Friday, January 11, 2008

Syed Mokhtar: Pesanan ibu bawa berkat

dari awal me baca ttg syed mokhtar (beberapa thn lps) me kagum dgn dia. dia adalah antara yg boleh dijadikan idola.. cara hidup.. kejayaan.. dll.. me nk jadi mcm dia jg.. ikut saranan rasulullah.. kongsi harta yg ada dgn org lain yg kurang mampu, walaupun sedikit.. tapi me tersalah cara pula.. terberi pada org yg salah.. huu... sabar je laa.. insyaallah.. me akan cuba juga bantu saper2 ikut apa yg me terdaya.. dgn izin Allah..

note:ensem ar dia ni.. wife pn lawa..huhu..
------------------

Syed Mokhtar: Pesanan ibu bawa berkat
Oleh HELMI MOHD FOAD

PUTRAJAYA 10 Jan. – Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, 56, yang diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah 1429 akan sentiasa mengingati pesanan ibunya, Sharifah Rokiah Syed Abdullah supaya menyumbangkan separuh daripada pendapatannya bagi membantu golongan kurang berkemampuan.


Beliau berkata, separuh daripada pendapatan pertama ketika membantu bapanya, Syed Nor Albukhary berniaga lembu sebanyak RM1,500 ketika tahun 60-an telah diserahkan kepada ibunya yang kemudian memintanya mengagihkan wang itu kepada 15 keluarga miskin di Alor Star, Kedah.

‘‘Saya guna pesanan ibu itu supaya separuh daripada pendapatan diberikan kepada orang kurang mampu, itulah yang telah memberikan saya keinsafan.

‘‘Malah sampai sekarang, sumbangan kepada 15 keluarga tersebut terus diberikan, kalau yang meninggal dunia diganti dengan orang lain.

‘‘Tuhan sudah memberikan segala nikmat, semuanya saya dah rasa, apa lagi yang kita mahu, maka nikmat itu perlu digunakan bagi faedah kepada orang ramai terutama pelajaran,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada majlis Sambutan Maal Hijrah 1429 Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Majlis penyampaian anugerah tersebut disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Melalui anugerah tersebut, Syed Mokhtar yang juga Pengerusi Yayasan Albukhary menerima hadiah wang tunai sejumlah RM60,000 yang disumbangkan oleh kerajaan manakala RM20,000 lagi oleh Yayasan Ubaidi.

Perniagaan Syed Mokhtar yang berasal dari sebuah keluarga Arab Hadhrami kurang berkemampuan di Alor Star kini merupakan ahli perniagaan bumiputera terkaya di negara ini dengan harta bernilai RM4.16 bilion sebagaimana dinyatakan dalam Senarai Bilionair Dunia Forbes 2007.

Syarikat Kumpulan Albukhary yang dibangunkan oleh beliau kini terbabit dalam beberapa industri utama negara antaranya pengangkutan, logistik, utiliti, automotif, pertahanan, makanan dan perbankan Islam serta kewangan.

Kumpulan tersebut menubuhkan Yayasan Albukhary pada 1996 sebagai sayap kerja-kerja kebajikan dan menyalurkan dana bagi kerja-kerja amal yang kini berkembang sebagai entiti amal global antaranya penubuhan Muzium Kesenian Islam Malaysia dan Program Biasiswa Albukhary.

Sehingga 2006, yayasan tersebut menyumbang hampir RM1 bilion secara langsung kepada usaha kebajikan termasuk menyertai proses membina semula kehidupan pelarian Afghanistan, bantuan mangsa gempa di Pakistan dan Iran serta mangsa bencana tsunami di Aceh, Indonesia.

Selain itu, yayasan tersebut sedang berusaha menubuhkan hospital AIDS di Uganda, membantu kanak-kanak jalanan di Afrika dan merintis program bantuan kemanusiaan bagi mangsa perang di Iraq dan Lebanon.
Menurut Syed Mokhtar, mengenangkan kejayaan yang dicapainya sekarang daripada pesanan seorang ibu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta beliau menyerahkan hadiah wang tunai yang diterimanya itu kepada ibunya.

‘‘Saya tanya pada Pak Lah nak buat apa dengan duit RM80,000 ini, dia kata bagilah kepada ibu kerana dari situlah asal saya,” katanya.
Kejayaan Syed Mokhtar yang mengakui inilah kali pertama beliau mendedahkan kisah hidupnya kepada media berkata, meskipun telah mengecapi kejayaan, beliau sebenarnya hanya sekadar manusia biasa dan Yang Maha Kaya itu adalah Allah.

‘‘Daripada keinsafan itu, kita cari rezeki macam tidak ada hari esok, saya usahakan sejak dari tahun 60-an dan telah melalui kepayahan dan kesakitan.
‘‘Dan sehingga hari ini syarikat lori dan beras yang merupakan perniagaan awal saya di Kedah masih terus beroperasi.
‘‘Saya adalah anak kelahiran Dasar Ekonomi Baru (DEB), melalui bantuan Mara serta UDA saya mengembangkan perniagaan tetapi melalui proses pahit maungnya dahulu,” katanya.

Jelas beliau, apabila mendapat rezeki yang banyak, ia digunakan untuk kebajikan lebih 67,700 kakitangan Kumpulan Albukhary dan selebihnya bagi membantu golongan kurang berkemampuan.
Syed Mokhtar berkata, kesempitan kewangan ketika zaman kanak-kanak sehingga tidak mampu membayar yuran peperiksaan menyebabkan beliau kini berusaha membantu pelajar-pelajar kurang berkemampuan untuk mendapat peluang pelajaran.
‘‘Saya bersekolah setakat tingkatan lima tapi tak sempat ambil peperiksaan kerana tidak mampu bayar yuran.
‘‘Jadi, mengenangkan dulu saya tidak ada peluang, bila saya dapat peluang dalam perniagaan saya fikir kena beri peluang pendidikan kepada mereka yang tidak mampu,” katanya.
Katanya, aktiviti kebajikan melalui Yayasan Albukhary diteruskan pula melalui pembinaan Kompleks Albukhary di Alor Star yang berkonsepkan pondok moden dengan dilengkapi masjid, rumah anak-anak yatim dan sekolah.

Selain itu katanya, yayasan tersebut yang dijana oleh syarikat Kumpulan Albukhary turut menyediakan program tuisyen yang sehingga kini telah melibatkan 22,000 pelajar kurang berkemampuan sejak empat tahun lalu.

Tambahnya, pihaknya kini sedang membina Universiti Antarabangsa Albukhary yang dijangka siap penghujung 2009 sebagai tempat pelajar-pelajar cemerlang kurang berkemampuan itu untuk menyambung pelajaran.

‘‘Pelajar-pelajar kurang mampu itu kita beri peluang dengan kita gajikan guru untuk mengajar mata pelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris dan alhamdulillah kebanyakannya dapat maju ke depan,” katanya.
Katanya, hasil pesanan ibunya, beliau turut mengembangkan aktiviti kebajikan kepada masyarakat minoriti Islam yang tertindas dan miskin di luar negara dengan membawa pelajar-pelajar miskin tetapi cerdik untuk menyambung pelajaran di sini.
Setakat ini, katanya, seramai 372 orang pelajar dari 47 buah negara minoriti Islam sedang menimba ilmu di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di bawah tajaan Yayasan Albukhary.

Yayasan berkenaan juga menaja umat Islam kurang berkemampuan dari segi kewangan bagi menunaikan ibadah haji serta memberikan bantuan pembinaan masjid-masjid termasuk membiayai projek membaik pulih Masjid Negara di ibu negara.

‘‘Usaha membaik pulih Masjid Negara timbul apabila satu malam saya ‘berpusing- pusing’ (meninjau) kawasan sekitar Muzium Kesenian Islam, saya dapati ia terang-benderang tetapi Masjid Negara gelap... macam mana boleh macam ini,” katanya.

