Wednesday, May 31, 2006

penat

salam..

erm.. hari ni rasanya ok je.. mood ada cumanya bdn tak sihat. so jadik mcm tak der mood.. ehh bkn tak der mood tp tak bleh nak pk jauh2. rasa letih sgt bdn dan otak. napa letih?

smlm first time ever me bwk notebook/laptop (apa beza dua benda ni??) g opis. usung benda alah tu dlm lrt g keje sampai terlupa kat mana me letak pas kerja dan pas lrt. huhu.. balik plak tumpang abg mie ke upm. abg mie ada date ngan wife dia kat alamanda. one way so tumpanglah. nak dijadikan cerita juga.. pelik kenapa masjid jamek jem teruk. adalaa stgh jam lebih kot menunggu abg mie kat situ sambil perhati gelagat warga kota di masjid jamek (biasanya tgk dunia dlm lrt je.. kali ni kat luar lrt). dan pagi ni dlm paper kasitau sbb jln jem smlm (rasanyalaa) - org giler rampas bas transnasional, dan drive sambil nyanyi dan cakap sorang2, pas tu langgar kete ngan bas lain. nasib baik tak der yg maut. tp kesian kat driver bas tu kena pukul ngan org awam kat tpt kejadian. huh.

dan hari ni masih terasa letih sakit bahu dan sebelah badan sbb usung notebook tu. mcm mana ek org yg bawak benda alah tu tiap hari kehulu kehilir?? ish.. giler berat! (ngadu ngan dia, dia balas "baru dua kilo dah tak larat??" cheh. malas nak ngadu lagi. huh. merajuklaa..)

dan smlm juga lepas dua or tiga bln kot me p. so sakit belakang. bertambahlah letihnya. lenguh2 lagi.. hmm.. hari ni nak balik cepat.. huu.. sakit arr.. :( (tak terkata2)

***

rasa malas nak layan dia.. malas nak jwb msg, malas nak ckp, malas nak tolong apa2, malas nak inform apa2, malas nak pk.. tp napa masa ni laa dia asyik nak kasi sms je? ish. malas tgk hp.

-penat-

-smile-


Tuesday, May 30, 2006

careless...cuai..

lokasi: lrt k..
check poket depan dlm beg laptop.. check poket dlm poket beg tu.. cari lagi.. 'ish.. mana nii??' alamak.. nak kuar lrt ni, pas pulak mana perginya.. buka beg pulak.. 'mana ni??' hmm.. tak der.. ish.. cuak gak laa kat lrt.
'dik.. tak per. kuar je..'
'erm.. tp kak.. kad kerja saya pun ada kat situ..'
'cuba cari lagi kat mana2 poket'
'ye.. hmm.. tak der..'
'adik letak mana?'
'dlm poket ni rasanya..'
'tpt lain kot?'
'dah cari.. tak der..'
'cicir kot..'
'mungkin..'
'naik kat mana?'
'stesen j. saya pegang pas tu tadi.'
'ada tali?'
'yer ada..'
dan otak terus berpk.. mana me letak?? tak rasa mcm tercicir. confirm ada.. me taruk dlm beg tp tak ingat kat mana.. me rasa kosong. otak ni kosong tak leh nak pk. melayang je ke mana2. tak tahu...
'tak per.. kita tolong cari'
'ni kad saya. kalau jmpa nnt akak call ye. erm.. no call sini berapa? nnt kalau apa2 sy update juga.'
'ok'

dan hari ni me masuk opis pakai pas pelawat ada tulis huruf 'P' besar kaler merah. huu.. otak still kosong.. rasa macam.. ntah.. kosong.. kenapa me cuai hari ni?? apa yg me pk ek?? huuu.. dlm hati ttp kata mesti ada dlm beg..

check balik.. ehh.. beg ni ada poket belakang.. erm.. dan.. haa tu dia.. my pas card and pas lrt.. huuu.. kan betul ada.. tak cicir.. macam mana leh lupa beg ada poket belakang?? ish.. apa laa.. pagi2 dah bengong. anim wake up!!!! huh.

(sebenarnya dr pagi mmg tak der mood nak dtg keje. nak mc, tak sakit, nak half day, rugi.. tak der hal plak.. nak cuti pun.. tak perlu kot.. erm...tu la pasalnya.. mmg sajer nak masuk opis lewat.)

me call lrt kata dah jmpa.. tp tak ckplaa jmpa dlm beg.. just kata ada org yg jmpa. huu.. malu sihh...

