Monday, August 28, 2006

program homestay

salam kembali..

lamanya rasa tak menulis.. (erk.. ayat ni mesti kuar tiap kali post entry kan? ) hehe..

oklaa.. sempena lama tak menulis me nak update sket xtvt me last week.. last week yg bz. haha. me ada pgm homestay ngan anak2 yatim kat tjg karang selama 3 hari dari 24-26 ogos hari tu. so khamis and jumaat tu amik cuti. dan b4 bercuti kenalah siapkan apa2 yg patut + sampaikan pesanan ttg keje pd org2 tertentu. tujuannya supaya walaupun bercuti tp kerja still jalan.. thanks to my pren (wey and shakir) yg tolong backup me masa me tak der kat opis.

utk pgm homestay ni me ala2 pengarah pgm lah. diberi tanggungjawab oleh NYDP II BAKIT. sepatutnya pgm ni kami buat masa cuti sekolah bln 6 hari tu. sepanjang me keje.. dan sepanjang join BAKIT, ni adalah 1st xtvt yg me kena conduct dan arrangekan sampai abis. huh. dah abis ke pgm? nmpk cam dah abis.. tp belum lagi.. report tak buat lagi, budget tak hntr kat bendahari lagi, sijil bebudak tak siap lagi, gambar tak upload lagi.. maybe and insyaallah semuanya akan siap by this week.

alhamdulillah tanggung jawab ni me dpt jalankan sebaiknya. di bantu oleh ajk lain iaitu kak aida, umamah, kak jem, tn hj abu hassan, en lazim dan NYDP sendiri. selain tu consultant kami mmg byk membantu lah. thanks to all.. kalo tak kerana mereka tak berjaya pgm ni.. alhamdulillah.. mungkin kerna niat ikhlas pihak bakit, ajk dan imen consultant juga membuatkan pgm ni berjaya..

hehe.. nak citer sket pasal pgm... skrg ni still lenguh2 badan lagi. hahah. mana tak nya.. sakan berkayak. heh. actually 2 hr sblm pgm tu me demam. ramai yg tertanya2 bleh ke me handle + bleh ke me g ikut pgm tu. me yakin bleh. tapi last minit juga cam biasalah ada rasa 50-50 nak join da pgm. mmg tawakal abis. nak bt benda baik ni ujian kuat sungguh. sabo je laa.. last.. khamis tu alhamdulillah me sihat.. allah izinkan me join pgm ni. me bgn subuh pagi tu, mkn ubat dan tido balik. bgn alhamdulillah sihat sgt.. siap2 ke opis kol 11.30 me sampai opis.

nak djadikan citer, kunci locker plak tertinggal kat umah. cuak gak la. perjalanan pergi balik ke rumah naik lrt adalah 1 jam. me call alang minta tolong dia tunggu me kat lrt untuk kasi kunci tu. ada barang yg nak di bawa dlm locker tu. sbb tu me perlukan kunci tu. kak noris berbesar hati nak tolong packingkan kuih utk bdk2 tu. mmg terkejar2. sbb sesi taklimat akan mula pukul 1 pm.

12.30pm me dah sampai semula kat opis. nasib sempat. masa tu anak2 yatim dari asrama baitul ummah dah sampai. kak aida g jemput diorg naik 2 van TM. dlm masa sama sorg2 anak2 yatim dan anak2 TM datang. bila hampir semua dah ada kami naik ke tkt 18 utk sesi taklimat kepada ibubapa / penjaga bebudak tu. sambutan menggalakkan. semuanya tak pernah renggang dgn anak2. mmg risau. sbb tu kena bt sesi taklimat utk mereka.

hmm.. tgk muka bdk2 tu semua lemau. haha. adalah sorg dua yg nmpk xcited. tp kalo dah yg lain nmpk lemau.. lemaulah jadiknya. ada yg dah dpt kwn baru.. seronok tgk muka2 yg mula ceria bila dah dpt geng. hehe..

perjalanan ke tjg karang 2 jam lebih. penat giler. nasib baik kami bekalkan kuih utk bdk2 tu. sian.. masing2 tak lunch lagi.. terasa kejam plak tak suruh diorg lunch dulu.. huu... sampai kat kg ampangan tu masing2 lembik. tp segar bila sambutan dr org kg amat menggalakkan. mana tak nya.. di sambut mcm rombiongan pengantin.. ada bunga manggar.. ada paluan kompang.. ada silat lagi.. sblm sesi penyerahan keluarga angkat kami dijamu dgn minum petang. (bdk2 tu masih malu2 nak makan.. penat kena paksa makan..)

lepas menjamah kuih2 sesi penyerahan kepada keluarga angkat. semua peserta ditempatkan bersama keluarga angkat masing2. ada yg berdua, bertiga dan berlima. tp tak campur peserta lelaki dan perempuan. maklumlaa semua dah besar2.. peserta adalah dr pelajar2 sekolah menengah. lepas je sesi penyerahan masing2 dibawa ke rumah keluarga angkat utk berehat dan bersiap utk xtvt mlm.

mlm pertama ada ceramah motivasi. sepatutnya ada mkn nasi ambang.. tp tak jd plak. tp diganti dgn xtvt 'nightwalk'. hehe.. jln mlm2 keliling kampung dlm kebun. xtvt ni mula jam 12am - 4am. tp me separuh jln je.. sbb ada masalah yg tak dpt dielakkan.. huu.. lemah semangat laa.. sian me.. :( frustlah juga tp apakan daya.. tak dpt nak teruskan...

