Monday, December 04, 2006

it's complicated and i'm confiuss...

it's complicated and i'm confiuss...
tak tau laa apa status laa ni.. mlm td gaduh mcm nk break dah bunyiknyer (sms je).. tp lps tu dia still hntr sms jiwang tu.. hr ni dia diam lagi.. tgh hari me just msg tanyer status.. tya msg smlm tu apa makna.. 'end or not??' dia tak reply.. tetiba ptg dia kasik msg jiwang lagi (tak tau la dia phm ke tak msg ni).. ayarkk.. conpius laa...


i's complicated...

"dont say u luv me unless really mean it cz i mght do something crazy like belive it. to luv is 1thing, 2b luv is another, bt 2b luved by done u luv us everything..."
huhu..


it's complicated and i'm confiuss...


***
lately mmg hubungan tak berapa elok.. sbb nk tutup blog pun pasai ni laa.. hati ni tgh porak peranda.. adalah sbbnyer... adalah citernyer... tp kes terbaru ni me yg create.. sbb rasa dia mcm dah x der feel..

perangai dia.. kalo me nk jmpa kwn ke or kuar ngan kwn lps opis or g memaner, me kena kasitau kat dia. kasitau awal laa.. tak bleh nk kasitau seminit b4 kuar tu. mmg dia hangin. last thursday, me kuar ngan kwn opis. celebrate bday girl ni.. me tak kasitau dia.. tp on daway tu me sajer send msg kat dia kononnyer me tersilap send. dr sms yg 'tersilap' send tulah kononnyer dia dpt tau me kuar ngan kwn.. dia marah.. salah satu sbb dia marah me rasa sbb dia igt me kuar ngan laki (sbb b4 ni dah penah kena marah pasai tu).. me tunggu gak dia tanya me kuar ngan laki ke pompuan.. tapi sampai sudah dia tak tanyer.. smlm br me kasitau me kuar ngan bdk pompuan. tp sbb ego.. dia terus je marah.. bkn marah kat phone.. tak der calling2 (sejak 1st syawal).. sms je.. tp sedey gak laa.. dia hntr msg mcm nk breake dah.. suh bt apa2 suka dia tak mo amik tau. tp sblm tdoq dia kasi msg jiwang plak cam biasa.. confius ler.. hr ni pun samer.. huhuh.. tak tau laa.. rasa melayang2 bkn sbb diawang2an.. tp mcm layang2 yg putus tali.. or hampir putus talinyer...

that's whylaa i'm not ok laa ni..
huu

12 comments:

RaFFLeSiA MeRaH said...

sian nis...tu pasal org kata perangai lelaki ni kita susah nak duga...kejap camni, kejap camtu...x faham kan?? diorg ni payah sgt nak terus terang, buat kita conpius...betul2...apepun ni dah jadi asam garam bercinta, x der sumer ni x meriah alam cinta kita...stay tuned...discuss elok2, key....

Anonymous said...

larr... ko tak decide lagi rupanya. sbb tu lah fenin.

13may said...

hohoho....sesungguhnya dia amat menyayangi Nis...that's why ler jadik camtu. Takyah confius2...mungkin perlukan sedikit masa lagi untuk memahami dan difahami...

have a nice day!

Anonymous said...

13may, i'm not agree with you. hahahah

13may said...

memang la korang takkan setuju...tapi aku tau la...sebab aku lelaki....hehhe...

email dari kawan:
Jika anda rindu, kawallah diri, jangan sampai terpamer pada wajah kusam.

Jika anda terlalu cinta, kawallah diri, jangan sampai terserlah melalui tindakan melampau.

Jika anda terlalu sayang, kawallah diri,jangan sampai terbukti melalui pemikiran songsang.

Jika anda terlalu rindu, cinta dan sayang, kawalkan diri, jangan sampai dia bosan.

Berpadalah pada waktu hendak menghubunginya, berpadalah pada waktu anda hendak menghantar SMS padanya, berpadalah tatkala menulis sesuatu untuknya.

Usah terlalu kerap menelefon. Ingat, situasi dia mungkin berbeza.

Tatkala anda sedang resah digelut rindu, dia sedang berjuang di medan kecemerlangan.

Dia mungkin sedang amat sibuk dengan pelajaran, dengan pelanggan, dengan kerja atau dengan keluarga.

Usah terlalu kerap menghantar SMS bernadakan kecewa, resah,gelisah.
Usah terlalu kerap menelefonnya, sedangkan nyata panggilan anda tidak bersambut.

Dia mungkin dalam situasi tidak boleh diganggu.

Emosinya mungkin tercubit oleh SMS anda yang bertalu-talu itu.

Usah terlalu kerap menghantar surat berjela-jela panjangnya.
Dia tentu tidak ada masa untuk memikirkan hal anda selalu.

Tatkala anda rindu mungkin ketika yang sama dia tidak begitu.
Berpada tatkala hendak menghubunginya.

