skip to main |
skip to sidebar
11-13 may me ada kursus kat Semarak. Best sgt coz dkt ngan umh.. g keje dgn aman.. blk keje dgn gembira.. huu.. me rasa tenang, aman dan tenteram.. suka banget.. hehe... 14 may mak ayah nk dtg umh. mmg dah plan diorg nk dtg coz ayah kena g spital bt checkup. oleh sbb me blk keje awal rabu tu, so me buatlah kek kukus sedap utk mak sempena hari ibu. buat kek dgn perasaan sayang dan cinta. sure sedap. chewahh... hari khamis tu me blk keje lewat. cam biasa planning nk blk kol 6, tp me kuar opis lps maghrib.. me call mak kasitau hadiah hari ibu dlm peti ais. mak happy.. yey! otw blk me msg hani tanya ijn dtg umh ke tak.. bla2 me tanya apa lagi x igt dah. me msg along tanya dia dan sufi dah sampai ke blm. xcited lebih plk. best ni kumpul ramai2..me sampai umh sumer dah ada. tgh mkn kek yg me bt. seronok bila sgr sufi ckp "kek mak na bt sedaplaa..". mak ckp sufi mkn byk kek tu. yey! happy lagi.. masa sampai tu ayh tgh borak ngan ain pasal rumah pusaka. bla2 bla2 malas nk campur.. huhu...pastu ijan lak sampai. bt pertama kali sejak 7 thn diorg kwn ni 1st time ijn jmpa mak ayah. ada hikmah kejadian serang hendap tempoh hari. kalo tak mmg liat jg ijan ni nk jmpa ayah. sesi interview berjalan lancar. lama jg. sejam lbh. pastu ketua blok plak dtg. mak suh abg lan ni dtg. sbb masa mak g umh dia nk tau apakah cerita sebenar di sebalik serbuan tempoh hari abg lan keje. so abg lan dtg umh la mlm tu.pjg lebar boraknya.. penerangannya.. dia citer semua yg jadik dari mula sampai abis. katanya jumlah yg dtg ramai sebenarnya. tapi diorg x naik. ada kat bwh tunggu je. tujuan mmg nk pukul org. tapi sayang hajat mereka tak kesampaian.. huhu... jumaat tu mak ayah g umh ajib lak. sblm blk mak ayah jmpa jiran2 yg kami rapat n kenal. mak minta tlg diorg tgk2kan kami kat umh.. tlg igt2kan kami.. hati ibu bapa mana x risau bila rumah yg diduduki anak2 gadisnya diserang hendap kan? oleh org2 yg x kami kenal plak tu.. org2 yg kaki pukul plak tu... sapa x risau??ntahlaa.. mcm2 hal... mak ayah.. doakan ank mak yg kecik tu kawen cepat.. ehhehe.. ramai yg berkenan tp x dpt.. sian dia.. huu..**malas nk taip panjang..**malas nk citer pjg..**biarlah dialog mlm tu kami sekeluarga je yg igt.. **jgn percaya org yg nmpk baik ni.. kalo dah tau dia byk muka, buat bodoh je kat dia.. **i luv my family.. sgt2**ya Allah.. selamatkan kami.. lindungi kami dari fitnah.. amin..comeikdg2 risau juga...
Rasanya info dlm entry ni korang dah dpt byk kali.. sajer nk paste kat sini.. sbb info ni bagus.. but me x mo jadikkannya berantai.. hmm..Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman. Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini. Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta. Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan... Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik. Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang. Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya... Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.. Sapakah kita ek??