esoknya pagi2 lagi dah kena berkumpul. dlm kol 8.30am ada xtvt masuk kebun plak. lawat kwsn pertanian plak. pgm tmt sekitar tgh hari. seronok. memula g kebun sayur, pastu tgk kebun timun dan jagung, sawah padi dan kebun kelapa sawit. masa nak ke sawah padi kami diperkenalkan dgn 'palong'. hehe.. kena panjat atas palong tu. gayat gak la. takut jatuh dlm air. mmg mcm citer fear factor. tp mmg seronok sbb dpt tgk pemandangan sawah padi yg cantik. + seronok tgk peserta semua seronok. masa ni dah nmpk diorg dah mula rasa enjoy dgn pgm.

lepas lawat kwsn pertanian masing2 balik sbb hari jumaat. peserta lelaki kena g solat jumaat.. xtvt petang plak sesi pertanian juga. ajar kat bebudak tu mcm mana nak tanam pokok. lps tu ada sukaneka. mlm ada sesi kraftangan dan kompang. disambung dgn sesi kerohanian.

esoknya sesi paling best. kayak. me first time main kayak ni. seronok giler ek. tp tak pandai. kayak tak nak tegak. asyik melencong ke kanan dan kiri je. penat weih. tp mmg seronok sgt. kami berkayak di terusan utama yg terdapat di kg tersebut.

kol 2.30pm masing2 dah berkumpul utk sesi penutup. ada yg tak nak balik. haha. mana nak puas. dia kena dok kat situ seminggu br ada rasa nak balik kot. hehe. ada sorg peserta sambut birthday hari tu. so kami ramai2 ucap selamat pd dia. saper ek nama dia.. syafikah kot.. seronok dia...

dr tjg karang kol 6pm.. so dlm kol 8pm br sampai opis. letih tahap gaban. tak terlarat. tp alhamdulillah masih mampu solat maghrib.. sebenarnya me risau.. risau dgn feedback dr ibubapa peserta.. risau kalau ada yg tak best gitu.. tp sbb letih sgt, sampai umah lps mndi dan tgk tv sat me terlena.. sampailah esok subuh..

***

kat kg tu hari2 makan.. erk.. silap ayat.. kat kg tu mkn byk rasanya.. sarapan, mkn tgh hari, mkn mlm semua berat2.. me risau kalau ebrat naik. maklumlaa me tak bwk ubat pun. so sampai umah terus timbang. alhamdulillah berat tak naik. hhehe. me tau napa org kg mkn byk tp berat tak naik (terutama lelaki)... sbbnya.. diorg mkn.. diorg sarapan.. lps tu diorg bt kerja kampung. kerja kampung sumer berat2.. g kebun sayur ke.. sawah padi ke.. tangkap ikan ke.. tgh hari balik lapar.. makan berat lagi.. petang plak bt kerja kampung lagi.. or g ronda kampung.. so.. diorg mkn berat mcm mana sekali pun mmg tak effect. lainla kalo kat bandar.. hehe.. terutama org kerja pejabat. mkn berat pagi2.. tgh hari mkn berat lagi.. mlm pun lagi.. alamatnya seminggu kembanglaa. tak berpeluh.. tak guna tenaga.. just penat otak je dok pk nak bt apa.. itu pasallah me kembang juga kot kalo mkn berat je. muahahaha..

kat sana lepas subuh me tak bleh nak sambung tdo.. baring2 je boleh.. tido siang pun tak bleh.. tak nak lelap.. tp mlm lena alhamdulillah.. sblm ni me jenis yg senang terjaga mlm. kol 3am mesti terjaga. kalo tido balik tiap satu jam sure terjaga. tp balik dr pgm tu tak plak. mungkin sbb penat. hmm... tgklah 2, 3 hari ni nnt cam na..

sepanjang kat sana.. me rasa mcm me balik kg. almaklumlah kg me sebelah je. kat kuala selangor. hehe.. mmg lalu la on da way tu. mmg me teringat kat kg.. dok ngan family angkat tringat kat mak ayah. masakan dia mmg sama ngan cara mak masak. pak cik salamat plak caranya serba sikit mcm ayah. mmg rindu.. rindu kat keluarga dan kampung.. (long.. nnt kita balik jeram eh.. rindu kat umah mak..)..

huu.. panjang lebar.. laparlaa menaip.. report utk bakit me tak bt lagi.. hikhik.. gambar??? ada.. esok br nak upload. ada 294 keping gambar utk 3 hari. tu pun pgm last tak dpt nak shoot.. sayang sungguh... kalo bwk laptop bleh terus upload dlm pc.. tp tak per laa.. camera lain ada..

okeylah.. nnt bila dah upload gambo me ltk kat sini..

salam ceria..

sayangi keluarga anda..

nis comei..

note: rasa cam gelap sket muka kena panas.. rasa badan ringan sket.. hehe..

nnt me letak alamat kg tu kat sini. saper2 nak bt pgm homestay utk opis masing2 bleh ar...

