Friday, August 29, 2008

hati...

Hati…
Ada pepatah kata.. ikut hati mati.. ikut rasa binasa.. (betul ke??)
Hmm.. serba salah kadg tu kan…

Hati ni kdg rasa mcm kecik sgt2… kadang rasa mcm dihiris2.. kdg rasa mcm dipintal2..
Makan hati dgn apa yg org buat kat kita..
Kita je nk jaga hati org, tapi org pijak2 je hati kita..
Bila kita cakap ikut sedap kita, hati kita digores2 lagi…
Kita di kata biadap, kurang sopan dll…

Huu.. hati ni rasa dah kecik sgt… rasa nk nangis je…

Mcm mana nk buat ek??

Huu… Rahsia di hati tak siapa yang tahu…

Sedihnya….



Nisnim..dah tak der hati..

Monday, August 25, 2008

fisio lagi...

Salam,
Lagi seminggu nak masuk Ramadhan..
Lagi seminggu nak puasa semula..
Rindunya Ramadhan…
Sabar..sabar.. kena habiskan bulan Sya’aban dulu.. Insyaallah…

Last Friday me ada appointment dgn doctor Ruslan. Setelah 2 minggu buat fisioterapi, doc nk tgk perkembangan kesihatan kaki & tulang belakang (L4,L5) me.. hasilnya doc kata kaki kanan ada perubahan.. nmpk mcm dah ok. Tapi kaki kiri masih tak ada perubahan.. Fisio ni mmg bagus. Me terasa perubahannya. Kaki kiri dah tak kebas sgt. Maksudnya, kebas masih berpanjangan cumanya tak sakit.. erm.. cam na nk explain ek?

So.. me kena sambung buat fisio lagi.. 2 kali seminggu selama 2 minggu. Maksudnya minggu ni 2 x minggu depan 2 x. minggu dpn 5/9 kena jumpa doc Ruslan lagi. Doc kata, kalau ok, lepas ni mai fisio seminggu sekali je. Or maybe 2 minggu sekali. Tapi still kena continue la. + daily routine kena jaga laa.. duduk jgn lama sgt.. berdiri jgn lama sgt.. angkat barang kena betul2.. tido & bgn tido kena betul2.. exercise kena buat.. kena disiplin laa.. dari segi makanan.. doc tak cakap lak kena pantang apa2 :-D

Insyaallah minggu ni hari Rabu ptg and Jumaat petang me buat fisio lagi.. jumaat lps fisio terus g putrajaya central. Nk balik sepang ngan alang :-D lama sangat rasanya tak balik sepang.. 1st day pose kat Sepang Insyaallah…

Jaga kesihatan diri memasing eh..

Anim

Saturday, August 16, 2008

aku & spital..

salam..

lama dah tak update :D

dah bln 8.. tahun 2008.. kejap jer kan..

sejak beberapa bln ni bz.. sbb me sengaja juga membzkan diri... konon nak lari dari pk mcm2 benda... or lari dari rasa sunyi.. erm.. lari dari... erm... lari ker?? huuu..

dan sejak beberapa bulan ni.. me agak stress juga.. stress yg tak nmpk di wajah, tapi effect pada kesihatan.. kalo tak silap sejak pertengahan july.. or awal july me agak kerap kena sakit belakang. kalo ikut history mmg ada back pain.. oleh kerana kebas kaki makin menjadi2 maka me terpaksa buat check up juga..

Dr Wan dari klinik family suh me buat xray. resultnya nmpk mcm ok. tak nmpk ada slip disc. tapi simptom2 tu ada dan ketara. so dia refer pakar kat tawakal. dr ruslan. dr check and susact slip disc. cuma nk mengconfirmkan kena buat MRI. dan bermulalah kehidupanku selama sebulan ni agak dekat dgn hospital...

4/8 - pagi meeting kat VADS. tgh hari tu berkejar ke opis dan kendian ke spital. janji ngan mak ayah tunggu kat lrt jelatik. diorg hntr sampai luar hospital jer. erm.. first time buat MRI (ada ke org buat byk2 kali? mahal weih.. huhu).. appointment pukul 3.30 sebenarnyer.. tapi oleh sbb terlewat 10 minit, maka postpone ke pkl 4.30pm.. ok laa.. bleh rehat + lunch... huhu.. tunggu sorg2... makan sorg2... buat MRI sorg2.. balik sorg2... huhu...

