sejuknyer kat opis ni. kaki dah menggigil. tangan dah kebas. hmm.. cam na nak p mendaki gunung kinabalu ni ek. sejuk sket pun tak tahan.
skrg cuaca tak menentu. tp kebiasaannyer hujan. musim hujan kot skrg ni? pagi td masa nak kuar g keje jalan raya basah. bkn sbb ada org simbah air, tp sbb pagi td hujan. tak pasti lak pukul berapa hujan berhenti.
*tgh dengar lagu puteri - zainal abidin..
ptg smlm balik umah naik lrt cam biasa. me mmg letih sgt tak tau naper. tertdo dlm train so terlajak sampai stesen setiawangsa. me malas nak patah balik (walaupun just dgn lrt). terus turun amik cab sampai umah. lagipun hari ni ada pasar mlm. dan waktu time tu dah maghrib. sampai kat kaw rumah me singgah pasar mlm dulu beli bee hoon soto utk mkn mlm dan telur (telur ada lagi tp sajer beli sbb murah). yg lain2 tgk2 je. tak tau nak beli apa. me kat rumah tak masak pun. sabtu atau ahad ikut sempat je. kalau rasa nak mkn baru masak. tak pun turun bawah je bungkus. rajin kan :)
pukul 9pm dia msg kata nak bertolak ke bp dah. so me call dia kejap. kat tipon dia ni straigh to de point. tak der istilah nak gayut lama2. baguskan? cakap apa yg penting2 je
'ok ke nak drive ni?'
'ok insyaallah. td dah tdo'
'hmm.. oklah tu.. take care' - first time kot me ckp 'take care' kat dia
'insyaallah..thanks..' - rasa mcm dia tgh senyum sbb bunyi suara tu lain. haha.
'sampai nnt kasi tau'
'ok'
kl ke bp dlm +-3 jam lebih kot kalau naik bas. so kalau naik kete pun mungkin lebih kurang tu gak kan. me budget dia sampai bp pukul 12.30am. tp lewat 1 jam dr tu br dia msg kata dah sampai. me dah tdo tp biasanya kalau bunyi msg or talipon mmg me bleh bangun. me call dia semula. katanya mmg baru sampai. suara dia pelik. mcm org bingung. me tanya dia napa. pas tu dia ckp 'ntahlaa tak tau..' dia diam sat pas tu ckp 'td sesat..tak tau la cam na bleh sesat..sepanjang jln dr kl ke bp ujan...bla bla bla..' laa.. siannyer.. jenuh cari jalan nak patah balik. sengsorg plak tu. hmm.. nasib baik selamat tak der apa2. dia citer sket tp me rasa me dah ada kat tpt lain. so me ckp kat dia me ngantuk sgt.. nak tdo.
hari ni rasa me ok kot. cuma still raa letih + tak der semangat. lesu. ingat nak kena g urut kot. maybe ada organ dalaman or urat saraf yg tak betul ni. haha. ngantuklaa.. erm.. rindu kat seseorang.. me rindu kat nana. my best friend. mlm td call dia mak dia kata dia kat spital. anak dia kena kuning. so masuk wad. borak sat ngan mak dia. ingat nak g umah nana tgk dia dan anak dia. tp tak tau bila. dulu masa kitorang satu opis kalau me pakai baju hijau (today me pakai ijau) mesti dia tanya 'mood ok tak?'. sbbnyer secara kebetulan, bila me pakai ijau mood me mmg tak ok. kebetulan je. kalau pakai pink tu namanyer mood ayu. hehe. rindulah kat dia..
*now lagu anuar zain - kembalilah kasih
mlm td borak ngan ajib. adalah stgh jam. sajer borak2. lama tak borak ngan dia. dptlah dgr suara ayub menjerit2. ajib kata tak taulah napa mlm td ayub geram semacam je. diorg sumer sihat alhamdulillah.. me tanya ajib pasal uniform dia. sbb baru ni tgk dlm ringo dia pakai uniform polis. ajib keje polis bantuan bank negara. yg me tau uniform dia kaler biru muda. rupanya dah nak 2 tahun diorg tukar uniform polis. nmpk segak. :) perbualan terganggu sbb ayub asyik nak capai gagang talipon je. pantang tgk apa abah dia pegang. insyaallah 11 disember ni ajib balik kl. masa tu me ada kat umah ainil sbb dia nikah + kenduri. ayah jemput dia kat klialah kot.
mlm td tgk senarai nama kawan2 yg bakal berkahwin ujung thn ni.. ada gak yg bertindan..
