Friday, September 30, 2005

JADUAL HARIAN SEORANG MUSLIM DI BULAN RAMADHAN

JADUAL HARIAN SEORANG MUSLIM DI BULAN RAMADHAN

4.00 pagi
  • BangunBerdoa kepad ALLAH dengan doa :Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikanaku dan kepadaNYAlah aku akan dikembalikan.
  • Berniatlah untuk melaksanakansebanyak-banyak kebaikan hari itu.
  • Mandi dan membersihkan diri.Mengambil wudhu dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.

4.20 pagi
  • Solat Sunat Taubat. Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat taubat 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas.
  • Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa.
  • Solat Sunat Tahajjud. Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud 2 rakaat kerana ALLAHTaala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas.
  • Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.
  • Solat Sunat Hajat. Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat hajat 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Selepas Al-Fatihah rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali. Selepas Al-Fatihah rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali. Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.
  • Solat Sunat Witir. Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
  • Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat.
  • Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri,meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita,taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.

5.00 pagi
  • Makan Sahur
  • Menggosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.

5.28 pagi
  • Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat.
  • Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah.
  • Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.

7.00 pagi
  • Membuat persiapan ke tempat kerja.
  • Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan doa kepada ALLAHagar semua aktiviti kita diberkatiNYA.
  • Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW sama ada menyebutnya atau di hati.
  • Banyakkan istigfar/meminta ampun.
  • Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuhbertanggungjawab.
  • Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang di lakukan dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.

10.00 pagi
  • Sembahyang Sunat DhuhaIa adalah sumber rezki yg berkat kalau istiqamah diamalkan. Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat dhuha 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
  • Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran.
  • Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yg sia-sia.
  • Contoh dosa-dosa : mengumpat mengutuk, menyindir yang menyakitkan orang,bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan bukan muhrimmengenai perkara yang tiada sangkut paut dgn kerja.

12.45 tgh
  • Bersiap untuk solat Zohor.
  • Menunggu waktu bersembahyang dengan berselawat.
  • Solat Zohor berjemaah.
  • Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud.
  • Syukur setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH ygmemberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.

4.15 ptg
  • Bersedia untuk solat Asar.
  • Solat Asar berjemaah.
  • Laksanakan juga solat sunat Qabliyah.
  • Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.

5.30 ptg
  • Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dlm diri kita !!!

6.30 ptg
  • Memperbanyakkan doa sebelum berbuka. Kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabdaRasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanyalapar dan dahaga", merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.
  • Apabila masuk waktu magrib, bacalah doa dan berbuka :Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku berimandan dengan rezki engkaulah aku berbuka.
  • Berbuka puasa dengan makanan manis seperti buah kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan berat.
8.00 mlm

  • Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Terawih.
  • Cuba pertahankan solat terawih walau bagaimana keadaan sekalipun keranafadhilatnya amat besar.
  • Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknyabaca dengan bertadarus (berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yanglain menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satukali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kalidalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan)

11.00 mlm
  • Memperbanyakkan istigfar sebelum tidur.
    Berniatlah utk puasa esok hari dgn berniat : Sahaja aku berpuasa hariesok untuk menunaikan puasa ramadhan yg wajib ke atasku , tahun ini keranaALLAH Taala. (JANGAN LUPA!!!)
    Tidur awal agar dapat bangun utk beribadah.
    Bacalah doa sebelum tidur :Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati.
    Ingatlah tidur adalah matiyg sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur.

    wallahu'alam..
    Ya Allah.. berilah kekuatan kepadaku untuk beribadah kepada-Mu.
    copy dari :
    http://faizar.onestop.net/ramadhan/


note:
tadi ada ceramah agama tajuk wanita & ramadhan di sampaikan oleh ustazah bahyah kat sini. me tak ikut sgt kuliahnya ni sbb sibuk dgn urusan pendaftaran peserta utk majlis ni dan sibuk hal2 lain. maklumlah me salah sord ajk, so kena buat kerja sket.

tapi ada satu yg me ingat.. benda ni pernah di persoalkan org.. kita tahu bahawa di bulan ramadhan syaitan itu di rantai oleh Allah tapi kenapa org masih buat jahat? jawapannya.. kerana yg di rantai adalah syaitan tapi bkn nafsu si pembuat jahat. semoga di bulan yg mulia ni nnt me dan rakan2 me yg menjalankan ibadah puasa ini dpt melakukannya dgn ikhlas dan dapat mengawal nafsu dari melakukan perbuatan yg tidak sepatutnya.

wallahu'alam..

Monday, September 26, 2005

berita terkini hiburan sensasi. hehe

salam petang..

10 hari berlalu tanpa entry baru. bkn tak ada cerita tapi tak ada kesempatan nak mengarang. bila ada kesempatan tu, tak ada idea plak.. maka berlalu sepilah blog ni tanpa entry baru. tak apa.. tak ada saper pun peduli kan :)

apa cerita nak tulis ye? hmm.. hari ni mak ayah dtg kl. tgh hari td kot diorg sampai. me baru je call diorg dlm kol 5pm tadi. mak kata kete ayah tak berapa elok. tak boleh nak jalan malam. lampu rosak. tadi hantar g bengkel kena rm100. tak taulaa apa yg diorg repair. hmm.. kesian gak dengar. kadang pk nak belikan kereta baru utk ayah. tapi apakan daya. budget tak cukup utk tujuan tu.

hmm..