5/8 - balik keje g main bowling kat ampang point dgn adikku hani.. best. enjoy. ilang stress sat..

7/8 - appointment dgn dr ruslan pagi... sblm jmpa doc kena g ampang putri ambil result MRI. lepas tu berkejar ke tawakal plak. penat weih... ramai plak org hari tu.. tiba turn, doc tgk slaid MRI tu, pas tu doc tunjuk la satu2.. confirm slip disc. tapi tak teruk sangat. so kena buat fisioteraphy utk membantu memulihkan dan mengurangkan kebas.. doc kasi MC dan advice utk buat fisio ptg tu. doc kata jgn angkat benda berat.. jgn lasak2.. erk.. benda berat?? alamak.. nak main bowling ni.. huu... hmm... lunch sorg2 lagi kat cafe hosp tawakal. lps lunch g buat fisio. lama la jg.. sbb kena interview dulu. utk fisio ni me kena buat 6 sesi. setiap sesi, 3 benda kena buat. streching, IT (mcm urut), hot pad. tiap satu 20 minit. sampai tertidur la juga. dah abis sumer, balik ler.. ujan lebat la plak.. redah la juga.. hmm.. kepenatan... dan rasa mcm bertambah stress..

9/8 - ada game bowling kat mid vally. wakil dept. me tak pandai main. sajer suka2. nasib dapat team yg terror giler. so team kitorang dpt no 3. alhamdulillah. sakit2 pun bleh main. hik hik.. sendiri cari penyakit... tapi ok laa.. rasa puas.

12/8 - petang ada appointment lagi kat spital utk buat fisio. terpaksalaa half day selalu.. mlm tu rasa kaki kebas sgt2. sampai esok paginya (13/8) kebas tak ilang. + kaki menggigil dan tak kuat utk jalan. separuh hari kat umh. ptg tu gagah juga konon nk g opis. sampai kat menara singgah klinik. jmpa doc, and dapat mc. mmg tak tahan. lemah sgt rasa kaki.. doc advice rehat..

15/8 - hari ni full day buat fisio. pagi dan petang. nak cepat abis. supaya tak kacau keje kan.. erm.. salah satu kena korbankan lah kan... masa fisio pagi ckp ngan adik2 tu kaki kebas tak ilang sejak selasa. buat fisio cam biasa cuma tekanan diorg tambah sket. lps fisio sesi petang rasa ok dah. kurang kebas. pinggang pun mcm dah kurang stress. diorg ajar exercise dan cara2 yg betul bangun dari katil, duduk, angkat brg, dll.

16/8 - pagi td g fisio lagi. alhamdulillah mcm dah ok. much2 better. cuma kena buatla exercise tu.

next session (last session) is next friday 22/8. lepas fisio kena jumpa doc. erm.. mc kot hari tu nnt :-D

bz tak me? huhu.. bz giler... tu citer ngan spital.. citer ngan keje?? erm.. tak yg citerlaa.. hehe..

:-D
nis sihat alhamdulillah



Friday, July 04, 2008

Bila Allah cepat makbulkan Doamu


"Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya. ."

Friday, June 20, 2008

La Tahzan...

Assalamualaikum...

Allah tidak pernah mencabut sesuatu dari anda kecuali Dia menggantikannya dengan yang lebih baik. Tetapi, itu apabila anda bersabar dan tetap redha dengan segala ketetapanNya.

Barangsiapa yang Aku butakan kedua matanya, lalu ia bersabar, nescaya akan Aku ganti dengan syurga. (Al-Hadith)

Siapa saja orang di dunia ini yang kekasihnya Aku cabut nyawanya kemudian dengan cubaan yang Aku timpakan ini dia (bersabar dan) mengharap pahalaKu, nescaya akan Aku ganti dengan syurga.(Al-Hadith)

Yakni, barangsiapa kehilangan anaknya tetapi berusaha untuk bersabar, maka di alam keabadian kelak akan dibangunkan untuknya sebuah Baitul-Hamd (Istana Pujian). Silakan anda qiaskan kejadian-kejadian tersebut dengan kehidupan anda, kerana yang dipaparkan di sini hanya sekadar contoh.

