salam..
pg td dpt msg dr alang. dia minta me call dia semula. hmm.. pelik gak sbb rasanya tak der miss call lak kat hp me. tp me amik masa gak la nak call dia blk.. ada keje sket pg td..
"angah.. 30 minit nnt call blk plz.. ada org nak jmpa i ni"
"hmm..tgklaa.."
erm.. apa bendalaa adik yg sorang ni.. biasanya kalo tak der hal, tak der citer.. tak call :D hehe.. semenjak dua menjak ni. me rasa byk yg me bleh diskass ngan dia. ttg keje, life, boipren dia.. hehe.. thn ni alang umo 25. dan apa yg dia lalui skrg me dah lalui sejak me umo 21 lagi.. terutama bab 'berkawan' ni.. apa yg me citer kat dia byk based on pengalaman me.. juga kawan2.. sbg kakak.. me rasa me perlu kasitau dia apa yg me rasa dia buat tu tak betul. mak pun ckp yg mak tak boleh dan tak tau nak ckp byk sgt ttg hal dia dan 'kwn' dia sbb dia tak citer sgt kat mak kecuali kalo mak tanya. tu lah bezanya kitorang.. me.. dgn siapa pun yg me kawan.. lama atau sekejap.. tua ke muda, suami org ke org bujang ke apa ke mak mesti tau. tp dia (or yg lelain..not sure..) tak ckp ngan mak.. me tak adalaa citer detail tp me akan kasitau kalo me nak kuar ke apa ke.. sbb kalo bleh tak nak mak tau dr org lain. walaupun skrg ni me tak serumah ngan mak, me tetap akan kasitau. apa2 hal senang kan..
tp ni bkn me nak citer pasal 'kawan' dia.. tp pasal dia dan kerjaya dia.. nak dkt kol 4 td me call dia semula. muahaha.. lamanya stgh jam kitorang.. terlupa kena call dia. belek2 msg kat hp br tringat sbb msg dia me tak delete lagi.
'assalammualaikum..'
'waalaikumussalam..'
'cik alang ada?' sajer jerk.. me tau dia yg jwb phone :D
'ye cik alang di sini.. ada apa cik?' dia gelak.. dgr mcm ceria je..
'weih.. td suh call blk. napa??'
'haa?? erm.. ohh.. lupa lak..' '...' diam sat..
'napa?'..
'angah.. mcm mana ni??'
'pulak dah.. mcm mana apa??'
'org nak berenti..' ada bunyik cam manja sket masa sbt berenti tu.. + bunyik ala2 sedey gitu...
'erm.. napa nak brenti ni.. sabarlaa.. brapa lama dah keje situ?'
'as an exec dah 9 bln.. tp keje ni dah setahun..'
'sabarlaa.. cukupkan setahun.. ' sebenarnya dah byk kali gak la dia ckp nak brenti. tp me tak kasi. me suh dia pk byk benda.. + bkn senang nak dpt keje skrg ni. kali ni alasan dia sama gak..
'tak bleh nak sabar dah.. tak tahan..' sedih je suara dia..
'hmm...' dan me mendengar setiap luahan dia ttg keje dia.. ttg tekanan keje yg dia hadapi.. yg dah tak tertanggung dah katanya.. kesianlah plak..
'angah.. tolonglaa.. mcm mana ni??'
'laa nak tolong cam na.. sabarlaa.. 3 bln je lagi..'
'tak bleh.. org nak berenti.. hr tu masa blk sepang org dah ckp ngn mak org tak nak balik ipoh. pastu diorg kata kalo tak nak blk tak yah ar blk. ayah plak kata dah tau tak nak blk tinggalkan kete kat ipoh buat apa.. tu dah mcm green light je dr diorg kasi berenti..' pjg lebar alang citer..
'hmm.. kalo cam tu terpulanglaa..' mak ayah mmg kalo bleh nak alang keje kat kl or sepang or mana2 area yg dekat ngan dia.. senang apa2 hal. alang ni bleh gak la dikatakan sbg 'kaki' mak ayah. hehe.. 'kaki' me dan hani gak kalo dia kat kl.. huu..
'angah.. mcm mana nak brenti ek??'
'notis brapa lama?'
