Monday, October 30, 2006

cerita raya 2006

Assalammualaikum & selamat sejahtera..

Salam Syawal..
Salam Raya..

Apa khabar ye? mcm mana raya? seronok?

Alhamdulillah Ramadhan thn ni me dpt hadapi dlm keadaan sihat walafiat. dapat me sempurnakan sebaiknya.. chewah..

Raya kami kat Sepang. sbbnyer mak ayah ada kat saner. dimeriahkan plak dgn kehadiran org jauh dari KK sekeluarga - Ajib, Reena and ayub. 3 thn dah diorg tak raya kat semenanjung.. :D Raya pertama tu (malamlah tapi) along ngan family dia plak sampai. so bertambahlaa meriahnyer.. kiranya semua ada berkumpul kat umah mak thn ni.

mak long
sabtu pg tu pak cik mail call ayah. suh g spital tgk mak long. nasib alang dah ada kat sepang. so bleh ar drive ke spital. mak long baru lps 2nd operation kat spital putrajaya. sakit kanser rahim. so ptg sabtu tu kami (mak, ayah, alang and me) g spital putrajaya (4 da 1st time) lawat mak long. jenuh gak baca sign board. alhamdulillah sampai juga..

kat spital jmpa wan, mak lang, kak jannah, kak nomi, pak uda, pak long, huda dan abg zalie. mak long baru lepas kena morphin so tak leh buka mata. tapi huda kata mak long dengar kalo kita ckp ngan dia. kami bacakan yassin sambil2 tgk..

hati me mmg rasa sayu.. nak baca yassin tu kuat tak bleh sbb bila part2 tertentu air mata jatuh. tak tahan laa.. sayu sgt tgk mak long.. muka mak long bersih. nmpk muda.. ayah g ckp dkt ngan mak long. ayah kata mak long dgr. dia balas dgn kerdipkan mata..

kami dok sampai kol 6ptg je. lps tu sumer balik umah masing2 siap2 utk berbuka puasa..

pagi syawal me dpt msg.. 'mak long kamariah bte yan telah menghembuskan nafasnya yg terakhir pada 1 syawal 5.00am. al-fatihah..'.. terkejut sgt dpt msg tu. tgk jam pukul 6.00am.. me tak perasan tipon bunyik sbb buat bunyik perlahan je.. terus me bgn kuar bilik tgk ayah.
'ada sesaper call tak?' me tanya ayah
'tak der.. napa ngah?' ayah tanya me semula.. me perasan yg me mcm bingung.. tapi cpt sedar dan terus terang ngan ayah.
'mak long dah meninggan pukul 5 pagi tadi.. angah tak perasan kak jannah/huda hntr msg ni..' masa ckp tu mmg rasa frust sket sbb terlewat tgk msg. kak jannah/huda hntr msg tu pukul 5.07am..
'innalillahiwainnailaihirrajiun...'
tak lama lepas tu kak nomi call kasi tau berita yg sama..

pagi tu semua siap2 cam biasa.. nak raya kan.. mandi sunat raya.. makan sunat raya.. salam2 minta maaf ngan mak ayah & adik2.. siap2 g solat raya. ni thn ke2 me solat raya kat sepang. balik dr masjid diskuss saper nak g dengkil tgk arwah. g satu kete je. ajib ada anak kecik. so tak g sbb masa g solat tu anak dia ngamuk nak ikut. so dok ngekor je mana bapaknyer pergi. huu.. yg pergi tgk mak long mak, ayah, alang (driver), jim, ngan oon. me tak g sbb masa sakit dah g tgk. so ayah suh tinggal umah tunggu tetamu kalo ada..

ptg raya pak cik mail dtg beraya satu family. acik zai buat laksa johor. sedap. hehe. acik zai mmg pandai masak. diorg dtg dr kuantan pagi tu terus ke rumah mak long. lps tu singgah sepang raya ngan kitorang plak. thn ni agaknya thn coklat/kuning kot. ramai je yg pakai kaler tu time raya. haha..

along tak sampai2 gak.. rindu dah nii.. sbb katanya ptg raya dia sampai. me msg tanya along kat maner. rupanyer kl ujan.. so diorg bertolak lps ujan kot.. tak pun time ujan renyai. alhamdulillah mlm tu sampai gak diorg. penuh rumah mak. mmg meriah.

raya kedua tak der buat apa.. tak der ke mana2 gak. plannyer me balik kl raya ke2. ikut along (ada miss communication sket. hehe..). sblm balik tu smpt gak jmpa mak andak sekeluarga. diorg datang 2 kete. semua ada. dah besar2 (kecuali along ngan angah. hehe). me moody sket sblm balik tu sbb kain me kena gam lalat. huu.. tension. sedey je..

abg long singgah LCCT. sajer nak tgk kapal terbang. sufi suka tgk. sblm cuti raya dulu ada gak kwn opis yg kata seronok tgk kapal terbang. tp masa tu me tak rasa feel nyer. me rasa biasa je. tapi bila dah dok tgk kat LCCT tu baru terasa mmg best tgk kapal terbang naik. lps ni bleh ar g tgk lagi..