Maka anda tidak usah terlalu bersedih dengan musibah yang menimpa anda, sebab yang menentukan semua itu memiliki syurga, balasan, pengganti dan ganjaran yang besar. Para waliyullah yang pernah ditimpa musibah, ujian dan cubaan akan mendapatkan penghormatan yang agung di syurga Firdaus. Itu tersirat dalam firmanNya: Kesejahteraan dan kebahagiaan bagi kalian kerana kalian telah bersabar dalam mentaati Allah dan menerima cubaanNya. Syurga adalah sebaik-baik tempat kesudahan. (Ar-Ra'ad: 24)

Betapa pun, kita harus selalu melihat dan yakin bahawa di sebalik musibah terdapat ganti dan balasan Allah yang akan selalu berakhir pada kebaikan kita. Dengan begitu, kita akan termasuk: Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Rabb mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk. (Al-Baqarah: 157)

Ini merupakan ucapan selamat bagi orang-orang yang mendapat musibah dan khabar gembira bagi orang-orang yang mendapat bencana. Umur dunia ini sangat pendek dan gudang kenikmatannya pun sangat miskin. Adapun akhirat lebih baik dan kekal. Sehingga, barangsiapa di dunia mendapat musibah, ia akan mendapat kesenangan di akhirat kelak; dan barangsiapa hidup sengsara di dunia, ia akan hidup bahagia di akhirat.

Lain halnya dengan mereka yang memang lebih mencintai dunia, hanya menginginkan kenikmatan dunia saja, dan lebih senang pada keindahan dunia. Hati mereka akan selalu gundah-gelana; cemas tidak mendapatkan kenikmatan dunia dan takut tidak nyaman hidupnya di dunia. Mereka ini hanya menginginkan kenikmatan dunia saja, sehingga mereka selalu memandang musibah sebagai petaka besar yang mematikan.

Mereka juga akan memandang setiap cubaan sebagai sesuatu yang gelap-gelita selamanya. Ini adalah kerana mereka selalu memandang ke arah bawah telapak kakinya dan hanya mengagungkan dunia yang sangat fana dan tidak berharga ini.

Wahai orang-orang yang tertimpa musibah; sesungguhnya tidak ada sesuatu pun yang hilang dari kalian. Kalian justeru beruntung, kerana Allah selalu menurunkan sesuatu kepada para hambaNya dengan 'surat ketetapan' yang di sela-sela huruf kalimahNya terdapat suatu kelembutan, kasih-sayang, pahala, ada balasan dan juga pilihan.

Maka dari itu, siapa saja yang tertimpa musibah yang hebat, ia harus menghadapinya dengan sabar, mata yang jernih dan pola fikir yang panjang. Dengan begitu, ia akan menyaksikan bahawa buah manis dari musibah itu adalah: .... lalu didirikanlah di antara mereka (orang-orang mukmin dan orang-orang munafiq) dinding yang mempunyai pintu, yang di sebelah dalamnya ada rahmat (syurga) dan di sebelah luarnya ada seksa (neraka)... (Al-Hadid: 13)

Dan sesungguhnya apa yang ada di sisi Allah itu lebih baik, lebih abadi, lebih utama dan lebih mulia.


Petikan dari Buku Jangan bersedih - Don't Be sad (setelah kesulitan pasti ada kemudahan)
Karangan: Dr 'Aidh bin Abullah Al-Qarni,
erterjemah: Noraine Abu.

~thank you Allah~
.::comei::.

Thursday, June 05, 2008

Indahnya Saat BersamaMu


Salam,
Sinopsis Buku:

Ramai orang yang mampu bangun pada tengah malam untuk menontonperlawanan bolasepak, atau pun berbual-bual kosong bersama rakan-rakanserumah, tetapi tidak ramai yang mampu bangun untuk beribadah kepadaAllah S.W.T. Ia mungkin berpunca dari kurangnya pengetahuan mengenaikemanisan beribadah di malam hari, atau apa yang kita kenali sebagaiqiamullail.

Indahnya Saat BersamaMu mendedahkan rahsia bagaimana seseorang dapatmerasai kenikmatan bangun beribadah pada tengah malam. Justeru, bukuhasil tulisan Ustaz Nik Abd. Rahim Nik Abd. Ghani dan Ustaz Zahazan inimenggariskan beberapa perkara berkaitan qiamullail seperti soal hukumqiamullail, kelebihannya, bagaimana menggalakkan diri sendiri untukberqiamuallail, waktu afdal, kaedah membahagikan malam serta beberapaperkara penting yang perlu kita ketahui mengenai qiamullail.

