assalammualaikum..
selamat pagi.. biasalaa.. hari senin malas nak keje sebenaunyer.. dah sedap lepak kat umah. bleh tido balik lps subuh.. hehe.. tak der terkejar2 nak buat keje dll.. kan??? ke ada yg suka g keje hari isnin?
k, me open new entry. entry last week tak update lagi. nanti me update citer pasal gangguan sexsual tu ye Am. still rasa terganggu.. tak bleh nak tulis plak. hmm.. ehh.. bkn me yg kena.. tp adalaa org tu.. dan org tu citer pada me.. dan me terganggu perasaan jerk.. hee..
me nak citer pasal aktiviti 2 hari ni. sabtu hari tu sepatutnya me teman kawan g dating. tp tak jadi sbb org yg nak di teman tu tak jadi plak g dating. so me dok umah separuh hari. petang lepas solat zohor me g umah along. ingat nak g kol 1.45.. tp terlajak smpai kol 3 lebih kurang. semua ni sebab 'daun ketupat kering'.
sblm me kuar rumah me call dia. tanya dia tgh buat apa. pukul 2.15 kot masa tu. katanya tgh tgk tv citer 'daun ketupat kering'. dia suh me tgk. hmm.. malas nak tgk tv. tp bukak gak la tv tu. senyum me bila tgk fauziah nawi, rosyam nor dan rushdi ramli. terus me msg kat dia 'ni ke citer yg awk nangis tgk tu?' dia balas 'yep'.. ehem.. kenalah tgk.. nak tau gak napa dia nangis. hm.. belum sampai tgh pun me dah rasa sebak. sbb.. cara rosyam nor tu dan rushdi tu berborak mcm adik beradik, pas tu adik beradik lain yg marah2 sbb abg long tak balik lg - nak balik kg samer2, relationship tu yg buat me teringat adik beradik me plak. seronok mmg seronok kalau balik raya ramai2 ni. yg buat rasa tersentuh tu bila kak long tersangkut dlm jem. abg long (rosyam) plak marah2 sbb tension adik2 dok bising. sampai kak long keluarkan ayat suh abg long balik kg dulu dan dia nnt balik sendiri. alahaii.. jiwanglah plak. pas tu bila buka pose kak long tertidur tak siapa tau yg kak long dah balik umah. dah la pregnant.. hmm.. sedey woo.. cerita ni byk flash back. pas tu me tak tau apa jadi sbb me terpaksa keluar rumah sbb nak g umah my kak long. sampai umah along sambung tgk dah smpi part kereta jenazah sampai umah. anak2 sumer balik raya.. tp dlm keadaan yg berbeza.. yg hidup cuma waris abg dan kak long. sedih.. tp me tahan gak la, try buat benda lain. so tak der la nangis. hehe. me msg dia tanyer 'nangis lagi ke?' tp dia tak balas :)
dok kat umah along sampai mlm - lepak, mkn, main ngan sufi. lepas solat maghrib g giant beli susu sufi + beberapa brg yg mak pesan. balik tu g kedai mamak kat melawati (dharbar) mkn roti nan cheese. kenyang giler. dah lama tak mkn roti nan. balik umah sakit perut. tak tau napa. sapu minyak angin pas tu tidoq. along g putrajaya tgk mak mentua dia kot (ada kursus haji kat saner). kitorang (me and jim) sampai umah dlm kol 10 lebey kot. hani tak sampai lagi masa tu. lepas lepak lama sket br hani sampai. biasalah.. borak2 dulu adik beradik baru tidoq. bila masa study pun tak tau. haha
ahad - pepagi dia dah call kata nak balik kl hari ni. ada hal sket. tp tak tau lg pukul berapa. esok (isnin) kena balik bp balik. amboi mak. suka2 hati dia jerk nak balik. tp sbb ada benda kena settle sblm 22 nov. so katanya terpaksalah.
hari ke 2 jim jadi bodyguard hani tunggu bas sementara nak g keje. hani janji ngan ada sorg kakak yg keje dkt ngan tpt dia gak. me tak kasi dia tunggu sengsorg lagi. sebolehnya minta sesaper temankan. ntahlaa.. rasa takut tu ada.. kalau apa2 jadi me rasa bertanggungjawab.. hari ni last jim temankan kot. sbb hr ni dia ikut along g kelantan. jumaat baru balik rasanyer. tak per kot. asalkan hani tak sorg. tak pun nnt minta tolong acir or adi temankan ke..? bleh kot kan long?
