Thursday, March 15, 2007

Perniagaan Pusat Komputer & Internet Untuk Dijual

Salam..

Hari ni me nk post iklan. kwn me nk jual perniagaan kedai komputer dan internetnyer kat ch. saper berminat leh call dia ek.. erm.. tolong ler iklankan kat kengkawan ek.. tq..

Berikut adalah info ringkas berkenaan perniagaan tersebut:

Perniagaan Pusat Komputer & Internet Untuk Dijual
Lokasi strategik di BRINCHANG Cameron Highlands
Kedai lengkap dan cantik (CCTV)
7 tahun beroperasi
7 tahun Central Contract membekal peralatan Notebook ke sekolah daerah Cameron Highlands sehingga 2010 (35Kper year)
RM 95 K
sebab nk jual perniagaan: PEMILIKINGIN BERALIH PERNIAGAAN

Sesiapa yang berminat sila hubungi MrShidi 012-5854425
Bumiputera diutamakan kerana syarat central contract adalah Bumiputera sahaja

TK

Monday, March 12, 2007

sakit pinggang..

salam..

hari ni me ok.. cumanyer sakit pinggang je. dah seminggu sakit ni. kesan dr g Kem Keluarga Bahagia kat Dusun Eco Resort hari tu. nnt me update pasal kem tu dlm santai 3. hehe..

last week hari selasa kot me g klinik. ckp kat doc me sakit pinggang. medical history me ada slip-disc. doc tanyer me ada buat keje berat ke or pakai kasut tinggi ke.. me kata tak der.. + me tunjuk kasut me yg tingginyer 1 inci je. tapak besar lak tu. so mmg stabil ler.. tp lps tu me tringat kem tu.. me ckp la me ada panjat bukit kat bukit tinggi. doc senyum je.. 'patutla..' katanyer..

+ bila bongkok sakit tak?
- sakit gak laa.. terutama nak ruku'..

doc suh berdiri.. suh bongok sket sambil tekan bahagian yg sakit.

+ sakit tak?
- tak sangat..
+ bengkak sket kot..
- ooo..

doc kasi ubat tahan sakit dan plaster mcm koyok tu. suh tampal kat tpt sakit tu utk kurangkan tekanan.. dah seminggu me mkn ubat dan pakai kotok tu tp still sakit.. cumanyer alhamdulillah me tak kena mcm last yr yg me langsung tak bleh bangun. kali ni still leh bangun cuma pergerakkan slow.. rasa ngilu.. keadaan paling best adalah baring atas tilam tebal. huhu.. or now duduk kat kerusi dan kat belakang me ada kusyen empuk.. kalau time lain tu sakit ar sikit2.

sat lagi nk g klinik. nk tanyer doc napa dah seminggu tak baik lagi.. or kalau boleh nk cari tpt utk buat fisioterapi. me search kat net tadi. ada urut utk sakit slip-discc kat medan mara. tapi yg urut tu org buta dan lelaki. me tak tau la ada pompuan yg urut ke tak.. ada satu lagi buat akulpuntur (cam na eja ntah).. tapi cina laa.. lelaki gak.. hmm.. ada tak sesaper tau kat maner leh buat rawatan fisioterapi yg pompuan buat??

hmm... pagi td masa sampai opis bertembung dgn sorg akak ni. dia tanyer me sihat ke tak. me kata sihat tp sakit belakang. dia tanyer napa me ckp slip-disc. dia geleng kepala. dia suh jmpa doc. me ckp dah. dan doc kasi ubat tahan sakit dan dulu penah kasi ubat saraf. pas tu dia ckp 'ubat doc sumer tak bagus. bla bla bla' yg buat me bengang.. bukan apa.. akak ni mmg kalo ckp sumer dia yg bagus. tension jugak. berapi2 ckpnyer.. sabar je laa.. pagi2 dh buat me tak sedap hati.. hehe...

ehehe... terluah perasaan marah lak kat sini.. masa entry ni ditaip belakang me still sakit.. doakan keadaan me tak teruk.. dan moga me cepat sembuh.. amin...

tqvm...

update:

tadi jmpa doc lain tp kat klinik yg sama. doc ni kater tak mungkin slip-disc coz me still leh jalan. dalam report pun backpain je. pulak dah.. tp doc ni suh jmpa pakar. so esok me g spital pantai utk jmpa pakar. tgk la doc saner ckp apa. x ray ke apa ke kan.. hmm...

masuk klinik td kol 2.15pm.. jmpa doc kol 3.30pm.. tgh sakit. mcm mana ntah dok je dpn doc terus nangis. doc tanyer napa me ckp tension sgt lama tunggu dan sdg sakit. doc just say sorry. kebetulan mmg ramai plak org sakit hr ni.. sblm keluar klinik doc suh minum ubat tahan sakit yg lain plak. lps 6 jam ni mkn satu lagi ubat thn sakit. esok tgk cam na. still sakit ke tak..

huu...
i'm in pain...
(kalau bkn slip-disc.. alhamdulillah...)