Monday, August 21, 2006

Resdung tiada kaitan `ulat'

biasa dengar pasal resedungkan.. tp tau ke resedung tu apa? mcm mana jadi? simptom2 dia? me selalu dpt email psl resdung tp tak sempat nak post kat dlm blog. tp yg kali ni nyer me postkan kat sini sbb simptom2 tu mmg tgh rasa skrg. me highlighkan dgn warna merah..

hari tu (last wed) me g klinik sbb rasa gatal2 kat muka. simptom2 resdung mcm kat bwh ni adalaa.. borak2laa ngan doc. mcm doc2 sblm ni kata resdung tu mmg berkait ngan asma & allergie (ekzema) + kelumumur. apa yg penting kebersihan diri kena jaga. + kalau dah tau allergie apa2 benda tu cuba elakkan.. hehe...

smlm me ikut mak, along and alang g pasar keramat. mak nak beli barang basah & brg nak buat karipap (nak bt jual). me dah ckp awl2 tak nak masuk pasar basah tpt ikan. fobia sket. hehe. tringat masa masuk pasar chow kit laa ni. tak tahan busuk ar. rasa nak muntah. so smlm asalnya bila dah beli brg karipap me balik ke kete. tp sbb kitorang belum nak balik so alang ajak masuk pasar. terpaksa jugalah masuk pasar basar. yg ok nya, tahap kebusukan tu tak la seperti pasar chow kit. so me kononnya ok and steady. kesannya bila me dah sampai rumah. terasa muka gatal2. rasa mcm bengkak sblh muka. mata pun gatal badan lesu. adoiilaa... puas pk mmg tak der mkn benda2 gatal.. last br tringat.. me g pasar.. dan mmg berdiri dpn benda2 basah cam ikan ngan udang (terutamanya). me allergie ngan hama. so maybe hama dari udang2 ke apa ke kat situ yg bt muka me gatal sgt. sakit weh... so lps ni mmg terpaksa elak masuk pasar basah lagi.. huu.. sian me..

okes kegkawan.. slmt membaca info kat bwh ni.

salam..

****
-----Original Message-----
From: Info [
mailto:infokesihatan@yahoogroups.com]
Sent: Tuesday, August 15, 2006 10:34 AM
To: me
Subject: Resdung tiada kaitan `ulat'


Resdung tiada kaitan `ulat'
http://www.maynetwork.net

DALAM satu bilik kecil, seorang pengamal perubatan tradisional mengasapkan wajah seorang pesakit kononnya bagi mengubati pesakit resdung.

"Sekejap lagi kamu akan lihat ulat kecil keluar daripada muka kamu dan itulah ulat yang menyebabkan kamu menghadapi resdung," demikian kata bomoh berkenaan bagi meyakinkan pesakit.

Bagaimanapun, beberapa ketika kemudian, kenyataan bomoh berkenaan benar-benar terjadi. Dari muka pesakit, kelihatan timbul ulat kecil menyerupai hampas kelapa yang dikatakan punca penyakit resdung.

Resdung mungkin menjadi antara penyakit yang popular di negara ini lantaran kaedah rawatannya tidak saja tertumpu di hospital atau pusat perubatan tetapi turut memenuhi kaki lima dan pasar.

Ramai mendakwa mampu mengubati penyakit itu malah menggunakan pelbagai kaedah rawatan yang menghasilkan pelbagai `punca' penyakit itu daripada lendir sehinggalah ulat seumpama hampas kelapa yang keluar daripada pipi pesakit. Tidak ketinggalan juga laporan mengatakan bahawa kaedah digunakan hanyalah penipuan.

Mendengar penerangan Perunding Pembedahan Telinga, Hidung dan Tekak Pusat Perubatan Darul Ehsan (Demc), Dr Abd Razak Rahman Hamzah, mungkin menyebabkan pesakit lebih berhati-hati dan memikirkan kembali kesahihan kaedah rawatan yang digunakan.

Dr Abd Razak berkata, tiada kaitan antara ulat yang terhasil di bahagian muka dengan penyakit resdung atau disebut `sinusitis' dalam istilah perubatan malah penyakit itu juga tidak memberi kesan terhadap kulit seperti berlakunya jerawat.

Beliau berkata, ini disebabkan sinusitis adalah masalah kesihatan yang berlaku pada rongga sinus yang terletak di tengkorak manakala jerawat adalah masalah kesihatan membabitkan kulit.
Sinus adalah rongga yang dipenuhi udara atau kaviti yang terletak di antara tulang muka yang mengelilingi hidung. Ia dibahagikan kepada empat bahagian iaitu Frontal, Sphenoidal, Ethmoid dan Maxillary.

"Apabila membran mukos mendapat jangkitan daripada bakteria, virus atau kulat, ia menjadi bengkak seterusnya menghalang pengaliran mukos atau lendir daripada sinus ke dalam hidung dan tekak yang akhirnya mengakibatkan tekanan dan keradangan dalam rongga sinus,"
katanya.

Apabila seseorang mengalami alahan, lapisan yang bertindak sebagai penapis udara di dalam hidung akan membengkak dan menyebabkan pergerakan udara serta pengeluaran cecair tidak berlaku secara normal.

Rongga sinus yang tersumbat berisiko mendatangkan masalah kesihatan kerana bakteria dan kulat mudah membiak di dalamnya serta menghasilkan nanah. Jika jangkitan dibiarkan berlarutan, nanah boleh merebak ke mata sehingga mengakibatkan buta selain merebak ke otak.

"Sehubungan itu, seseorang yang menghidapi selesema tetapi tidak sembuh selepas seminggu, mereka mungkin menghidap sinusitis dan perlu mendapatkan rawatan segera.

"Rawatan awal iaitu kurang empat minggu, mungkin boleh diubati menggunakan ubat dan antibiotik tetapi jika kronik atau berlarutan melebihi lapan minggu, ia memerlukan pembedahan," katanya.