hari ni plak me patutnya g umah terbuka kat setapak. ayu (kawan masa blajar kat sg petani - sijil) buat open house. tp tak dpt.. sbb me di minta utk mewakili TM ke majlis hi-tea anjuran IIS berkenaan Religion Talk kat Hotel Istana. patutnya me g ngan kak haraza, tp pepagi tu kak haraza call kata dia demam. so me kena cari ganti. me ajak kay (kamaliah nama dia). masing2 gamble je pegi sbb tak tau kat mana hotel istana. hehe. me tumpang kay dr masjid jamek pas tu sama2 sesat sblm sampai hotel istana. nasiblaa kuar awal. dlm kol 2 sampai saner + sempatlah solat zohor.
perkara menarik (dan tak menarik) semasa tunggu kay.. me dok kat luar stesen star masjid jamek. dkt traffic light tu + tpt kete/teksi berhenti tu. pakai dah la mcm org nak g kenduri kawen. haha. segan gak la tunggu lama2. me jadik kaunter pertanyaan lak kat situ. hee.. tak pasal jerk. memula sorg akak indonesia tu dtg kat me.
'dik tumpang tanya sikit ya.. mcm mana nak pergi chow kit ya?'
'akak nak jln kaki dr sini ke?' (sbb me tgk dia berpeluh mcm dlm perjalanan yg jauh)
'boleh ke dik kalau jln saja?'
'jauh kak.. akak kena naik bas'
'kalau naik cab bagai mana ya?'
'tak jauh sgt..tp waktu mcm ni takut jem..'
'jd bagai mana ya? kalau nak ke kota raya?'
'akak jalan sikit sampai ke bangunan cahaya suria tu. pas tu nnt akak jmpa kota raya. akak boleh naik bas kat situ' - sebenarnya me tak pasti betul ke tak. tp sbb dia tanya kota raya kat maner, me ckp je la.
'oo.. mcm tu ya.. terima kasih dik ya..'
'samer kak..'
terasa mcm teruknya me. nama je dok kl tp nak kasi direction kat org punyalah susah. still berdiri kat tepi jln tu tunggu kay.. lamanya.. penat weih. tgk perangai org kat situ.. mcm2 ada.. hmm.. tak lama dtg sekumpulan (family rasanya) plak kat me tanya lot 10. erk.. ala.. seumur hidup rasanya tak pernah g saner. tetiba lak me tau speaking. haha. diorg ni dr india kot. diorg nak jln kaki gi lot 10. bleh ke? tak kot kan.. me suh diorg naik lrt pas tu amik monorail utk ke saner. tp tak taula apa yg org kat kaunter star tu ckp kat diorg lak. sbb lps tu me nmpk diorg amik cab terus ke saner.
yg last ni plak cauple dtg kat me. yg lelaki ni mcm askar je (sbb rambut dan muka nmpk cam ganas sket. hehe). diorg tanyer kat mana ktm. alahai.. tak terpk lak me kat maner ktm. try pk tp tak dtp. sudah me kata 'minta maaflah ye.. sy tak pasti ktm kat maner'. rasa mcm tau.. tp tau tau nak kasi direction. malula plak. hehe..
me ni tak aktif jln kaki sengsorg meredah kl utk tau kat maner jln pintas ke apa ke. me lebih suka naik lrt star or putra. nak ke pudu raya pun me sanggup tukar train putra kat masjid jamek pas tu naik star sampai plaza rakyat. me rasa mcm tu lebih selamat. mmg berjalan tu jimat. tp me tak yakin..
masa tunggu tu juga me nmpk sorg lelaki 'gila' kot. takutlaa.. risau tgk org tu. dia naik basikal. pakai baju lengkaplah elok. tp perangai tu tak senonoh tambah plak ngan muka yg nmpk tak terurus dan menjengkelkan. me tension tunggu kat situ. teringat hani. hmm.. lelaki gila ni bleh berenti tepi jln tgk sorg pompuan mak saleh dgn pandangan tak senonoh dia tu. tersengih2 tak tentu pasal. tak tau lah minah tu perasan ke tak. sbb minah tu membelakangi org gila ni. minah ni pakai skirt kembang kaler putih bunga merah paras bawah lutut. badan sedikit berisi. so nmpk seksi sket.. sampai minah tu jalan g tpt lain baru org gila ni teruskan perjalanan dia. lalu plak depan me. berderau darah bila dia paling ke belakang. hopefully bkn tgk me (sbb dia melintasi dua org bdk pompuan seksi dan free hair). tp still rasa takut. sbb benda dpn mata.. walaupun org tu tak buat apa. ish.. tak renti me doa agar kay cpt sampai.