tadi waktu lunch ada meeting pasal ceramah ustazah nor bahiyah jumaat ni. so, tak lunch ler. nasib baik pagi tadi dah mkn nasi goreng. tapi actually.. i'm so hungry right now. huu.. terbayang mcm2 nak mkn. terutamanya sambal kerang. hmm.. mak buat sambal kerang ke tak ek? tak sabarnya nak balik.. kak haraza tegur lepas meeting. dia kata me dah kurus. haha. dah tak lebar. ehe. ye ker kak? alhamdulillah. turun bawah kat loby jumpa kak mazeni lak. pun dia tegur benda yg sama. huh lagilah terasa bestnyer. haha. tapi mlm tadi jumpa e dia kata me makin berisi. wateverlah. timbang kat umah tu tak taulaa betui ke dak. adalaa kurang 1.5kg. oklah kan. bln pose ni tak taulaa turun berapa kg lagi. lepas pose naik balik. hehe. normallah tu ;) nantilaa nak try maintain tahap sepatutnya. wish me luck.

nak cerita apa lagi?? tentang dia? hmm.. nothing.. hopefully semuanya dah ok. skrg dah ada org lain tolong kejutkan subuh. hmm.. kawan ramaikan. suruh je la sesaper kejutkan. tapikan.. akhir2 ni me liat sket nak bgn pagi. napa ek? biasanya 6.45am baru leh bgn. tu pun kadang lajak sampai 7am. cam na ank buat? ada petua tak? susah hati gak.

cerita lain? now dah 5.40pm. tadi 'mak' call. me janji nak call semula tapi mcm malas je. tak per ke? ish.. dia nak tanya pasal tipon dia tu. napa call id tak appear kat screen tu. manalaa me tau. set je la mcm dlm manual dia. ish..

kerja? hmm.. ok je. releks sket. janji ngan mak tadi nak bawak balik kek marble cheese. tapi akak kat opis ni lupa lak bak bawak kek tu. so.. terpaksa tunda esok. kat menara ni ada pameran keselamatan. ada doc dari pantai medicare dan lain2 klinik panel TM, ada abg2 polis, bomba dgn uniform yg comei haha. ada org jpj (panjangnye org beratur nak check saman). ada byk booth gak la. menarik. esok me nak pergi booth lasik (mata) dan kulit. nak check tahap allergie. ada check darah gak. tapi rasa lemah semangat la. tak bleh nak cucuk jarum ni. kang pengsan. hehe.

ok nak balik. dah pening. laparlaa.. huu..
jomlaa makan..

:D
nis comei.

Friday, September 16, 2005

cintan cintun. haha.

online ym mlm ni dpt msg dr seorg kawan ttg cinta. rasanya ramai yg biasa dapat msg2 nie. haha.. jiwang sat laa.

------------

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya. Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan

-----

ni plak me copy dari page zulpahang. tak taulaa betul ke tak. hmm.. now me just ada masa utk copy and past. me ada terpk nak ulas setiap quote ni. but.. nntlah kot.. :)

"Cinta dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu. "

Thursday, September 15, 2005

copy entry dr blog sahabat..

hmm.. 2nd post for today. now me still kat opis (8.25pm). tgh siapkan kerja. means..me tak g kelas lagi hari ni.. maknanya juga.. minggu ni me tak g kelas. tak perlaa.. esok me call mas tanyer dia study apa minggu ni. assignment apa lect kasi dll. bukan sengaja tak nak dtg.. tapi kena utamakan apa yg lebih utama. kerja dan study dua2 penting bagi me. tapi kerja tu amanah. me dah terima (dan akan terima upah) dari amanah yg di berikan pada me. so me kena buat amanah ni. study tu keperluan me. keperluan yg utama. rasa rugi kalau tak g kelas sbb me bkn blajar free. ilmu tu wajib di tuntutkan? tapi dalam keadaan ada dua perkara yg perlu di lakukan.. maka terpaksa korbankan salah satu. hmm.. mmg tadi niat nak g kelas. tapi sbb sampai maghrib baru tugasan hampir selesai, so mmg tak sempat nak masuk kelas.

tadi jalan2 kat blog amal. ada entry yg menarik. me nak kongsi dgn kawan2 lain gak dlm blog me. satu tu tajuk dia warkah buat hawa. me pernah dpt mail warkah ni. tapi sekadar baca dari mail, foward kat kawan2, dan delete dr inbox email. so now me nak paste kat blog plak. not sure saper yg tulis puisi ni. tapi mmg terkesan dalam diri..

Warkah untuk HAWA..

Hawa,

Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah.

Hawa,
Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu, ingatlah Hawa janji Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana saya khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa…
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannnya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya, serta kemampuannya mengoncang iman lelaki. Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya.

Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan.

Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangat kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik- beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu.

Hawa…..
Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga.

Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia juga yang mengoncang iman lelaki.


2nd entry dari blog amal yg me minat adalah 'la tahzan..' yg bermaksud jgn bersedih. me suka word ni.. first time dgr masa berita vss warga tm beberapa bln lalu dari mail (sinopsis dari buku la tahzan oleh pn yati). ketua biro me sampaikan ucapan terakhirnya sblm bersara (vss) petikan dari buku la tahzan ni juga. terasa syahdu dan terkesan dalam hati. me ada niat nak beli buku ni tapi masih belum berkesempatan. ada kawan opis kata, buku ni buku motivasi yg bagus di baca. insyaallah, satu hari nnt me akan beli juga buku ni.

La Tahzan....