Thursday, May 25, 2006

tension..sensitif..rindu..tertekan..

hari ni hati ni rasa sayu je..
sensitif..
senang nak jatuh air dlm mata ni
awatnya tak tau??
huu
tp me rasa me tgh tension kot. zahirnya tak nmpk.. tp dlm hati ni mcm berperang..
(skrg tgh rasa berat kepala sket sbb tadi air dlm mata ni dah jatuh)

hmm..
selera pun tak der
igt nak mkn pg td tp tak lalu lak
dah nak dkt lunch ni laparlaa..


***

td pg call mak.
rasa hati ni tak tenteram
tringat kat mak je
tak tau nak borak apa, tp nak ckp ngan mak..
tu yg jatuh air tu td.
me tension!!
nak xm..
(ckp pasal mak air ni dah mula bergenang..)

hmm.. wey nmpk kot me kesat2 td.. lps borak ngan mak me terus bangun g toilet basuh muka.

rindunya....
rasa rindu sgt..


***

mlm td dia msg..
'awk..nak dmm..'
'g lah klinik.. mkn ubat ye..'
tak lama lps tu..
'awk baru muntah..'
huh.. berderau rasanya.. terukke?? napa sampai muntah??
'awk mkn benda bkn2 ke td?? g klinik ye. mkn ubat'
'entah.. esok g klinik'
hmm.. me rindu sangat kat dia.. dan risau sangat juga.. hmm.. 'wink'

pg td dia msg kata baru balik klinik. lenguh2 badan longlai.. tak larat nak bt apa2. hmm.. kerap rasanya dia dmm skrg ni. napa ek? tringat akak kat opis ni kata dia kena dmm virus baru ni. risau laa.. hmm..
(tringat dia pun rasa nak nangis..)

***

me rasa betullah..
me tension sebenarnya...

ahad ni (28/5/06) start exam..
2nd paper on 2 jun plak (jumaat - me cuti)..
3 - 6 jun kena hntr report (2 copy) ke ukm..
10 jun presentation projek..
rasa tertekan sgt...

hhuu... tarik nafas panjang-panjannnngggggggg... lepas.... fuuhh... baca al-fatihah.. niat dlm hati.. Ya Allah.. tenangkan hati hamba-Mu ini... aminn... istighfar byk2.. huu... (tgh cuba nie...)

-?-

Wednesday, May 24, 2006

rasa..

dia memandang.. dia senyum..
aku senyum.. tak memandang..

tembus barangkali..

rasanya.. hati dah tak marah..
rasanya.. hati dah cuba nak sejuk..
rasanya.. hati dah cuba nak terima..
rasanya...

erm.. semua sekadar rasa sahaja..
rasa apa???
pahit? manis? masam? masin?
huh..

sayangnya..
masih rasa bengkak di hati..
masih rasa geram barangkali..
masih rasa tak boleh nak menerimanya lagi..

sampai bila??
tak tahulah..
hati ni masih keras..
rasa tersiat..
dan tak bersedia utk menghadapi keadaan ini..

kenapa rasa mcm tu?
bknkah dirimu sudah berpunya??
bknkah itu semua cerita lama??
ya.. tapi..
dia yg tak jujur..
dia yg tak berterus terang..
dia yg berselindung dan melindungkan sesuatu..

kenapa ya??

huh

susahnya..

Monday, May 22, 2006

hujung minggu di opis

salam..

hujung minggu di opis?? hmm.. ya betul!! me dtg opis sabtu dan ahad br ni. buat kerja sekolah di opis. time2 ginilaa komputer kat rumah tu rosak. ish.. tak taulaa sama ada power supply dia yg rosak or cable yg rosak. hmm.. tension gak..

sabtu hari tu me cuba siapkan bab 4 - rekabentuk sistem. tp tak dapat siap. tp dapatlah me lukis 4 diagram guna power point. huu. lomah den laa buat report ni. + me try surf program ms visual web dev yg me baru dload utk buat sistem. x de cikgu nak ajar so kena surf sendiri cam na nak guna software tu. susah sket ar.. + ronda2 internet baca email.. dr 1.30pm me kat opis, balik kol 7.10pm - me sorang..

smlm lak (ahad) me ajak alang teman me g opis. alhamdulillah smlm dah hntr bab 4 kat pn penyelia. so skrg me kena bgnkan sistem dan buat bab 5. me ada 2 minggu je. tak tau lah sempat ke tak ni. mmg risau giler.

td dpt call dr encik penyelaras program kitorang. katanya xm paper etika tunda ke hari jumaat, 2 jun. fuhh.. lega sket.. ada dua sbb lega.. 1.. report etika tak siap lagi.. 2.. me tak study lagi utk subject ni. so bleh ar bt sistem dulu..

so.. cuti 25 mei yg me dah apply ni me cancellah. dan apply balik cuti utk 2 jun plak. ok kot kan??