Untuk mengesan penyakit resdung, kaedah endoskopi digunakan iaitu tiub kecil dan sumber cahaya dimasukkan ke dalam lubang hidung sehingga ke rongga sinus. Ia membolehkan pemeriksaan lebih teliti dijalankan bagi mengetahui apa sebenarnya di dalam rongga sehingga membawa kepada gejala penyakit itu.

Jika mukos di dalam ruang sinus sudah menjadi pekat, tiub akan dimasukkan untuk mencuci dan menyedutnya keluar. Pada peringkat yang lebih serius, pembedahan kecil terpaksa dilakukan bagi memperbetulkan semula tulang yang bengkok serta membuang ketumbuhan.

Dr Abd Razak berkata, 80 peratus daripada penghidap asma berpotensi menghidap sinusitis dan bagi penghidap penyakit itu, walaupun sudah pulih sama ada menerusi pengambilan antibiotik atau pembedahan, mereka masih berisiko untuk mendapat kembali jangkitan pada masa akan datang, bergantung kepada tahap imunisasi badan masing-masing.

Sinusitis tidak berjangkit kepada orang lain melalui bersin serta tidak diwarisi daripada ayah atau ibu kepada anak. Bagaimanapun, masalah alahan atau asma boleh diwarisi secara genetik dan membawa kepada resdung apabila ia tidak dirawat dengan betul.

FAKTA

Simptom sinusitis

Rasa sakit di sekitar pipi dan bahagian atas gigi yang biasanya disebabkan jangkitan pada Maxillary sinus.

Sakit di bahagian dahi, di atas kening yang berkemungkinan disebabkan jangkitan dan keradangan di bahagian frontal sinus.

Sakit di bahagian belakang mata, di atas kepala yang disebabkan jangkitan pada bahagian Sphenoid sinus.

Sakit di sekitar atau belakang mata disebabkan jangkitan pada bahagian Ethmoid sinus.

Rasa sakit dan tekanan pada bahagian muka diikuti dengan keadaan hidung yang sentiasa berair adalah simptom paling utama bagi penyakit sinusitis.

Pening kepala.

Hidung tersumbat.

Banyak lendir dalam hidung dan tekak yang berwarna kuning pekat atau kehijauan.

Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang.

Demam atau rasa tidak sedap badan.

Berlaku gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya.

Kurang deria rasa atau bau.

Kelesuan.

http://www.maynetwork.net

Friday, August 18, 2006

Konvokesyen :-) (tahniah!!)


salam..

alhamdulillah... smlm 17/8/2006 me dan kengkawan seangkatan bersama2 menikmati kemeriahan majlis konvokesyen di UKM. Sidang kami sidang terakhir. yg best lg tu sederet kami kengkawan sekelas. asalnya pecah2 mana2 ntah masing2 dgn family. last sblm masuk dewan masa berbaris dpt kumpul sumer. best mmg best ar.

rasa semangat / xcited tu dr sehari sblm lagi. hehe.. bila tiba masa lagila rasa best. berdebar2 pun ada. rasa gumbira sangat. tp cam biasalaa.. pepagi hari tu baru me nak gosok baju. sidang tgh hari. dlm kol11.45 kami gerak dr keramat ke UKM. sampai kat saner dlm kol 12 lebih kot. dah ramai tu mmg lah. masing2 dgn family / group masing2. bergambarlah yg byknya. kot la tak smpt lak nak bergambar nnt. me pun sama. amik kesempatan bergambar sengsorg & ngan mak ayah. nak bergambar bertiga tak tau nak minta tolong saper amikkan (walaupun tgh ramai org tp still segan. hehe).. dok borak2 ngan mak ayah nmpk kak lin with hubby & family. pas tu nmpk mak ayah & hubby mastura. org lain mana ntah.

dlm kol 1.30 kami gerak ke dewan. me kena pintu B. tp gerak ke pintu A. jmpa reetha ngan tunang dia. cantik minah ni hari ni. hehe.. pas tu br me g pintu B. bila mak ayah dah masuk dewan me tinggal sorg2. tak kenal la diorg2 ni.. sedih kejap.. manalaa kengkawan ni.. pusing2 nmpk T ngan kak he.. masa ni lah bermula rasa seronok sbb dah jmpa kengkawan. pastu sorg2 dtg menjenguk dan masuk barisan (potong q).. hehe.. puasla borak2, bergambar bagai. bila diorg announce suh masuk dewan masing2 menggagau berbaris. tak semena2 me yg asalnya kat blkg terus ke dpn antara bebudak batch / kelas kitorang. sabo je la. cam na leh kedepan lak ni?? hehe.. biasalaa.. tolak menolak supaya tak jadi org first. huu.. me ok je.. coz tgh xcitedlaa.. haha..

majlis berjalan lancar.. toleh kiri kanan cari mak ayah. haa.. nmpk dah.. dok barisan ke dua. bila kena naik pentas berdebar2 semula. rasa gah. rasa bestnya pakai jubah konvo ni. naik pentas amik ijazah. hmm.. mungkin ada yg kata mcm ntah apa2 ntah. tak kesahlaa.. tp mmg tak tergambar betapa rasa gembira sgt. kot2 bleh nmpk sinar2 gumbira di wajah tiap kami. hehe.