Thursday, January 10, 2008

Selamat Tahun Baru 1429H buat semua rakan2 blog!

Selamat Tahun Baru 1429H buat semua rakan2 blog!

hari ni hari Khamis. seperti tahun2 lps (dah 4 tahun), me akan menyertai pasukan TM ke perhimpunan Maal Hijrah. tahun ni bt kat Putrajaya. kena berkumpul kat opis pkl 7 pg. plan asal me tdo umh kay coz dkt ngan opis.. tapi sudahnyer tak jadik coz me rasa tak der mood plak nk tdo kat umh org. huhu.. maknanyer nk ke putrajaya tu kena bgn pagi sendiri laa..

me bgn awal pagi tau.. hehe.. siap2 laa utk ke opis.. tapi lewat gak... dlm 6.45 br kuar rumah.. tunggu bas/teksi.. tunggu lrt.. ayark.. lewat 30 minit br sampai opis. diorg sumer dok tunggu.. harapnyer tak der laa yg mare..

wakil TM dalam 30 org (naik bas) + satu coaster (10 org kot). pakai baju maulidur rasul thn lps - kaler ijau pengantin tu... kay as always rajin amik gambar... and gambo me kali ni nmpknyer... huu.. dah tembam ler... dlm 2 bln ni berat naik balik.. so azam thn baru.. diet!!! huhu...

thn ni kalo ikut thn masihi i'm 29.. kalo ikut thn hijrah... dah 30 rasanyer.. soalan biasa.. kawen... hmm.. bila ek?? sabar je laa ek...

note: kita merancang.. Dia yg tentukan... (doakan ler me kawen cepat.. huhu..)

~comei yg terus comei~

Wednesday, January 09, 2008

Selamat Tahun Baru 1429 Hijrah :-)

Tahun Hijrah: Sejarah dan hubungannya dengan hijrah Rasulullah s.a.w.
Ustaz Zainuddin Hashim Wed Jan 09, 08 3:36:57 pm MYT


Kalendar Islam bagi sandaran umat Islam adalah Takwim Hijrah atau Takwim Islam.

Ianya merupakan takwim yang digunakan secara meluas di kebanyakan negara umat Islam untuk menentukan hari kebesaran Islam. Kalendar ini merupakan kalendar lunar (berasaskan bulan), dan mempunyai kira-kira 355 hari dalam setahun.

Permulaan penggunaan Kalendar Tahun Hijrah / Hijriah adalah hasil dari ilham Khalifah Ar-Rasyidin yang kedua iaitu Saidina Umar Al-Khatab r.a. Ini adalah rentetan dari Kesatuan Arab yang ditubuhkan di bawah naungan Islam pada zamannya.

Riwayat juga mengatakan bahawa Gabenor Abu Musa Al-As'ari telah mengirimkan surat kepada Saidina Umar r.a meminta beliau menjelaskan tentang tahun bagi tarikh surat/arahan Umar yang telah dihantar kepadanya.

Bermula daripada peristiwa itulah Saidina Umar memerintahkan satu kalendar / taqwim Islam yang khas diwujudkan untuk menggantikan tahun rujukan kalendar yang berbagai-bagai yang digunakan oleh bangsa-bangsa Arab dan bangsa-bangsa lain pada zaman itu. Peristiwa ini juga pencetus kepada penyusunan takwim berdasarkan falak syar'ie.

Sebelum kemunculan kalendar Islam ini di kalangan bangsa Arab sendiripun ada berbagai-bagai kalendar yang digunakan seperti Kalendar Tahun Gajah, Kalendar Persia, Kalendar Romawi dan kalendar-kalendar lain yang berasal dari tahun peristiwa-peristiwa besar Jahiliah.

Maka Umar telah memilih tahun yang terdapat di dalamnya peristiwa paling agung dalam sejarah Rasullullah s.a.w untuk dijadikan asas permulaan tahun pertama bagi kiraan kalendar taqwim Islam.

Walaupun tahun yang dipilih adalah tahun hijrah, ianya mencatatkan peristiwa hijrah berlaku pada bulan yang lain selain Muharram namun kalender Islam meletakkan awal bulan kalender hijrah itu sebagai awal Muharram ini kerana kemuliaan yang ada pada bulan ini di sisi orang Arab lebih-lebih lagi di sisi Allah.

Kalendar ini juga mengambil peristiwa hijrah Rasullullah s.a.w dari Makkah ke Madinah. Ini adalah kerana dengan hijrah inilah permulaan pertolongan Allah kepada RasulNya dan agama Islam ditegakkan. Hasil dari itu, Kesatuan Arab lebih sistematik, bersatu dan tersusun serta mendapat berbagai-bagai kejayaan besar dan bertambah kuat hasil dari pilihan Umar itu.

Di antara kejayaan besar Islam waktu itu ialah kerajaan Kisra dapat ditumbangkan, Baitulmuqaddis pula dibebaskan dari Rom dan Masjid Al Aqsa dibangunkan.

Perbandingan kalendar juga telah dibuat oleh Umar,setelah Umar membandingkan kalendar tersebut dengan kalendar-kalendar Persia dan Romawi, didapati bahawa kalendar ini ternyata lebih baik dan bersistematik. Maka dengan itu pengisytiharaan Kalendar Tahun Hijrah adalah Kalendar / Taqwim Islam yang rasmi.

Sebab-sebab berlaku Hijrah bagi mengurangkan tekanan yang dialami baginda Rasulullah terhadap serangan bertubi-tubi puak musuh di kalangan masyarakat Arab Jahiliyyah yang tidak senang dengan
Islam yang diperkenalkan oleh baginda Rasulullah s.a.w.

Sebelum kemunculan kalendar Islam ini di kalangan bangsa Arab sendiripun ada berbagai-bagai kalendar yang digunakan seperti Kalendar Tahun Gajah, Kalendar Persia, Kalendar Romawi dan kalendar-kalendar lain yang berasal dari tahun peristiwa-peristiwa besar Jahiliah.

Maka Umar telah memilih tahun yang terdapat di dalamnya peristiwa paling agung dalam sejarah Rasullullah s.a.w untuk dijadikan asas permulaan tahun pertama bagi kiraan kalendar taqwim Islam.

Walaupun tahun yang dipilih adalah tahun hijrah, ianya mencatatkan peristiwa hijrah berlaku pada bulan yang lain selain Muharram namun kalender Islam meletakkan awal bulan kalender hijrah itu sebagai awal Muharram ini kerana kemuliaan yang ada pada bulan ini di sisi orang Arab lebih-lebih lagi di sisi Allah.

Kalendar ini juga mengambil peristiwa hijrah Rasullullah s.a.w dari Makkah ke Madinah. Ini adalah kerana dengan hijrah inilah permulaan pertolongan Allah kepada RasulNya dan agama Islam ditegakkan. Hasil dari itu, Kesatuan Arab lebih sistematik, bersatu dan tersusun serta mendapat berbagai-bagai kejayaan besar dan bertambah kuat hasil dari pilihan Umar itu.

Di antara kejayaan besar Islam waktu itu ialah kerajaan Kisra dapat ditumbangkan, Baitulmuqaddis pula dibebaskan dari Rom dan Masjid Al Aqsa dibangunkan.

Perbandingan kalendar juga telah dibuat oleh Umar,setelah Umar membandingkan kalendar tersebut dengan kalendar-kalendar Persia dan Romawi, didapati bahawa kalendar ini ternyata lebih baik dan bersistematik. Maka dengan itu pengisytiharaan Kalendar Tahun Hijrah adalah Kalendar / Taqwim Islam yang rasmi.

