Tuesday, April 03, 2007

lamanyerrrr bercuti memblog.. huhu

Salam...

Lamanyer me tak update blog ek?? Apa citernyer??

Alhamdulillah me sihat walafiat.. Bz ke?? adalaa sikit2.. tgh cari mood di tempat baru :-)

Macam yg me ada mention dlm entry sblm ni, me kena pindah. Pindah bangunan je. Cut & paste segala2nyer dari jawatan sampailaa ke sistem yg me jaga. cuma tuka bangunan, div, dan bos je. yg lain2 sumer still samer. Frust sket sbb intension bila masuk group project sure nak belajar or buat benda baru. tapi tak apa laa.. moga2 ada hikmah di sebaliknya... saper tau kan?? Allah dah rancang sumer ni, kami dah usaha yg terbaik utk ikut atau tidak, dan sekarang masa berserah bila apa yg kami usahakan tak berjaya. Semogakeadaan me dan kawan2 me baik2 aja kat sini.

Hari ni first day kami (me dan beberapa kawan) di layan seperti ahli ahli dalam group ni. me lapur diri 1 march tapi effective kat sini 16 march. dah 2 minggu me kat tpt baru tp rasa mcm anak tiri. hari ni confirm kami dok kat maner dan bos baru panggil kami utk welcome note pengenalan dll.. ok ler... so confirm laa ada bos dan ada tempat kat sini. cuma still blur.. awatnyer laa diorg ni. rancang tak betui.. huhu... tak per tak per tak per.. buat kerj acam biasa.. huhu..

***

napa lama tak update? hmm.. me pernah try update kat umah tp tak bleh ar.. + tak der mood nk update kat umah sbb dah biasa update pakai pc kat opis. hehe.. puas sket nk tekan2 pakai pc berbanding notebook ni.. tp laa ni kat opis me cuma minat nk baca blog je.. nk update ngan komen2 tu tak rajin ar.. lagipun tpt baru kan.. kena pandai2 bawak diri. kot di siang hari dok naip blog kat group project, ish.. tak kena je...

me berhutang entry santai 3 dan 4. ada satu lagi, santai 5. tapi mungkin akan digabungkan je sumer tu.. erm.. yg santai 4 tu me dah lupa pun apa citernyer.. huhuh.. tak per laa.. nanti me update apa yg me ingat :-)

***

kepada kawan2.. selamat menyambut maulidur rasul.. alhamdulillah thn ni kali ke 4 berturut2 TM jadik johan kategori swasta perarakan peringkat kebangsaan. hehe.. ijo tu.. cayalah!

sekian dulu
wassalam..

(dah masuk waktu maghrib bagi kawasan kl dan kawasan2 yg sewaktu dgnnyer... me tgh tunggu kwn opis nk balik samer. hehe..)

Thursday, March 15, 2007

Perniagaan Pusat Komputer & Internet Untuk Dijual

Salam..

Hari ni me nk post iklan. kwn me nk jual perniagaan kedai komputer dan internetnyer kat ch. saper berminat leh call dia ek.. erm.. tolong ler iklankan kat kengkawan ek.. tq..

Berikut adalah info ringkas berkenaan perniagaan tersebut:

Perniagaan Pusat Komputer & Internet Untuk Dijual
Lokasi strategik di BRINCHANG Cameron Highlands
Kedai lengkap dan cantik (CCTV)
7 tahun beroperasi
7 tahun Central Contract membekal peralatan Notebook ke sekolah daerah Cameron Highlands sehingga 2010 (35Kper year)
RM 95 K
sebab nk jual perniagaan: PEMILIKINGIN BERALIH PERNIAGAAN

Sesiapa yang berminat sila hubungi MrShidi 012-5854425
Bumiputera diutamakan kerana syarat central contract adalah Bumiputera sahaja

TK

Monday, March 12, 2007

sakit pinggang..

salam..

hari ni me ok.. cumanyer sakit pinggang je. dah seminggu sakit ni. kesan dr g Kem Keluarga Bahagia kat Dusun Eco Resort hari tu. nnt me update pasal kem tu dlm santai 3. hehe..

last week hari selasa kot me g klinik. ckp kat doc me sakit pinggang. medical history me ada slip-disc. doc tanyer me ada buat keje berat ke or pakai kasut tinggi ke.. me kata tak der.. + me tunjuk kasut me yg tingginyer 1 inci je. tapak besar lak tu. so mmg stabil ler.. tp lps tu me tringat kem tu.. me ckp la me ada panjat bukit kat bukit tinggi. doc senyum je.. 'patutla..' katanyer..

+ bila bongkok sakit tak?
- sakit gak laa.. terutama nak ruku'..

doc suh berdiri.. suh bongok sket sambil tekan bahagian yg sakit.

+ sakit tak?
- tak sangat..
+ bengkak sket kot..
- ooo..

doc kasi ubat tahan sakit dan plaster mcm koyok tu. suh tampal kat tpt sakit tu utk kurangkan tekanan.. dah seminggu me mkn ubat dan pakai kotok tu tp still sakit.. cumanyer alhamdulillah me tak kena mcm last yr yg me langsung tak bleh bangun. kali ni still leh bangun cuma pergerakkan slow.. rasa ngilu.. keadaan paling best adalah baring atas tilam tebal. huhu.. or now duduk kat kerusi dan kat belakang me ada kusyen empuk.. kalau time lain tu sakit ar sikit2.

sat lagi nk g klinik. nk tanyer doc napa dah seminggu tak baik lagi.. or kalau boleh nk cari tpt utk buat fisioterapi. me search kat net tadi. ada urut utk sakit slip-discc kat medan mara. tapi yg urut tu org buta dan lelaki. me tak tau la ada pompuan yg urut ke tak.. ada satu lagi buat akulpuntur (cam na eja ntah).. tapi cina laa.. lelaki gak.. hmm.. ada tak sesaper tau kat maner leh buat rawatan fisioterapi yg pompuan buat??