***

smlm tak der msg dr dia. tp td pg pukul 5.45 dia msg kater dia ada operasi smlm. sbb me pun smlm bz giler so tak kesah sgtlah dia tak msg or call. kol 11 td dia call. br bgn tdo. borak2 kejap.
'yang, 3 thn lagi ye..'
'x nak.. lama sgt.. nak thn dpn..'
'dah cukup duit ke?'
'ala.. bkn awal thn..'
'hmm..'
'ye?? thn dpn.. :)'
'hmm.. '
hmm..?? so plan for next yr.. end of 2007.. insyaallah.. :)

~comei senyum~

Friday, May 19, 2006

cerita semalam dan pagi ni..

semalam..

dari rumah dgn hati yg ikhlas dtg kerja
sampai opis.. api kemarahana menyala semula..
menjelang petang.. api dah padam.. cuma rasa sedih dan kesal sedikit terkesan dalam hati hingga terbawa dlm doa slps solat..
seharian di opis meneruskan rutin harian kerja sambil melakukan kerja2 sampingan seperti baca email, tulis blog, chat, baca blog, taip assignment, rancang projek dll..
menjelang lewat petang, sempat send bab 3 assignment kpd pn penyelia dan bersiap utk ke kelas..

g kelas rasa nak senyum je.. cuba lupakan ttg dia yg menerbitkan kemarahan..
alhamdulillah... rasa seronok lak g kelas smlm.. dgn telatah pensyarah, kengkawan dan kucing yang sama sibuk menunjuk perangai dlm kelas.. haha.. ceria sungguh..
sblm balik kak lin ingatkan ttg projek..
'dah siap ke?'
'tak buat lagi..'
'sempat ke??'
'insyaallah... kena stayback kat opislah weekend ni utk bt sistem'
'3hb ni nak kena hntr laporan yg dah siap kat shahanim..'
'erk.. ye ke..hmm.. saya cuba siapkan..akak dah siap ke?'
'tak lagi juga.. ' tp kak lin dah siap sistemnya..
'thanks akak.. ' :) senyum terpaksa bila tringat projek akhir tak buat lagi.. huu..

abis kelas bersedia utk pulang ke rumah.. teringat mak dan ayah yg dah ada kat rumah (maaf ye mak tak sempat nak call)..
terbayang daging ayam yg alang beli smlm dlm peti ais..
'sapa beli ayam?'
'orglaa..'
'oo.. napa?..'
'kan mak balik esok..'
'oo.. nak suh mak masak ye? hehe.. best..'
dan sepanjang perjalanan balik terbayang ayam yg belum masak tu bertukar jadi ayam masak pedas.. huhu.. terliur...
sampai rumah disambut gelagat si kenit sufiah. asyik dia bermain, berkejar2 dlm rumah sambil makan di suap ibu tersayang. si kenit ni penawar duka me.. walau hanya anak sedara.. hehe..
'angah nak mkn ikan ada separuh dlm pinggan along..'
'ada daging kijang masak cili kat dapur..'
'erm.. ayam??'
'mana ada ayam.. esoklah mak masak..'
erm.. sedikit kecewa.. tp tak nak kecewakan mak me pergi dapur amik nasi dan lauk daging kijang panggang.
'ajib hantar daging kijang ni. siap salai. sajer nak kasi rasa.. susah nak dpt daging kijang ni..'
me senyum dan terus makan..
'erm.. mcm masin je..'
'aik.. org lain mkn tak masin..??'
erk.. terkedu.. me rasa lagi.. ye laa.. masin.. dan ada rasa tak berapa sedap. mungkin sbb dah salai so dah hilang manis daging. tp me gagahkan juga mkn sampai habis.. kami adik beradik mmg kalau makanan pelik2 ni amat pelik jugalah nak abiskan.. haha.. apapun.. terima kasih to ajib yg ingat kat kitorang kat sini.. semoga dimurahkan rezeki ko dan dipermudahkan segala urusan ko.. aminn...
lps along balik mak cerita ayah marah jim. sbb jim keluarkan duit dlm buku asb dia. ayah suruh dia buat list kemana pergi duit tu.. dan ayah suruh dia selesaikan satu hutang tertunggak - rm75 utk bil telefon rumah kat keramat ni. dan smlm... me dpt rm75 dr ayah utk byr duit tipon tu.. alhamdulillah.. rezeki org tgh tak cukup duit tgh2 bln ni. hehe..
lepas solat isyak me rasa mata dah tak boleh nak buka.. ngantuk sgt.. dan me tertidur tanpa tutup lampu.. jaga semula dlm pukul 2 stgh utk tutup lampu dan tidur..