tempat: balai polis hulu kelangtarikh: 10/5/09me nk sgt buat report polis atas sbb kejadian yg berlaku dlm entry sblm ni.. me x puas hati. rasa terganggu sgt2. bila ayah sokong suh bt report polis lagilah me bersemangat. chewah.. tgh hari tu lepas me msg hani kata nk g bt report ayah plak call dia suh bw ijan g bt report skali. pas2 hani msg me kata dia akn dtg amik me utk g buat report tu. masa tu hani dah kuar ngan ijan g minum kat mamak.hani cerita otw masa nk g mamak tu dlm pkl 11 lebih, 12 tgh mcm tu la, dia terserempak dgn salah sorg mamat yg datang nk serbu umh kami iaitu *kawan jiran*.. mamat ni mmg poyo dan perasan hensem. dia rasa dia org paling bagus kot kat area umh kami tu.. huhu.. benci sungguh! dia agak terkejut bila nmpk hani n ijan dlm kete. sure dia pk kami sorokkan ijan kat umah. sure dia terpk nyesalnya x masuk umh geledah. hahaha.. seronok. puas hati. mcmla ijan tu x der kenderaan lain. ampes tul..tgh hari tu kami g balai polis terdekat ngan umh kami. 1st time masuk balai polis ni. dari luar sangat cantik. kat dalam, mcm balai ler.. hehe.. cumanyer kawasannya agak luas. nmpk kosong jer... ada dua org pegawai polis lelaki duduk kat kaunter. me ckp me nk bt report. pas2 dia suh kami citer kes yg dah terjadi tu. sambil dgr kprl bertugas tu tya2 la jg mcm berapa ramai, ada tunjuk kad kuasa ke, ada masuk rumah ke bla bla bla.. pastu dia minta ic dan data peribadi utk letak dlm report. pastu taip report.. me taip sendiri.. huhu.. dia kata kalo dia taip lambat.. wawawawa sabo jer laa..selesai taip report kprl bertugas hubungi ketuanya. insp nazri. dia citerkan ttg aduan kami dan kami dipanggil mengadap utk soal siasat pula. oleh sebab me yg buat laporan, so me lah yg kena soal siasat.. dlm bilik tu me and insp nazri jer.. dia kata sorg2.. hani n ijan dok kat luar bilik. siap pasang tinga lagi apa yg kami bualkan.. huhu.. muka insp nazri ni mcm garang n x mesra. ckp pun keras jer.. cuak la kejap.. tapi lepas dua tiga soklan me dah ok.. antara perbualan kami (yg me masih igtlaa..)polis: (baca aduan me dan lepas tu minta me citerkan dengan lebih lanjut apa yg terjadi)me: (me citer sama je mcm entry sblm ni.)polis: kamu kenal ke mereka yg datang tu?me: saya kenal 2 org sahaja. seorg ketua blok dan seorg jiran blok sblh. yg lain2 saya x kenal.polis: pernah ke lelaki bukan muhrim masuk rumah kamu?me: jujurnya mmg pernah. tapi org angkat barang laa.. kalo masuk rumah utk melakukan maksiat tu x der.polis: kamu pasti?me: yer.polis: kamu ada bf?me: erk... (me terdiam.. kena jawab ke soklan ni? napa soklan ni ada dlm list soal siasat? huhu.. ada ke x der ek? x tau nk jawab..) erm.. x der.. (akhirnya me jwb 'x der'.. huhu.. trigt org kat penang.. tapi ntahlaa..)polis: (mcm senyum sinis jer.. mcm x caya jer.. lantak ko la.. huu..).. tinggal berapa org kat rumah tu?me: 3 orgpolis: siapa?me: saya, adik dan sepupu perempuan.polis: adik and sepupu ada bf?me: adapolis: bf diorg pernah masuk rumah?me: bf adik x pernah. bf sepupu pernah sekali sbb sepupu baru