Wednesday, November 16, 2005

dah malam...letihnyer keje...

huu.. dah malam...adoilaa.. letihnyer buat kerja ni..

now dah pukul 8.26pm. patutnya mlm ni ada xm. tp di batalkan sbb dr abdullah tak sihat. tunda minggu dpn. so ada masa nak prepare lagi :)

esok ada xm. so me cuti esok. pagi siapkan soalan 1 (dah kasi awal beberapa hari - kena buat kertas kerja - 30% - 50% markahnya). pas tu study sket. konsep xm esok open book. so, maybe soalan dia susah ler ni. unexpected. hmm.. biasanyer cam tu la. wish me luck for tomorrow. teringat masa sem 1 dulu, paper java. sampai muntah2 me jwb xm. ada 3 soalan, 3 kali me g toilet muntah. sampai kawan yg dok dkt pintu pulak yg pening. hehe. resultnyer oklah.

apa me buat lagi kat opis memalam buta ni? hehe.. kejelah apa lagi. tak kan masak nasik kan? adalah keje ni sikit. sbb esok cuti so ingatnya hari ni nak siapkan. tp mcm tak bleh je. me buat mana yg dpt je. jumaat sambung. minggu dpn dah nak close sistem. so this week kena buat juga. takut terlupa je. letih banget. raa lenguh2 badan ni ha. hmm.. claim otlah kot hari ni. tgk lah..

sesambil buat kerja dgr nasyid. lama dah tak dgr nasyid tu + malas nak tukar lagu2 lain.

bank call kasitau berapa rate loan kete tu, bln2 berapa, jumlah loan dan berapa thn. hmm.. sebulan gaji hani monthly payment dia. giler betul lah bdk ni. me call dia inform sumer2 tu. terkedu dia. pk lah awk, kot ye nak kawen ngan kete pun berpada2lah. dia tanya me cam na. me just kata tak nak. dia kata nnt dia pk balik. hmm.. lama gak la dia pk. dah lewat ptg dia call. diskass lagi pasai kete tu.
"awk rasa cam ne? nak amik ke?"
"awk sanggup ke?"
"bln2 still ok, tp d/payment sure tinggi"
"tau tak per. so?"
"awk rasa?"
"tak yah laa.. duit tu awk simpan utk hantaran dan kenduri kawen pun bagus"
"hmm.. tak yah la ek?"
"tak yah laa.."
"hmm.. ok..cancellah."
"sure? (terkejut)"
"yup..sure..hmm.."
"hmm? so esok sy call bank kata cancellah ek?"
"biarkan je la..nnt sy call tpt tu kata tak jadi"
"ok (dlm hati..esok i will call bank tu utk cancel loan tu)"
"awk, nak tukar motor plak la"
"pulak.. ish..tak dpt kete, moto plak..motor apa"
"skuter (apa ntah nama skuter tu).. murah sket bln2"
"hmm.. ada2 je..motor skrg?"
"cari buyer..insyaallah ada.."
"berapa thn plak? bln2 berapa?"
"2 thn, rm130++"
"apa2lah awk.. sukahati awk lah.."

+++ lama gak la borak campur pasal xtvt mlm ni, esok lusa, bln 12. huhu. dia dok ngadu pasal keje dia. dengar je la. katanya persidangan apa ntah ujung bln 12 nnt dia nak kena jaga gak. tp kat kl lah. ok lah tu. bln 1 lak kena g kelantan. kat bp sampai 1 disember. kot la.. hmm.. tgk je la..

penatnyer... penat otak pk mcm2. penat bdn duduk ngadap komputer buat kerja. penat jari menaip. huuu

td tgh hari lunch kat mc d masjid jamek. mas teringin ayam goreng spicy mc d. bestlah plak. pedas dan rangup. hehe. borak2 mcm2. tak sudah2 dia tanya awat me baik sgt nak blanja dia mkn. haha. lama tak kuar lunch kat luar opis dik oii. + hadiah birthday mas gak la ni. mas kasi me 5 pasang chop stick. utk hiasan je ni kot. me mmg tak tau guna chop stick. simpan je la jawabnyer :) borak pasal kawen. ujung bln 1 thn depan mas kawen. 29/1 kat umah dia. 30/1 kat umah faizul (dedua kat n9). insyaallah me g. mas ajak tido umah dia dr malam nikah (28/1/05). seganler akak :p haha.
"pengapit dah ada?"
"belum..kak anim jd pengapitlaa"
"kata hari tu anak sedara nak jadik pengapit"
"alaa..diorg tu kecik2 sgt lagi"
"haha..ok apa"
"kak anim jd pengapitlaa..org sponser baju"
"betul? best ni. org nak kasik baju."
"ye laa.. kain je, jahit sendiri"
"set. tak kesahlaa.. baju free :D hehe"
"k, nnt kita g beli kain ek"
"yey!"

-- makin bertambah2 budget pengantin sampai baju pengapit pun dia nak belikan. hehe. terukkan me :D. org kata, rezeki jgn di tolak. huhu. ni nak kena belikan hadiah kawen best2 utk mas ni. haha.

hmm.. sumer citer gumbira. tp ada satu cerita sedey. huhuu.. geram tul! komputer me rosak. komputer kat umah. rasa nak baling je pc tu smlm. tak mo idup. awatnyer ntah. ni kali ke dua jadi lagu ni. rasanya tak der la saper2 dok cuit cable ke apa ke. tak tau la kalo ada anak2 tikus ke anak2 lipas ke, anak2 nyamuk ke or anak2 semut dok main kejar2 or nyuruk2 kat pc me sampai abis sumer di langgarnyer sampai tak mo idup pc tu. ish! me dah cuba gak la betulkan cable ke apa ke tp still tak bleh. frust sungguh! geram! rasa nak nangis pun ada. barulaa ingat nak online ym! pakai id tmnet alang, tak bleh plak. mmg tak der jodoh me nak berym! kot. hehe.

fuhh.. 4 minit lg kol 9pm. okeslah yerk.. nak kemas2.. nak balik... nak makan ke? hmm.. mcm kenyang lagi mkn ayam goreng tadik.. tgklah kang kat umah.

Inayah - Mestica

Pagi ni dgr nasyid lagi. halwa telinga. dengar lagu ni mcm best. mmg agak rancak tp lirik dia terkesan juga. terus me cari lirik lagu ni. nak kongsi ngan kawan2.. kadang kita terlupa kan yg kita mmg perlukan rahmat dan kasih sayang dr DIA (lebih dr org lain), petunjuk dan juga Inayah dr-Nya dlm menghadapi kehidupan seharian kita..
Inayah

Album : Munsyid : Mestica
http://liriknasyid.com

Subhanallah Alhamdulillah..
Rahmat kasih sayang-Mu
Sungguh melangit luas
Nikmat yang Kau berikan
Tak kan dapat untukku menghitunginya
C/O
Oh Tuhan yang Esa
Berilah petunjuk-Mu
Rahmatilah kami
Oh Tuhan
Oh Tuhan yang Esa
Berilah inayah-Mu
Ampunilah kami
Oh Tuhan
Selamatkan kehidupan kami
Tenang damai tiada resah
Di bumi bertuah milik-Mu
Oh Tuhan
Moga diperkenan segala permintaan
Pandangailah kami
Dengan kasih sayang-Mu
Oh Tuhan
Rahmat kasih sayang-Mu
Sungguh melangit luas…
Moga diperkenankan
segala permintaan
Kau pandangailah kami
Dengan kasih saying
Lagu : Manis Helma (Hijjaz Records Sdn. Bhd.)
Lirik : Manis Alia (Hijjaz Records Sdn. Bhd.)
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.
Penerbit : Isman Isam
Program Muzik : Along Exist
Sumber http://www.hijjaz.com.my

smile..

Salam..

hmm.. pagi2 dpt mail kat bawah ni dr Zaki:

"NEW INFO: exam mlm ni ditunda ke 23Nov05 (rabu depan) dan kelas utk mlm ni ditunda ke 18Nov05 (jumaat). Dr Abdullah mengalami masalah kesihatan. HARAP MAKLUM"

ehehe.. so hari ni senyum kejap sementara menanti esok.. huu..

(nenanti me update :D)

Pagi2 sampai opis dpt sms dr dia “Askm, dah sarapan ke” – senyum dan balas msg.. seronok gak merajuk. Haha. Buat bodo jerk ngan dia mlm td. Pas tu bila call dia tak jwb la. Tensen gak la. Tersend gak la sms ni “tdo ke bz ke or sajer tak nak jwb?”. Terus dia reply suh call semula. Tau takut. Haha. Borak pasal kete tu. Hmm.. nak ambil gak.. susah tul org ni kalau dah nak tu nak jugak. hmm.. kenari dah ada buyer katanya. insyaallah bln2 lepas bleh bayo. hmm.. Sukahatilah. jgn janji jerk. Pas tu borak pasal kawen. Haha. Lamalaa nak tunggu umo 30. I kawen dululah yek. Sorry.. huu.. (bestnyer sakat org..) - senyum lagi..

