participate in the program. bkn org lain tak layak tp org lain yg layak semuanya sibuk. semuanya bos2 besar. so dia nmpk me yg kecik ni yg boleh join program tu. dia minta me cari sorg kwn utk join. semua kos akan di tanggung oleh persatuan. hehe. tu yg best! yg tak best, balik kena buat report. huhu.

'Sirih Pulang ke Gagang' ni adalah program pembentukan insan. TM akan hntr bersama 10 org anak2 yatim TM dan kami ajak juga anak2 warga TM yg lain yg nak join (40 org). so semua sekali dr TM adalah 50 orang. selebihnya adalah pelajar2 al-amin. me tak jd fasilitator tp kena turut serta dlm program tu. berat tanggungjawab ni sebenarnya. tp tak perlaa.. me cuba.. bukan senang nak g program cam ni. di sponsor plak tu kan. rezeki me.. insyaallah semoga balik dr program tu nnt me akan jd lebih baik dr sekarang.. aminn... erm.. nnt lps program tu me citer detail (insyaallah kalau berkelapangan).

diskas ngan dr. faridah sampai kol 6.15pm then me balik opis. solat asar, discuss sket ngan my bos ttg 'outstation' this may. outstation?? lama dah me tak outstation. huu.. last outstation adalah 2 thn lps - g kuantan dan k t'ganu. kali ni me minta utk g outstation as a rewards for me. hehe. tak malu kan?? tak der laa.. actually ada taklimat berkenaan sistem yg me jaga skrg org group finance. me follow as org IT yg buat kerja. sbb dr xperience, user akan tanya berkenaan sistem dr segi teknikal. so if ada org IT, bleh ar nak jwb.

so insyaallah tgh bln may ni me akan ke kluang, jb, kuantan dan temerloh. huu bestnyer jejalan lagi. penatlaa dok kat opis. so skali skala dpt g jln2 ni mmg best. nnt kalo ada diorg buat taklimat kat sabah serawak pun me nak gi. hehe. tu la td minta izin dgn bos lah nak join roadshow tu. alhamdulillah lepasss.....

sat lagi lps maghrib me nak kuar jejalan. otak berat. rasa nak tgk dunia luar. asyik tgk benda yg sama je tetiap hari. tp bkn kuar dgn 'dia'.. me kuar ngan my 'x-bf'. huu.. bleh tak mcm tu?? as friend tak apa kan? ke ada pendapat lain?? or ada persoalan?? huhu.. walaupun kami dah tak der apa2.. tp hubungan kami masih baik. sbbnya.. i'm realize that we can be a good friend. and we can't be a couple. manalah padan keturunan syed2 ngan org biasa mcm me ni.. kawan je dah laa.. perasaan me kat dia? hmm.. totally zero. just hormat dia sbg kawan je. samalah juga cam dia.. dan dia pun dah ada pilihan syarifahnya... so tak der la risau apa2.

dia?? hmm.. seperti biasa.. masih belum ada kesempatan nak jmpa walaupun dah ada kat kl. sibuk manjang. kalau tak sibuk dia tak sihat. tak per la.. bak kata seseorang (tak ingat saper.. abah kot??) dlm satu hubungan kena ada juga rasa percaya pd dia. me percaya pd dia.. tak ler 100% but tau lah dia mcm mana. if i'm wrong it's ok. rasa mcm dah lali.. tak kesah laa.. ada jodoh adalaa... tak der nak buat mcm mana.. i'm still young and life must go on. huhu. cuma me rasa.. me perlukan masa kami juga. tgk je laa.. i'm still trying.. and hope that it will end with happy ending - insyaallah

k - time for solat maghrib
wassalam..

