Saturday, September 29, 2007

...

bosannyer....

Monday, September 24, 2007

update citer me vs celcom

salam..

update pasal celcom..

baru sat ni diorg call.. katanyer..
'cik boleh buat bayaran terus di kaunter Celcom di Menara TM. Kami akan berikan no akaun cik. cik perlu jelaskan 2 akaun yang tak aktif tu sahaja. Ada salah faham sikit pada akaun cik yang satu lagi tu.. bla.. bla.. bla..'

hmm.. ok laa dah bleh settle kat sini jer. at least tak perlu g jejauh kat mana2 cawangan celcom (semarak ke, pj ke ampang ke).. jimat masa and tenaga and wang ringgit. hehe.. tapikan.. dia tak minta maaf pun atas kesilapan tempoh hari.. hmm.. tak per laa.. moga kes ni tak terjadi kat org lain. maybe dia penat sgt layan org yg ramai sgt hari tu sampai matanyer berpinar tak perasan tarikh ke apa ke.. hmm... tq Allah..

***

smlm buka pose kat hentian nilai. sbb g klia teman kak mala hntr suaminyer. balik kl singgah care4 jalan2.

***
i miss something.. jeles tgk org lain.. tapi tak per laa.. sabar laa nisnim..

***

salam ramadhan..

(hari ni buka pose kat opis juga.. ada event oleh surau TM Annexe 1)

Sunday, September 23, 2007

my story.. seminggu ramadhan..

salam ramadhan..

dah 11 hari kita puasa.. baru 2 kali me update blog. 1st day pose ngan smlm, hr ke 10. apa citer puasa me thn ni? heheh.. biasa2 jer...

1st day.. mcm me dah tulis kat 2 entry yg lepas, balik awal, buka pose kat umh ngan mak, ayah and adik2.

2nd day pose, buka pose kat opis / surau menara tm. lps isyak kami bergerak ke kelantan. ada program dgn BAKIT Helwa & Tiaranita Kelantan. sampai kat Kota Bharu dlm kol 3 pagi. rehat menanti sahur. dlm kol 8am dah gerak ke pej GM TM Kelantan. lepas beramah mesra dan berkenalan dgn warga kerja kat saner, kami gerak ke rumah najibah, pelajar medic di mesir yg bakit bantu sikit2. dtg lawat bondanyer yg lumpuh dan kasi semangat dkt najibah utk terus belajar. kwn2, doakan moga najibah dpt biasiswa utk pembelajaran dia kat saner ye...aminn...

lps tu kami gerak ke rumah ibu tunggal yg ada 4 org anak pompuan (ke 5 tak igt), sorg je yg sihat. yg lain cacat. kami beri bantuan harian sket2. pas2 kami gerak ke maahad tahfiz al-manar. lps zohor kami gerak pulang ke rumah kak haraza kat tmn siti aishah utk solat zohor/asar. ujan lbt gak laa...lps solat asar kami bertolak pulang ke kl. memula g pasar siti khadijah dulu. 30 minit kami gunakan utk beli apa2 yg kami teringin nk bawa pulang. me ngan hasmah beli keropok lekor. hehehe.. dari pasar kami ke stadium lak beli juadah berbuka puasa. dari stadium kami kembali ke Ibu pej TM Kel, sbb diorg suh singgah sblm pulang. dpt la bawak balik sorang satu bekas yg ada kuih2 tradisional org kelantan (jala mas, taik itik ngan bunga tanjung). pas tu balik laa... kami buka pose dlm coaster kat gua musang. berenti solat maghrib kat maner ntah tak tau. sampai kl kol 12.30 mlm. sepanjang hari sabtu tu, dlm coaster me tdo. ngantuk bangat. penat seh.. huuu...

4rd day pose, hari ahad tu tgh hr g opis ngan kak mala. hehe.. g shopping dulu kat kelana jaya. balik lps berbuka puasa.