hmm... pagi td masa sampai opis bertembung dgn sorg akak ni. dia tanyer me sihat ke tak. me kata sihat tp sakit belakang. dia tanyer napa me ckp slip-disc. dia geleng kepala. dia suh jmpa doc. me ckp dah. dan doc kasi ubat tahan sakit dan dulu penah kasi ubat saraf. pas tu dia ckp 'ubat doc sumer tak bagus. bla bla bla' yg buat me bengang.. bukan apa.. akak ni mmg kalo ckp sumer dia yg bagus. tension jugak. berapi2 ckpnyer.. sabar je laa.. pagi2 dh buat me tak sedap hati.. hehe...

ehehe... terluah perasaan marah lak kat sini.. masa entry ni ditaip belakang me still sakit.. doakan keadaan me tak teruk.. dan moga me cepat sembuh.. amin...

tqvm...

update:

tadi jmpa doc lain tp kat klinik yg sama. doc ni kater tak mungkin slip-disc coz me still leh jalan. dalam report pun backpain je. pulak dah.. tp doc ni suh jmpa pakar. so esok me g spital pantai utk jmpa pakar. tgk la doc saner ckp apa. x ray ke apa ke kan.. hmm...

masuk klinik td kol 2.15pm.. jmpa doc kol 3.30pm.. tgh sakit. mcm mana ntah dok je dpn doc terus nangis. doc tanyer napa me ckp tension sgt lama tunggu dan sdg sakit. doc just say sorry. kebetulan mmg ramai plak org sakit hr ni.. sblm keluar klinik doc suh minum ubat tahan sakit yg lain plak. lps 6 jam ni mkn satu lagi ubat thn sakit. esok tgk cam na. still sakit ke tak..

huu...
i'm in pain...
(kalau bkn slip-disc.. alhamdulillah...)

Friday, March 09, 2007

Santai 2

Salam..

Sabtu 24/2/07, me bersama team BAKIT Helwa telah pergi ke Asrama anak-anak yatim dan miskin Nurul Iman dkt Manjoi, Perak. Kami gerak dari KL dalam pukul 7.30am. masing2 berkumpul di Wisma TM. G saner naik satu van je. Van TM. Kami berhenti sarapan di Perhentian Rawang. Asalnya nk mkn ringan2 je.. tp terambil nasi goreng plak. Hehe..

Sampai kat area Behrang kami konvoi dgn Dr Faridah dan suami. Dlm pukul 11 lbh kami sampai kat JJ Ipoh dan tunggu Kay kat situ. Nak pergi ke asrama tu kami tak tau jalan.. kebetulan kay tinggai kat ipoh so dia jadik penunjuk jalan. Dr jj ipoh tu kami konvoi 2 kete dan 1 van ke asrama tersebut. Kay kata jalan jem teruk. Agaknyer org ipoh berpusu2 balik KL sabtu tu sbb takut jln jem

(Tgh sakit kepala.. kesan minum air cappuccino kot.. huhu..)

sampai kat asrama tu kami disambut mesra oleh team BAKIT Perak. Alhamdulillah meraka dah lama sampai.. apa yg memeranjatkan adalah keadaan rumah anak2 yatim ni. Me ingat lagi bln 12 hari tu masa me g saner dgn kay asrama ni ada satu pondok kayu yg usang dan ada beberapa kawasan sekeliling rumah tu dlm pembinaan. Tak sangka bila dah siap cantik dan kemas sungguh. Lain beno dari gambar lama.. tak caya korang masuk tgk kat fotopages bakit yg me linkkan kat sblh.



ni gambar asrama baru


Bdk2 asrama ni baik2.. diam and sopan je. Menurut penjaga asrama, ada 7 org bdk pompuan dan 13 lelaki. Tak ramai laa.. dia Cuma amik anak2 yatim dan miskin umo 6-12 tahun sahaja. Bdk2 besar kat situ yg umo 13-17 semua di jaga sejak sekolah rendah oleh beliau. Alhamdulillah nmpk menjadi bdk2 ni.

Dr segi perancangan asrama utk bdk2 ni pun dah terancang. Pendidikan agama dititikberatkan. Alhamdulillah ada pihak yg sudi menjadi tenaga pengajar bagi setiap matapelajaran sekolah dan juga memberi bimbingan fardhu ain dan kelas mengaji. Mmg terurus. Katanya juga pihak UiTM pun nak bekerjasan utk anak2 lepasan SPM yg tak dpt g ke tpt lain tp berpotensi utk sambung blajar. Insyaallah bila niat kita ikhlas Allah tunjukkan jalannya kan…

Kami tak solat zohor dgn anak2 yatim ni sbb suraunya muat utk bdk2 ni je. So kami berangkat terus ke umah kay plak. Gilir2 solat zohor dan kami dijamu laksa dan bubur asyura versi mak kay. Huhu sedap banget. Alhamdulillah lagi.. rezeki.

Lps mkn hntr kwn2 balik kl. Kay tunjuk jln kuar ke kedai kacang putih dan ke kl. Beli kacang dulu. Ole2 balik kl. Hehe.. on da way nk ke highway akak2 ni nmpk pasu plak. So berenti kat kedai pasu. Belek2 je.. jadik ar ;-)

Me tak ikut diorg balik kl. Me tdo umah kay mlm tu. Ni 2nd time dok umah kay. Rasa dah mesra. Seronok. Relax je kat sini. Mlm mak kay buat nasi goreng plak. Kekenyangan.. esoknya kami bertolak balik kl awal gak. Dlm kol 11 lbh. Sbb nk elak jem. Tp alhmdulillah tak jem pun. Jln clear sampai kl. Sempat la solat zohor dan tgk nona pasal adik wardina kawen dan nur juma buat kenduri cukur jambul anak dia..

So 2 hari ni mmg me santai…

Seronok…
Hehe..

