Salam..
Smlm dapat mail dari sahabat bertajuk 'kopi'. me rasa menarik utk kongsi dgn kawan2 blog lain.. slmt membaca dan mengambil iktibar atau apa2 je. bleh komen apa2 je kat ruangan komen.
TQ..
---
Reading pleasure....
Sekumpulan alumni yang mempunyai kedudukan dan tahap yang tinggi dalam kerjaya mereka membuat perjumpaan di rumah professor yang mengajar mereka di Universiti dahulu.
Mereka berbual-bual dalam berbagai topik dan perbualan itu bertukar kepada rasa "stress" atau takanan yang mereka hadapi di tempat kerja ataupun kehidupan mereka.
Professor mereka masuk ke dapur dan kembali semula dengan sebuah teko besar berisi kopi dan bermacam jenis cawan dan gelas. Ada yang diperbuat dari porcelain, plastik, kaca, kristal. Ada yang kelihatan biasa dan ada yang kelihatan mahal.
Professor itu menyuruh mereka menuang sendiri kopi tersebut.
Setelah semua anak muridnya mengambil kopi masing-masing, professor itu berkata:
"Jika anda semua perasan, semua cawan yang cantik dan mahal telah diambil meninggalkan cawan yang biasa dan kelihatan murah. Adalah keadaan yang biasa anda semua mahukan yang terbaik dalam hidup anda tetapi itulah punca kepada masalah dan "stress" yang anda semua hadapi"
"Apa yang sebenar anda perlukan adalah kopi, bukan cawannya tetapi anda sendiri telah memilih untuk menganbil cawan yang terbaik. Dan lebih teruk dari itu, anda memerhatikan cawan yang diambil oleh orang lain."
Kehidupan adalah kopi, kerjaya, wang dan kedudukan anda dalam masyarakat adalah cawan tersebut. Cawan itu hanyalah alat untuk mengisi kandungannya iaitu kehidupan. Kehidupan tidak berubah hanya alatnya yang berubah. Kadangkala kita terlalu fokus kepada cawan yang kita pegang hingga kita gagal untuk menikmati kopinya.
Nikmatilah kehidupan yang ada...
MAMA CARRIES
-
*MAMA CARRIES*
*Source : Noni*
*Ingredients* :
300 g butter
400 g flour (I took out 1/4 cup)
130 g cornflour
100 g icing sugar
1/2 teaspoon vanilla ess...
5 years ago
4 comments:
kak dinda selalu tgk cawan dari merasai kopi kerana i don't like coffee.dia bikin kepala anna feningla feninnnn
haha - comei
alamak...mcm mana boleh tersesat kat sini nih???
btw, good article & very meaningful...
ps: bila agaknya kita boleh minum kopi 2 org nih??? hahahahha....
mai la kl.. nnt saya blanjer kopi. okes.
Post a Comment