Jangan berdukacita..
sebab rasa sedih akan terus mengganggu mu dengan kenangan masa lalu..
akan membuat mu khuatir dengan kemungkinan masa akan datang...
dan akan mensia-siakan peluang mu pada hari ini....
kamu hanya mempunyai hidup yang pasti hari ini...
hari yang ketika ini mataharinya menyinari mu...
dan malam nya menyapa mu...

bukan hari semalam yang telah berlalu dengan sgl kebaikan dan keburukan
nya..
juga bukan hari esok yang belum pasti lagi...
inilah hari kepunyaan kamu...
maka berusahalah sepenuh hati pada hari ini...
lakukan solat yang paling khusyuk pd hari ini..
berzikir sepenuh hati...baca al-quran dengan paling tartil..
keindahan dalam akhlak..
mengambil berat kesihatan jiwa dan raga mu..dan
bersiap2lah untuk satu perjalanan jauh menuju akhirat..serta
nikmatilah hari ini dengan sgl keriangan dan kebahagiaan nya..

krn kamu hanya mempunyai hidup yang pasti HARI INI

note: damai..aman..thanks kawan..


tension hari ni... but now dah cool :)

"Tiada manusia yang bergembira sepanjang masa tetapi ianya bukanlah suatu alasan untuk hidup sengsara"

me dpt quote tu dari blog zulpahang. buat zul : akak amik kata2 tu ye dik.. bleh akak kongsi dgn hati akak dan kawan2 akak. rasa tenang dan akak senyum bila open blog adik dan jumpa kata2 tu. thanks...

bagus blog zul ni. cubalah kawan2 g jenguk (http://zulpahang.blogdrive.com/). skrg me tgh dengar ayat2 quran (dari radio ikim kat blog ni-skrg nak dkt waktu maghrib). makin tenang jadi hati ni.. alhamdulillah....

---------------------------------------------------------------------------------------------

hari ni masa me penuh. me ada seminar dkt JW Marriot, Bkt Bintang. dari rumah naik bas, pastu naik lrt putra turun kat dang wangi. pas tu naik monorail sampai bkt bintang. dr dang wangi me bertiga dgn kak mala and kak haida. sampai bkt bintang jalanlaa cari mana laa hotel ni. masing2 tak penah sampai kat hotel tu so mcm rusa masuk kg tercangak-cangak. nasiblaa ata staff tm yg lain kat situ. tapi rupanyer sumer tak tau tpt. so sumer hampir sesat. hehe. sampai kat car part starhill (shopping compleks ke hotel ke tak taulaa..) kitorang singgah kat pondok pengawal bawah tu. tanyerlaa kat mana la jw marriot ni. dia pun tunjukkanlah jalan. mcm jauh jerk dr monorail... (mmg jauh sbb ebrpeluh gak laa sampai kat tpt di tuju).

seminar pasal pc security. pasal password pc. password email dll. dia tunjuk how to hack pc org. huhu. terus rasa tak selamatnya dunia. dia pesan kalau nak buat online transfer cth maybank2u, jgn buat kat opis. sbb org bleh replica site tu (dia tunjuk td how..hmm..) dan sbb tu lah terjadinya kes ada duit hilang dll.. wallahu'alam.. so, kalau nak buat sumer2 tu, buatlah kat rumah. password yg baik adalah password yg 10 - 15 char. kalau 6-8 char tu dlm masa tak sampai sehari org dah boleh hack. pastu kenalah pandai2 ubah huruf2 tu dan campurkan semua jenis char eg: sayang ummi12 = 5y9nmm1iss. hmm.. kalau password mcm ni katanya paling lama org bleh hack adalah 6 bulan. so, better tukar password tiap 3 bulan (at least).

seminar tadi start pukul 8.30am - 5.00pm. tapi me balik kol 3.30pm. bukan sengaja.. tapi ada hal yg nak kena uruskan. hal peribadi dan kerja (now me kat opis). me terus balik opis kononnya nak kejarkan bank. tp sampai je bank dah tutup.. frustnya... me naik opis nak check email. (meja me ujung sekali, so lalulah depan akak2 kat opis ni dll, sumer tgk me. huhu. mungkin sbb waktu tu dah pkl 4.30pm. kak nora tegur "amboi merahnya muka". huh.. mana tak nye.. berkejar kak.. penat + panas..) sbb smlm dpt mail dr hr kata application 3g hp me berjaya and me kena collect hp to today kat hrlah by 3pm - 4pm. but how? me kat tpt lain. ada lah notes kat situ gak suh me wakilkan sesaper kalau tak bleh amik. tapi time email tu sampai kol 7.15pm.. dah mlm kan.. kiranya sepatutnya time tu org dah balik keje. so apa yg dia aspact org bleh buat dlm masa beberapa jam? terutama bagi mereka2 yg tak der kat opis?? so sampai je kat opis me calllah diorg. tanya me still bleh amik hp tu ke tak. diorg kata tak bleh sbb org celcom dah balik. cheh. bengang lagi. rasa frust gak. ntah apa2 ntah. me call org celcom tu plak dia kata, maybe next month baru bleh dpt bagi sesaper yg tak collect tadi. sabar je la. ntah apa pk diorg ni ntahlaa. sesuka hati dia je buat keje. short notice. huh!. mmg bengang.

dah la hati terbakar gak. org ni push buat benda ni. dengan itu ini yg mcm2 kebendanya. me jadik betul2 tension. sampai me offkan hp. tak nak di ganggu! bila dah dua2 benda tu tak bleh (tak dpt lebih sesuai kot) buat, me cuba coolkan diri. baca email2 lain, baca blog, baca comment kawan2.. (senyum - thanks all) rasa lega sket.. then sambung buat kerja2 yg sepatutnya... kerja yg tengah problem gak (loading data unsuccessfull since monday). try load semalam error. bila debug tak der error. so peliklaa. td me debug lagi. bila confirm debug tak der error me call kawan me yg buat sistem ni dulu. minta pendapat dia. entahlaa.. mungkin masa buat tu tengah tak tenang so serba serbi tak jadik. mintak tolong dia tgk2kan apa2 yg patut.. pun tak jumpa error. last me ckp kat dia.. me nak try run sekali lagi.. me nak delete data yg me masukkan dlm server dan try masukkan semula pas tu run. she says ok. then.. bila run.. guess what?? huh.. system running! oklak tu. pelik bin ajaib. terus me call kawan me semula me kata sistem dah ok. fuh.. dedua lega.. mmg me rasa lega sgt. so now, segala perasaan bengang tu automatically dah ilang. dah boleh senyum (tambahan now tgh dengar org ngaji). alhamdulillah.. lega yg teramat sangat + dah boleh berpk dgn waras.

