Sunday, December 18, 2005
senyum lagi..
uhuk..uhuk.. sakitnya tekak.. selseme pun ye.. macam nak demam.. sakit kepala.. sakit gusi.. adoilaa.. byknyer dosa.. lama dah rasanya me tak kena selsema..
hari ni ada kelas td. pepagi bgn solat subuh, gosok baju, siap2 g kelas. me and mas tumpang aidil dr kerinchi sbb aidil park kete dia kat opis. terkejut me tgk kete dia. giler sporty. kete dah tuka kaler jadik kunin. sampai kat bangi kol 9am lebih sket. lecturer (dr abdullah) dah ada dlm kelas. dia bwkkan roti high 5 ngan air kosong + kordial sarsi. bagus tul. tgh hari dia blanjer nasi ayam lak. :)
kelas habis awal. patutnya abis kul 5pm. tp lect tgk kitorang sumer dah ngantuk2 + nmpk penat so dia abiskan kelas 1 jam awal. kelas tu berkuap. panas. me terus pening. rasa nak selsema menjadi2. rasa mcm tak bleh bernapas gak. cuba jerk bertahan. sampai abis kelas. lepas kelas mkn nasi ayam yg lelebih tu lagi kongsi2 ngan dilla, ayat, dell ngan mas. sronok lak. balik tu tumpang aidil gak. shhh.. jgn ckp kat dia. hehe. nnt ada lak yg tak berckp sehari.
hari ni kenduri ainil kat umah ika. 'dia' g saner. abah ngan mak 'dia' pun g tp ikut akak dia. me sajer pesan kat 'dia' suh ckp kat ika me nak kek. ingatkan 'dia' tak berani ckp. td ika call suh dtg umah. ika ckp 'dia' ckp kat ika "dia suh simpankan kek". sajer ika main2 tanya "dia tu saper" malu2lah 'dia' jawab "dialaa.. saper lagii.." ika ckp 'dia' ckp cam tu dpn abah 'dia' huu.. terharunya...
ni me br balik dr umah ika. berdebar gak la masa nak g tu. terasa2 mcm bakal kena usik. haha. mmg pun. huu.. seronok ika nyakat. abis dah satu family dia tau. "mak ni bakal sedara kita gak ni.." adoilaa.. suka2 dia jerk. "amboii.. ko kumpul sumer kengkawan ko dlm satu rumah lak ye" mmg tak terkata la me kat situ. me g ngan ajib, reena ngan ayub. sajer ajak diorg sbb ayub dah ngamuk2 nak kuar. sian dia dok terkurung dlm umah. balik ika bekalkan lauk pengantin.
jmpa ainil. diam je dia. haha. sronok gak nyakat. abg aie tegur me sbb tak dtg pagi tu. dia tau me ada kelas. me segan laa. tak tau nak borak apa. me balik umah td pun sbb ayub dah ngamuk gak.
huu.. nak naip lagi tp kepala dah pening. selsema makin teruk laa.. tido dululah ek..
huu.. miss him..
tidoq senyum ;)
~comei~
Friday, December 16, 2005
semangat..
hari ni nak cerita ttg semangat.. semangat apa ek? napa pasal semangat ek?? hmm.. td waktu lunch me ikut kwn2 opis pergi rumah teman sepejabat yang sakit (ada me tulis dia pengsan kat opis hari tu). dgr citernyer ahad ni dia nak blk kg kat kelantan dah. so tak tau la bila bleh jmpa lagi. apa2 yg jadi kita tak bleh nak jangka kan? so td kami pergi 1 kereta - 7 org. kete besaqlaa. hehe
sampai kat umah kak gie kami disambut oleh adik dia dan kak gie sendiri. kak gie nmpk ceria. tak nmpk mcm org sakit pun. seronok dia tgk kami dtg. dr kami sampai hinggalah nak balik kecoh mulut kak gie bercerita. cerita ttg dr mula dia dpt tau dia ada tumor kat otak (sikit), kemudian breast cancer, cerita ttg cam na dia hadapi berita tersebut, cerita ttg penerimaan family (husband, anak2, mak ayah, adik beradik dll), cerita ttg berubat dan cerita ttg pengorbanan semua org, juga ttg semangat dan redho...
kagum tgk kak gie. dia nmpk kuat dan tabah. cara jalan nmpk sihat dan cergas. cara berbual ceria sentiasa. dia buat kita yg dtg melawat rasa kagum dgn kekuatan dia. cara yg menghilangkan rasa simpati dan rasa sedih kita yg melawat dan yg membuatkan dia tambah bersemangat.
cerita kak gie.. awalnya takut utk mendengar sebarang kemungkinan dan terkejut dgn kenyataan doktor ttg penyakit yg dihadapi. for sure utk sehari dua (mungkin seminggu dua wallahu'alam) akan down dgn berita tersebut tp kerana akal yg waras dan mampu berfikir pjg juga support dr keluarga kak gie kuatkan semangat, pk positif dan redho dgn ketentuan dan ujian dr-Nya. bg kak gie dia adalah org yg terpilih utk terima dugaan ini. dan segala yg Allah turunkan itu ada hikmahnya dan Allah uji kerana Allah sayang. ditambah dgn persekitaran yang juga positif - dorongan dan semangat dr keluarga dan rakan2 membuatkan dia lebih positif. kata kak gie setiap org akan mati cuma cara itu berbeza. ada yg mati kerana sakit, ada juga yg mati tanpa sakit (mati dlm tidur, xcden, jatuh, dll). semua tu penyebab sahaja dan akhirnya adalah sama. me kagum dgn kak gie.. insyaallah me akan doakan kesejahteraan utk dia. semoga dia dipermudahkan atas segala urusan di dunia mahupun di akhirat.. amin...
mcm mana bleh kesan ada tumor & cancer? kak gie selalu sakit kepala dan muntah2.. kalau tak silap pergi buat checkup sbb pengsan kot.. tak ingat plak. di dapati ada sedikit tumor pd otak. pas tu plak jmpa plak kanser pd breast. kena berubat utk breast cancer dahulu baru utk otak. baru2 ni lepas kak gie pengsan kat opis dia buat ctscan dan dapati kenser pd otak turut aktif. huu.. mcm2laa.. me tak tau sgt.. sbb dgr citer dah tgh2.. kalau tgk kak gie mmg tak tau dia ada dua2 penyakit tu.. ya allah.. kekuatan yg Kau berikan pd dia mmg di luar jangkaan. skrg kak gie kata dia dah tak berapa dengar pd telinga belah kiri.. bila terjaga mlm mata berpinar dan tak nmpk.. hmm.. allah tarik sikit2 nikmat tu.. mmg dia takut nak hadapi satu2 nikmat yg allah tarik tp dia sungguh cekal. dia kata, skrg dia redho sgt dgn tiap yg berlaku atas dirinya. itulah hikmah dia ditempatkan di hospital kerajaan sblm ditukarkan ke hospital swasta semasa dlm rawatan. sbb masa dlm spital kerajaan tu lah dia nmpk betapa ada org lain yg lebih sakit dr dia.. ada org lain yg lebih susah dr dia.. ada org lain yg lebih sukar kehidupannya dr dia..
kesimpulannya.. hmm.. redho dgn tiap ujian.. jgn memandang ke atas shj tp pandang ke bawah dan bersyukur dgn apa yg kita dpt.. juga.. positive thinking.. (erk.. i'm trying)..
(najwa, apa tanda2 barah otak selain dr sakit kepala dan muntah2 ek?)
off topic
umah kak gie dkt desa moccis sg buloh. masa perjalanan ke sana kami ikut paya jaras. lalulah dpn umah x-fiance me. me tunjuk kat kak noris umah dia. me ckp yg 'mak' kasi me kain batik dr terengganu (dia beli kat saner sbb mak org ganu). 'ada apa2 ke?' tanya kak noris.. haha.. tak adalaa akak.. sajer nak kasi.. nak berbaik dgn maknya je bkn ngan anaknya yg laki tu. kak noris kata kalau dah jodoh tak kemana. pusing2, ujian melimpah ruah, alih2 org yg sama juga. ye laa.. dah 4 tahun berpisah.. tetiba contact balikkan. apa hal? tp contact ngan mak dia je la. hmm.. tak tau la kak noris. me tak pk plak yg kebaikkan tu ada 'udang sebalik batu'. hehe. kalau ye pun.. me tak dpt la nak menyambung kembali hubungan yg dah putus dgn anak dia tu. manalaa me nak letak abg polis me tu?? haha. hati dah kena curi dgn org lain la. huu..
kesimpulannya.. hubungan dgn dia adalah kenangan.. tak mungkin berulang.. dan me doakan moga dia sememangnya dipertemukan dgn org yg lebih baik dan lebih segala-galanya dr me (sprti yg dia kata masa sblm kitorang putus dulu..)
~nak rindu & sayang abg polis sorg je :p~ hehe
update :D
baru lepas borak ngan dia kat phone. lama la gak.. sian dia tak sihat. dia cuti (off) hari ni sampai rabu dpn. isnin balik kg hantar abah dia balik saner. hari ni abah dia dtg. tp tido kat umah akak dia. mcm2 lagi borak ngadu hal. hehe.. karektor dia berubah ikut keadaan. time keje serius giler. rasa mcm buat report kat balai je kalo call. tp kalo bkn waktu keje dia sama je mcm org lain. huu.
sama mcm me jugak.. hari ni my mom and dad sampai kl. ada kat umah laa ni ngan ayub and da family. cumanya mak balik sepang ahad kot. pukul brapa tak tau lagi. tak pasti juga mak g umah ika ke tak. rasanya g sbb dah di jemput. wallahu'alam...
ahad ni me ada kelas kat bangi. :( sedey.. tak dpt nak g kenduri ainil.. minggu dpn kelas pack dr ahad sampai khamis. letih woo.. lepas tu ada kelas hari selasa pastu tak der kelas dah. awal bln januari xm. final xm 4 this semester. td dpt jadual xm dah. huu.. bleh jwb ke ek nnt?? rasa mcm tak prepare apa pun. huu.. terukkan!!