Wednesday, April 19, 2006

~full of love~


"Aku mencintai sahabatku dgn segenap jiwaku.Sahabat yg baik adalah seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas mati.Kuhulurkan tangan kepada sahabatku utk berkenalan kerana aku akan merasa senang.Semakin ramai sahabat,semakin aku percaya diri.Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yg tidak luntur baiknya dlm suka dan duka.Jika aku dapat,aku ingin setia padanya.." (Imam Shafie)
KATAKAN -Hazami..
Katakanlah dengarkanlah percayalah (Katakanlah)
Katakanlah dengarkanlah percayalah (percayalah)
katakanlah katakanlah katakanlah..
Katakan kau cinta padaku
Kan ku serah segalanya
Ku pasti kita bahagia
Tiada lagi keraguan
Cintaku takkan persia
Walau ribut getir melanda
Bukan paksaan atau mainan
Usah bimbang lafazkanlah
Ke mana saja ku lari
Wajahmu selalu di hati
Suaramu menghibur kalbu
Ku terlena sejenak merindu
Katakanlah dengarkanlah percayalah
Ucapkan sayang cinta padaku
setulus hatimurnimu

Katakanlah dengarkanlah
percaya sesungguhnya
Ku serahkan jiwa ragaku
hanyalah untukmu

Katakanlah dengarkanlah percayalah
Daku dambakan senyum manismu
tawa mesramu lirikan manja
Katakan kau cinta padaku
Kan ku serah segalanya
Bukan paksaan atau mainan
Usah bimbang lafazkanlah
Ke mana saja ku lari
Wajahmu selalu di hati
Suaramu menghibur kalbu
Ku terlena sejenak merindu
note: soalan bonus ... apakah yg ingin penulis sampaikan dr entry ni sebenarnyer?? huhu...

Tuesday, April 18, 2006

gambar maulidurrasul 2006

entry ni nak ltk gambar je.. gambar2 masa maulidurrasul tempoh hari.. kontingen TM memenangi perarakkan tersebut utk kategori swasta utk 3 thn berturut-turut. gambar penuh boleh lihat kat album BAKIT

bacaan doa sebelum memulakan perjalanan oleh Ustaz Zakuan

kontingen TM diketuai oleh En Mohd Lazim. di tgh2 adalah Tn Hj Nordi dan di sblhnya adalah Ustaz Zakuan


wakil muslimah bersama Tn Hj Mustapha (YDP BAKIT) dan Tn Hj Nordi


kiri..kiri..kiri kanan kiri..

sambil berkawad sambil berselawat..

get ready b4 memulakan perjalanan :) mana satu me?? hehe

Thursday, April 13, 2006

sakit.. berat.. jodoh..

salam..

apa khabar? me sihat alhamdulillah.. tapi.. kaki me tak sihat.. me sakit lutut. huu cam org tua lak ek sakit lutut. td g klinik jmpa doc. me citer sakit cam na. dah brapa lama. doc tanya me ada jatuh ke, lari ke, buat apa2 yg berat yg melibatkan lutut ke.. me ckp tak der.. erk.. 3 minggu lps me jogging.. tp sakit br seminggu.. doc check tgk dan buat conclusion - maybe joining kat lutut tu dah haus. huu.. tak taulaa.. sajer me tanya yg sakit ni sama ke dgn sakit pinggang me dulu. doc ckp hmpir sama..

sakit cam na? bila angkat kaki tu rasa sakit kat lutut - cam ngilu sket. bila gerakkan kaki ke kanan (yg sakit kaki kiri), pun sakit gak. kalau jalan laju pun sakit. pas tu rasa kebas kaki. rasa gak mcm lutut tu akan berbunyik berlekuk kalo gerakkan kaki tu. huu.. tak ke mcm org tua???

doc tanya berat me.. me ckp 59kg (br timbang mlm td kat umah).. hmm.. doc kata kalau berat naik pun bleh kena sakit kaki ni.. pas tu doc ajak g timbang. angka kat timbang tu mmg buat me terkejut. 62.20kg!!!.. huuu giler terkejut. dlm hati ada mcm frust juga.
'aik.. td kata 59?'
me diam je.. sambil buat muka :D
'timbang ni betul tau sbb ni timbang digital'
'ooo'
'k, ukur tinggi lak... 151cm..'
'kalau bmi 23, awk overweight.. kena turunkan 6 kg dlm 6 bln nie. kalau bmi 25, awk still overweight'
'hmmm...'
actually.. mmg skrg tgh on diet... tp tak taulaa bleh turun ke tak.. insyaallah bleh... dah sakit kaki, sakit pinggang ni.. mmg by hook or by crook kena turunkan gak la nmpknyer... cayyuk!! cayyuk!! anim boleh!! huahuahua

ubat yg doc kasi td sama ngan ubat masa sakit pinggang hari tu - ubat saraf dan ubat tahan sakit. hmm.. kena minum susu anlenelah lps ni. adoilaa..