Sebab-sebab berlaku Hijrah

Ia bagi mengurangkan tekanan yang dialami baginda Rasulullah terhadap serangan bertubi-tubi puak musuh di kalangan masyarakat Arab Jahiliyyah yang tidak senang dengan Islam yang diperkenalkan oleh baginda Rasulullah s.a.w.

Atas dasar itu Allah SWT memerintahkan baginda dan seluruh umat Islam yang masih berada di bumi Mekah supaya meninggalkan tempat itu dan menuju ke kota Madinah.

Bagi yang mengingkari arahan supaya berhijrah ke Madinah, mereka dijanjikan dengan neraka dan ditimpakan dengan siksaan yang amat pedih dari sisi Allah sepertimana yang ditegaskan Allah menerusi firman-Nya dalam ayat 97 surah an-Nisaa yang bermaksud :"Sesungguhnya orang-orang yang diwafatkan malaikat dalam keadaaan menzalimi diri mereka sendiri, (kepada mereka) malaikat bertanya : Dalam keadaan bagaimana kamu ini? Mereka menjawab : Kami adalah orang-orang yang tertindas di negeri kami sendiri (Mekah). Para malaikat berkata : Bukankah bumi Allah itu luas hingga kamu dapat berhijrah di bumi itu? Orang-orang itu tempatnya neraka Jahannam, dan ia seburuk-buruk tempat kembali."

Hijrah adalah sunnah para anbiya

Hijrah bukan sahaja berlaku ke atas diri Nabi Muhammad s.a.w sahaja, malah telah terdahulu daripadanya para Anbiya seperti Nabi Ibrahim, Musa, Isa, Yusuf alaihimussalam dan lain-lain, ia berlaku kerana penentangan yang amat keras di kalangan masyarakatnya yang tidak dapat menerima dakwah atau seruan yang dibawa oleh mereka.

Maka berlakulah penentangan antara hak dan batil yang memang menjadi lumrah dan semulajadi hingga hari Kiamat.

Justeru, para Anbiya semuanya telah dijemput oleh Allah di sisinya, agama-Nya yang benar itu diwarisi oleh mereka yang cintakan Allah dan Rasul-Nya, maka golongan pewaris Islam sampai bila-bila berdepan dengan tribulasi ciptaan\n manusia yang tidak senang Islam mendapat sambutan menggalakkan.

Allah tidak akan membiarkan agama Islam terkulai layu tanpa yang menyambutnya, maka dia memilih di kalangan hamba-hambaNya individu-individu yang sanggup berkorban untuk agama-Nya, namun mereka terpaksa berdepan dengan ujian, cubaan, tribulasi yang direka oleh manusia-manusia yang tidak berapa senang Islam mendapat tempat di hati manusia, walaupun yang membencinya bernama Islam, tetapi pada masa yang sama menganut fahaman Sekularisme, Kapitalisme, Sosialisme, Nasionalisme, dan lain-lain.",

Atas dasar itu Allah SWT memerintahkan baginda dan seluruh umat Islam yang masih berada di bumi Mekah supaya meninggalkan tempat itu dan menuju ke kota Madinah.

Bagi yang mengingkari arahan supaya berhijrah ke Madinah, mereka dijanjikan dengan neraka dan ditimpakan dengan siksaan yang amat pedih dari sisi Allah sepertimana yang ditegaskan Allah menerusi firman-Nya dalam ayat 97 surah an-Nisaa yang bermaksud :
"Sesungguhnya orang-orang yang diwafatkan malaikat dalam keadaaan menzalimi diri mereka sendiri, (kepada mereka) malaikat bertanya : Dalam keadaan bagaimana kamu ini? Mereka menjawab : Kami adalah orang-orang yang tertindas di negeri kami sendiri (Mekah). Para malaikat berkata : Bukankah bumi Allah itu luas hingga kamu dapat berhijrah di bumi itu? Orang-orang itu tempatnya neraka Jahannam, dan ia seburuk-buruk tempat kembali."

Hijrah adalah sunnah para anbiya

Hijrah bukan sahaja berlaku ke atas diri Nabi Muhammad s.a.w sahaja, malah telah terdahulu daripadanya para Anbiya seperti Nabi Ibrahim, Musa, Isa, Yusuf alaihimussalam dan lain-lain, ia berlaku kerana penentangan yang amat keras di kalangan masyarakatnya yang tidak dapat menerima dakwah atau seruan yang dibawa oleh mereka.

Maka berlakulah penentangan antara hak dan batil yang memang menjadi lumrah dan semulajadi hingga hari Kiamat.

Justeru, para Anbiya semuanya telah dijemput oleh Allah di sisinya, agama-Nya yang benar itu diwarisi oleh mereka yang cintakan Allah dan Rasul-Nya, maka golongan pewaris Islam sampai bila-bila berdepan dengan tribulasi ciptaan manusia yang tidak senang Islam mendapat sambutan menggalakkan.

Allah tidak akan membiarkan agama Islam terkulai layu tanpa yang menyambutnya, maka dia memilih di kalangan hamba-hambaNya individu-individu yang sanggup berkorban untuk agama-Nya, namun mereka terpaksa berdepan dengan ujian, cubaan, tribulasi yang direka oleh manusia-manusia yang tidak berapa senang Islam mendapat tempat di hati manusia, walaupun yang membencinya bernama Islam, tetapi pada masa yang sama menganut fahaman Sekularisme, Kapitalisme, Sosialisme, Nasionalisme, dan lain-lain.

Mereka berusaha untuk menangkap, memenjara, membunuh golongan yang mendaulatkan Islam tanpa bicara dan bukti yang sah lagi kukuh untuk menuduh mereka, ia sedang berlaku di negara-negara yang diperintah umat Islam sampai hari ini, khususnya mereka yang tidak meletakkan Islam sebagai agama perlembagaan negara.

Maka berlakulah penghijrahan golongan ulama' yang terpaksa meninggalkan negara masing-masing bukan atas alasan takut, tetapi kejahatan golongan pemerintah memuncak yang memaksa mereka keluar untuk mencari lokasi yang difikirkan munasabah untu meneruskan aktiviti dakwah di situ.

Rasulullah sendiri pernah menjadi sasaran musuh Allah SWT berfirman menerusi ayat 30 surah al-Anfal: "Dan (ingatlah) ketika orang-orang kafir (Quraisy) memikirkan segala daya upaya terhadapmu (Muhammad) untuk menangkap (memenjara), membunuh serta mengusirmu keluar dari (Mekah). Mereka membuat perancangan jahat dan Allah menggagalkan perancangan jahat mereka, dan Allah adalah sebaik-baik pembalas tipu daya (perancangan)."

Jelas ayat di atas, menunjukkan bahawa kejahatan orang-orang yang jahat terhadap kerja-kerja dakwah tidak terhenti setakat itu, malah mereka memilih salah satu jalan untuk memastikan dakwah itu gagal, sama ada melalui penangkapan terhadap pendakwah, mengusir, memenjara atau membunuh mereka tanpa kebenaran yang sah, itulah yang akan dilakukan sampai hari kiamat, tetapi yang lebih menduka-citakan ialah apabila ia dirancang sendiri orang yang bernama Islam.

Sesungguhnya hijrah yang berlaku ke atas Rasulullah s.a.w itu bukan ke satu tempat tertentu, malah ia bermaksud hijrah kepada Allah bagi mendapatkan keredaan-Nya, ia bertepatan dengan firman Allah di atas lidah Nabi Ibrahim dan Nabi Lut dalam ayat 26 surah al-Ankabut : "Dan berkatalah Ibrahim : Sesungguhnya aku akan berpindah (berhijrah) ke tempat yang diperintahkan Tuhanku, sesungguhnya Dia Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."