-abis update-
*comei*
Thursday, December 15, 2005
pizza
"tau..tu yg hr tu sy ajak awk tu.."
"nanti ye.."
":) k"
yey! bestnyer.. ada org nak blanjer pizza. hehe. iklan pizza baru tu dah lama kuar tv. mungkin sbb smlm dia free mlm tgk tv citer apa ntah tv2 ada iklan pizza. haha. hari ni dia masuk keje kul 7am sampai 1pm. hr ni hari terakhir persidangan tu kan.. hmm :)
mlm td me cpt lapar. tak taula napa.. pg smlm dah mkn nasi lemak, ptg roti canai, mlm lepas kelas nasi goreng kampung. tido kol 2am. bgn pg kul 5.55am masa azan subuh sbb dgr bunyik tikus bergaduh. mana dtg tak tau. menakutkan betullaa.. bgn g bilik hani tido sat ngan dia. ni la dia kalo dok umah flet.. bilik me dkt ngan dapur. kiranya bertembung 4 dapur dan 4 bilik tidolaa.. kalo sidai baju leh nmpk org depan masak atau bleh berborak dgn org sebelah or org bwh (depan) yg tgh sidai baju gak.. haha. tikus tu sama ada dr bawah atau dr atas. masuk ikut dapur main kejar2 dlm umah + tumpang makan dan berkemas. huu.. kelmarin pecah sebijik cawan kaca di langgar dek mak menti nie. hari tu ternmpk kelibat dia. mcm besar. gelilaa.. huu.. nak pasang perangkap tp terbayang kalo tikus tu dah ada dlm perangkap.. alahai.. gelila plak... org kata kalo nak buhun jgn nyiksa dia. lagilaa tak sampai hati.. :(
mlm td abis kelas g mkn kat kedai kat bwh ngan jim and hani. lapar.. sajer blanjer diorg mkn. hani cdg nak bela kucing. me plak nak bela ikan. dah 2 hari nmpk ikan comei dlm bekas kecik jual kat kl sentral. tp tak pasti brapa harga dia dan ikan apa. rasanya ikan idup. tak berpeluang nak singgah lama pun kat situ. tgklah hari ni kalo sempat. jim mungkin ahad ni balik sepang. tak pasti. mak, ayah ajib and family mai kl sabtu ni kot. riuh rendahlaa rumah.. :D
hari ni bgn pagi rasa mcm baru lps berjogging. sakit yg amatlaa sendi2 kaki ni. kesan turun tangga ni tak tau la bila abisnyer. mau seminggu ni. sakitlaa..
next week kelas me berderet dr ahad sampai khamis. letihnyer... ahad dr pg smpi ptg lak tu. assignment tak siap lg. last kelas selasa spn kot.. kelas network. pastu xm. pas tu abis sem 5. nxt yr naik sem baru lak. sem akhir.. tahun akhir.. ish.. kejap je kan.. :) tak sabar nak abis study.
* sorrylaa ye.. citer cam rojak. penatlaa..
* now tgh dgr lagu jepun. best
Tuesday, December 13, 2005
latihan kebakaran
effect dia?? hmm.. me ngantuklaa skrg.. ngantuk sbb letih kot.. kak su sampai tkt 17 dah flet. jmpa org yg bertugas, pas tu turun naik lif kot. tak tau la. bagi mereka2 yg sakit + pregnant diorg turun guna lif bombalah kot. ada sorg akak ni pregnant first baby. sian dia sbb panik. sampai rasa mcm dah nak bersalin. nasib baik dr dan staff nurse kat sini cekap. tenangkan akak tu, kasi rawatan sepatutnya dan ok dah la akak tu.
turun td kol 11.30am lebih kurang. dlm 30 minit gak la kitorang berkumpul kat bawah ni. me ni mmg bagus betul turun smpt bawak handphone jerk. handbeg tinggai kat atas. haha. kalo tak bleh lari g makan. huu.. kol 12.30 kuar teman 'dia' atas urusan dia. lama lak. lapar... merajuk sat, dptlaa nugget mcD + air milo. haha. so hari ni, dr td pg sampai laa ni me cuma mkn nugget, minum air suam ngan milo jerk. tak der rasa nak mkn.. tp terasa amatlaa ngantuknyer nak tidoq. huu.. manalaa tak kena gastrik.. :(
*sian dia kena marah ngan bos dia.. :D
mlm ni ada kelas. naik monorail lg kot.. ke nak naik bas ek?? hmm.. pk.. pk sat..
*ngantuks lagi*
hari ni umo me kalo ikut tahun hijrah 26 tahun 2 bulan :D --> silap... sebenarnyer kalau ikut tahun masihi :D
ngantukss
hari ni sampai lewat lagi. lrt problem. sampai kat ampang park dia buka pintu tu lama2. huu.. ngantuks gilos. terpejam gak la mata sambil berdiri. kat klcc, kg baru, dang wangi dan masjid jamek pun lrt ni berenti lama gak. awatnyer atk tau. lps tu me dah tak sedar. hehe. maklumlaa dah dpt duduk. mata pun pejam la. mmg tak ingat.. tau2 dah sampai bangsar (bkn jauh pun. selang 2 stesen jerk). tu pun sempat gak panggil ayam tido samer (tido2 ayam laa :P) haha. kalo bleh malas nak kuar masa kat kerinchi, tp kena kuar gak sbb dah sampai opis.
hari ni nak sambung kerja smlm. tgh run job dkt dev. smlm dah run ok, tp bila run kat prod problem. tak tau la napa. tak pasal kena delete semula dan hari ni try run balik. kalau ok kat dev try run kat prod semula. if problem lg.. hmm.. tak tau laa...
still sleepy... agaknya sbb kesan ubat mlm td tak abis lagi ni kot. ntahnyer.. lapar pun yer.. tak mkn lagi.
mlm td ada kelas. ujan lebat giler. redah je la sbb nak kena g kelas. selalu sgt ponteng. kang ada plak yg rindu me dlm kelas tu. haha. ada ke? *wink* masa kat kl sentral jmpa bdk praktikal kat opis ni. laa ni dia dah p MMC. ada kes sket ngan bos dia. kes tak bleh balik awal dr sepatutnya masa raya hr tu. sudahnya bos dia kater 'tak yah dtgla. awk terus je g kolej'. huhu. bos ni pun satu gak. org tu bknnyer naik bas. naik belon gitu. raya plak, cam na la nak cancle tiket beli baru. kot ada bleh ar. kalo tak der cam na? hmm.. sajer je yg benonyer nak buat alasan kot. wallahu'alam... laa ni tpt bdk praktikal tu tak der saper yg ganti pun :)
smlm pg masa me smpi opis wan ckp kak gie pengsan masa sampai. nasib baik masa tu ada cleaner. akak tu la cari org minta tolong angkat kak gie. siap muntah2 lagi. kak gie baru lapor diri semula 1/12 hr tu slps bercuti selama 3 bulan ++ (rasanya). sebulan lepas dia bersalin dia bercuti panjang. sebabnya.. dia sakit.. breast cancer. laa ni rasanya dah stage 4. masa ka gie masuk hari tu me tak cam dia. nmpk muka mcm sama tp dah lain sbb dulu dia putih gebu. yg sama suara dia. me sampai jmpa kak mala utk confirmkan betul ke tu kak gie. berat turun 10 kg + ketinggian turun 5 cm. kurus sgt. kak noris kata last week kak gie dah start muntah2 teruk kat opis. so dia mc 3 hari. mungkin smlm dia rasa dia dah ok. sbb tu dia dtg kerja. hari ni or mungkin minggu ni kak gie mc kot..
*sebenarnya dah lama nak citer pasal kak gie tp tak sempat..
hmm.. hari tu me ada tulis ada sorg guy br masuk sini kan. hehe.. me tulis yg dia bujang kan..? sbb sblm ni kak haida ckp pengganti dia tu bujang.. tp me pelik sbb guy ni slalu bwk bekal g keje. baru ni jmpa kak haida masa me training kat MMC kak haida sebut yg dia dah kawen. so tak bleh ar nak main mata dgn dia. haha. shh.. jgn kasitau 'dia', kang kena fire :P - ubat ngantuk tu tau :D hehe
*ngantuksnyer...
*hari ni ada org rindulaa.. haha.. best.. menusuk ke kalbu mendengarnya. ekeke. chewah.. first time ever :D (ilang sat ngantuk..huhu..)
____
"(_)---(_)"
"/_#_/S"
Monday, December 12, 2005
abis dah laa.. :|
lately ni ada rasa 'susah hati' + pk yg bkn2.. tolonglaa.. cam na nak buat? cam na nak kuat semangat? cam na nak buang benda2 yg lepas2 ni? tak nafi.. semua tu masih menghantui.. + me terpk yg... hmm.. tak perlaa.. abaikan.. :(
kalaulah.. kalaulah mmg perkara yg me terpk tu jadi.. my planning is.. nak sambung study je + sesibukkan diri dgn mcm2 hal + kerja. biarlah tak yah pk benda2 ni lagi.
along.. cam na ek?
