Saturday, September 22, 2007

aku puasa hari ni...

salam...

huhu... aku puasa hari ni.... hari ni sangat2 teruji kesabaranku... dan aku harap puasaku tak gugur... sabarrrr je laa....

sejak pkl 00.00 mlm tadi talian hpku dah kena bar. bkn sbb tak byr bil. tapi sbb talian tu talian corporate. due date utk tukar talian corporate ke talian peribadi adalah jumaat lps. hari rabu lepas aku dah g celcom semarak utk uruskan pertukaran tu. sblm g, dah call careline dulu tanyer proses. satu benda dia tak sebut iaitu kena settlekan dulu outstanding bill bagi akaun2 yg dah tak aktive. so masa g celcom rabu tu tak bleh buat pertukaran lagi ler. tgh bln beb, mana ada duit nak bayar bil org. angin kejap ar.

hari ni, pagi ni, dgn duit di bank nak settlekan 2 akaun yg outstanding tu tetiba bdk kaunter no 10 celcom semarak tu ckp kena settlekan 1 lagi akaun yg outstanding br bleh buat pertukaran. angin gak la. akaun mana lagi yg dah tutup tapi tak abis byr ni. setaku aku tak der akaun lain dah. dia pn sebutla akaun tu. aku ckp akaun tu still aktive tapi dia nafikan. dia kata kat sistem akaun tu dah ditamatkan sbb ada bil tertunggak. terkejut gak la. aku tanyer sejak bila. dia ckp sejak 29 julai lagi. rasanyer baru jer alang call aku pakai no tu ok jer.. baru je dpt sms alang dari no tu ok je.. baru je aku call no tu.. ok jer.. apsal lak dlm sistem dia no tu dah ditamatkan + tak bleh buat call in or call out??? aku ckp aku nk byr dua no yg outstanding je. dia ckp boleh tapi still tak bleh bt pertukaran talian sbb bil yg ni tak byr lagi. hampas betul. suara aku mmg ah tinggi.
'hari tu saya dtg tak ckp pun no ni outstanding? hari tu ada dua no jer outstanding. mcm mana bleh jadi 3?'
'takt au la kak, yg pasti no ni dlm sistem kami dah ditamatkan oleh sistem'
bengang yg teramat sangat. aku balik ar. bengong. tak tau nak bt apa. pelik ar. nk call alang tak bleh plak sbb hp dah kena bar.

sampai umah aku try call alang. aik.. ada tone plak.. alang jawab call.. ehh.. kata dah tak bleh terima incomming call.. kemarahan memuncak jugak ar. tak pasal alang kena marah sket.. sorry alang k..

baru sat tadi aku call careline semula. tanya status no tu. akak tu ckp line tu still aktive. tak der pergantungan. aku tanyer pasal bil dia ckp bil yg aku disuruh byr tu bil baru. due tak sampai lagi. mmg ar aku ngamok. penat ar cari masa g saner, alih2 tak bleh tukar line. pas tu akaun tu tak tergantung dikata tergantung. bdk careline tu amik report. report ke atas kecuaian bdk kaunter no 10 celcom semarak (22/9/07). tindakan akan diambil dlm masa 3 - 7 hari bekerja. tak kesahla. dah nyusahkan aku terimalah apa2 pun.

huu.. sakitnyer hati... g kedai beli no tel baru. prepaid. saper nak no kasitau ler ek.

huhu.. aku puasa... sabar je laa...

(bila marah air mata me ngalir... sure bdk careline tu ckp bdk ni marah ke nangis.. huhu)...

No comments: