Monday, October 31, 2005

kad raya

kat entry ni me nak postkan 3 keping kad raya yg me dpt thn ni + kad raya dr TM. sajer suka2.

ni kad raya TM:

ni bhgn luar kad..

ni plak bhgn dlm kad..

ada ucapan kat situ "Selamat Hari Raya Aidil fitri, dengan ingatan tulus ikhlas, maaf zahir batin. 1 Syawal 1426"

:D



ni kad raya pertama yg me terima tahun ni. kad dari luqman. sahabat internet / adik angkat yg me kenal dari shukur.com (skrg shukur.org)

tq luq sbb ingat kat akak :)




ni kad dr ajib. ada logo bnm lagi. ajib (adik lelaki me yg skrg ni kerja di sabah dan telah berkeluarga dengan org saner) kata ni kad thn lepas. tak kesahlaa.. janji dpt kad raya :D

selamat hari raya buat ajib, reena dan ayub

note: ada lagi gambar, tp susahnya nak upload. nantilah sambung. penat plak.

8/11/05
update!! tambah gambo kad raya kat sini. hehe..


ni kad raya dr ajib gak. adalaa dia tulih dlm tu slmt hari raya, minta maaf, pas tu minta duit raya utk anak dia. huhu. windulaa...






kad raya ni ada logo IJN. dari kak azmatun. tq akak. kad dia cantik tau. tak caya? tgk gambo satu lagi..

hehe.. caya tak? cantik kan?

erm.. ni je la 3 keping kad raya yg me dpt thn ni. :)

monday blues..

salam monday. hehe

hari ni mood hari isnin. nak g kerja pun bercinta. rasa tak cukup lak cuti 2 hari. tapi sbb hari ni mmg kena keje so pegilah gak.

jln nmpk tak jem. kalo tak kol 7.30am dah jem kat dpn rumah. sbb ada roundabout - org masuk dr ampang nak ke kawasan perindustrian bebas hulu kelang or ke setiawangsa. lepas roundabout ni kaw kilang. ada gsk, sapura, texas, pernec, shin et su (cam na ntah eja dia), & chip pac. so pepagi mmg jem la kat sini. satu lg tpt jem kat jln jelatik nak ke ampang. kalo tak jem maknanyer hari tu cuti sabtu ahad. or waktu tu bkn waktu puncak. kalo tak jem je la. perjalanan 15 minit leh jadik 1 jam 15 minit. fuhh.

ingatkan hari ni lrt tak ramai org.. tp rupanyer telahan me silap. lrt still penuh, tp bleh ar masuk nak nyelit. me kat lrt pukul 8.10am. so mmg dah budget time lewat smpai opis 10 minit (betul pun..). rasanya hari ni ramai org kuar shopping kot. maklumlah a day b4 deepavali & 3 days b4 syawal (eid). hmm.. last2 minit shopping ni kadang dpt harga murah. kdg tu tak jugak. lg mahal adalah. yg penting budget masing2 dan perancangan. jgn pantang tgk sumer benda nak beli. haha. rambang mata beb! huhu.

smlm buka pose kat umah along. tgh hari alang sampai. ingatkan dia dr ipoh. ghopenyer dia dr rawang. sabtu tu dia tido kat umah acik. hmm.. lama dah tak jmpa acik. so, planning ngan alang nak g umah along ptg tu. dia ok jerk. tak tau laa apa mood dia smlm rajin plak dia masak. ayam masak lemak cili api ngan sambal udang goreng terung (main letak je nama masakan ni). kat pasar ramadhan beli samosa. so maghrib tu mkn sakan la. haha. best! seronoks sgt.

masa smpi kat umah along diorg tgh tido. termasuklah sufi. tp sufi ni biasalah. pantang tgk org ramai. sure dia bgn punyer. haha. org tgh seronok nak berkawan. sufi dah pandai geleng kepala.. and satu lagi, dia dah nak berdiri. along kata tu lah sekali dia berdiri tanpa pegang apa2. insyaallah lps ni dia akan terus cuba nak berdiri lah tu. (note: tu gambar sufi yg me ambil smlm masa dia tgh berdiri smbil pgg lutut me yg tgh duduk. hehe. comei kan?)

lepas berbuka kitorang g jj lagi. along minta temankan dia nak beli baju raya utk sufi ngan abang long. memula malas gak sbb dah tau mesti sesak giler + parking susah. maklumlah ada sale. tp bila abg kater dia bleh drop by kitorang kat situ, then alang kata oklah. jim still teragak2.. and me tak kesah. hmm.. dah la masing2 sempoi jerk. haha. first time g jj mcm g pasar mlm (empat2 org). hmm.. ni yg me perasan lah bab dressing ni. kalo cina tu tak kesah. pakai apa pun jadiknyer diorg g jln2. kita melayu biasanya akan dress up sikit la. biar nmpk kemas & elok sket bila nak berjalan. org tgk + sendiri rasa pun yakin jerk. hehe.

along belikan sepasang baju utk sufi (kaler pink), me belikan sepasang baju utk sufi gak (hadiah birthday sufi) kaler putih biru ada gambar kambing biri2 (comei). nasib tak der gambo katak. haha. pas tu along belikan 2 helai baju utk abg long and sehelai seluar. hehe. me pun beli seluar gak (padahal tak der dlm perancangan bln ni - 70% tu, tergoda gaklah i. hehe). habis shopping kol 10 lebih kot. abg dtg amik kitorang smpi umah kol brapa ntah. 10.45pm kot. (note: ni plak gambo tgh tunggu abg long kat taxi stand kat luar jj w/maju - dlm gambar tu alang, jim, along and sufi)

mlm godek2 notebook alang. first time me install os kat notebook/pc. hehe. blajar beb. sblm ni tgk org buat or dpt pc yg dah sedia ada semua tu. install tu pun dgn guide dr en pyan and en khisyam78 through phone. thanks.. lepas ni me dah pandailah nak setup pc. yey! blajau kena ada praktikal. betul tak abah_muizz (kena tanyer lecturer)? lupa lak nak amik gambo notebook dia smlm.. hmm..

last.. tido pukul 1 lebih nak dkt kol 2 am. bgn sahur kol 5.30am 5.45am borak ngan f. sejak dia g bp, kitorang borak sehari sekali. paling lama 7 minit. paling sekejap tak smpi seminit. haha. jimat duit tipon. hmm.. sms pun susah.. sian dia bz. nasiblaa.. dah pilih keje cenggitu.. kenalah berkhidmat utk negara walaupun org lain bercuti.. miss himlah sikit.. huu.. sikit jerk ar. ekeke.

waktu skrg 10.42am
still monday blues..
slmt bekerja bagi kawan2 yg tak bercuti..

erk.. kat luar hujan laa..

wassalam..
nis comei

---
update!

tadi, dlm 10 minit sblm kol 2 yus call. dia kata GM kasik balik kol 3 hari ni. yey! huhu. best kan? tp me tak balik pun. still tunggu lps asar. ptg ni ada date dgn abg mie. hari tu tak jadik, so hari ni kuarlah. hmm.. tak taulah nak kasi tau dia ke tak.. erm.. biarlah ek. bkn ada apa2 pun.. ntahlaa.. haha.. abg mie ni saper ek? abg angkat me jerk. tempat berkongsi cerita.

hari ni ada satu perasaan pelik.. hmm.. me rasa, me dah mula nak rindu kat dia.. tapi tak boleh. rasa tertahan.. rasa tak lepas. bila ingat kat dia mesti tringat kat mak and ayah. tringat apa mak ckp.. tringat apa ayah ckp.. pas tu rasa sayu jerk.. rasa sedih sket.. ntahlaa.. susah kan? lepas solat tringat kat dia lagi.. tringat gak kat mak ayah lagi.. tringat pesan ayah soh buat istikharah.. hmm.. tiba2 rasa sedih lagi.. me takutlaa.. huu.. insyaallah me akan buat dlm bln puasa ni sblm syawal.. sblm me terlebih sayang or rindu kat dia, baik me buat kan? baik ikut cakap ayah.. manalah tau kalo dah rindu giler2 nanti planning bagai nak rak alih2 tak jadi kawen ke.. kan ke frust?? huu.. dok kat meja lps solat dpt msg dr dia.. hari ni me tak msg dia pun lagi.. tak call juga... biarlaa..


tringat juga hari tu dia call tanya me rindu kat dia ke tak. terkedu gak laa... tak tau nak jawab apa.. me rasa masa dia tanya tu mmg me tgh rindu gak la sket kat dia. tapi me tak nak ckp me rindu. sbb takut gak la kalo dia harap sesuatu yg me sendiri tak pasti. me jwb "kalau tak jawab soalan tu bleh tak?" dia gelak je.

wan (nenek) me kata, jodoh me liat.. mungkin kot.. belum sampai masa utk me bertemu seseorang kot.. ada yg kita suka, family dia tak suka.. ada yg kita suka, family kita tak suka... ada yg kita suka tp dia tak suka.. ada yg suka kita tapi kita tak suka.. ada yang kita suka tapi kawan2 tak suka.. ada yg sama2 suka, family pun suka tapi ada halangan lain.. ada yang suka kita tapi dah kawen.. ada yg suka kita tapi dah bertunang.. ada yg suka kita tapi dah ada kawan lain.. ada kita suka tapi kita plak dah ada yg lain. haha. pening la mcm ni.

apa-apalah
:P
nis

Sunday, October 30, 2005

tension

td dah taip pjg. bila click post je kuar "page cannot be displayed". tension. rupanyer dah disconnect. huu. sabo jer ar.

update sikit aktiviti hari ni la.

pagi - sahur pas tu tido, bgn lewat, kemas bilik, buat kerja rumah sket, mandi

tgh hari - solat zohor, gosok baju, bersiap nak kuar g shopping ngan jim

ptg - g ampang park bank in duit utk pak cik (duit kuih - thn ni me buat business kuih raya. haha), g jj beli baju raya utk jim ngan ayah.

maghrib - smpi umah, berbuka puasa, solat, tgk tv, rehat.

mlm - tgk tv (zoom in bersama raihan), call mak, mandi, solat, surfing internet (now) smbil dengar lagu.

tu je lah. pjg2 lagi kang ilang lagi. tension jerk.
esok insyaallah berbuka puasa kat umah along.

wassalam..

Friday, October 28, 2005

SeLaMaT HaRi RaYa AiDiLFiTrI

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
..Salam Ramadhan..Marhaban Syawal..
buat sahabat2 yang rajin baca blog nis,

semakin berlalu...

Di kesempatan ini nis nak ucapkan

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri

Ampunkan salah silap nis jika ada.. tersalah kata, tersilap bahasa, tercuit rasa dll..

juga halalkan makan minum nis (buat keluarga dan kengkawan yang biasa dgn nis)

Semoga kalian semua sentiasa berada di dalam rahmatnya dan diberkatinya dalam apa jua yang di lakukan..juga di permudahkan dalam melaksanakan segala urusan amal ibadah kita..insyaallah..

semoga amalan kita di dunia di terima untuk bekalan kita di akhirat kelak..

Duhai Ilahi....Jadikanlah SYAWAL ini yang paling bererti...paling berseri...menerangi kegelapan hati kamimenyeru ke jalan menuju redha serta kasih sayangMu Ya Ilahi...

ameenn...

wassalam..

~comei~

Thursday, October 27, 2005

makcik bz lah hari ni..

Assalammualaikum..

fuuhh.. penatnya hari ni.. bz.. mmg bz.. biasanya bz bersebab. napa ek? haha. sbb dah ujung bln. biasalah. kerja ngan nombor (duit) dlm sistem ni time ni la dok main kejar2 dgn masa. dah delay sehari sbb ada error pada sistem. hmm.. salah saper? tak tau nak kata.

citer pasal keje sket.. hmm.. bln ni sistem tutup awal. sbb dah agak mesti ada problem. program yg user suruh amend tak buat lagi. so problem dah dijangka. tp penatlaa.. perah otak pk cam na nak buat, baca program, minta tolong byk pihak gak (thank you to u all). by hook or by crook end of this month or early next month program tu dah siap amend. so me ada beberapa hari je lah kan? tapi tak per.. insyaallah siap sbb dah tau kat maner nak amend. bkn salah me pun. me just org yg menunggu diarahkan utk buat changes tu. spec bos tak kasi cam na nak buat keje? haiyaa. cepatlah me jadik bos. hehe.

so now, problem dah settle.. alhamdulillah. syukur pada allah sbb Dia kasi ilham mcm mana nak buat. lepas solat zohor tadi me doa minta bantuan dia untuk selesaikan masalah. alhamdulillah lps solat, me dan tuan asal sistem ni berjaya jumpa kat mana error tu. dan selesai terus. syukur sangat. kalau tak hari ni kena stay lagi mcm smlm (smlm balik kol 9 pm dr opis).

sambil2 buat kerja dengar nasyid dr blog zul. rasa tenang plak. kali ni me relaks walaupun ada problem. sampai kawan me tanya me napa me still bleh gelak. haha. entahlaa.. me tak rasa tertekan tp penat je. sampainya smlm baru pukul 4.30pm me dah tanya wey dia balik lmbt ke. pelik mamat tu. mana tak nya, me rasa mcm dah lama sgt me kat opis smlm. tambahan plak masa tu dah tak ramai org kat opis. terlupa nak tgk jam baru tegur org. huhu.

hari ni me ada kelas.. sat lagi nak g kelas. smlm tak jadi dating ngan abg mie. hehe. ada org jeles. hahaha. tak der laa.. hmm.. sbb tetiba tringat org tu nak g bp hari ni. so tukar plan nak kuar ngan dialah konon. tp tak jadik gak sbb dia ada taklimat lps terawikh utk xtvt hari ni. pas tu plak tringat mak ayah dtg umah. so, pk2 balik.. malaslaa nak kuar :) di tambah plak ngan kerja opis ni yg tak siap lagi. sudahnyer.. me berbuka puasa kat opis ngan kak fida mkn kuih yg kak fida beli + air masak. huu. nikmat tau! tp balik umah me balun nasi lah sbb ada kari ikan merah mak masak.

sampai umah along ada ngan sufi. dah agak dah sbb mak kata along tau mak balik kl. meriahlah gak umah tu smpi tgh mlm. along balik je budin, wife and anak dia plak dtg. pas tu mak uda dtg hantar baju. pas tu kitorang sambung borak2 smbl tgk tv. sampai kol 1 kot.

apa lagi? hmm.. hari ni dia tak msg pun lagi... call pun tak.. napa ek? bz kot.. pagi td dia kata g bp kol 2pm naik lori. haha. tinggallah kenari.. hmm.. bork ngan along pasal dia.. suka borak ngan along.. along kata dia tgh bercinta tp me tak.. ye ke? ye kot. rasa yg ada tak sama dgn rasa yg ada masa kawan ngan org tu.. kejap tp rasa tu mmg kuat sgt. skrg ni entahlaa.. mungkin sbb me dah malas.. me penat sebenarnyer.. so just let go je. ada, adalaa.. tak ada, tak harap pun.. erm.. tak tahulaa.. hmm..

bz pk byk benda.. tak sabar nak abis study..

me,
nisnim

Monday, October 24, 2005

ujung minggu


salam ramadhan..

dah beberapa hari nis tak update blog ni. hari ni nis nak guna kata ganti nama 'nis' plak. hehe.. sajer..

baru lepas solat maghrib kat bawah. nis masih di office. cadangnya nak balik cpt sbb mak uda nak dtg umah amik baju. tapi kat luar hujan. nis pun masih ada kerja yg belum selesai kat opis. esok nak cuti.. tapi tak taulaa.. mcm tak cuti jerk. study tak lagi. ni tgh tunggu copy databased dan print nota. tak taula mcm mana format soalan exam esok ni.

hujung minggu baru ni nis kat rumah. erm.. kat rumah tu hari sabtu je la. buat apa ek? hmm.. bgn lmbt, kemas rumah (dapur je), ingat nak kuar buka and beli brg dapur tp tak jadik.. so ganti dgn tido. kol 6 bgn solat asar and beli kuih kat bwh. mlm study. ahad plak buka pose kat kajang. umah nana. g ngan yunie, boy and anak diorg fareez. kol 3.30pm dr kl, smpi sana kol 4.00 +-. sampai dok kejap pas tu kitorang g giant. sbb masing2 mmg nak pegi beli brg dapur. haha. punyalah jauh. sbbnyer.. carefour (tak tau ejalah sorry) ngan jj or giant kat wangsa maju / melawati penuh sesak. sumer org dpt gaji dah kot?? ntahlaa. lepas solat maghrib kitorang balik.

tak taulah napa nis flet semacam jerk. sampai umah terus tido. letih giler. padahal bkn drive pun. ntahnyer. tido smpai kol 1.30am. pas tu tak bleh tido. nak bgn pun tak bleh. hehe. hmm.. nis tdo kot. tp terjaga je lah kejenyer. bgn pagi letih. tak perasan mak call ke tak. tp rasanya ujang call kejut sahur + subuh (sebab ada miss call) tp nis tak terjaga. so pg td tak sahur. bgn dah lewat. malas g keje. so amik half day.

hari ni nis masuk opis kol 12.30pm (sampai kol 12.15pm). lupa something. sepatutnya nis g mmc pagi ni. ada rebranding course. sampai opis wan tegur baru nis tringat. terus hantar mail kat org yg incharge tu kata nis lupa. so dia suh nis dtg antara 25-27 okt ni utk course tu. hmm.. bila ek nak gi? 27/10 kot. tgk lah.

so, esok mlm ada mid term networking. pas tu tak der kelas. abg mie ajak jmpa rabu ni. nak celebrate birthday sesamer. haha. hari ni birthday abg mie :) esok birthday my kekanda tersayang - along@embun. 28/10 birthday sufi plak. berderet kan?

okes. nak sambung buat keje. hopefully mlm ni siaplah. penatlaa... huu..