first time g istana hotel. best ar gak. apa yg best? hm.. ada surau yg senang nak g, cantik.. apa lagi? lain2 tak tau sbb me pergi utk dgr talk je. makanan.. ok kot. me mkn roti jala dan kuih je. sedap. yg lain2 tak sempat rasa dah abis. sumer org dtg dgn perut kosong kot. talk pasal 'islam..a backward religion?' by shah kirit kakulal govindji. tetamu internasional. pelbagai negara (vendor kot diorg ni sbb TM hantar vendor kitorang dr China 2 org. yg lelain org TM + husband masing2) dan pelbagai agama. ada sessi Q&A yg hangat gak.
tak sempat abis kitorang dah balik sbb kay ada jemputan kawen mlm tu kat dewan merak kayangan kat semarak. me tumpang sampai lrt. me singgah opis sat amik barang. asalnya nak balik terus tp dia call kata dah smpi kl dan suh me turun kat kl sentral + dia jemput kat saner. rasanya tak berbaloi jerk sbb dah nak maghrib. me suh dia solat dulu dan amik me lepas maghrib kat opis. pelik bebudak guard tgk me dtg opis memalam. me just kata nak amik barang. kol 7.55 dia sampai. kitorang g mkn kat kedai mamak (lagi) - kedai pelita dkt ngan klcc. punyalah ramai org. tp mungkin sbb sedap kot. lepas mkn terus balik. sbb dia nak ke gombak jmpa kwn dia plak. so satu arah. boraklaa mcm2.. dia citer pasal arwah mak dia dan napa dia nangis tgk citer tu.. balik umah tunjuk kat jim gambar dia. soalan pertama dia dan hani 'ngah, dia garang tak?'. haha.. garang kot dik.. tak garang bkn polis kot. tak nak dia garang jgnlah buat pasal. muka dia mmg jenis serius. so nmpk garang. tp so far rasanya tak der la garang tak bertempat. kadang mcm bdk2 gak.
so hari ni kerja.. kerja pertama adalah mengarang blog. pas ni sambung kerja2 lain. lapar laa.. mcm malas je nak buat apa2.. hmm...
kak fizah call ajak g umah dia ada open house tgh hari ni kat cheras. yeyey. bestnyer g makan. haha.
-ngantuks..lapar..-
~nisnim~
update:
lunch hari ni kat umah kak fizah kat cheras. best. ada nasi ayam dan rojak. pas tu ada kuih raya yg best gak. me laa ni kemaruk nak makan kuih raya. haha. kat umah tak der kuih raya, so kenalah cari org punyer.
dia nak juga kete tu. hmm.. tak tau nak kata apa dah. dah kena syarah dgn mcm2 org tp still nak juga. abah awk marah nnt baru tau :p mlm ni dia balik bp. drive bwk kenari dia. sayang kenari tu sbb baru lagi. gatai betul nak tuka kete. hmm.. semoga selamat sampai kat bp ye awk. 2 minggu je lagi kat saner kot kan (insyaallah..). me pesan kat dia, kalao rasa2 tak nak kawen or lmbt sgt nak kawen inform awl2. bleh me cari org lain. haha. pas tu kena marah plak :p tau tak per.
along g kelantan ptg ni. dah g lah kot ni. tak pasti jim ikut ke tak. try call umah enggage.
rasa letih walau tak buat apa sgt pun hari ni. nak solat asar, pas tu nak balik. hmm.. rindu kat tilam.. bantal.. simut.. katak ijau.. teddy bear.. hehe..
salam..sayang..
MAMA CARRIES
-
*MAMA CARRIES*
*Source : Noni*
*Ingredients* :
300 g butter
400 g flour (I took out 1/4 cup)
130 g cornflour
100 g icing sugar
1/2 teaspoon vanilla ess...
5 years ago
2 comments:
aduh.. daun ketupat kering tu memang menyayat hati btoi. Sebak gak la edd tengok citer tu..
nangis tak? ish.. apa kelas sebak jerk. len kali tgk sampai nangis :D hehe.. sedeylaa citer tu kan..
Post a Comment