Monday, February 26, 2007

doa jauhi hutang..

Assalammualaikum & Selamat sejahtera,

Malam tadi tgk Halaqah berkenaan hutang.. penutup program ustazah nor bahyah titipkan doa yang diajarkan oleh Rasulullah kepada seorang pemuda (Umamah kalau tak silap namanya) yang memandang hidup ini dengan mata dukacita dan kepayahan. Doa tersebut berbunyi:

Yang bermaksud:

"Ya Allah ya Tuhanku, lindungilah diriku dari kesusahan dan dukacita, Engkau lindungilah aku dari sifat lemah dan malas, peliharalah diriku dari sifat bakhil dan pengecut dan Engkau peliharalah diriku dari hutang-piutang dan kekuasaan orang lain ke atas diriku."

Dari doa di atas, terdapat 8 perkara yang kita pohon bantuan dari Allah SWT utk kita jauhi iaitu kesusahan dan dukacita, lemah dan malas, bakhil dan pengecut, hutang-piutang dan kekuasaan orang lain ke atas diri.. Doa ni biasa di baca selepas solat atau boleh cari dalam Al-Mathurat utk bacaan bahasa arabnyer... wallahu'alam..

Berkenaan 8 perkara ni boleh baca petikan email dari blog maslina

Thursday, February 22, 2007

santai..

salam..

lebih kurang seminggu me tak update blog.. tak per.. tak der org masuk pun.. huhu..

pagi tadi me gosok baju sambil tgk tv3. suka tgk keletah abby, fida dan ag. first time tgk ag. biasanyer ally kan..? cute.. haha.. topik motivasi pagi tadi ttg bersantai. santai tu apa, mcm mana nak bersantai, santai yg keluar duit banyak dan tak kuar duit, santai dgn family dan kawan2, mcm2 lagilah ttg santai. tp me tak der lah nak tulis sini apa yg prof cdgkn ttg santai tu. sbb me tak igtlaa satu2 apa yg dia ckp. hehe.. (kalo me igt me taip laa)..

bila sbt ttg santai mmg terpk lama dah tak bersantai.. dan teringin sgt nak ebrsantai.. me slalu gak plan nak bercuti laa.. nak g situ laa sini laa tp end with plan only laa.. tak menjadik pun.. huhu.. teringin sgt.. tp me tak reti nk g sorg2. ajak adik2 tp last2 senyap cam tu gak. ajak kwn2 pun cam tu gak.. haha..

tp last weekend me balik sepang dan terasa bersantai. hehe.. biasa balik saner kejap je. sabtu ptg sampai, ahad ptg balik kl. so masa tu terhad. baru ni me balik sepang hari ahad. dr umah kol 11. naik komuter sampai nilai. pastu amik bas sampai ke sg pelek. kat situ ayah jemput. sampai umah borak2 mcm2 citer cam biasa. seronok. tak tau napa me rasa semangat je. rasa betul2 nak release.. rasa nak bersantai. so ptg tu me tanya diorg tak g jogging ke..

me: hari ni tak g jogging ke?
mak: napa? nak ikut ke?
me: bleh gak.. ala jalan2 je...

dedua pandang me dgn muka pelik.. bila dah petang diorg tya lagi..

ayah: betul ke nak jalan2 kat luar?
me: yup. jom lah.
ayah: apa plak mimpinyer bdk ni?
me: alaa sajer je.. tak pernah jalan2 kat sini. asyik dgr mak ayah citer g jogging pusing taman je.. (sambil gelak)

ayah tgk jam dan terus siap g solat asar. mak pun samer.. lps tu me plak solat. lps solat kami siap2 utk kuar jln2..

me: eh pakai kasut jogging ke? bkn nak jalan2 je ke?
mak: alaa sajer laa.. senang sket kalo pakai kasut
me: oo.. ok..

ptg tu kami berjalan keliling taman. best. mmg rasa santai. rasa tenang dan damai. cuaca lak redup je. mmg selesa walaupun penat. pusing keliling satu taman dari rumah ke rumah dalam 1 jam. kami jalan-jalan releks je. kaki ayah tak berapa ok sgt kalo nk jogging pun. sambil jalan sambil borak2 pasal taman tu. dlm kol 6 lbh dgr bunyi ambulance (esoknyer masuk berita ambulance tu sbb ada org lemas kat bagan lalang).

ni santai yg tak keluarkan duit tapi menyihatkan. balik tu rasa seronok dan enjoy. dan release. sekali sekala kita kena jalan2 dan lupakan problem yg ada kejap kan. borak2 gelak2 senyum2.. insyaallah tenang..

(hari ni dtg opis pakai selendang itam. dlmnyer pakai tudung merah. comei kot. haha. ramai plak yg menegur. last tadi masa baru nak mula menulis opismate lelaki tegur 'lawa hr ni anim' huhu.. malulaa.. kwang3. kak RM, hr ni tak amik gambo.. sbb memory hp penuh. nnt me post gambo yg last week.. hari ni g keje nak bersantai.. santai otak.. tak mo stress2.. sbb tu pakai comei2. hehe.. )

Monday, February 12, 2007

updated story

salam..

skrg oficially kami dah pindah ke tkt 32U. tp no tel opis me still tak bleh guna. line tak der lagik. so sesaper nk call kena call hp me. sbb tu jgk skrg kena slalu charge bateri hp. susah gak tak bleh pakai phone opis ni.. tak bleh nak nmpk bz.. huhu..

walau kami dah dok kat sini tp kengkadang ttp bt keje kat tkt 43. selagi server2 kami kat saner selagi tu la kami akan naik ke atas utk buat keje. haha.. so manjang je group kitorang ni ilang. dok kat sini plak sunyi sepi.. hmm.. sumer stail ckp bisik2.