so.. now me plan what to do tomorror. me akan masuk opis cam biasa, buat kerja sket until 9.30am. then g bank (bank islam bukak pukul 9.30am) uruskan hal yg tak terurus tadi. settlekan maybe need 1 hour.. not sure. settle terus gi JW Marriot utk hadiri seminar tu. hmm.. nmpknya ilmu pagi esok me tertinggallaa.. tak perlaa.. nnt me tanya kak mala.

apa lagi?? tak adalah kot.. kalau adapun.. biarlah tersimpan dlm hati. ni je yg me rasa nak luahkan. huh. rasa lega. mcm bercerita dgn seseorang :)

thanks to my pren yg baca..

luv u all..
-nisnim-

note:try to be cool and think positive in any situation.

Wednesday, September 14, 2005

hmm..

assalammualaikum..

blog sayang.. hari ni me rasa hati tak keruan.. rasa tak tenang.. rasa sedih tiba2.. rasa yg macam2 rasa.. kenapa ye? me rasa terganggu.. dan ada juga rasa takut dan was2.. mungkin mainan perasaan je.. bila hati ni ada ruang kosong, senang syaitan tu masuk. tp me dah cuba juga nak isi, tapi still berjaya syaitan durjana ni.. sampai me terpk perkara bkn2 juga.. ya allah.. penatnya rasa ni..

rindu kat mak.. rasa nak bermanja dgn mak.. rasa nak tgk muka mak.. rasa nak borak2 dgn mak.. rasa nak ambil cuti.. rasa nak balik sepang.. rasa nak cari ketenangan.. rasa nak dok kat tepi pantai.. rasa nak duduk dlm tempat yg damai.. rasa nak lari dari rasa yg tak tenang ni..

huu... me kalah.. kalah pada rasa.. allahu.. tolonglah hamba-Mu ini.. berilah kekuatan.. berilah ketenangan.. berilah kedamaian..

astaghafirullahal'azim...

me nak senyum, tp tak mampu... huu..

rasa mcm perlukan seseorang masa ni.. tapi tak tau pada siapa.. entahlaa..

hmm...
hati dah mula menangis.. hati ni rasa sedih je... sayunya..
sabarlah hati..

*ponteng kelas lagi mlm ni.. tak der semangat nak g kelas..

Monday, September 12, 2005

damba kasih..

dapat lirik ni dr blog norchang. dr blog zulpahang me dengar lagu ni. tu yg cari lirik..bila baca rasa syahdu je.. Ya Allah.. mmg terkena juga rasanya.. terasa kerdil sgt diri. terasa byknye dosa.. mungkin semua ujian2 yg me hadapi sekarang ni kerana dosa2 me.. wallahu'alam... sekarang tgh cuba nak jadi budak baik. muslimah solehah (insyaallah).. tapi susah nak buat perubahan ni.. sekurang-kurangnya 40 hari kena istiqamah (kata ustaz hanafi). kenapa 40 hari? sebab 40 hari tu tempoh roh itu lengkap. umpama putaran masa 24 jam sehari.. macam tu la. so kalau tak cukup 40 hari, maka nmpklah kat mana kelemahan diri (wallahu'alam..). kena mula balik dan cuba utk perbaiki kelemahan.. susahnya.. kena kuatkan semangat..

Ya Allah.. bantulah hamba-Mu ini..

----

DAMBA KASIH
Inteam
Sumber :http://agusw.cjb.net


Semakin jauh ku dari-Mu
Semakin dekat pula Kau menghampiri daku
Oh, Tuhan Yang Maha Pengasih
Siapalah diriku di pandangan-Mu
Semakin cuba ku dekati
Semakin kuat pula Kau mendugai aku
Oh, Tuhan Yang Maha Sempurna
Kerdilnya diriku di hadapan-Mu

C/O
Bagaimanakah nantinya
tika berhadapan dengan-Mu
Sudikah Kau menerima hamba-Mu yang hina ini
Ya Allah Kau Maha Pengampun
Di bayangan mentari aku kealpaan
Dusta dunia penuh kepura-puraan
Di kala dini hari aku kepasrahan
Mendamba jernih embun kasih sayang-Mu Oh Tuhan
Andainya dihitung amalanku
Belum pasti dapat ku hampiri gerbang syurga-Mu
Oh Tuhan Yang Maha Pemurah
Hindari diriku dari siksa-Mu…
Oh Tuhan
Kasih sayang-Mu Tuhan
Itu yang ku dambakan
Dengan rahmat-Mu
ampunilah diriku..
...........................................................