on da way balik singgah petronas. sejuk sangat + ujan so adalaa rasa2 nak terkucil. -opss- nak djadikkan citer bateri kete along kong plak. so kenalah tolak. ampes tul. huu.. doa2 je moga tak jadir benda2 tak diingini dan semoga sampai kat umah dgn selamat.. alhamdulillah.. me and oon selamat sampai umah ptg tu. thanks along & abg long.

oon tak dok lama. dia singgah umah sbb pancil box dia tinggai. lps solat maghrib & mkn bekal dr sepang dia balik asrama. mlm tu me sorg je kat umah.. sunyi sgt.. huu...

raya ke3 me dah keje. ada 3 org staff je kat opis. me, kak liz and kak sophia. ada juga vendor2 dr india. buat keje sikit2 sambil surfing ler. ingat nak update blog tp tak der mood lak time tu. balik tu jmpa abg mie. sajer g mkn2 kat kl sentral sbb 24/10 tu birthday abg mie. (kan best kalo dia ada.. huu..)

mlm tu alang, hani and ajib's family sampai la kat umah. so me tak sorg2lah mlm ni.. ramai dan riuh.. huu. sampai2 je lapar. nasib lauk smlm ada lagi. reen panaskan je lauk dan masak nasi.

jumaat me keje gak.. lunch time g kl sentral masukkan duit me and mak dlm asb. beli mc d utk lunch. balik cam biasa. tak der apa yg menarik...

sabtu tgh hari kitorang raya kat umah along. hari ni 28/10/06 birthday sufi yg ke 2 tahun. so singgah giant beli mainan utk sufi. beli ayam golek giant utk mkn2 kat umah along gak. ptg tu alang, hani ngan ajib's family g jln2 kat kl. me tak ikut. malas. balik tdo. rasa cam letih.. tak tau napa.. mungkin sbb minum air gamat?? kot.. :D

ahad pagi umah meriah cam biasa. sarapan kat gerai cik enal. makan roti canai. ajib dah jmpa budin masing2 tukar citer.. tgh hari budin dtg beraya ngan iqbal and atie. hari ni ajib nak balik sepang. me tak plan nak masak tapi ntah tetiba tangan ni gatai bukak peti ais tgk apa yg bleh masak. masaklaa cincai2 org bujang.. utk lapik perut sblm diorg balik sepang. lps mkn diorg siap2 balik sepang. tinggallaa me and hani kat umah..

dlm kol 6ptg kam, aisya and karen dtg beraya. segan gak memula nak ajak diorg datang, tapi org nak dtg umah takkan nak tolak kan..? cuma syaratnya.. pompuan je bleh dtg.. maka kawan2 me yg lelaki pun balik ke rumah masing2. hehe.. i'm not ready lah nak terima tetamu lelaki kat umah. haha. idang air ngan kuih sikit je. hehe. borak2 sampai maghrib. lps tu diorg balik. patutnya tgh hari tu me g umah yan. dia buat mkn2 sempena walimah dia. tp tak dpt pegi sbb adik2 nak balik sepang + sbb me sorg.. lupa lakk ada kam and lelain.. heheh..

last.. mlm tadi cam biasalaa.... bosan.. huhu... tgk tv.. tgk katalog.. ayark.. bosan..

hari ni.. keje cam biasa..
to all..
slamat bekerja semula..
ceria2kan hari anda okes.
+
slmat berpuasa 6..

wassalam...

Friday, October 20, 2006

salam aidilfitri buat semua..

buat semua pembaca.. berhati2 di jalan raya k.. semoga selamat sepanjang tempoh bercuti dan berhari raya ni. semoga selamat kembali ke pejabat..
wassalam..



Thursday, October 19, 2006

nando's

salam..

alhamdulillah masih berada di bulan ramadhan yang mulia ni.. semoga hari2 terakhir ini kita penuhi dgn ibadah kpd-Nya.. wallahu'alam..

sebenarnya nak tulis entry smlm tp tak der mood plak..

selasa lepas cadangnya nak balik umah cepat. tp tak dapat sbb ada job yg dok run tu hang. so lama.. nak kena tunggu job tu ftp data ke mainframe baru leh balik. dok planning gak nak buka pose kat luar dgn E. tp tak jadikla sbb job tak abis run lagikan.. dalam berkira2 nak balik tu nana my best friend call.