-me dah tua-

***

ckp psl dah tua.. tringat borak ngan dia hr tu..

'awk..nak kawen thn dpn leh tak?'
'x'
'napa?'
'nantilaa...'
'awk.. ada org nak propose lps abis study ni..'
'sapa? awk nak ke?'
'x tau saper.. tp org kat opis'
'awk nak ke?'
'sy nak kawen..' - x tau nak jwb apa.. sj jwb cam ni.. nak tgk jwpn dia..
'napa cpt sgt?'
'mana ada cpt.. i'm 27 this yr.. nxt yr 28.. 3 thn lg dah 30.. cepat ke??'
'hmm.. ok.. nnt sy pk k.. kasi sy masa..' -i'm smiling- hehe..

smlm dia msg lagi..
'awk kalo nak kawen ada duit ke?'
'leh simpan..'
'k'
'awk?'
'xada'
'huu... simpanlaa..'
'k'
'sy x plan nak buat kenduri besar..buat yg wajib je + ikut budget' mak ayah now dah dok sepang.. kalo me kawen tak taulaa org nak dtg ke tak kat saner.. so budget kecik ar kot.. :)
'k.. kalo buat bisnes dulu br kawen leh? sy dah ada planning utk kita dan anak2..' huu planning sengsorang :p
'uit?? kawen dulu br buat business!' hehe
'hmm..'
'balik kl nnt diskas k'
'k'

hmm... so... how?? buat bapa2 ibu2 kengkawan yg membaca.. any comment??
bg me.. kawen dulu la.. hik hik.

smlm call mak.. citer kat mak apa me borak ngan dia - pasal kawen..
'mak tak kesah ke angah kwn ngan dia?'
'tak per.. mak tak kesah..'
'ayah?'
'tak tau laa.. buatlah istikharah..'
'angah ckp kat dia nak kwen thn dpn..' thn dpn tu bkn awal thn tau!!
'dia ckp apa?'
'dia kata nnt dia pk..'
'hmm..'
'mak tak kesah ke angah kawen lmbt?'
'mak tak kesah.. tp orglah kata apa..'

hmm... ye.. mak tak kesah.. mak tak kata apa2 pun.. mak tak penah suh kawen.. mak cuma suh kumpul duit je.. tp mmg org keliling yg kata.. erk.. tak kata.. tp diorg tanya je.. bila me nak kawen?? hmm.. nasib baik muka me tak nmpk tua (kan??).. hmm..

mak juga selalu pesan suh buat istikharah.. ntahlaa.. sebenarnya sedikit dlm hati ni rasa mcm mak tak berapa suka me kwn ngan dia.. sbb ayah tak suka polis.. erk.. bkn tak suka.. tp tak nak anak2 dia kawen ngan polis or jadik polis. sbb dia kata.. dia suh anak2 dia kawen bkn utk ditinggal2kan.. tp tulaa.. me ni mmg suka melawan dlm diam.. dan ayah mengalah.. tp mcm bersyarat..
'buatlah istikharah... buat pilihan yg terbaik... kalau mmg dia jodoh angah ayah terima..'

me tak buat istikharah lagi.. tunggu abis blajar kot.. tak tau la.. nak kena buat ke?? huu.. takutlaa...

hmm..
-?-

Wednesday, April 12, 2006

Petua untuk dimurahkan rezeki dan dijauhkan kesulitan

Petua untuk dimurahkan rezeki dan dijauhkan kesulitan

Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut. Dengan murung lelaki itu mengadu,"Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?"

Sang Guru menjawab sederhana, "Perbaiki penampilanmu dan rubahlah roman mukamu. Kau tahu, Rasulullah adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya." Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya. Wajahnya senantiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. Keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah,wajahnya senantiasa mengulum senyum bersahabat. Roman mukanya berseri.