Friday, September 09, 2005

cerita yg nak cerita..

dari mlm tadi mcm2 ada dlm kepala ni nak tulis dlm blog kononnya. tapi sampai ke sudah tak berkesempatan. tak ler bz, tapi tak der mood kot nak tulis. laa ni pun, tgh berperang dgn perut. ekeke. lapar banget.. tak sempat lunch. so minum air suam jerk ni. tak taulaa bila nak ada stock cokelat cadbury kat meja ni. bleh buat hot chocklat ke kan. haha. berangan jerk.. huhu.. laparnyer...

now pukul 5pm..woo dah sampai waktu balik rupanya. haha.. apalaa yg me buat hari ni.. hmm...

hari ni hari jumaat. biasanya jumaat waktu lunch me ada kelas tajwid. ngaji dr sekolah rendah tp tajwid tak pas2 lagi. so la ni kenalah blajar semula. kelas anim 9 org. yg ngajar for surelah ustazah. sbb ustaz2 nak g solat jumaat. akak2 kat sini pun prefer ustazah yg ajar. so tak segan sgt. me ikut jer. tapi me ni tak bleh nak attend kelas ni tiap jumaat..dlm sebulan sekali mesti terpaksa miss kelas tu. sbb me kena incharge kuliah bulanan kat sini gak. jemput ustazah luar juga. beberapa bulan ni ustazah jemputan tu dari JAWI. kitorang belajar ttg pengajian hadith. alhamdulillah skrg (tadi) dah masuk hadith ke 11.

pagi tadi sblm tgh hari hati ni rasa mcm kacau sekejap (setiap jumaat sebenarnya, tapi hari ni ketara sket sbb ada dua benda kena buat). maklumlah nak buat benda baik byk dugaannya. rasa mcm tak nak buat dua2. rasa berbelah bahagi. rasa presure sket. rasa terpaksa.. ahh.. susahnya.. masa ni kena coolkan diri. bila dah tenang baru boleh buat kerja. mcm mana nak tenang? tu laa.. kena ikhlaskan hati kalau nak buat apa2 benda sekali pun. masa ni tringat balik pesan kawan, sblm g keje ikhlaskan hati tu. insyaallah apa nak buat berkat. alhamdulillah.. berjaya juga. dan program tgh hari ni dua2 berjaya di laksanakan walaupun anim join satu je tapi yg satu lagi still kena uruskan.

-smile-
(nanti bila2 senang anim nak kongsi pengisian kuliah tu..skrg tak kot..dlm kepala ingat nak mkn jerk..)

hari ni dpt mail dari HR. selasa dpn kitorang (non-exec) ada xm kenaikkan gred utk anggota bkn eksekutif. alhamdulillah nama me termasuk. tapi tak taulaa nnt lulus ke tak. byk nak kena study. nota2 dah ada. tinggal nak kena baca je. insyaallah kalau ada rezeki me, luluslah dlm xm ni nnt. xm nnt kat uia gombak. awatnya ntahlaa dia hantaq jauh ke situ. buat kat MMC sumer kan ke senang. tak taulaa.. mungkin ada hikmah lain tu. senyum lagi :)

mlm tadi borak dgn dia. sajer me tanya dia rindu kat me tak. hmm.. katanya rindu juga.. tapi me rasa kelainan. kelainan tu dlm diri me juga.. dan dia mungkin.. dia tanya me.. me jawab jujur.. me mmg rindu, tapi rasa mcm makin jauh. terasa (skrg pun terasa juga) macam perasaan tu sikit2 di tarik. sakit jugalah rasanya. hmm.. dia kata..oklah tu.. sbb tu yg me nak. me kurang setuju. me rasa, kalau me sorg yg nak, mungkin tak jadi. jawapan me, kita sama2 yg cuba utk tak endahkan rasa tu.. supaya ia senang berlalu... lepas tu dia logoff.. terasa sedih plak. huu.. pagi ni borak lagi dgn dia. katanya tarikh perkahwinannya telah pun ditetapkan. alhamdulillah. insyaallah ujung bln 11 nie. adalah beberapa perkara lagi yg dibangkitkan.. me rasa risau juga. tapi me harap dia boleh hadapi dugaan ni. me cuma ingatkan dia, semua ni dugaan dalam tempoh pertunangan dia. insyaallah dia boleh hadapi.. me tak pandai bab nak pujuk org, tp me cuba juga nak kasi dia lebih yakin dgn apa yg dia buat. apa yg betul dan apa yg tak. hmm.. semoga jodoh mereka berkekalan hingga ke akhir hayat.. dunia akhirat...aminn..

pejam celik pejam celik dah bulan september.. dah nak masuk ramadhan... ya Allah.. terasa cepatnya masa berlalu. rasa mcm byk benda yg belum buat lagi. ntahlaa.. terasa penat juga pk apa nak buat :D

tak per laa..
rest dulu..
senyum lagi :)

Thursday, September 08, 2005

nostalgia..mengaji quran

salam..
pagi ni sajer masuk myspace. ada satu cerita yg menarik me dpt hari ni dr buletin myspace. me nak kongsi ngan kawan2 kat sini. cerita ni ada sikit sama ngan me..cara ayah didik anak2 dia baca quran.. rindu me pada ayah.. hmm.. sememangnya nostalgia tu akan merapatkan kita kembali dgn seseorang...

p/s: penulis asal citer kat bawah ni me tak tau. hehe.

----------------

bacalah..dengan nama Tuhan
td lepas mandi, terdengar suara kakak aku mengaji. Sedap jugak suara dia..

sekonyong-konyong ingatan aku kembali ke masa silam. Sewaktu aku dan kakak yg berusia 6-7 thn, bersila rapat, mengadap ayah selepas solat Maghrib. Dari muqaddam, hinggalah ke 'Quran besar'..( term yg kami guna dulu..), ayahlah guru mengaji kami. Dalam takut2 aku pada ayah, aku liat betul nak mengaji. Ada aje lah alasan..yg mostlynya tak berjaya utk membolehkan aku escape mengaji. Kalau demam tu, seboleh2 mungkin nak buat mcm separuh mati, kenapa..sbb nanti ayah bg miss mengaji. Aku mmg kanak2 yg penuh 'mischief' ms kecik dulu..=]. Ada sekali tu, idea jahat aku ni, setiap kali menyelak lembar baru, aku akan skip 2-3 page sekali,dengan harapan nanti cepatlah habis mengaji. Ingat ayah ni 'buta' sgt lah tu, sekali dia dpt tangkap aktiviti aku tuh, terus kena mula drpd awal semula. ISkks..

