Assalammualaikum & Selamat sejahtera,
Minta tolong pada kawan2 jika ada ternmpk kereta Proton Iswara Aeroback no plat NBQ5365, warna hitam, mempunyai kesan kemek pada pintu sebelah kiri dan ada bantal oren dibelakang (mungkin gak dah tak der.. huhu) untuk menghubungi balai polis berdekatan bagi melaporkan di mana kereta tersebut berada atau menghubungi saya (anim: 013-2041310) atau adik saya (Ena: 013-3682439).
Untuk makluman, kereta tersebut telah di curi antara jam 8.00am - 8.00pm, pada hari Isnin, 13/11/2006, di kawasan meletakkan kereta rumah flat Bengkel Mara, berdekatan dengan Klinik Kesihatan dan Pergigian Dato' Keramat juga berdekatan dengan LRT Jelatik (boleh nmpk dari dalam LRT). Kehilangan disedari pada jam 9.00pm ketika adik saya balik dari kerja dan didapati keretanya telah tiada di tempat dia meletakkannya pada pagi hari tersebut. Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Hulu Kelang.
Harap dapat sebarkan.. Kerjasama amat dihargai..
Tq & Rgds.,
Zanisahanim Mohd Kamarudin
03-22407831
-----
erm... ni email yg me fwdkan ke kwn2 me tadi pagi. sampai2 terus create email. kesian kat alang...
kebetulannyer.. alang baru seminggu ni berjinak2 naik LRT (or tak sampai seminggu). dia naik LRT kat Jelatik. so park kete kat area situ. mana2 sempatlah kot.. kebetulan juga.. smlm masa me naik LRT dan tgk ke luar tingkat masa LRT tu melalui kwsn berkenaan terdetik dlm hati 'alang parking kete kat maner eh??' dan me mmg mencari2 keretanya. yg nyata, kalau dlm tempat parking kete yg luas tu (hari jumaat ada pasar mlm kat situ) mmg kete alang tak der. 'dia park kat tpt lain kot..' dan terus terlupa pasal kete dia..
mlm tadi me balik awal. dlm keadaan ujan lebat. balik smlm tumpang Cik Has (bos kat opis) sbb sama arah. dedua nak g pasar malam kat dpn umah me. sampai umah mmg kuyup. nasib ada sweater. hehe.. tp pening gak la sbb ujan kena kepala. tak bwk payung la katakan...
tak lama lps me solat maghrib dan rehat2 hani plak balik. borak2. makan2. rehat2. tgk tv.. sampailah alang plak balik. cam biasa dia balik senyap je.. cuma nmpk letih. ye lah kan.. baru balik keje. me nak tanya pasal jubah yg me pesan tapi rasa tak sampai hati lak sbb dia baru je masuk umah. so me diam je.. tgk je telatah dia yg diam keluar masuk bilik dan on notebook dia.
me duduk kat salah satu kerusi utk tgk tv dan terperasan kertas yg ada logo polis dkt ngan hang bag alang. 'ehh.. report polis??' me tanya dlm hati.. biasalaa.. kalo logo polis ni me alert sket. hehe.. me amik kertas tu dan baca.
'report polis?' me tanyer alang..
'apa yg hilang?' sambil baca.. alang tgk je me baca report tu tanpa ckp apa2.. kami berpandangan lps tu.. me terkedu..
'kete ilang??' alang angguk je.. hani pandang kami berdua tak caya..
'mcm mana bleh ilang..?'
'ntahlaa.. bla..bla..bla..'alang citer sama mcm yg tertulis dlm report dan yg me tulis kat email kat atas.
'kena tarik tak? dah byr ke? ada tunggakkan tak?'
'org dah byr.. ni nak cek kat MBB gak ni.. resit pun ada..'
'hmm..' me tolong tgk juga akaun maybank dia. dia tunjuk berapa yg dia dah byr kat me..
'tak per laa.. print statement ni.. apa2 hal laa..'
'esok printkan ye?'
'k..'
huu.. sian alang.. mlm tu alang tdo cpt.. nmpk sgt dia down lepas me tanya psl report tu. mmg tak terpk kereta yg ilang masa nmpk report tu. me terpk wallet ke apa ke.. mmg tak sangka.
bila dia sedar kete dia ilang dia terus call kwn baik dia. smlm dia g bt report tu dgn kwn dia. dan kwn dia juga yg hntr dia balik. pagi tadi alang msg kater dah call bank dan confirm diorg dah terima bayaran sampai nov 06. maknanyer.. mmg sah kena curi kete tu. polis pun dah sahkan yg kete tu bkn kene tarik oleh mana2 dbkl atau mpaj dll. terus me call alang tanya info utk me emailkan kat kengkawan utk tolong usha kete tu kot nmpk kat maner2...
tolonglah ye kawan...
insyaallah kalau mmg rezeki kami.. semoga jmpa semula..
huu...
kesian alang..
huu
MAMA CARRIES
-
*MAMA CARRIES*
*Source : Noni*
*Ingredients* :
300 g butter
400 g flour (I took out 1/4 cup)
130 g cornflour
100 g icing sugar
1/2 teaspoon vanilla ess...
5 years ago
10 comments:
ooo...gitu citernyer yerk...insyallah kalau ader rezeki, dpt balik keje adik nis tu nanti...doa byk2 yerk...
opsss...sori silap eja, bukan keje, keter...hehehehe...
insyaAllah, tuhan akan membantu pada insan yang sangat memerlukan pertolongan. rash dah sebarkan mesej pada rakan-rakan terutama di kawasan ulu kelang. sabar ya Alang!
tq.. tqvm..
adinda
loooo kesiannyer... kalau ada rezeka jumpalah tu..kalau tak ada cari kete lain yee..
assalamualaikum anim..
anim..siannye adik awak..sabak ek..saya doakan supaya polis jumpa kete tu nanti..
waalaikumussalam...
kak adinda.. insyaallah kalau ada rezeki jumpa laa... kalau tak der mmg bleh cari lain.. tapi setakat cari je la kot eh?? ehehe
ayat.. insyaallah..
alahai...kesiannya...
Very slim chance of getting it back actually. Tapi insyaAllah kalau dah rezeki kita, tetap rezeki kita.
tu la pasal.. btwn.. angah ni saper?
Post a Comment