Monday, September 10, 2007

‘Tiada wanita mahu saya’

jumaat lps (7/9/07) masa dlm lrt ternampak org sebelah baca harian metro. tajuknyer tak la menarik sgt tapi ada perkataan 'PGA' yg menarik me utk membacanyer.. berikut me copy dari harian metro online. berita ttg anggota PGA yg cuba bunuh diri (rasanyer). terus me teringat kat bf me. igt nk msg dia tanyer pasal mamat tu, tapi tak jadik. tadi me call dia. borak2 sat. pas tu me tanyer la pasal bdk ni. dia ckp dia kenal tapi dia cakap dia tak tau napa bdk tu bt mcm tu. katanyer bdk tu dah meninggal sehari slps masuk wad. me cuma pesan kat dia moga dia tak bt mcm tu.. last dia tanyer 'napa berita tu menarik?' huhu... for sure laa.. me ckp me takut.. dia diam jer...

---------

‘Tiada wanita mahu saya’
Oleh Nazarali Saerilnazarali@hmetro.com.my

KLANG: “Tidak ada wanita mahukan saya. Saya juga lebih banyak menyusahkan orang dengan keadaan diri yang kurang sempurna,” kata seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di Kem PGA Telok Gong, Jalan Perajurit di sini, kelmarin.

Kata-kata berkenaan diluahkan anggota berpangkat lans koperal itu kepada seorang lagi anggota di kem berkenaan sebelum dia ditemui terbaring dengan kesan tembakan di kepala di kem itu, pagi semalam.

Lebih mengharukan, anggota berkenaan baru saja bertugas kurang 24 jam di Kem PGA Telok Gong selepas dipindahkan dari Kem PGA Cheras, kelmarin.

Polis kini menjalankan siasatan berkaitan kata-kata mangsa yang diluahkan kepada rakan setugas sebagai antara motif kejadian dia ditemui dengan kesan tembakan di kepala.

Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohd Rodwan Mohd Yusuf, berkata beberapa motif kejadian sedang disiasat dan antaranya ialah luahan hati Lans Koperal Mizal Azmi Zakaria, 34, berkaitan keadaan fizikalnya.

“Siasatan berdasarkan luahan hatinya menunjukkan mangsa pernah terbabit dalam kemalangan tiga kali sebelum ini iaitu dua membabitkan kenderaan dan satu lagi akibat terjatuh.

“Pahanya serta punggungnya pernah patah dan dia agak tempang bila berjalan,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang di sini, semalam.

Menurut beliau, mungkin ada motif lain dia ditemui dalam keadaan cedera parah selepas bahagian kanan kepalanya hingga ke bahagian kiri ditembusi peluru akibat tembakan Revolver .38.

“Kejadian berlaku kira-kira pada jam 8 pagi semalam ketika mangsa berada dalam tandas di belakang pos pengawal kem berkenaan.“Rakan setugas mangsa melihatnya masuk ke sana sebelum terdengar bunyi tembakan dan cubaan membuka pintu gagal kerana ia berkunci dari dalam,” katanya.

Mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.

Dia kini koma dan keadaan dipantau sepasukan pakar hospital itu. Keluarganya di Kuala Pilah, Negeri Sembilan juga sudah dimaklumkan.

Siasatan awal mendapati, mangsa tidak mempunyai masalah disiplin dan disenangi rakan setugas serta pegawai PGA.

“Polis sudah merampas sepucuk Revolver .38 dipercayai digunakan dalam kejadian itu dan tiada sebarang tangkapan dibuat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan cubaan membunuh diri,” katanya.

4 comments:

Unknown said...

tak paham apa yg ko takutkan.
along ingatkan ko nak jumpa ngan budak tu. heheheh :P

13may said...

selamat berpuasa :)

RaFFLeSiA MeRaH said...

huhuhu...slmt berpose, ni citer pasal org cacat ker? dah suratan takdirnya begitu....

~comei~ said...

tak paham ke..?? hmm... tak per ar..