Tak heran jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah roman muka yang ramah dan penuh senyum. Bahkan Rasulullah menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya .
Fikir-fikirkanlah.


note: happy birthday to Hani :-)

Monday, April 10, 2006

Selamat Menyambut Maulidurrasul 1427H/2006M

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDURRASUL (s.a.w)
16 Rabiulawal 1427 H
11 April 2006

TEMA: 'Keunggulan Ilmu Teras Kegemilangan Ummah'
Ijma' Para 'Ulama Membenarkan Sambutan Maulidurrasul (s.a.w)
Mengingati hari kelahiran Nabi, merupakan satu 'ibadah yang diterima oleh semua 'ulama diseluruh dunia Islam, samada dulu mahupun sekarang. Ini menunjukkan bahawa Allah redha terhadap perbuatan tersebut. Di dalam kitab Musnad, Imam Ahmad menulis kata-kata Ibnu Mas'ud (yang diterima melalui perantara-perantara yang dipercayai), "Apa-apa yang dianggap benar/haq oleh sebilangan besar umat Islam itulah yang diredhai Allah dan apa-apa yang dianggap batil/salah oleh sebilangan besar umat Islam ianya juga salah/batil disisi Allah."
Sejarah Sambutan Maulidurrasul (s.a.w)
Makkah, merupakan Ibu kepada semua Kota (semoga Allah merahmati dan memuliakannya), merupakan penghulu bagi lain-lain kota diseluruh negara Islam didalam meraikan Maulidurrasul. Al-Azraqi, seorang ahli sejarah Makkah pada abad ke 3 - hijrah, telah menulis didalam kitabnya, Akhbar Makkah (Jilid 2,ms160) tempat-tempat yang digalakkan (mustahabb) untuk menunaikan solat di Makkah antaranya ialah rumah tempat Nabi (s.a.w) dilahirkan (Mawlid al-Nabi). Menurut beliau, rumah tersebut telah dijadikan masjid oleh ibu kepada Khalifah Musa al-Hadi dan Harun ar-Rashid.
Al-Naqqash, seorang 'ulama didalam bidang al-Quran mengatakan bahawa tempat kelahiran Nabi merupakan tempat dimana do'a diterima pada waktu tengahari setiap hari Isnin. Pendapat beliau ini tercatat didalam kitab al-Fasi, Shifa' al-gharam (Jilid 1, ms 199) dan juga kitab-kitab lain.
Keterangan Mengenai Sambutan Maulidurrasul (s.a.w) yang terawal secara Beramai-ramai
Kitab Rihal, karangan Ibnu Jubayr (540-614), didalam bab Perjalanan (ms.114-115) merupakan sumber yang terawal yang menceritakan mengenai sambutan Maulidurrasul (s.a.w) secara beramai-ramai didalam suatu kelompok masyarakat.

"Tempat yang diberkati ini (rumah kelahiran Nabi [s.a.w] ) dibuka dan setiap lelaki dibenarkan untuk memasukinya untuk mendapat barakah daripadanya (mutabarrikin bihi) pada setiap hari Isnin didalam bulan Rabi'al al-Awwal kerana pada hari dan bulan terssebut, Nabi telah dilahirkan."
Ahli sejarah abad ke-7 hijrah, Abul 'Abbas al-'Azafi dan anaknya Abul Qasim al-'Azafi telah menulis didalam kitab (tidak pernah diterbitkan), ad-Durr al-Munazzam, "Mereka yang menunaikan 'ibadah haji dan mereka yang sedang melakukan pengembaraan menyaksikan bahawa tiada jual-beli ataupun sebarang perbuatan lain dilakukan pada hari Maulidurrasul di Makkah, melainkan mereka berpusu-pusu memenuhi tempat kelahiran Nabi yang diberkahi. Pada hari itu juga, Ka'bah dibuka dan orang ramai dibenarkan untuk menziarahinya."
wallahu'alam..