abis je berkumpul kat luar utk bergambar. best gak. sayang tak dpt bergambar reramai dlm dewan. sbb masing2 cepat sgt kuar. kalo tak sure lagi best! tp tak per laa... (aiman tak kesah..) :-) bila dah abis sesi gambar2, salam2, wish tahniah, peluk2 masing2 bersurai ikut arah tuju masing2. me jmpa mak ayah kat tpt yg di janjikan.

sblm balik smpt bergambar bertiga. tp gambar tu tak cantik.. blur je... sayang tul.. tp tak per laa... dlm kete ayah ckp 'alhamdulillah.. dah selesai satu part..' sambil senyum2.
'lps ni bleh sambung master' sambung mak..
'master tu nenantilaa... ada benda lain yg lebih penting..' ayah balas balik. uhuk..uhuk.. me batuk kecik. pas tu gelak besar..
'insyaallah... tahun depan...'
'insyaallah..'balas keduanya sambil senyum..
me.. senyum meleret lagi.. :-) sambil msg dgn dia.. 'tahniah! nnt abg kasi hadiah' hehe.. best!!! best sbb dia wish laa.

Last but not least... tahniah buat semua kengkawan yg konvo sesamer.. Dilla, Mastura, Ayat, Edd, Dell, Reetha, T, Kak He, Kak Lin, Kak Z, Kak Ina, Fiza, Abg Isa, Abg Din, Abg Rahul, Abg Zaidi, Mahathir, Hazlee, Abg Yusairy, Safri, Emizan, Abg Man & Shamsul (kalo ada yg tertinggal nama inform me ek..). kpd yg lelain yg tak smpt grad skali insyaallah thn dpn turn korang lak. sabar eh... rezeki masing2... semuanya ada hikmah.. TAHNIAH SEMUA!!! will miss u all lps ni.. semoga kita tak terputus hubungan.. insyaallah...

note: green light dah ada.. proposal dah ada.. tunggu masa je.. muahaha.. berbunga2 lagi.. ;-)

Tuesday, August 15, 2006

cerita dari last week..sampai smlm...

salam..

lama tak update.. bkn tak der citer tp malas nak naip. :-)

10 Ogos hari tu ada raptai konvo kat UKM. me amik cuti sbb jubah pun tak amik lagi. so lps raptai tu g amik jubah ngan Dilla. Raptai mula kul 8.30am tp me sampai lewat 1 jam. sbbnya me kuar rumah sama mcm nak g keje.. so lewatlaa.. hmm.. masa sampai Dato tgh ckp. dgr je la. dpt gak tgk2 sket apa yg nak kena bt nnt. take note je la. jmpa ayat, edd, t, kak ina, emizan, abg isa and dilla je hari tu. lps amik jubah konon nak bergambar (mcm org lain), tp tak jadi. kitorang (me and dilla) g mkn kat mc d warta, jln2 dlm warta sampai penat lps tu me teman dilla g putrajaya dan balik ke rumah. kira2nya mcm g keje gak la sbb masa balik tu dah kul 5 pm. sakan jalan. hehe.

****

mak ayah skrg ada kat umah sini. ngan pak cik salleh dan anak dia skali. pak cik salleh ngan anak dia dtg dr sabah. anak dia sakit saraf. so kena operate kat sini (kat HKL). dah seminggu kot diorg kat sini.. 2, 3 hari pertama diorg kat kl masa me balik keje me perasan me kena selsema dan sakit tekak tiba2. pelik gak la. idung gatal2. simptom2 resdung. biasanya me kena cam tu kalo ada bau or termkn seafood je. tp sakit tekak tu pelik gak la... lps tu baru me perasan. me kena serangan tu kalo pak cik salleh ada je. + tu pun kalo dia merokok. sah! me alah dgn asap rokok dia. tp segan la nak kabo. me just ckp kat mak ayah. dan ayah kasitau kat pak cik. lps tu pak cik tak merokok lagi kat umah kalo me ada. dan hasilnya, me tak diserang selsema dan sakit tekak lagi. hehe :-)

****

sabtu baru ni mak ajak balik sepang. sajer melawat adik kat sana yg keseorangan. maklumlaa mak terasa lama akan dok kat kl. so kena kasi jim duit belanja dan pastikan ada benda utk dia dan kwn2 dia mkn kat sana. dr kl kol brapa ntah.. 10 kot.. sampai sana mak masak utk tgh hari. me buat kek coklat. best! petang lps asar balik kl semula. kitorang balik sepang 4 org. mak, alang, hani and me. cam biasalaa.. alang drive.

****

ahad tu g melawat anak pak cik salleh kat spital. dia masuk wad semula ahad pagi tu slps di beri cuti 2 hari. bdk ni baya alang kot. diam je.. tak byk cakap. ayahnya byk cakap. hehe. mungkin sbb risau kot sbb tu dia byk ckp. tiap org karektor dia lain2 kan. kadang di wajah sukar nak pamerkan rasa di hati tapi gerak laku tu menggambarkan semua.. smlm mak kata tak operate lagi sbb wad penuh. ada kes emergency (kalo tak silap ni citer smlm.. ke 2 hari lps.. lupa plak..)

****

smlm balik keje me kuar ngan along and family. buka puasa sesama kat melawati. best kedai dia. tp tomyam dia tak best sgt. adalaa rasa tp ada tpt lain yg lebih best! alhamdulillah... kenyang.. (thanks along coz blanje mkn). balik dr mkn tu igtnya nak balik umah terus. singgah umah along jap. pas tu on da way tu abg long tnya nak g tesco ampang ke tak. me tak minat ke tesco sebenarnya tp me ikut gak sbb saja nak tgk apa ada kat tesco. apa yg bestnya tesco ni sampai penuh je kete tiap ujung minggu. mcm gah sgt bunyinya tpt ni. kesimpulannya.. hmm.. lebih kurang carefour je.. so tak yah ar g jejauh.. sampai kol 10 mlm gak la kat sana. penat layan sufi bermain. huu..