Dapatkan buku ini di
http://adikbijak.com/promo.plx?MW00874&TB0043 atau email saya untuk tempahan.
Harga: RM19.90

TQ

Tuesday, June 03, 2008

Kesilapanku Keegoanmu

Kesilapanku Keegoanmu LyricsArtist: Siti Nurhaliza

Besar kesilapanku besar lagi kesilapanmu
Hampa yang kau rasakan hampa lagi perasaanku
Kau cuba menyatakan aku
Menbuat kesilapan
Yang tak mungkin kau maafkan lagi
Ku tak mungkin kau perlu di sisi

Besar kesalahanku besar lagi keegoanmu
Berkali ku beri alasan berkali-kali kau menolaknya
Kau ingin ku menyatakan
Diri ini bagai lilin
Dan terbakar oleh perbuatanmu

Suasana sepi kini menambahkan bening
Di dalam hatiku
Mengadil silapmu biar di jiwamu aku telah tiada

Di waktu begini diusik kenangan silam
Yang bertandang
Lalu ku biarkan
Ia menabahkan hati ini

Kekasihku cukup engkau buat ku begini
Luka ini usah engkau berdarahkan kembali
Aku masih cinta padamu
Aku masih setia padamu
Kembalilah engkau padaku seperti dahulu

Di dalam rindu ku menangis
Di dalam kalbu ku terasa
Teringatmu di kala derita
Yang memisahkan kita

Di dalam sedu ku berseru
Yang terukir di dalam hatiku
Kekasih bukalah pintu
Untuk sekali ini

Aku cinta kepadamu

Tuesday, May 27, 2008

end or not?

i'm not sure..
but it's look like that..
i'm so sad.. but if it is.. what to do?
life must go on..

:(

note: sedihnya baca post2 lepas... nak tumpang bahu saper ni.. huhu..

Tuesday, May 20, 2008

ipoh

salam..

me berhutang cerita g ipoh.. hmm... mcm dah lama dah.. nk update pun tak dah tak teringat dah.. hehe...

g ipoh sbb kenduri kawen adik kpd kawan baik me kat opis. kay namanyer. tido kat umah dia dua mlm. asalnya nk dok smlm jer. lg 1 mlm nk tdo hotel, tp tak larat + planning lain tak jadik. so stay kat umh kay 2 mlm..

1 may hr tu keje.. me amik cuti jumaat 2 may (jumaat). tiket pkl 11 pg. sempatla me sampai kat puduraya lagi 5 min pkl 11. tepat pkl 11 bas pun jalan. dah lama tak anik bas jalan jauh. so rasa teruja gak la. me naik transnasional. dapat sit no 5A. single sit kat tepi tingkap. best sgt. selesa laa.. sampai kat ipoh kay dtg amik me. pas tu g umh kay terus.

sampai kat umh borak2 dulu dgn family dia. tak byk sgt nk buat dah pun. mkn2 katering. so tak sibuk ler. tolong bungkus gula2 utk bdk2 jer. ptg tlg pengantin jahit manik kat baju dia. huhu... semalaman.. sakit gak ler badan coz jahit manik perlukan ketekunan.. bkn me sorg buat.. bila dah mlm jahit berdua.. esoknyer sblm kenduri bertungkus lumus kami cuba menyiapkan baju pengantin.. hehe.. alhamdulillah.. siap.. tapi cacat ler sket.. huhu..

me jadi penanggah time kenduri.. tapi turn me dah petang. coz adik2 dah letih.. me mengganti adik2 jer.. letih gak ler.. amat2 sgt.. + me kena migrain plak. maybe sbb tdo lewat dan badan pun letih. ptg bila kenduri dah abis me tdo.. sampai masuk maghrib..

mlm pengantin buka hadiah.. jamu pizza.. tgk citer 27 dreses dgn kay. sampai tdo.. sakit kepala lagi...

me amik tiket balik kl 4/5/08 pkl 3pm. pagi tgk citer ah long. pas tu g kenduri. pas tu g bus stand utk balik. sampai kat bus stand lagi 5 minit pkl 3 :-) hehe... dapat sit dpn. tak best. lps ni kalo g maner2 nak minta sit single ler. best. hehe.. bayar sama jer..

lain2 kat ipoh... hmm.. pemandangan best.. rasa macam bercuti.. seronoknyer g ipoh..
membuatkan me rasa nak bercuti2 malaysia lagi...

huhu...