Bukak mail dpt mail dr luq. Hmm.. betul2 dia dah berkenan. Dalam 2 minggu ni tolong dia approach org jerk. Haha. Along, tak lama lagi along dpt adik iparlah. Mlm td alang respond ok. Kasi tau kat luq terkejut dia. Mau tido pun senyum. Pagi ni email ngan diorg suh pepandailah buat sendiri. Tak larat la jd org tengah. Takut salah info jerk. Soalan pertama alang bila kata luq nak kawan serius ngan dia “bila dia nak masuk minang”. Tu maknanyer dia nak cari calon suami dan bkn nak kwn2 kosong mcm dia kwn ngan org lain. Bila alang respond ok mlm td me rasa lega sgt. Along lega tak? Hehe.. tak kesah la jd ke tak. Yg penting usaha. Selebihnya serah pada DIA. – senyum lagi hari ni depan pc dan handphone..

Dpt sms dr hani kata dah bayar bil letrik. Dia bayar sumer plak. Tak perasan ada tunggakkan. Hmm.. tunggakkan tu me dah bayar last month. Tp lewatlah. Tak kesah laa.. yg penting dah bayar.. – senyum lagi bila teringat gelagat hani.

Dpt sms dr mastura. Me msg dia kata hr ni kelas tak der. Dia balas kata nak bagi something kat me. Ingatkan kad jemputan kawen (mas insyaallah kawen raya cina thn depan), tp mas kata bkn kad tp hadiah belated birthday. Yey! Seronoknyer dpt hadiah. Haha. Oleh sbb hr ni me tak der kelas + tak sabar nak tunggu esok, me ajak dia lunch samer hr ni. Fast foodlah kot kat masjid jamek nun. – senyum lagi.. tak sangka ada gak org nak kasi hadiah..

Pagi ni hujan.. lebat.. sejuk jerk dlm opis ni. smlm pagi dengar ikim.fm. Ustaz kata "Hujan adalah antara waktu mustajab doa".. hmm.. nak doalahh.. doa utk me, utk mak ayah, utk adik beradik, utk kawan2, utk muslimin muslimat, semoga sentiasa mendapat rahmat dari-Nya dan di permudahkan segala urusan dunia akhirat..ameenn…

kak normah dtg kat tpt me td. minta tolong me amikkan gambar dia pakai hp. smlm dpt mail dr admin it mintak isi detail dlm site dia pastu kena attach gambar saiz pasport. wey kata gambar saiz apa2 pun tak per asal letak gambo skrg. jgn letak gambo baby. baby tak keje kat TM. hehe. so td me amikkan gambo kak mah dan kak noris guna hp me. buatlah mcm amik gambo pasport. amik gambo muka jerk. hehe. comei. tp gambo tak cantik sgt. sbb hp ni 0.3 megapixel jerk. kelakau gak lah td. sambil gelak2 amik gambo. haha. - senyum lagi..

satu lagi.. hari ni ada sorg org baru masuk ganti kak haida dr MMC. lelaki, bujang umo 28 kot. hensem , chineese look. leh ngorat. haha. - senyum nakal ;)

call dia.. sukanya hati dia. berbunga2. maklumlah kereta idaman hampir dapat. sabar je la.. ckp pun elok jerk hari ni. cair giler. apaa laa.. huu.. last dia pesan "sblm g lunch msg saya".. hmm.. (dlm berkawan dgn dia ni me byk negative thinking.. kadang rasa kesian gak sbb org lain yg salah org lain yg me hukum..mcm mana ek? tak berani nak pk baik2 sbb takut nak harap lagi.. me rasa me main2 je ni. utk hati me.. kalau terluka pun nnt tak teruk sgt..entahlaa..) - cuba nak senyum :)

pendek kata.. hari ni senyum jer...

~makin comei rasanyer~
(wakakkaka 8x)

Tuesday, November 15, 2005

salam petang..

salam petang..

alhamdulillah masih boleh menaip.. penatnya me hari ni.. ntahlaa.. moody pun ye gak ni. tak tau lah napa. rasa mcm malas nak layan sumer org. tp kalau org tgh ckp depan2 ngan kita kena take a braek dan layan jugak lah kan.. maniskan muka dan borak mcm tak der apa2 :) tak kan nak kasi tau satu dunia kita tgh moody? tak kan nak moody kat sumer org kan? hmm.. moody kat saper niee?? ntahlaa.. malas jerk..

td kak noris kasitau nana (my best friend kat opis nie dulu - skrg dia dah pindah opis lain - sedih i.. huu) dah bersalin. baby boy, berat 3.* tak ingat berapa ntah. tapi baby tu pjg beno mcm tak logic - 55cm. hmm.. me baru je msg nana wish congratulation. tunggulah dia reply and nnt me tanya detail tu sumer betul ke tak. hmm.. miss her a lot. nak sgt jmpa dia.. masa dia kat sini dulu kitorang mcm adik beradik. muka dll tu tak samer la. tapi mmg close. mana pergi samer je. me teman dia, dia teman me. masa dia nak pindah tpt baru dia ajak me juga. tp me tak nak. tak sanggup.. sbb dia pindah ke group project. me tgh study + my class on weekdays after office hour. so susahlah. bila masuk projek sure kena stayback dll. takut tak mampu je... hmm.. so now, nana (same age with me) dah ada dua org anak - sepasang. bestkan? hmm.. i want to be like her.. insyaallah.. maybe one day but not sure when.. hehe.. (along, jgn gelaks tau!)

kak haida plak hari ni last day kat opis ni. dia minta tukar ke MMC. dekat ngan rumah dia. tpt dia nnt kwn dia kat MMC tu ganti.

hmm.. moody napa? tak tau.. me letih kot. hari ni 2nd day pose. cuba2 gak ni alhamdulillah berjaya. last week tak bleh pose sbb gastrik. smlm pening gak la smpi umah. mungkin sbb tak sahur. hari ni penat je. mungkin sbb mlm tadi gak ni kot. mlm td tak bleh tdo. tiap satu jam jaga. dr bilik bila jaga je me tido kat luar (ruang tamu). rasa tak selesa masuk bilik semula. adalah 4 kali jalan kuar masuk bilik. kol 5am mak call suh sahur. smlm mak call gak tp me tak bangun - tak larat. lps mak call me tidur balik. pukul 5.30am br bangun utk sahur. makan roti jerk. lepas sahur terus mandi, solat subuh, gosok baju, siap2 dan g keje. awal sampai opis. 8.20am. maklumlah cuti sekolah :D

*now tgh dengar nasyid. lagu2 best zaman sekolah2 dulu...

dia msg pasal kereta lagi. ingatkan dah settle. tak lagi rupanya. angin gak la. me call dia nak tau citer. katanya bank call dia sbb tak dpt call me (me dah tukar no hp). me diam jerk. diam tak ckp apa.. he notice it. dia tanya me marah ke.. me tak cakap.. dan dia start memujuk. haha. senyum gak la. tp still diam. me ckp me tak marah, geram je + tak faham kenapa tak settle lagi. dia tau me marah.. dan dia kata dia nak call bank suh cancel. hmm.. 15 minit lps tu dia call semula. try nak pujuk sbb dia agak me still marah.. ntah.. me marah ke? ye kot. me kalau marah mmg tak suka cakap apa2. me akan diam jerk.. biasa kalau dlm phone pun org tau sbb suara lain. ntah suara saper ntah kuar masa tu. haha. dia tukar topic nak ceriakan me balik. sianlah plak.. layan je la dia borak sat. maklumlah tipon dr jauhkan.. sblm letak phone dia pesan cam biasa "sblm balik call saya tau" hmm.. tu arahan ke ayat penyata ke tak tau la. call semata2 ckp "saya nak balik dah ni" dan terima pesanan "ok, jalan baik2. jaga diri, sampai umah call". kalau tak call tak bleh ke? hmm.. apa2lah... ayat jerk tu..

hari ni me ada kelas. tapi rasa mcm malas nak g. tapi kena g gak sbb lama dah tak masuk kelas ni. esok mlm ada xm paper software eng (dr abdullah). me ingat nak amik time off je. lusa lak xm gak. me dah apply cuti. cuti tak banyak.. hmm.. tinggallah baki 2 hari je lagi utk xm final. alahaii..

hari ni me bz buat kerja + surfing + baca and balas mail. kerja tak siap lagi. esok sambung.. hopefully this month tak der problem sgtlah.

note: ..terasa cepatnya masa berlalu.. baru je rasanya me lepaskan hari semalam.. hari ni dah hampir ke hujung.. dan esok terasa seakan cepatnya menjelma..

~comei~

Monday, November 14, 2005

rasa di hati..

di saat hati gundah gulana.. tangan lancar melarikan tetikus.. mencari laman2 yang menarik untuk di terokai.. lantas mata terhenti pada ungkapan ayat yang menusuk ke jiwa.. yang menyedarkan diri.. betapa setiap yang berlaku, setiap ujian dan dugaan ini.. adalah dari DIA.. dan kita adalah hamba-Nya yang terpilih.. menghadapi ujian-Nya ini.. menjadikan diri lebih tabah dalam menghadapi kehidupan, dan boleh berfikiran waras dan lebih matang dalam membuat sebarang keputusan.. juga.. terasa betapa kerdil dan lemahnya diri.. kerana terlupa bahawa diri tidak berseorangan dalam menghadapi segala kekusutan... Ya Allah.. tabahkan hati hamba-Mu, dalam menghadapi setiap dugaan-Mu.. - anim

In the name of ALLAH SWT….

Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang seperti sia-sia... Allah tahu betapa keras engkau sudah berusaha.

Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih.. Allah sudah menghitung airmatamu.

Jika kau fikir bahwa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa berlalu begitu saja... Allah sedang menunggu bersama-samamu.

Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menelefon dirimu... Allah sentiasa berada di sampingmu.

Ketika kau fikir bahwa kau sudah berusaha sesungguhnya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi... Allah mempunyai jawapannya.

Ketika segalanya menjadi sesuatu yang tidak masuk akal dan kau merasa tertekan... Allah bersamamu untuk menenangkanmu.

Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan... sebenarnya Allah sedang berbisik kepadamu.

Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur... Allah telah pun memberkatimu.

Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban... Allah akan tersenyum kepadamu.

Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi...Allah sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu.

Oleh itu ingatlah bahwa di manapun kau atau ke manapun kau berada...Allah akan mengetahui dan senantiasa berada di sampingmu.

::WASSALAM::
by Makcik Naruto

sumber : http://zulpahang.blogdrive.com/

Friday, November 11, 2005

jumaat story

Miss both of u so much...
comei dak gambar bebudak ni? comei kan. mcm mak ngah dia. haha. ayah kata, sufi byk ikut perangai dan rupa mak ngah dia masa kecik. mungkin sbb masa mak dia ngandung mmg mak dia rindu sgt kat mak ngan ni, tak pun mak dia mmg berkenan sgt kat mak ngah ni. kan mak long? hehe. jgn marah ek.. kenyataan tu. hahaha. ayub ada sket mcm mak lang dan ucu. kan long? hehe. tak tau la..

ehem.. skrg waktu lunch.. erk.. dah abis waktu lunch.. waktu ni org laki gi solat jumaat. biasanya waktu ni (1.00 - 2.00pm kami ada kelas ngaji tak pun ada ceramah agama kat atas. tp hari ni tak der. cuti raya lagi kan. ceramah tu sebulan sekali je. so insyaallah ujung bln nnt adalaa. kelas ngaji start next week.

so apa kami buat tgh hari ni ek? g berayalah. hehe. perut penuh ni. nasib baik bleh jalan lps mkn tadik. g beraya rumah ustazah mariam. ustazah jmput sumer anak murid dia beraya kat umah dia. alhamdulillah meriah. ramai dtg. ustazah masak sedap weih. ada nasi impit, kuah lontong (org n9 kata kuah lodeh ek?), rendang daging, sambal udang, ayam masak merah, laksa, tahu sumbat dan puding jagung. sumer me rasa kecuali sambal udang dan tahu sumbat. ustazah kata dia masak stail melaka. ustazah org melaka kot. kesimpulannyer mmg nak dok saner lagi kalo kak su (thanks coz tumpangkan kitorang) tak kata 'moh balik!'. untung jadik anak ustazah. mesti pandai masak. me rasa smpi esok pagi tak yah mkn ni. kenyang. rasa nak tido laks. haha.

cerita ttg raya lagi, mlm tadi kitorang (me, hani, along, abg long & sufi) gi beraya kat umah mak uda peah kat dato' keramat. me sajer ajak along sekali. nasib baiklah me ajak sbb smlm ujan lebat. seronok gak. jmpa sedara yg dah lama tak jmpa - hafiz (lepas form berapa ntah tak jmpa bdk ni sbb dia pindah sekolah..form 3 kot..). hafiz dtg dgn mak dia (mak long), adik dia yg bongsu dan anak sedara dia (anak kak long). mak uda masak best gak. mee kari. fuhh. 2 kali tambah. tak hengat duania makan. + kuih raya lagi. erm.. tak rugi g beraya. masa sampai pak uda tak der. dia kat umah sebelah sbb ada tahlil. kelmarin ptg mak cik arah meninggal. sakit apa tak pasti. tak sakit kot. sbb masa dia pengsan tu dia nak ke bilik air. wallahu'alam.. balik umah kekenyangan dan kegembiraan sbb jmpa sedara dan sbb mak uda kata me dah kurus (walaupun sebenarnya tidak..haha).

cerita ttg kerja plak.. hari ni kerja ok. smlm me run something pas tu tinggalkan je pc. td pg check tgk dah ok. tp bila load data problem. tak match. check balik data yg me load smlm baru perasan tarikhnya salah - tak update. check balik data yg user bagi rupanya tak update. check dlm buku data tu dgn last month punya samer. call user yg sepatutnya masukkan data tu plak dia check tgk mmg last month punyer. so mmg yg me run ptg smlm tu data last month. oklah tu. td dah update semula now tgh run semula data vendor. hopefully tak der problem.

kerja lain.. hmm.. me kena update website BAKIT. lama dah me tak buat. smlm me downkan server dia. hehe. tipu jerk. me ubah first page tu jadikkan "laman ini sedang dlm penyelenggaraan..." pas tu email kat en lazim kata tgh nak update website tu. mmg pun. cumanya tak der masa je. maklumlah sblm ni me buat sorg. pastu bila wajah TM dah berubah, web site pun nak kena ubah. kerja rutin me tak memberi peluang utk me nak siapkan web site tu. so la ni tgh dok surf mana2 web agama yg berkaitan yg lebih kurang sama ngan BAKIT, bleh amik idea utk buat web baru. tp tak taula bila nak buat tu.

huu.. ngantuk.. bdn rasa letih. adoilaa.. abis dah la mcm ni. sat lagi nak g solat zohor. pas tu nak sambung buat keje. erm.. mlm tadi tepat pukul 12.00am hp me kena bar. so la ni tak bleh dah la nak call out. btwn, me mmg nak tukar no hp baru this month. corporate number me tu nak kena guna dah. maybe lps ni mmg me dah tak pakai no yg sekarang ni. wallahu'alam.. tp kalo nak call ke apa ke msg ke still bleh. sbb 013 skrg dah bleh appearkan no kalau ada miss call walaupun kita offkan handphone.

hari ni me jadi model kat opis. wakakak. sbb pakai baju baru. me kalo pakai baju baru, walaupun baju kurung mesti kena jadik model. awatnyer ntahla. sumer nak belek tgk. comei kot. haha. tp baju hari ni mmg pelik sket. kalo org lain pakai pun me nak belek. pompuan kan. heehe.. baju raya tp tak pakai time raya hari tu sbb tak siap. baju ni ingat nak pakai masa ainil kawen nnt. warna tema merah.

kenduri ainil?? hmm.. sebulan lagi kenduri dia. insyaallah 11/12 nnt ainil kawen. huu.. tinggailah me. setahun sorg kawen.. intan disember 2003, ika november/disember 2004, ainil disember 2005, thn depan me plak ke? wallahu'alam.. still searching calon yg bersesuaian. haha.. smlm dpt kad kawen. jemputan dr zarina dan hafiz. insyaallah kenduri kat klang 4/12 ni, tak taula me pegi ke tak. next week plan ke ipoh tak tau lagi jadik ke tak. tgk pada tahap kerajinan masa tu kot. erm...

penat naip. tu je kot..
k ya. ngantuks nie.. want to sleep.. erk.. no lah.. want to cuci muka. haha

~sentiasa comei~

Thursday, November 10, 2005

nak uji ke? awat?

huu.. geram..
suka2 hati dia je nak uji org. ingat kita ni apa?? Cheh. Merajuk konon. Sabo jerk ar.

Smlm beremail dgn kawan lama kat penang (lan) ttg program keluarga TM. Last2 kitorang borak pasai tension lak. Masing2 tension. But me rasa me ok lagi. Still bleh control. Tak effect mood harian dan kerja2. tapi me citer gak la awatnya me tension.

Lan:
How’s life today? Hari nie lan buring la… tension semacam jer nie..

Me:
life ok je. bz. tension napa ni? ada problem ke?

Lan:

Hmm.. donno why la.. life memang mcmnie dah.. tapi lately moody semacam jerk..
Bz with work n biz.. & some other stress…
Rasa macam buleh dapat high blood pressure dah nie..

Me:
rileks.. jgn tension2.. nis hari ni pun tension gak sket. tp still bleh kawal. still leh senyum. cuma dlm hati ni resah jerk. haha.

Lan:
Sometimes… kita boleh kawal emosi kita sbb, we r in control of ourself…but, sometimes..
Others will control us…
Hmm.. nis pun tension gak ker..

Me:
nis tension sket je.. tunggu handphone berdering. senyap jerk. call tak der. msg pun tak. penat pk, org marah kat kita ke, apa ke, bz ke. haha. tu je la. kerja ok. tension2 pun bleh buat.

Lan:
Hmm.. pasai boi fren ler nie… hehehe
Rilex aaa… ptg nie dia call ler tu..migh b dia bz ler tu skg nie @ tido....



Me:
bkn boi pren la. kawan jerk. haha. tak declare apa2 pun. huu. so status masih di awang2.

dr mlm tadi ni dia dok moody tak tau napa. risau gak kot la tersilap ckp ke apa ke. last dia msg kata dia mmg malas nak jawab call nis mlm tadi :( hari ni dah brapa kali nis try call dia tak jwb gak. kasi msg pun diam. ni kali ke tiga dia buat perangai cam ni. tensionlah gak. bkn apa. kalau mmg salah nis, nis bleh ar minta maaf ke apa ke. kalau bkn salah ni, napa lak ngan nis pun dia tak mo ckp.

hmm.. tu je la..

lan:
Lelaki nie kan nis, ader ego nyer.. that’s why sometimes.. susah gak nak faham.. kekadang sesajer jer dia buat mcmtu..
Nak test org pompuan … cuba la pujuk elok2… satgi okay ler tu..