Friday, April 07, 2006

friday's story

salam..

td pg ada jamuan kesyukuran kat opis me. dr kami ebrempat yg dpt naik gred. menu dia pulut kuning, pisang, kuih popia otak-otak dan keropok lekor. juga ada air teh o. alhamdulillah semua kengkawan opis kat tkt 43 N & Sdpt merasa serba sedikit rezeki yg kami dpt...

sebenarnya me tak bleh mkn pulut.. hmm.. so pg td me mkn kuih je. tp me ambil gak la sebekas pulut kuning tu. teringin gak nak rasa.. huhu.. pagi td masa org lain sebuk mkn2 me minum dulu. terlupa teh pun angin.. sudahnya me pening banget lepas minum teh o tu.. nak meng'ok'kan semula me mkn kuih byk2. risau.. huu...

spjg jamuan tu me kena usik gak laa.. mungkin sbb menunya pulut kuning ada laa yg tanya 'ni sempena bertunang ke anim??' huu.. ada ke patut?? me sengih je laa dan betulkan kenyataan diorg tu. 'kenduri naik gred dulu.. kenduri bertunang ke kawen ke lepas dia abis sekolah.. tak lama je lagi tu..' huu.. ada gak yg tolong tambah.. aminn kan aja lahh.. :-)

tgh hari cam biasa me ada kelas ngaji. seronok ngaji hari ni. ustazah pun seronok dan leka dgr kitorang ngaji. katanya sbb dia seronok dgr bacaan masing2 dah byk improvement. lps kelas me mkn pulut kuning yg me simpan td.. mmg tawakal giler laa.. hmm.. mmg terasa pening kepala.. dan sakit perut. tp me mmg tawakal je ni.. hopefully tak teruk la effect dia. tak pun kalo nak kena teruk pun biarlah lps me sampai rumah. hari ni me dah niat dr last week nak dtg kelas ni. berkobar2 bak kata yassin dan vince :-)

bab kerja pula.. hmm.. penat.. penat tunggu data. run and error.. inform user.. pas kat user lain lak.. run lagi.. error lagii.. ulang2 proses tu.. huu.. penat mata.. benda nak urgent. ish. payah laa.. wan ngomel.. 'napa ek tiap kali nak handover je ada problem??' huu.. tak tau laa wan.. erm.. now sebenarnya me dlm proses handover sistem yg me jaga skrg kat wan - kwn keje. tuka ngan dia. yg dia buat me lah kena buat lps ni..


huu.. penat..

***

nak citer sket psl mlm tadi.. mlm td me 'down'. sian me.. hmm... me tak lapar tp me rasa nak mkn. kalau dulu, bila rasa mcm tu me bleh call je ika ngan ainil ajak jmpa. mmglaa tak semestinya diorg akan dan boleh dtg, tp rasanya mcm masa tu still ada somebody nak ngadu. or dlm kata lain 'kawan'. tp mlm td me rasa lonely sgt...

masa kat lrt me call alang ajak g mkn. tp alang tak nak sbb dia kat umah nelly tgh jahit baju dan tgh tgk citer korea 'my lovely samsoon'. merayu la cam na pun dia tak nak. tp kalo masa tu dia kat umah mungkin gak la dia ikut. tak per laa.. me paham... pas tu metringat kat ika.. ainil.. sedih lak rasa.. me msg diarg.. 'a'kum, dulu kalau rasa nak mkn leh kuar ngan korang.. skrg nak kuar ngan saper ek??' tak sedar masa send msg tu me nangis... me rasa sunyi.. me tau apa ika akan balas.. tp me rasa cam me nak diorg gak. me nak kawan2 me. rasa sedih sgt.. rasa sorg2... dan mmg pun masa tu me kat umah sorg2. bila hani ngan alang balik me dah ok sket. me rindu kat kawan2 me...

salam..
me

Thursday, April 06, 2006

special entry: tahniah@congratulation!!!

salam..

hari ni nak buat entry congrats utk my best friends Pn Norfadzilah yang telah selamat melahirkan anak sulung beliau jam 8.30 mlm td.