~sweet girl~nisnim~

katak hijau tu sebenarnyer bekas handphone.tp tak muat utk handphone baru ni.nis beli kat sg buloh masa g melawat misbah.itik oren tu hadiah dari naji masa last day kat kypmkl.bear kuning tu hadiah grad dr along. ikan tu nis beli mc donald. hehe. comei.

Thursday, October 20, 2005

interview

9.39pm
16 ramadhan 1426

me masih kat opis. :D baru naik opis sebenarnyer. dari pukul 6.55pm me kat surau kat opis ni. buka puasa kat sini pas tu solat maghrib, baca yasin, borak2 ngan kay, solat isyak, terawikh dan witir.. alhamdulillah sempurna mlm ni. harapnya amalan kami di terima.. allahu'alam..

hari ni ada kelas sebenarnya. tp me tak pergi. berbelah bagi.. sbb me sakit kepala dari pagi. tapi try gak stay kat opis sbb byk keje and ada interview. kat opis ni sejuk sgt mcm dlm peti ais. lagilah bengang je rasa kepala ni. kat tkt 13 pun sejuk. berdenyut2 rasanya. tapi tahan je. kontrollahkan. sampai opis flet. me lepakkan kepala kat atas meja beralaskan bantal empuk. lelap 5 minit. rasa ok sket. landing kat kerusi kasi releks. alhamdulillah berkurang sakit. biasanya kalau sejuk sgt (bila me kena gastrik) mmg sakit kepala lps tu. angin tak dpt nak kuar kot. bila dah ptg rasa mcm takut tak bleh nak tahan sakit kepala ni. tu yg tak g kelas. so amik keputusan solat terawikh kat opis.

interview ok ke? alhamdulillah.. ok.. ada 3 org penginterview. en ahmad jaafar (hr), pn che fatimah dan pn noraini ayub. senyum je diorg ni. buat kita rasa releks nak jawab soalan. dia tanya pasal latar belakang diri, family dan kerja yg me lakukan sekarang. pas tu tanya gred skrg dgn gred sblm ni apa beza dia. kenapa me nak gred baru. me dah bersedia ke nak pikul tanggungjawab yg lebih berat. dll. soalan bonus, kalau di hantar selain dr kl/selangor me nak ke tak. hehe. me rasa me dah jawab sehabis baik dan lancar. cuma last tersasul panggil encik ahmad as encik jaafar. manalah me tau nama dia ahmad je. + me lupa nak salam pn noraini and che fatimah.. hmm.. hopefully perkara tu tak menjejaskan. insyaallah result keluar bln disember ni. kalau ada rezeki me, adalaa... insyaallah...

hari ni seluruh malaysia (or dunia) tau wife perdana menteri kita dato seri abdullah ahmad badawi iaitu datin endon meninggal dunia. innalillahiwainnailaihirrajiun... menurut akhbar arwah dah bertahun sakit barah payudara. dah sampai masa utk dia kembali ke sisi-Nya. bahagian masing2.. tak kiralah berapa pun umur, sakit atau tidak, bila tiba masa-Nya Dia panggil, kita kena berjumpa dgn-Nya. tak kiralah dah bersedia atau belum.. hmm.. cukup dah ke amalan me nak jumpa DIA? allahuakbar.. kecil sgt rasanya me ni.. byk yg perlu di perbaiki.. sahabat.. semoga sama2 kita memperbaiki diri agar kita sentiasa bersedia utk berjumpa dgn-Nya bila tiba masanya...

esok rasanya me bz. hehe. rasanya lah.. dlm kepala mcm2 dah rancang nak buat. hmm.. next week mid term. risaunya. tak study lagi.

k ya.
wassalam..

dilla, slamat study :D
gambar ni ambil guna hp baru. gambar atas meja me. hehe.

Wednesday, October 19, 2005

mc..gastrik..stress..

salam ramadhan..

dah pertengahan ramadhan..hari ni 15 ramadhan 1426. dah dua hari me mc. gastrik lagi. kat opis td muntah angin. adala 2,3 org dlm toilet tu. kalau diorg tak tau me belum kawen sure diorg pk lain. huu..nasiblaa..g klinik. dpt mc. kasitau f. so balik rumah f hantar. hujan lebat plak. nasib naik kete. kete kenari yg dia nak jual tu. haha. tak jadik jual kot.

sampai rumah me tdo. mmg tak larat. angin sebu sampai ke tulang belakang. 5.30pm br bgn. solat asar. siap2 turun g beli juadah berbuka. me suka samosa. so td beli samosa satu ngan roti bom. beli nasi gak lauk masak lemak ayam. hehe. tp berbuka mkn kuih je la. solat maghrib, kemas2 sket, solat isyak, baru mkn nasi. bgn tido td rasa mcm dah ok. tp laa ni lepas mkn ubat rasa menggulung je angin dlm perut. harap esok ok.

esok? hmm.. esok ada interview. ada dua tiga perkara nak uruskan. proses simo nak kena buat gak. bln ni close sistem awal sbb nak cuti raya. rasa stress laa.. ni kot sbb me gastrik.. hmm.. stress mcm2 hal :(

semalam mc pun seharian tido. bangun utk solat je. pas tu tido. lepas solat maghrib pun tido gak sampailah pukul 10.30pm. bangun solat isyak, mkn sket, lain2.. kol 12.00am tido. f kata me selalu tido awal skrg. ye kot. kol 12 je dah tdo. sblm ni kol 1 lebih br tdo. erk.. kol 12 tu awal ke? lewat gak tu. hmm.. tak lama lagi kena tinggal.. ada seminggu lebih je dia kat kl. katanya kena g bp sebulan lebih. lepas raya baru balik. seminggu lebih kat kl pas tu g kb lak sebulan. ni yg ayah tak nak. sbb tu ayah suh cari org lain. hmm.. tak taulah mcm mana. tgklah.. me penatlaa.. penat pk benda ni. penat lalui mcm2 hal ni. penat sgt! nak stop! huu :( stress lagi.

next week selasa ada mid term subject network programming. 6 nov plak mid term software engineering. subject AI tak taula bila. esok mlm baru tau kot. assignment? ada 3 yg belum hantar. 1 lab network (submit next week), 2 AI (rasanya mcm nak hantar esok..kalau siapla :D).

hmm.. tu je lah nak update.
sakit perut lagi.

semoga kawan2 sihat walafiat dan dapt jalani ibadah puasa sebaik mungkin. ameenn..

wassalam..

Saturday, October 15, 2005

tak taulaa..

15/10/2005
11.00pm

hmm.. baru je nak berehat-rehat.. hari ni seharian kat umah along. sajer singgah umah dia lepas g celcom tadi (dpt no baru lagi..byk tul no tipon..hmm). seronok. main ngan sufi, borak2 ngan along. haha. tapi tak bleh nak tido. huu. letih rasanya.

dlm kol 5 kitorang g pasal mlm kat melawati. asalnya nak beli sate. tp tak jadi sbb ujan. abg long plak park depan kfc, so tukar menulah. tp lepas tu g gak pasar mlm tu beli kuih sket ngan sayur along nak masak ngan makanan utk sahur. dlm kol 8 lebih baru balik.

mandi, solat isyak, rehat sat, tgk tv, surfing (tp slow giler..bosan..).

perasaan hari ni? hmm.. ntahlaa.. campur2..

tadi terpk dan terasa sesuatu.. hmm.. mcm mana nak ckp? tak taulaa.. skrg selalu pk benda ni.. :( -delete, sajer malas nak pk- haha. napa pk cam tu ek? tak percaya ke? hmm.. tak taulaa.. mungkin sbb pengalaman.. mmg setiap org tak sama tp hati ni takut.. tu je la..

mlm ni rasa tak best.
tdo dululah ye.. layan kang banjir..
salam..

Friday, October 14, 2005

tired

hari ni halfday. dr rumah kol 12.00pm. so sampai kat opis dlm kol 1 gak la. gastrik lagi.. hmm.. tak der penyakit lain buat masa ni..tak per la.

so smpi kat opis terus masuk kelas ngaji. pastu buat kerja. solat zohor. sblm solat borak ngan kak liz (my head div) abt my spr and my work. me just terus terang kater sama je dia ada ke tak. hopefully tak jadi isu. kak liz pun ckp mmg dia nmpk mcm akak tu tak buat apa sgt. kalau me nak kena buat sumer, analis sistem, buat program, buat operation, kan ke bagus me je yg jadik exec. huu. tp me ni org bawah je. kalau di suruh me buat. tak suruh tak kan nak mandai2 buat lak. kan?