pindah masuk. so bf dia masuk rumah utk angkat barang. biasanya kalau bf dia hntr balik mmg sampai dpn rumah sbb dah mlm. tp x pernah masuk. bf adik hntr sampai bwh rumah shj (me dok umh flat).polis: hmm.. kamu pernah outstation? tinggalkan adik kamu seorg kat rumah.me: pernah. tapi biasanya dia akn tdo di rumah adik sorg lagi. x pernah tinggal seorg. polis: kamu pasti?me: ye.kena confident giler bila jwb soal siasat ni. x kena gaya mau angin lagi dibuatnya..mcm2 lagi dia tanya.. pastu dia suh me baca balik apa yg dia dah taip.. oklah.. me faham la napa dia tya mcm2.. pastu tetiba je dia tanya me polis baik ke tak.. terdiam lagi.. ish.. polis ni sajer je... me jawab 'x'.. hehe.. pastu kena sembur plak.. ihihi.. hp me bunyik.. hani hntr msg tanya bila nk balik.. haha.. lama sgt me borak2 ngan polis tu...bila rasa dah lega dah selesai semua me minta izin utk balik. polis tu minta me sign report yg me dah buat. polis: nk bw ke mahkamah ke kes ni?me: erk... cam na tu?polis: citer prosedur kalo nk bawa ke mahkamahme: erm.. x yah laa.. sy nk sedarkan org kat tpt sy tu jgn amik tindakan sendiri.. erm.. nnt sy bincang ngan ketua blok cam na.polis: ok.. kalo nk bawa ke mahkamah, ctc kami.me: ok.. thanks ya..polis: samer..cam tu la sesi soal siasat tempoh hari.. pastu g mkn n main bowling.. jln2 kat ampang point and g karaoke. geram punya pasal strike byk kali. yey!comei ttp comei bila marah.mcm singa.haha
ahad, 10/5/0911.30amtempat: rumahku..tuk tuk tuk..pintu rumahku diketuk dari luar.. adikku yang sedang menonton tv bergegas membuka pintu.. kot2lah akak atau adik2 yg lain datang ziarah ke.. bila pintu dibuka agak terkejut juga bila mendapati 6 org lelaki berada di luar.. seorang darinya adalah jiran kami yg tinggal di atas rumah kami (ketua blok). dua org lagi adikku kenal (me kenal sorg ja).. mereka yg lain bukan dari blok kami..erm.. maknanya kami x kenal.. agak pelik.. kenapa ek? bila nampak ketua blok tu, terus terpk bayaran maintenance rumah.. erm.. dah bayar dah... so.. napa datang ramai2 ni.. lain macam ja... adik: ye..? jiran (ketua blok): erm.. erm.. (mcm x tau nk cakap apa ja....) kau cakap laa.. (sambil menuding kepada kawannya yg perasan hensem)kawan jiran: tinggal dgn siapa?adik: angahkawan jiran: (dgn riak nak tahu sangat) angah tu saper?adik: kakak saya lah..kawan jiran: (frust..) kakak? panggil dia.. (mcm x puas hati jer..)adikku bergegas ke bilikku menyampaikan hasrat tetamu2 tidak diundang untuk berjumpa dgnku.. x tahu kenapa dah mula bengang.. nak apa plak ni..? adikku menggambarkan jumlah org yg datang dan siapakah org2 tersebut.. aku dah mula rasa tak senang hati.. aku mencapai tudung dan menyarungnya sebelum melangkah ke pintu untuk bertemu mereka..aku: apa hal? wah.. garang sungguh... maaflah.. terasa bengang pula dengan gangguan pagi2 hari ni...kawan jiran: (dengan muka terkejut).. erm.. x der laa.. kami dpt aduan ada org lelaki masuk ke rumah ni..aku: (bengang) sapa yg mengadu tu? bila dia nmpk? kat mana?tetiba rasa darahku