salam monday. hehe
hari ni mood hari isnin. nak g kerja pun bercinta. rasa tak cukup lak cuti 2 hari. tapi sbb hari ni mmg kena keje so pegilah gak.
jln nmpk tak jem. kalo tak kol 7.30am dah jem kat dpn rumah. sbb ada roundabout - org masuk dr ampang nak ke kawasan perindustrian bebas hulu kelang or ke setiawangsa. lepas roundabout ni kaw kilang. ada gsk, sapura, texas, pernec, shin et su (cam na ntah eja dia), & chip pac. so pepagi mmg jem la kat sini. satu lg tpt jem kat jln jelatik nak ke ampang. kalo tak jem maknanyer hari tu cuti sabtu ahad. or waktu tu bkn waktu puncak. kalo tak jem je la. perjalanan 15 minit leh jadik 1 jam 15 minit. fuhh.
ingatkan hari ni lrt tak ramai org.. tp rupanyer telahan me silap. lrt still penuh, tp bleh ar masuk nak nyelit. me kat lrt pukul 8.10am. so mmg dah budget time lewat smpai opis 10 minit (betul pun..). rasanya hari ni ramai org kuar shopping kot. maklumlah a day b4 deepavali & 3 days b4 syawal (eid). hmm.. last2 minit shopping ni kadang dpt harga murah. kdg tu tak jugak. lg mahal adalah. yg penting budget masing2 dan perancangan. jgn pantang tgk sumer benda nak beli. haha. rambang mata beb! huhu.
smlm buka pose kat umah along. tgh hari alang sampai. ingatkan dia dr ipoh. ghopenyer dia dr rawang. sabtu tu dia tido kat umah acik. hmm.. lama dah tak jmpa acik. so, planning ngan alang nak g umah along ptg tu. dia ok jerk. tak tau laa apa mood dia smlm rajin plak dia masak. ayam masak lemak cili api ngan sambal udang goreng terung (main letak je nama masakan ni). kat pasar ramadhan beli samosa. so maghrib tu mkn sakan la. haha. best! seronoks sgt.
masa smpi kat umah along diorg tgh tido. termasuklah sufi. tp sufi ni biasalah. pantang tgk org ramai. sure dia bgn punyer. haha. org tgh seronok nak berkawan. sufi dah pandai geleng kepala.. and satu lagi, dia dah nak berdiri. along kata tu lah sekali dia berdiri tanpa pegang apa2. insyaallah lps ni dia akan terus cuba nak berdiri lah tu. (note: tu gambar sufi yg me ambil smlm masa dia tgh berdiri smbil pgg lutut me yg tgh duduk. hehe. comei kan?)
lepas berbuka kitorang g jj lagi. along minta temankan dia nak beli baju raya utk sufi ngan abang long. memula malas gak sbb dah tau mesti sesak giler + parking susah. maklumlah ada sale. tp bila abg kater dia bleh drop by kitorang kat situ, then alang kata oklah. jim still teragak2.. and me tak kesah. hmm.. dah la masing2 sempoi jerk. haha. first time g jj mcm g pasar mlm (empat2 org). hmm.. ni yg me perasan lah bab dressing ni. kalo cina tu tak kesah. pakai apa pun jadiknyer diorg g jln2. kita melayu biasanya akan dress up sikit la. biar nmpk kemas & elok sket bila nak berjalan. org tgk + sendiri rasa pun yakin jerk. hehe.
along belikan sepasang baju utk sufi (kaler pink), me belikan sepasang baju utk sufi gak (hadiah birthday sufi) kaler putih biru ada gambar kambing biri2 (comei). nasib tak der gambo katak. haha. pas tu along belikan 2 helai baju utk abg long and sehelai seluar. hehe. me pun beli seluar gak (padahal tak der dlm perancangan bln ni - 70% tu, tergoda gaklah i. hehe). habis shopping kol 10 lebih kot. abg dtg amik kitorang smpi umah kol brapa ntah. 10.45pm kot. (note: ni plak gambo tgh tunggu abg long kat taxi stand kat luar jj w/maju - dlm gambar tu alang, jim, along and sufi)
mlm godek2 notebook alang. first time me install os kat notebook/pc. hehe. blajar beb. sblm ni tgk org buat or dpt pc yg dah sedia ada semua tu. install tu pun dgn guide dr en pyan and en khisyam78 through phone. thanks.. lepas ni me dah pandailah nak setup pc. yey! blajau kena ada praktikal. betul tak abah_muizz (kena tanyer lecturer)? lupa lak nak amik gambo notebook dia smlm.. hmm..