Baca pergerakannya.
Kalau awal pagi biasanya dia sibuk untuk memulakan tugas, usahlah mengada-ngada.

Jangan minta dimanja pada waktu ini, dia akan bosan dan tertekan.

Anda dambakan ucapan sayang daripadanya, anda rindu hendak mendengar suaranya, tetapi tahukah anda apa situasi yang sedang dilaluinya?

Dia mungkin di tengah medan mesyuarat.

Atau sedang memikirkan satu keputusan yang berat. Jika panggilan anda tidak bersahut bertenanglah dulu.

Berikan tempoh sejam atau setengah jam. Kemudian telefonlah balik. Jika dia tidak menyahut fahami dirinya.

Memang ada ketika-ketikanya kita tidak ingin diganggu.

Bukan tidak rindu, dia juga sebagaimana anda, tetapi hambatan kerja kadang-kadang memaksa kita kematukan diri.

Fahamilah, sebab cinta, kasih dan sayang akan lebih indah oleh kefahaman.

Di situ pun letaknya proses perkenalan – untuk mengenal dan membina keserasian.

Jika anda gagal memahami kesukaan dan kebenciannya, sedangkan sudah dua tahun berhubung,anda bukanlah calon yang sesuai untuknya, dan dia juga bukanlah calon yang sesuai untuk anda.

Benarlah kata orang, tatkala kita terlalu cinta,terlalu sayang dan terlalu rindu, kita akan terlupa untuk berfikir sebagaimana seharusnya.

Fikirkan juga emosinya tatkala menerima warkah-warkah anda.

Sekiranya dia tidak mengangkat panggilan anda, usah diulang bertalu-talu.

Dia tentu sedang sibuk dan tidak upaya untuk melayani anda.

Cinta, sayang dan rindu itu perlu dalam proses membina perhubungan yang sempurna, tetapi ingatlah, kalau terlalu cinta, kalau terlalu rindu dan kalau terlalu sayang, usah terlalu diturut nanti tindakan-tindakan akan menjadi songsang.

Ia mungkin mendatangkan benci,menyampah dan sakit hati.

Kawallah diri dan bertindaklah sebagaimana manusia biasa.

Manusia sentiasa belajar memahami orang lain,sebaliknya manusia luar biasa tidak kisah dengan perasaan orang.

Jika pasangan anda itu seorang yang cemerlang, fahami dia tidak akan ada masa yang cukup untuk melayan anda serta merta.

Berikan dia masa.
Dia akan menghubungi anda semula apabila keadaan mengizinkan kelak.

Bukan dia tidak sayang, tetapi dia perlukan kefahaman. Hidup ini banyak kecemerlangan perlu digapai.

Kesemuanya menuntut kesungguhan.
Cinta, kasih dan sayang itu jadikan booster kekuatan mencapai kejayaan.

Hidup akan lebih indah kalau orang memahami.

Cinta memang menggilakan.
Tetapi harus ingat kita tidak patut gila sewaktu bercinta.

Cinta adalah resmi kehidupan, ia pemangkin pada kecemerlangan.

Usah bercinta jika cinta itu hanya akan menjadikan anda bagaikan tidak siuman.

Pepatah dari 13may:
Cinta itu umpama kurap
makin di garu makin sedap..

Hehehehehe....

~comei~ said...

Kak RM: no komen..

Kak Embun: bkn sng nak decide... byk yg perlu dipertimbangkan... huhu..

13May: hmm.. no komen gak.. sayang ada makna kot..

kak embun: hmm.. i know y u not agree with 13may... it's bcoz u know the full story.. :)

13May.. tq for the email :)

to all... yg tertulis ni sbb dah rasa tak tau nk luah cam na dah.. selama ni simpan je kan.. apapun tqvm.. buat masa skrg me terpaksa follow je.. :( (pjg2 citer nnt buka entry baru)

13may said...

Oh! maafkan saya...nampak gaya masalah ni mcm complicated sgt...

Be strong okeh!
Jgn pendam sgt....nanti rosak jiwa...kena luahkan...

ween said...

hi, wah... memang complicated, (teringat masa dulu dok bercinta macamtulah jugak) semua tak kena (lepas tu sidia melepaslah) nasib baik jumpa hubby yg penyayang.. Kita orang pompuan (mahupun lelaki) mahu sayang & disayangi, bukannya asyik kena marah... entahlah... kalau muda lagi, masih panjang perjalanan buatlah pilihan yang bijak!!

Anonymous said...

tunggu full story. then u decide.

13may said...

wah! ni cerita panjang nih....
alahai...kesian la plak...

~comei~ said...

br sudah baca email 13 may tu.. nmpk mcm.. pompuan ni kena tunggu je kan..??? lelaki bt keputusan?? huu... wallahu'alam.. pendapat masing2kan..

SitiNur77 said...

Pompuan kena tunggu je? Says who?

Be in control of your own life. You are still yours! Lepas kawen, baru le berbaloi nak betul2 taat. Belum apa2, takyah le susah2 kepala. Hahahhahahahaha...