sabtu baru ni patutnya me kuar ngan misbah. tp tak jadik sbb dia ada hal. so seharian me kat umah. ahad kami kuar. me dpt baju kurung sepasang hadiah dr mis dan mak. tq :-) mis kasik kek kecik yg comei gak. kami lunch borak2 pastu tgk wayang. misbah adik kpd bekas tunang me. ntah mcm mana borak2 smlm termasuk pasai abg dia. mis kasitau dia dah kawen. dah ada anak sorg. umo 3 thn. ooo dah lama kawen.. alhamdulillah.. moga mendapat kebahagiaan dunia akhirat :-)

tgh mkn si dia msg. kami berbalas2 msg dan last dia call. nk jmpa sat utk kasi surat utk kwn dia. katanya dah blk sbb medical problem --> gastrik adn chicken pop. so jmpa sat. bertompok2 tgn, muka, leher dgn demam dia tu. huhu.. me buat cam biasa je. mcm tak tau apa2. mcm bodo2 je. ntahlaa.. selagi org nk berlakon ngan kita, kita berlakon gak la. tgk la sampai mana. mmg penat.. tp tak brani gak nk ckp lelebih.. ntahlaa.. ikut je laa..

lps jmpa dia me ngan misbah g tgk wayang. citer anto thailand tajuk 'unseeable'. seram laa sket2. terkejut je manjang. tp rasanyer korang tak yah ar tgk citer ni kat wayang. tunggu dia kuar tv br tgk. hehe.. (sabo je laa..)

mlm tu kuar ngan alang g amik jim balik keje. me msg kat jim suh dia buat special sandwish utk alang. mmg special dibuatnyer. kenyang giler mkn 1 slice. tp alang mkn 2 slice. hmm.. airnyer plak ice blanded mocha. tp pahit. jim salah sukatan. kesannyer.. me tak bleh tdo.. so dr smlm sampailaa ni me tak tidoq lagi. alahai...

hari ni me half day. pg td mmg dah lewat. so me ajak abg mie teman g bcb jln ipoh. nk dijadikkan citer me kena gastrik. so tak bleh jln jauh. so pagi td lepak kat mc d bersarapan. lps tu bt courier je brg yg nk dihantar ke bcb. mmg tak larat. sampai opis me g klinik. doc kasi ubat gastrik. laa ni still pedih perut. sekali sekala sakit dada..

(hari ni g keje pakai selendang itam. rasa macam org baru je. tpt baru so sajer buat perubahan.. and akan ada byk lagi perubahan.. hmm.. positif.. nmpk muda.. chewahh...)

Thursday, February 08, 2007

pindah ke tempat baru

salam..

last week packing barang utk pindah. start gak pindah sket2 huhu.. bila komputer dah masuk kotak dah rasa tak tau nk buat apa. maknanyer mmg kena pindah bawah. huhu..

isnin me dah memulakan hari kerja di tkt 32U. huhu.. mula dgn pasang pc.. smlm baru kemas meja btl2. sbb bos dah jeling2. katanyer semak kotak sepah2. adeh.. malas sungguh nak kemas.. kuarkan je brg2 sumer dr kotak. sumbat je dlm laci or penuhkan meja. hehe..

selasa ptg dpt sms dr kawan opis kater nama naik kat projek gems. dpt email gak dr kwn kat saner kasitau benda yg sama. pagi rabu nana call kater nama kat saner gak. as a ABAPer. wey kasik tgk chart gems. nama dah ader saner. tp surat tak sampai lagi. tak der dgr2 apa2 citer lain pun. so buat bodo je laa.. huu.. baru pindah nk kena pindah lagi ka?

*From Wikipedia, the free encyclopedia
ABAP (Advanced Business Application Programming) is a
high level programming language created by the German software company SAP. It is currently positioned as the language for programming SAP's Web Application Server, part of its NetWeaver platform for building business applications. Its syntax is somewhat similar to COBOL.*

me suka tpt baru me skrg. hehe.. ye laa.. suka la dok sini.. cumanyer.. sejuks banget laa...

note: laa ni malas rasa nak update blog.. malas juga nak rayau2 kat blog org.. ntahlaa.. bz pun ye gak.. hmm...

Tuesday, January 30, 2007

sejuks...



huhu.. sejuksnyer kat opis hari ni.. menggigil2 den..

start smlm akak2 dan abg2 kat opis ni dah mulakan operasi pindah barang ke tingkat bawah. me dah start packing tp tak start bawak barang turun lagi. sat lagi kot... or esok lusa.. hmm..

Wednesday, January 24, 2007

Tuesday, January 23, 2007

... - bz - kemas - pindah - cuti - ...

salam...

bz laa skrg ni.. kdg rasa tak tau nk buat yg mana satu.. hehe.. last week bz dgn discussion and meeting yg me kena join coz of my bos UL/MC. this week (eh.. baru hr selasa) bz sbb end of the month dan sbb nk pindah opis. sat lagi ni nk kemas2 meja masukkan barang dlm kotak. khamis nak masukkan komputer dlm kotak dan pindah bawah. jumaat me nak cuti. ehhehe..

sabtu hari tu cuti maal hijrah kan. so kami kat sini kalo cuti tu jatuh hr sabtu or ahad, so kami bleh pilih mana2 hari selepas tarikh tu dlm bln yg sama utk bercuti. so me amik jumaat ni as cuti ganti maal hijrah. so sblm cuti kena settle apa2 yg patut..

masalah dapur me kat umah tu alhamdulillah jumaat lepas dah selesai. cadangnyer ujung minggu lps nak kemas. tp tak jadik. maybe ujung minggu ni kot.. tp me tak join laa kemas2 ni sbb me nk balik sepang. so adik2.. slmt berkemas ye :-) kalo tak der ape aral sabtu ni en azhar dtg amik brg2 recycle tu.