Me:

nak pujuk cam na kalau tak jwb call? nis bab pujuk memujuk ni sorrylah. mmg fail. org kalau buat diam ngan nis satu hari je nis try call. lepas tu lantak la. suka2 dia jerk nak buat org cam tu. baru lagi dia buat cam tu raya ke dua ngan ke tiga. raya ke empat dia msg kata sorry sbb dia moody. ada ke patut? ni tak tau la. asalnya ok je. tetiba plak dia diam. ish.

Lan:
Mcm tu ker, sms jer la.. say .. sori andai kita yg jadi penyebab u marah ..
N then ask him to talk to u …pujuk ler.. kalau tak bg tau tang mana yg silap, mcmana nak selesai & nis nak prevent benda tu in future..
It must be something wrong somewhere… ada la tu… esok2 dia call ler…
Relax kay…
I got to go la nis, ada hal lain.. so, we talk later kay..
Take care, bye


Me:
tq atas nasihat. lan yg tgh tension lan plak jd perunding. haha. nis malas nak pk. penat dah. lantak la. nak call, call. tak nak call sudah.

-end email-

hmm.. betullah kata lan, mlm td dia msg say sorry. Ntahlaa.. malas. Rasa panas je. Bengang pun ye. Ntah apa2 ntah. Bila call suh pk sendiri napa dia merajuk. Adoilaa. Me bkn ahli nujum. Pasai benda kecik pun nak merajuk. Ish. Sabo jerk ar. Me just terus terang. Nak kawan ngan me tak der merajuk2. me tak larat nak pk pasal org lain. Nak pujuk2 plak. Ish. Penat la. Byk lagi benda lain bleh pk, or bleh buat. Tetambah lak, antara kitorang bkn ada apa2 pun lagi.. dia bkn buah hati me, bkn juga tuning me, apatah lagi suami. Kawan jerk.. so, jadiklaa mcm kawan. Be open. Bkn jadik bdk kecik. Ish.

Geram la. Tu yg dok merapu kat sini lak. Haha. Bila di ingat balik rasa cam ntah laa.. bleh ke kawan ngan dia ni? Haha. Pk anim, pk. Jgn nyesal dah la kan. Hari tu masa dia call me kata dia ni jiwang karat punya org. sbbnyer dia nangis tgk drama melayu. Citer mlm raya. Mmg sedih pun bila dia citer balik citer tu kat me. Tak ramai kot lelaki yg jiwang mcm ni. Atau bak kata lan.. lelaki ni ego. So tak nak tunjukla yg dia tu mmg sensitive. Wallahu’alam..

Note:
1. Biasanya bebenda ni me citer direct kat along. Tp la ni tak sempat nak calling2. bz laa skrg ni. Kerja dah bertambah. Sblm ni programmer jerk. La ni dah kena jadik CSR plak. Haha. TM punya pasai. Terpaksalaa..

2. Erm.. minta maaflaa kat saper2 yg baca kot2 terasa. Kalau nak kasi pendapat pasai ego lelaki ni ke apa ke nak nasihatkan me ke, di persilakan mencatat apa je kat ruangan komen.

TQVM
-nisnim-

update:


hani msg tanya ada kerja kosong ke tak. hmm.. katanya dia nak cari keje lain. tak serasi kat tpt skrg ni. hani skrg keje kat butik. as a promoter @ penjahit manik. tak tau la dia ni bleh keje kat tpt mcm mana. sabo je la..

oleh sbb hari ni hani cuti, so mlm ni g umah mak uda peah ngan hani. ingat nak ajak along skli. tp td call opis dia bdk tu kata along cuti. hmm... call umah dia tapi tak der org jawab. ish. along, belilah hand phone angah. hehe. pas tu belilah no xpax ni. tak rugi tau. ehhe. promote..promote..

still dok tgh pk ni cam na nak jual nombor2 ni ek? ehh bkn no ekor tau! ni no tipon. kot la ada saper2 nak tukar no tipon baru, contact me k. no celcom je. postpaid yg ada promosi skrg utk minutes plan. bleh tgk kat web site celcom tp kalau daftar dgn me bleh dpt promosi khas sempena dwi perayaan dan reward sbb guna celcom sebagai saluran telekomunikasi. minutes plan tu utk no 2G dan 3G. meh la jadik warga Celcom@TM.

hari ni bz lagi mcm hari2 sebelum ni. yg bestnyer, program yg me amend tu jadik. user dah confirmkan yg amount tu sama. dan dah boleh migrate ke production. cumanya, cara tak properla. mcm buat keje back door. bos me mc plak hari ni. kalo tak bleh diskass ngan dia. hmm.. ckp pasal bos, my bos now dah ok. haha. mcm ni lah. baru kita nak keje pun happy. kiranya kalau me di suruh evaluate my bos ni, me bleh dah la nak letak markah tinggi2. tak per la kalau benda tu bleh buat dia dpt bonus byk. tu rezeki dia. tp secara jujurnya, minggu ni me kerja dgn rasa tenang amat walaupun bz. still bleh senyum dan ceria. hehe. bestnyer perasaan ni. hmm.. mungkin ni juga sbb niat asal dtg kerja kot kan. dlm minggu ni, tiap kali kuar rumah mmg me tak lupa niat agar me dpt bekerja dgn seikhlas mungkin dan dpt lakukan kerja me dgn baik. alhamdulillah.. me rasa best sgt kerja. balik rumah pun rileks gak. bleh asingkan masalah peribadi, kerja dan study. best. korang2 buatlah gak. niat ikhlaskan hati utk bekerja. :)

tak sabar nak balik umah la :)
huhu

Wednesday, November 09, 2005

bosan..

salam..
tak der apa.. sajer nak attach gambar2 yg di ambil waktu kebosanan ni..
hehe..


ni pemandangan atas meja me semalam. bz sgt buat kerja. haha. tak smpt nak update apa2. baca mail pun gitu2 jerk. meja ni berselerak dgn kertas2 coading. bkn me punya sorg. tu + my bos punya paper gak. ntahla. dia kalo dtg nak buat kerja kat meja me sumer buku diary, nota ngan kertas2 dia, dia akan bawak. haha. pastu tinggai jerk. me kena kemas balik dan pulangkan kat dia mana yg berkenaan.

berapa org je yg keje smlm. hmm.. satu kawasan ada satu / dua org. so adalah dlm 10 +- dr 50 +- tak termasuk contract staff. huhu




gambo ni sumer org tau apa kan dan kat maner. haha. amik gambo ni 31/10 hari tu sementara menunggu waktu berbuka puasa sambil2 borak dgn abg mie. abg mie tak tau me amik gambo air ni. me suka ais krim tu. air gas me tak minum sgt. tp kalo dah campo ngan ice cream ok la sket. gas dia dah kurang. i fobialah air gas ni sebenonyer. huhu.





hmm.. bunga rose ni dah lama ada atas meja me.. 2 tahun ada kot? sejak me pindah menaralah. kering cam tu jerk. dpt kat luar nagoya shah alam (kot). ada promotion product slimming. me pergi situ sbb nak amik bunga jerk. haha.



note: nanti ptg me upload lagi. :D

Monday, November 07, 2005

raya story

Assalammualaikum..
Pc apa khabar? Blog me apa khabar? Kwn2 blog apa khabar? Ehem ehem.. seronok cuti raya? Ehh lupa lak.. slamat balik dr bercuti raya. Alhamdulillah sbb beraya dgn selamat dan dapat kembali bertugas seperti biasa dgn selamat juga.

Oleh sebab baru balik beraya, so kita citer pasal rayalah ye. Me balik ke sepang tahun ni. Ni thn ke dua kami adik beradik beraya di sepang. Sbb mak ayah dah dok kat saner. Kg? Ada.. tapi tak beraya kat saner, nenek dah tak der.. atuk pun tak der.. sedara mara mmg ada.. insyaallah kalau berkesempatan kami akan melawat sumer sanak saudara.

Balik sepang pagi deepavali (1 november 2005). Masuk je kereta teringat nak jmpa mak cik siah (jiran kami). Terus alang kasitau cik siah kat rumah nenek (mak mentua cik siah) sbb nenek meninggal ptg smlmnya. Innalillahiwainnailaihirrajiun.. hmm.. me tak tau sbb mlm tu me tidur awal. Tak sihat.. semoga roh arwah dicucuri rahmat dan sentiasa berada dlm rahmat-Nya..aminn.. (al-fatihah buat arwah)..

Kami balik 4 org satu kereta (kitoranglah dlm gambar tu - alang,jim,oon,me). Hani tak ikut sbb dia kena keje 1 hb tu. Dia balik ikut along hari rabu. Alang drive, me co-pilot :D, jim ngan oon kat belakang. Penat tgk gelagat diorg ni. Mcm bebudak kecik jerk. Sudahnya me suh dedua org bdk nakal ni pakai sit-belt kat blkg. Diorg nyanyik2 kejap pas tu diam. Rupanyer dah tido. Haha. Mmg mcm bdk kecik. Masa baru nak masuk high way terperasan hani kat bus stop. So, kitorang hantar dia g keje dulu. Perjlnan ke sepang hari tu hampir 2 jam kot. Tak ingat plak. Alang bwk perlahan. Kete byk gak. Tp movinglah.