****

skrg ni tgh bt preparation utk program homestay nextweek. dah nak dkt program rasa risau plak. takut kalo ada apa2 yg me tertinggal.. ya allah.. permudahkan urusan kami ini.. semoga segala yang di rancang berjalan dengan sebaiknya.. aminn... huu.. lama dah me tak g beraktiviti luar ni. program homestay ni nnt kat tjg karang selangor je. xtvt ngan org kmpung. peserta adalah anak2 TM dan anak2 yatim dr ting 1 - 5. agak2 ada tak yg kata me ni form 5. muahahaha. jgn marahh.. ;-)

****

citer lain tak der kot...
tu je dulu.. babai..
~COMEI~
mlm td ada rasa curiga sket.. entahlaa.. still terngiang2 apa kwn dia ckp.. :( dia kata kawan dia main2 sbb dia pun main2kan kawan dia bila kawan dia tu gayut.. ntah.. still rasa curiga.. i don't like this! tak suka ayat kawan dia tu.. huu... diamkan diri je laa...

Tuesday, August 08, 2006

selsema @ allergie lagi..


salam..

hari ni me kena selsema.. allergie / resdung kot.. idung ni gatal betul rasanya. tak selesa :( rasa menguit2 ni ada kat mata, sekitar idung dan sikit2 kat pipi & dahi.. aduhaii... makan apa ek smlm ni???

erm... smlm me puasa.. pagi mkn roti ngan telur je.. buka pise mkn keropok ngan kek.. apa yg gatal beno ni ek?? or... hama.. hmm... ye.. me kalau kena hama ni mmg gatal2 satu bdn terutama pd tpt3 sensitif yg mmg bertanda sbb allergie ni.. hmm.. tak pun sbb.. me mandi mlm.. or sbb.. tidur muka kena kipas.. huu... mmglaa kena abuk kot...

ntahlaa...
skrg tgh pening.. sbb selsema...

td mkn sarapan nasi dan sambal sardin.. bawa bekal. mlm td masak tak sempat nak mkn. so bwk bekal lah. tgh mkn akak kat sblh igtkan me yg hari ni ada jamuan pot luck. ada staff yg dpt vss baru ni. nasib baik jamuan tu waktu tgh hari kang.. tak per laa.. yg penting sarapan kena mkn gak :)

lps mkn td mkn pil allergie @ pil selsema. mungkin tu yg buat kepala ni rasa sakit dan ada rasa mcm sedikit bengang & ngantuk.. huu...

ni gambar si comel @ nakal siti rohayatul sufiah yg sedang tido di rumah neneknya di sepang.. mak ngah suka tgk sufi tido :)

Thursday, August 03, 2006

sabarlah hati 2...

"ukhwah itu bkn terletak pada pertemuan, bkn pd manisnya ucapan dibibir, tetapi pd ingatan seseorg terhadap saudaranya di dalam DOAnya.. Al-Ghazali"

smlm lunch kami lunch sama kat area bangsar. utk thn 2006, ni perjumpaan kali ke 2, or 3 kot. hehe. balik dari lunch dia tanya..
- bila konvo
+ bln ni.. 17/8
- hmm.. tak dptlah sy nak datang... (ada nada sedih..)
+ erk.. erm.. tu laa..
senyap..

me rasa terharu.. seingat me sekali je me kasitau dia me konvo bln ni --> sms. pas tu remind skali kat phone. just kata me konvo bln ni.. dan mmg me tak sebut tarikh.. dan me tak sebut juga ajak dia dtg konvo me..

mmg ada juga rasa nak dia ada time konvo nnt, cuma tak sanggup nak ckp kat dia yg dia kena ada time tu. ada sebabnya... sebab nak jaga hati sendiri supaya tak mengharap yg dia akan ada. kalau me ajak dia dtg dan dia kata dia tak bleh dtg sbb kerja sure me sedih... oleh sbb hari konvo tu hari khamis, me just set kat minda yg hr tu adalah hr bekerja. mustahil utk dia ada. me agak sendiri jawapan yg me akan dapat kalau me ajak dia datang... tapi bila dia sendiri yang kata begitu.. padahal me tak ajak pun.. me rasa terharu.. dia ingin sama meraikan kejayaan tapi dia tak dapat ada di tempat dan masa tersebut. last sem pun masa nak dpt result dia selalu tanya bila nak amik result, result mcm mana, ok ke tak, lulus ke tak dan last bila me kasi jwpn me dpt ucapan tahniah dr dia. seronok.. dan rasa terharu...

+ esok gerak kol brapa?
- tak tau lagi.. ptg ni ro-call.
+ hmm.. agak2?
- pagi or ptg.

lepas ro-call dia call.. inform perkara penting.. huu..
- esok gerak kol 7am. 6am dah kena ada kat kem..
+ pukul brapa nak bangun?
- kejut sy 5 pagi esok ye..
+ hmm.. brapa lama?
- sbln stgh..
+ erm..

hari ni... 5am me kejut dia dan sambung tdo. me bangun balik 6.30am solat subuh dan siap g keje. sampai opis try call tak dpt. dedua line tak dpt. kol 1 td try br dpt tp line tak clear.. dia msg dan kata tpt tu line tak elok.. huu.. susahlaa.. tak perla.. bersabarlah utk tempoh masa sebln stgh ni.. mungkin jarang dpt call or sms.. huu.. abis dah laa.. (long tgk2kan adikmu ini.. kot la nnt turun 2 kg lagi ke.. hehe)..