Mereka berusaha untuk menangkap, memenjara, membunuh golongan yang mendaulatkan Islam tanpa bicara dan bukti yang sah lagi kukuh untuk menuduh mereka, ia sedang berlaku di negara-negara yang diperintah umat Islam sampai hari ini, khususnya mereka yang tidak meletakkan Islam sebagai agama perlembagaan negara.

Maka berlakulah penghijrahan golongan ulama' yang terpaksa meninggalkan negara masing-masing bukan atas alasan takut, tetapi kejahatan golongan pemerintah memuncak yang memaksa mereka keluar untuk mencari lokasi yang difikirkan munasabah untu meneruskan aktiviti dakwah di situ.
Rasulullah sendiri pernah menjadi sasaran musuh Allah SWT berfirman menerusi ayat 30 surah al-Anfal: "Dan (ingatlah) ketika orang-orang kafir (Quraisy) memikirkan segala daya upaya terhadapmu (Muhammad) untuk menangkap (memenjara), membunuh serta mengusirmu keluar dari (Mekah). Mereka membuat perancangan jahat dan Allah menggagalkan perancangan jahat mereka, dan Allah adalah sebaik-baik pembalas tipu daya (perancangan)."

Jelas ayat di atas, menunjukkan bahawa kejahatan orang-orang yang jahat terhadap kerja-kerja dakwah tidak terhenti setakat itu, malah mereka memilih salah satu jalan untuk memastikan dakwah itu gagal, sama ada melalui penangkapan terhadap pendakwah, mengusir, memenjara atau membunuh mereka tanpa kebenaran yang sah, itulah yang akan dilakukan sampai hari kiamat, tetapi yang lebih menduka-citakan ialah apabila ia dirancang sendiri orang yang bernama Islam.

Sesungguhnya hijrah yang berlaku ke atas Rasulullah s.a.w itu bukan ke satu tempat tertentu, malah ia bermaksud hijrah kepada Allah bagi mendapatkan keredaan-Nya, ia bertepatan dengan firman Allah di atas lidah Nabi Ibrahim dan Nabi Lut dalam ayat 26 surah al-Ankabut : "Dan berkatalah Ibrahim : Sesungguhnya aku akan berpindah (berhijrah) ke tempat yang diperintahkan Tuhanku, sesungguhnya Dia Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."

Pengajaran daripada peristiwa Hijrah

Hijrah telah melahirkan beberapa pendekatan berikut:
1. Sunnah Nabi keluar ke tempat jauh dengan ditemani seseorang (Saidina AbuBakr).
2. Hijrah di waktu malam adalah paling sesuai untuk bermunajat kepada Allah, kerana pada waktu itu ramai di kalangan pihak musuh sedang seronok tidur.
3. Tidak salah mendapat dan menggunakan khidmat orang kafir bagi tujuan maslahat Islam sepertimana baginda menggunakan khidmat Abdullah Bin Uraiqit (Nasrani) menjadi petunjuk jalan ke Madinah.
4. Baginda mengatur strategi berdakwah agar tidak dapat dikesan oleh musuh dengan menghilangkan kesan tapak kaki dengan puluhan tapak kaki kambing yang diusahakan oleh Amir Bin Fuhairah.
5. Memberi pengiktirafan dan kepercayaan kepada seorang remaja/belia dalam kerja-kerja dakwah sepertimana baginda mengarahkan Saidina Ali Bin Abu Talib menggantikan tempat tidurnya.
6. Memberi pengiktirafan dan kepercayaan kepada seorang muslimah berperanan dalam memberi saham seperti Asma Binti Abu Bakar.
7. Memberi pengiktirafan dan kepercayaan kepada seorang remaja, Abdullah Bin Abu Bakr untuk mendapatkan rahsia bagi memudahkan kerja-kerja dakwah.

Sesungguhnya setiap daripada individu muslim, boleh memainkan peranannya sebagai anggota jamaah menurut kadar kemampuan dan ilmunya bagi memajukan Islam pada kadar yang termampu.

Perkara sunat yang dilakukan di bulan Muharam
1.Digalakkan berpuasa sunat pada awal Muharram.
2.Digalakkan berpuasa sunat pada 9 dan 10 Muharram.


Monday, January 07, 2008

Who are you? - Sponge Bob Square Pants.. hehe

Who are you?
Have you ever asked yourself what cartoon character do you most resemble? A group of investigators got together and analyzed the personalities of well known and modern cartoon characters. The information that was gathered was made into this test: Answer all the questions with what describes you best, then add up all your points at the end and look for your results. Then forward this to all your friends and change the subject of this message to what character fits you..


Key-in the letter of your choice only in the cells shaded with YELLOW

1) Which one of the following describes the perfect date?
a) Candlelight dinner
b) Fun/Theme Park
c) Painting in the park
d) Rock concert
e) Going to the movies

2) What is your favorite type of music?
a) Rock and Roll
b) Alternative
c) Soft Rock
d) Country
e) Pop

3) What type of movies do you prefer?
a) Comedy
b) Horror
c) Musical
d) Romance
e) Documentary

4) Which one of these occupations would you choose if you only could choose one of these?
a) Waiter
b) Professional Sports Player
c) Teacher
d) Police
e) Cashier

5) What do you do with your spare time?
a) Exercise
b)Read
c) Watch television
d) Listen to music
e) Sleep

6) Which one of the following colors do you like best?
a) Yellow
b) White
c) Sky Blue
d) Dark Blue
e) Red

7) What do you prefer to eat right now?
a) Snow
b) Pizza
c) Sushi
d) Pasta
e) Salad


8) What is your favorite Holiday?
a) Halloween
b) Christmas
c) New Year
d) Valentines Day
e) Thanksgiving

9) If you could go to one of these places which one would it be?
a) Paris
b) Spain
c) Las Vegas
d) Hawaii
e) Hollywood

10) With which of the following would you prefer to spend time with?
a) Someone Smart
b) Someone attractive
c) Someone who likes to Party
d) Someone who always has fun
e) Someone very sentimental

Total points gained
xx (rahsia laa.. hehe)

You Are ===>

Sponge Bob Square Pants

You are the classic person that everyone loves. You are the best friend that anyone could ever have and never want to loose. You never cause harm to anyone and they would never not understand your feelings. Life is a journey it's funny and calm for the most part. Stay away from traitors and jealous people then you will be stress-free.

Monday, December 24, 2007

Salam Aidiladha..

Salam Aidiladha buat sumer..

me start cuti raya khamis hr tu. rabu balik awal sket.. awal stgh jam. tu pun susah. huu... dr opis terus ke putrajaya sentral. balik sepang dgn alang. hmm.. sampai kat PS me diserang sakit perut yg teramat sgt. rasa mcm ditusuk pisau. huhu... tak bleh nk gerak. bila gerak sket rasa sakit sgt2. rasa tu kat tgh2 perut.. so tak mungkin appendix. mungkin gastrik.. tapi pelik.. napa teruk sangat. me tak pernah kena sampai mcm tu sekali.. muka dah pucat laa.. tak bleh nk ckp apa2.. bila nmpk alang sampai me bgn pelan2, jln pelan2 g kete dia, masuk kete pun pelan2. mcm org sarat pregnant lak masuk kete. huu.. bila duduk rasa sakit tu menjadi2.. me jatuhkan sit dan baring. tu je yg mampu. rasa nk g spital sgt2 dah masa tu. tapi alang kata paling dkt leh g klinik kat sg pelek. huhu... alang kasi minyak angin, me sapu kat perut.. dlm 15 - 20 minit kot baru rasa lega sket.. sikit2 sakit / perit tu ilang. huu... risau.. terpk mcm2.. alhamdulillah me ok dan selamat sampai umh mak. mlm test drive kete baru.. hehe.. best..