5rd pose, kat opis biasa je.. letih.. ada akak tegur awat muka pucat. hehe.. balik sendiri naik lrt lps buka pose kat opis. kak mala mc.

me tak igt sangat 5rd day - 7th day pose ni.. tapi lebih kurangnyer buka pose kat opis, balik umh ngan kak mala, keje biasa je, letih sket2. projek tak jadik go-live 1st oct, so ketegangan berkurangan.

khamis, me mc. gastrik. tdo je kat umah
bgn utuk solat
lama dah tak kena gastrik...

jumaat, gastrik lagi, tapi bleh g keje. bos cuti so mcm holiday lak keje. muahahahah.. balik keje still lmbt. lps buka pose kat surau tm. sbb teman kak mala tggu anak dia balik dr penang.

erm.. pagi jumaat tu masa tgh tggu bas ada xcdent kat umh me. dpn mata me.. dpn bus stop... ada sorg bdk pompuan melintas jalan. berdiri tgh jalan dia pandang kiri, kanan dan terus melintas. masa dia pandang kanan tu mmg dia bersedia nk melintas sbb nmpk teksi kot. motor yg nmpk dia nk lintas tu dah bunyik hon, tapi tak berenti. motor tu langgar dia. dedua org teruk. teksi tu berenti tolong. ramai org berenti tolong. jem kejap sbb nk angkat dedua org ke tepi jln. teksi tu bwk dedua org g spital/klinik. first time me tgk xcdent. me yg dah mmg fobia lintas jln lagi fobia. kadang tgk motor ke tgk org melintas ke, or sendiri nk melintas, terbayang2 mcm2. huhu.. payah... mungkin ada hikmah..

smlm, pagi g celcom, pas tu lepak2 kat umah, berbuka pose kat umh along. lps isyak kononnyer nk balik umh je, abg long ajak g uptown danau kota. ikut je la. blk lewat mlm. belikan sufi bantal peluk sponge bob. comei. hehe...

hari ni.. berbuka pose dgn kak mala and family. mlm ni nk teman kak mala g klia hntr suaminyer g sabah. tdo umh kak mala samapi esok kot.

tu la citer me seminggu ramadhan...


Saturday, September 22, 2007

aku puasa hari ni...

salam...

huhu... aku puasa hari ni.... hari ni sangat2 teruji kesabaranku... dan aku harap puasaku tak gugur... sabarrrr je laa....

sejak pkl 00.00 mlm tadi talian hpku dah kena bar. bkn sbb tak byr bil. tapi sbb talian tu talian corporate. due date utk tukar talian corporate ke talian peribadi adalah jumaat lps. hari rabu lepas aku dah g celcom semarak utk uruskan pertukaran tu. sblm g, dah call careline dulu tanyer proses. satu benda dia tak sebut iaitu kena settlekan dulu outstanding bill bagi akaun2 yg dah tak aktive. so masa g celcom rabu tu tak bleh buat pertukaran lagi ler. tgh bln beb, mana ada duit nak bayar bil org. angin kejap ar.

hari ni, pagi ni, dgn duit di bank nak settlekan 2 akaun yg outstanding tu tetiba bdk kaunter no 10 celcom semarak tu ckp kena settlekan 1 lagi akaun yg outstanding br bleh buat pertukaran. angin gak la. akaun mana lagi yg dah tutup tapi tak abis byr ni. setaku aku tak der akaun lain dah. dia pn sebutla akaun tu. aku ckp akaun tu still aktive tapi dia nafikan. dia kata kat sistem akaun tu dah ditamatkan sbb ada bil tertunggak. terkejut gak la. aku tanyer sejak bila. dia ckp sejak 29 julai lagi. rasanyer baru jer alang call aku pakai no tu ok jer.. baru je dpt sms alang dari no tu ok je.. baru je aku call no tu.. ok jer.. apsal lak dlm sistem dia no tu dah ditamatkan + tak bleh buat call in or call out??? aku ckp aku nk byr dua no yg outstanding je. dia ckp boleh tapi still tak bleh bt pertukaran talian sbb bil yg ni tak byr lagi. hampas betul. suara aku mmg ah tinggi.
'hari tu saya dtg tak ckp pun no ni outstanding? hari tu ada dua no jer outstanding. mcm mana bleh jadi 3?'
'takt au la kak, yg pasti no ni dlm sistem kami dah ditamatkan oleh sistem'
bengang yg teramat sangat. aku balik ar. bengong. tak tau nak bt apa. pelik ar. nk call alang tak bleh plak sbb hp dah kena bar.