:(
note: dia mungkin mc hari ni. td dia msg kata ada appointment kat hukm. + tak lupa, dia hari2 tanya pasal problem perut me yg always berproblem. hehe. gastriklaa :p
ainil kawen hari ni :D
sajer nak update blog sket sblum tido. hari ni jadual me penuh. apa yg me rancang me buat cuma caranya lain sket.
pagi -
bgn tido siap2 nak g umah ainil (gosok baju, mandi, make-up..hehe). me pakai baju merah kotak2 yg ada kait tu hari ni. baju ni patutnya jd baju raya me tp tak sempat siap hr tu. hehe. me kuar rumah
kol 9am. naik teksi g umah ainil. ikut perancangan diorg nikah pukul 10am. masa me sampai ainil tgh make-up. ainil cantik.. cantik sgt.. nmpk serinya.. hmm.. suka tgk dia td. ainil cam biasa tak henti2 jual minyak. membebel je dia. dia mmg byk ckp. tak tau diam. kelakar.. meriahlaa.. me tak der tolong apa pun. tolong nyibuks jer. hantaran belah pompuan 13. lelaki 11. bila nak smpi waktunya ainil gabra giler. siap kasi minum air nak kasi tenang tu. tgk muka mcm nak
pengsan pun ada. tangan dia dah sejuk. puaslah org kat bilik tu tenangkan dia. huu nasib baik bkn dia yg kena akad nikah. kalo tak.. haru.. :P sblm akad pengantin pompuan keluar bilik utk dengar apa pak imam nak ckp. sepanjang masa ainil pgg tangan mak ika (mak mentua ainil). dia kata sebenarnyer dia tak tau dia pgg tangan saper. tgk2 tgn makcik. makin kuat dia genggam. haha. takut tu. lepas akad kitorang (me and ika) rasa lega. ntahlaa.. rasa seronok sgt. ainil dah sah jadi isteri org. tanggungjawab dah bertambah.. tiga2 org kawan baik me dah kawen. intan pun dtg. dia bawa anak dia muhammad dan mak dia. hubby dia pun ada tp tak masuk bilikla. seronok jmpa intan. lama tak jmpa. intan laa ni dok klang. so susah nak jmpa. ika jd pihak pompuan. so dia pun dtg teman ainil. seronok kumpul empat2 org td. mcm2 borak.
lepas sessi nikah sessi bergambar plak. erm.. pengantin la yg bergambar. mcm2 pose. tp me tak tumpang amik. hehe. me beli satu kodak je kali ni. tak taulaa.. tak der mood sgt nak amik gambar. + tak der ongkos. haha.
ainil bersanding kol 1.30 sepatutnya. tp cam biasalah lewat sket. sepanjang bersiap me teman dia.
ngan 3 org kwn kerja dia dan wife photographer. sajer sesambil tu ngusik dia. ainil pakai warna gold. pg td nikah kaler kuning air. nama pun raja sehari, kenalah pakai kuning or goldkan :D. mcm td, ainil mmg cantik. cantik dlm pakaian pengantin. tp ainil mmg cantik pun sebenarnyer.. :) me teman kejap je. tak sempat me tgk dia bersanding. sbb nak berkejar lak ke klia utk jmpt ajib. bila along dah sampai je me minta diri nak balik. jadilaa.. sampai situ je me bleh teman. tak per.. kengkawan dia yg lain ada.. sebenarnyer me rasa sedih gak.. hmm..mlm sblm tu me tak teman ainil pun. rasa bersalah gak.. tp me pk, mungkin ada org lain bleh teman dia mlm tu. bkn tak nak dtg. tp tak dpt dtg. first sbb ujan. pas tu sbb malas. dan sbb nak pergi tu.. hmm.. me sorg.. so problem laa.. memalam lak tu.. hmm.. pas tu sbb.. me pk sesuatu.. mungkin tak patut kot pk.. tp.. terpk.. : hmm.. me pk.. masa me nnt, kwn2 me ni akan ada teman me ke mlm sblm me nikah or kenduri? tak mungkin kot kan. sbb semua dah ada family. dan mungkin sbb jauh.. erm.. kalau kenduri mungkin kat sepang.. sanggup ke diorg nak dtg jejauh semata2 nak teman me mlm tu? tak kan? yg akan ada dgn me mlm tu hanyalah keluarga me (me tak rancang nak buat kenduri besar..). so.. sbb tu jugalah me tak g umah ainil mlm tu. minta maaf ye ainil.. rasa sedih sebenarnya..
ptg -
mak call tanya bila kitorang nak g amik ajib. dia dah risau. ish.. sabar je laa.. lepas g kenduri ainil, rush g klia ngan along. ajib dijangka sampai kol 2.45pm. kitorang dr keramat pukul 2pm. berhenti kat petronas sblm klia sbb abg long nak mkn. abg long tak singgah kenduri sbb tak sihat. kitorang smpi klia pukul 3pm.
amik diorg, terus g sepang. ayub diam je dlm kete. tak biasa tgk makcik2 dia yg lain. sufi lak suka tgk ayub. asyik dia nak main dgn ayub. suka tgk gelagat diorg. me plak? tak renti amik gambar diorg berdua ni. haha. seronok.sampai sepang kitorang mkn nasi. tak puas mkn kat kenduri. mak masak simple tp menyelerakan. mcm2 ada. ptg tu mak masak lagi. sbb ajib bawak lauk. ikan dr kk, daging kerbau dr kk, kupang dr kk.. tp tak masak sumer. mak masak ikan ngan kupang tu je. buat asam pedas, goreng sambal, goreng biasa. tp sedap. tak puas mkn. bertambah gak la (laa ni sakit perut sbb mkn byk). bungkus yg dah masak bawak balik kl. kalau yg tak masak, tak taula bila nak masak :D takut keras gitu je dlm peti ais nnt.
malam -
balik kl lps mkn mlm. dlm kol 10 lebih td smpi (masa tu raihan tgh nyanyi kat tv3). letih. kemas2 apa yg patut. mandi. online. update blog. baca mail. dan sat lagi... nak tdo.. ngantuk dah ni... huaa.. zzzzzz
wassalam..
bersamamu...siti sarah...
Jangan diucap selamat tinggal
Pada diriku yang menantikanmu
Telah kau tunai seribu janji
Satu kau mungkiri hidup bersamamu
(chorus)
Tidakkah kau kasihan kepadaku
Yang mengharapkan cintamu
Mengalir airmataku
Merintih dalam pilu bila kau berlalu
Serikan semula mahligai hati yang lara
Bertahun lama ku tunggu
Bertaut cinta yang satu (lalu)
Berikan ku cinta sembuhkanlah luka lama
Selagi kasih membara
Daku setia selamanya
Jangan diucapkan perpisahan
Sayup suaramu menghilangkan rindu
Pasrahku di dalam kerinduan
Kasihku padamu subur di hatiku
--> hmm..mcm best jerk lagu baru sara ni... tak der makna apa2 pun. sajer suka dgr lagu ni. suara sara ni gemersik. best :D
Saturday, December 10, 2005
jeles.. :(
Td keluar dgn ika – g umah ainil sj nak tgk preparation dia menjelang hari bahagia beberapa hr lagi. mlm ni diorg pasang pelamin + buat bunga pahar (isi telur je). Seronok. Borak2 tgk2 belek2 :D mcm2.. g umah ika sblm tu jmpa mak ika (+family dia). Mak cik jemput dtg 18/12 ni. Abg aie (bakal suami ainil) tegur tanya mana me pegi sbb lama tak nmpk. Hehe. Me nyuruk laa.. ika tak der.. me mmg tak rajin jln umah kwn2.. transport pun tak der kan.. me kena usik gak la dgn sumer2 org. ye la.. thn lps ika, thn ni ainil, me thn depan lak diorg kata. Hmm.. iyekan je.. tak taulaa… cpt lmbt tu DIA dah tentukan. Kita ni rancang je. Dgn siapa pun tak tau kan. Walaupun dah bertunang tp kalau DIA kata bkn jodoh kita sehari sebelum kawen pun bleh putus kan… hmm..
Tetiba moody.. ntahlaa.. jeles kot.. huu… terasanya.. hmm.. awat?? Ikalah ni..
Sebenarnya mmg nak kasi tau kat ika pasal me and dia. Tp td dia pesan jgn kasitau ika. Dia takut kena giat ngan ika. Tak per laa.. tp me kasitau gak.. tak nak nnt ika kata me nak sorok.. yg sblm2 ni semua me citer kat ika. Me segan gak nak citer sbb takut tak jadi. Tp entahlaa.. serba salah.
Ika tgk hp baru me. Me mmg nak dia tgk hp tu. Sbb dlm tu ada rahsia yg dia nak tau :D Sebenarnya nak ika tau sendiri dr hp tu. Ika belek2 dan tgk gambar2 dlm tu. Sambil tu ika sebuk tanya me kwn ngan saper skrg sbb masa dlm kete ika suh hubby dia carikan sorg utk me. Tp me jwb ‘tak yah laa..’ so diorg agak me dah ada ‘kawan’. Sbb tu ika terus tanya me saper org tu.. adakah ‘org opis’ me tu.. atau ada org lain?? Me just jwb ‘adalaa..x de apa..kwn je..’ tak tau nak ckp.. dlm hp me, gambar ‘dia’ me letak nama dia.
‘mcm kenal je…’ still dlm nada blur.. ejaan nama tak sama so ika tak agak apa2.. ika tgk je gambar tu
'anim mana gambar dia?' me senym je..
‘anim!! Nii??’ muka terkejut.. me senyum lg dan angguk..
‘tak cite pun..’ ika dah merajuk…
‘tak sangka gak.. tp ayah tak nak polis kalau boleh.. so just kawan je.. jgn harap apa2.. jgn citer ngan sesaper ek.. takut tak jadi..’
‘hmm.. tak perlaa.. dulu dia mmg penah citer antara sbb clash dgn x-gf dia pasal family pompuan tak suka kat polis’
‘ooo..’ dlm hati – brapa byk x-gf dia??? Huu.. I’m jealous..