Friday, March 09, 2007

Santai 2

Salam..

Sabtu 24/2/07, me bersama team BAKIT Helwa telah pergi ke Asrama anak-anak yatim dan miskin Nurul Iman dkt Manjoi, Perak. Kami gerak dari KL dalam pukul 7.30am. masing2 berkumpul di Wisma TM. G saner naik satu van je. Van TM. Kami berhenti sarapan di Perhentian Rawang. Asalnya nk mkn ringan2 je.. tp terambil nasi goreng plak. Hehe..

Sampai kat area Behrang kami konvoi dgn Dr Faridah dan suami. Dlm pukul 11 lbh kami sampai kat JJ Ipoh dan tunggu Kay kat situ. Nak pergi ke asrama tu kami tak tau jalan.. kebetulan kay tinggai kat ipoh so dia jadik penunjuk jalan. Dr jj ipoh tu kami konvoi 2 kete dan 1 van ke asrama tersebut. Kay kata jalan jem teruk. Agaknyer org ipoh berpusu2 balik KL sabtu tu sbb takut jln jem

(Tgh sakit kepala.. kesan minum air cappuccino kot.. huhu..)

sampai kat asrama tu kami disambut mesra oleh team BAKIT Perak. Alhamdulillah meraka dah lama sampai.. apa yg memeranjatkan adalah keadaan rumah anak2 yatim ni. Me ingat lagi bln 12 hari tu masa me g saner dgn kay asrama ni ada satu pondok kayu yg usang dan ada beberapa kawasan sekeliling rumah tu dlm pembinaan. Tak sangka bila dah siap cantik dan kemas sungguh. Lain beno dari gambar lama.. tak caya korang masuk tgk kat fotopages bakit yg me linkkan kat sblh.



ni gambar asrama baru


Bdk2 asrama ni baik2.. diam and sopan je. Menurut penjaga asrama, ada 7 org bdk pompuan dan 13 lelaki. Tak ramai laa.. dia Cuma amik anak2 yatim dan miskin umo 6-12 tahun sahaja. Bdk2 besar kat situ yg umo 13-17 semua di jaga sejak sekolah rendah oleh beliau. Alhamdulillah nmpk menjadi bdk2 ni.

Dr segi perancangan asrama utk bdk2 ni pun dah terancang. Pendidikan agama dititikberatkan. Alhamdulillah ada pihak yg sudi menjadi tenaga pengajar bagi setiap matapelajaran sekolah dan juga memberi bimbingan fardhu ain dan kelas mengaji. Mmg terurus. Katanya juga pihak UiTM pun nak bekerjasan utk anak2 lepasan SPM yg tak dpt g ke tpt lain tp berpotensi utk sambung blajar. Insyaallah bila niat kita ikhlas Allah tunjukkan jalannya kan…

Kami tak solat zohor dgn anak2 yatim ni sbb suraunya muat utk bdk2 ni je. So kami berangkat terus ke umah kay plak. Gilir2 solat zohor dan kami dijamu laksa dan bubur asyura versi mak kay. Huhu sedap banget. Alhamdulillah lagi.. rezeki.

Lps mkn hntr kwn2 balik kl. Kay tunjuk jln kuar ke kedai kacang putih dan ke kl. Beli kacang dulu. Ole2 balik kl. Hehe.. on da way nk ke highway akak2 ni nmpk pasu plak. So berenti kat kedai pasu. Belek2 je.. jadik ar ;-)

Me tak ikut diorg balik kl. Me tdo umah kay mlm tu. Ni 2nd time dok umah kay. Rasa dah mesra. Seronok. Relax je kat sini. Mlm mak kay buat nasi goreng plak. Kekenyangan.. esoknya kami bertolak balik kl awal gak. Dlm kol 11 lbh. Sbb nk elak jem. Tp alhmdulillah tak jem pun. Jln clear sampai kl. Sempat la solat zohor dan tgk nona pasal adik wardina kawen dan nur juma buat kenduri cukur jambul anak dia..

So 2 hari ni mmg me santai…

Seronok…
Hehe..