sampai umah aku try call alang. aik.. ada tone plak.. alang jawab call.. ehh.. kata dah tak bleh terima incomming call.. kemarahan memuncak jugak ar. tak pasal alang kena marah sket.. sorry alang k..

baru sat tadi aku call careline semula. tanya status no tu. akak tu ckp line tu still aktive. tak der pergantungan. aku tanyer pasal bil dia ckp bil yg aku disuruh byr tu bil baru. due tak sampai lagi. mmg ar aku ngamok. penat ar cari masa g saner, alih2 tak bleh tukar line. pas tu akaun tu tak tergantung dikata tergantung. bdk careline tu amik report. report ke atas kecuaian bdk kaunter no 10 celcom semarak (22/9/07). tindakan akan diambil dlm masa 3 - 7 hari bekerja. tak kesahla. dah nyusahkan aku terimalah apa2 pun.

huu.. sakitnyer hati... g kedai beli no tel baru. prepaid. saper nak no kasitau ler ek.

huhu.. aku puasa... sabar je laa...

(bila marah air mata me ngalir... sure bdk careline tu ckp bdk ni marah ke nangis.. huhu)...

Friday, September 14, 2007

ahlan wasahlan wa marhaban ya ramadhan..

salam ramadhan buat semua kawan2..

alhamdulillah smlm dan hari ni me pose.. hehe.. esok pn insyaallah... dan seterusnya...

smlm 1st day pose. seminggu sblm pose adik me yg bongsu (jim) dah bising tanyer sahur nk makan apa, berbuka nk mkn apa.. bla bla bla.. riso dia.. coz me hari2 balik lmbt. so sempat ke nak masak sahur and berbuka. seronoksnyer... huhu.. ada gak org nk makan kita masak kan. hik hik. sehari sblm pose pun dia tanyer lagi. last me suh dia masak nasik. me kata esok pagi2 me masak lauk. tapi telur goreng je la. diorg agree..

so 1st day pose me bagun kol 4.45am. goreng telur utk kitorang bertiga, pastu goreng sambal. jadik ar telur goreng cili. hehehe.. bestnyer sahur.. masakan org bujang jer..

tgh hari mak datang kl. yeyeye.. best kan kak long :D ayah g klinik. bt check up. call mak dr opis tanyer masak apa utk berbuka. sajer je.. mak kata mak bawak mee dari sepang (org melayu buat). pas tu mak masak kari. wah wah wah.. sedapnyer... me suh mak potong tahu besar2 letak dalam kari tu. lama dah teringin nk makan mee kari. akhirnya dapat gak.. alhamdulillah..

kuar opis kol 6pm (abis waktu keje bln pose pkl 4.30pm. masuk keje kol 8.00am). jalan tak jem. best jer. sampai kat umah kol 7. alang ada ngan kawan2 serumah dia. makanan penuh meja. murtabak, kuih tepung pelita, koci labu, mee kari. meriah laa. berbuka ramai2 ni best kan. :-)

pagi tadi sahur makan nasi putih ngan ikan goreng cili lak. mmg best.

hari ni tak balik umah. mlm ni nak g kelantan. esok ada pgm dgn bakit kelantan satu hari. mlm lps berbuka balik kl. ahad pagi sampai opis. maybe tak balik umah. sambung bt keje coz senin sampai khamis dpn nk g celcom. ada kursus.

last... hari ni last day my current hp no berfungsi. esok tak bleh pakai laa.. tgh cari no prepaid baru yg comei2.. tapi tak jumpa lagik.. so.. bt sementara ni, hp tak boleh di gunakan.. huhuhu...

okey.. sambung bt keje..

selamat menjalani ibadah puasa..

salam ramadhan..
(",)
comei

Monday, September 10, 2007

‘Tiada wanita mahu saya’

jumaat lps (7/9/07) masa dlm lrt ternampak org sebelah baca harian metro. tajuknyer tak la menarik sgt tapi ada perkataan 'PGA' yg menarik me utk membacanyer.. berikut me copy dari harian metro online. berita ttg anggota PGA yg cuba bunuh diri (rasanyer). terus me teringat kat bf me. igt nk msg dia tanyer pasal mamat tu, tapi tak jadik. tadi me call dia. borak2 sat. pas tu me tanyer la pasal bdk ni. dia ckp dia kenal tapi dia cakap dia tak tau napa bdk tu bt mcm tu. katanyer bdk tu dah meninggal sehari slps masuk wad. me cuma pesan kat dia moga dia tak bt mcm tu.. last dia tanyer 'napa berita tu menarik?' huhu... for sure laa.. me ckp me takut.. dia diam jer...