+ anim apa khabar?
- baik alhamdulillah..
+ kat maner?
- opis lagi.. awk?
+ sama.. tak balik lagi ke?
- tgh kemas2.. lewat sket ada keje tadi..
+ buka pose kat maner?
- umah kot.. nak ajak kuar ke? (gelak)
+ iyeler.. jom kita buka pose kat mid val. nana blanjer
- hadiah birthday ke?
+ yup.. sbb hr tu tak smpt wish..

huhu seronoknyer... mmg ada mcm malas2 sket nak balik. dpt offer dari nana g mid val mmg mcm 'pucuk dicita ulam mendatang'lah. seronoks banget. jmpa nana kat dpn wisma. cam biasa nana drive. lama dah tak kuar jln2 dan mkn2 ngan nana. spjg jmpa citer mcm2.. pasal life, pasal keje, pasal abg polis, pasal anak2 nana, semualah. mmg seronoks sgt.. thanks nana.

b4 kuar opis me sajer msg kat dia kater buka pose kat mid val dgn kawan. smpi kat saner dia balas tanyer me mkn apa dan minta me mknkan utk dia. huhu.. ayat mcm dah cool.. dah ok kot dia.. lega rasanya.. me tanya dia nak mkn apa. 'Nandos' katanyer.. so buka pose hari tu me and nana mkn Nando's. hehe :-)

balik nana hntr sampai lrt universiti. cam biasa lewat sampai umah sbb lama tunggu bas. huu.. letih.. tapi berbaloi rasanya.. alhamdulillah..

thanks nana..

~comei~

Tuesday, October 17, 2006

quote

salam..

15/10/2006 (11.28pm) dpt sms best dr ika..
walk with me when ur heart needs company..
talk to me when u feel all alone..
trust me when ur heart beats mmore..
and think of me whenever u need a true friend..

me fwd msg ni kat dia. sbb lately dia suka send msg2 jiwang kat me dan minta me translate. tp send msg ni rupanya satu kesilapan sbb me tak translate dulu. dia marah dan anggap me perli dia.. huu... maafkan saya.. saya tak bermaksud nak perli ke apa.. niat asal me hntr sbb me suka msg ni.. dia masih marah.. me dah translate dan send semula kat dia msg tu mlm tadi.. biarlah dia sejuk.. huu...dia dah ok kot pg ni.. dia send sms ni minta translate..

If love is greate, and there are no greater things, then what I feel for you must be the greatest..

Love can make u happy but often time it hurts, but love is only special when you give it to who its worth..

Friday, October 13, 2006

happy birthday to me

assalammualaikum..

sajer lewat update blog hari ni. tak tau nak tulis apa.

1st.. today is my birthday.. so.. happy birthday to me :-) me suka sangat birthday me hari ni.. sbb hari ni hari jumaat. bulan puasa plak tu. hehe..

org yg memula wish of coursrlah my mom. tp di petang (malam) khamis 12 okt lah. mak buatkan kek. kek apa ntah me tak sempat jamah lagi. igt pagi tadi nak jamah tp lupa. thanks mom..

mlm dpt msg dr misbah pula. pagi2 dari beberapa rakan lagi. thanks all.. me tringin nak mkn kek coklat (terutama sbb abah muizz tulis dlm blog dia pasal kek coklat yg dia dpt).. seperti biasa tiap khamis jumaat di bln ramadhan ni mmg ada jualan kat bawah. ada org jual kek. me tringin nak kek tu. tp tak sempat. sampai tadi dah abis.

mmg nyesal tak kuar awal, tapi tak leh cam tu kan.. tak der rezeki namanya.. hmm.. (terbayang2.. sedihnya...)

hari ni tadi ada pgm ceramah perdana ramadhan utk muslimah. ceramah oleh dr syarifah hayati. me suka ustazah ni. ceramah td mmg best. huu.. mungkin sesetengah perkara tu kita mmg tau tp kadang2 mmg perlunya org lain ingatkan kita kan.. ceramah sepatutnya berkenaan fadhilat malam lailatul qadr.. tapi betul apa yg ustazah katakan.. utk capai dan tau fadilat mlm tu kenalah tau fadhilat ramadhan tu.. wallahu'alam..

Dr Syarifah ingatkan supaya sentiasa amalkan lafaz syukur yg diajarkan Rasulullah. bukan hanya menyebut syukur tapi hendaklah menyebut Alhamdulillah... Alhamdulillah ini merupakan kalimah zikrullah yang merupakan kalimah yg tinggi nilainya sebab ada perkataan Allah. dan sememangnya ia amatlah berbeza dari hanya menyebut perkataan 'syukur'.. ustazah pesan lagi agar tidak menjadikan perkataan Alhamdulillah itu sebagai sekadar bacaan adat. iaitu hanya di baca ketika kenyang. tapi hendaklah di baca tiap kali kita rasa nikmat dan syukur atas nikmat tu (walaupun hanya sendawa angin - ucap alhamdulillah sbb allah mudahkan angin tu keluar dari tubuh melalui sendawa).

byk lagi yg ustazah ingatkan tapi len kalilah me tulis. perut dah berbunyik2. hehe..

petang ada program solat tasbih. me uruskan bersama rakan2 bakit yg lain. alhamdulillah berjaya diimamkan oleh ustazah zawiyah dari jakim. program mula dari 3.30pm hingga 4.45pm (sekali dgn solat asar).

esok ada program ke baling dan teluk intan. me dah kasi nama. tapi me terpaksa tarik diri tak dapat pergi. rasa badan kurang sihat dan me perlu rehat.. hmm...

tu je kot nak tulis..
bye
slamat berhujung minggu..

wassalam..