Seronok bila pk nak raya, ramai2 satu family. Tp bila smpi tu masing2 letih. Tak tau lah napa. Berbuka puasa ptg tu mak buat nasi ayam. Uda jamal ngan mak long pun ada. Uda hantar kuih cik siti kirim. Ayah pasang pelita mlm tu. Cantik. Me ada amik gambar. Tp pakai digi cam oon. Try amik pakai hp me, tp tak cantik.

Esok tu sahur mkn nasi ayam tu juga. Me kena gastric lagi. So bgn terus makan. Tak dpt nak tunggu org lain sbb dah sebu perut. Mlm td berbuka me tak mkn byk. Mkn dlm pinggan oon dan jim. Kongsi ngan diorg. Seronok (tak tau lah napa, mmg suka mkn kongsi pinggan adik2, mak, kakak. Hehe. Mak kat, nasib baik ayah garang. Kalau tak dlm pinggan ayah pun me mintak. Haha).

Hari terakhir puasa semua org letih. Ayah mak ngadu bdn letih sgt. Me pun rasa cam tu. Kami gilir2 tidur. Pagi tu mak ayah g pasar. Mak bawak balik daun ketupat. Me tak pernah lulus belajar anyam ketupat ni. Ntahlaa.. mmg tak pandai. Alang, mak ngan oon anyam ketupat. Oon mmg terror. Baru belajar dah lulus. Eloklah. Nnt kat jepun bleh anyam ketupat. Tak dpt daun betul reben pun jadiklaa kan. Kitorang kemas rumah, tolong mak masak, tunggu along balik. along, penat tau tunggu korang balik. tak sabar nak jmpa anak buah dan berkumpul ramai2. pukul 12 lebih kot along sampai ek? Letih gilos kan? Tu la balik lmbt2 lagi. Biasalah, bila along balik maka sufilah yg jadik tumpuan. Bertuah betul budak ni. Sufi comei sgt. Pakai gaun kaler pink. Geramnyer tgk bdk kecik ni. (gambar ketupat tu ketupat yg adik2 me anyam)

Pagi raya bgn solat subuh, gosok baju, mandi, bersiap, makan, pakai comei2 utk solat raya. Baju raya me thn ni jubah purple, tudung dan selendang purple gak. Tp pagi nak g solat tak pakailah tudung ngan selendang purple tu. Me pakai jubah tu, pas tu pakai telekung terus dr rumah. Solat raya kat masjid baru kat sepang. Bhgn pompuan penuh. Bhgn lelaki penuh gak lah kot. Sepatutnyalah kan :)

Balik solat raya kami bertahlil dan baca yassin kat rumah. Ayah mulakan. Tahlil utk arwah wan (khalijah mat jim – nenda belah mak), arwah atuk (yun bin yaudin – nenda belah ayah), juga untuk arwah atuk (yahya bin osman – nenda belah mak).. al-fatihah utk semuanya. Sepatutnya mlm raya tu kami buat tahlil, tp masing2 letih. Tp ayah kata pagi tu ayah bleh rasa mcm arwah ada bersama kami. Sayu.. mmg sayu pagi tu.. lepas tu kami berkumpul lagi untuk bermaaf-maafan. Mula ngan mak, along, me, adik2.. beraturlah ikut turutan (ni gambar pagi raya lps bermaaf-maafan sblm makan). Lepas tu acara best - makan. Ketupat, rendang daging dan kari ayam. Best kan menu. Alhamdulillah… call ajib, ucap selamat raya. Sian dia kena keje. Bila dia ckp ngan mak dia nangis. Me tau dia rindu nak raya ngan kitorang. Dah 3 thn dia raya kat sabah nun. Thn pertama sorg, thn kedua berdua, thn ni bertiga. Insyaallah bln 12 ni dia balik kl lagi. Hmm.. abg long bakar lemang. Me tak berani nak mkn lemang sbb pulut. Takut sakit perut. (kena gak gastric mlm sblm balik kl sbb mkn gak lemang tu. Tergodalah..).

Ptg along ajak balik kg (dlm gambar tu along's family). Kg mak kat jeram kuala selangor. Dah dua tahun kot me tak balik saner. Tak tau naper. Malas. Hmm.. transport susah pun ye. + malas nak susahkan org suh ambil kat depan bila dah sampai. Tp org salah anggap.. org ingat kita dah tak ingat kg. Dah tak ingat sedara mara kat kg. Hmm.. pukul berapa ntah mlm tu br smpi sepang semula. Abg long balik kl mlm tu gak. Tp along ngan sufi tak balik. ada citer pontianak harum sundal mlm kot mlm tu. Patutnya mlm ni (tetiap mlm kat sepang), me tidur ngan hani tapi mlm raya tido sorg sbb hani rindu ngan mak, so dia tido ngan mak, mlm ni pun sorg sbb hani kena teman along ngan sufi. Along kata dia takut. Sabar je la. Jumaat mlm pun me sorg gak sbb hani tido ngan along gak.

Raya ni ingat mcm2. kenangan byk sgt. Haha. Rindu kat org tu. blajar nak rindu org ni.. Nak citer ke? Tak payahlaa.. biarlah terus jadi rahsia hati. Hmm..

Balik kl hari sabtu ptg. Pukul 3 dr sepang. Ada 6 org dlm kete. Sorg budak kecik yg lain sumer belia remaja. Singgah rumah wan (nenek belah ayah) kat bdr tun razak pas tu hantar oon balik asrama kat pj, hantar along dan sufi balik umah dia, pas tu maghrib baru kitorang sampai umah. Alhamdulillah selamat. Dlm perjalanan balik tu dptlah gambar awan ni ha. masa tu hujan renyai2. Hmm.. asyik tgk awan kat blog am je, anim pun amik gambar awan gak. Hehe.

Biasalah.. baru balik penat. Online gak tp tak der mood nak update blog. Just baca mail, baca blog, tgk sikit2 kat mana2 laman menarik. Tp internet slow sbb me pakai dial up. So tak seronok gak la. Tgk tv, tido. Ahad aktiviti biasa je. Tak keluar rumah pun hari ni. Hujan lebat. Alang balik ipoh hari ni lps maghrib tadi. So now tinggallah me berdua ngan hani mcm selalu…

Insyaallah 19/11 ni me ke ipoh. Tido saner kat umah alang. 20/11 bapak sedara me nikah kat sungkai. Sajer nak jejalan. Wan dah ajak kan. Pergilah. Kenduri kat kl 27/11. first time nak g ipoh ni. Ehhehe. Yey!

Okes. Dah panjang lebar. Xtvt seminggu ni. Thanks lah pada yg rajin membaca. Haha. Rindu kat sumer..erk..alamak..esok keje..huu...

Monday, October 31, 2005

kad raya

kat entry ni me nak postkan 3 keping kad raya yg me dpt thn ni + kad raya dr TM. sajer suka2.

ni kad raya TM:

ni bhgn luar kad..

ni plak bhgn dlm kad..

ada ucapan kat situ "Selamat Hari Raya Aidil fitri, dengan ingatan tulus ikhlas, maaf zahir batin. 1 Syawal 1426"

:D



ni kad raya pertama yg me terima tahun ni. kad dari luqman. sahabat internet / adik angkat yg me kenal dari shukur.com (skrg shukur.org)

tq luq sbb ingat kat akak :)




ni kad dr ajib. ada logo bnm lagi. ajib (adik lelaki me yg skrg ni kerja di sabah dan telah berkeluarga dengan org saner) kata ni kad thn lepas. tak kesahlaa.. janji dpt kad raya :D

selamat hari raya buat ajib, reena dan ayub

note: ada lagi gambar, tp susahnya nak upload. nantilah sambung. penat plak.