Wednesday, May 14, 2008

bz

minggu ni bz coz dah ada task baru..
ok laa...
ada benda nak di buat..
ada benda nak di pk
ada benda yg bleh bt tak rasa sgt kekosongan dan kerunsingan tu

problem tak akan selesai..
tapi at least, tak ler rasa lebih tertekan..
huu...

bila nak selesai pun tak tau...

:-(

Friday, May 09, 2008

Sempurna...

Kau begitu sempurna
Dimataku kau begitu indah
kau membuat diriku akan slalu memujimu
Disetiap langkahku
Kukan slalu memikirkan dirimu
Tak bisa kubayangkan hidupku tanpa cintamu

*Janganlah kau tinggalkan diriku
Takkan mampu menghadapi semua
Hanya bersamamu ku akan bisa

Reff:
Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adalah hidupku
Lengkapi diriku
Oh sayangku, kau begitu
Sempurna..
Sempurna..

Kau genggam tanganku
Saat diriku lemah dan terjatuh
Kau bisikkan kata dan hapus semua sesalku

Thursday, May 01, 2008

bekerje di hari pekerja..

smlm blk keje dlm pkl 2 pagi... tak laratnyer laa hai..

balik umh terus tdo... pkl 8am terjaga tp tak bleh bgn.. tdok balik sampai kol 10am.. tringat nk kena g keje hr ni.. erk.. kerja di hari org len cuti hr pekerja.. huhu.. rajinnyer kitorang.. tak der OT tau! cam biasa dtg ngan kak mala la kalo hr2 cuti ni. kak mala kata pkl 11.30am nk gerak. ok laa.. sambung tdo dlm 15 min pas tu br leh bgn utk mandi and gosok baju and bersiap2..

dlm pkl 12 gak kot kuar umh. sampai opis nk dkt kol 1pm. mkn roti canai yg dah disediakan oleh mereka2 yg dah sampai awai. mulakan kerja tepat pkl 1pm. tgh hari mkn nasi beriani mahbub kot.. nasi beriani ayam madu. makan sesambil buat keje.. huhu... dlm pkl 5 lbh nk dkt pkl 6 keje me selesai.. alhamdulillah...

skrg dah pkl 8 suku. me masih kat opis. awat tak balik lg? huhu.. tggu kak mala... sat lagi nk balik dah ni.. erm... hopefully kami2 dapatlaa book off cuti.. huuu... sehari pun jadiklaa boss...

k ya.. mau kemas2... sat lagi nk balik dah...
esok nak g ipoh...
doakan semuanya ok..
aminn...

Wednesday, April 30, 2008

Baca dari blog eya... eya copy dr blog 13may..
related tu me.. so paste kat sini..
i'm tired... tapi tak mo mengalah lagi...

Wajah yang riang...
siapa tahu hatinya gusar
Senyum yang ceria...
siapa tahu otaknya bercelaru

Lemah lembut berbicara...
siapa tahu dirinya memberontak
Kelibatnya yang normal...
siapa tahu dirinya hampir gila

Biar akal menguasai hati kita...
Jangan biar hati menguasai akal kita...
Kerana jika hati menjadi raja dalam akal kita...
Kelak kita mungkin akan hilang akal tanpa kita sedari..

Hilang akal bermakna kita gila...
Tetapi jangan cepat melatah...
Kerana orang gila tak pernah mengatakan dirinya gila...

my dear... i'm sorry...

Tuesday, April 29, 2008

huu...

start date: 18/4/08 (friday)
end date: not sure
mood :-(

sometimes i feel like.. i'm so tired..
bila nak rasa riang gembira?
huu...

