ni la rupanya keadaan gout tu.. ada kristal uric asid dkt sendi ibu jari kaki yang mengakibatkan rasa ngilu dan sakit mcm dicucuk2.. huhu..
baru-baru ni kawan me tanya tanda2 sakitnya.. kalau me, tanda2nya sakit ngilu sgt2 kat sendi ibu jari kaki.. bila nk sujud time solat tu, ibu jari kaki x bleh nk kepak... pedih.. tu 1st tanda yg me rasa.. masa mula2 kena (dlm raya hj thn lps), me abaikan ja.. igtkan sakit biasa2 ke angin ke.. urut2 cenggitu je laa.. sapu minyak panas bila sakit, tp sakit x ilang..
dlm dua tiga bln lepas (lebih kurang), me g klinik. ckp kat doc ibu jari kaki me sakit. doc terus ckp me kena gout. and suh me buat ujian darah. me pn btlah ujian darah dan positive me kena gout. uric asid tinggi dalam darah. masa mula2 dulu doc x kasi ubat. biar dia baik sendiri.. doc pesan, jgn mkn kacang, kerang, ketam, udang (sib baik me x mkn sea food).. sotong bleh mkn tp x bleh byk.. sardin n ikan bisil pn x bleh mkn.. so, mmg me elak la mkn benda2 ni.. tp kdg2 me buat ujian sendiri.. me sajer mkn kacang or ikan bilis.. lps tu sendiri tanggung sakit laa... huhu...
searching kat net, ni ada info sket ttg sakit ni:
Penyakit Gout ialah salah satu bentuk artritis yang diakibatkan oleh pengumpulan hablur-hablur asid urik pada sendi-sendi. Penyakit ini terlalu menyakitkan dan dalam kebanyakan kes, hanya menjejaskan satu sendi (monoartritis), khususnya ibu jari kaki. Dlm kes me rasanya dah sampai ke jari kelingking kedua2 belah kaki..
Istilah "gout" berasal daripada perkataan bahasa Latin, "gutta" yang bermakna 'setitis', disebabkan kepercayaan ketika itu bahawa gout diakibatkan oleh titis humor-humor yang mengerikan dan yang mungkin berkait dengan ketul-ketul mendapan urat. Pesakit-pesakit yang menghidap ghout mengalami peningkatan aras asid urik atau masalah penyingkiran asid urik, atau gabungan kedua-duanya sekali. Aras asid urik yang tinggi dikaitkan dengan usia, obesiti, Hiperlipidemia Jenis IV, kencing manis, penyakit jantung iskemia, dan darah tinggi. Kadang kala, gout merupakan penyakit keturunan. erm... me muda lg rasanya... ehem.. obesiti (kot..or menghampiri obes.. hehe..)..lain2 x der kot.. keturunan.. erm..wallahu'alam.. nnt check laa..
maklumat lanjut leh tgk sini http://kedah2u.com/company_details.asp?id=126.. leh cari kat wikipedia jgk.. kat mana2 blog doctor..
(sambil menaip nijari2 tangan rasa sakit dan kejang..)
me: in pain.. but ok..
thanks Allah.. ni ingatan utk me kot..
redha..