***

sekejapnya dah bln 8.. dah 3 hr dlm bln august ni.. dah hari khamis.. rasanya mcm baru je bercuti hujung minggu.. waktu skrg ni berlalu cepat sungguh.. tak terasa sebulan tu.. tp dlm sbln stgh ni agak2nye me terasa kot mcm lama (wink). hehe..

bln dpn dah ramadhan.. dah nak puasa.. hutang lama dah abis berganti ke?? huu... lepas ramadhan syawal.. ish.. cepatkan.. syawal = raya.. lepas raya = ujung thn.. hmm.. lepas raya + ujung thn = ??? uhuk..uhuk.. lepas tu tahun dpn plak... kejap je dah nak berada di penghujung 2006.. kan??

***

buat teman2 yg tanya napa me tak update blog.. sbnrnya me update blog me.. tp me tak publish. ada perkara / cerita yg kita boleh kongsi.. dan ada perkara yg kita perlu simpan sendiri.. me bkn jenis yg bercerita secara lisan.. bkn juga yg menulis diari.. tapi bila tekan keyboard ni mmg lancar sungguh dan senang sgt nak meluah rasa.. dan rasa hati tu rasanya me masih mampu utk simpan sendiri...

***

rindu pada semua teman...

Wednesday, August 02, 2006

sabarlah hati...

+ Assalammualaikum..
- Waalaikummussalam..
+ Kat mana?
- Rumah
+ oo dah balik..
- hmm..
+ Dah mkn?
- Belum..
+ Napa tak mkn lagi?
- Sat lagi..
+ oo.. hmm... tgh bt apa?
- packing..
+ (erk.. packing?? huu...) packing?? - ada bunyi cam terkedu sket..
- hmm.. yup.. packing..
+ nak g mana?
- Johor..
+ brapa lama?
- tak tau lagi..
+ bila g?
- esok..
+ hmm..
- napa suara mcm sayu?
+ tak der apa..
- lunch kul brapa?
+ 1 pm..
- sy dtg pick up awk. kita lunch sama..
+ hmm.. dtg awal sket..
- kul brapa?
+ 12.30
- ok.. hmm.. tak tau lagi brapa lama ni.. hmm.. penat.. rasa mcm nak resign..
+ (sedihnya..) sabarlaa.. sat lagi citer ek..

huu... tgh taip ni hati rasa sayu je.. outstation lagi.. baru je balik dr melaka.. sblm tu pun kat johor gak.. ni nak kena g sana lagi.. minggu ni dr senin hr tu planning nak jmpa.. tp tak jmpa2 gak.. 6 bln dah tak jmpa. sat lagi ni nak jmpa tak tau la jadi ke tak..

me pernah ditanya ttg kesanggupan menjadi isteri kepada seorg anggota beruniform. sanggup ke?? sanggup ke dgn rutin kerja yg tak tentu masa.. 24 hr.. kemungkinan dipanggil bekerja walau tgh bercuti.. outstation selalu biasanya sebulan.. sanggup ke nak idup sorg2 walau sebenarnya dah kawen??

huu... kalau dah itu jodoh me.. kalau dia yg ditakdirkan utk me.. me bersedia insyaallah. tp kekuatan tu mmg perlu sgt2. kuat mental. kena sabar.. kena cuba faham.. kena ada kepercayaan.. kena saling igt mengingati.. kena positif.. (sedih..)

masa awal2 dulu kadang mmg me rasa hati ni memberontak.. rasa juga mcm diketepikan.. tp dia juga sabar orgnya.. pandai memujuk hati.. sentiasa.. terutama bila terasa org disini berjauh hati.. tekanan kat dia kuat juga kan?? entahlaa..

ada juga yg mengomel.. kwn2 yg tak puas hati.. kwn2 yg curiga.. betulkan dia sayang? betulkan hanya me di hati dia? betulkah apa yg dikata? kenapa me senang di pujuk? kenapa me sentiasa positif?? terima kasih pada kawan2 yg sangsi.. yg mengambil berat diri ini.. yg cuba memahami diri ini.. (rasa mcm ada genangan air kat mata..) rasa sedih juga bila hati me dah positif org lain fikir negatif ttg dia.. tp me ttp hargai kwn2 yg berfikiran positif di kala me negatif ttg dia..

- dah jmpa dia?
+ belum
- berapa lama tak jmpa?
+ adalaa 4, 5 bln
- napa tak jmpa
+ dia sibuk.. outstation..
- org lain sibuk gak.. outstation gak.. tp leh jmpa..
+ hmm.. lain...
- sama je..

senyap.. dan me cuba matikan persoalan.. me tiada jawapan utk mereka.. org tak mungkin faham... tak apalaa.. biarlah me saja yg faham..