'2 minggu. tp ada je yg buat 24 jam'
'buatla 2 minggu.. abiskan cuti yg ada dulu. rugi lak nnt..'
'ingat nak amik cuti tanpa gaji..pastu terus brenti..'
'bkn senang nak amik cuti tanpa gaji cik kak. angah tak galakkan brenti 24 jam. susah nnt. amik yg 2 minggu tu.'
'hmm..'
'mcm ni.. cuti kena apply 3 hr bekerja.. hr ni rabu.. kalo cuti tinggal 2 hari lagi, amik cuti khamis ngan jumaat dpn. buat surat brenti. cukup 2 minggu brenti la.'
'org tak nak blk ipoh dah.. tak nak dtg keje dah..'
'pulak dah.. tak bleh ar mcm tu..'
'nak amik brenti 24 jam. ramai je yg buat cam tu..'
'jgn ar.. kesan dia kita tak tau kan. nnt la angah tanya kwn angah.. wich one better.. and how.. ok?'
'k.. thank you very much!' ada nada ceria di akhir ayat tu.
huu.. poning den.. beria dia nak berenti kali ni. me rasa dia dah nekad. yup.. ni bkn kali pertama dia kasi tau dia nak brenti keje kat ipoh nun.. selalu dia citer karenah pekerja2 dia, karenah bos lama dia, karenah customer.. dan td dia citer karenah bos baru lak.. me tak tau kalo me kat tpt dia me bleh buat kerja mcm dia ke tak. sejak 4 thn lebey kerja ni me dok ngadap pc, jmpa sorg user, ada sorg spv dan sorg bos. me berurusan dgn org2 ni je. so tak byk karenah.. tp dia lain.. kerja bhgn customer service mmg mencabar. hehe.. pengalaman tu..
td me call fiza. minta pendapat. sbb fiza keje kat comp sama ngan dia tp kat kl. kat menara ni. heheh.. terkejut fiza bila me kata alang nak brenti.
'hah! napa? masuk ni dah 10 org exec mcm dia brenti. tu la sbb aku tak sanggup.. susah..'
'ntahlaa.. sian dia.. dah byk kali nak brenti tp kitorang tak kasi.. tp td dah siap tanya mcm mana nak brenti.. mcm mana ek?'
'ada dua option. sbb dia kontrak so bleh brenti bebila. tp better amik yg 2 minggu tu. kalo yg 24 jam tu susah sket. bla..bla..bla..' sama mcm yg me ckp kat alang td.. lepas borak ngan fiza me msg alang suh dia buat surat bertarikh hr ni or esok utk brenti. so 2 minggu lps tarikh tu brentilah dia dr jwtn CSR kat kedai oren.
alang dah tak pk susahnya nak dptkan keje lain. dia yakin dia bleh dpt keje lain. me rasa dia dah pk pjg.. biar dia buat keputusan dia sendiri. dia kasitau me pun dah elok sgt dah.. mungkin ada hikmahnya kan.. kita tak tahu.. dan me tak nak la kalo me paksa dia suh teruskan keje.. dia akan bekerja dgn hati yg tak ikhlas.. lagi payah.. lagi terasa tak seronoknya bekerja.. hmm.. mcm2 hal..
me hr ni mcm mana?? erm.. hr ni me ok. cuma letih tu still.. + ngantuk.. + sakit kepala sat td.
erm.. esok last day bg sesaper yg nak apply keje kat TMnet.
~nisnim~
MAMA CARRIES
-
*MAMA CARRIES*
*Source : Noni*
*Ingredients* :
300 g butter
400 g flour (I took out 1/4 cup)
130 g cornflour
100 g icing sugar
1/2 teaspoon vanilla ess...
5 years ago
4 comments:
Nim, kerja ni kalau hati tak datang sekali, tak leh juga. Tak seronok rasa hidup.
Kalau Alang dah fikir panjang, dan rasa memang tak boleh tahan, abah pun rasa better Alalng let go the job. InsyaAllah, bumi Allah ini luas. Mudah-mudahan rezeki Alang akan mudah ditempat lain, yang akan lebih menceriakan mungkin.
aminn..
hehehe.. takut arr keje kat tm.. macam teruk jer..
yg teruk tu keje kat tpt alang je.. hehe..
Post a Comment