ayah mmg tegas dlm bab mengaji2 nih. Aku masih ingat lagi, malam pertama aku mula baca 'Quran besar'. Ayah hulur Quran warna ungu pd aku, kakak warna hijau. Ayah mulakan dengan menerangkan tentang dengung bacaan, kat huruf mana boleh berhenti, tanda bacaan dll. Ayah juga cakap, .." skarang dh naik 'Quran besar', kenalah baca betul2 , tak boleh main2 lagi..". Pada masa itu, tak dpt digambarkan betapa aku rasa sgt 'dewasa' dan bangga, aku buat muka tekun, riak wajah ayah masa tu masih jelas dlm kepala sampai sekarang, membayangkan betapa pentingnya saat tu pd aku. Ayah kalau masa ajar mengaji mmg serious, kakak pernah kena tahan mengaji sampai pukul 11 mlm, aku ingat lagi masa tu lampu dh tutup, tinggal Kak Dah buat keje kat dapur. Aku turun perlahan2 dan tengok dr tangga, kakak masih terbongkok2 mengadap Quran. Hmmm..

Dan begitulah seterusnya, sehingga aku dh boleh mengaji sendiri. Adik2 bwh lagi lah 'manja' jdnya, sbb mama yg ajar. ( biasalah..mama, lembut sikit, tak segarang ayah..) .Pun begitu, hasil didikan, dan penekanan akan pentingnya lidah fasih dan lancar menyebut ayat Tuhan, menjadi satu ilmu yg sgt berharga buat kami.

Semasa di Tadika Amal, setiap pagi akan ada sesi hafazan surah dgn cikgu. Dan aku ingat lagi, tak dpt lepas2 hafaz surah al-bayyinah, lama betul tersangkut kat situ. Sampai jd takut nak gi tadika, sbb asyik tak dpt, cikgu tu pulak piat dekat paha. Cikgu yg mengajar bercermin mata, bertuduh labuh dan purdah, dan sesi hafazan ni berjalan dengan seorg murid mengadap seorg cikgu. Akhirnya aku dpt satu cara, balik rumah, aku pakai tudung bulat yg aku jumpa dlm almari, ( agaknya kalau ade spek mata, aku pakai jugak )..duduk bersila dpn pintu, dan berlakon jd cikgu hafazan tuh. Aku ulang2 baca, dgn gaya dan mimik cikgu sedang mengajar kami menghafal. Rupa2nya 'lakonan' aku tu berkesan. Dek berulang2 kali baca, aku berjaya hafal surah itu. Dan begitulah seterusnya, kaedah 'tiru-gaya-cikgu' dh jadi cara aku menghafal surah. Hehe..antara manfaatnya daya imaginasi kanak2...

apa2 pun, ..tunjuk ajar ayah dan mama, serta cikgu2 dahulu,..selagi aku mengamalkan ilmu pengajian QUran ni, selagi itulah juga pahalanya turut mengalir pada mereka. Aku sgt bersyukur didedahkan dengan Kalam Tuhan ini dari usia 'rebung' aku, yg masih lembut dan mudah dibentuk. InsyaAllah, sebagaimana ayah mengorbankan masanya hari2 menjadi' tok guru' aku, satu hari nanti, ilmu yg sama yg dicurahkan pada aku, akan aku salurkan pulak pada anak2 aku.
Ya Allah..bantulah aku menghayati dan mendampingi Al-Quran-MU, dan jadikanlah aku, serta generasi selepasku, hamba-hamba yg menjadikan Al-Quran teman akrab kami sepanjang zaman...aminn.

Wednesday, September 07, 2005

allergie..

today kena allergie..

me sampai opis lewat lagi. bila dah duduk kejap kak nik offer karipap. tak tau la dia buat or beli. hmm.. beli kot sbb dlm plastik. hehe. org dah offer me amik je la. tapikan.. huu... makan je me tau ni karipap beli kat bawah. me mmg tak bleh mkn karipap ni sbb me rasalahkan org yg jual ni letak udang kering. now tgh suffer gatal dlm mata, kat idung, bibir, dagu, sekitar mukalah pendek kata. hmm.. hilang selera makan..

kadang me boleh pening kalau kena allergie. bila mata dah terlalu sakit, kita tak dpt nak concentrate buat benda lain. me pernah kena allergie sampai bibir me bengkak. or naik bintik2 merah kat tangan. gatal kat tekak. huu.. dan pernah juga sampai kulit melecet. allergie ada kaitan dgn asma dan resedung. sbb tu juga bleh semput bila kena allergie ni.

me mmg sentiasa cuba elak dari kena allergie. tak tahanlaa.. tak kan nak menggaru jerk? huu.. so far yg me perasan me tak bleh mkn sea food mcm udang, sotong dan ketam. bukan setakat makan, bau pun tak bleh. tapi sotong tu.. kalau me terjumpa mak masak sotong masak kunyit, me curi2 gak la mkn sikit. nak rasa je. sepotong pun jadik la. alhamdulillah, oleh sbb ada penyakit ni, maka nafsu mkn menda alah ni mmg tak der. kerang me bleh mkn (dan mmg favourite me) tp me tak bleh nak kopek kerang tu. kadang sian kat mak kalau mak nak buat sambal kerang, mesti mak yg kopek kerang tu. mak mmg tak kasi me buat. hmm.. sayang mak.. :) sea food lain.. ikan so far alhamdulillah me bleh mkn. ala-ala, lala, kupang semua bleh mkn tapi tak bleh nak masak.