4 jam lebih je masa kat opis rasa mcm bz giler jerk. huu. ni yg kol 8pm still kat opis ni. ingat nak balik dah td. biasalaa tgk dah 6.30pm lajak la smpi maghrib. td rasa mcm sakit perut balik. asyik pedih perut jerk. + rasa loya nak muntah. mlm ni ada kelas.. tp me tak g kot.. erm.. mlm ni ada 2nd presentation. me dah present mlm kelmarin. alhamdulillah lega. now dok print nota en zakree. nak buat tutorial dia plak.

smlm ika call ajak mkn kat nandos esok. insyaallah. kitorang g ngan ainil sekali. lama dah tak kuar mkn ramai2. ika balik ganu esok mlm gak. kol 10 kot bas dia.

td wey dah buat corporate line dia kat celcom pj. senang tak byk citer mcm kat ampang. me tak der pagi td, so tak buat lagi la. so esok mungkin nak g celcom semarak. jgn dia cerewet mcm kat ampang tu gak dah la. hopefully selesailah esok.

mcm2 hal hr ni sebenarnyer. penat. tp malas nak taip sini. biarlah..

penat
bosan
tension sket
nak tidoo...
zzzzzzzzz

Thursday, October 13, 2005

HUAWEI U626 & birthday present

Updated!

ni lah my handphone. Huawei U626. detail pasal hp ni:

http://www.huawei.com/mobileweb/en/news/view.do?id=106

http://www.huawei.com/mobileweb/en/news/view.do?id=118

http://www.mobile88.com/mobilegallery/preview.asp?prodid=723&cat=36&path=40,36


hari ni me saja try tgk no 3g me dah activate ke belum. hmm.. alhamdulillah.. berjaya :D buat v-call dgn e. rasa segan. sbb biasanya kalau ckp kat tipon dgr suara je. ni bleh tgk org. tak terkata2. gelak jerk ar. lagi pun nak test jerk. hehe. pas tu try browse internet. tgk berita kat ntv7. sat je la. hehe. me amik pelan RM50. dpt free 3MB internet browsing. hmm.. lebih 3 MB kena bayo kot? tak tau la. tak abis jelajah lagi site celcom tu. pas tu dpt 30 minit free v-call. lebih dari tu kena bayo 15 sen per minit. maklumat lanjut tgk kat www.celcom.com.my esok kena bawak 2 hp lah mai keje. susah nak tukar2 sim kad ni. :D

hari ni dpt e-greetings dr dilla. comel kad dia. ada katak gak. hehe :)
comel kan? ada notes gak kat bawah tu. dilla kata : "Hepi Birthday!!!Semoga dirahmati slalu.Cepat2 kawen tau..hehheee" - thanks dilla. tang kawen tu no komen la.

ainil call lagi siap nyanyik plak. abg me wish by email. hari tu dia kata nak kasi bunga. tak der pun. ekeke. nasib baik tak der. kalo tak penat nak jwb. zool kasi mail birthday wishes yg menarik. satu page penuh mail tu penuh dgn wishing happy birthday pelbagai kaler. membuatkan me bertambah ceria. + clip video iklan mc donald oversea. tak sangkalah dia ingat.


ni plak dr chris smlm :D comei gak sbb bear tu menari + ada lagu. hehe. mcm bebudak lak me ni.

td buat v-call dgn kay plak. fuuh.. me segan la. haha. kay kata suara tak jelas. hmm.. salah me ke or diorg kena adjust volume kat hp diorg? sbb me dgr clear diorg ckp. + bleh adjust lagi nak dengar kuat ke tak. tak kan me nak cakap kuat2 kot kat opis kan? lagilah segan. hehe.

okey. happy birthday lagik.

-comei-

happy birthday to me :)

Assalammualaikum..
Selamat sejahtera..
salam ramadhan..
salam bahagia..
senyum dulu :)

13/10/1979 (22 Zulkaedah 1399) yg lalu pukul 10.15am lahirlah seorang bayi perempuan yang comel (hehe..semua baby comel kan?) di Hospital Bersalin Kuala Lumpur. Jelas terpancar sinar kegembiraan dan kebahagiaan pada wajah kedua ibubapa bayi tersebut menyambut kelahiran yang di nantikan selama lebih kurang 9 bulan. Dengan persetujuan ahli keluarga lain bayi tersebut di beri nama Zanisahanim bt Kamarudin (@Mohd Kamarudin) yang bermaksud ??? (tak tau maksud sebenar tp ada yg kata maknanya sahabat yg baik..wallahu'alam..saper tau tolong kasitau me k. tq). Alhamdulillah kini.. bayi tersebut telah membesar dan hidup sihat bahagia aman sejahtera (chewah) bersama kedua ibunda dan ayahanda tercinta selama 26 tahun.

Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akbar...

Sebenarnya catatan perjalanan kehidupan kita telah tersurat antara kita dan Dia. Selama tempoh yang di beri, me bersyukur pada-Nya kerana menjaga me dan mengamanahkan me untuk di jaga oleh org yang amat bertanggungjawab.. sayang me pada mereka memang tidak terhingga kerana dengan penat lelah, suka duka, mereka berjaya membesarkan kesemua anak2 mereka dengan penuh harapan dan kasih sayang.. syukur alhamdulillah...

:D

yey! my birthday is today. senyum jerk.. yup.. nak senyum jerk hari ni. oppss... nak wish diri sendiri.. 'Happy Birthday 2 Me', semoga di panjangkan umur, di murahkan rezeki, dan di permudahkan menjalani kehidupan dunia akhirat, juga di tetapkan iman agar sentiasa berada di landasan yg betul dan tidak terpesong dgn segala mcm cubaan dan dugaan yg semakin hebat.amenn..

dlm seminggu ni erm.. or bleh kata sejak awal oktober me dah dpt wish dr kawan2. thanks to all. setiap wish diiringi doa.. alhamdulillah.. yg paling best dlm seminggu ni.. terutama mlm tadi sehingga ke hari ini :) sms mmg tak henti2 me dpt. 1st person yg wish (call) today is my mom. pukul 5.36 pagi. lepas mak wish, ayah plak wish. walaupun mata tertutup time tu, tapi me tau me senyum. hehe. seronoks. pas tu misbah call pukul 6.19 pagi, kol 9 lebih tadi ainil call dan tadi ika call tp tak dpt ckp (me salah tekan button kot), tp me tau dia pun nak wish :D hehe. bleh ke mcm tu? bleh ar kan. sbb dia my best friend sejak sekolah. mmg tak pernah lupa tarikh keramat kawan2. baru sat along call nyanyi birthday song to me. yg lain2 hantar sms and email.

hadiah lain dr doa yg me dpt apa ek? mak ayah kasi brooch, HR TM kasi hp 3g (me apply dan kena bayar rm50/mth selama 6 bln) + interview naik gred this 20th Okt., apa lagi? tu je kot buat masa ni. hmm.. hadiah lain yg me dpt setiap masa.. pandangan dan perhatian dari semua (family and friends), nasihat dan persahabatan. semuanya berharga dan bernilai bagi me. again.. thanks all.. me nak hadiahkan diri me apa? hmm.. senyuman bleh? hehe.. (ngarut jerk kan?)

last but not least..

thanks to ALLAH
thanks to all my friend
thanks to my best friends
thanks to my mom and dad
thanks to all my family member
thanks to everyone..

happy birthday to me (dan saper2 yg sama tarikh or sama bln and sama tahun)

senyum sokmo
aniem
:)

Tuesday, October 11, 2005

cerita hari selasa

7 Ramadhan 1426
11/10/2005

salam,

hari ni me bz kat opis. bz dr smlm.. ingat nak sambung update blog smlm tapi tak smpt. balik pun cepat sbb sakit perut lagi. so smlm tak g terawikh kat opis. buat kat rumah je. ada pasar mlm, me beli nasi putih kosong satu ngan air soya. lauk mak masak hr tu ada lagi. jimatlah sket. hehe. tp me mkn separuh je. full lah. tak larat nak mkn. separuh lagi hani abiskan bila dia blk keje sblm dia tido. haha. tak lama lagi membesarlah dgn sihatlah si alus, adik pompuan bongsuku ini.

aduhaii sejuknyer kat opis hari ni. tangan rasa berpeluh sbb sejuk sgt. kaki tok sah ckp lah menggigil yang amat. kalau ada selimut mmg dah berbungkus. pak kal lah tak ada. huu. tapi oleh sbb bz tak terasa ngantuk. tapi terasa cepatnya masa berlalu. tau2 dah pukul lima ptg. bln puasa ni kami dpt balik awal stgh jam. kak noris kata waktu ni lrt mmg penuh. so me balik lewat sket. biasanya kol 6 lah me kuar opis sbb nak g kelas. kalau tak g kelas pun, keluar kol 6 mcm smlm still smpt sampai umah b4 7pm. oklah tu.