Pasukan PBB ditolak -- Timor Leste mahu tentera pimpinan Australia dikekal

Pasukan PBB ditolak -- Timor Leste mahu tentera pimpinan Australia dikekal

CANBERRA 12 Okt. – Timor Leste telah menolak tawaran penghantaran pasukan tentera pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi membendung kekacauan awam, kata Perdana Menterinya, Jose Ramos-Horta.

Negara bergolak itu sebaliknya bergantung kepada pasukan tentera serantau yang diketuai oleh Australia ketika keganasan meletus pada Mei lalu.

Ramos-Horta yang sedang dalam lawatan ke Australia berkata, pasukan tentera serantau telah menjalankan tugas dengan “sangat berkesan.”

“Disebabkan tanggungjawab yang dipikul oleh PBB terlalu besar dalam beberapa konflik besar seperti di Lebanon dan Afghanistan, kami di Timor Leste tidak mahu terlalu mengharap pengaman PBB,” ujarnya.

“Saya yakin dengan PBB dan tanggungjawab yang terpaksa dipikul di seluruh dunia,” kata beliau.

Lebih 3,200 pasukan pengaman antarabangsa dari Australia, New Zealand, Malaysia dan Portugal ditempatkan di Timor Leste ekoran kekacauan yang berlaku di negara miskin dan baru merdeka itu.

Keganasan yang meletus menyebabkan lebih 30 orang terbunuh.

Polis antarabangsa yang ditempatkan bersama-sama pasukan pengaman bulan lalu secara rasmi menyerahkan tanggungjawab kepada PBB di bawah misi baru yang ditubuhkan oleh Majlis Keselamatan pada Ogos lalu.

Bagaimanapun komponen ketenteraan misi PBB itu masih belum diputuskan manakala Australia dilapor mahu mengekalkan kawalan ke atas pasukan antarabangsa.

– AFP
di petik dari Utusan Malaysia, 13/10/2006

Thursday, October 12, 2006

RENUNGAN: Ramadhan bulan tarbiah

Artikel ni dari email yg me dapat untuk me kongsi dgn kawan2..
Selamat Berpuasa..

----- Original Message ----
From: Halimatun Saadiah matun@ipoh.ta.com.my
Sent: Wednesday, October 4, 2006 9:24:44 AM
Subject: RENUNGAN: Ramadhan bulan tarbiah

Setiap yang ALLAH tetapkan pastilah ada hikmah disebaliknya.Begitujuga dengan bulan RAmadhan.Allah ciptakan untuk mentarbiah jiwahamba-hambaNya dengan berlapar.

Memetik kata-kata seorang ustaz tentang perihal kisah terciptanya nafsu.Allah menciptakan nafsu lalu sempurna penciptaannya Allah pun berfirman kepada nafsu,"Siapakah aku dan siapa kamu?".Lalu dengan angkuh nafsu menjawab"Aku adalah aku dan kamu adalah kamu".Maka Allah campakkan nafsu bertahun-tahun lamanya di dalam neraka dan setelah itu memerintahkan nafsu menhadap Allah.Allah menyoal perkara yang sama dan nafsu dengan bongkak menjawab seperti sebelum ke neraka juga.

Lalu Allah campakkan lagi nafsu ke dalam neraka.Perkara yang sama berulang sehingga 3 kali dan akhirnya Allah memerintahkan malaikat untuk mencampak nafsu ke dalam neraka yang langsung di dalamnya tidak ada makanan hatta nanah sekalipun.Setelah beberapa lama,Allah mengeluarkan nfsu lalu bertanya lagi"wahai nafsu,sekarang,siapa Aku dan siapa kamu".Kerana kelaparan dan telah layu kerananya maka nafsu pun menjawab"Engkaulah Allah Tuhanku dan aku hambaMu".

Apa yang kita dapat dari kisah ini adalah nafsu kita dapatdilenturkan dengan lapar dan dahaga.Seluruh jasad menjadi layumenyedarkan hakikat diri sebagai hamba yang lemahdisisiNya.Mencantas sifat ego dan bongkak yang bermukim dikalbu.Rebutlah peluang berada dalam bulan Ramadhan ini untukmeningkatkan darjah taqwa kita kepada Allah.Cintailah Allah danRasul melebihi segala isi langit dan bumi.

Semoga Ramadhan menjadi tapak penjana tenaga mujahid yang akan terus berjuang di bulan-bulan lain sehingga habis hayat.