hmm... hari ni 23/1/2007.. birthday org tu yg ke 28. mlm td kol 00.05 tarikh 23/1/07 me sms ke dia wish happy birthday.. dua tiga hari ni sajer sepikan diri. malas nak layan (merajuk.. huhu..) dan tetiap hari dpt at least satu msg dia say sorry.. hmm.. tp susah sket.. hati ni rasa sedih sangat.. kalau selama ni buat hal, bila dia minta maaf je me dah ok.. tp kali ni berat sgt rasa hati ni. so me biarkan je tiap msg minta maaf tu tanpa jawapan... sampai laa ni me still rasa sedih bila igt balik punca perselisihan ni.. mungkin benda ni jadi lama dan membuak2 sbb selama ni me tak pernah nak tunjuk me marah.. selama ni me cukup puas dah bersabar dan terima cara dia.. tp kali ni rasa mcm tak tertahan dah.. ni kali ke dua me cakap kat dia me tak akan amik tau apa2 lagi pasal dia.. huhuhu.. takt au la sampai bila.. sampai dia 'balik' kot.. entahlaa...

~nis~

Saturday, January 20, 2007

..::Selamat Tahun Baru 1428 Hijrah::.

.::Selamat Tahun Baru 1428 Hijrah::.
td dah taip pjg2.. mcm2.. pas tu bila post internet unavailable.. ampes tul.. huhu.. tak per laa.. kesimpulannyer.. me just nak wish selamat tahun baru hijrah kat sumer pembaca blog ni.. Semoga tahun baru ini memberi sinar baru.. dan menjadikan kita lebih baik dari semalam.. Insyaallah...
-Nisnim-
date converter (Masihi to Hijr)

Monday, January 15, 2007

di pertengahan january...

salam..

tak sangka kan.. pejam celik pejam celik dah sampai kita di pertengahan january.. selama 15 hari di tahun baru masihi ni mesti dah mcm2 jadik kan??? me update sket apa jadik kat me and family.. huhu..

birthday on january..
- happy birthday to my auntie acik jebah yg ke 34 (kot) pada 9 january yg lalu..

- happy birthday to my nephew ayub safwan yg ke 2 tahun pd 11 january.. menurut abahnya dari pagi tu dia dok nyanyi je.. so abahnya belikan gitar buat anaknyer yg tersayang. sampai ke mlm lah dok nyanyi... hadiah lain.. hmm.. pecah jari telunjuk dihempap dek meja tv (nmpk isi wooo...) dan benjol kat kepala sbb langgar besi putaq kat econsave. anak ko ni kebal ek ajib??

- happy birthday to my younger brother oon yg ke 20 thn.. huhu.. oon dah 20 laa.. alhamdulillah oon lulus dlm final examnyer dan membolehkan dia dan kawan2nya yg lain utk terbang menyambungkan pelajaran mereka ke Jepun.. Insyaallah kalo tak der aral tgh bln 3 nnt diorg fly ler.. tahniah oon! berkat usaha dan kesabaran serta doa.. igt ek.. semua rezeki, kesenangan dan kesusahan kita ni dari Allah.. jgn lupa utk bersyukur dan memohon petunjuk dan pertolongan dgn dia melalui doa dan solat.. wallahu'alam..

banjir
huhu... semua tau kan selatan tanah air terutama johor mengalami bencana alam banjir.. me pun kena.. tapi me tak dok kat johor.. me dok kl. rumah flat lagi. tp ttp kena banjir.. dapur me dilanda banjir. me umah tgh2. umah atas basuh baju ka, basuh pinggan ka, basuh ikan ka, ayaqnya sumer turun ke rumah me.. saluran air tu sumbat kot. so air tak mau turun bawah.

td pagi me dah g report kat PKNS. katanyer umah bwh me dah banjir sejak khamis lagi (me kena jumaat pagi). diorg kata lagi sepatutnya umah me tak banjir. tp kalo org bawah tu tutup lubang yg bleh sbbkan banjir kat umah dia, so umah me laa banjir.. huk huk.. sedey jer dengar. awatlaa diorg tak habaq ek?? punca banjir tak diketahui. org PKNS ckp, insyaallah hari ni diorg try settlekan.. kalo tak settle maknanyer esok me kena g bt report lagi..

so ujung minggu me dirumah je, mengaut air busuk dr rumah atas tu buang dlm bilik air. busuk giler. bau hanyir ikan minyak2 basuh pinggan sumer ada. bila ckp elok2 jgn guna sinki bleh plak kata 'mana bleh tak basuh pinggan..' huhu.. bkn tak kasik basuh, guna akai laa.. basuh laa kat bilik air.. (sememangnya Allah menguji tahap kesabaranku..).. nasib baik ahad tu kurang dah air yg naik. agaknyer dia faham dah kot.. tp td tgh hari sblm g keje, air basuhan ikan tu melimpah kat umah me lagi.. sabar je laa.. alang kata.. 'biar org bt kita.. jgn kita bt org..' huhu..

sabar je laa...

makan..
me tgh susah hati cpt lapar.. or bleh kata byk mkn.. cthnyer.. sabtu hr tu jim bwk balik sandwich. besar giler babas. mmg sedap. me mkn 2 potong stgh. huhu.. satu sandwich tu potong 4. mkn sepotong dah kenyang (kalo mood normal. kalo diet.. stgh je).. me bleh mkn 2 stgh.. igt nk abiskn 3, nasib baik hani balik. kasi la dia rasa stgh. mmg nikmat mkn sandwich tu. huhu.. sedapnyer..

hari tu masa jmpa ika dia tegur gak me dah berisi. kembang sket la dr gambar raya hr tu. raya aidilfitri hr tu berat me 57 kg. lps raya haji 62kg.. kembali kpd asal. masa jmpa ika tu 60kg kot. huhu.. hmm.. me mmg ada prob.. tp malas nk pk.. biarkan je.. mungkin sbb 'malas nk pk' tu yg buat me mkn tak hengat.. ahaks.. tp laa ni dah turun balik sikit2.. sbb ada kesedaran dan terasa bdn dah berat.. tak mampu den nk membawa diri yg berat ni nnt. ahaks :p (kak dinda tak bleh diet skrg kan.. hehe.. congrats)

senyum sokmo
~nis~

Wednesday, January 10, 2007

bz..

salam..

me ada byk cerita nk kongsi tp tak sempat nak update blog..
bz laa..
erm.. tp mcm tak bz..
tapi tu laa.. bz gak laa..
tak berpeluang nk dok kat tpt sendiri lps kol 2.30pm & b4 pukul 6pm..
bz la tu kan?

huhu..
mak cik bz..