***

30/4/08
10.56pm

waktu ni me masih kat opis.. keje.. 2/5 ni ada sistem nk go live. me terlibat dalam group project ni. tak tau la pkl brapa nk balik ni... sat lagi kot coz my work dah siap utk hr ni. erm... ada lagi data nk load tp kena tggu org prep data tu dulu.. esok kot baru load.. huhu.. esok org cuti hari buruh.. me and da team keje...

dalam 2 minggu ni me cuba sedaya upaya memenuhkan masa terluang me.. terpaksa.. kalo tak hati ni rasa sedih dan sayu jer.. kali ni me kena beralah.. kena sabar.. kena tahan laa apapun.. coz mmg salah me. :-( sedih rasanya.. nak buat mcm mana kan..

mcm mana penuhkan masa terluang? keje laa... bzkan diri dgn keje2 kat opis.. blk lmbt.. kalo awal kat umah, tgk tv.. hehe.. tak pun baca novel.. tapikan.. walau apapun xtvt me.. dia ttp dlm ingatan.. huu...

sampai bila ek?

note: bg org yg buat bisnes, ketepatan waktu tu penting utk elak kerugian. apa jua penyebab yg boleh menjejaskan prestasi adalah alasan.. akibatnya.. hilang kepercayaan..

:( alasan?? dik k.. alasan tu betui ka? awat senyap skrg? tau x apa jadik kat akak skrg? mcm mana kalo masalah ni tak leh di pulihkan? mcm mana kalo dia terus senyap sepi sampai bila2?

hmm.. thanks laa...
hidup mesti diteruskan...

***

jumaat ni (2/5/08) nk g ipoh ada kenduri kawen. ahad blk kl. nak berehat dgn aman.. rehatkan otak..

anim comei
11.06pm
30/4/08


Monday, April 21, 2008

public transport

last week borak2 dgr opismate ttg public transport yg jalan atas langit tu... masing2 compare which one is better.. monorail.. star lrt or putra lrt.. hmm...

monorail.. hmm... kdg rasa mcm terhuyung hayang dok dlm tu... mcm tak stabil.. tambah gerabak lagi?? oh no.. rasanya tak bleh nk tambah gerabak.. sure makin melayang-layang.. hehe..

star lrt... i'm not sure.. but so far naik mcm ok... agak yakin coz ada driver.. dari segi kelajuan pun ok gak.. dari segi kerosakkan dan problem time ada penumpang di waktu2 sesak tak pasti plak.. sbb tak pernah menghadapi keadaan tu bersama star lrt..

putra lrt... huhu.. ni adalah transport me utk ke tpt keje.. 5 hari seminggu... kdg2 sabtu ahad naik jugak.. problem?? thn ni jer rasanya dah 3 kali prob masa waktu2 puncak.. pagi.. dan petang.. terbaru.. hari ni ler.. tetiba jer lrt berhenti secara mengejut. saper tak pegang tiang or pemegang kat palang atas tu sure jatuh. yg duduk pn bleh sakit2 badan menahan tekanan.. huu.. break mengejut tak hengat punyer.. lepas insiden tu adalaa announcement minta maaf dari pihak rapidkl. not sure punca kejadian.. lepas tu train bergeark laju seperti biasa.. tambah gerabak rasanya tak praktikal.. tapi kecepatan sampai kat stesen tu kena betul ler.. ni tulis akan tida dalam masa 3 minit, alih2 dah 6 minit tunggu tak sampai2 lagi.. huhu...


apapun.. sumer ada prob masing2.. kena ada kebijaksanaan pihak yg menguruskan agar kesilapan yg terjadi tak berulang dan supaya ia betul2 dpt memberi keselesaan dan kepuasan pada penumpang..

wallahu'alam..

Friday, April 18, 2008

napa ek..??

bila org susah... org nmpk kita.. org cari kita.. org minta tolong ngan kita... dan kita pun tolong...
tapi..
bila kita susah.. kita minta tolong ngan org.. mesti tak dapat...
napa ek???
salah org ke kita minta tolong???
sedihnya....

bila org marah.. geram.. sesuka hati org boleh lepas kat kita.. tak kiralah kita ni saper pun pada dia.. tak kiralah apapun alasan kita..
tapi..
bila kita marah.. geram... napa ek kita susah nk lepaskan kat org.. kita masih boleh sabar.. boleh kawal.. dan tak gunakan kata2 kesat..
(alhamdulillah... tingginya tahap sabar kita..) erm.. tapi kalo ngan adik beradik, terlepas gak.. hehe..
tapikan... kita ttp sedih....
kita ni baik sgt ke sampai senang je org nk pijak2.. senang je org nk lepaskan tekanan perasaan masing2???