terasa sakit dada. dr pagi tadi sebenarnya. tp tak layan sgt. pedih jerk. gastriklah ni. tambah lak pagi ni tak sahur. mak kejut. pas tu me kejut hani. hani tak nak sahur. me minum air soya jerk. tak lalu nak mkn + tak der apa nak mkn. tido balik smpi terlajak subuh.

dua tiga hari ni me kena gastrik smlm me rasa mcm tau kenapa. salah satu sbb tido lps mkn sahur. terasa angin tak lepas. sakit dada yang amat kalau tidur lps sahur. bila bgn tu rasa angin mcm bergaduh dlm perut. hmm.. tapi kalo tak tdo, rasa ngantuk (tu lah nafsu tido.. ish.. jahat tul..).

pagi ni smpi opis terus buat kerja. smlm dah investigate satu problem, pagi terus siapkan (tapi ptg baru siap sbb communicate dgn user, so amik masa). tgh hari me kuar g celcom jln ampang ngan wey. ingat nak settlekan permohonan corporate line kitorang. tp still tak settle. kali ni salinan ic ngan pass card gm plak dia mintak. hari tu tak der nak pesan awal2.. penat jerk. tp mungkin ada hikmah dua tiga kali dtg ke celcom ni. jauh gak la dr klcc. jln kaki tau. penat.

balik opis biasalah smbung buat keje. sampai jam pukul 5. hari ni tak sempat baca paper online. tp sempat baca mail. baca pun sbb ada 60 new mail dlm yahoo mail. byk tu. tp tak baca sumer. pilih mail yg best jerk. semua mail yg me baca dan balas hr ni pasal wish happy birthday to me. walaupun sebenarnya birthday me 2 hari lagi. hmm.. dah tua.. dah patut kawen. mak dulu umur sebaya me dah ada anak 3 nak masuk 4 kot. hee. tak per.. me lmbt sket. sabar ek ;)

pagi td kat lrt terserempak ngan ainil. makin lawa minah ni menjelang hari bahagia. insyaallah kenduri dia 2 bulan (genap) dr sekarang = 11/12/2005. insyaallah kalau tak aa apa aral lah. so actually hari ni ainil org pertama yg wish. dan book me hari sabtu ni teman dia survey brg kawen. demand sket, me nak kek secret recipies. hehe.

smlm me ambil hp 3g. ehem ehem. 3g tu. model huawei. tp simcard bleh aktivate dlm masa 48 jam. so me blum test guna utk 3 g lagi lah. la ni pakai hp tu tp sim kad lama so 2 g jerk :) tp best! hehe. seronoklah godek2 function hp ni. terutama bab camera dia la. gambar dia tak tau la nak kata cantik ke tak. dlm hp mcm ok. cuma tak puas tgk sbb kecik. nnt me masukkan dlm pc. baru bleh judge. rakam aktiviti hani di dapur. nggeee.. shh.. hani masak nasi ha*g*t. haha.

20 okt ni me ada interview kat tkt 13. pukul 12.30pm. nak study lah ujung minggu ni. la ni tak smpt. mlm td dpt siapkan assignment java. + buat sikit assignment software eng (esok nak kena present). balik ni kena siapkanlah. huu tak tidolah me.. adoilaa..

so now dah menghampiri kol 6pm. me nak solat asar pas tu nak g kelas.
cau cin cau :D

wassalam..
-anis-

note:Allah S.W.T akan mengurniakan pahala org sembahyang terawikh seperti mana telah di kurniakan-Nya kepada Nabi Ibrahim a.s - wallahu'alam..

Monday, October 10, 2005

today's story

sakit perut :( mcm byknyer angin. dah dua tiga kali g toilet. huu.. penat.

sampai opis pukul 8.32am. nmpk kak anie. hmm.. tak tau nak tegur mcm mana. rasa sayu je. tak apa lah. biarkanlah dia.. mungkin dia masih perlukan masa.. (20/9/05 suami kak anie meninggal dunia, hari ni baru kak ani masuk opis).. tgk ka anie teringat anak2 dia.. terpk dugaan yg terpaksa dia tempuh lagi hebat.. dll.. semoga kak anie tabah dlm menghadapi ujian-Nya.. Ya Allah.. bantulah kak anie.. Aminn..


kat bus stop tadi masa nak mai keje mas tegur pasal kejadian mlm tadi. katanya ada kebakaran kat dpn block 11. me tgklah tpt yg di maksudkan. hancur ranap stop tpt simpanan gas milik pak cik omar. mas kata kebakaran tu jadi lepas azan isyak. masa tu me dah keluar rumah. so mmg me tak tau apa2. 4 biji bomba dtg utk padamkan kebakaran. nasib baik tak libatkan flat sblh. tapi mmg masing2 dah cuak gak la. ye lah. api menjulang tinggi dgn bunyi letupan. wallahu'alam.. (tak dpt nak cerita detail sbb me tak de kat tpt kejadian). dlm 9 lebih api berjaya di padamkan. hmm.. masa me balik mlm tadi tak ada apa2 yg pelik pun kat situ. so mmg me tak tau apa2 citer and tak perasan pun. punca kejadian tidak di ketahui. mungkin dlm siasatan polis skrg ni.

pagi ni mail opis me problem. tak dpt nak baca mail dr outlook. nasib la bleh baca mail dari web. tapi tak best sbb tak bleh nak reply. tak tau la apa problem. server ke apa ke. nak kata penuh pun tak tau la. me dah delete dan transfer byk mail tu ke folder lain. so now patutnya tak bleh nak kata pasai mailbox penuh. hmm.. just tunggu je kot la sat lagi ok.

k. nak buat kerja.. hmm.. perut meragam.. susah tul :(

hujung minggu..

Salamun alaik’

Baru balik umah ni. penat..hmm.. skrg kol 10.40pm. tadi kuar ngan along, abg long and sufi g jalan2 mkn angin sampai area pandan indah. Ada hal sket yg benonyer. Hmm.. sebenarnyer me tak sedia nak jln sampai ke sini. ingatnya nak g melawati jerk. Org dah bawak ikut je la. Ngantuk.. huhu. Borak2 ngan along adala 1 jam kot. F pun dtg td. Sempatlah along tgk dia. Dia dtg kasi document2 yg perlu utk di berikan kepada seseorang. Hmm.. so taulaa serba sikit pasal dia + nama x-gf dia. Haha. Erk.. down kejap bila tau tadik. Huu.. (jeles ke?hmm.. ye kot.. ingatkan dia tak penah ada ‘somebody special’ hehe)..

Bila tau ‘kawan’ kita pernah ‘mempunyai seseorang’ pasti nak tau lebih lanjut lagi.. agaknyer sumer pompuan mcm tu kot kan? Lps tu moody sengsorg. Haha. Hmm.. dah tau nama, nak tau umur.. pas tu nak tau mcm mana orgnya.. org mana.. nak tau juga kenapa break.. dan.. betul ke dah break? Hmm.. nak tau mcm2lah. Tapi.. tak nak tanya. Kalau boleh biarlah org tu citer sendiri. Kalau org tu tak citer, teringat2.. terasa seperti ada pesaing + takut di bandingkan.. mungkin kot.. Tapi tulah perbezaan lelaki dan perempuan. Lelaki jarang dan sememangnya tak suka nak cerita apa yg telah berlaku. Yg dah lepas tu lepaslah. Betul tak? Kalau perempuan, tanya sikit sumer dia citer. Hehe. Tak taula org yg dengar tu sebenarnyer nak dgr ke tak.

Hujung minggu ni me tak der kat umah. J balik sepang. Jumaat mlm hari tu dlm kol 12 tetiba jerk oon muncul depan pintu. Dia tanya me balik sepang tak. Hmm.. dah dia balik umah, so me pk eloklah kitorang balik sepang. Sbb mmg me plan cam tu. Kalau sorg mmg me tak balik saner.

Cadangnya sabtu pagi nak g menara celcom kat semarak. Tp tak jd sbb document yg me nak kena bawak tu tertinggal kat opis. So lepas sahur & solat subuh tidolaa. Lajak lah gak. Bgn terus mandi and borak2 ngan oon. Call along tanyer dia nak balik sepang tak. Along tanyer abg and abg kata ok if me nak support duit minyak. Huu.. oklah.. nak buat cam ner. Numpang orgkan. Kenalah agree. Kalau tak, naik baslah. So dr umah pukul 4.30pm sampai kat sepang kol 6.30pm. mak masak nasi lemak ngan kek cokelat. Best. Lama sgt dah tak mkn nasi lemak ngan kek cokelat mak. Along balik kl mlm tu gak. Sufi dah ngamuk2 nak balik. me and oon tido sepang.