8/11/05
update!! tambah gambo kad raya kat sini. hehe..


ni kad raya dr ajib gak. adalaa dia tulih dlm tu slmt hari raya, minta maaf, pas tu minta duit raya utk anak dia. huhu. windulaa...






kad raya ni ada logo IJN. dari kak azmatun. tq akak. kad dia cantik tau. tak caya? tgk gambo satu lagi..

hehe.. caya tak? cantik kan?

erm.. ni je la 3 keping kad raya yg me dpt thn ni. :)

monday blues..

salam monday. hehe

hari ni mood hari isnin. nak g kerja pun bercinta. rasa tak cukup lak cuti 2 hari. tapi sbb hari ni mmg kena keje so pegilah gak.

jln nmpk tak jem. kalo tak kol 7.30am dah jem kat dpn rumah. sbb ada roundabout - org masuk dr ampang nak ke kawasan perindustrian bebas hulu kelang or ke setiawangsa. lepas roundabout ni kaw kilang. ada gsk, sapura, texas, pernec, shin et su (cam na ntah eja dia), & chip pac. so pepagi mmg jem la kat sini. satu lg tpt jem kat jln jelatik nak ke ampang. kalo tak jem maknanyer hari tu cuti sabtu ahad. or waktu tu bkn waktu puncak. kalo tak jem je la. perjalanan 15 minit leh jadik 1 jam 15 minit. fuhh.

ingatkan hari ni lrt tak ramai org.. tp rupanyer telahan me silap. lrt still penuh, tp bleh ar masuk nak nyelit. me kat lrt pukul 8.10am. so mmg dah budget time lewat smpai opis 10 minit (betul pun..). rasanya hari ni ramai org kuar shopping kot. maklumlah a day b4 deepavali & 3 days b4 syawal (eid). hmm.. last2 minit shopping ni kadang dpt harga murah. kdg tu tak jugak. lg mahal adalah. yg penting budget masing2 dan perancangan. jgn pantang tgk sumer benda nak beli. haha. rambang mata beb! huhu.

smlm buka pose kat umah along. tgh hari alang sampai. ingatkan dia dr ipoh. ghopenyer dia dr rawang. sabtu tu dia tido kat umah acik. hmm.. lama dah tak jmpa acik. so, planning ngan alang nak g umah along ptg tu. dia ok jerk. tak tau laa apa mood dia smlm rajin plak dia masak. ayam masak lemak cili api ngan sambal udang goreng terung (main letak je nama masakan ni). kat pasar ramadhan beli samosa. so maghrib tu mkn sakan la. haha. best! seronoks sgt.

masa smpi kat umah along diorg tgh tido. termasuklah sufi. tp sufi ni biasalah. pantang tgk org ramai. sure dia bgn punyer. haha. org tgh seronok nak berkawan. sufi dah pandai geleng kepala.. and satu lagi, dia dah nak berdiri. along kata tu lah sekali dia berdiri tanpa pegang apa2. insyaallah lps ni dia akan terus cuba nak berdiri lah tu. (note: tu gambar sufi yg me ambil smlm masa dia tgh berdiri smbil pgg lutut me yg tgh duduk. hehe. comei kan?)

lepas berbuka kitorang g jj lagi. along minta temankan dia nak beli baju raya utk sufi ngan abang long. memula malas gak sbb dah tau mesti sesak giler + parking susah. maklumlah ada sale. tp bila abg kater dia bleh drop by kitorang kat situ, then alang kata oklah. jim still teragak2.. and me tak kesah. hmm.. dah la masing2 sempoi jerk. haha. first time g jj mcm g pasar mlm (empat2 org). hmm.. ni yg me perasan lah bab dressing ni. kalo cina tu tak kesah. pakai apa pun jadiknyer diorg g jln2. kita melayu biasanya akan dress up sikit la. biar nmpk kemas & elok sket bila nak berjalan. org tgk + sendiri rasa pun yakin jerk. hehe.

along belikan sepasang baju utk sufi (kaler pink), me belikan sepasang baju utk sufi gak (hadiah birthday sufi) kaler putih biru ada gambar kambing biri2 (comei). nasib tak der gambo katak. haha. pas tu along belikan 2 helai baju utk abg long and sehelai seluar. hehe. me pun beli seluar gak (padahal tak der dlm perancangan bln ni - 70% tu, tergoda gaklah i. hehe). habis shopping kol 10 lebih kot. abg dtg amik kitorang smpi umah kol brapa ntah. 10.45pm kot. (note: ni plak gambo tgh tunggu abg long kat taxi stand kat luar jj w/maju - dlm gambar tu alang, jim, along and sufi)

mlm godek2 notebook alang. first time me install os kat notebook/pc. hehe. blajar beb. sblm ni tgk org buat or dpt pc yg dah sedia ada semua tu. install tu pun dgn guide dr en pyan and en khisyam78 through phone. thanks.. lepas ni me dah pandailah nak setup pc. yey! blajau kena ada praktikal. betul tak abah_muizz (kena tanyer lecturer)? lupa lak nak amik gambo notebook dia smlm.. hmm..

last.. tido pukul 1 lebih nak dkt kol 2 am. bgn sahur kol 5.30am 5.45am borak ngan f. sejak dia g bp, kitorang borak sehari sekali. paling lama 7 minit. paling sekejap tak smpi seminit. haha. jimat duit tipon. hmm.. sms pun susah.. sian dia bz. nasiblaa.. dah pilih keje cenggitu.. kenalah berkhidmat utk negara walaupun org lain bercuti.. miss himlah sikit.. huu.. sikit jerk ar. ekeke.

waktu skrg 10.42am
still monday blues..
slmt bekerja bagi kawan2 yg tak bercuti..

erk.. kat luar hujan laa..

wassalam..
nis comei

---
update!

tadi, dlm 10 minit sblm kol 2 yus call. dia kata GM kasik balik kol 3 hari ni. yey! huhu. best kan? tp me tak balik pun. still tunggu lps asar. ptg ni ada date dgn abg mie. hari tu tak jadik, so hari ni kuarlah. hmm.. tak taulah nak kasi tau dia ke tak.. erm.. biarlah ek. bkn ada apa2 pun.. ntahlaa.. haha.. abg mie ni saper ek? abg angkat me jerk. tempat berkongsi cerita.

hari ni ada satu perasaan pelik.. hmm.. me rasa, me dah mula nak rindu kat dia.. tapi tak boleh. rasa tertahan.. rasa tak lepas. bila ingat kat dia mesti tringat kat mak and ayah. tringat apa mak ckp.. tringat apa ayah ckp.. pas tu rasa sayu jerk.. rasa sedih sket.. ntahlaa.. susah kan? lepas solat tringat kat dia lagi.. tringat gak kat mak ayah lagi.. tringat pesan ayah soh buat istikharah.. hmm.. tiba2 rasa sedih lagi.. me takutlaa.. huu.. insyaallah me akan buat dlm bln puasa ni sblm syawal.. sblm me terlebih sayang or rindu kat dia, baik me buat kan? baik ikut cakap ayah.. manalah tau kalo dah rindu giler2 nanti planning bagai nak rak alih2 tak jadi kawen ke.. kan ke frust?? huu.. dok kat meja lps solat dpt msg dr dia.. hari ni me tak msg dia pun lagi.. tak call juga... biarlaa..


tringat juga hari tu dia call tanya me rindu kat dia ke tak. terkedu gak laa... tak tau nak jawab apa.. me rasa masa dia tanya tu mmg me tgh rindu gak la sket kat dia. tapi me tak nak ckp me rindu. sbb takut gak la kalo dia harap sesuatu yg me sendiri tak pasti. me jwb "kalau tak jawab soalan tu bleh tak?" dia gelak je.

wan (nenek) me kata, jodoh me liat.. mungkin kot.. belum sampai masa utk me bertemu seseorang kot.. ada yg kita suka, family dia tak suka.. ada yg kita suka, family kita tak suka... ada yg kita suka tp dia tak suka.. ada yg suka kita tapi kita tak suka.. ada yang kita suka tapi kawan2 tak suka.. ada yg sama2 suka, family pun suka tapi ada halangan lain.. ada yang suka kita tapi dah kawen.. ada yg suka kita tapi dah bertunang.. ada yg suka kita tapi dah ada kawan lain.. ada kita suka tapi kita plak dah ada yg lain. haha. pening la mcm ni.

apa-apalah
:P
nis

Sunday, October 30, 2005

tension

td dah taip pjg. bila click post je kuar "page cannot be displayed". tension. rupanyer dah disconnect. huu. sabo jer ar.

update sikit aktiviti hari ni la.

pagi - sahur pas tu tido, bgn lewat, kemas bilik, buat kerja rumah sket, mandi

tgh hari - solat zohor, gosok baju, bersiap nak kuar g shopping ngan jim

ptg - g ampang park bank in duit utk pak cik (duit kuih - thn ni me buat business kuih raya. haha), g jj beli baju raya utk jim ngan ayah.

maghrib - smpi umah, berbuka puasa, solat, tgk tv, rehat.

mlm - tgk tv (zoom in bersama raihan), call mak, mandi, solat, surfing internet (now) smbil dengar lagu.

tu je lah. pjg2 lagi kang ilang lagi. tension jerk.
esok insyaallah berbuka puasa kat umah along.

wassalam..

Friday, October 28, 2005

SeLaMaT HaRi RaYa AiDiLFiTrI

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
..Salam Ramadhan..Marhaban Syawal..
buat sahabat2 yang rajin baca blog nis,

semakin berlalu...

Di kesempatan ini nis nak ucapkan

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri

Ampunkan salah silap nis jika ada.. tersalah kata, tersilap bahasa, tercuit rasa dll..

juga halalkan makan minum nis (buat keluarga dan kengkawan yang biasa dgn nis)

Semoga kalian semua sentiasa berada di dalam rahmatnya dan diberkatinya dalam apa jua yang di lakukan..juga di permudahkan dalam melaksanakan segala urusan amal ibadah kita..insyaallah..

semoga amalan kita di dunia di terima untuk bekalan kita di akhirat kelak..

Duhai Ilahi....Jadikanlah SYAWAL ini yang paling bererti...paling berseri...menerangi kegelapan hati kamimenyeru ke jalan menuju redha serta kasih sayangMu Ya Ilahi...

ameenn...

wassalam..

~comei~

Thursday, October 27, 2005

makcik bz lah hari ni..