khamis raya.. bgn pagi utk g solat raya. bestnyer solat raya.. alhamdulillah selesai.. terigt kat org yg jauh.. huu.. tak terkata ler.. nk call tak bleh.. hp dah kena bar.. :( sedey... pg dpt msg dr dia pn dah rasa seronok.. ptg dia call.. citerlaa psl sakit smlm.. antara yg me suka psl dia.. hmm.. rasa free nk bercerita.. rasa ada org nak dgr citer kita dan nk kongsi citer dgn kita.. ehem... mak uda dtg dr kg. ngan pak uda, ira dan amy. pak uda tak sihat. matanya dah bertambah teruk. ira nk bertunang bln 2 thn dpn. alhamdulillah.. hari raya pn test drive lagi. ngan ayah di sblh. mlm ngan alang. ok ler.. cumenyer kete calar & kemek sket kat tpt driver sbb langgar divider masa nk u-turn.. huhu.. fail..

jumaat aktiviti biasa jer.. dok umh, ptg g cosway ngan ayah n mak. pas tu g pantai bagan lalang. ramainyer org... balik pantai test drive lagi. huhu.. letih ar.. alang keje hr ni. tak blk sepang coz dia dpt order yg byk utk biskut coklat chipnyer.. alhamdulillah.. rezeki..

sabtu & ahad hari tak bermaya.. first sbb tak der berita dr dia.. diam tetiba.. risaula gak.. tapi tak perlaa.. hr tu dia ada kata dia bz kat kg. musim korban kan.. byk keje.. cik anim.. cubalah memahami k.. huhu.. drive ke?? tak ler.. dua hari ni cuti.. tak der mood. huhu.. blk kl mlm ahad ngan along. pkl 8 mlm dr sepang. singgah tesco ampang. sampai umh dlm 11 lbih. jim citer something yg menyeramkan.. hmm.. sabar je la.. tak tau nk caya ke tak.. hmm.. wallahu'alam...

senyum hari ni: hati ni hari ni berbunga riang.. hehe.. 2 hari sunyi sepi tanpa berita.. pagi ni masuk opis me try call dia. alhamdulillah dpt. dgr suara ceria sgt. huuu.. windu sgt2... hp me dah kena bar, so tak dpt call him dlm masa 2 hari lps.. hp dia pn samer... tak der credit.. so snyp sunyi ler 2 hari.. + moody sket.. haha.. benggong sungguh!

Friday, December 14, 2007

jom masak kek coklat kukus :-)

smlm khamis ada jamuan kat opis. jamuan sempena meraikan ulangtahun kelahiran salah seorg staff kat sini (cik zah), juga meraikan bos kami yg akan pergi menunaikan ibadah haji (pn bahirah) dan juga meraikan seorg staff yang akan menyambung pelajarannyer thn dpn (aliff). kumpul duit sorg sikit beli makanan dan hadiah. ada juga yg bawa makanan dr rumh (port luck).. hehe.. me pn bawa.. me bawa kek coklat kukus. ok laa.. majlis meriah.. ni resepi kek coklat kukus yg me buat kelmarin. selamat mencuba :-)

Kek Coklat Kukus Badariah - Sumber Puan Badariah Ibrahim (ResepiNet)

Bahan-bahan:-
2 cwn tepung gandum
1 cwn serbuk koko ( saya selalu pakai Van Houten)
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
2 biji telur (Gred A)
1 cwn gula pasir
1 cwn susu pekat manis
1 cwn minyak masak (nak sedap lagi gunalah minyak Mazola)
1 cwn air panas

Cara-cara:
- ayak bersama tepung gandum, soda, baking powder dan serbuk koko.
- satu bekas lain pukul telur, minyak, susu dan gula bagi sebati (tak payah pakai mixer)
- masukkan tepung yang diayak tadi, kacau sebati lagi
- last sekali masukkan air panas dan kacau sebati lagi.
- adunan ready utk dikukus. Kukus selama 1 jam.

nak comei letak topping ek.. tp hr tu me tak ltp topping pun. tak sempat nk buat ler.. huu.. resepi ni me dpt dr blog chetam: http://chetambiz.blogspot.com/2005/12/kek-coklat-kukus-zaima-kek-coklat.html mcm2 resepi lagi ada dlm tu.. sajer suka2.. jom ar masak2..

~comei~

Tuesday, December 11, 2007

viva ijo..my 2nd bf...

jumaat lepas me amik cuti. asalnyer nak ke alor star sbb ada kenduri kawen kawan. tp tak jadik.. hehe.. sorry edd & ayat... me tak sihat ler.. so rehat kat umh. ptg jumaat tu g umh alg kat equine park. sajer jalan. so mlm tu tdo umh dia la.

sabtu g tinted kete.. hehe.. me dah beli kete. br amik kat kedai 3/12 hr tu. best..best.. hehe.. kete apa? viva my love.. kaler ijo.. comei tak?? comei kan.. hehe..


so hr sabtu hr tu g pasang tinted. dalat vaucher free tinted utk 5 doors.. tapi biasala.. bila dah sampai kedai sure kita nk yg lebih baik kan.. so.. tambah la sket.. dapatlaa hasil yg amat baik + cermin depan pn tinted gak :D gold kaler lg tu.. huhu.. i luv my car...


lps siap pasang tinted tu kami balik sepang. balik sajer2 tak kasi tau kat mak pun.. hehe... masa dah nk sampai tu... me try test drive ler.. ayooo... byk kali mati enjin ar masa nk mula tu... setahun lbh me tak pegang stering. hehe.. gabra beb.. lupa dah laa step2nyer... tapi gerak gak laa kete tu dgn tunjuk ajar alg. sampai la dpn umh. huu.. selamat...

kete ni me beli utk kegunaan kedua org tua me kat sepang.. + supaya me selalu blk sepang utk belajar memahirkan diri memandu kete.. mlm tu me try drive lagi. ayah dok sblh. jenuh nk igt blk kat mana clush, break, minyak. hik hik. malu ejr... tapi tak per ar.. blajar kan... utk kesenangan me juga nnt esok2 kan.. hehe... dpt laa 5 round.. tapi gear 2 jer ar..

esoknyer pagi2 kuar drive lagi. tapi tak bleh jln kat jalan raya lagik ar... byk kena blajar lagi ni... insyaallah.. akan me usahakan...

i luv my car... this is my 2nd bf... (that guy still the first one in my heart..)

~comei~

Tuesday, November 27, 2007

love....

Love is a effective feeling
of one person towards another

Love is a flower, which blossoms
At least once in every heart

Love cannot be measured
It is not less or more,
It is equal

Love is a chapter, once written can never be erased

Love is a beautiful gift that God
Has given to Live Long in Peace.

Tuesday, November 20, 2007

me bahagia...

updated news...

kisah me & mr policeman dah berakhir... dah lama berakhir.. tapi officiallynyer awal november lalu.. napa? sbb b4 this tak der keyakinan diri.. sebab utama.. kena diri dia sendiri.. seterusnya kerana kedua ibu bapa me yg tidak merestui.. dan.. me telah di temukan dengan org lain yg harapnya adalah org yg akan kekal dgn me..

alhamdulillah..

note: skrg tgh rasa bahagia sgt.. thanks Allah..

Friday, November 16, 2007

Wednesday, November 14, 2007

i'm lost...


bingung.. pening.. confius... entahlaa...
i'm lost..