---------

‘Tiada wanita mahu saya’
Oleh Nazarali Saerilnazarali@hmetro.com.my

KLANG: “Tidak ada wanita mahukan saya. Saya juga lebih banyak menyusahkan orang dengan keadaan diri yang kurang sempurna,” kata seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di Kem PGA Telok Gong, Jalan Perajurit di sini, kelmarin.

Kata-kata berkenaan diluahkan anggota berpangkat lans koperal itu kepada seorang lagi anggota di kem berkenaan sebelum dia ditemui terbaring dengan kesan tembakan di kepala di kem itu, pagi semalam.

Lebih mengharukan, anggota berkenaan baru saja bertugas kurang 24 jam di Kem PGA Telok Gong selepas dipindahkan dari Kem PGA Cheras, kelmarin.

Polis kini menjalankan siasatan berkaitan kata-kata mangsa yang diluahkan kepada rakan setugas sebagai antara motif kejadian dia ditemui dengan kesan tembakan di kepala.

Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohd Rodwan Mohd Yusuf, berkata beberapa motif kejadian sedang disiasat dan antaranya ialah luahan hati Lans Koperal Mizal Azmi Zakaria, 34, berkaitan keadaan fizikalnya.

“Siasatan berdasarkan luahan hatinya menunjukkan mangsa pernah terbabit dalam kemalangan tiga kali sebelum ini iaitu dua membabitkan kenderaan dan satu lagi akibat terjatuh.

“Pahanya serta punggungnya pernah patah dan dia agak tempang bila berjalan,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang di sini, semalam.

Menurut beliau, mungkin ada motif lain dia ditemui dalam keadaan cedera parah selepas bahagian kanan kepalanya hingga ke bahagian kiri ditembusi peluru akibat tembakan Revolver .38.

“Kejadian berlaku kira-kira pada jam 8 pagi semalam ketika mangsa berada dalam tandas di belakang pos pengawal kem berkenaan.“Rakan setugas mangsa melihatnya masuk ke sana sebelum terdengar bunyi tembakan dan cubaan membuka pintu gagal kerana ia berkunci dari dalam,” katanya.

Mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.

Dia kini koma dan keadaan dipantau sepasukan pakar hospital itu. Keluarganya di Kuala Pilah, Negeri Sembilan juga sudah dimaklumkan.

Siasatan awal mendapati, mangsa tidak mempunyai masalah disiplin dan disenangi rakan setugas serta pegawai PGA.

“Polis sudah merampas sepucuk Revolver .38 dipercayai digunakan dalam kejadian itu dan tiada sebarang tangkapan dibuat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan cubaan membunuh diri,” katanya.

Monday, September 03, 2007

mr somebody is nobody


hehehe..

mr somebody is nobody
:-) it's clear ok

---

29/8/07, rabu pagi ujan. pg tu mr somebody rancak borak pasal kawen.. ajak jmpa bondanyer ahad 2/9/07 (smlm).. planning mcm2.. dll.. xcited juga dok dgr.. last b4 he end our conversation pg tu dia ckp 'dulu sy mmg suka awk.. suka sgt2.. tapi skrg.. sy masih suka awk.. cuma kdg2 tu bila borak rasa mcm ckp ngan kakak..' huhu.. bedebuk jer rasanyer.. now, dia plak konfius.. erm... me?? diam jer laa.. sbb konfius gak..

but sepanjang hr tu apa yg dia ckp still terngiang2.. mlm tu me msg tanyer kalo dia anggap me or suka me mcm kakak jer.. perlu ke me jmpa bondanyer? dia diam je tak balas msg tu..