hari ini..
me bangun awal.. sbb mak solat subuh dlm bilik me. tp terjaga tak membolehkan bdn utk terus bgn. huu.. rasa nak tidoo... 6 suku ada mesej masuk.. dr cik abg suruh bgn subuh. hmm.. :) hehe.. senyum tgk msg dan sambung tdo.. terjaga lagi sbb ayah pula masuk solat.. kepala still berat dan sambung semula tdo sampai ayah keluar bilik. baru me bgn solat, gosok baju mandi dan bersiap utk ke tempat kerja.

masa tgh bersiap mak tanya me naik lrt kat mana..
'jelatik'
'ayah hantar'
me senyum dan berkata 'ok' dlm hati.. tgk kat luar ayah dah siap tunggu utk keluar rumah
'nak ayah hntr ke?'
'ehh.. ye laa.. td kata nak hntr.. org sajer2lah lelambat kuar rumah ni..'
ayah gelak.. me salam dan cium tgn mak.. cium pipi mak kiri kanan..
'pergi dulu mak.. assalammualaikum..'
'mak masak kari ye ayam tu..'
'ye.. terima kasih..' me dapat rasa mak senyum walau me tak nampak..
'mak balik hari ni..'
'ye ok :)'

sampai di jelatik.. salam dan cium tangan ayah.. rasa nak cium pipi gak tp tak boleh sbb dlm kete. nnt org kat kereta belakang marah. haha. + ayah penggeli orgnya.. :D

hari ni rasa relaks.. nak senyum je... hehe..

mlm ni ada kelas lagi..

Thursday, May 18, 2006

halal & haram..(penjelasan saintifik)

marah

hari ni perasaan marah semakin membuak2. huh!
dtg opis pg td dah ikhlas.. dah tak der rasa marah.. dah reda sikit.. tapi kat oips...
dpt cerita yg mmg me nak tau.. tp tak sangka cerita tu mengundang kemarahan yg teramat sangat..
dan me kongsi kemarahan dgn beberapa org yg rapat dan faham..
dan me luahkan semuanya pada org2 tertentu..
dan terima kasih sahabat yang membantu memadamkan api kebakaran..
yg sudah pasti di kawal rapi oleh cik abg polis. hehe

smlm dan hari ni kata2 me agak kasar.. me bkn jenis yg bermulut celupar.. bkn yg suka sebut benda2 tak elok.. bkn jenis yg suka sumpah seranah org.. tp sbb perangai satu makhluk kayu dan parasit ni membuatkan me menyumpah seranah. huh. hampeh! mangkuk! bangang! semua keluar.

smlm borak ngan yati pasal 'kawan' dia.. suara org kecewa.. dan me fire je kat dia.
'ko sepak je org2 mcm tu. mmg tak boleh harap. mangkuk ayun.'
yati terdiam..
'erk..'
'erm.. sorry.. i teremosi lak.. tgh marah kat org ni.. tu yg terkeluar lak ayat2 pedas. tp betul apa!'
'ehh anim.. tak per.. sat nak kuatkan speaker radio. nak join gak. hehe'
'haha.. sepak je bdk tu. nyusahkan org je'
'bleh ar.. awk tolong sepakkan utk kita bleh.. bla bla bla..'
huh. kesian yati... sabar ye.. insyaallah sampai masa nnt kebahagiaan tu milik kita.. chewahh...

in my mind was him... hehe.. dia muncul utk kawal api kemarahan tu.. awk.. maafkan saya.. huu...


complicated!