Ahad (hari ni) lepas sahur ngan solat subuh me tido balik. rasa mcm ngantuk sgt ngan penat + pening kepala + pedih perut. Mlm td ujan. Best tido. Ingat pg ni nak drive sekitar sini. tp ada org pinjam kete ayah. So tak dptlah drive. Lepas zohor dlm kol 2 lebih ayah ngan mak hantar kitorg ke bus stop. Naik bas dr sg pelek ke kl kol 3pm.

Kol 5.30pm sampai kat pudu raya. Biasalah kat situ kalau tak jem bkn pudu raya kot. Me naik star ke masjid jamek pas tu naik putra. Sajer malas nak jalan. Oon plak amik bas kat dpn petaling street ke hostel dia. Dlm bas td dia sibuk menghafal bahasa jepun sbb dia ada test esok. Pas tu tdo. Me sampai umah kol 6.30pm. singgah kedai awe kat bawah ni beli nasi putih ngan fresh oren. Bdk kedai tu kasi botol air. Dia kata ‘adik akak punya tertinggal smlm’. Haha. Patutla mcm penah tgk je botol ni. Sampai umah me msg hani tanyer pasal botol air dia. Betullah dia kata mmg botol dia tertinggal. Sabar je la.

So today me rasa mcm penat je. + moody.. hmm… esok lak nak keje. Ada keje tak siap lagi. Assignment lagi. Mcm2 laa.. huu.. rasa tak der mood nak buat benda. Cam ner ek? Hmm.. hari tu penah rasa mcm ni, pastu me mandi lama2. segar sgt lepas tu + rasa cool. Erm.. nak buat cam tu lagi lah kot. Hee. K lah, nak menenangkan fikiran (mandi, solat isyak, terawikh and tdo..).

Wassalam..
9/10/2005 (6 Ramadhan 1426)
11.00pm

update (1.48am):
baru lepas buat assignment utk subject software engineering. Tp tak siap lg. Ada dua assignment utk subject ni. Esok kat opis nak cari maklumat utk salah satu assignment tu (berkenaan fungsi editor bg Visual Basic) pas tu mlm nak buat slaid utk presentation tajuk ‘perolehan dan analisis keperluan’. Kat opis esok gak nak siapkan latihan makmal 2 utk subject network programming pas tu kalau boleh nak siapkan latihan AI (dan hantar terus pada en zakree. + kerja opis kena buat gak. Program yg nak kena amend dah sedia menanti. Loading data lagi. Fuh. Mcm byknyer keje.

Teringat smlm lepas berbuka kitorang kumpul kat ruang tamu satu family. Termasuk sufi anak along. Budak kecik bila tgk ramai org biasalah dia tunjuk perangai. Sufi mmg comel. Haha. Ayah ckp sufi mcm me masa kecil. Kalau tgk dr rupa, mmg me dah perasan benda tu beberapa minggu lepas. Muka sama, rambut sama, ayah kata perangai pun ada sikit sama. Along plak ckp masa dia pregnant mmg me akan kena apa along kena. Cth.. kalau along demam, me pun demam, kalau along selsema me pun selsema, along mc me pun mc. Haha. Bila ingat2 balik, mmg betul pun. So.. sufi tu kenan me lah kot sesikit. Huu. Tak per.. mak sedara dia gak.

Me sajer je nak online kejap ni. Just nak update blog dan tgk2 mail. K ya. Mau tidur. Esok nak sahur.. bye.. salamun alaik’

note: kelebihan tarawikh.. Allah berikan pahala malaikat2 yg tawaf di baitul mak'mur kepadanya, batu2 dan tanah2 juga berdoa agar Allah ampunkan dosa org yg bertarawikh.. wallahu'alam.. (kalau info ni salah tolong betulkan ye..tq)

Friday, October 07, 2005

buka puasa..

alhamdulillah.. hari ni me berjaya berpuasa untuk hari yg ke 3 dalam bln ramadhan. kalau ikut perancangan awal, isnin and jumaat if tak ada kelas me akan buka puasa and solat terawikh kat opis. surau kat sini ada buat moreh (betul ke eja?). janji dgn cik has. tp cik has tak bleh terawikh lak. so.. berbelah bagi gak la kejap rasanya hati :) sudahnya 5 minit lg pukul 7 me nekad turun g surau utk berbuka pose dan solat maghrib berjemaah seterusnya solat isyak dan terawikh.

dari jauh tgk mcm ramainya org tgh beratur amik makanan. tp pompuan tak ramai. me nmpk kay. yey ada kawan :) lepas amik nasi dok mkn dgn kay. oklah. kay kata smlm ramai buka pose kat surau. sampai makanan tak cukup. tak di jangka. tapi hari ni alhamdulillah, nmpknya semua dpt makan. me amik nasi suku ngan kuah yg ada (asam pedas ayam - sedap tp pedas), amik buah kurma 2 biji dan limau sepotong dan air secawan. cukuplaa.. alhamdulillah kenyang. semoga di murahkan rezeki bagi org yg memberi kami makan..amin..

lepas mkn solat maghrib, ngaji sat.. pas tu solat isyak dan terawikh. me tak tunggu witir. sblh badan me dah start rasa kebas and lenguh. + rasa mcm mmg tak bleh nak tunggu. angin dlm perut dah menendang2 nak keluar. haha. ujian je semua tu. keluar je dari saf tak rasa apa2 pun yg nak keluar. huu.. tak per laa.. me sambung kat umah nnt. insyaallah..

naik opis nak amik brg. ingat nak balik terus. opis terang means ada org kat dlm. rupanya cik has tak balik lg. tgh tunggu dia lah ni. balik ngan cik has kot. dia nak siapkan keje dia tu.

esok cam ne ek? hmm... pagi nak g menara celcom. nak uruskan pasal no hp. nak tukar ke corporate line. sbb buat kerja opis pakai hp gak. ingat nak pakai no sedia ada. hopefully dptlah. pas tu nak buat apa lagi? hmm.. nak balik sepang ke tak? assignment byk.. tapi rasa mcm nak balik gak. ntahlaa..

assignment plak.. hmm.. next tuesday nak kena hantar latihan makmal 2. rabu ada presentation + nak kena hantar satu assignment. khamis pun rasanya ada satu assignment nak kena hantar. huu.. ada yg dah siap, ada yg separuh siap ada yg tak siap lagi. tu laa.. rasa sibuk sket. kalau kat sepang ada komputer, mmg me balik. huu.

hari ni dok update dan meriahkan blog. kombinasi warna yg me guna pink, merah dan putih. dan warna2 yg nmpk seimbang dgnnya. hmm.. nmpk ceria tp mcm keperempuanan sgt plak. bosan gak. tp tak per la. biarlah dulu warna blog ni mcm ni. sampai me bosan. hehe.

keh. pedih perut balik. ye laa.. byk angin la dlm bdn ni.. huu..

~comei~

note: ...siang itu terang, jgn gelapkan dengan dosa. malam itu panjang, jgn pendekkan dgn tidur, manfaatkan masa mudamu dgn menjadikan taqwa sebagai perahu, iman sebagai isinya dan tawakal sebagai layarnya...

bingung..

perkara 1
pagi ni bangun rasa mcm bingung..6.20am..huu..terpk ehh..betul ke? tgk jam dinding..sama..erk..betul ke? dah sahur ke belum? ish.. bingung.. (skrg still bingung..)

sat.. try nak ingat balik apa jadi pagi tadi..hmm..
mlm tadi me set alarm kol 4 am. bgn td hp ada kat sblh.. hmm.. maknanya me dah bgn matikan alarm. (mcm csi lak. huhu). then? hmm.. apa ek??
me bgn tgk tipon umah. kol 4.47am mak call. yup.. mmg me ada rasa mcm cakap ngan mak. mak siap pesan ayah suh belikan tart nenas ngan almond london. hah. lagi? lepas tu me masuk bilik.. call f ngan hani. kol 5am lah kot (sbb tgk kat hp). napa me tido balik ek? laa.. pening..

nasib la dah niat puasa sebulan ramadhan.. so hari ni pose tanpa bersahur.. huu..

perkara 2

tadi dapat mail dari hr. alhamdulillah dapat panggilan interview utk naik gred. tak ramai. 29 org je. bhgn me 2 org je dpt. dr list tu mcm majoriti lelaki lak yg dpt kali ni. bhgn teknikal lah katakan.

so.. 20 okt nnt me kena interview. my turn pukul 12.30pm. so kena get ready from now. study lagi mcm2 perkara ttg tm. + cuba kurangkan gemuruh dan belajar bercakap dpn org. doakanlah me lulus interview ni.. aminn...