- dah jmpa abg polis?
+ tak..
- cuti hujung minggu tak kan tak jmpa
+ dia tak der..
- oo..
+ napa tiap kali msg tanya kami jmpa ke tak? awk dgn wife dulu slalu jmpa ke sblm kawen?
- erk.. tak juga.. sy jmpa masa g kursus kawen je
+ abis tu napa selalu suh kami jmpa?
- anim marah ke?? sorry...

tak marah tp pelik... dah tau org tu kerja mcm mana napa mesti argue mcm2? napa tak bleh terima kalau meata kami tak jmpa sbb dia ada hal? napa mesti curiga? napa mesti bt me curiga? napa mesti buat me susah hati? dan setiap soalan tu berlalu sepi.. malas nak layan lagi soalan2 org ttg kenapa kami tak jmpa.. mcm mana me bleh tahan tak jmpa sampai 6 bln..

niat me kawan ngan dia... asalnya sekadar kawan.. memenuhi permintaan kawan baik me utk kawan ngan sepupu dia. sepupu dia yg sedang mencari calon. dan ketika itu me sedang patah hati. dan sebenarnya tak bersedia utk mencari ganti.

15/7/2005 malam dpt panggilan dr dia.. sepanjang kenal dia masa ni la dia call me paling lama.. first impration me suka borak ngan dia. soalan pertama dia 'awk suka mkn pizza ek?' mmg me gelak. dan dr soalan tu me tau dia sapa.
'esok jmpa bleh? kita g mkn pizza'. huu mmg buat me gelak..
'tak bleh.. esok nak g temerloh'
'bt apa?'
'kwn kawen. kena jadi pengapit.'
'oklah tu..jd pengapit kwn kawen. ada jodoh ni.. nnt kita lak kawen..'
'erk..?? ' biar benar mamat ni.. konfident je.. ish..
'g sapa hntr? boipren?'
'tak.. naik bas..'
'kul brapa?'
'tak beli tiket lagi. esok br nak beli'
'ok, kita jmpa dulu sblm awk g'
'ehh??'
tu la first date dgn dia. di dpn kckl :-) dia pick up dan hntr ke bas stand jln pekeliling. beli tiket bas ke temerloh pas tu g pizza kat pwtc. dan dia hntr semula ke bus stand pekeliling. smpt dia pesan 'jgn kasi tau ika kita jmpa ek. abisla saya.. sampai temerloh nnt kasi tau..'. haha. kerana dia sepupu ika.. dan rasanya mereka agak rapat.. me percaya pd dia. sbb tu berani tumpang g bus stand jln pekeliling tu pas tu g mkn pizza dia blanje. hehe (ika jng marah..)..

sampai temerloh mmg me kasitau.. tp mcm respond tu kurang baik dr dia.. kejap ada kejap tak ada.. balik kl me tak kasi tau dia.. msg mmg jarang sekali.. ika dan ainil selalu tanya perkembangan kitorang.. dan jwpn me.. 'ntahlaa.. senyap je.. tak der apa2 kot.. kwn je..' ' korang tak yah ar harap apa2 ek..'.. dan me pun mmg tidak mengharapkan apa2 dr perkenalan kami..

hujung bln 8 dpt msg dr dia.. memberi perkhabaran terkini.. sedang beroutstation di BP. menghampiri sebulan... huu.. patutlaa senyap.. dan sejak itu smpi skrg.. kami masih berhubung melalui sms dan call. sejak dr awl smpi hr ni.. belum cukup 10 kali rasanya kami jmpa. dia sering igtkan ttg cara & waktu kerja dia yg berbeza dr org lain.. ttg penatnya dia dgn kerja yg baru (bln 8 tu br tukar unit baru)... ttg jadual kerja dia.. ttg hari cuti dia.. semua dia inform.. terutama ttg sayangnya dia pada me.. huu... susahnya nak percaya part yg last tu.. tp insyaallah bleh rasa..

honestly.. susahnya utk create rasa sayang.. susahnya nak create rasa rindu.. susahnya nak create rasa percaya.. susahnya nak mengaku hati telah dimiliki.. susahnya nak mengiyakan diri menyayangi.. susah juga mengakui diri merindui.. sentiasa argue kenapa perlu itu dan ini (report kat dia).. sentiasa memberontak dan berfikiran negatif ttg dia.. sentia membuat dia rasa bersalah... kononnya nak berhati2.. tak mahu kekecewaan kembali lagi.. tapi hati ni tewas dr mengakui hakikat.. rindu itu wujud.. kasih itu telah hadir.. sayang itu ada.. dan akhirnya terpaksa akui bila kecewa.. cemburu.. curiga.. dll perasaan semakin ketara.. (thanks to along and dilla yg menyedarkan.. )

15/7/2006 tempoh hari genap setahun perkenalan kami.. insyaallah.. kalau ada jodoh kami.. kalau mmg dia yg dijadikan utk me.. adalah nanti ikatan janji.... dan adalah juga penyatuan hati.. semoga Allah tabahkan hati ini.. tingkatkan kesabaran me.. semoga persefahaman dan kepercayaan yg ada berterusan.. dan semoga kami saling ingat mengingati antara satu sama lain (ttg kesabaran, kepercayaan, ketabahan, tanggungjawab.. dll..)..

apapun.. me serahkan segalanya pada Dia Yg Maha Kuasa.. Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.. dan me akan berusaha apa yg terdaya.. segalanya telah ditentukan.. insyaallah.. kekalnya persahabatan / hubungan kami kini kerana Dia atas usaha kami.. tiada kejayaan yg akan dtg bergolek tanpa usaha.. insyaallah niat me berkawan Lillahitaala.. me redha dgn apa pun yg jadi..

sabarlah hati.. sabarlah sayang...
(esok dia g johor...)