***

dalam keadaan me hari ni.. me terjumpa makna ayat quran yg menyentuh hati (mungkin berkaitan dgn apa yg berlaku.. bagi me..)
surah al-Zalzalah ayat 6-8:
[6] Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka.
[7] Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
[8] Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

Wednesday, May 17, 2006

citer semalam..

salam..

smlm me balik umah dah mlm. tak igt pukul brapa sampai (tp sempat tgk MyTeam. hehe). kenapa balik lewat mlm? sbb kononnya nak siapkan assignment kat opis. hmm.. tp tak bleh nak bt pun. erm.. me balik lps solat maghrib kot.. lps borak ngan nana kat tipon... (nana tq..)

apa citer?? huu..
citer smlm laa.. smlm me dpt 2 kad jmputan kawen. satu dpt pagi masa nak g keje. dr mas jiran kat umah. kenduri dia 10 jun kat kuantan pahang. satu lagi dr kwn opis - pyan - 28 mei ni kat damansara damai (umah pompuan). bln ni me dpt byk gakla kad jemputan. first dr sorg akak yg me br kenal (org TM gak). jmpt utk kenduri anak dia kat area wangsa maju/gombak (me tak ingat). kenduri tu 28 mei ni juga. dr head me pun kenduri anak dia kat bt caves - 3 jun ni. dr user kat bt pahat, 3 jun jg. dr kawan sekolah kat keramat - 3 jun jg. me pergi ke semua kenduri ni?? hmm.. tak taulaa... mungkin ada yg g dan ada yg tak.. hmm.. yg dekat tu pergilah kot insyaallah (keramat dan w/maju).. yg lelain tu.. tak dapatlah gamaknyer.. sorryy... apapun me doakan kebaikkan dan kesejahteraan utk semua.. tahniah atas rezeki dan kurniaan yg Allah berikan.. semoga ia akan mengubah kehidupan kengkawan sumer kepada yg lebih baik.. aminn...

satu yg menarik smlm masa me balik uamh... tgk alang tgh dok siapkan baju kat kerusi pjg. rilek je duduk situ.. me perasan ada byk brg kat sblh dia. mcm hadiah.. mmg menarik.. me g tgk dan tanya.. 'apa ni?? saper punya ni?? hr ni brapa hr bln? apsal ko dpt byk hadiah ni??' alang senyum je.. 'i kan cikgu'.. huu br tringat.. smlm hari guru.. so 'SELAMAT HARI GURU' buat ALANG dan semua guru2 di Malaysia :) byk hadiah dia dpt. ada kad (handmade - kretif betul bebudak ni), cawan, frame, kain, dll. alang kata mmg dia terharu sbb baru 10 hari dia ngajar dah dpt byk hadiah. nmpk nilai 'menghargai' pd anak2 murid dia. dan yg tak disangka tu plak majoriti yg kasi hadiah adalah bebudak yg nakal2 dlm kelas dan selalu kena marah. seronok lak dgr alang citer pasal semalam. -smile-

me dah dpt slip periksa.. ujung bln ni me priksa. mmg terkejutla bila dpt slip tu. sbbnya.. me igtkan me priksa awal jun. huu.. ada dua paper je. etika (25/5/06) hari khamis dpn (kat kckl) dan koko hari ahad tu - 28/5/06 (kat bangi). ni pun salah satu faktor tak bleh nak g kenduri org. me tgh priksa. waktu peperiksaan pukul 8 mlm. tp biasalah.. me kalo priksa mlm siangnya kena penuhkan dgn tido. hehe. insyaallah utk dua paper ni me akan cuba yg terbaik. doakan me. tq and aminn...

3 jun kena hntr report projek. 10 jun kena present projek. skrg tgh bz giler dgn projek. tersekat gak la. rasa tak bernafas. huh. nasib ada yus tolong sesikit kasi advice. hmm.. tq yus..

nak ckp psl lagu biarlah rahsia plak.. hmm.. awal2 lagu ni kuar me tak suka. :D tak sedap. tp tu lah dia lagu ct. kena dgr 2, 3 kali baru suka. dan skrg me rasa me suka sgt lagu tu. makna tersirat?? ada ke?? ada kot sket.. :) hari tu ada org tanya napa me tak nak kenalkan 'dia' pd awam.. ehh?? me tak kenalkan ke?? kengkawan blog dah tau kan.. cuma tak tgk gambar je lagi.. cumanya kat opis je yg tak tau. tak perlulah rasanya nak diwarwarkan.. biarlah rahsia.. tau2 je nnt dpt kad.. huhu.. (rindu sgt kat dia.. muahahaha.. jgn marah..)

okes..
biarlah rahsia..