masa me dpt msg dr husband dia mmg speechless.. tak tau napa.. terus teringat dilla.. hehe.. ada gak ar rasa cam ngilu2 tu.. erk.. mmg ar me tak penah rasa cam na org bersalin tp selalu dgr citer dan penah gak tertgk gambar dan video (tak brani nak tgk smpi abis.. jeling dr jauh jee..)... rasa xcited sgt nak tau mcm2 pasal dilla dan baby.. tp pk yg dilla sure penat.. so.. tunda time nak ctc dia.

teringat dilla yg tgh pregnant semangat dtg kelas.. huu.. lama laa tak jmpa dilla lps ni.. tak plan lg bila nak g lawat dia.. nnt ajak yati kot.. ajak 'dia' ke.. ayat ke.. edd ke.. hehe..

td ptg call dilla. sajer nak borak2. rindu.. hehe.. baby berat 3.8kg (mesti besar cam aqillah masa baru lahir dulu)... dilla kata sepet cam cina. hehe.. no komen.. cam korang suami isterilah tu.. hehe.. tak kasi nama lagi.. huu.. "dilla, harapnya ur hubby tak kasi nama cam dia ckp hari tu lah ek. 'ha****n**r' huu.. ganaz tuu.. cari yg maknanyer baik2 sket". hehe.. dilla lak cam na ek?? dilla kata dia sihat alhamdulillah. sama ngan baby pun sihat. alhamdulillah...

hihi.. seronoknyer dgr org dpt baby... lps ni giliran ika lak. she's now 5 weeks pregnant.. lps tu saper lak ek?? rezeki.. rezeki.. setiap kelahiran tu Allah iringkan dgn rezeki.. insyaallah ada nyer.. kena bersyukur dan berusaha utk dptkan rezeki tu.. erm.. semestinya apa pun yg kita nak kita kena usaha kan?? tak dernyer rezeki tu nak dtg bergolek.. wallahu'alam..

so.. sekian dulu special entry for my best friend 'Dilla'.. hehe..

salam sayang..
anim
:-)

Wednesday, April 05, 2006

myTeam

salam..

jgn terkejut!!! huhu.. me tak minat sgt tgk bola ni sebenarnyer.. tp bagi me realiti tv kali ni mmg menarik. so far dah 3 episod, belum lg me miss rasanyer.. :)

masa first episod me tunggu gak la. tak ingat sbb apa. tp masa kat opis dah dpt email peringatan dr my company suh tgk citer ni. so mlm tu sesambil lepak2 cari siaran yg best nak tgk, teringat maka me tgk la citer ni. dan terus tertarik.

komen me ttg pemain yg telah terpilih.. hehe.. susah ni... ekeke.. hmm... mereka bukanlah pemain profesional, tp mereka di pilih secara profesional. pemilihan bukan secara rambang tp melalui beberapa peringkat dan telah ditapis dari beratus2 org (erk.. sampai ribu tak??) yg dtg utk sesi pemilihan tu. walaupun yg memilih cuma 2 org (kot..??) tp mereka adalah org yg profesional.. so.. kemungkinan mereka2 yg terpilih ni bakal jadi profesional tu mmg ada. manalah tau dr rancangan ni mereka turut diintai untuk menyertai pasukan sedia ada untuk menaikkan taraf sukan bola sepak negara kita (yg sering dikutuk tu kan??) hehe... kesungguhan yg di tunjukkan mmg boleh membuatkan pasukan negara rasa teruja dan tercabar dan berusaha utk tunjukkan yg mereka adalah yg terbaik. chewahhh!!! cayalah..


satu lagi.. me suka tgk citer ni sbb suka tgk kemah myTeam. comeilaa.. separa bulat. hehe..

anything abt myTeam bleh tgk kat laman web rasmi myTeam or bleh gak tgk kat laman badak biru ni

sekian dulu laporan dari saya cik anim comei

akhir kata 'Majulah Sukan Untuk Negara'

:-D

Monday, April 03, 2006

jogging

salam..

dah menghampiri 6.30pm - isnin 3/4/06. dah bln april dah. kejap je rasa... me nak citer apa me buat sabtu dan ahad..