perkara 3

hari ni birthday abahmuizz. kitorang samalah lahir bln 10. pagi td mmg teringat hari ni birthday somebody tp tak pasti saper. hmm.. cam biasa pepagi lawat blog kawan2. terus tringat birthday abahmuizz hari ni. so.. happy birthday to abah. my birthday? haha.. tgh mengira harilah ni. :) kalau dlm bln islam 22 zulkaedah 1399h = sabtu. thn ni birthday me hari khamis. :) senyum jerk. hehe

perkara 4

terasa seronok lak masuk blog hari ni. warna pink ni nmpk cam ceria jerk. comei. hahaha. hari ni kemaskini blog ni tang header tu. kecikkan tulisan and put it as center. barulah comei. hehe. ada tpt lain nak kena godek2 font size dia lak ni. haha. makin berminat nak memeriahkan blog :)

note: "..Dan sesungguhnya Ramadhan itu diawalnya kerahmatan..pertengahannya keampunan dan di penghujungnya merupakan pelepasan dari api neraka.." wallahu'alam.. (saper tau perawi hadis ni kasi tau me ek. tq)

Thursday, October 06, 2005

tukar background lagi

hehe..

ingat nak letak chatter box. pas tu page jadi lain plak. so tukar background kaler pink lak hari ni. sedondon dgn baju me hari ni. mood ok, mood ayu. tu yg pakai pink. haha. sat lagi nak try masukkan semula chatterbox tu. kalau tak dapat gak kena study coading balikla jwbnya. huhu.

update:
yes! berjaya juga akhirnya. tapi tulaa.. background kaler pink. huhu. try tukar yg biru tadi, tapi mcm ada problem sket kat setting dia. so nmpk page pjg sgt.. nantila bila2 free me update lagi.

so today story.. hmm.. hari ni ada pelancaran 'syoknye raya' kat lobi tadi. baru 2 hari pose dah nak beraya. huhu. seperti thn lepas diorg akan meronda seluruh malaysia rasanya. wallahu'alam.. wait and c. pas tu mcm last week, hari ni ada bazar kat -1. mcm2 ada. kuih raya yg me jual kat opis ni pun ada. huu. tapi yg me jual murah lagi. of courselah kan. sbb me dpt murah + tak der nak kena sewa tapak. sehingga hari ni dah ada 20 order. oklah tu. duit raya for me. hehe. beli kuih raya thn ni tak yah kuar duit.

mak call tadi. pagi tadi masa sahur me call mak (lagi seminit nak azan subuh). kitorang lmbt bgn. nasiblaa org tu msg & call. tak perasan la alarm bunyik. tp me pasti me dah bgn matikan alarm sbb masa org tu msg hp tu ada kat sblh me. haha. ngantuk sgt sampai tak sedar. bkn apa, mlm td me kena selsema (masa balik keje kena ujan). so sblm tido me mkn ubat selsema. mmg lena di ulit mimpilah mlm tadi. tak sedar. so sahur mkn nugget dan meggie goreng. tu je yg sempat. tapi rasanya nugget td mcm tak masak betul jerk. nak kenyang lagi, me minum hot choc. best!

mlm ni ada kelas. insyaallah me g kelas. alhamdulillah hari ni sihat byk. ceria gak la. kes smlm tu tak der apalah. sehari je moodynyer. -wink- masa mak call td mak ckp ayah minta maaf kalau me terasa smlm. ayah gurau2 jer mak kata. gelak me. gurau mendanyer. tu lah syaratnya. tapi mak kata.. buat istikharah. kalau betul itu orgnya ayah terima.. hehe.. senyum bleh ;-)

td dpt mail dr hr. pasal hp 3g tu. senin ni diorg dtg lagi. insyaallah kalau rezeki me utk guna hp tu, me amikla. monthly rm50 selama 6 bln. harga hp tu rm1500+-. oklah tu kan. me pun dah 4 thn tak tuka hp. tapi hp lama ni still guna kot. sayanglaa.. tak pun kasi mak. hmm.. tgklah mcm mana.

tak lama lagi nak mid term dah. sebelum or selepas raya. tgh bln 1 abis sem ni. pas tu bln 2 naik sem akhir utk thn akhir. tak lama lagi rasanya.. insyaallah tahun depan bln 6 abis study.

ceria comei
-nisnim-

Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."

Wednesday, October 05, 2005

first day fasting.. gastrik..

first day dalam bulan ramadhan.. alhamdulillah.. rasa seronok sgt. pukul 4.30am dah terjaga (tapi tak bgn).. kejut org lain bgn pas tu tido balik. me bgn kol 5am. kejut hani. tanya dia nak sahur tak. me goreng karipap frozen yg mak tinggalkan hari tu. so kami sahur mkn karipap + biskut kering cicah air teh (sedap hehe). tunggu azan subuh.. me tido kejap, bgn, solat subuh, siap g keje.

today me gastrik lagi.. tapi me nak cuba gak puasa. perut ni dah mencerut-cerut je rasa. pedih perut + pedih ulu hati. tapi still terasa nikmat puasa ni.. rasa seronok..

tadi call mak.. mak suruh ckp dgn ayah.. hmm.. sedih sket.. pagi2 dah banjir. huu.. sabarlaa.. nak buat cam ner. hal kete tu me tak kesah. mungkin me tak amik kete tu. sbb financial problem. next yr kalau rezeki lebih insyaallah beli kete. tapi bab satu lagi tu.. pedih sket nak terima.. sabarlaa hati.. huu..

rasa hati makin pedih. adoilaa..mungkin tak g kelas kot hari ni.. ish.. keje smpi ptg.. balik.. tido.. tak larat.. rasa nak muntah.. huu..

note: borak dgn abah lagi.. byk citer.. thanks abah.. insyaallah me akan cubalah nak buat perkara2 tu..


niat puasa harian: sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu ramadhan pada tahun ini kerana Allah Taala..

Tuesday, October 04, 2005

sehari sebelum puasa...

salam ramadhan..
alhamdulillah.. akhirnya me bakal bersua kembali dgn ramadhan yg mulia.. bulan penuh rahmat, bulan penuh keberkatan. insyaallah semoga ramadhan tahun ini lebih baik bagi me dan rakan2 utk melaksanakan ibadah dari ramadhan yg lepas2.. insyaallah..

semalm kat opis selesai solat asar borak dgn cik has. dia ajak buka puasa dan tarawikh kat opis. sbb kalau nak balik mungkin tak sempat + penat. takut tak terbuat. mmg me pun rancang mcm tu. nak buka puasa dan tarawikh kat opis baru balik umah. tgh mencari kawan. hehe.. dah ada org mengoffer diri, so on je la. me nak ajak kak aida gak. hmm.. tapi me tak bleh buat tetiap hari (kat opis) sbb me ada kelas tiap selasa, rabu dan khamis. kalau ikut pada jadual ada juga sehari ganti hari jumaat. dan ada sehari tak der kelas hari rabu. insyaallah hari2 tak der kelas tu me akan stay kat opis. pas tu balik tumpang cik has :) hehe.

hari ni hari selasa. 4 okt 2005 = 30 sya'ban 1426 = sehari sebelum bulan ramadhan. me mc hari ni. kenapa ye? hmm.. bgn pagi tadi rasa pedih ulu hati dan pedih perut dan rasa loya. ouh.. kena gastrik. lama dah tak kena sakit ni. me gagahkan diri juga bgn utk solat subuh. lepas solat me tdo sbb sakit. bgn dah pukul 8.30am. me msg kpd bos2 me kata me maybe halfday or mc today sbb gastrik.

bangun, bersihkan diri dan bersiap ke klinik kat setiawangsa. tak sarapan pun lagi sbb rasa mcm perut dah ok sket. sampai klinik, mak aiii.. ramainyer org.. masing2 bawak anak, ada juga yg pregnant..ada juga yg dtg sorg2 mcm me. hehe. rasa mcm g klinik ibu mengandung dan kanak2 lak. me dpt no 33. kat skrin no 7. aduhaii.. jenuh menunggu. lepas 7 terus 21. alhamdulillah.. tapi adalaa dlm 2 jam juga menunggu. perut yg dah ok tadi pedih balik (mungkin sbb blum sarapan). me keluar g kedai beli muffin gardenia dan milo kotak. tu je sarapan me pagi ni. tak ada selera. doc check tpt2 yg mmg pada org gastrik. pedih masa dia tekan tu + sejuk benda alah yg dia guna tu (apa nama ntah-trade mark doc). dapat mc 1 hari.

balik umah ingat nak terus tdo. msg kwn kata dpt mc. dia tanyer dah mkn ubat ke belum. huu.. ni la yg paling malas nak buat. tgk ubat tu rasa rugi lak kalau tak mkn. tapi sumer ubat kena mkn selepas mkn.. ayark.. penat pk nak mkn apa. me just panaskan sambal kerang dan mkn ngan roti. pas tu mkn ubat. pas tu tido..

lama gak tido. kol 1 sampai 3.30pm. bgn terus solat zohor. lepas solat perut pedih semula (skrg pun tgh pedih). borak ngan abahmuizz kat google talk. abahmuizz kata mungkin sbb tak mkn lagi. ye lah kot. tak tau nak mkn apa. ada roti, kuih karipap frozen ngan nugget. tapi kena goreng. malasla plak. tgk lah sat lagi.

sebenarnya online ni nak tgk ada lounching kat opis (video streeaming). tp ada buffer. so tak bleh tgk. apa laa.. susah la online kat umah. kalau kat opis tak yah online. turun je kat lobby tu tgk lounching tu. adik kata tadi ramai org kat lobby. dia online dr opis dia kat ipoh ok jerk. huu.. jelesnyer..

mlm ni ada kelas. tapi me tak g. rasa menjerut je perut ni. tak pasal menggigil dlm kelas kang. kelas sama ngan kelas semalam. so, insyaallah buat tarawikh kat umah. g surau? tak kot.. tak ada org (muhrim) nak teman + tak larat nak jalan jauh. terasa rugi gak. kalau dpt solat kat masjid kg baru best ni. imam dia baca best. biasanya kalau bln pose ni imam jemputan dr luar. wallahu'alam..

mak tak tau me kena gastrik ni. kalau dia tau sure dia bising. bkn apa.. dah 2 kali me kena gastrik teruk time mak ayah ada kat umah. muntah2 tgh mlm.. kali ni tak kena muntah2.. loya jerk. shh.. jgn ckp kat mak. hehe.