me alah pada bau/wap menda alah ni. kalau mak masak semua2 ni, sama ada me tak boleh ada dalam dapur atau me keluar dari rumah. pernah sekali kat opis, kawan me mkn sebelah me me rasa gatal2 kat tangan dan muka (+ ada bintik2 merah). me tgklah kwn me makan apa. rupanya udang besar. hmm.. tak kan nak bangunlak kan? kwn me minta maaf masa tu gak dan niat nak bangun. tapi me kata, tak perlaa.. sikit je.. me ada ubat. haha. tgh mkn kan. tak kan nak bgn.

tapi me rasa sakit me tak serius mana. insyaallah kalau ada ubat, me ok lah. tapi pernah gak la terpaksa bergantung pada ubat terutama malam. kadang tak boleh tidur sbb gatal2. ubat allergie ni ada yg ngantuk. dan sebenarnya juga ubat ni adalah ubat selsema/resdung. so kalau mlm, me akan mkn ubat yg ngantuk tu. lena sampai pagi tak rasa gatal. sekarang ni dah kurang sikit. me perasan juga me dah kurang mkn ubat gatal. tapi kalau sekali kena mcm tadi, pedihnya terasa sampai sekarang. insyaallah.. tak lama lagi oklah. at least, kurang...

me bersyukur dgn nikmat lain yg Allah kurniakan utk me.
Alhamdulillah...

Monday, September 05, 2005

persahabatan bagaikan pelangi..

dpt mail dr along. ada quote ni plak.. mcm menarik :)

Persahabatan itu bagaikan pelangi:
Merah bagaikan buah epal, terasa manis di dalamnya.
Jingga bagaikan kobaran api yang tak akan pernah padam.
Kuning bagaikan mentari yang menyinari hari-hari kita.
Hijau bagaikan tanaman yang tumbuh subur.
Biru bagaikan air jernih alami.
Ungu bagaikan kuntum bunga yang merekah.
Nila-lembayung bagaikan mimpi-mimpi yang mengisi kalbu.

weekend story :)

salam tgh hari :)
baru balik lunch. hmm.. sebenarnya nak cerita aktiviti weekend baru ni, tp tak perlaa masuk sikit cerita pagi ni. hmm.. hari ni sebenarnya malas nak mai keja. tak der mood. tapi dtg gak la. sbb tak der plak nak apply cuti ke mc ke apa ka. sampai je bos dtg tanyer me join meeting ke tak. me cakaplah tak sbb me ada keje lain nak kena buat (loading data) + me tak di invite utk meeting tu. alaa.. me ni kuli je. meeting ni org atas je yg patut join. dpt input serah kat me, me buatla. tgh nak mula kerja, bos call suruh attend gak meeting tu. huh. bengang gak la. bkn tak der s/a. dia bleh buat decision apa. studyla system. pas tu terang kat me apa nak kena buat. me tak rasa me perlu join meeting tu. tapi tak taula diorg ni. pelik gak la. so dlm keterpaksaan.. me join da meeting. dlm meeting me diam je. dengar dan tulis. nak senyum pun berat. my bos perasan rasanya. lantak pi. now me dah tak la bengang lagi. sbb dah lunch kot. haha.

k, buka story weekend lak.

jumaat petang kak ani call tanyer apa plan me cuti hujung minggu ni. me ckp me free. mmg me tak plan apa2 kecuali nak p daftar sem baru ahad tu. + if rajin dan berkesempatan kononnya nak p beli brg dapur (tp tak p pun. hehe). so kak ani tanya me if berminat nak join bisness dia. but not as her partner tp sebagai salesgirl dia :) kak ani citer serba sikit pasal bisnes dia tu and me rasa mcm menarik. so seperti yg dijanjikan, sabtu pagi tu kak ani dtg jmpt me kat rumah. pergi kat au2 (dpn balai polis hulu kelang) ada buka booth kat situ. me jaga gerai jual pakaian kanak2 perempuan umo 1-13 tahun. first time utk we all kat situ, so utk first day tiada jualan :D tapi me rasa enjoy gak la cumanya letih dan ngantuk. kenapa tiada jualan ye? me rasalah kan. salah satu sbb ialah org ramai g bkt jalil. ada sure heboh rupanya. me dok situ sampai pukul 6 lebih kot. pas tu balik ngan along. kebetulan lak dia dtg bila dia tau me ada kat situ.

me salah kasi info kat kengkawan. hehe. me sms kwn2 suh dtg tgk barang kat situ. tapi me just kata '..kat dpn balai polis..' so diorg sume ingat polis buat jualan lelong. haha. ada gak yg tanya 'brg curi ke brg rampasan'. tergelak sengsorang me. pas tu me betulkan balik msg tu ' bkn polis buat jualan, tapi ada buka booth kat rumah teres depan balai polis tu...' hmm.. susah gak sms ni. salah info tak pasal jerk. tapi adalaa yg dtg gak hari tu walau tak membeli. jenguk2 and support kawan2 :). thanks..

ptg tu along call. me ckpla me jaga booth kat dpn balai polis. haha. pening kakakku mendengarnya. along kata 'aik baru kawan ngan polis sorg dah buat jualan ke?' huhu.. adake patut. tapi ye la. me yg salah kasi info. hehe. along ajak me balik sepang. mmg menarik idea tu. tp me kena berkejar2 lak balik rumah.. so takut tak sempat. so me ckp me tak ikut kot... tak lama lepas tu, tetiba jerk ada org cuit belakang me. pusing2 tgk laa.. dah sampai. along, abg long ngan sufi my anak buah yg comei. terus me dukung sufi. kebetulan juga mmg kitorang dah kemas2 nak balik. so me teruslah ikut along balik sepang.

