dari mlm tadi mcm2 ada dlm kepala ni nak tulis dlm blog kononnya. tapi sampai ke sudah tak berkesempatan. tak ler bz, tapi tak der mood kot nak tulis. laa ni pun, tgh berperang dgn perut. ekeke. lapar banget.. tak sempat lunch. so minum air suam jerk ni. tak taulaa bila nak ada stock cokelat cadbury kat meja ni. bleh buat hot chocklat ke kan. haha. berangan jerk.. huhu.. laparnyer...
now pukul 5pm..woo dah sampai waktu balik rupanya. haha.. apalaa yg me buat hari ni.. hmm...
hari ni hari jumaat. biasanya jumaat waktu lunch me ada kelas tajwid. ngaji dr sekolah rendah tp tajwid tak pas2 lagi. so la ni kenalah blajar semula. kelas anim 9 org. yg ngajar for surelah ustazah. sbb ustaz2 nak g solat jumaat. akak2 kat sini pun prefer ustazah yg ajar. so tak segan sgt. me ikut jer. tapi me ni tak bleh nak attend kelas ni tiap jumaat..dlm sebulan sekali mesti terpaksa miss kelas tu. sbb me kena incharge kuliah bulanan kat sini gak. jemput ustazah luar juga. beberapa bulan ni ustazah jemputan tu dari JAWI. kitorang belajar ttg pengajian hadith. alhamdulillah skrg (tadi) dah masuk hadith ke 11.
pagi tadi sblm tgh hari hati ni rasa mcm kacau sekejap (setiap jumaat sebenarnya, tapi hari ni ketara sket sbb ada dua benda kena buat). maklumlah nak buat benda baik byk dugaannya. rasa mcm tak nak buat dua2. rasa berbelah bahagi. rasa presure sket. rasa terpaksa.. ahh.. susahnya.. masa ni kena coolkan diri. bila dah tenang baru boleh buat kerja. mcm mana nak tenang? tu laa.. kena ikhlaskan hati kalau nak buat apa2 benda sekali pun. masa ni tringat balik pesan kawan, sblm g keje ikhlaskan hati tu. insyaallah apa nak buat berkat. alhamdulillah.. berjaya juga. dan program tgh hari ni dua2 berjaya di laksanakan walaupun anim join satu je tapi yg satu lagi still kena uruskan.
-smile-
(nanti bila2 senang anim nak kongsi pengisian kuliah tu..skrg tak kot..dlm kepala ingat nak mkn jerk..)
hari ni dpt mail dari HR. selasa dpn kitorang (non-exec) ada xm kenaikkan gred utk anggota bkn eksekutif. alhamdulillah nama me termasuk. tapi tak taulaa nnt lulus ke tak. byk nak kena study. nota2 dah ada. tinggal nak kena baca je. insyaallah kalau ada rezeki me, luluslah dlm xm ni nnt. xm nnt kat uia gombak. awatnya ntahlaa dia hantaq jauh ke situ. buat kat MMC sumer kan ke senang. tak taulaa.. mungkin ada hikmah lain tu. senyum lagi :)
mlm tadi borak dgn dia. sajer me tanya dia rindu kat me tak. hmm.. katanya rindu juga.. tapi me rasa kelainan. kelainan tu dlm diri me juga.. dan dia mungkin.. dia tanya me.. me jawab jujur.. me mmg rindu, tapi rasa mcm makin jauh. terasa (skrg pun terasa juga) macam perasaan tu sikit2 di tarik. sakit jugalah rasanya. hmm.. dia kata..oklah tu.. sbb tu yg me nak. me kurang setuju. me rasa, kalau me sorg yg nak, mungkin tak jadi. jawapan me, kita sama2 yg cuba utk tak endahkan rasa tu.. supaya ia senang berlalu... lepas tu dia logoff.. terasa sedih plak. huu.. pagi ni borak lagi dgn dia. katanya tarikh perkahwinannya telah pun ditetapkan. alhamdulillah. insyaallah ujung bln 11 nie. adalah beberapa perkara lagi yg dibangkitkan.. me rasa risau juga. tapi me harap dia boleh hadapi dugaan ni. me cuma ingatkan dia, semua ni dugaan dalam tempoh pertunangan dia. insyaallah dia boleh hadapi.. me tak pandai bab nak pujuk org, tp me cuba juga nak kasi dia lebih yakin dgn apa yg dia buat. apa yg betul dan apa yg tak. hmm.. semoga jodoh mereka berkekalan hingga ke akhir hayat.. dunia akhirat...aminn..
pejam celik pejam celik dah bulan september.. dah nak masuk ramadhan... ya Allah.. terasa cepatnya masa berlalu. rasa mcm byk benda yg belum buat lagi. ntahlaa.. terasa penat juga pk apa nak buat :D
tak per laa..
rest dulu..
senyum lagi :)
MAMA CARRIES
-
*MAMA CARRIES*
*Source : Noni*
*Ingredients* :
300 g butter
400 g flour (I took out 1/4 cup)
130 g cornflour
100 g icing sugar
1/2 teaspoon vanilla ess...
5 years ago
No comments:
Post a Comment