Assalammualaikum..

fuuhh.. penatnya hari ni.. bz.. mmg bz.. biasanya bz bersebab. napa ek? haha. sbb dah ujung bln. biasalah. kerja ngan nombor (duit) dlm sistem ni time ni la dok main kejar2 dgn masa. dah delay sehari sbb ada error pada sistem. hmm.. salah saper? tak tau nak kata.

citer pasal keje sket.. hmm.. bln ni sistem tutup awal. sbb dah agak mesti ada problem. program yg user suruh amend tak buat lagi. so problem dah dijangka. tp penatlaa.. perah otak pk cam na nak buat, baca program, minta tolong byk pihak gak (thank you to u all). by hook or by crook end of this month or early next month program tu dah siap amend. so me ada beberapa hari je lah kan? tapi tak per.. insyaallah siap sbb dah tau kat maner nak amend. bkn salah me pun. me just org yg menunggu diarahkan utk buat changes tu. spec bos tak kasi cam na nak buat keje? haiyaa. cepatlah me jadik bos. hehe.

so now, problem dah settle.. alhamdulillah. syukur pada allah sbb Dia kasi ilham mcm mana nak buat. lepas solat zohor tadi me doa minta bantuan dia untuk selesaikan masalah. alhamdulillah lps solat, me dan tuan asal sistem ni berjaya jumpa kat mana error tu. dan selesai terus. syukur sangat. kalau tak hari ni kena stay lagi mcm smlm (smlm balik kol 9 pm dr opis).

sambil2 buat kerja dengar nasyid dr blog zul. rasa tenang plak. kali ni me relaks walaupun ada problem. sampai kawan me tanya me napa me still bleh gelak. haha. entahlaa.. me tak rasa tertekan tp penat je. sampainya smlm baru pukul 4.30pm me dah tanya wey dia balik lmbt ke. pelik mamat tu. mana tak nya, me rasa mcm dah lama sgt me kat opis smlm. tambahan plak masa tu dah tak ramai org kat opis. terlupa nak tgk jam baru tegur org. huhu.

hari ni me ada kelas.. sat lagi nak g kelas. smlm tak jadi dating ngan abg mie. hehe. ada org jeles. hahaha. tak der laa.. hmm.. sbb tetiba tringat org tu nak g bp hari ni. so tukar plan nak kuar ngan dialah konon. tp tak jadik gak sbb dia ada taklimat lps terawikh utk xtvt hari ni. pas tu plak tringat mak ayah dtg umah. so, pk2 balik.. malaslaa nak kuar :) di tambah plak ngan kerja opis ni yg tak siap lagi. sudahnyer.. me berbuka puasa kat opis ngan kak fida mkn kuih yg kak fida beli + air masak. huu. nikmat tau! tp balik umah me balun nasi lah sbb ada kari ikan merah mak masak.

sampai umah along ada ngan sufi. dah agak dah sbb mak kata along tau mak balik kl. meriahlah gak umah tu smpi tgh mlm. along balik je budin, wife and anak dia plak dtg. pas tu mak uda dtg hantar baju. pas tu kitorang sambung borak2 smbl tgk tv. sampai kol 1 kot.

apa lagi? hmm.. hari ni dia tak msg pun lagi... call pun tak.. napa ek? bz kot.. pagi td dia kata g bp kol 2pm naik lori. haha. tinggallah kenari.. hmm.. bork ngan along pasal dia.. suka borak ngan along.. along kata dia tgh bercinta tp me tak.. ye ke? ye kot. rasa yg ada tak sama dgn rasa yg ada masa kawan ngan org tu.. kejap tp rasa tu mmg kuat sgt. skrg ni entahlaa.. mungkin sbb me dah malas.. me penat sebenarnyer.. so just let go je. ada, adalaa.. tak ada, tak harap pun.. erm.. tak tahulaa.. hmm..

bz pk byk benda.. tak sabar nak abis study..

me,
nisnim

Monday, October 24, 2005

ujung minggu


salam ramadhan..

dah beberapa hari nis tak update blog ni. hari ni nis nak guna kata ganti nama 'nis' plak. hehe.. sajer..

baru lepas solat maghrib kat bawah. nis masih di office. cadangnya nak balik cpt sbb mak uda nak dtg umah amik baju. tapi kat luar hujan. nis pun masih ada kerja yg belum selesai kat opis. esok nak cuti.. tapi tak taulaa.. mcm tak cuti jerk. study tak lagi. ni tgh tunggu copy databased dan print nota. tak taula mcm mana format soalan exam esok ni.

hujung minggu baru ni nis kat rumah. erm.. kat rumah tu hari sabtu je la. buat apa ek? hmm.. bgn lmbt, kemas rumah (dapur je), ingat nak kuar buka and beli brg dapur tp tak jadik.. so ganti dgn tido. kol 6 bgn solat asar and beli kuih kat bwh. mlm study. ahad plak buka pose kat kajang. umah nana. g ngan yunie, boy and anak diorg fareez. kol 3.30pm dr kl, smpi sana kol 4.00 +-. sampai dok kejap pas tu kitorang g giant. sbb masing2 mmg nak pegi beli brg dapur. haha. punyalah jauh. sbbnyer.. carefour (tak tau ejalah sorry) ngan jj or giant kat wangsa maju / melawati penuh sesak. sumer org dpt gaji dah kot?? ntahlaa. lepas solat maghrib kitorang balik.

tak taulah napa nis flet semacam jerk. sampai umah terus tido. letih giler. padahal bkn drive pun. ntahnyer. tido smpai kol 1.30am. pas tu tak bleh tido. nak bgn pun tak bleh. hehe. hmm.. nis tdo kot. tp terjaga je lah kejenyer. bgn pagi letih. tak perasan mak call ke tak. tp rasanya ujang call kejut sahur + subuh (sebab ada miss call) tp nis tak terjaga. so pg td tak sahur. bgn dah lewat. malas g keje. so amik half day.

hari ni nis masuk opis kol 12.30pm (sampai kol 12.15pm). lupa something. sepatutnya nis g mmc pagi ni. ada rebranding course. sampai opis wan tegur baru nis tringat. terus hantar mail kat org yg incharge tu kata nis lupa. so dia suh nis dtg antara 25-27 okt ni utk course tu. hmm.. bila ek nak gi? 27/10 kot. tgk lah.

so, esok mlm ada mid term networking. pas tu tak der kelas. abg mie ajak jmpa rabu ni. nak celebrate birthday sesamer. haha. hari ni birthday abg mie :) esok birthday my kekanda tersayang - along@embun. 28/10 birthday sufi plak. berderet kan?

okes. nak sambung buat keje. hopefully mlm ni siaplah. penatlaa... huu..

~sweet girl~nisnim~

katak hijau tu sebenarnyer bekas handphone.tp tak muat utk handphone baru ni.nis beli kat sg buloh masa g melawat misbah.itik oren tu hadiah dari naji masa last day kat kypmkl.bear kuning tu hadiah grad dr along. ikan tu nis beli mc donald. hehe. comei.

Thursday, October 20, 2005

interview

9.39pm
16 ramadhan 1426

me masih kat opis. :D baru naik opis sebenarnyer. dari pukul 6.55pm me kat surau kat opis ni. buka puasa kat sini pas tu solat maghrib, baca yasin, borak2 ngan kay, solat isyak, terawikh dan witir.. alhamdulillah sempurna mlm ni. harapnya amalan kami di terima.. allahu'alam..

hari ni ada kelas sebenarnya. tp me tak pergi. berbelah bagi.. sbb me sakit kepala dari pagi. tapi try gak stay kat opis sbb byk keje and ada interview. kat opis ni sejuk sgt mcm dlm peti ais. lagilah bengang je rasa kepala ni. kat tkt 13 pun sejuk. berdenyut2 rasanya. tapi tahan je. kontrollahkan. sampai opis flet. me lepakkan kepala kat atas meja beralaskan bantal empuk. lelap 5 minit. rasa ok sket. landing kat kerusi kasi releks. alhamdulillah berkurang sakit. biasanya kalau sejuk sgt (bila me kena gastrik) mmg sakit kepala lps tu. angin tak dpt nak kuar kot. bila dah ptg rasa mcm takut tak bleh nak tahan sakit kepala ni. tu yg tak g kelas. so amik keputusan solat terawikh kat opis.

interview ok ke? alhamdulillah.. ok.. ada 3 org penginterview. en ahmad jaafar (hr), pn che fatimah dan pn noraini ayub. senyum je diorg ni. buat kita rasa releks nak jawab soalan. dia tanya pasal latar belakang diri, family dan kerja yg me lakukan sekarang. pas tu tanya gred skrg dgn gred sblm ni apa beza dia. kenapa me nak gred baru. me dah bersedia ke nak pikul tanggungjawab yg lebih berat. dll. soalan bonus, kalau di hantar selain dr kl/selangor me nak ke tak. hehe. me rasa me dah jawab sehabis baik dan lancar. cuma last tersasul panggil encik ahmad as encik jaafar. manalah me tau nama dia ahmad je. + me lupa nak salam pn noraini and che fatimah.. hmm.. hopefully perkara tu tak menjejaskan. insyaallah result keluar bln disember ni. kalau ada rezeki me, adalaa... insyaallah...

hari ni seluruh malaysia (or dunia) tau wife perdana menteri kita dato seri abdullah ahmad badawi iaitu datin endon meninggal dunia. innalillahiwainnailaihirrajiun... menurut akhbar arwah dah bertahun sakit barah payudara. dah sampai masa utk dia kembali ke sisi-Nya. bahagian masing2.. tak kiralah berapa pun umur, sakit atau tidak, bila tiba masa-Nya Dia panggil, kita kena berjumpa dgn-Nya. tak kiralah dah bersedia atau belum.. hmm.. cukup dah ke amalan me nak jumpa DIA? allahuakbar.. kecil sgt rasanya me ni.. byk yg perlu di perbaiki.. sahabat.. semoga sama2 kita memperbaiki diri agar kita sentiasa bersedia utk berjumpa dgn-Nya bila tiba masanya...

esok rasanya me bz. hehe. rasanya lah.. dlm kepala mcm2 dah rancang nak buat. hmm.. next week mid term. risaunya. tak study lagi.

k ya.
wassalam..

dilla, slamat study :D
gambar ni ambil guna hp baru. gambar atas meja me. hehe.