last.. tido pukul 1 lebih nak dkt kol 2 am. bgn sahur kol 5.30am 5.45am borak ngan f. sejak dia g bp, kitorang borak sehari sekali. paling lama 7 minit. paling sekejap tak smpi seminit. haha. jimat duit tipon. hmm.. sms pun susah.. sian dia bz. nasiblaa.. dah pilih keje cenggitu.. kenalah berkhidmat utk negara walaupun org lain bercuti.. miss himlah sikit.. huu.. sikit jerk ar. ekeke.
waktu skrg 10.42am
still monday blues..
slmt bekerja bagi kawan2 yg tak bercuti..
erk.. kat luar hujan laa..
wassalam..
nis comei
---
update!
tadi, dlm 10 minit sblm kol 2 yus call. dia kata GM kasik balik kol 3 hari ni. yey! huhu. best kan? tp me tak balik pun. still tunggu lps asar. ptg ni ada date dgn abg mie. hari tu tak jadik, so hari ni kuarlah. hmm.. tak taulah nak kasi tau dia ke tak.. erm.. biarlah ek. bkn ada apa2 pun.. ntahlaa.. haha.. abg mie ni saper ek? abg angkat me jerk. tempat berkongsi cerita.
hari ni ada satu perasaan pelik.. hmm.. me rasa, me dah mula nak rindu kat dia.. tapi tak boleh. rasa tertahan.. rasa tak lepas. bila ingat kat dia mesti tringat kat mak and ayah. tringat apa mak ckp.. tringat apa ayah ckp.. pas tu rasa sayu jerk.. rasa sedih sket.. ntahlaa.. susah kan? lepas solat tringat kat dia lagi.. tringat gak kat mak ayah lagi.. tringat pesan ayah soh buat istikharah.. hmm.. tiba2 rasa sedih lagi.. me takutlaa.. huu.. insyaallah me akan buat dlm bln puasa ni sblm syawal.. sblm me terlebih sayang or rindu kat dia, baik me buat kan? baik ikut cakap ayah.. manalah tau kalo dah rindu giler2 nanti planning bagai nak rak alih2 tak jadi kawen ke.. kan ke frust?? huu.. dok kat meja lps solat dpt msg dr dia.. hari ni me tak msg dia pun lagi.. tak call juga... biarlaa..
tringat juga hari tu dia call tanya me rindu kat dia ke tak. terkedu gak laa... tak tau nak jawab apa.. me rasa masa dia tanya tu mmg me tgh rindu gak la sket kat dia. tapi me tak nak ckp me rindu. sbb takut gak la kalo dia harap sesuatu yg me sendiri tak pasti. me jwb "kalau tak jawab soalan tu bleh tak?" dia gelak je.
wan (nenek) me kata, jodoh me liat.. mungkin kot.. belum sampai masa utk me bertemu seseorang kot.. ada yg kita suka, family dia tak suka.. ada yg kita suka, family kita tak suka... ada yg kita suka tp dia tak suka.. ada yg suka kita tapi kita tak suka.. ada yang kita suka tapi kawan2 tak suka.. ada yg sama2 suka, family pun suka tapi ada halangan lain.. ada yang suka kita tapi dah kawen.. ada yg suka kita tapi dah bertunang.. ada yg suka kita tapi dah ada kawan lain.. ada kita suka tapi kita plak dah ada yg lain. haha. pening la mcm ni.
apa-apalah
:P
nis
MAMA CARRIES
-
*MAMA CARRIES*
*Source : Noni*
*Ingredients* :
300 g butter
400 g flour (I took out 1/4 cup)
130 g cornflour
100 g icing sugar
1/2 teaspoon vanilla ess...
5 years ago
No comments:
Post a Comment