‘eloklaa korang dah kwn.. kalau tak asyik call aku je suh carikan calon utk dia.. siap belikan topup, msg, call, bla bla bla.. mcm kapellak.. bla..bla.. bla..’ semua yg ika citer me dah dengar dulu. Cerita yg sama.. yup.. tapi.. perasaan masa mendengar dah lain :( me diam je.. mcm buat2 senyum pun ye.. huu.. dulu me tak kesah ika nak citer apa pun. Me buat tak tau je.. sbb masa tu tak kenal ‘dia’ dan tak ada apa2 dgn dia.. tp tadi.. huu.. rasa lain.. jeles… walaupun ika tu sepupu dia.. walaupun ika tu dah kawen.. walaupun ika tu kawan baik me.. walaupun me tau ika dan dia tak ada apa2.. tapi hati ni terima cerita tu kali ni dgn satu perasaan yg lain.. hmm… cemburu ke me? Kenapa ek? Huu.. takutnyaa… sedihlaa…
cemburu sebab.. cara dia layan ika sblm tu.. masa dia suh ika carikan ‘kawan’ utk dia tak sama mcm dia layan me skrg.. dan ‘layanan’ mcm tu hanya me dpt ketika me merajuk hari tu (masa dia tak jd jmpa me sbb dia ada hal lain). Tetiba hati ni rasa lain.. otak ni teringatkan sesuatu.. teringat masa mula2 jmpa.. teringat yg dia tak contact me lepas tu.. teringat yg tetiba dia muncul dgn mcm2 masalah.. tringat yg me senang hati tolong dia (padahal tak kenal.. tolong sbb dia sepupu ika).. terasa yg .. hmm.. dia terpaksa ke suka kat me?? Dia suka sbb terhutang budi ke?? Huu.. me tak suka!! Sedihlaa.. (tetiba rasa jauh hati..)
dia layan me mcm kawan je.. cara cakap yg kasar (ika kata dia mmg ckp mcm tu), straight to the point, garang (sbb dia kasar kot), ckp hal yg penting2 je.. kalau ada yg nak tunjuk perasaan dia pd me adalah rasa cemburu dia.. bila dia marah kalau me ckp nak cari org lain.. atau mcm td me suh dia sampaikan salam kat kwn dia (lelaki), dan bila dia bincang ngan me apa yg dia nak buat.. juga bila ada kalanya dia msg/call me bila dia bgn tido dan.. bila dia cuba memujuk me bila dia rasa me merajuk.. dia tak pernah ckp dia rindu.. me pernah tanya dia sekali dulu, yg mana me dpt jwpn ‘adalah sikit..’ sblm tu jwpn yg me dpt hanya gelak atau ‘hish, ngada’ – garang woo.. dan ‘tak’ :( - lepas tu me tak pernah tanya dah.
me plak mcm mana? Me takut nak kacau dia. Setakat ni cuba follow cara dia. Tp me tak der la jd mcm dia. Me jadi yg sebaliknya (lembut sikit – :p tp sikit jela). Oleh sbb dia kasar ngan me, me pun kasar gak la. Haha. Bila namanya ‘berkawan’ dan sebutan serta anggapan adalah ‘kawan’ maka layanan adalah layanan utk seorang ‘kawan’. Slumber fire, gurauan yg keras dan kasar.. tiada terasalaa.. (masa mula2 me tak bleh nak follow gurau kasar2 ni.. skrg dah ok), tak kesah nak ckp apa.. tak kesah nak keluar ngan saper.. buat bodoo je.. tak kesah juga nak marah dia. cuma kdg bila me rasa mood dia ok, me suka sakat dia.
sebenarnya.. me tak harap dia layan me mcm puteri. Me suka dgn layanan dia sekarang.. me rasa gembira skrg dgn dia.. cumanya.. me jeleslaa bila ika citer kesah sblm kitorang kenal dulu mcm mana dia minta ika kenalkan dia dgn mana2 kawan2 ika yg single. Jeles sgt!! Huu…
--------------
citer bab happy lak (nak cuba pulihkan hati yg tgh jeles.. hehe)
sebenarnyer tgh jeles lagi.. so citer2 happy siang td mcm lupa je.. nak refresh balik susah.. tp me cuba gak laa..
napa nak citer? sbb me nak senyum.. nak cuba senyum.. huu.. panasnyer dlm hati :(
hari ni sabtu. sbb masa me tulis blog ni (sekarang) dah pukul 2pagi. citer best tu jd smlm. smlm hari jumaat. hari terakhir me kursus. biasanya kalau hari terakhir ni half day je. me msg dia kata me nak g klcc. sajer nak jln2 kat situ. me sebenarnya kata 'me nak g saner, jln sorg2'. tp dia ingat me minta dia teman me g saner sbb sblm tu me tanya dia keje ke tak. dia balas kata tak dpt teman sbb keje ptg tu. tak kesahlaa.. me senyum je. me tak g pun klcc. balik umah terus. kol 1.30 me dah ada kat umah sbb sblm tu teman kapten xana (salah sorg peserta kursus dr kem impal) g beli manik utk baju baru dia. xana hantar me sampai umah. sbb tu cepat sampai umah.
me try call dia tp tak dpt. dia tak jwb. bila tgk jam.. ohh.. waktu solat jumaat. positive thinking - dia solat kot.. :D dlm kol 2 dia call hp me. kebetulan masa tu me tgh borak ngan mak kat tipon umah.
'tgh buat apa?'
'borak ngan mak' - terus terang..senang..
'oo ingat tgh guna internet' - nada lain.. hmm.. serkap jarang tol bdk ni. biasa kalau dia call enggage mmg me tgh online internet.
borak2 update xtvt (tak ingat dah borak apa..). kol 3 dia msg kata nak kuar jmpa kawan. me rasa mcm ngantuk sgt. so tidola.. lama gak.. 2 jam.. tp bangun tu rasa puas. sebenarnyer bangun tu terganggu oleh bunyi hp. saper ntah yg call tak tau la. rasa terganggu sgt. sbb me tak suka org yg call tu. haha. ingat nak tdo balik tp tak bleh gak.. sajer call dia tanya kat maner.
'kat luar tgh minum dgn kawan'
'oo..saper?'
'abg tu la..' (td masa call dan masa dia msg dia mmg kasitau nak kuar ngan abg tu. sblm ni me tak penah tanya dia kuar ngan saper.. laki or pompuan.. td sajer je tanyer sbb tak tau nak tanyer apa :D)
'oo.. kem salam ek'
'*diam* amboii!! mana bleh.' huu garangnyer... terkejut me. dr baring terus duduk.
'napa?' suh kem salam je. bkn suh apa pun' ;) start dah me nak nyakat dia. hehe
'ngengada..'
'tak bleh ke? marah ke? tak bleh tak per laa..' me gelak je.. dia pun gelak dan tau me gurau. tp kasar sket bunyiknyer.. dia jeles. yes!!
'tau tak per' - mcm merajuk je bunyik. ntahlaa.. me rasa happy sgt masa tu. suka sbb dia jeles.
kejap je call dia (27saat) sbb nak tau dia kat maner. lepas tu call along. ingat nak kasitau along. tp along tgh mkn kat luar. citer hal lain lak ngan along. pas tu terus call dilla. tak sabar nak citer. seronok! suka kongsi citer pasal dia ngan dilla. sajer suka. :)
pukul 7pm dia call lagi.
'hello sayang' - sajer nak nyakat. huu.. tak pernahlaa me ckp mcm ni kat dia. hehe
'adoi mak luruh jantung' kelu dia lepas tu. me gelak je.
'awat?'
'erk..terkejut..' suara mcm pelik.. tergagap2 lak tetiba. me gelak je. sajer suka.
'dah pungut jantung yg jatuh?'
'*gelak* ngada ye? dah.. dah... fuhh..'
terus kelu dia. me rasa dia terus lupa nak ckp apa ngan me sbb dia diam je lepas tu. sianlah plak. tak per.. lps ni me tak sebut dah mcm tu. dia penah gak panggil me 'sayang' bila me jwb call dia, tp me tak pernah lak rasa sampai mcm tu. biasanya menyahut dgn perkataan 'ye' je bila dia panggil cam tu. dan senyum. tp tak pernah rasa lagi sampai nak luruh jantung.. :) mungkin satu hari nanti kot. hahaha.
'awk kat ne?'
'kat luar lg. dgn abg tu'
'oo..napa td tak nak sampaikan salam saya kat abg tu?'
'ish. ngada awk? ooo ada hati ye?? mana boleh!!' - marah woo.. marah sayang bak kata abg angkat me (abg angkat lah ek :D)..
'napa tak boleh? sy suh kem salam je. bkn kata nak kenal pun' - start nyakat lagi.. sajer nak tgk.. suka nak dgr jawapan dia dan cara dia jawab
'tak boleh laa... awk nii??' dia tak der jawapan.. tp tu dah tunjuk yg dia jeleskan? tu yg me suka. suka bila ada org jeles. hehe. hmm.. sekali skala tak perlaa kacau. selalu2 bahaya. nnt gaduh lak. agak2 lepas ni dia nak kenalkan me ngan kengkawan dia tak? haha. me tak rasa mcm tu.. tak taulah kan :)
teringat td ika kasitau beberapa benda yg dia tak suka.. dia tak suka pompuan yg mengongkong.. tak suka pompuan yg ngengada.. haha.. ntahlaa.. me jeles dia dgn ika.. :p
-jeles-
Tuesday, December 06, 2005
hmm...
smlm abis kursus pukul 4.30pm. balik tumpang kak ani sampai pasar keramat. g umah mak uda peah amik payung. 1 jam je dok kat umah dia. kol 6 lebih dah sampai kat umah. rehat2 sambil tgk tv. kemas sket2 kat dlm umah tu. rasa lamanya waktu dok kat umah. patutlaa org bleh siap masak lagi ek balik keje kalo umah dekat + opis hour abis kol 4.30pm. penat pun tak rasa. seronok pun ada. tp kalo mcm me yg dah selalu balik lmbt sekali sekala mcm tu mmg seronok. selalu.. tak bleh kot. sbb mmg opis hour abis kol 5.30pm (paling awal me akan kuar kol 6.00pm). dah tu opis kat kerinchi umah kat keramat. +- 30 dlm lrt, 30 minit tunggu bas, 15 minit dr lrt ke rumah. dah mlm baru sampai umah. teringat dulu masa sekolah ayah pernah berseloroh 'angah dah besar nnt, dah kerja, dah kawen kena ada pembantu rumah'.. hehe.. mungkinkah? hehe.. tak kot.. sbb kalau ikut waktu kerja si dia mmg tak perlu pembantu rumah sbb mungkin masa dia byk kat umah kalo dia tak keje. tp dia kenalah buat kerja rumah. hmm.. setuju? tak setuju tak per :p
malam, tgk tv, call mak. borak dlm 30 minit pasal ayah. borak ngan jim gak. me pesan kat jim suh dia jadi ketua rumah sementara. pastikan mak ayah selamat. jaga diorg. me minta dia jgn tinggal sembahyang, baca yassin utk ayah, doa tiap kali lepas solat utk kebaikkan ayah dan mak. doa minta apa2 yg tak baik tu, yg mengganggu tu keluar dr rumah. dll.. jim kata 'ok'. hmm.. semoga jim ada rasa bertanggungjawab kat keluarga.. aminn..