naik.. bertalu-talu soalanku.. kawan jiran: erm.. dua tiga hari lepas..aku: dua tiga hari lepas mmg ada lelaki masuk rumah ni. hantar barang. siang hari.. x boleh ke? x nmpk ke lori kat bawah? kawan jiran: oh.. ye ke? x perasan pula ada lori.. x der laa.. ada org mengadu..aku dah rasa nak menyumpah.. bangang sungguh.. lori besar alam x nampak katanya??? tanganku dah menggigil.. dah lama sungguh aku x marah org.. suaraku dah meninggi.. aku sungguh2 marah!aku: siapa yg mengadu tu? bila dia nmpk? siang ke malam ke? saya ada dalam rumah ni.. setahu saya x der pun lelaki masuk rumah ni selain dari ada hal macam nk hantar barang. x kan nk hantar barang pun x boleh? kawan jiran: (tergagap2 nak menjawab soalanku.. jawapan yg sama diulang-ulang..) x der laa.. adalaa org dari blok ni mengadu.. katanya nmpk ada org lelaki masuk rumah ni.. bila tu tak pasti pula.. dua tiga hari lepas laa.. ni yg datang nak tanya ni...aku: siapa yg mengadu tu? ni yg saya angin ni.. kalau nk serbu pun tgklah betul2. ni main serbu2 macam ni plak. apa hal? aku dah marah.. suara sangat tinggi.. adikku cuba menenangkanku sambil mengurut belakang badanku. adik: sabar angah... hmm... ni mesti pasal malam tadi ni.. bf saya datang angkat kayu turun bawah..me: (x igt apa ayat me, tapi adalah me sebut nama ijan)kawan jiran: ha.. ijan tu saper?adik: bf saya la.. dia naik mlm tadi angkat kayu2 yg berat ni bawa turun bawah. saya nk angkat tak larat laa... tapi dia kat luar rumah jer.. kawan jiran: oooo... x der laa.. kami ni nak nasihat je anak kawan2 kami... bla2 bla2.. aku angin sungguh..aku: nasihat apanya? ingat kami x tau ke apa kami buat? ingat kami x tau hukum? nk serbu pun tgk org laa.. tgk kes laa.. ni main datang ramai2 ni apa kes? adik me mengintai ke tangga rumah sambil mengira berapa ramai yg datang..adik me: ni datang ramai2 ni nak masuk tgk sekali ke?kawan jiran: x per laa... kami nak nasihat je dan nak tanya2 jer.. x eloklah kan kalau ada org lelaki dalam rumah..aku: kalau dah memang x der tu x der laa.. apa kes laa tuduh org buat benda2 mcm ni..kawan jiran: ok lah kalau macam tu.. aku x dengar lah pulak kalau dia ada mintak maaf ke apa.. yg aku tau masa tu tangan aku dah menggigil.. suara aku dah lain.. muka aku dah lain jg kot.. terasa bahang panas sampai ke kepala.. aku sakit kepala.. rasa bengang yg teramat sangat!bila dah masuk rumah aku dan adikku berborak tentang apa yg baru berlaku. adikku menceritakan dia mengajak bfnya naik ke rumah untuk mengangkat kayu yg byk di luar rumahku. katanya malam tu dia ada bertembung dgn beberapa jiran dan berbual2 sebelum bfnya balik.. masa ni juga adikku mula menceritakan dia telah membeli kereta bersama bfnya dan kereta tersebut parking di bawah rumahku.. pada mlm tersebut bf adikku ada di kereta mereka untuk tunjuk kesan calar akibat terlanggar tiang. pada masa tersebut ada jiran (salah sorg dari yg datang) yg nmpk mereka berdua. jadi kemungkinan kedatangan keenam2 org tersebut (atau lebih) adalah berpunca dari nampak adikku dan bfnya sedang