-deleted- sajer delete part ni.. biarlaa ingat sorg2 :)

-deleted- part ni pun me delete gak.. tak penting.. penting utk me je. hehe.

hmm.. semalam juga borak ngan abahmuizz pasal dia.. abah pesan supaya cari org yg menjaga agamanya.. insyaallah.. me nak cari pemimpin dan pelindung me.. semoga org tu bleh jd imam utk keluarga me.. thanks abah :)

hmm..
me serahkan semua pada Dia. me akan pkkan yg terbaik utk kami.. doakan me.. doakan me sihat utk menjalani iadah puasa ni juga.. (perut makin pedih..huu)..

salam sayang..
nisnim

"mata kadang salah melihat..mulut pula salah berucap..hati salah menduga.. sebelum mentari terbenam, sebelum RAMADHAN datang..mohon maaf atas salah & khilaf.. Marhaban Ya Ramadhan.."

Monday, October 03, 2005

~smile~


Assalammualaikum..
Just wanted to wish u a Bright and Beautiful Day..

Few Relations In EarthNever Die. Take the firstletter from each word to get the word which justify the relation between us.

Saturday, October 01, 2005

kemaafan..

"Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita. Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka. Kemaafan yang diberi secara ikhlas umpama pisau bedah yang boleh membuang segala parut luka emosi "

quote tu me ambil dari blog zul (hmm..blog zul lagi..)..menarik sbb kebetulan mmg baru membicarakan ttg hal kemaafan sesama manusia..

maaf.. satu perkataan yg amat mudah di lafazkan..dan di taip.. tapi dalam hati tu, benarkah kita telah memaafkan seseorang yg pernah melukakan?

kelmarin borak dgn ujang. kami berbicara ttg kisah silam.. kisah silam me. kisah 4 tahun lepas.. dan kaitkan dgn hati me kini. ada kaitan ke? wallahu'alam.. mungkin juga. ujang nasihatkan me 'lembutkan lah hati tu..maafkanlah dia..' entahlaa.. me tak tau nak kata. me lafazkan me tulis.. mmg me dah maafkan dia.. tapi me rasa.. hati me tetap masih kat boleh terima.. hmm.. maknanya apa? ujang kata.. tu maknanya me masih belum maafkan dia.. sayu rasa hati.. sedih juga.. tak tahulah.. rasanya dah maafkan.. entah..

me mmg nak jadi seorang pemaaf.. tapi ttg dia ni mmg susah.. hati rasa keras kalau bicara ttg dia. rasa geram.. rasa yg tak dpt nak di gambarkan mcm mana. dia byk mengubah peribadi me.. tu lah dia.. kekuatan sayang.. cuba nak jadi yg terbaik utk dia.. cuba utk menyayangi dia.. cuba utk disayangi dia.. cuba utk sentiasa di senangi dia.. tapi apakan daya.. ada orang lain yg boleh memberi lebih dari apa yg me beri dan buat utk dia.. oktober ini.. 13 oktober.. genap 4 tahun kami berpisah secara rasmi.. dengan petunjuk dari-Nya, setelah bicara dgn Dia Yang lebih mengetahui dan memahami.. di atas sejadah bertemankan air mata.. dengan tekad dan nekad.. dan tak mungkin utk kembali semula. cukuplah pengalaman setahun itu me rasa keperitannya.. mengharapkan sesuatu yg tak pasti.. cuba memenangi hati seseorang yg akan dimiliki org lain.. Allahu.. (hati sentiasa keras kalau ckp pasal dia.. marah lagi kot? me tak tau.. sbb tu skrg me tak akan cuba nak miliki hati org yg dah ada org lain.. pergilaa.. me tak kesah..huu)

18 september baru ni me pergi rumah dia. sbb dah janji dgn mis dan mak (masih panggil mak dia 'mak'). 14 september birthday mis. lagi pun sejak dia jatuh bumbung hari tu, lepas me jmpa dia kat spital bln 6 hari tu me tak pergi tgk dia lagi. kali ni dtg tgk dia dah sihat alhamdulillah.. me hadiahkan kek birthday beli kat kl sentral utk mis. mis simpan kek tu. katanya kek t cantik sgt. kebetulan kat rumah dia ramai hari tu. me tanya kenapa tak jamu.. dia kata sayang.. dia nak mkn utk family gath esoknya (mis, mak dan dia). me pulangkan gambar dia.. gambar masa dia kecik2. me sampaikan pada mis. mis tanya kenapa me pulangkan.. simpan je laa.. akak tak sanggup mis.. sakit rasa bila tgk gambar tu.. maafkan akak ye..

dia call.. dia tau me dtg.. dia ckp kat mak, dia nak ckp ngan me.. lama tak dengar suara katanya. me tgh solat time tu. lepas solat mak suruh mis call dia semula. mak suruh me ckp dgn dia. ya Allah.. beratnya rasa.. tak tau nak bicara apa. sepuluh patah di tanya sepatah je me jawab. me tak bersedia nak bercakap dgn dia lagi. me tau semua org kat situ perasan mcm mana cara me bercakap ngan dia.. keras. keras sgt. me tak nak ckp dgn dia!

ujang tanya.. mcm mana kalau time tu tiba2 dia ada dpn me? me boleh maafkan dia tak? me boleh terima dia tak? me tak tau.. me tak tau!!... mcm mana kalau tiba2 dia lamar me semula? me nak terima tak? me tak nak! kenapa tak nak? sbb ayah tak kasi.. diri sendiri mcm mana? tak nak juga! betul ke tak nak? ye la! dah kata tak nak tu tak nak la! ujang push me dgn soalan2 tu. me bingung.. kami diam kejap.. me ckp.. semua tu Dia dah tentukan.. me rasa me bkn dgn dia.. keputusan yg me buat 4 tahun lepas dengan petunjuk dari Dia. walau me masih sayang kat dia sekarang ni pun, mungkin jodoh me bkn dgn dia.. me lebih sayangkan ayah me dan family me lebih dari dia.. Insyaallah satu hari nanti me akan jumpa juga dgn seseorang yang lebih baik dari dia yang telah ditentukan oleh-Nya utk me.. wallahu'alam..

maaf? me akan cuba juga utk maafkan dia dgn lebih tulus. bkn dgn ucapan keluar dari lidah atau bkn setakat lancarnya jari menaip tapi lahir tulus dari hati.. mungkin ambil masa sikit lagi.. tak tau mcm mana.. rasa mcm ada benda yg tak selesai lagi.. mungkin kami perlu bersua dan dia ikhlas minta maaf dgn me. huh.. tak taulaa..

---
today..1st october 2005
hari ni birthday my mom.. happy birthday to u. may all ur dream come true.. may Allah bless u.. semoga di permudahkan dalam menjalani kehidupan dunia akhirat..
mlm tadi alang sampai umah. pagi ni me bangus dia dah tak der. me msg dia. katanya on da way to sepang. jumpa mak. hmm.. patutnya dia kerja today. but naluri tu lebih dekat utk jumpa mak. lari la. apa lagi. :D bagus tul. sabar je la.

me buat apa hari ni? tido je.. lepas zohor tadi rasa letih me tdo lagi.. sampai maghrib.. tak taulaa.. tak productif betul hari ni. assignment tak siap lagi. next week nak hantar. pk mcm2 rasa letih.. tu yg tdo je kot.

ada org msg nak 'kawan' dgn me. haha. sabar je la. tak der keputusan. nantilaa.. me solat istikharah dulu.

mlm ni ada mcm2 citer kat tv. bola - selangor lwn perlis, mlm puisi angkasapuri, cerekarama, anakku sazali.. tgk sumer. hujan lak mlm ni.

hmm.. ngarut mcm2 dah ni. k lah.. nak buat assignment.

salam sumer..
miss my mom..