bila org rasa sedih... sayu... org suka citer kat kita..
kita tak kesah.. sbb kita nak org tu tak sedih2 lagi.. kita cuba nak tenangkan org.. walaupun kita bkn ahli psikologi... kita kesian kat org.. tak nak la org sedih2 kan...
tapikan..
bila kita sedih.. kita susah hati.. kita tak tau nk citer kat saper..
pernah juga cuba citer kat org yg kita caya.. tapi diorg mcm tak nk dgr je... mesti nk alih citer lain..
bukan kita suruh agree dgn apa yg kita rasa.. bukan kita nak diorg selesaikan masalah kita..
kita nak org dengar je...
sedihnya.. rasa mcm kita tak der saper2...

kadang rasa macam..
nak lari jauh2...
tapi tak tau nak lari maner..
doa kita.. moga kita terus diberi kekuatan utk hadapi sumer dugaan dan kesusahan..
moga keimanan kita tak jatuh..
kita tau.. Allah uji kita sbb Dia tau kita mampu hadapi sumer ni...
Dia sentiasa ada ngan kita..
cuma kdg2 rasa tak mampu..
kdg2 rasa terkilan sgt..
kdg rasa sayu sgt..
kdg2 rasa sedih sgt..
kdg2 rasa tertekan sgt...
tapi org tak faham...


.::kita yg sorg2::.

Friday, March 28, 2008

adik..

hmmm.... macam mana nak mula?...

me ada 5 org adik.. salah sorg dari 5 org ni baru balik dari jepun utk bercuti selama sebulan dan akan kembali ke jepun pada malam esok. dia adalah seorang yang berjaya (sebelum ini).. dan me doakan moga dia akan terus berjaya di masa akan datang..

masa dia ckp nk balik bercuti kat m'sia kami sumer happy. yer laa.. winduu... tapi tak sangka plak kepulangannya ada misi lain.. bkn misi berjumpa keluarga.. tapi misi menjalankan perniagaan mlm (rujuk posting sblm ini). kerana misinya itu maka kami semua (mungkin) berasa teramatlah marahnya... huuu...

me kecewa.. kecewa dgn apa yg dia buat.. kecewa dgn kata2nya (melalui sms).. kecewa dgn sikap dia.. tapi apa yg terjadi tak bleh salahkan dia 100%.. kami ada bahagian kesilapan kami juga.. me akui itu..

adik me ni telah berpisah dgn kami sejak ting 3.. makanya sejak itulah dia berada di atas.. di kelilingi kawan2nya. balik bertemu keluarga bila cuti semester sahaja. makanya.. mmg kurang masa bersama keluarga. dan kami memberi kepercayaan 100% kepadanya dalam menguruskan kehidupannya.. sbbnya pada kami dia mmg x mengecewakan.. apa yg dia pk adalah apa yg kami pk.. utk kebaikkannya juga.. so sampai skrg, dia bertindak mengikut gerak hati sendiri tapi tanpa pk ttg hari dpn, ttg yg mana kepentingan dan yg mana kehendak.. bagi me, apa yg berlaku dlm sbln ni adalah satu kesilapan..

kesilapan kami adalah komunikasi dan kepercayaan..

setiap org buat silap.. semoga kesilapan ini tidak berulang.. komunikasi penting dlm sesebuah keluarga. apapun keputusan perlu berbincang paling tidak tujuannya adalah utk dptkan pandangan org lain dan mengurangkan kadar kesilapan yg mungkin berlaku.

huuu... ngarut bukan2 ni...
esok teman alang hantar oon balik jepun.
mak ikut kot.. tapi ayah tak mo ikut...
huu...

Thursday, March 27, 2008

Happy birthday Ayah :-)

Hari ni 27/3/2008 hari ulangtahun kelahiran ayah yang ke 55. Alhamdulillah...

smlm tgh hari ayah dah sampai keramat. ayah g check up kat klinik bandaraya. mlm me blk rasa meriah. semua ada kecuali ajib.. hehe.. best.. me beli sate. huhu..

mlm td ayh tanya kitorang ttg adik kitorang yg sorang tu.. hmm.. kami kata kami tau.. ayah nmpk kecewa sbb dia org terakhir yg tau.. ntahlaa.. tak sampai hati nk kasitau awal2. lagipun.. tak suka jadik penyampai.. biarlah dia tau sendiri. tak kesah la dia nk pk apa pun. lama gak bincang pasal tu.. me tak tahan.. biasalaa.. kalo dah sedih sgt.. or marah sgt.. air mata ni laju jer nk kuar.. empangan pecah.. huuu...