seharian berkursus. tak sempat nak call dia. adalaa pg tu try call tp tak dpt. dia call balik pun me tak perasan. tgh hari kot ada call kejap. mlm tak dpt dah. msg pun tak der.. sibuk sgt kot. sbb smlm first day persidangan tu kan? persidangan apa ek kat klcc tu? so mlm td rasa mcm tak der nak buat apa me tidoqla. tgh mlm terjaga. dgr mcm something yg buat me tak bleh tido. sudahnya me bangun masuk bilik hani tido sebelah dia. stgh jam je kot. tak pun 1 jam - tak pasti. pas tu me tido kat bilik me semula. - lately me suka tuka2 tpt tido :(
---
now still kat MMC. lunch hour. dah mkn td ngan kak ani, kak nora ngan sorg akak ni. ada 6 org dr kem impal, mindeff ni join kitorang. kursus ok. tp tak taulah napa, masuk je lecturer me mesti nguap. giler ngantuk. tak tahan. sampai sakit2 kepala. abis je lecture ok plak. topic mmg best. nak menjahanamkan pc. haha.
pg td call mak. tp ckp ngan ayah. lama gak borak. pelikla gak. biasanya ayah tak suka ckp kat tipon lelama. tanya pasal kesihatan ayah, ayah ckp mcm ok je. tp suara tu mcm lemah la. lps tu me borak ngan jim plak. pesan balik kat dia sumer2 yg me pesan mlm td. dia ckp dia buat insyallah.. alhamdulillah. senang hati dengar. tak borak ngan mak sbb mak tgh ajar org buat roti canai. saper ntah tak tau. hmm.. satu ayah pesan.. 'tak yah la risaukan ayah.. 2, 3 hari lagi oklaa. ahad ni ajib nak balik. insyaallah ayah boleh bawak kete. tp still lemah. tak yah la susah2..' hmm.. 'sakit ni tak nak baik2 gak, berubat yg semalam yg hari ni tak hilang..' hmm.. sedih je dengar.. rasa nak nangis..
smlm alang kasi mail pasal ayah.. 2 kali me baca kat sini me nangis. baca kat umah mlm td pun nangis. suh hani baca. sajer. biar dia pk nak cuti ke tak sabtu ni utk tgk ayah. hmm.. tak taulaa me gi kenduri ainil ke tak nnt.. susah hati lagi..
td dia call.. hari tu dia ckp mmg tak jadi nak tukar kete idaman dia tu. sbb byk halangan + kenari yg merajuk. ye la, tiap kali borak pasal nak tuka kete mesti ckp dlm kenari. majukla kawan tu. td dia ckp nak tuka kete lain. kete tu kete idaman me lak tu. haha. suka dia bila tau. me just ingatkan takut kenari merajuk lagi. tp dia kata 'tak kot.. sbb tak ckp dpn kenari'. haha. pandai kan kete ni? motor tak jd tuka tp nak bayar kasi abis. hmm.. dgn dia ni.. masa 4 minit bercakap tu penuh. dlm 4 minit mcm2 bleh ckp. kdg rasa mcm dah lama sgt borak. tgk2 baru 5 minit. masa mula2 dia nak kenal me dulu je kitorang borak lama. lepas tu 14 minit paling lama. haha.
hmm.. hari ni abis kol 4.30 lagi. hari ni tak der kelas. esok pun tak der kelas. kelas hari ni ganti senin depan. so hari ni balik cepat gak. balik cecepat tak tau lak nak buat apa. mlm ni call mak lagi kot.
alang email pagi td. dia kata dia dah hantar surat minta tukar kl. doa2 je lah moga dia dpt. mlm td mak ckp dia apply SEH. adalaa rezeki dia kat KL. Insyaallah...
rindulaa...
Monday, December 05, 2005
yang paling jauh...
---
erk.. ni bukan kad kawen me tau :D nie kad jemputan ke majlis perkahwinan salah sorang kawan baik me - ainil :) hmm.. ada kesilapan sket kad atas kad. 11/12/05 hari ahad, tp salah cetak lak hari sabtu. ainil tak perasan kot. tp yg kat dlm dia dah ubah. hmm.. tp kan.. cantikkan kad dia :) *tgh try load dlm kad tu tp tak dpt. awatnyer ntah tak tau la...

yey! akhirnya berjaya load kad ainil ni. hehe
Sunday, December 04, 2005
tak der tajuk..
kursus di MMC, Jln Semarak, KL
---------------------------------
hari ni sepatutnya g kenduri kawen christina kat dewan au2, tp tak dpt g sbb tak larat. pg td kol 10am kak fida dtg umah utk urut me. bleh tahan laa... sakit.. hehe.. sesambil kena urut tu borak2 ngan dia. ada masa rasa mcm nak tido gak la. ada part sampai mengalir air mata. tak tau napa kena selsema lak tetiba. urut satu badan - 2 jam RM50. hmm.. k tak? bdn byk angin la. lepas urut sakit kepala. me ada migrain. so tido gak la 2 jam. bgn terus masak dan makan. huhu, me masaklah hari ni. memula tu malas gak, tp sbb nak mkn nasi, masak gak la.
jumaat mlm dia call kata nak balik kg. balik mlm tu gak. kol 11.30pm dr kl. sampai saner kol 4am. balik berdua ngan kawan dia. kawan dia drive sbb dia demam. hmm.. balik kg sebab kawan dia kawen + ada business ngan abah dia. balik sehari. mlm td lps tgk bola balik kl semula. hmm.. susahlaa kerja cam dia ni. terkejar2.. nak cuti pun susah.. semuanyer urgent.. bleh ke me nnt? tak bleh nak plan apa2. tp nmpk mcm benda tu tak der apa pun pd dia. huh. miss him :p (dia call ni.. nnt me sambung taip..)
sambung..
smlm pg ada majlis jamuan raya kat opis. utk kelab teknologi maklumat TM. dr kol 8am - 12.30pm. sajer suka2 g saner. dptlaa tgk GM and da geng nyanyik. sporting gak la GM baru ni. GM baru kitorang pompuan. so far nmpk dia mcm ok. hopefully dia mmg ok :) cam biasalaa dr pg me kena usik ngan org opis. di kaitkan dgn sorg mamat kat opis ni yg masih bujang. hmm.. mamat ni tak tau la ada perasaan ke tak. susah hati gak me dibuatnya.. hmm.. masa org nak dia tak nak.. org tak nak dia plak 'mengcreate' gossip.. ish.. penat.
ptg tu jmpa kengkawan lama.. +- 8 - 6 tahun tak jmpa diorg. kengkawan masa belajar kat sg petani dulu - fiza (selalu jmpa kat opis sbb keje satu bangunan), su - last jmpa masa me buat diploma kat ypmkl (baru abis study kat UPM dan baru gak keje), amran - last jmpa masa study kat sg petani (skrg tgh study kat UPM).. tp dia tak ingat me dah :p. seronok sgt. sumer sproting. jmpa kat mid velly. ramainyer org. kitorang mkn kat kfc, pastu jln2 je kat dlm tu. lepas amran balik, teman su shopping utk umah baru dia. kol 5 lebih kot balik. sbb dah penat.. tp rasa mmg seronok.
huu.. dah ngantuk.. bdn still letih.. nak tidoq dulu..
salam..
5/12/05, 12.58am
Wednesday, November 30, 2005
rindu... (update!)
hmm.. hari ni rasanya hati ni penuh dgn rasa rindu...
rindu kat ayah..
teringat kat ayah.. teringat wajah ayah masa melawat kitorang kat kl baru ni.. ayah yg diam sahaja.. ayah yg pucat.. ayah yg tak berkata-kata.. ayah yg nmpk tenang.. ayah yg mcm bkn ayah... hmm.. along rasa tak? smlm me call mak kat sepang.. me tanya pasal ayah. apa khabar ayah? apa cerita ayah? sakit apa ayah? mak cerita kata ayah dah ok sikit. kelmarin g rumah pak cik jasni untuk berubat. mak teh tgk ayah terkejut. 'napa pucat beno muka kamu ni mat? lebam pun ye.. mcm ada yg menumpang jer..' mak kasitau mak teh ayah mcm tu dah beberapa hari. diam je..
pak cik jasni tgkkan ayah.. katanya mmg ada yg menumpang.. dah seminggu.. benda tu ada dok kat pondok dpn rumah ayah. 'seorang perempuan berambut panjang, muka berlubang, menjuntai kaki kat situ'. huu.. seramnya dengar.. takutt.. ayah mmg suka duduk kat pondok tu. pak cik jasni kata ada org hantar. benda tu perlukan makanan - darah. keadaan ayah yg mmg tak berapa sihat memudahkan org utk mengganggu. wallahu'alam.. kenapa masih ada org yg sanggup membela benda2 ni ek? entahlaa.. susah hati kami..
mak kata skrg tgh cari air masjid utk mandikan ayah. me tak ingat dah keluar ke belum benda tu dr ayah. dah di halau ke belum dr rumah. hmm.. tak sudah2 dgn gangguan mcm ni.. kesian kat ayah..
rindunya kat mak ngan ayah...
update 1/12/05
smlm ptg call mak. nak tanya pasal ayah. ayah yg jawab tipon. alhamdulillah rasa lega bila dengar suara ayah jawab salam. me tanya ayah sihat ke tak, dah ok ke tak. ayah kata alhamdulillah.. ok sikit.. cuma kadang tu still lupa.. lepas tu ayah suh ckp dgn mak.
suara mak pun mcm happy. seronok dengar. me tanya pasal ayah. mak kata ayah baru lepas mandi dan ada dekat ngan tipon. sbb tu ayah yg jwb phone. mak kata lagi ayah tak boleh sembahyang lagi.. sbb lupa.. lupa bacaan, lupa tertib.. tak sedar air mata me menitik.. kesian kat ayah. betul2 me rindu. mak cakap pagi semalam alang ngan oon call tanya pasal ayah. semua risau. alang suruh ayah mengucap. alhamdulillah ayah boleh ngucap lagi. dlm waktu ni ayah mmg perlukan anak2 dia utk tolong dia ingat apa2 yg patut. mak kata alang siap nak cuba cari mana2 org kat cawangan TMPoint area sepang tu utk tukar ngan dia. bagus idea tu. dpt cyberjaya pun ok gak. jauh2 ni kalau apa2 hal susahkan.. tu laa Allah nak uji.. hmm..
me letakk gambar raya sekeluarga baru ni kat desktop me. seronok tgk gambar tu. rasa mcm dekat dgn semua adik2. sayang dlm gambar tu tak der along ngan ajib. tp bila tgk gambar tu me terus ingat along gak. sbb along yg amikkan gambar tu :) tak bermakna lupa pd ajib.. teringat gak kat dia sbb pagi tu me call dia utk ucap slmt hari raya.