Monday, November 12, 2007

KAWAN tu macam mane ek?

copy dari email... nk share ngan kawan2 :-)

1)kawan tu bkn mcm maen FUTSAL. Mula-mula kejar..dah dapat sepak..
2)kawan tu bkn mcm maen SKATE. Mula-mula gosok..lepas tu pijak..
3)kawan tu bkn mcm maen RAGBI. Mula-mula tangkap.. dah dapat tendang..
4)kawan tu bknnya mcm PAMPERS.. dah pakai, buang..
5)kawan tu bknnya mcm BARANG KEMAS. Waktu baru beli pakai. Dah sengkek gadai.
6)kawan tu bkn mcm PELANGI. Hari cerah takde..hujan gerimis baru muncul..
7)kawan tu bkn mcm KERETA. Rosak skit,jual.. ambik kereta baru..
8)kawan tu bkn mcm CHIPSMORE.. skejap ade skjp tak..
9)lagi.....kawan tu mcm ape ye???? Haa..kawan tu mcm AWAK LA.. bila saya hantar msg, awak akan baca msg saya dgn teliti sampai habis.

Walau ape pun tanggapan org tentang kawan.. bagi saya, kawan tu penting. Seorang kawan takkan biarkan kawan dia menangis, sedih, berduka dan sebagainya. Kawan yg sejati adalah seorang kawan yang dapat diajak duduk dan berbincang tentang pelbagai perkara. Yang penting, seorang kawan akan sentiasa menghadiahkan senyuman kpd kawan-kawannya.. :)

thanks coz be my friend...

~comei~

Thursday, October 25, 2007

bz + selamat hari raya

Assalammualaikum..
byk benda nk citer.. tapi bz sgt.. tak sempat nk baca blog.. tak sempat nk update blog.. huhu.. + streamyx still problem kat area umah me tu.. pelik bin ajaib.. dah 3 bln lbih kot prob ni tak settle2 lagi... sedey...

raya thn ni biasa2 je.. lama gak la me dok umh mak kat sepang nuun... seminggu.. tak gerak jalan2.. so bosan sket. ptg raya g pantai. hi hi.. best.. raya thn ni is my birthday.. yg ke 28.. alhamdulillah..

naik opis dah mula bz balik.. + nama naik utk projek baru + projek lama tak abis lagi. hari ni kami plan nak abiskan segala macam testing projek lama tu and close the book. nak gerak utk benda baru plak..

to all my friend.. selamat hari raya aidilfitri.. maaf zahir batin..
to mereka2 yg baru / nak kawen tu.. selamat pengantin baru.. kalo sempat me akan cuba dtg ler.. insyaallah...
to along.. happy birthday :-) semoga dipanjangkan umur dan di murahkan rezeki..ameen..
to my mom and abahmuizz.. happy belated birthday...
to saper2 jer.. happy2 sokmo..


gambar pagi raya lps majlis bersalam-salaman dan bermaaf-maafan..
dgn adik2..


sempat buat kuih raya tau.. hehe


luv

nis comei..


note: i'm 28.. huhu..

Saturday, September 29, 2007

...

bosannyer....

Monday, September 24, 2007

update citer me vs celcom

salam..

update pasal celcom..

baru sat ni diorg call.. katanyer..
'cik boleh buat bayaran terus di kaunter Celcom di Menara TM. Kami akan berikan no akaun cik. cik perlu jelaskan 2 akaun yang tak aktif tu sahaja. Ada salah faham sikit pada akaun cik yang satu lagi tu.. bla.. bla.. bla..'

hmm.. ok laa dah bleh settle kat sini jer. at least tak perlu g jejauh kat mana2 cawangan celcom (semarak ke, pj ke ampang ke).. jimat masa and tenaga and wang ringgit. hehe.. tapikan.. dia tak minta maaf pun atas kesilapan tempoh hari.. hmm.. tak per laa.. moga kes ni tak terjadi kat org lain. maybe dia penat sgt layan org yg ramai sgt hari tu sampai matanyer berpinar tak perasan tarikh ke apa ke.. hmm... tq Allah..

***

smlm buka pose kat hentian nilai. sbb g klia teman kak mala hntr suaminyer. balik kl singgah care4 jalan2.

***
i miss something.. jeles tgk org lain.. tapi tak per laa.. sabar laa nisnim..

***

salam ramadhan..

(hari ni buka pose kat opis juga.. ada event oleh surau TM Annexe 1)

Sunday, September 23, 2007

my story.. seminggu ramadhan..

salam ramadhan..

dah 11 hari kita puasa.. baru 2 kali me update blog. 1st day pose ngan smlm, hr ke 10. apa citer puasa me thn ni? heheh.. biasa2 jer...

1st day.. mcm me dah tulis kat 2 entry yg lepas, balik awal, buka pose kat umh ngan mak, ayah and adik2.

2nd day pose, buka pose kat opis / surau menara tm. lps isyak kami bergerak ke kelantan. ada program dgn BAKIT Helwa & Tiaranita Kelantan. sampai kat Kota Bharu dlm kol 3 pagi. rehat menanti sahur. dlm kol 8am dah gerak ke pej GM TM Kelantan. lepas beramah mesra dan berkenalan dgn warga kerja kat saner, kami gerak ke rumah najibah, pelajar medic di mesir yg bakit bantu sikit2. dtg lawat bondanyer yg lumpuh dan kasi semangat dkt najibah utk terus belajar. kwn2, doakan moga najibah dpt biasiswa utk pembelajaran dia kat saner ye...aminn...

lps tu kami gerak ke rumah ibu tunggal yg ada 4 org anak pompuan (ke 5 tak igt), sorg je yg sihat. yg lain cacat. kami beri bantuan harian sket2. pas2 kami gerak ke maahad tahfiz al-manar. lps zohor kami gerak pulang ke rumah kak haraza kat tmn siti aishah utk solat zohor/asar. ujan lbt gak laa...lps solat asar kami bertolak pulang ke kl. memula g pasar siti khadijah dulu. 30 minit kami gunakan utk beli apa2 yg kami teringin nk bawa pulang. me ngan hasmah beli keropok lekor. hehehe.. dari pasar kami ke stadium lak beli juadah berbuka puasa. dari stadium kami kembali ke Ibu pej TM Kel, sbb diorg suh singgah sblm pulang. dpt la bawak balik sorang satu bekas yg ada kuih2 tradisional org kelantan (jala mas, taik itik ngan bunga tanjung). pas tu balik laa... kami buka pose dlm coaster kat gua musang. berenti solat maghrib kat maner ntah tak tau. sampai kl kol 12.30 mlm. sepanjang hari sabtu tu, dlm coaster me tdo. ngantuk bangat. penat seh.. huuu...

4rd day pose, hari ahad tu tgh hr g opis ngan kak mala. hehe.. g shopping dulu kat kelana jaya. balik lps berbuka puasa.

5rd pose, kat opis biasa je.. letih.. ada akak tegur awat muka pucat. hehe.. balik sendiri naik lrt lps buka pose kat opis. kak mala mc.

me tak igt sangat 5rd day - 7th day pose ni.. tapi lebih kurangnyer buka pose kat opis, balik umh ngan kak mala, keje biasa je, letih sket2. projek tak jadik go-live 1st oct, so ketegangan berkurangan.

khamis, me mc. gastrik. tdo je kat umah
bgn utuk solat
lama dah tak kena gastrik...

jumaat, gastrik lagi, tapi bleh g keje. bos cuti so mcm holiday lak keje. muahahahah.. balik keje still lmbt. lps buka pose kat surau tm. sbb teman kak mala tggu anak dia balik dr penang.

erm.. pagi jumaat tu masa tgh tggu bas ada xcdent kat umh me. dpn mata me.. dpn bus stop... ada sorg bdk pompuan melintas jalan. berdiri tgh jalan dia pandang kiri, kanan dan terus melintas. masa dia pandang kanan tu mmg dia bersedia nk melintas sbb nmpk teksi kot. motor yg nmpk dia nk lintas tu dah bunyik hon, tapi tak berenti. motor tu langgar dia. dedua org teruk. teksi tu berenti tolong. ramai org berenti tolong. jem kejap sbb nk angkat dedua org ke tepi jln. teksi tu bwk dedua org g spital/klinik. first time me tgk xcdent. me yg dah mmg fobia lintas jln lagi fobia. kadang tgk motor ke tgk org melintas ke, or sendiri nk melintas, terbayang2 mcm2. huhu.. payah... mungkin ada hikmah..

smlm, pagi g celcom, pas tu lepak2 kat umah, berbuka pose kat umh along. lps isyak kononnyer nk balik umh je, abg long ajak g uptown danau kota. ikut je la. blk lewat mlm. belikan sufi bantal peluk sponge bob. comei. hehe...

hari ni.. berbuka pose dgn kak mala and family. mlm ni nk teman kak mala g klia hntr suaminyer g sabah. tdo umh kak mala samapi esok kot.

tu la citer me seminggu ramadhan...