Friday, January 05, 2007

ujan yg turun...

Assalammualaikum..

hmmm....

me biasanyer g keje akan bawak sweater.. ala2 kalis air la sweater ni.. tujuannyer kalo ujan leh la jadi pelindung kat badan supaya tak sejuk sgt.. me bwk payung kalo dr rumah tu mmg nmpk ala2 nk ujan gitu..

smlm..
dr dlm rumah me tak nmpk pun kat luar rumah mcm nk ujan. pendek kata nmpk cam biasa je.. tp bila turun dr rumah ujan rintik2.. nasib ar mmg rintiknyer satu2. segan2 gitu nak ujan.. hmm.. me ok lagi.. tp ada rasa tak sedap hati juga..

lps waktu pejabat balik tu sama je keadaan mcm masa dtg keje.. bila dah masuk dlm lrt ujan turun renyai2.. sampai kat tpt perhentian ujan turun cam biasa.. naik bas je ujan lebat yg amat.. huhu... sabar je laa..

me suka ujan sebenarnya.. sbb ujan adalah antara 2 waktu mustajabnya doa.. masa ujan ni me akan amik peluang utk doa mcm2.. ujan juga byk menjadikan me insaf.. kalau kita pk, dan perhati.. dan baca.. kita bleh nmpk kebesaran tuhan di kala hujan.. bila Dia kata 'jadi' maka jadilah ia..

entry ni ditulis sbb.. smlm.. me tak bwk sweater dan payung g keje... dan biasanyer.. tiap kali me tak bawak dua benda ni mesti ujan (edited 7/1/07).. huhu.. apapun.. me redha.. balik smlm mandi ujan.. sejuks.. nasib tak demam tp sakit kepala ler jgk.. huhu..

wassalam..

Wednesday, January 03, 2007

Ucapan Selamat

Bismillahir-Rahmannir-Rahim..
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...)
Assalammualaikum wbt..
Nis nak ucapkan:
SelAmAt HaRi RaYa AidILAdHa
1427 H
&
SelAmAt TaHun BaRu
2007 MaSiHi

~nis comei~
----
my story (",)
jumaat lepas last day kerja di thn 2006. pagi tu ada training.. tgh hari g jejalan kat masjid jamek ngan faaizah. ptg dok kat opis tunggu waktu balik. hehe. balik tak singgah memaner. walaupun awalnya terasa nk singgah ampang park tp bila dah dok dlm lrt tu malas lak nk kuar. so cam biasa turun kat stesen dk (bkn dk kak dinda tau). xtvt mlm tu apa ntah me tak ingat. huhu


sabtu bangun pagi siap2 kemas utk balik sepang. tgh gosok baju alang bgn. terus siap2 gak. igtkan dia balik ngan along gak. so sabtu hr tu kami balik berdua naik komuter sampai nilai pastu amik bas ke sg pelek. dlm kol 5 kot sampai umah. lama btl.. sbb dok jln2 + tunggu bas.. tu yg lajak tu..



mlm tu along and family + hani and jim plak sampai. dlm kol 12 lebih gak la diorg sampai.
ahad tu raya aidiladha.. mak masak rendang daging kerbau. daging tu ajib bwk dr sabah tempoh hari. best. pas tu ada tempe goreng stail jawa. ada gak kari ayam. pagi raya makan nasi impit je ngan mcm2 lauk. huhu.. best.. tgh hari mak masak sambal daging kijang plak. daging kijang pun ajib bawak dr sabah. sedap ar.. raya mmg best. mkn mcm2. hahaha..


mlm raya kami mkn kat tepi pantai. alang belanjer.. semoga dimurahkan rezeki alang.. aminn.. ramainyer org berkelah kat pantai.. diorg raya stail org arab kot. cumanyer org arab raya kat taman. lps mkn along balik kl ngan hani.


raya kedua tgh hari kami siap2 ke rumah ajib. ajib dok cheras kat kuarters bank negara. dia keje petang raya tu. sajer laa dok melawat dia ngan reena and ayub kat umah baru nyer.. ada kete kalo bleh ar g saner selalu.. tp tak der.. sabar je laa... tdo smlm kat umah ajib. smlm (selasa) br balik umah kat keramat. mak ayah pun ada sbb ayah nk g klinik esok utk amik ubat dia.


-tu je citernyer..-


selamat berhari raya..
(",)




note: sila penuhkan comment box or msg box kat sebelah tu dgn ucapan selamat. tq (hehe)

Tuesday, December 26, 2006

story mory last week.. :D

salam..

lama tak nulis sini.. kat rumah ada streamyx tp malas nak update.. huhu

wat da story mory? last week me kursus seminggu. kursus oracle 91 dba fundamental 1. best ar kursus ni. slama ni guna tp tak tau apa benda nyer.. so lps attend kursus tu rasa ok laa.. faham ler apa yg me bt dan apa yg me bleh bt.. (sampai termimpi2.. huhu)

kursus dkt je ngan opis. sblh opis. tp dah namanyer kursus so malas nak balik opis. tp ada gak la dua tiga hari yg me ke opis gak. termasuklaa last day course. dtg opis sat utk solat zohor. lps solat g klinik sbb me kena selsema dan hampir2 nk demam. amik time off 2 jam. kiranyer balik terus laa...

last week juga kami dikejutkan dgn citer ayub anak adik me (ajib & reena) yg terpaksa dimasukkan ke hospital pantai kat cheras sbb sakit tangan, kaki dan mulut + radang peparu. masuk spital hari rabu. alhamdulillah sabtu ptg kuar spital. 3 hari kena dlm sribu lebih. sian ajib. tp nasib ar dah dpt bonus ek.. ayub nyer pasal.. ish.. ish.. (jib.. len kali masuk HKL je laa..)

me cdg nk g tgk ayub khamis ptg.. tp khamis tu me dahs tart kena selsema dan sakit kepala. pospone jumaat sbb jumaat balik awal tp selsema tak baik lagi. doc pun tak kasik g tgk ayub. sudahnyer me balik umah je dan tidoq. ngantuk seh lps mkn ubat selsema ngan panadol.. lena sungguh.. huhu..