Tuesday, May 16, 2006

Biarlah Rahsia...

Siti Nurhaliza
Tajuk: Biarlah rahsia
Album: Transkripsi
Komposer: Melly Goeslow
Lirik: Siti Nurhaliza

Pernahkah kau bermimpi seketika
berada di tempat ku
membayangkan pahit manis berlaku
tiada siapa yang tahu
mungkin nanti kau jua merasakan
berdepan dengan kata menyesatkan
tak kan tugumu kebal
tiada pertimbangan
**
keheningan malam membalutkan
kepayahan jiwa meluahkan
andai kau jujur memahami
tiadaku menjauhi
***
dan kisahku yang masih panjang
menambahkan berat yang memandang
lantasku pendam ku putuskan
biarlah rahsia
semakin aku hitung dalam cinta
tiada kuasa mampu menghalangnya
hentikan kata-kata bertulangkan dusta
**
keheningan malam membalutkan
kepayahan jiwa meluahkan
andai kau jujur memahami
tiada ku menjauhi
***
dan kisahku yang masih panjang
menambahkan berat yang memandang
lantas ku pendam ku putuskan
biarlah rahsia
oooooo
***
dan kisah ku yang masih panjang
menambahkan berat yang memandang
lantas ku pendam ku putuskan
biarlah rahsia
pernahkah kau bermimpi seketika
berada di tempatku...

*****

Boleh dload lagu tu dari sini
http://rapidshare.de/files/16314095/Siti_Nurhaliza_-_Biarlah_Rahsia.wmv.html
courtesy of: biarlahrahsia
Posted at 06:05 pm by Aan Andes

Wednesday, May 10, 2006

lamanyaa tak update..

salam..

lama rasanya me tak update blogkan.. cerita tu byk. tp kesempatan nak menaip tak der. huhu ayat mcm org bz jek.. nak buat cam na.. itulah kenyataannya..

bz apa ek? first psl kerjalaa.. skrg tgh dlm proses transfer knowledge. dr SA kpd me dan dr me kpd Programmer. 2nd sbb projek. huu.. nak buat projek tp tak siap lagi. documentlah sistemlaa.. ish.. pening..pening..

cuti lak balik sepang. lama gak laa.. hmm.. sampai kat sana jwbnya tak buat apa2lah.

td call mak sbb nak ucapkan 'slmt hari ibu', mak tanya cuti panjang ni cam na?? hmm bunyik2 tu mcm suh balik sepang je. tp terpaksa terus terang kali ni me tak boleh balik sepang. bkn apa, bila dah ada kat sana jwbnya mmg tak bleh nak buat assignment. hmm... minta maaf ye mak.

adoilaa... tension niee..

ahad hr tu kak lin msg kata lecturer nak tgk demo selasa tu. fuhh terkejut gaban sbb tak buat apa pun lagi. alahaii.. tgh pening..

tulis dlm ni pun dah carca marba. byk isu. byk nak citer..

smlm ada kelas. me tunjuk document yg me smpt siap je - bab 2. so dia suh siapkan bab 3 dan 4. next week kena hantar. pas tu buat sistem. demo kat dia sblm present. tarikh present tu diorg dah lewatkan seminggu. alhamdulillah.. tp still pusinglaa.. huu.. kecut weih.. ya allah bantulaa hambamu ini.. huu.. tolong!! cam na nak mula ni.. huu - padan muka.. sapa suh lengah2.. :p. ayark!! sape yg ngejek tu?? ish.. :(

balik dr kelas me ronda kl. ehh.. kl ke?? ampang je kot?? me naik bas. skrg rapid buat sistem bas baru. tak taula nak kata nyusahkan ke senangkan ke. fare kot. dr chow kit skrg rapid dah tak sediakan bas utk terus ke rumah me. so dah tak der bas 237 ke 255 ke 256 ke. yg ada 'titiwangsa - klcc', titiwangsa - medan pasar' dll.. erm.. bas2 ni ada nombor tp me tak ingat no dia. hehehe

so mlm td me naik bas ke klcc. sbb dr klcc ada bas ke rumah me. kiranya dua kali bas la. bleh naik metro no 16 utk terus ke rumah, tp mlm td sajer me nak jln2.. lama tak jejalan.. asyik naik lrt je. gelap dunia. dan mmg ye pun. me rasa mlm td terbuka mata. haha. mcm rusa msuk kg je me dlm bas. dah tu ronda lak. chow kit - ampang park - klcc - angkasaraya - saloma bistro - klcc - ampang park - semarak - damai - dato keramat - jelatik - sampailah dpn umah.. +- 30 minit dlm bas or 1 jam. lupa lak nak set jam. tp me rasa seronok sbb tak la malap je dunia. ye la asyik naik lrt lalu dlm terowong. mana nak nmpk apa kan. tu lah citernya..