WALLAHUALAM

Dr Leo Michael Toyad sahkan peluk Islam

Alhamdulillah...
(copy dary paper berita harian Sabtu, 7/10/2006.. baru sempat post kat sini)

Dr Leo Michael Toyad sahkan peluk Islam

PUTRAJAYA: Bekas Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Leo Michael Toyad (gambar), 56, mengesahkan beliau sudah memeluk Islam, selepas mendalami dan mendekati agama itu sejak sekian lama.

Dr Toyad yang kini menggunakan nama Islamnya, Muhammad mengesahkan beliau memeluk Islam dan gembira kerana hasratnya untuk berbuat demikian sejak sekian lama, kini tertunai.

Dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada Berita Harian, di sini semalam, beliau berkata: “Ya Alhamdulillah... niat saya untuk menjadi seorang Islam tertunai. Selamat berpuasa dan wassalam”.

Dr Toyad juga berkata, beliau kini menggunakan nama Muhammad dan keputusannya memeluk agama Islam dibuat semata-mata kerana Allah.Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu, dipercayai kerana kini berada di luar negara.

Dr Toyad yang berkelulusan ijazah perubatan dari Universiti Malaya (UM), mempunyai tiga anak perempuan dan seorang anak lelaki, menceburi politik sejak kira-kira 25 tahun lalu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Mukah digugurkan daripada Kabinet dalam rombakan yang dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada Februari lalu.

Sejak itu, beliau yang juga Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bergiat cergas dalam sektor swasta serta pelbagai kerja kebajikan.

Wednesday, October 11, 2006

berita dari BERNAMA 1 Okt 06

Pasukan UNMIT Berlepas Untuk Operasi Pengamanan Di Timor Leste


KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Kumpulan pertama daripada dua kumpulan Pasukan Gerakan Am (PGA) akan berlepas ke Timor Leste untuk menyertai misi pengaman yang dikenali sebagai Misi Bersepadu Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di Timor Leste (UNMIT).


Seramai 140 pegawai dan anggota diamanahkan untuk menjalankan operasi pengaman itu, dengan 70 anggota akan berlepas dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, jam 1 pagi nanti bagi menyertai operasi pengamanan yang dikenali Ops Hati Budi.

Baki 70 anggota lagi akan berlepas pada 8 Okt ini.

Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Mohd Johari Baharum berkata kumpulan pertama itu akan ditempatkan di Timor Leste selama tiga hingga enam bulan sebelum digabungkan dengan pasukan kedua selepas itu.

"Misi ini ditaja sepenuhnya oleh PBB dan diperuntukkan mengikut perjanjian antara kerajaan Malaysia dan Timor Leste bagi memulihkan keamanan di Timor Leste.

"Mereka ini akan ditempatkan di negara itu selama tiga hingga enam bulan dan akan mewujudkan satu pasukan polis anti rusuhan serta menjaga keamanan di situ," katanya ketika majlis berbuka puasa dan doa selamat bagi pasukan UNMIT di sini.

Beliau berkata anggota berkenaan telah menjalani latihan intensif selama tiga bulan sebagai persiapan bagi menyertai misi itu.

Johari juga menasihatkan pasukan berkenaan agar menjalankan tugas mereka dengan komited demi nama baik negara.

"Saya memberi jaminan kementerian serta PDRM akan sentiasa bersama anda dan akan menjaga keluarga anda seperti keluarga sendiri... saya janji akan lawat pasukan UNMIT ini ketika Syawal nanti," katanya.

Sementara itu Lans Koperal J.Kulalan, 36, dari cawangan komunikasi PGA berkata ini merupakan kali pertama beliau menyertai misi pengaman di luar negara.

Beliau yang berasal dari Tampin, Negeri Sembilan berkata pasukan UNMIT menjalani latihan jasmani lasak selama tiga bulan dan mereka bersedia menghadapi sebarang rintangan.

"Saya sudah 17 tahun berkhidmat di PGA dan saya kini sudah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk hadapi sebarang situasi dalam misi ini dan rasa amat bangga kerana akan membawa martabat negara ke perantauan.

"Tetapi saya tetap akan merindui keluarga saya di sini kerana buat pertama kalinya saya tidak berpeluang menyambut Deepavali bersama mereka," katanya kepada pemberita ketika ditemui.

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan Timbalannya, Datuk Mohd Najib Abdul Aziz turut menghadiri majlis itu.

-- BERNAMA

Friday, October 06, 2006

mc yg best

salam..

hari ni me mc. hmm.. asalnya mmg nak g keje. dah siap2 comey dah dan bersemangat lagi tu nak g keje. macam anak raja sbb pakai kaler kuning hari ni. ngee.. :D

sblm turun bas driver tu dah bt announcement 'lrt rosak' ke lebih kurang cam tu lah bunyiknyer. tp sekali je. so me teruskan niat turun bas utk ke lrt. sampai je dkt stesen lrt tu tgk ramai sgt org kat luar lrt. pelik gak. tgk2 gate lrt tutup. rupanyer betullah lrt problem. diorg kater dr pukul 7 pagi. dgr2 citernyer juga (dari mereka2 yg menunggu.. kesahihan tak pasti) ada train yg tergelincir sket dr landasan masa kat damai. wallahu'alam... delay 1 hour katanya.. tp tak taulah pukul brapa sebenarnyer lrt tu ok.