Wednesday, October 19, 2005

mc..gastrik..stress..

salam ramadhan..

dah pertengahan ramadhan..hari ni 15 ramadhan 1426. dah dua hari me mc. gastrik lagi. kat opis td muntah angin. adala 2,3 org dlm toilet tu. kalau diorg tak tau me belum kawen sure diorg pk lain. huu..nasiblaa..g klinik. dpt mc. kasitau f. so balik rumah f hantar. hujan lebat plak. nasib naik kete. kete kenari yg dia nak jual tu. haha. tak jadik jual kot.

sampai rumah me tdo. mmg tak larat. angin sebu sampai ke tulang belakang. 5.30pm br bgn. solat asar. siap2 turun g beli juadah berbuka. me suka samosa. so td beli samosa satu ngan roti bom. beli nasi gak lauk masak lemak ayam. hehe. tp berbuka mkn kuih je la. solat maghrib, kemas2 sket, solat isyak, baru mkn nasi. bgn tido td rasa mcm dah ok. tp laa ni lepas mkn ubat rasa menggulung je angin dlm perut. harap esok ok.

esok? hmm.. esok ada interview. ada dua tiga perkara nak uruskan. proses simo nak kena buat gak. bln ni close sistem awal sbb nak cuti raya. rasa stress laa.. ni kot sbb me gastrik.. hmm.. stress mcm2 hal :(

semalam mc pun seharian tido. bangun utk solat je. pas tu tido. lepas solat maghrib pun tido gak sampailah pukul 10.30pm. bangun solat isyak, mkn sket, lain2.. kol 12.00am tido. f kata me selalu tido awal skrg. ye kot. kol 12 je dah tdo. sblm ni kol 1 lebih br tdo. erk.. kol 12 tu awal ke? lewat gak tu. hmm.. tak lama lagi kena tinggal.. ada seminggu lebih je dia kat kl. katanya kena g bp sebulan lebih. lepas raya baru balik. seminggu lebih kat kl pas tu g kb lak sebulan. ni yg ayah tak nak. sbb tu ayah suh cari org lain. hmm.. tak taulah mcm mana. tgklah.. me penatlaa.. penat pk benda ni. penat lalui mcm2 hal ni. penat sgt! nak stop! huu :( stress lagi.

next week selasa ada mid term subject network programming. 6 nov plak mid term software engineering. subject AI tak taula bila. esok mlm baru tau kot. assignment? ada 3 yg belum hantar. 1 lab network (submit next week), 2 AI (rasanya mcm nak hantar esok..kalau siapla :D).

hmm.. tu je lah nak update.
sakit perut lagi.

semoga kawan2 sihat walafiat dan dapt jalani ibadah puasa sebaik mungkin. ameenn..

wassalam..

Saturday, October 15, 2005

tak taulaa..

15/10/2005
11.00pm

hmm.. baru je nak berehat-rehat.. hari ni seharian kat umah along. sajer singgah umah dia lepas g celcom tadi (dpt no baru lagi..byk tul no tipon..hmm). seronok. main ngan sufi, borak2 ngan along. haha. tapi tak bleh nak tido. huu. letih rasanya.

dlm kol 5 kitorang g pasal mlm kat melawati. asalnya nak beli sate. tp tak jadi sbb ujan. abg long plak park depan kfc, so tukar menulah. tp lepas tu g gak pasar mlm tu beli kuih sket ngan sayur along nak masak ngan makanan utk sahur. dlm kol 8 lebih baru balik.

mandi, solat isyak, rehat sat, tgk tv, surfing (tp slow giler..bosan..).

perasaan hari ni? hmm.. ntahlaa.. campur2..

tadi terpk dan terasa sesuatu.. hmm.. mcm mana nak ckp? tak taulaa.. skrg selalu pk benda ni.. :( -delete, sajer malas nak pk- haha. napa pk cam tu ek? tak percaya ke? hmm.. tak taulaa.. mungkin sbb pengalaman.. mmg setiap org tak sama tp hati ni takut.. tu je la..

mlm ni rasa tak best.
tdo dululah ye.. layan kang banjir..
salam..

Friday, October 14, 2005

tired

hari ni halfday. dr rumah kol 12.00pm. so sampai kat opis dlm kol 1 gak la. gastrik lagi.. hmm.. tak der penyakit lain buat masa ni..tak per la.

so smpi kat opis terus masuk kelas ngaji. pastu buat kerja. solat zohor. sblm solat borak ngan kak liz (my head div) abt my spr and my work. me just terus terang kater sama je dia ada ke tak. hopefully tak jadi isu. kak liz pun ckp mmg dia nmpk mcm akak tu tak buat apa sgt. kalau me nak kena buat sumer, analis sistem, buat program, buat operation, kan ke bagus me je yg jadik exec. huu. tp me ni org bawah je. kalau di suruh me buat. tak suruh tak kan nak mandai2 buat lak. kan?

4 jam lebih je masa kat opis rasa mcm bz giler jerk. huu. ni yg kol 8pm still kat opis ni. ingat nak balik dah td. biasalaa tgk dah 6.30pm lajak la smpi maghrib. td rasa mcm sakit perut balik. asyik pedih perut jerk. + rasa loya nak muntah. mlm ni ada kelas.. tp me tak g kot.. erm.. mlm ni ada 2nd presentation. me dah present mlm kelmarin. alhamdulillah lega. now dok print nota en zakree. nak buat tutorial dia plak.

smlm ika call ajak mkn kat nandos esok. insyaallah. kitorang g ngan ainil sekali. lama dah tak kuar mkn ramai2. ika balik ganu esok mlm gak. kol 10 kot bas dia.

td wey dah buat corporate line dia kat celcom pj. senang tak byk citer mcm kat ampang. me tak der pagi td, so tak buat lagi la. so esok mungkin nak g celcom semarak. jgn dia cerewet mcm kat ampang tu gak dah la. hopefully selesailah esok.

mcm2 hal hr ni sebenarnyer. penat. tp malas nak taip sini. biarlah..

penat
bosan
tension sket
nak tidoo...
zzzzzzzzz

Thursday, October 13, 2005

HUAWEI U626 & birthday present

Updated!

ni lah my handphone. Huawei U626. detail pasal hp ni:

http://www.huawei.com/mobileweb/en/news/view.do?id=106

http://www.huawei.com/mobileweb/en/news/view.do?id=118

http://www.mobile88.com/mobilegallery/preview.asp?prodid=723&cat=36&path=40,36


hari ni me saja try tgk no 3g me dah activate ke belum. hmm.. alhamdulillah.. berjaya :D buat v-call dgn e. rasa segan. sbb biasanya kalau ckp kat tipon dgr suara je. ni bleh tgk org. tak terkata2. gelak jerk ar. lagi pun nak test jerk. hehe. pas tu try browse internet. tgk berita kat ntv7. sat je la. hehe. me amik pelan RM50. dpt free 3MB internet browsing. hmm.. lebih 3 MB kena bayo kot? tak tau la. tak abis jelajah lagi site celcom tu. pas tu dpt 30 minit free v-call. lebih dari tu kena bayo 15 sen per minit. maklumat lanjut tgk kat www.celcom.com.my esok kena bawak 2 hp lah mai keje. susah nak tukar2 sim kad ni. :D

hari ni dpt e-greetings dr dilla. comel kad dia. ada katak gak. hehe :)
comel kan? ada notes gak kat bawah tu. dilla kata : "Hepi Birthday!!!Semoga dirahmati slalu.Cepat2 kawen tau..hehheee" - thanks dilla. tang kawen tu no komen la.

ainil call lagi siap nyanyik plak. abg me wish by email. hari tu dia kata nak kasi bunga. tak der pun. ekeke. nasib baik tak der. kalo tak penat nak jwb. zool kasi mail birthday wishes yg menarik. satu page penuh mail tu penuh dgn wishing happy birthday pelbagai kaler. membuatkan me bertambah ceria. + clip video iklan mc donald oversea. tak sangkalah dia ingat.


ni plak dr chris smlm :D comei gak sbb bear tu menari + ada lagu. hehe. mcm bebudak lak me ni.

td buat v-call dgn kay plak. fuuh.. me segan la. haha. kay kata suara tak jelas. hmm.. salah me ke or diorg kena adjust volume kat hp diorg? sbb me dgr clear diorg ckp. + bleh adjust lagi nak dengar kuat ke tak. tak kan me nak cakap kuat2 kot kat opis kan? lagilah segan. hehe.

okey. happy birthday lagik.

-comei-