me akui.. sampai hari ni masih tak bleh nk pandang muka adik sorg ni.. sakit hati.. mmg sabar.. tak baik nk gaduh2.. tp me x bleh ar.. kalo x jmpa mungkin bleh cpt baik.. luka di hati ni.. hanya allah yg tau.. sms2 dia me akan simpan sampai bila2. tu bukti if anything happend akan datang.. entahlaa..

pagi td pagi2 lagi ayah bersyarah lagi kat dia.. kami biarkan jer.. mungkin cakap ayah jer yg dia bleh dengar. hopefully ler... kami harap sgt dia mendengar kata.. kami harap sangat dia berjaya dlm pelajaran dia.. huuu.. x bleh nk mengharap apa2 sgt kat org kan..

pagi tadi masa ayah marah2 tu dgr beberapa ayat ayah yg membuatkan me tersenyum... 'ko pklaa sendiri'.. 'org/binatang yg naik tggi2 pastu jatuh x sakit tu beruk jer..'.. huhu.. terasa mcm tgk rancangan nabil plak.. hik..hik..

apa pun...

HAPPY BIRTHDAY TO MY DAD..
WE LOVE U SO MUCH!

Wednesday, March 19, 2008

demam selsema..

last friday (14/3/08) me mc.. demam selsema yg teruk.. pepagi dah g klinik jumpa doc amik ubat & mc.. sederet ngan klinik ada farmasi. singgah beli epo. ada bank cimb.. singgah kuar duit.. ada salon.. singgah potong rambut.. huhu.. pas tu amik cab balik umah.. mkn ubat.. tdoq...

actually start tak sihat dari isnin.. tapi bleh g keje lagi.. hmm.. start with sakit dada.. semput.. sesak nafas.. biasanyer mlm ar.. or kat opis dr petang bila sejuk sgt.. (mungkin kesan ubat..) khamis ptg dah start selsema teruk.. mlm demam..

kali ni demam agak lama.. until today still tak berapa ok.. demam selsema on off.. batuk still ada lagi.. sakit tekak.. hmm... mkn tak rasa apa.. satu lagi yg pelik sket.. erm.. kdg mcm berdiri tak tegak.. menggigil.. + rasa melayang.. lunch tadi.. masa berdiri rasa mcm blur skjp.. melayang2.. now sambil menaip rasa tak balance.. tangan menggigil.. sat lg nk g klinik..

esok cuti maulidur rasul.. but me dan sekumpulan dari TM akan ke bkt jalil ada perhimpunan maulidurrasul.. i'm not sure bleh join ke tak.. hopefully, ok ler.. jumaat.. if tak ok.. maybe mc.. or urgent leave.. if ok.. keje ler.. huhu...

erm... i'm ok.. don't worry :-)

Saturday, March 01, 2008

oon

adik me yg study kat jepun tu dah balik m'sia 19/2 hr tu. mak kata dia sampai dlm pkl 11 lbh.. malam.. alang jemput kat klia. sampai kat umh kat sepang dlm pkl 1 lbh gak kot. pas tu dia g pd ngan ajib's family & mak.. pas tu dia g balik kg.. tdo saner semalam kot.. org2 kg rindu kat oon. hehe..

hr isnin hr tu me blk keje oon dah ada kat umah. terkejut gak ler tgk dia.. x der la berubah.. tp mcm x caya jer dia ada dpn mata. hehe.. tgk puas2.. borak2.. huu... senyum jer dia.. muka masih mcm oon tp ada mcm jepun sket.. muahahahaha..

laa ni dah seminggu oon kat sini.. sebulan kot oon kat sini. sebuk dia nk buat bisnes.. kalo ada saper2 nk tau pasal bisnes dia bleh ar tya and join under him.. ehh.. prommote lak... bisnes apa? lampeberger.. lampu aromateraphy.. ni web site nyer http://www.dchl.com.my dan http://www.synbiz.net try check tgk k.. call him @ 0133961487 huu..

to oon.. gud luck and have fun!

note: igt nk blk sepang.. tp ujan.. tak tau la nk balik ke tak ni.. hmm...