still in 'rindu' mood..
rindu kat kengkawan..
baca blog.. baca email.. tgk gambar2.. kenangan.. semuanya.. buat me makin rindu pada kawan2.. kadang terasa mcm jauh hati.. dan masa tu gak rasa rindu sgt.. kami mmg rapat.. selalu bersama buat mcm2 xtvt.. kalau tak bertiga, berdua.. jogging, makan, dating, lepak, beli brg. sumerlaa.. rindunya kenangan2 tu.. skrg tak dpt dah nak buat mcm tu.. sejak ika kawen.. rasa mcm makin renggang.. rasa mcm ada penghalang.. mungkin rasa tu me yg create.. tak tau laa.. skrg ika dah dok jauh kat ganu buat praktikal cikgu. lagilaa terasa jauhnya.. cuma kenangan dlm ingatan. call jauh sekali - sibuk kot. sms pun susah gak. me tak kisah, tp mungkin dia yg tak der masa.. tak per laa.. dgn ainil pun me terasa rindu gak. sbb dia bakal kawen.. me rasa mcm sorg2.. mcm dah tak der kawan.. huu.. korang.. rindulaa...
update 1/12/05
mlm td ainil dtg umah. dia hantar kad kawen dia. minta me tolong upload dlm smartians group dan kasi pada beberapa org. bz makcik tu skrg ni. lama gak kitorang borak. ainil nikah ahad pagi. so pagi ahad tu me kena ada kat umah dia pepagi butalah kot. sabtu pun mungkin ada kat umah dia gak kalo me tak der hal lain. hmm.. (td dah taip pjg..dah citer mcm2..ilang.. laa ni tak tau nak citer apa.. pening kepala..)
rindu kat adik beradik..
bila berjauhan pasti teringat kan. kenangan tu byk. kawan gaduh, kawan berbual, tidur sama, makan sama, kena marah sama, belajar sama, ngaji sama.. tiba2 terpisah.. seorang kat utara, sorg kat seberang laut. hmm.. rindu kat along, alang, ajib, oon, jim, hani, sufi dan ayub.. erm.. reena gak.. :)
update 1/12/05
semestinyer..
rindu kat seseorang...
tak baik laa.. tak patut rindu kat org ni.. baca blog teringat awk.. online msn nmpk awk.. hmm.. maaf ye.. semoga berbahagia ke akhir hayat.
update 1/12/05
baru tersedar dr lamunan.. bila baca balik pg td rasa terkedu gak. ish awatlaa me ni. bengong kot time tu. tak patut me tulis cam ni smlm kan. kalau dia baca sure terganggu perasaan.. awk.. minta maaf ye.. alhamdulillah dah boleh terima kenyataan. insyaallah 100% ok dah ni. no more perasaan jiwang2 yg bkn2 tu utk awk :) life must go on. chewahh.. semoga awk dikurniakan anak2 yg soleh dan solehah.. yg comel2..
rindu kat 'org tu'
erm.. mcm tak rindu.. tak kot.. ingat je kat dia. mmg tak der perasaan rindu pun. tak der perasaan :(
huu...
update 1/12/05
sedang berkawan. cuba utk mengenali. cuba utk menyayangi. insyaallah kalau ada jodoh kitorang adalah kendurinya tak lama lagi. pray for us. aminn.. tq :) td lunch jmpa dia. sampai laa ni still ada bau lovely lace kete dia. lekat betul bau ni. tak yah pakai perfume. tp effect dia, me tgh pening kepala. ish. sabo jerk ar.
patutnya mlm td jmpa dia. tp tak jd sbb dia ada hal lain yg lebih penting. tak per.. tp sebenarnya terasa gak la.. tu yg tersedar.. napa me terasa bila tak jd jmpa dia? mungkin 'rasa' tu dah ada? selama ni me main2 je ckp2 pasal kawen ngan dia. haha. main2 sbb tak nak dlm hati ni ada harapan yg dia akan jd my future husband. sbb me pun tak tau yg dia ckp tu betul or main2 gak. dlm setahun dua ni mcm2 bleh jd kan. mana tau kot esok lusa tetiba dia berkenan ngan org lain kan? haha. kawan ngan me senang. kalau tak nak terus terang je. tak akan ada episod rayu merayu. bkn tak serius tp sbb dah tawar hati kot. dah lalui semua tp hasilnya tak der. mmg tak semua org sama, tp kemungkinan utk perkara yg sama tu jadi ttp ada.
ehh.. mengarut bkn2 plak ek. k lah nak menenangkan otak. tetiba sakit kepala..
salamun'alaik..
off handphone
hari terakhir dlm bln 11. esok dah masuk bln 12 utk thn 2005. sebulan lps tu melangkah ke thn 2006 plak. erm.. kejap kan.. dah nak masuk 2006.. means.. thn depan i'm 27th.. hmm..
smlm ptg borak ngan yati. lamalah juga. dengar je org ngadu hal.. cuba berkongsi cerita juga. macam2lah.. sabarlah yati.. kasi masa dkt dia.. okes. smile.. :)
smlm me g kelas juga. berbelah bagi. bila rasa perut mcm tak ok, hati kata tak nak g kelas. bila rasa ok sket.. pk lagi.. sampailah dlm lrt. me kuar opis pukul 6.10pm. dlm train tu terpk mcm awal sgt balik umah. nak buat apa ye? terasa mcm bosan jerk. terus call dilla tanya dia g kelas ke tak. buat appointment ngan dilla kat lrt ampang park. sampai kelas dlm kol 7 lebih kot?? ehh.. me g kelaslah smlm. haha.
nak dijadikan cerita juga, hp me abis bateri. adalaa 2 hari kot tak cas. entahlaa.. malas rasa nak cas.. dan sekejap (+- 2 jam dlm kelas) me terlupa pasal hp.. kat bus stop masa balik tu terpk juga kot ada sesaper yg call me ke apa ke.. tp hp off.. tp terpk balik gak yg.. saper yg nak call me?? tiba2 rasa tawar hati.. lupa balik pasal hp..
sampai umah terus tgk tv. borak2 ngan hani. terdetik nak cas hp tp.. malas lagi.. 'ahh..biarlaa..esok cas kat opis..' ish.. napa ni? me tak pernah off hp. hp me hanya tak dpt dihubungi jika kat tpt tu tak der line or kalau abis bateri jerk. me plak tak dpt nak call org kalau hp dah sampai kredit limit :D tak lama lepas lepak2 dpt call.. kat caller id kuar '-error-'. me senyum.. tau saper yg call. haha.
'hello, assalammualaikum, nak ckp ngan saper'
'waalaikumussalam... anim ada?'
'anim bercakap (sambil gelak)..'
'napa off hp?'
'erk..bateri abis..' - tak tau nak ckp apa..
'napa tak call hari ni??'
'erm.. tak der mood..'
bla..bla..bla..
yey! ntah rasa seronok je. seronok sakat org. seronok sbb ada org call sampai ke rumah. haha. mmg td dah terdetik dia akan call. tp lawan gak rasa nak on hp. sebabnya dia ada semua nombor me - hp, rumah, office. kalau ada hal nak ckp bleh tipon mana2 jerk. kan? lps ni bleh ar buat lagi.. off hp.. hehe..
citer apa ek? dia update xtvt dia. insyaallah hari ni dia balik kl. tu perkara penting yg dia nak kasi tau. mcm tak caya jerk.
'esok sy amik awk kat opis'
'ehh..dah balik kl ke? ni kat mana ni?'
'kat bp laa.. esok balik.. kol 2 sampailaa kot. sy amik awk kat opis ek?'
'dr bp kol brapa? esok sy keje laa..'
'kol 11 kot.. ermm.. lepas keje?'
'oo.. lupa org bawak kete g saner.. lepas keje sy ada kelas..'
'ok lepas kelas sy amik. kita g makan. awk, sy nak pizza'
'lepas kelas? betul ke ni? pizza? mana ada pizza bukak memalam'
'ye laa.. kalau tak ujan sy dtg jmput'
'ada plak.. ujan la dtg jemput'
'ye.. nnt sy kasitau'
yey! haha. awat ntah mamat ni? napa pizza? pizza tu makanan pertama kitorang masa memula jmpa dulu. ikalah ni. ika ckp kat dia yg me suka pizza. haha. suka ke? tak der laa.. tp yg benonyer kalau kuar ngan ika n ainil (2 bulan sekali - dulu - sblm ika kawen) mmg kitorang suka mkn pizza (sbb tu masing2 tembam mcm pizza gak) gilir2lah blanjer. seronok time tu. rindulaa kat waktu tu..
'awk, ujung minggu dpt kete'
'ehh..kata tak lepas??'
'ada laa..'
'hmm..jatuh lagi la saya'
'haha.. alaa.. jatuh satu je..'
'tak nak..'
'nak buat cam na.. kete ni no 1, kenari no 2, motor no 3, awk 4 laa..'
'kata nak jual kenari'
'sayang.. awk amik laa'
'boleh..lepas kawen.. skrg tak bleh.. ayah marah nnt'
'k, lps kawen.. 3 tahun lagi..'
'2 tahun, kalau 3 sy cari org lain'
'3 laa..