Saturday, September 22, 2007

aku puasa hari ni...

salam...

huhu... aku puasa hari ni.... hari ni sangat2 teruji kesabaranku... dan aku harap puasaku tak gugur... sabarrrr je laa....

sejak pkl 00.00 mlm tadi talian hpku dah kena bar. bkn sbb tak byr bil. tapi sbb talian tu talian corporate. due date utk tukar talian corporate ke talian peribadi adalah jumaat lps. hari rabu lepas aku dah g celcom semarak utk uruskan pertukaran tu. sblm g, dah call careline dulu tanyer proses. satu benda dia tak sebut iaitu kena settlekan dulu outstanding bill bagi akaun2 yg dah tak aktive. so masa g celcom rabu tu tak bleh buat pertukaran lagi ler. tgh bln beb, mana ada duit nak bayar bil org. angin kejap ar.

hari ni, pagi ni, dgn duit di bank nak settlekan 2 akaun yg outstanding tu tetiba bdk kaunter no 10 celcom semarak tu ckp kena settlekan 1 lagi akaun yg outstanding br bleh buat pertukaran. angin gak la. akaun mana lagi yg dah tutup tapi tak abis byr ni. setaku aku tak der akaun lain dah. dia pn sebutla akaun tu. aku ckp akaun tu still aktive tapi dia nafikan. dia kata kat sistem akaun tu dah ditamatkan sbb ada bil tertunggak. terkejut gak la. aku tanyer sejak bila. dia ckp sejak 29 julai lagi. rasanyer baru jer alang call aku pakai no tu ok jer.. baru je dpt sms alang dari no tu ok je.. baru je aku call no tu.. ok jer.. apsal lak dlm sistem dia no tu dah ditamatkan + tak bleh buat call in or call out??? aku ckp aku nk byr dua no yg outstanding je. dia ckp boleh tapi still tak bleh bt pertukaran talian sbb bil yg ni tak byr lagi. hampas betul. suara aku mmg ah tinggi.
'hari tu saya dtg tak ckp pun no ni outstanding? hari tu ada dua no jer outstanding. mcm mana bleh jadi 3?'
'takt au la kak, yg pasti no ni dlm sistem kami dah ditamatkan oleh sistem'
bengang yg teramat sangat. aku balik ar. bengong. tak tau nak bt apa. pelik ar. nk call alang tak bleh plak sbb hp dah kena bar.

sampai umah aku try call alang. aik.. ada tone plak.. alang jawab call.. ehh.. kata dah tak bleh terima incomming call.. kemarahan memuncak jugak ar. tak pasal alang kena marah sket.. sorry alang k..

baru sat tadi aku call careline semula. tanya status no tu. akak tu ckp line tu still aktive. tak der pergantungan. aku tanyer pasal bil dia ckp bil yg aku disuruh byr tu bil baru. due tak sampai lagi. mmg ar aku ngamok. penat ar cari masa g saner, alih2 tak bleh tukar line. pas tu akaun tu tak tergantung dikata tergantung. bdk careline tu amik report. report ke atas kecuaian bdk kaunter no 10 celcom semarak (22/9/07). tindakan akan diambil dlm masa 3 - 7 hari bekerja. tak kesahla. dah nyusahkan aku terimalah apa2 pun.

huu.. sakitnyer hati... g kedai beli no tel baru. prepaid. saper nak no kasitau ler ek.

huhu.. aku puasa... sabar je laa...

(bila marah air mata me ngalir... sure bdk careline tu ckp bdk ni marah ke nangis.. huhu)...

Friday, September 14, 2007

ahlan wasahlan wa marhaban ya ramadhan..

salam ramadhan buat semua kawan2..

alhamdulillah smlm dan hari ni me pose.. hehe.. esok pn insyaallah... dan seterusnya...

smlm 1st day pose. seminggu sblm pose adik me yg bongsu (jim) dah bising tanyer sahur nk makan apa, berbuka nk mkn apa.. bla bla bla.. riso dia.. coz me hari2 balik lmbt. so sempat ke nak masak sahur and berbuka. seronoksnyer... huhu.. ada gak org nk makan kita masak kan. hik hik. sehari sblm pose pun dia tanyer lagi. last me suh dia masak nasik. me kata esok pagi2 me masak lauk. tapi telur goreng je la. diorg agree..

so 1st day pose me bagun kol 4.45am. goreng telur utk kitorang bertiga, pastu goreng sambal. jadik ar telur goreng cili. hehehe.. bestnyer sahur.. masakan org bujang jer..

tgh hari mak datang kl. yeyeye.. best kan kak long :D ayah g klinik. bt check up. call mak dr opis tanyer masak apa utk berbuka. sajer je.. mak kata mak bawak mee dari sepang (org melayu buat). pas tu mak masak kari. wah wah wah.. sedapnyer... me suh mak potong tahu besar2 letak dalam kari tu. lama dah teringin nk makan mee kari. akhirnya dapat gak.. alhamdulillah..

kuar opis kol 6pm (abis waktu keje bln pose pkl 4.30pm. masuk keje kol 8.00am). jalan tak jem. best jer. sampai kat umah kol 7. alang ada ngan kawan2 serumah dia. makanan penuh meja. murtabak, kuih tepung pelita, koci labu, mee kari. meriah laa. berbuka ramai2 ni best kan. :-)

pagi tadi sahur makan nasi putih ngan ikan goreng cili lak. mmg best.

hari ni tak balik umah. mlm ni nak g kelantan. esok ada pgm dgn bakit kelantan satu hari. mlm lps berbuka balik kl. ahad pagi sampai opis. maybe tak balik umah. sambung bt keje coz senin sampai khamis dpn nk g celcom. ada kursus.

last... hari ni last day my current hp no berfungsi. esok tak bleh pakai laa.. tgh cari no prepaid baru yg comei2.. tapi tak jumpa lagik.. so.. bt sementara ni, hp tak boleh di gunakan.. huhuhu...

okey.. sambung bt keje..

selamat menjalani ibadah puasa..

salam ramadhan..
(",)
comei

Monday, September 10, 2007

‘Tiada wanita mahu saya’

jumaat lps (7/9/07) masa dlm lrt ternampak org sebelah baca harian metro. tajuknyer tak la menarik sgt tapi ada perkataan 'PGA' yg menarik me utk membacanyer.. berikut me copy dari harian metro online. berita ttg anggota PGA yg cuba bunuh diri (rasanyer). terus me teringat kat bf me. igt nk msg dia tanyer pasal mamat tu, tapi tak jadik. tadi me call dia. borak2 sat. pas tu me tanyer la pasal bdk ni. dia ckp dia kenal tapi dia cakap dia tak tau napa bdk tu bt mcm tu. katanyer bdk tu dah meninggal sehari slps masuk wad. me cuma pesan kat dia moga dia tak bt mcm tu.. last dia tanyer 'napa berita tu menarik?' huhu... for sure laa.. me ckp me takut.. dia diam jer...