me msg kakak opis yg naik lrt dr setiawangsa tya dia kat ner. katanya dkt klcc. tp lrt tak gerak. dah la dr setiawangsa lrt tu patah balik ke wangsa maju pas tu stop kat klcc dan patah balik ke wangsa maju. huu.. tension giler.

masa tgh tunggu tu me rasa ulu hati me pedih. perut pun pedih. loya2 juga. huu... alahai.. gastrik menyerang. mmgnyer dr pagi tak der selera dan rasa pedih perut tp tu laa.. bila stress sakit tu jadik lagi nyata. tak der la teruk sgt pun tp kalo tunggu lama kat situ teruk jadiknyer kot. me amik teksi g klinik panel yg me slalu g dkt setiawangsa.

+ sakit apa
- pedih ulu hati, pedih perut
+ sblm puasa penah kena?
- penah.. sy mmg ada gastrik
+ ok (sambil check kat perut)
+ saya kasi injection ye
- ok (muka doc tu mcm tak caya je.. mesti dia ingat me tipu sakit.)
+ nak inject kat lengan ke pung****?
- lengan lah.
+ ok
- doc, sy nak mc (rasa kebas je sblh badan)
+ ok

so hari ni me dpt mc. me kasitau org2 kat opis me mc dan juga dpt dia. sampai kat umah me rasa ngantuk sgt. ubat apalaa yg doc ni inject agaknyer. sume dah nmpk 2 je. igt nak g pjb pos amik barang dlm kol 11 lebih tp tak larat. me tdo dr kol 11 sampai kol 2pm. lena sgt tp bunyik hp me terjagalah.

bangun me terus solat zohor. congak2 nak g pjb pos kol brapa dan mcm mana. sudahnya me call dia.. nasib baik dia ada kat bengkel. kursus pagi je hari ni. ptg kena packing tp dia ngan kwn dia yg jmpa smlm tu g bengkel lak. dlm mamai2 tu ckp kat dia me nak g pjb pos. dia tya mcm mana nak g.. sbb dia tau me tak sihat :D me ckp tak tau. hehe. ntahlaa.. pk apa ntah.. mmg tgh mamai kot walaupun lps solat. dia suh siap je. dia dtg amik bwk g pjbt pos. huhu. bestnyer. walaupun pjbt pos tu dkt je kat jln gurney tu dan jauh dr dia tp best ar ada org nak dtg.

- amik tu je? (sampul surat yg me pegang tu kecik je)
+ a'ah.. kopiah anak sedara (sambil buka sampul surat tu dan tunjuk kat dia kepiah tu)
- sapa kasi?
+ mak ngah ayub kasi kat ayub. minta akak ni tolong btkan..
- dari mana?
+ pahang..
- ooo... hmm.. dah selesai?
+ dah
- ada lagi?
+ tak der..

- abg hntr balik ye..
+ ok..
awal lagi.. so balik laa.. huu..
+ buka mana hr ni..
- shah alam kot. kwn2 sekolah ajak jmpa.
+ ok
- awk?
+ sorg.. kat umah laa..
- ok
+ abg.. hari tu suh org beli kain nak bt baju kan.. abg kata nak byr kan?? (hehe.. buat2 manja sket ar masa tanyer tu)
- yup.. dah beli ke?
+ dah :) dua pasang
- sempat ke nak buat?
+ sempat.. satu adik jahit satu lagi mak jahit.
- ok.. warna apa.?
+ coklat + kuning ngan pink.
- berapa?
+ RM1**.** je.. 2 pasang..
- ok (sambil kasi duit).. bila nak tempah..?
+ sebenarnyer.. baju kurung tu dah siap. kebarung tu mak tgh jahit (senyum meleret takut kena marah..)
- laa.. sabar je laa.. napa baru ckp?
+ lupa.. (buat muka manja sket..kalo tak kena marah. hehe)
dedua gelak.. so baju raya thn ni dia yg belikanlah. yey!

huu bestnyer mc hari ni.. 2 hari berturut dah ni jmpa dia. esok insyaallah.. katanya nak balik kg.. katanya juga nak jmpa.. so mana2 lah.. flight ke timor leste 1pagi. insyaallah kalo tak der aral me hntrlah dia g saner. alang temankan...

* tak beli lagi kad raya nak kasi dia ni... td smpt kasi kuih raya je.. kuih tart nenas. fav dia ni..

huu.. rindu..
cepatlah esok..