'2..'
'3..'
'1 1/2 tahun :)'
'hmm.. (diam).. ye laa.. nnt sy pk'
'yey! (gelak)'
'sukalah tu'
'sukalah.. :)'
haha. seronok sakat org.. lama ke 3 tahun tu? 1 1/2 or 2 tahun tu tak lama ke? alaa.. tak tau laa.. tiba2 rasa 'not ready yet'. saje jer letak time tu kat dia. kalau dia bebetul serius, dia akan do something utk ada 'something with me' menjelang time tu. kan? wait and c.. hmm.. boleh ke nak cari org lain?? tak kot.. i dah penat laa nak cari org ni.. ada, adalahh.. tak der.. tak der laa.. ntahlaa tak tau.. biarlah mas kawen dulu, ayat ngan edd kawen dulu gaks (ehem..ehem..), kot ada saper2 lagi nak kawen dulu.. alang pun kalau nak kawen dulu dipersilakan :) hehe..
smlm yati tanya.. 'awk sayang dia tak?'
'hmm..tak..'
'kalau tak, jgn main dgn api.. takut awk yg terbakar..'
'tp dah mula nak rindu.haha'
'rindu tu lain.. sayang tu lain..'
'ye tau..bkn nak mainkan..cuma tak nak pk sgt.. tak nak tersungkur lagi..sakit..'
'tau pun..kita ingatkan je..jgn jd cam kita..'
'thanks yati..'
hmm.. kalau boleh tak nak mengharap apa2.. kadang still otak membuat anggapan semua ayat di atas hanyalah kata2 yang boleh di ucapkan oleh sesiapa sahaja.. sebuah janji yg tak tau + tak pasti kesahihannya.. sebuah janji hanya utk menyedapkan hati.. aci tak me pk mcm tu? kadang terdetik juga, dia boleh pergi bila2 masa.. dia boleh cari sesiapa sahaja.. dia boleh berjanji dgn siapa sahaja.. hmm.. :( maaf ye awk.. kadang hati dan otak masih tetap nak pk perkara negatif.. mungkin sayang tu akan datang.. tapi bukan sekarang.. cukup sekadar 'kawan' supaya nnt bila rasa yg tak di ingini dtg, sakit tu tak rasa sgt.. huhu.. ye ke? erk.. pening ke? alahaii.. abaikan.. org yg pernah alami je yg tau apa me pk, apa me rasa..
rasa sayang yg best me rasa masa kawan dgn seseorang ni.. rasa yg dtg tu bkn pd me aja.. tp pd dia juga.. asalnya perkataan yg saja di sebut tp bila terima rasa mcm menikam dlm hati. rasa yg tulus.. rasa yg dirasai oleh dua2 org.. bila rindu je miss call.. bila tgh rindu or teringat pun me akan dpt miss call dr dia.. tak perlu nak ucap.. tak perlu nak tanya.. tak perlu nak kasitau.. rasa sendiri dlm hati.. tp benda2 tu me tak akan dapat dr dia lg sekarang ni.. still trying nak keluarkan dia terus dr pkran.. dr hati.. i can't love him anymore.. his not mine.. his just married with somebody else.. tak aci kan? sayang orang lain, rindu org lain, kawan org lain, hati utk siapa? dlm hati ada siapa? huu..
-rahsia di hati tak siapa yg tahu-
~nurul umairah~kau untukku~aisya sofia~
Tuesday, November 29, 2005
today...
1 - still sakit perut. monyok jerk perut ni. huu.. tak terdaya dah rasanyer. tak tau la g kelas ke tak mlm ni. pagi ni je dah 2, 3 kali melawat toilet. huhu.. kengkawan kelas, kalau mlm ni i tak dtg kelas, ckp kat dr sufian i sakit perut ye. tq.. :(
2 - patutnya keluar lunch kat kl sentral with ainil. but tak dpt call minah ni since 12.00pm. mana pergi ntahler tak tau. call opis & hp tp dia tak jwb. so me lunch kat opis mkn roti sandwich yg me beli pagi td. tak lalu nak mkn nasi walau dlm kepala terbayang mcm2 lauk kat kantin. tpkan.. tetiba teringin makan goreng pisang :(
3 - td pagi me dpt call dr akak peebee. ooo org TM gak akak nie. ehehe. org TM ni mmg rajin tulih blog ek? haha.
4 - user call pg td tanyer pasal proses data. cara tanya mcm nak salahkan me jerk konon buat kerja lambat. hello mrs, i dah proses jumaat lepas. tp kena tunggu group lain buat confirmation so smlm ptg br bleh transmit ke ur group. tp kenapa u ckp br pagi td u dapat the data ek??
5 - along tak der kat opis hari ni sbb dia ada kursus. hmm.. mcm bosan jerk. walaupun kita tak sama opis tp terasa susahnyer nak contact bila u tak der kat opis. hehe..
6 - mlm td abg long ang kak long dtg umah - amik hp lama me dan started pack 013 and hantar my pc. the problem is cd drive ngan floopy drive tu je. keluarkan dua benda tu sihat walafiat pc. erk.. upahnya berapa ek?? 1/2 dr harga hp & started pack tu aci tak long?
7 - ada org merajuk sbb loan kete dia tak approve. haha. oklah tu. bleh kawen cepat. tak pun tuka skuter je la ek :)
8 - fiza call tanya pasal 19/12 ni. hmm.. hari senin.. cam na ek nak g melawat org.. lepas opis bleh kot? erk.. IJN bleh masuk melawat bebila time je ke? insyaallah 20/12 kak tini akan operate jantung. borak pasal kawen ngan fiza. sian dia. sbb lebih tertekan. org keliling dok tanya and tak der org nak backing dia + bebaru ni adik dia dah ada org masuk merisik, so parent dia suh dia kawen sblm adik dia kawen.. ish.. mmg tertekan... kalau me blehlaa jadikan study as a reason. but her.. tak der alasan.. so.. how? hmm.. same as me, dia kawan dgn org yg sebaya + he want to wait until 30th baru kawen. +- 3 tahun lebih lagi tu.. hehe.. pujuk2lah org tu fiza ;)
9 - dpt email dr bos suh ganti dia g kursus 5 - 9 disember kat MMC. time tu ada loading data. So me kena handover how to do that job to her. kursus apa ek? kursus 'PC ASSEMBLY AND TROUBLESHOOTING' hmm.. best tu. rugi kalau tak g.
10 - mus sms pagi tadi kata nak g jordan next week utk laser operation jantung berlubang kat saner.. sayu rasa hati. me tak dpt nak tolong dia.. erm.. ada saper2 nak sponser? family angkat dia kat saner sponser sket utk operation tu. family dia kat sini kena jaga adik lelaki dia yg tgh menderita sakit barah otak. ya Allah.. mcm2 dugaan kau timpakan pada hamba-Mu yg terpilih.. sabar ek mus.. i'll try my best.. semoga awk cepat sembuh dan di permudahkan segala urusan.. aminn..
11 - rasa nak balik umah tido.... huu..
Monday, November 28, 2005
weekend story (UPDATE!)
note: rasanya keyboard ni ada problem kot.. napa nath tak bleh nak tekan huruf dua kali. cthnya, kalau maaf akan jadi maf, '..' akan jd '.' shj, minggu jd mingu, backspace dan enter pun bleh sekali jerk. napa ek? ada saper2 tau punca bleh tolong selesaikan problem ni? tq.
seperti biasa bila hari isnin maka akan ada cerita hujung minggu :) me buat apa hujung mingu ni? hmm.. niat awal nak berehat, tp lain plak jadiknya.
dipendekan cerita:
sabtu 261105
pagi - bangun lepas subuh tido semula. pukul 9 am dpt call dr kak fida urut. dia tak dpt dtg pagi tu. tak taulah kenapa. salah satu sebab mungkin ujan. mg pagi tu ujan lebat. sedap tido beb. haha. me tak kesah tak jadi sb mg nak tido lagi. malas rasa nak bangun. tp ad masanya me kalau dah bangun mg tak bleh nak tido semula. so pagi tu alang2 dah pukul 9 me pun pergilah kejutkan hani. terkejut sgt bila tgk kat ruang tamu tu bkn hani! eh.. jim ke? bila plak bdk ni balik? bila dia masuk umah? cam na dia masuk umah? sb seingat me mg me dah kunci dan selak pintu dan tak der dengar plak org ketuk or gendang pintu.
me masuk bilik tgk hani ada kat katil dia cam biasa. kejutkan dia suh g keje. me tanya gak bila jim balik. tak pasti apa mula kecoh2 lepas tu yg buat jim plak bangun. dok ngadap dia tanya apa pun me dah tak ingat. mungkin me tanya dia bila dia balik dll. lps hani mandi sesambil dia gosok baju kitorang borak2 3 beradik ttg planing hari tu. saper punya idea ntah ajak g ampang point. jim kata dia tak pernah g saner. so nak jalan2 kat saner. me ckp me tak sihat. sakit perut. tp stil berjanji kalau me ok me pergi. dua2 org nmpk excited plak. rasanya sb tersebut pasal me dah gaji dan nak mkn pizza kot yg buat jim beriya nak pergi ampang point. last me ckp, tgk lah ptg tu kalau me sihat and rajin kita g ampang point. bersorak jim.
petang - sblm zohor me tdo semula. sb terasa bdn sakit (kat blkg bdn). me suh jim kejut zohor nt utk solat zohor dan get ready utk ke ampang point. dlm 1.30pm jim cal (me tido tutup pintu bilik, me prefer org cal dr ketuk pintu bilik tu. haha).
'angah bangun dah zohor! kata nak g ampang point'
'nntlaa..angah ngantuklaa'
'tak kira..td kata nak g lepas zohor'
'ye la, kasi angah tido dulu. sakit perut la'
'ye la, ye la'
yes! sambung tdo sampai pukul 2pm. terjaga sb bunyik msg. dia msg tanya khabar dan xtvt hari tu. penat taip msg me cal dia utk update. haha. update jgn tak update!
'dah sihat ke perut tu nak g berjalan plak'
'tak lagi.tp ok kot'
'kalau tak sihat tak yah la kuar'
'adik ni beriya ajak kuar..sian lak kat dia..'