30/8/07 - me amik cuti khamis tu. sajer nak rest. + kononnyer nak balik sepang. persoalan smlm still terngiang2.. tak per la.. i'm ok, cumanyer confius jer.. pagi tu dok kemas2 umah sampai selsema. mkn ubat and tdo. so plan nak balik umah mak terbantut.

31/8/07 - selamat hari merdeka :-) bangun lewat juga. sbb kesan ubat tu ler.. me plak konfius, nk balik sepang ke tak.. mcm malas je.. kalo blk sepang kena balik kg.. me dah lama tak blk kg kat jeram. tapi nk balik sepang.. pening.. cuma ikut gerak hati jer hari tu. adik me geleng kepala je tak bleh tolong me bt keputusan. hehe..

tgh hr tu masak dulu sket utk adik2. me jamah jugalah. pas tu solat zohor sesambil kemas2 brg kekononnyer nk bawa blk sepang. tapi actually tak tau lg nk balik ke tak. lps solat me ikut je gerak tangan dan kaki. hehe.. last, pakai tudung and senyum kat adik. hehe.. masa tu dah pkl 3 ptg.

blk sepang naik komuter. sepatutnyer cepat.. tapi jadik lmbt sbb sampai nilai nk kena tggu bas. bas ni 1 jam 1. dah sampai bleh plak dia patah balik g mana ntah dulu baru dia arah ke sepang. dah la tu 1 je basnyer.. tension btl. nk naik bas direct dr kl ke sg pelek tu takot la plak. maklumler.. cuti2 ni yg byk naik bas tu myanmar and india (sume lelaki). me sorg. hmm.. drebar bas pn tak brani suh me naik bas. huhu.. smpi kat sepang dlm kol 6 lbh nk dkt kol 7 kot.

sampai saner rasa moody.. ish.. teruk btl.. me mandi, solat maghrib, lps tu baru mood ok. bleh borak2 sket ngan mak ayah and adik. nk mkn pn tak lalu..

tgh mlm me online internet.. that mr somebody pn online. dia tegur me. and say sorry.. dia ckp dia confius. hmm.. pjg gak borak kasik clear. so now dah clear laa.. (for me) yg perasaan dia dah berubah skrg.. nasib laa blm mula apa2.. but still rasa frust sbb i'm trying to like him for this 2 month.. huuhu.. (sure ada yg pelik... napa dah ada bf tapi nak try like another person kan? - long story).. me tya blk soalan me hr tu.. dan dia jwb.. 'nmpknyer mcm tu laa.. tak perlu jmpa bonda saya..'. okeh. tq mr somebody for this lovely 2 month. and me rasa lega.

1/9/08 - pagi lepak2, borak2 and masak2. balik kg ptg tu (lps asar) ngan mak n alang. sian ayah tinggai sorg. sampai kg rasa happy. tak der rasa tak nk balik mcm masa mula2 tu. tapi timbul rasa rindu.

2/9/08 - hr ni kenduri kawen abg sepupu me, zul & lea. congrats. bgn pagi tolong2 apa2 yg patut. ujan lbt dr pagi. majlis sandingnyer pkl 2pm. kebetulan masa tu me dlm umah. pengapit pompuan tak sampai lagi. bila pengantin lelaki dah sampai pengantin pompuan kenala ada pengapit juga kan.. so me lah jadik bidan terjunnyer.. tak sesuai sungguh.. pengapit lelaki pun bidan terjun jg. pinjam la baju nikah sepupu yg sorang lagi (kendurinyer 5 bln lps). majlis best. jmpa sedara mara. beramah mesra. balik kl dlm pkl 5 lbh gak. singgah pantai remis dulu. lepak2 lagi.. seronok... otw blk kl ujan. perjalanan yg panjang bt me letih and ngantuk.. tdo pn best.. hehe.. (otw mr somebody sms tanyer khabar..)

3/9/07 - pagi tak bleh bangun. sakit badan. lps solat subuh terduduk kat tepi katil.. letihnyer... so baring balik.. and tdo. half day hari ni (tak g meeting..) tgh hr mr somebody sms lagi.. ntah ler... malas nk layan.. bf i majuk ngan i hr ni.. hehe.. nasib ar.. but i miss him.. huhu.. (problem still problem.. tak tau endingnyer mcm mana..)