~nis~

Thursday, October 05, 2006

cerita suka duka hari ini

salam ramadhan..

petang ni sblm balik sj nak tulis2 sket kat sini.

hari ni kat opis me tak bz sgt. sbbnyer server problem so tak bleh nak run any job. sampai laa ni (5.01pm) tak settle lagi. esok kalo tak ok gak kena buat recovery kot. sian my bos.. huu.. me hari ni dok baca email, jwb mail, attend discussion, jmpa kwn dtg amik kurma, g bank, g bangsar sat, jmpa adik yg jual dodol (tukar dodol baru sbb yg lama berkulat), tgk pc, buat kerja sket2. hehe.. tak bz pun... buat2 bz je..

kelmarin buka pose ngan abg angkat me. sblm kuar tu me just sms dia kasitau nak kuar ngan abg angkat. terus dia diam.. baru je ok dr moody terus moody balik. dah le demam, dpt msg dr awek lak nak g kuar ngan org lain.. ngamuk gak la dia. dah buat salah pujuklah kan.. hehe.. subuh dia msg tanyer kuar ngan saper. me ckp me kuar ngan 'abg mie dan aisya..' huu... lepas tu dia ok.

saper aisya?? dia ada ke time tu?? dia tak der tp me rasa mcm dia ada. sbbnyer sepanjang kuar tu (dr dlm kete ke jj dan sampai kat jj, tgh makan dan balik ke rumah) abg angkat me asyik citer pasal dia dan aisya. dan juga pasal family dia.. campur2laa citer sedih ada best ada. so sbb tu me kata me kuar ngan dua org. mmg rasa mcm aisya tu ada gak. :D shhh... rahsia kita2 kat sini eh.. TQ..

td pagi dia dtg opis. dia tgh kursus utk ke timor leste skrg ni. tp ada hal sket pg td so minta dia dtg and teman g bangsar sat. adalah dlm stgh jam. pas tu dia patah balik g keje. oklah. best. :D ptg ni buka pose samer. yeyeye.

tu citer yg bt me senyum hr ni :)

tp ada gak citer sedih. bkn takat sedih tp mmg me terkedu, terkejut, dan mcm terenti jantung bila baca email dr along. actually email tu dr blog ni. sbb me dah set every comment me akan dpt kat mail. me paste kat sini msg tu:

'ngah, kanda, saya nak maklumkan satu berita. jangan nangis tau! (ayat ni dah bt me terkedu)

Rash kemalangan. Motor ngan motor. Semalam pagi, masa dlm perjalanan dari rumahnya di Rantau Panjang, Kelang ke stesyen komuter Kelang. So, smlm dia masuk wad kecemasan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah. Dah buat scan. Otot bahu koyak (me baca 2 kali.. memula baca mcm otak), tulang belakang mungkin retak. Skrg ni, anggota badan sebelah kiri, kebas dan tangan kiri masih tak dapat angkat lagi.

Rash dah keluar hospital (baru rasa lega), skrg sedang berehat di rumah. kalau nak gi, boleh minta alamat kat saya. (jom la pegiiii...sian dia... td dia msg minta kita bwk bunga jenguk dia. hehe. sabar je laa)

Sebenarnya nak masukkan citer ni dlm blog. Tp blog sedang dinaik taraf. Saya post entri ni kat sini jer.Sama2lah kita berdoa, moga Rash cepat sembuh dan bertugas kembali serta dpt bergurau senda dgn kita semua di alam sibe rini. (aminn... semoga rash cpt sembuh..) --

Posted by embun to .::Diari Hati::. at 10/05/2006 11:33:45 AM '

*****
salam..
me kat umah ni. skrg kol 10pm. ada 1 jam lg sblm tdo. hmm.............................

kat atas tu me tulis me g buka pose ngan dia kan.. mmg ar rasa seronok dpt kuar sama tp b4 kuar tu dia ckp kwn dia akan join buka pose samer sbb dia sian kat kwn dia tu sengsorg. maklumlah kerabat lain dah g timor leste. adehh... sabar je laa...

tension gak sket. luahkan ketensionan kat gmail chat ngan ab**.kalau kuar dating bwk adik ke anak sedara ke mmg tak kesahnyer. biasalah tu. ni bwk kawan. lelaki lak tu. terbalik laa... ayark.. last me kasik msg kat dia 'bwklah sesaper pun yg dia nak bwk'... huuuu..

janji kol 5.30pm. tp me lewat 15 minit. marah betul dia. alaa... lupalaa dia ni tepat orgnyer.. sepanjang jln tak cakap. sedey.. tp me biarkan je.. biar dia sejuk sendiri. singgah bandar tun razak - pasar ramadhan kat situ. dia beli lauk. gabra gak laa mana la bdk ni nak bwk g berbuka pose. huhu. jln2 yg dilalui seterusnya mmg me tgk signboard je. bkn tak caya kat dia tp sbb tak penah lalu situ.

sampai kat satu kedai mkn dia berenti. kasi ikan kat tukang masak. laa.. g beli ikan rupanya kat pasar tadi. pas tu dia tinggalkan me kat kedai tu sorg2 (tuan punya kedai and customer ada, tp me yg sorg2).. tension laa tak tau nak bt apa. tgk hp ada miss call dr opis mate. pas tu dia call balik. lama gak borak dlm 12 minit. pok cik F tak sampai2 gak lagi.. kata 10 minit..

tgh dok ckp2 kat tipon tu dtglah 3 org mamat ni. yg sorg ni asyik tertoleh2. muka mcm kenal, alaa... saper nii... lepas sorg pandang sorg lagi pandang. alahaii saper lak ni... takutkah me? yes i am lah. control2 dok belek2 sms lps borak ngan kwn. tak senang rasanya. tak lama lps tu nmpk dia dah dtg. lega.