'hmm..ye laa.. take care. nak kuar nnt call'
'ok'
mak pun risau gak..mak pun cal mcm tak caya me nak kuar g berjalan2. dah sihat betul ke? insyalah.. kalau sakit nnt me duduklaa..
kol 3 stgh kitorang kuar g ampang point. naik teksi. jln jem. mungkin sbb minggu open house gak :D or ujan ke apa ke wallahu'alam.. sampai kat saner kitorang tak terus g tpt hani. jejalan dulu kat bwh tu. mcm crowded jerk. tak tau la apa yg org suka sgt dtg sini. kuarkan duit sikit, tgk2 barang, 'ter'masuk kat dlm kedai kasut BATA. niat asal nak survey je sbb mmg ada terpk nak beli kasut, tp ada plak terbekenan. so terpaksa beli.
naik atas lagi g kedai hani. menjerit dia nmpk kitorang. sajer suka. haha. abg zain & kak shida (owner kedai) pun ada.
'zai, napa kakak awk besar awk kecik'
'cheh' (dlm hati jerk)
'ish mana ada abg zain' hani
'ye la, kalau tak tak kan anak abg zain pangil awk stuard litle'
'haha ntah la abg zain'
me sengih dan senyum je. jim plak tersipu2. minta izin utk bawak hani kuar. sian dia tak mkn lagi. sibuk katanya. byk baju nak jahit. kitorang lunch (apa2lah) kat kfc. ingat nak g kenny rodges, tp malas plak nak jln ke luar ampang point tu. 3 org RM32.24 - dua set zinger burger + satu set x-meal. kalau kalau kenny rodges berapa ek? satu set RM12.90 x 2 + tax = mungkin RM30 gak kot. me ada kupon beli dua kenny rodges dpt satu free. valid til 30 Nov. saper nak? tp kena blanja me la yg set free tu. dine-in only. hehe.lepas lunch jalan2 lagi. ada kedai jam kat situ. me sblm g kedai hani dah tgk dulu.
dan dah berkenan satu jam. so lps mkn sajer singgah. tgk2 jam tu dan lain2, me belilah satu jam. harga RM10. dah lama me tak pakai jam. tak taulah jam ni akan kekal me pakai or jadi mcm jam me yg lain2..pakai kejap pastu simpan sampai buruk.. (me ada sejarah kenapa tak pakai jam). dlm gambar ni bkn jam yg me berkenan. btk sama cuma tali jam tu yg me suka mcm plastik kaler biru. tp hani kata mcm bdk2. so me amik yg ni. (pakai rasa mcm berat sgt lak..terbayang2 yg tali biru tu :( )
masa hani singah mc d utk belikan kwn dia kentang goreng me terlekat kat kedai mualaf ni. dia jual cadar, bekas utk kotak tisu dr china. ada kotak cincin kat situ. ada tulis 'white gold RM10' harga asal RM35 tulis kat situ. me suka cincin putih ni. sajer test cincin2 tu, pas tu ada yg tak bleh nak kuar dr jari. haha. sajer tak nak tanggal sbb cantik. so me beli 2 cincin. kalau org tak tau sure ingat cincin tanda.lepas beli cincin naik g tkt atas lak. tgk pameran Thai. hani beli selipar cantik kat situ. ronda lagi kat dlm tu. rambang mata lah plak tetiba. kalau boleh sumer nak. tgk selipar tu RM29. comei. tp me tak beli. nantilah dulu. td dah beli kasut. budget lari nnt. jln2 tgk apa nak beli. rasa mcm nak beli gelang silver plak. haha. sabar nim sabar.. hani ikut ronda kejap. dia beli cincin jed. pas tu turun g kedai. ye la dia kerja hari tu. org kat kedai pun dah calling2. me dan jim naik tkt atas lagi. g main bowling lak. dah setahun me tak main bowling. so adalah 4, 5, 6 kali masuk longkang. haha. tangan & kaki still lenguh ni. adehh.
kononya nak balik terus. tp jim plak dah malas nak balik. tgk jam dah dekat pukul 7pm. jim kata alang2 dah nak mlm, tunggu hani balik je la. hani abis keje kul 9pm. so kitorang g surau, pas tu tunggu hani abis keje. sementara tungu me g baca majalah kat popular book store. jim plak g tgk org main bowling. kol 9 kitorang balik. seronok gak. sakit perut tu ada gak, tp maintainlaa. hehe.
malam - call mak sbb ada miss call kat tipon umah. me update xtvt. mak ngadu pasal ayah. mak risau. tetiba ayah diam. mak ckp ayah pose td. me rasa ayah kurang glukos. me tak kasi mak balik kl mlm tu. takut ayah tak stabil. tgk tv citer ziana zain berlakon. comei akak ni bila pakai tudung. :)
ahad - pepagi mak cal suh g umah wan cecepat. takut tak jmpa ayah lak. mak g umah wan terus dr sepang. hani g keje cam biasa. kol 10 dia cal kata kunci kedai tinggal kat umah. me suh jim g hantar. pas tu claim duit teksi kat hani. saper suh tinggalkan kunci. sabo jerk ar. masa me tgh gosok baju jim call. dia kata dia nmpk ayah. selisih masa dia nak g ampang point. ehh..masa yg sama me dengar pintu pagar org bukak. me g bukak pintu tgk ayah kat luar. me suh jim balik.
planning asal nak g umah wan naik lrt sesamer. me suh dia tunggu me terus kat lrt ampang (star) lps g hantar kunci kat hani. pas tu td dah suh dia blk sbb mak ayah balik umah plak. me tanya mak dia g umah wan ke tak. mak ckp 'tak'. so, me call jim semula suh tunggu kat lrt. kami wakil dr pak ngah mamat la ke rumah wan.
kat saner jmpa sedara mara. semestinyalah kan. ada gak yg me tak kenal - anak cik leha. yg lelain insyaallah kenal. masa tgh mkn, kak nomi dtg dkt me ngan anak2 dan adik dia fatimah. first time jmpa anak kak nomi. 5 org rupanya. tp kak nomi maintain mcm tak der anak lagi. jmpa cik puzi dan anak2 dia, tok sal pun ada. uda jamal semestinyalah. vouge pak andam ;) pengantin lagilah vouge. cantik. dua2 cantik. sama padan. diorg pakai purple.
petang - dlm kol 3 kitorang balik. sufi ngan along ada kat umah gak. makin ayu si sufi ni. tp me tak der amik gambo dia kali ni. penat melayan. ayah masih mcm tadi. senyap je. kadang mcm lupa kejap. kadang mamai. tak taulah kenapa. mak mmg risau habislah.
malam - along balik mlm. abg long jemput. me suh abg long tgk2kan pc me gak. apa yg rosak. patutnya mlm ni mak g damansara - open house umah cik lijah. tp sbb ayah tak sihat so tak g. xtvt lain tgk tv dan borak2 ngan mak.
dpt msg dr dia. awatnya ntah moody tetiba sehari dua ni.
'ok dah ke?'
'dah kot..'
'kot? napa tetiba moody?'
'period..'
'ehh..betul ke? blehla pregnant lps ni..'
'erk..ehh, mana bleh..'
'abis tu period?'
'ye la, tak de la. sajer je'
'tau tak per'
tgh mlm dpt msg dr dia 'awk, sy nak g ronda. nnt balik sy call. askm'. hehe. ada org mereport xtvt ;)
pagi mak kejut suh g keje. malasnyer.. haha. ingat nak subuh tp tak boleh plak. akhirnya after 2 1/2 mnth. tu pun lps mkn pil hormon mlm td. doc kata kalau tak der gak kena jmpa pakar. mungkin me ada masalah hormon.
ayah still senyap. mcm bkn ayah. pg ni ayah g klinik amik ubat. mak kata mak balik sepang hr ni gak. ubat ayah termasuk jarum sumer tinggal kat saner. ayah lupa langsung. siannya. tak di nafikan, kepala me terpk yg bkn2 juga.. tetiba rasa sayu dan sedih.. rasa susah kalau masanya kian hampir. rasanya me belum bersedia. mak pun tentu belum bersedia. ish..
td amirah call. diorg nak g melawat nana hari ni. bestnyer. me nak ikut. hehe. tak malu kan. tak kesahla. janji dpt ikut :D
dpt msg lagi dr dia.. update status. haha. 'askm, awk sihat? perut ok? dah mkn?' 'mlm td sy balik kol 5pg' bla bla bla :)
time to smile ;)
-nisnim-
UPDATE!
td g umah nana. masa g kena jadik co-pilot. ish. mmg problem. nak buat cam na. diorg sumer dah booking belakang. naik kete kak has.. (lupa nama blkg). sblm sampai shah alam tu call nana tanya mana nak masuk. sampai shah alam pun cal dia. me tak ingatla :D riuh gak la diorg ni kat belakang (kak haslina, amirah dan nadiana). me byk dengar. kadang nyampuk gak. sampai umah nana pun me perasan me byk diam. tak tau napa. mungkin sbb still sakit perut. makan nasi beriyani. best. kenyang giler.
anak nana comel. marsya dah besar. yg 2nd ni baby boy - mikail muqry
(betul ke eja nama ni nana?). masing2 sronok sakat marsya gak. mikail muqry tgh tido masa kitorang dtg. me tak berani nak peagng. hehe. belum tiba masanya kot ;)
me mmg teringin kuih raya. so mkn kuih raya gak. seronoknyer.. kol 2 lebey balik opis.
mak call kater dah smpi sepang. alhamdulillah selamat. ayah dah ok sikit. kadang still lupa. tapi dah sampai tu ok lah. mak kata dia masak ikan goreng kicap kat umah. best. tak yah masak :D erk.. mmg me tak penah masak pun. hehe.
mlm ni ada pasar mlm. nak g ke? tgk lah.. jln2 habiskan duit lagi. huu.
now dah 5.30pm. me nak balik kot. tak staylah. malas je rasa. tak der mood. my turn plak nak moody :D
wassalam..
-control comei-