pagi tadi lak me dok dlm jem selama 1 jam kat jelatik. sbbnya.. ada bas rosak. huu.. tension!! so smpai kat opis pukul 9 suku. haha. best! huu tension!!!

k lah. malaslaa nak naip lagi.
bye..

.::.SeLaMaT HaRi IbU.::.

"Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada kedua orang ibu bapaknya,Ibunya telah mengandungnya Dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, ...." (QS Luqman : 14)


.::.SeLaMaT HaRi IbU.::.
(warna purple dilambangkan sbg warna keibuan..wallahu'alam..)
terutamanya buat bonda tersayang.. Pn Zubaidah.. yang telah mengandungkan, membesarkan, menjaga dll anakandamu ini dgn penuh kesabaran dan tanggungjawab.. sesungguhnya pengorbanan, budi dan jasa bonda tidak ternilai... walau bonda jauh di mata, tetapi tetap dekat di hati ini.. 'mak.. rindunya...sayang sangat..' (insyaallah 18 Mei ni mak ayah dtg KL. long, mai lah ke umah. cam biasa.. tidoq ngan sufi. hehe)

ucapan selamat ni utk along dan reena (adik ipar) juga yang dah setahun lebih menjadi ibu kepada Siti Rohayatul Sufian dan Mohd Ayub Safwan... congratulation.. sesungguhnya kalian adalah hamba-Nya yang terpilih utk menjaga amanah yang tak ternilai dari-Nya..

buat dilla yang baru sgt menjadi ibu kepada Armada Mohd Xabir (betul tak ejaan?).. congratulation juga dari anim :-) tumpang gembira bila ada kawan2 yang dah jadi ibu (dan bapa).

buat ummimuiz dan ummiumar :)
buat isteri wan (my opismate) yg baru jadi ibu awal bln hari tu..
buat kak ayu & kak ina (kakak ipar ika) yg baru gak jadi ibu..
buat ika dan aireen yg bakal jadi ibu...
buat akak PB, Acuk, wife CD, dll yg tak terlarat nak taip...
buat akak-akak kat opis ni...

buat semua ibu-ibu di dunia..


Selamat Hari Ibu Sedunia
10 Mei 2006
nisnim
kl

Wednesday, May 03, 2006

spec baru

salam..

smlm lps opis dlm ptg2 ke mlm gitu me and alang g omar optometries kat giant permata. mata me dah rasa penat sangat. kepala pun dah berat je. so me suspect yg power me naik or turun.

dr omar check katanya power mata me 2 step turun. acctually sama mcm last me checkup on 2002 tp masa tu tak di advice utk tukar spec. so my spec now sebenarnya dah berumur hampir 5 tahun. huu.. dah penat mata ni dah..

so power mata skrg kanan 300 (b4 is 350) dan kiri 525 (b4 is 575). estic pun turun gak. byknyer power belah kiri yek. so smlm pilih bingkai cermin mata baru - hehe.. sajer nak new look. muahahaha. sooo... upiee mak ngah ada cermin mata baruuu. hehe. insyaallah khamis ni leh ar g amik mata baruku.

tp doc kata, sakit kepala tu maybe ada sbb lain gak. stress or tgk dekat dll. me kena buat exercise mata utk bantu mata supaya tak letih.

napa buat cermin mata kat omar?? ntah.. sejak me pakai spec (masa darjah 3) sampailah skrg bila buat spec baru mmg kat omar or kat anuar optometries.

k ya. sakit dah mata ni. penat. nak g lunch dulu..

salam..

Tuesday, May 02, 2006

:(

16/1/06 - first time meet in 2006
30/1/2006 - 2nd time meet in 2006
31/1/06 - first time outstation in 2006 (Batu Pahat) - a month
3/4/06 - 2nd time outstation in 2006 (2 weeks) - seremban
1/5/06 - 3rd time outstation in 2006 - a month

hmm... what to say? :(