---------

‘Tiada wanita mahu saya’
Oleh Nazarali Saerilnazarali@hmetro.com.my

KLANG: “Tidak ada wanita mahukan saya. Saya juga lebih banyak menyusahkan orang dengan keadaan diri yang kurang sempurna,” kata seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di Kem PGA Telok Gong, Jalan Perajurit di sini, kelmarin.

Kata-kata berkenaan diluahkan anggota berpangkat lans koperal itu kepada seorang lagi anggota di kem berkenaan sebelum dia ditemui terbaring dengan kesan tembakan di kepala di kem itu, pagi semalam.

Lebih mengharukan, anggota berkenaan baru saja bertugas kurang 24 jam di Kem PGA Telok Gong selepas dipindahkan dari Kem PGA Cheras, kelmarin.

Polis kini menjalankan siasatan berkaitan kata-kata mangsa yang diluahkan kepada rakan setugas sebagai antara motif kejadian dia ditemui dengan kesan tembakan di kepala.

Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohd Rodwan Mohd Yusuf, berkata beberapa motif kejadian sedang disiasat dan antaranya ialah luahan hati Lans Koperal Mizal Azmi Zakaria, 34, berkaitan keadaan fizikalnya.

“Siasatan berdasarkan luahan hatinya menunjukkan mangsa pernah terbabit dalam kemalangan tiga kali sebelum ini iaitu dua membabitkan kenderaan dan satu lagi akibat terjatuh.

“Pahanya serta punggungnya pernah patah dan dia agak tempang bila berjalan,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang di sini, semalam.

Menurut beliau, mungkin ada motif lain dia ditemui dalam keadaan cedera parah selepas bahagian kanan kepalanya hingga ke bahagian kiri ditembusi peluru akibat tembakan Revolver .38.

“Kejadian berlaku kira-kira pada jam 8 pagi semalam ketika mangsa berada dalam tandas di belakang pos pengawal kem berkenaan.“Rakan setugas mangsa melihatnya masuk ke sana sebelum terdengar bunyi tembakan dan cubaan membuka pintu gagal kerana ia berkunci dari dalam,” katanya.

Mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.

Dia kini koma dan keadaan dipantau sepasukan pakar hospital itu. Keluarganya di Kuala Pilah, Negeri Sembilan juga sudah dimaklumkan.

Siasatan awal mendapati, mangsa tidak mempunyai masalah disiplin dan disenangi rakan setugas serta pegawai PGA.

“Polis sudah merampas sepucuk Revolver .38 dipercayai digunakan dalam kejadian itu dan tiada sebarang tangkapan dibuat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan cubaan membunuh diri,” katanya.

Monday, September 03, 2007

mr somebody is nobody


hehehe..

mr somebody is nobody
:-) it's clear ok

---

29/8/07, rabu pagi ujan. pg tu mr somebody rancak borak pasal kawen.. ajak jmpa bondanyer ahad 2/9/07 (smlm).. planning mcm2.. dll.. xcited juga dok dgr.. last b4 he end our conversation pg tu dia ckp 'dulu sy mmg suka awk.. suka sgt2.. tapi skrg.. sy masih suka awk.. cuma kdg2 tu bila borak rasa mcm ckp ngan kakak..' huhu.. bedebuk jer rasanyer.. now, dia plak konfius.. erm... me?? diam jer laa.. sbb konfius gak..

but sepanjang hr tu apa yg dia ckp still terngiang2.. mlm tu me msg tanyer kalo dia anggap me or suka me mcm kakak jer.. perlu ke me jmpa bondanyer? dia diam je tak balas msg tu..

30/8/07 - me amik cuti khamis tu. sajer nak rest. + kononnyer nak balik sepang. persoalan smlm still terngiang2.. tak per la.. i'm ok, cumanyer confius jer.. pagi tu dok kemas2 umah sampai selsema. mkn ubat and tdo. so plan nak balik umah mak terbantut.

31/8/07 - selamat hari merdeka :-) bangun lewat juga. sbb kesan ubat tu ler.. me plak konfius, nk balik sepang ke tak.. mcm malas je.. kalo blk sepang kena balik kg.. me dah lama tak blk kg kat jeram. tapi nk balik sepang.. pening.. cuma ikut gerak hati jer hari tu. adik me geleng kepala je tak bleh tolong me bt keputusan. hehe..

tgh hr tu masak dulu sket utk adik2. me jamah jugalah. pas tu solat zohor sesambil kemas2 brg kekononnyer nk bawa blk sepang. tapi actually tak tau lg nk balik ke tak. lps solat me ikut je gerak tangan dan kaki. hehe.. last, pakai tudung and senyum kat adik. hehe.. masa tu dah pkl 3 ptg.

blk sepang naik komuter. sepatutnyer cepat.. tapi jadik lmbt sbb sampai nilai nk kena tggu bas. bas ni 1 jam 1. dah sampai bleh plak dia patah balik g mana ntah dulu baru dia arah ke sepang. dah la tu 1 je basnyer.. tension btl. nk naik bas direct dr kl ke sg pelek tu takot la plak. maklumler.. cuti2 ni yg byk naik bas tu myanmar and india (sume lelaki). me sorg. hmm.. drebar bas pn tak brani suh me naik bas. huhu.. smpi kat sepang dlm kol 6 lbh nk dkt kol 7 kot.

sampai saner rasa moody.. ish.. teruk btl.. me mandi, solat maghrib, lps tu baru mood ok. bleh borak2 sket ngan mak ayah and adik. nk mkn pn tak lalu..

tgh mlm me online internet.. that mr somebody pn online. dia tegur me. and say sorry.. dia ckp dia confius. hmm.. pjg gak borak kasik clear. so now dah clear laa.. (for me) yg perasaan dia dah berubah skrg.. nasib laa blm mula apa2.. but still rasa frust sbb i'm trying to like him for this 2 month.. huuhu.. (sure ada yg pelik... napa dah ada bf tapi nak try like another person kan? - long story).. me tya blk soalan me hr tu.. dan dia jwb.. 'nmpknyer mcm tu laa.. tak perlu jmpa bonda saya..'. okeh. tq mr somebody for this lovely 2 month. and me rasa lega.

1/9/08 - pagi lepak2, borak2 and masak2. balik kg ptg tu (lps asar) ngan mak n alang. sian ayah tinggai sorg. sampai kg rasa happy. tak der rasa tak nk balik mcm masa mula2 tu. tapi timbul rasa rindu.

2/9/08 - hr ni kenduri kawen abg sepupu me, zul & lea. congrats. bgn pagi tolong2 apa2 yg patut. ujan lbt dr pagi. majlis sandingnyer pkl 2pm. kebetulan masa tu me dlm umah. pengapit pompuan tak sampai lagi. bila pengantin lelaki dah sampai pengantin pompuan kenala ada pengapit juga kan.. so me lah jadik bidan terjunnyer.. tak sesuai sungguh.. pengapit lelaki pun bidan terjun jg. pinjam la baju nikah sepupu yg sorang lagi (kendurinyer 5 bln lps). majlis best. jmpa sedara mara. beramah mesra. balik kl dlm pkl 5 lbh gak. singgah pantai remis dulu. lepak2 lagi.. seronok... otw blk kl ujan. perjalanan yg panjang bt me letih and ngantuk.. tdo pn best.. hehe.. (otw mr somebody sms tanyer khabar..)

3/9/07 - pagi tak bleh bangun. sakit badan. lps solat subuh terduduk kat tepi katil.. letihnyer... so baring balik.. and tdo. half day hari ni (tak g meeting..) tgh hr mr somebody sms lagi.. ntah ler... malas nk layan.. bf i majuk ngan i hr ni.. hehe.. nasib ar.. but i miss him.. huhu.. (problem still problem.. tak tau endingnyer mcm mana..)