26/11 - amal nikah
27/11 - kenduri boy kat umah wan
4/12 - kenduri zarina zohri (kat klang) dan christina hod (kat dewan au2)
11/12 & 18/12- kenduri ainil
28-30 januari - kenduri mas
lagi? tu je kot senarai yg ada. rasanya tak der yg me tertinggal. tp kalau ada yg inform lagi nnt me update. so.. to all kengkawan yg bakal mendirikan rumah tangga.. 'selamat pengantin baru.. moga di berkati dan di rahmati-Nya dan moga berkekalan hingga ke akhir hayat.. aminn..' - teringat hari tu masa me ckp ngan dia me nak cari org lain kalau lama sgt nak tunggu dia then dia jerit marah. haha. me gelak je. sajer suka nyakat dia.
* skrg lagu jepun - love generation theme song - citer yg hero dia nama tepei heroin dia nama rico. me suka citer ni. ada apple kristal :)
dah masuk asar, me suka tgk ada sorg manager kat sini. bila masuk waktu asar mesti dia dan 2 org anak buah dia hilang. dulu me tak tau diorg ni g maner. agak2 mungkin g minum petang. tp mana bleh minum petang laa ni.. sampailah bulan puasa baru ni. rutin tu masih di teruskan. cumanya tiap kali naik opis diorg bawak balik plastik kecik ada bubur lambuk. taulah me rupanya diorg g solat kat surau bawah tiap kali masuk waktu. baguskan bos mcm tu. teringat masa g talk kelmarin ada sorg chinese tu tanya pada brother shah kenapa sesetengah muslim menggunakan waktu kerja utk solat. bagi mereka perkara tu mengganggu produktiviti kerja. me suka cara brother shah menjawab. mmg terpukul dgn soalan tu tp masa ni perlunya kebijaksanaan dlm menyampaikan dakwah untuk memperlihatkan cantiknya islam. brother shah kata baginya solat itu meningkatkan lagi produktiviti kerjanya. yes! me akui perkara ni. kkadang terasa mcm dah tepu kepala otak. lepas solat rasa rilekskan? rasa tak? tak rasa? ish... tipu :p cumanya mungkin ada sesetengah org yg salah gunakan waktu tu. atau ada sebab lain - wallahu'alam.. hanya org tu dan Allah yg tahu.. kita sepatutnya tahu waktu bila kita perlu gunakan utk solat agar tak memburukkan imej agama kita pada mata bangsa dan agama lain.
ustazah zawiyah pernah kata dalam majlis ilmu pengajian hadith tempoh hari 'betapa banyak sekalipun urusan kita dgn dunia, jgn sekali-kali urusan akhirat kita lalaikan atau membelakangkan' berdasarkan hadith riwayat tarmidzi dan baihaqi : berkata abu hurairah r.a bahawasanya Nabi s.a.w telah bersabda Allah telah berfirman "lapangkanlah dirimu untuk beribadah kepada-ku, nescaya Aku penuhi dadamu kekayaan dan mengatasi segala kemiskinan. jika engkau tidak buat, maka akan aku penuhi dadamu dengan urusan, dan tidaklah Aku tutupi kemiskinan" - wallahu'alam..
mlm ni ada kelas.. insyaallah me g kelas ni. assignment java tak siap lagi. huu.. esok mlm ada paper (test-mid term). semoga berjaya :D - khas buat edd, ayat dan dilla. erm.. dan me :)
me today :)
MAMA CARRIES
-
*MAMA CARRIES*
*Source : Noni*
*Ingredients* :
300 g butter
400 g flour (I took out 1/4 cup)
130 g cornflour
100 g icing sugar
1/2 teaspoon vanilla ess...
5 years ago
2 comments:
wah, Christina dah nak kawen ek, congrats.. slalu nampak dia kat LRT Jelatek, mcm comel jer muka dia kan, hehehehe..
dia mmg comel. ooo chris u kenal, i u tak kenal? ni nak merajuk ni. haha. pelik gak la.. cam ner bdk 'kembar' mcm i ni u bleh tak kenal.
*i, u lah plak :p
Post a Comment