berborak berhampiran kereta mereka (kat luar kereta). nak di jadikan cerita.. kereta tersebut masih berada di tempat parking sehingga jam 11pagi.. mungkin mereka ingat bf adikku bermalam di rumah kami. dan tujuan kedatangan kesemua mereka yg bermuka penyangak dan berbadan sasa adalah untuk membelasah lelaki yg ada dalam rumah kami.. tapi hajat mereka x kesampaian kerana tak ada lelaki pun dlm rumah kami.. aku sungguh2 bengang dan marah. kenapa kami yg mereka nak kenakan? x nmpk ker lagi banyak maksiat kat kawasan rumah tu tapi kenapa org yg x buat maksiat yg dia serbu? bodoh bangangnyer lah mereka ni. sajer nak cari pasal. sajer nak tunjuk kuasa. sajer nak memandai2.sebelum ni aku ada mendengar cerita jg dua tiga rumah yg kena serbu mcm tu. abis lembik lelaki yg ada dalam rumah tu diorg pukul dan kerjakan. pada pandanganku, tujuan mereka datang beramai2 tu mmg sama lah mcm serbuan sblm ni.. nk pukul org.. kalau dtg nk nasihat x dernya dtg ramai2 dgn org2 yg x aku kenali. lepas borak2 dgn adik dan mendapat punca masalah, adikku terus menghubungi adikku yg sorg lagi (rumah lain). asalnya aku berhajat utk menceritakan sendiri apa yg terjadi kepada ibuku. tapi x boleh sbb tangan masih menggigil, dan tahap kemarahan belum turun. aku menyuruh adikku untuk menghubungi ibuku. dia menceritakan apa yg terjadi. bila tiba giliranku utk bercerita, air mataku terus mengalir. waaaaaaaaaaa aku x bleh marah. mesti nangis.. huhu.. lemah sungguh!msg ku hantar pada sahabatku yg bekerja di jbtn syariah.. menceritakan apa yg terjadi. sahabatku mencadangkan aku membuat report polis memandangkan mereka datang tanpa kariah surau dan jg org dari jbtn agama. juga tiada perempuan dan polis. betul juga.. aku terus menghubungi ayahku minta pendapatnya.. ayah kata, kalau nak buat report buatlah.. kalau rasa terancam dan rasa perlu buat report buat laa... tgh hari itu.. aku, alang, hani dan ijan g buat report polis.. bagiku kedatangan mereka bukan utk nasihat. tapi itu adalah satu serangan dan gangguan. mmg x salah nk jaga anak2 kawan2 or jiran.. tapi bukan macam tu caranya.. apa hal datang nasihat bawa ramai2 org yg aku x kenal? besar2 plak tu? tu nk nasihat ke nak pukul org? huu.. lepas buat report rasa sangat puas dan lega... hahahaha (note: polis tanya aku ada buat org kat flat aku marah ke, bengang ke.. erm.. setahu aku x der.. tapi mungkinlah diorg ni x puas hati coz x dpt ngorat adik2 aku.. hahaha)(hari ni g cek tekanan darah doktor terkejut coz tinggi sket... doktor cek lagi sekali.. nasib baik normal semula... huhu.. aku ada potensi utk dapat tekanan darah tinggi jg rupany... sabar je laa..)lepas buat report kami g lunch @ kenny rodges ampang point.. sangat lapar... lepas makan g main bowling plak.. sangat puas.. malam baru balik umah... huu...note: malam tu hani drive citra (kete dia and bf dia).. cuak juga.. 1st time me naik kete dia bawa + x der org len yg terer.. alhamdulillah... dia ok.. dia bleh bawa kete insyaallah.. hehe.. lepas ni me bleh test kete tu jg.. yeyeyeye!