3 hari cuti kat umah agak bosan.. me rasa preasure gak sket sbb rasa mcm tak tau nk buat apa. haha. bila start keje hr ni rasa malas plak.. apa ntah laa..

sabtu g kenduri kawen nelly (kwn alang). lps tu lpk kat umah sbb sufi nak lepak kat umah mak ngah dia. ahad pagi kuar g melawati mkn kat kedai mamak ngan along dan kak adinda :-) akak comei.. hehe.. adib lincah.. hubby akak cool je.. riuh gak kak adinda ni.. seronok ar dpt jmpa.. lps tu g carefour.. beli brg dapur sket2. jmpa plak kamus yg me idam2kan.. hehe. murah.. so belilaa.. balik tu tidoq.. mlm tgk mentor. tak berapa best. hehe.. senin hari paling bosan.. nak kuar tp tak der kawan.. berkira2 nk kuar ngan jim sudahnyer sampai mlm tak kuar. nasib ada pasar malam. so kuar g pasar mlm je laa...

hari ni keje.. hehe.. ada rasa malas2.. sakit2 badan sbb tak aktif..
dah ujung thn...
thn masihi..
selamat menghabiskan cuti tahunan :D

Tuesday, December 19, 2006

yeyeyeyeyeyeye!!!!

salam..

yeyeyyeyeye seronoknyer!!!
huhu..
awatnyer??
coz kat umah dah pasang streamyx!
yeyeyeyeyeye

ni tgh acara perasmian ler.. dgn hormatnyer dijemput cik nisnim yg comei utk merasmikan talian streamyx yg baru di pasang. chewah :-)

napa nk pakai streamyx?
stlh 2 bln bt experimen bil dial up maka bln ni kami (me ngan adik me) berpakat kongsi2 utk pasang streamyx. hik2.. so bebulan kurang ler sket bil internet kan.. last month bil internet 2 x bln sblm tu. giler byks! so lps ni nnt bil dah tak byk sgt ar. pas tu kalo pakai streamyx, phone still bleh pakai. tu yg best. tak yah pki 2 tipon kan. hehe..

so, saper2 nak pakai streamyx bleh ctc me. insyaallah me bleh tlg.. sampai ujung bln ni ada promotion rasanyer.. nnt me check balik. :-)

okes..
slmt berstreamyx!

Saturday, December 16, 2006

happy weekend :-)

salam sabtu..

me kat opis kak embun ni. hehe.. sampai sini tgh hari tadi.. sajer temankan kak embun. katanyer takut. hik hik.. takut apa ek??

(lately asyik dgr citer antu jek. huhu - sila baca blog 13may)..

smlm kak embun tanyer saper nk temankan dia kat opis. me sajer offer diri. sbb kononnyer nk membuka mata ke opis kakak sendiri. me tak pernh dtg sini. ni first time ler..

pg tadi mcm malas2 jugak nk bangun. sampailaa kak embun dok kat sblh me suh bgn ajak teman dia. br me bangun. dah terjaga sbb ujan. tp malas nk bangun kan. nak baring2.. lepak2.. bestnyer lepak ujung minggu.

lps bgn sarapan dulu sbb kak embun dah belikan nasi lemak. hehe.. bestnyer dpt kakak cenggini.. lps mkn gosok suar ngan tudung plak.. pas tu mandi.. tgh siap2 mak ayah sampai dr cheras. adik me yg dok kk tu dah ditukarkan ke kl. kuartesnyer kat cheras. kerjanyer kat subang. jauh tu.. slmt menyesuaikan diri kat kl laa ek ajib and family.

so laa ni sumer kami dah berkumpul kat kl ler kiranyer.. along kat kg pasir, me, alang and hani kat keramat, ajib kat cheras, oon kat pj jim kat sepang dgn mak ayah.

mlm ni along kata nk tido kat umah bwk sufi. sbb mak ayah tidoq sini. hehe.. best ar.. tp sure penat... kwang kwang kwang. tp best.. ok laa tu..

so ujung minggu ni masa berkumpul dgn family..

slmt mengumpulkan diri.
haha..

salam..

Tuesday, December 12, 2006

enjoy!