sabtu:

bgn kol 7am.. terlewat.. kejut alang pas tu solat subuh. siap2 pas tu kitorang g jogging kat taman tasik kat jelatik. huhu.. lama dah me tak jogging. adalaa 3 pusingan (lari + jalan). pas tu balik. stgh jam ada kot. hihi. penat ar.. tp rasa ok lah kot.

balik jogging beli kuih & paper. sampai umah baca paper & mkn kuih. pas tu adik adillah call ajak g kenduri kawen kat saujana impian. so siap2 dlm kol 11.30am kitorang gerak g saner.

nak d jadikan citer.. tersesat.. huu.. terlajak ke semenyih.. nasib baik leh u-turn.. jem giler.. ye laa.. 4 line jadik 1.. huu.. jenuh..tp akhirnya jmpa gak rumah pengantin.. huhu.. sorry yer adik adillah..

lps kenduri g umah along. along suh dtg kata nak masak bee hoon.. so dia suh dtg utk jaga anak dia. lepak2 dah mlm.. tak gak msk bee hoon tu.. sudahnya balik ar ngan alang.

mlm tu lepak je tgk tv.


ahad:

pagi tu jogging lagi. tmbh sorg lagi - nelly - kwn alang. sajer je dia ikut samer. stamina dia tinggi. kitorang 2 kali pusing dan letih. dia bleh lari lagi tu. tak larat laa.. me jln je. hehe. insyaallah next week lari lagi yey.

ptg smpi mlm dok umah je. ptg tu kemas bilik. umah tepi jln ni sng sgt masuk abuk. sudahnyer me kena selsema. me allergie abuk. :-) effect smpi mlm. me demam kejap. tp me mkn pil selsema yg ngantuk tu. tido dr kol 8.30pm smpi kol 1.30am. best!

masa tido dia call. tanya napa me syp je.. hmm.. malas nak layan sbb tgh mamai.. tak ingat ckp apa ntah. tp yg me ingat dia kata dia tgh duty. me kasi tau dia me demam. terus dia suh me tunggu dia dtg utk g klinik. pas tu dia ltk tipon. huu gabra. me tak nak dia dtg. sbb dia tgh duty. me kasi msg kata tak yah dtg sbb me kena selsema je. pas tu me tak ingat apa. kol 1 terjaga tgk hp tak der call. means dia tak dtg. risau gak kalo dia dtg. huu.. me just msg terangkan situasi sebenar...

me rasa.. dia tgh cuba sedaya mungkin utk buat dan beri yg terbaik buat me dan hubungan kitorang. tp kerja dia menghalang.. dia sendiri kecewa dgn jadual kerja dia.. me kesian gak bila dia ngadu psl kerja.. tak nak dia give-up dgn kerja dia. senin pg me msg suh dia ikhlaskan hati g kerja.. hopefully dia tak tertekan sgt.. me rasa bersalah juga kdg bila ingat2kan yg me buat perangai 'sket'.. huu.. sket ke? tak taulaa.. tp rerasanya mcm dia tertekan dgn me juga.. terukkan me??? hmm.. me nmpk kesungguhan dia dlm hubungan kitorang ni.. cumanya me yg selalu negatif... huu... doakan kami...

minggu ni dia outstation kat seremban lak..

***

mlm borak ngan hani. dia citer bos dia kena rompak kat butik tpt dia keje hari jumaat hr tu. bos dia kena ekor dr bank. adalaa 3 org kot. me tak ingat. tp ada lelaki dan perempuan yg dah berumur. bila smpi kedai mereka buat2 mcm nak beli baju. bos hani attend salah sorg dr perompak2 tu. sorg buat2 tgk baju kurung. sorg plak jlnkan tugas amik duit. huu.. nak d jadikan citer, hr tu bos hani careless lak. beg yg ada duit dia letak atas meja. maka... ilanglaa 10k duit gaji pekerja, sewa kedai dll... so bln lps punya gaji hani dan kwn2 dia masih blum dpt.. effect dia ada kat me gak. sbb.... hani guna duit me utk beli hp baru.. so.. faham2 je laa.. huu... kekeringan... dah nak smpi tahap kontang.. sakit...

kesimpulannyer... transfer duit gaji pekerja pakai maybank2u...

wallahu'alam...