asalnya, cadangnya, cuti hari pekerja me akn bercuti bersama kawan2 sekerja di Melaka. kira mcm family day.. tapi last minit me terpaksa batalkan hasrat tu.. atas sbb2 kesihatan.. sbb x leh jln sgt dan sbb kena pantang makan.. huhu.. siankan... tp x pa laa.. ada hikmah sumernya.. insyaallah..so tukar plan, cuti tu me blk sepang. ikut alang and along and sufiah (anak along).. alang drive cam biasa (coz dia je tau drive antara kitorang).. bertolak dari umh me jam 10am.. panas pg tu.. jalan ke sepang x jam sgt.. moving.. ok laa..dlm kete me leka layan sufiah.. x larat.. coz dia dah pandai cakap and buat ayat panjang2. cumanya me tak paham sgt apa dia sebut. sian sufi.. sufi seronok sgt jg sbb dapat baju spiderman sepsang. siap topeng lagi.. tp masa dtg umh me dia x pakai topeng la. (otq blk kl dia mintak jam spiderman plak kat me.. sabar ja laa..)..masa dah nk sampai umh mak tetiba sufiah ckp kat me dia nk ckp ngan wan dia..sufi: mak na, tipon la wan.. sufi nk ckp ngan wan..me: ehh?? kita kan dah nak sampai, x yah la tipon wan..sufi: alaa.. sufi nak ckp ngan wan..me: sufi nk ckp apa?sufi: erm.. sufi nak borak2 ja..me terkedu.. ayoyo.. anak along pn pandai nk borak2 ek.. me kuarkan hp me, dial no hp wan sufiah. pas tu kasi sufiah borak2 dgn wan dia. seronok betul dia bercerita..wan: sufi dgn siapa?sufi: mak lang.. wan: siapa dgn mak lang lagi..?sufi: mak ada sblh mak lang.. mak na ada..me suh sufi ckp me x der, tp dia x mo.. baik tul sufiah.. mak x tau me blk spg. yg mak tau me g melaka.. sampai umh masing2 tanya napa tukar plan.. me citer la me sakit kaki + kena berpantang byk.. sian kwn2 nnt... huhu.. along blk sepang kali ni ada tujuan.. nk berurut.. berurut abis pantang.. sajer la b4 mula keje kan. me tumpang samer. asalnya me nk berurut sekali je. tp sbb angin byk sgt dlm bdn dan keadaan me yg x sihat, me kena tambah jadik 3 hari.. sangat sakit urut hari pertama. sampai me x bleh bgn dan muntah2 angin. raa mcm ditikam2 kat perut. nk solat time sujut sangat susah. nk baring pn susah jg.. kena slow2... wahh.. saper yg bersalin ni? adoilaa... urut hr ke dua dah kurang sakit. hari ketiga alhamdulillah dah cergas.. skrg rasa sihat sket. cuma lepas urut hr ketiga tu me lalok.. nk tdo je.. letih sgt kot..cuti kali ni umh mak meriah. hari sabtu tu mak buat kenduri tahlil. mak jemput mak uda, acik jebah dan pak andak. ajib pn dtg satu family. dgn baby qayyum nya.. me ni kan, seingat me la x de baby yg nk kat me. sure nangis bila nmpk me. huuu.. tapi qayyum best. dia gelak2.. siap nk borak2 lg dgn me. br 3 bln tu.. sangat comel. bulat dan cerah. maknya panggil baby epal. coz masa pregnant reena suka mkn epal. tetiap hari.. huu.. patut ar ranum ja nmpk si qayyum ni. hehe..hari ahad tu blk kl.. dlm pkl 4 lbh kot. jln clear, so cepat ja sampai kl. me kena dok ngan sufiah lagi, melayan sufiah.. tp x tau napa me rasa letih sgt.. rasa malas nk layan.. rasa nk tdo jer.. hmm.. tu laa.. sangat penat.. sampai kl call mak inform dah sampai.. and tdo sat..senin me cuti. sajer.. nk rehat.. me amik peluang ni g buat pasport.. laam jg prosesnya.. +- 3 jam.. wah.. org sangat ramai jg.. tapi lancar jer.. yey! me dah ada pasport! hehe.. insyaallah kalo x der apa aral, ujung bln jun ni me akn ke jakarta bersama kawan2 kerja.. insyaallah...hari ni kerja cam biasa.. tapi mood kureng sket..huhu..bosan.. sakit kepala..hmm...miss something...