along tido saner ngan sufi. me balik kl mlm tu gak ngan abg long. dlm kol 12 lebih sampai rumah. mmg me letih sgt. ingat nak mandi. tak jadik sbb sejuk. so me terus tido. kol 1 terjaga. dpt call dr kawan. dia kata nak borak2 if tak mengganggu me. hmm.. mmg me letih, tapi me mmg nak borak2 ngan seseorang. dia call dan kitorang borak sampai pukul 5.30am. me sajer tahan dia dari letak phone sbb me takut nak tido. haha. dah gelaplah kan.

ahad tu me bgn lmbt. ye la tido pun lmbt. register start pukul 9am - 12.30pm. me sampai ukm kol 12.15pm :D. sempatlah daftar. dpt result ngan buku teks. result me? oklah. tapi tak sampai 3 pun. hmm.. jumpa wan. me malas nak bawak buku balik rumah sbb ada date ngan najwa. so me tumpang kete wan. janji ngan dia selasa ni masa kelas me amik buku tu. dia ok je.

janji ngan najwa nak jumpa lepas zohor. sbb tu juga me keluar lmbt dr rumah. so, bleh terus g mid valley jumpa dia kat saner. najwa nak fly ke ireland sabtu ni nanti. tak sangka nak balik dah dia. jadilah dpt jumpa 2 kali. first masa dia baru sampai kl, 2nd masa dia nak fly ke sana semula. kitorang jumpa sampai kol 4 pm. pas tu masing2 balik.

balik umah me online internet. borak ngan dia.. makin manja lak dia ni. tak taula kenapa. me ada rasa bersalah gak.. tapi me layan juga.. hmm.. salah ke? entahlaa.. hati ni.. ish... teringat abg mie kata, 'selagi org tu tak bawak anim jumpa mak ayah dia, mungkin org tu nak main2 je ngan anim...termasuk bdk tu..' sedihnya... tp yg pahit tu adalah nasihat yg baik kan? me confius juga.. ntahlaa tak tau.

hmm.. aduhaii..rindulah pulak...



-me-



Thursday, September 01, 2005

Reason, Season Or A Lifetime...

dapat ni dari blog abah rasanya.. menarik.. so paste kat sini. sajer nak simpan sendiri juga.
ada cerita ke? hmm..me paste kat bawah apa cerita me..

------------

People come into your life for a reason, a season or a lifetime. When you know which one it is, you will know what to do for that person.

When someone is in your life for a REASON, it is usually to meet a need you have expressed. They have come to assist you through a difficulty, to provide you with guidance and support, to aid you physically, emotionally or spiritually. They may seem like sent by Allah and they are. They are there for the reason you need them to be. Then, without any wrong doing on your part or at an inconvenient time, this person will say or do something to bring the relationship to an end. Sometimes they die. Sometimes they walk away. Sometimes they act up and force you to take a stand.

What we must realize is that our need has been met, our desire fulfilled, their work is done. The prayer you sent up has been answered and now it is time to move on.

Some people come into your life for a SEASON, because your turn has come to share, grow or learn.

They bring you an experience of peace or make you laugh. They may teach you something you have never done. They usually give you an unbelievable amount of joy. Believe it, is real. But only for a season.
LIFETIME relationships teach you lifetime lessons, things you must build upon in order to have a solid emotional foundation. Your job is to accept the lesson, love the person and put what you have learned to use in all other relationships and areas of your life. It is said that love is blind but friendship is clairvoyant.

Thank you for being a part of my life, whether you were a reason, a season or a lifetime.
note: rindu..

--------------------

cerita me..

kelmarin mlm me borak dgn dia kat ym. adalah cerita sikit.. hmm.. tak sangka plak nak ungkit balik. me tak salahkan dia kalau dia ungkit balik. mungkin dah tak tersimpan dalam hati sendiri. nak juga org yg dirindui tau perasaan dia yg sebenar.. me pernah hadapi situasi ni. lepas luahkan apa yg terbuku akan rasa lega. me harap skrg dia dah rasa lega. dah tak der rasa susah2 hati lagi.

me akui, hati ni kadang mmg ada rasa rindu (cthnya mlm tadi sblm tido dan pagi ni bgn tido...), tapi insyaallah.. me akan cuba hadapi kenyataan ini. Dia Maha Mengetahui. Dia tahu apa yg terbaik buat kami. me rasa, atas permintaan me juga Dia beri petunjuk pada me dan gerakkan hati si dia dan me akhirnya tau antara kami tak mungkin untuk ada apa2. kalau tak.. sampai hari ni pun pasti me tak tau.. dan pasti me rasa me dah jumpa bakal suami me.. dan mungkinberkasih sayang.. dan.. mungkin kecewa bila me tau dia bakal berumahtangga dgn org lain..wallahu'alam...

kadang me rasa bersalah juga pada diri. me tak pinta semua ni jadi. tapi me tak tau kenapa org yg akan me sayang mesti milik org.. sama ada buah hati org, tunang org atau suami org.. me sentiasa cuba nak elak.. tapi tu juga yg berbalik pada me. adakah mmg telah tertulis bakal suami me nnt adalah milik org? me tak nak jadi org ke tiga dalam hubungan org lain. me tau bagaimana rasa sakitnya bila org yg kita sayang tu sayang kat org lain.. dan me tak nak menyakiti hati org.. hmm.. ayah pun mesti tak restu kalau me kawen dgn suami org.. Allah.. kenapalah me pk semua nie.. entahlaa.. me serahkan pada Dia. me redha dgn ujian ini..