Salamun alaik’
Baru balik umah ni. penat..hmm.. skrg kol 10.40pm. tadi kuar ngan along, abg long and sufi g jalan2 mkn angin sampai area pandan indah. Ada hal sket yg benonyer. Hmm.. sebenarnyer me tak sedia nak jln sampai ke sini. ingatnya nak g melawati jerk. Org dah bawak ikut je la. Ngantuk.. huhu. Borak2 ngan along adala 1 jam kot. F pun dtg td. Sempatlah along tgk dia. Dia dtg kasi document2 yg perlu utk di berikan kepada seseorang. Hmm.. so taulaa serba sikit pasal dia + nama x-gf dia. Haha. Erk.. down kejap bila tau tadik. Huu.. (jeles ke?hmm.. ye kot.. ingatkan dia tak penah ada ‘somebody special’ hehe)..
Bila tau ‘kawan’ kita pernah ‘mempunyai seseorang’ pasti nak tau lebih lanjut lagi.. agaknyer sumer pompuan mcm tu kot kan? Lps tu moody sengsorg. Haha. Hmm.. dah tau nama, nak tau umur.. pas tu nak tau mcm mana orgnya.. org mana.. nak tau juga kenapa break.. dan.. betul ke dah break? Hmm.. nak tau mcm2lah. Tapi.. tak nak tanya. Kalau boleh biarlah org tu citer sendiri. Kalau org tu tak citer, teringat2.. terasa seperti ada pesaing + takut di bandingkan.. mungkin kot.. Tapi tulah perbezaan lelaki dan perempuan. Lelaki jarang dan sememangnya tak suka nak cerita apa yg telah berlaku. Yg dah lepas tu lepaslah. Betul tak? Kalau perempuan, tanya sikit sumer dia citer. Hehe. Tak taula org yg dengar tu sebenarnyer nak dgr ke tak.
Hujung minggu ni me tak der kat umah. J balik sepang. Jumaat mlm hari tu dlm kol 12 tetiba jerk oon muncul depan pintu. Dia tanya me balik sepang tak. Hmm.. dah dia balik umah, so me pk eloklah kitorang balik sepang. Sbb mmg me plan cam tu. Kalau sorg mmg me tak balik saner.
Cadangnya sabtu pagi nak g menara celcom kat semarak. Tp tak jd sbb document yg me nak kena bawak tu tertinggal kat opis. So lepas sahur & solat subuh tidolaa. Lajak lah gak. Bgn terus mandi and borak2 ngan oon. Call along tanyer dia nak balik sepang tak. Along tanyer abg and abg kata ok if me nak support duit minyak. Huu.. oklah.. nak buat cam ner. Numpang orgkan. Kenalah agree. Kalau tak, naik baslah. So dr umah pukul 4.30pm sampai kat sepang kol 6.30pm. mak masak nasi lemak ngan kek cokelat. Best. Lama sgt dah tak mkn nasi lemak ngan kek cokelat mak. Along balik kl mlm tu gak. Sufi dah ngamuk2 nak balik. me and oon tido sepang.
Ahad (hari ni) lepas sahur ngan solat subuh me tido balik. rasa mcm ngantuk sgt ngan penat + pening kepala + pedih perut. Mlm td ujan. Best tido. Ingat pg ni nak drive sekitar sini. tp ada org pinjam kete ayah. So tak dptlah drive. Lepas zohor dlm kol 2 lebih ayah ngan mak hantar kitorg ke bus stop. Naik bas dr sg pelek ke kl kol 3pm.
Kol 5.30pm sampai kat pudu raya. Biasalah kat situ kalau tak jem bkn pudu raya kot. Me naik star ke masjid jamek pas tu naik putra. Sajer malas nak jalan. Oon plak amik bas kat dpn petaling street ke hostel dia. Dlm bas td dia sibuk menghafal bahasa jepun sbb dia ada test esok. Pas tu tdo. Me sampai umah kol 6.30pm. singgah kedai awe kat bawah ni beli nasi putih ngan fresh oren. Bdk kedai tu kasi botol air. Dia kata ‘adik akak punya tertinggal smlm’. Haha. Patutla mcm penah tgk je botol ni. Sampai umah me msg hani tanyer pasal botol air dia. Betullah dia kata mmg botol dia tertinggal. Sabar je la.
So today me rasa mcm penat je. + moody.. hmm… esok lak nak keje. Ada keje tak siap lagi. Assignment lagi. Mcm2 laa.. huu.. rasa tak der mood nak buat benda. Cam ner ek? Hmm.. hari tu penah rasa mcm ni, pastu me mandi lama2. segar sgt lepas tu + rasa cool. Erm.. nak buat cam tu lagi lah kot. Hee. K lah, nak menenangkan fikiran (mandi, solat isyak, terawikh and tdo..).
Wassalam..
9/10/2005 (6 Ramadhan 1426)
11.00pm
update (1.48am):
baru lepas buat assignment utk subject software engineering. Tp tak siap lg. Ada dua assignment utk subject ni. Esok kat opis nak cari maklumat utk salah satu assignment tu (berkenaan fungsi editor bg Visual Basic) pas tu mlm nak buat slaid utk presentation tajuk ‘perolehan dan analisis keperluan’. Kat opis esok gak nak siapkan latihan makmal 2 utk subject network programming pas tu kalau boleh nak siapkan latihan AI (dan hantar terus pada en zakree. + kerja opis kena buat gak. Program yg nak kena amend dah sedia menanti. Loading data lagi. Fuh. Mcm byknyer keje.
Teringat smlm lepas berbuka kitorang kumpul kat ruang tamu satu family. Termasuk sufi anak along. Budak kecik bila tgk ramai org biasalah dia tunjuk perangai. Sufi mmg comel. Haha. Ayah ckp sufi mcm me masa kecil. Kalau tgk dr rupa, mmg me dah perasan benda tu beberapa minggu lepas. Muka sama, rambut sama, ayah kata perangai pun ada sikit sama. Along plak ckp masa dia pregnant mmg me akan kena apa along kena. Cth.. kalau along demam, me pun demam, kalau along selsema me pun selsema, along mc me pun mc. Haha. Bila ingat2 balik, mmg betul pun. So.. sufi tu kenan me lah kot sesikit. Huu. Tak per.. mak sedara dia gak.
Me sajer je nak online kejap ni. Just nak update blog dan tgk2 mail. K ya. Mau tidur. Esok nak sahur.. bye.. salamun alaik’
note: kelebihan tarawikh.. Allah berikan pahala malaikat2 yg tawaf di baitul mak'mur kepadanya, batu2 dan tanah2 juga berdoa agar Allah ampunkan dosa org yg bertarawikh.. wallahu'alam.. (kalau info ni salah tolong betulkan ye..tq)
MAMA CARRIES
-
*MAMA CARRIES*
*Source : Noni*
*Ingredients* :
300 g butter
400 g flour (I took out 1/4 cup)
130 g cornflour
100 g icing sugar
1/2 teaspoon vanilla ess...
5 years ago
No comments:
Post a Comment