Salam..

baaannnyyyyaaakkkk sangat citer nk citer minggu lps. tp tak der masa nak taip entry.. so entry ni nk citer sumer laa mana2 yg ingat.. skrg ni bz sket. byk discussion sbb ada sistem baru nk implement nxt yr. + mcm2 hal lah. kalo ada time pun, time utk baca blog org or baca komen kat blog sendiri.

so masi mula bercerita (dan membaca cerita minggu lps) (",)

khamis lepas - 7/12/06
kerja cam biasa.. bz cam biasa.. tgh hari ujang call ajak lunch samer sbb dia ada kat area pantai ni. tp sbb waktu tu bkn waktu lunch me, so pospone ke slps waktu bekerja. bila tiba waktu yg dijanjikan me tak bleh nak kuar cpt coz of discussion yg drag sampai kol 6pm.. huhu.. solat asar sumer bagai dah menghampiri waktu maghrib.. so solat maghrib dulu baru kuar with him. jmpa kat lrt star bkt jalil pas tu kitorang g kajang mkn satay. 1st time mkn satay kajang. mmg best. borak2, mkn2, kol 10 balik ler. dia hntr sampai umah.

jumaat - 8/12/06
lps opis kuar ngan fiza n mere. best jugak. jmpa kat kl sentral kfc. mcm buat citer 'cinta' jer. bdk dua org ni entahlaa awatnyer.. suka antara satu sama lain tp tak mo ckp.. sbbnyer masing2 tau apa yg masing2 nk pada pasangan masing2. so terasa diri tak memenuhi kriteria jadik tak brani nk ckp. sudahnyer confius manjang.. me jadik org tengah.. poning mak cik weih.. balik umah kol 8pm.

sabtu - 9/12/06
family day - pagi
hari ni ada family day utk IP kat Desa Waterpark. me g tumpang miss kay. tp me terlewat 1 jam. biasalaa kuar pepagi ni payah sket terutama bila hari cuti. hehe..

jmpa kay kat opis pas tu terus ke desa waterpark tu. dah ramai org time tu. bkn takat ramai. tp giler kentang punyer ramai. huhu. jam giler. bila dah masuk dlm lagiler ramai org. satu family paling kurang 3 org. mana tak ramainyer. kami ronda2 kejap. kay amik gambo jer kejenyer + kami tgk2 org bersuka ria dgn mcm2 game. bdk2 time mcm ni mmg suka jmpa air.

sblm blk main game plak kat luar park tu. sajer suka2. tp mmg seronok pun. pas tu tgk org main motor kecik. hik hik. best. 12.30pm kami kuar dari saner utk ke destinasi seterusnyer..

benda2 mcm ni pergi dgn opis yg menjemput satu kawasan tu kira utk support company je. tp kalo nk rasa best and berbaloinyer g tpt2 mcm ni, kena g sendiri laa..

tgh hari - bertolak ke ipoh
1st time me g ipoh. sajer ikut kay. mmg dah rancang seminggu lps. sajer suka2 :) dr desa water park kami singgah rar sg buloh utk tukar baju. sbb nk terus g kenduri kat tjg malim. opismate kay kawen. kami solat zohor & asar terus.. takut tak sempat..

sepanjang jln me mmg enjoy. jln ke utara tu dulu mmg me selalu lalu. sbb dulu me study kat sg petani. bila lalu ni me mmg suka sbb pemandangan dia cantik. nmpk bukit je kan. sambil2 tu kami borak2. mcm2 kami citer. supaya kay tak rasa penat sgt drive. sian kat dia kalo dia drive and me tidoq kan.. sampai kat tg malim tu dlm kol 2 lebey kot.

lps mkn kenduri kami bertolak ke ipoh. memula ikut jln lama.. pas tu ikut highway. kay suka ikut highway. satu yg me suka jln ke utara sbb bleh nmpk air terjun lata kinjang. sayangnyer time tu me tak amik gambar.. tp tu adalah tpt yg me akan tunggu tiap kali lalu. lps dpt tgk air terjun tu br me tidoq biasanyer. tp kali ni tak tidoq laa.. sbb kena borak2 ngan kay. ujan ke ek masa tu.. tak igt.. ujan kot sat.. sampai kat ipoh (jelapang) dlm kol 6pm.

penat mmg penat.. tapi berbaloi. dok dgn family kay rasa mcm dok dgn family sendiri. teringat kat arwah nenek. sbb slang tu sama mcm yg wan slalu sebut.. 'kuning' jadik 'kunin' huhu.. miss my grandma so much...

mlm tu mkn satay lagik. sedap gak satay dia.. hehe..
sblm tidoq borak lagi dgn kay.. byk citer bila dua org anak dara duduk bersama.. cerita pasal org.. cerita pasal keje.. citer pasal agama.. dll.. tdoq kul brapa ntahlaa..

ahad - 10/12/06
pagi tu g JJ utk beli hadiah kawen. lps tu terus g umah pengantin. (g jj pakai baju kurung weih). dok kat umah pengantin kejap je. borak2 ngan mak pengantin. tak leh lama2 sbb hari tu sbnrnyer hr mereka g bertandang ke rumah pengantin lelaki.

balik tu singgah kedai perabut. kay belikan perabut sket utk adik dia. seronok tgk diorg adik beradik ni membeli belah. nmpk sungguh keakraban diorg. comei. (tringat my family... huhu...)

lps tu g jj semula. sbb ada brg2 dapur lak nk beli. cari parking je 4, 5 kali pusing. penat.. sudahnyer parking kat luar. so menapaklaa ke JJ. kat JJ sama je mcm JJ kat KL. so tak yah ar nk describe kan. dlm kol 3 kami balik umah.

kat umah solat zohor, mkn dan baring2 kejap. letihlaa... kena dera mkn sayur.. tp nasib baik sayur best. mak kay bt kerabu kacang botol. campur ngan daun2 apa ntah lagi. mkn ngan nasi oklaa. tak rasa sgt pahitnyer. kesannyer.. smlm (isnin) waktu lunch mkn nasi, sayur kerabu kacang botol jadik lauk me lagi. hehe..

lps asar kami bertolak balik kl. dlm perjalanan tu ujan lebat masa kat highway. dah tak byk borak.. time menikmati perjalanan balik. + penat sgt rasanyer badan. kay hntr sampai lrt bangsar.

me enjoy sungguh weekend me. rasa full. dlm kol 10 br sampai umah. kesannyer... senin pagi me tak larat nk bangun g keje. terpk.. mcm mana org lain bleh g keje kol 10 am padahal diorg br sampai dr kelantan (misalnyer) kol 5am tu.. ish.. tak penat ke??

hari ni (selasa - 12/12/06) me still terasa penatnyer...

(",)
enjoy!