'jom'
'ha?'
'dok sana'
'erk?'
me masih termangu2.. tak paham..
'mai laa.. dok sini..'
barulah me perasan bdk yg dok pandang2 tu kwn dia yg dia dok kesian mkn sorg2. patutlah mcm kenai. me penah jmpa dia sekali je. so tak cam sgt :D huhu..still control ni.. dlm hati ada mcm2 soalan. leka dia borak ngan kengkawan dia. susah la nak campur apa org laki borak. sportrim, enjin, tayar, body, evo, turbo, huk huk.. dgr je sambil baca paper..

'kata sorg je kawan nak bwk?' dlm hati kata awk ni lurus ke apa? (sbb me ada msg suh dia bwk seberapa ramai kwn dia nak td - refer msg atas)
'mmg la sorg. tetiba lak bebudak lain ni nak join gak.'
huhu.. tension sket.. msg ngan ab** kata dia bwk 3 org. terus me kena gelak. mmg lawak laa mamat ni.. tp bagus gak. dpt lah tau sikit2 lagi psl dia. me senyum je.

tu lah citer buka pose hari ni. kenal kawan2 dia, dgr diorg ni borak2, mkn best, kenyang. tp kan.. dlm borak2 tu kwn dia kata g saner 6 bln.. balik tu me tya dia.. dia kata tunggu arahan. yg nyata mmg 3 bln, tp kalo arahan 6 bln, maka 6 bulanlaaa.. hmm..

tak per laa... esok jmpa lagi.. lusa insyaallah jmpa gak.. ahad ni tak bleh hntr kot sbb naik kat tudm subang. tp tu pun nnt konfirmkan..

k lah.. cerita lawak ni abis takat ni bt masa ni. sakit dah jari menaip. stgh jam lagi masa utk tidurr...

salam....

Monday, October 02, 2006

ujung minggu di Sepang :)

salam..

ada kawan berpesan, di bulan mulia ni eloklah kita berpesan2 dan berkata2 perkara2 yg baik... bkn maknanya selama ni me berbicara perkara yg tak baik cumanya.. sebagai igtan kpd diri sendiri je.. (dan kengkawan..).. kita cubalah ye.. tak bleh byk.. sikit pun jadilah.. semoga apa yg kita katakan itu memberi ilmu kepada kwn2 kita walaupun sikit.. wallahu'alam..

***
sabtu baru ni me balik sepang. tgh hari. balik ngan alang dan oon. asalnya ajak along tp dia tak dpt nak ikut... erm... sian along..

sampai kat sepang ada org dah menunggu. mak kata, bunyi je kete (sesaper je punya kete lalu dpn umah) dia dah melompat keluar. kejar kete org. hahaha. dia rindu kat seseorg.. malangnya org yg dirindu tu tak ikut kitorang balik sepang.. sian jim...

- sufi mana?
+ ish.. org yg ada tak di tanyer (dlm hati me.. dah nmpk tak kan dia nak tanya kan.. hehe)
- alaa.. sufi tak ikut ke?? (tanya sambil intai dlm kete)
+ tak..
- huu... (buat muka sket pas tu tolong buka pintu pagar utk alang parking kete).

rindu beno dia kat sufi.. hehe..

***
ahad 1 okt 2006 birthday my mom.. HAPPY BIRTHDAY TO YOU MOM. me tak beli apa.. tapi kongsi ngan alang beli kek utk mak.

dari jumaat lagi or mungkin sblm tu mmg me dah rasa membuak2 rindu kat mak. meronta2 rasa di hati nak balik sepang jmpa mak. sbb tu dua tiga kali tanya kat along dan alang. kalo diorg tak nak balik me sanggup naik bas (walaupun fobia still ada). tp alhamdulillah alang setuju nak balik sepang. utk sama2 raikan birthday my dearest mom...

ahad mlm lps berbuka balik kl.

***
1.35am dia msg kata ada kat tudm subang hntr 1st group ke timor leste. dia tgh moody.. seharian tak msg/call. sunyi sepi.. hmm.. hari ni pun sama... sabar je laa..

***

"Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila seseorang daripada kamu sedang berpuasa pada suatu hari, janganlah bercakap tentang perkara yang keji dan kotor. Apabila dia dicaci maki atau diajak berkelahi oleh seseorang, hendaklah dia berkata: Sesungguhnya hari ini aku berpuasa, sesungguhnya hari ini aku berpuasa. (Sahih Muslim)"