Monday, May 11, 2009

serang hendap

ahad, 10/5/09
11.30am
tempat: rumahku..

tuk tuk tuk..
pintu rumahku diketuk dari luar.. adikku yang sedang menonton tv bergegas membuka pintu.. kot2lah akak atau adik2 yg lain datang ziarah ke.. bila pintu dibuka agak terkejut juga bila mendapati 6 org lelaki berada di luar.. seorang darinya adalah jiran kami yg tinggal di atas rumah kami (ketua blok). dua org lagi adikku kenal (me kenal sorg ja).. mereka yg lain bukan dari blok kami..erm.. maknanya kami x kenal.. agak pelik.. kenapa ek? bila nampak ketua blok tu, terus terpk bayaran maintenance rumah.. erm.. dah bayar dah... so.. napa datang ramai2 ni.. lain macam ja...

adik: ye..?
jiran (ketua blok): erm.. erm.. (mcm x tau nk cakap apa ja....) kau cakap laa.. (sambil menuding kepada kawannya yg perasan hensem)
kawan jiran: tinggal dgn siapa?
adik: angah
kawan jiran: (dgn riak nak tahu sangat) angah tu saper?
adik: kakak saya lah..
kawan jiran: (frust..) kakak? panggil dia.. (mcm x puas hati jer..)

adikku bergegas ke bilikku menyampaikan hasrat tetamu2 tidak diundang untuk berjumpa dgnku.. x tahu kenapa dah mula bengang.. nak apa plak ni..? adikku menggambarkan jumlah org yg datang dan siapakah org2 tersebut.. aku dah mula rasa tak senang hati.. aku mencapai tudung dan menyarungnya sebelum melangkah ke pintu untuk bertemu mereka..

aku: apa hal?
wah.. garang sungguh... maaflah.. terasa bengang pula dengan gangguan pagi2 hari ni...

kawan jiran: (dengan muka terkejut).. erm.. x der laa.. kami dpt aduan ada org lelaki masuk ke rumah ni..

aku: (bengang) sapa yg mengadu tu? bila dia nmpk? kat mana?
tetiba rasa darahku naik.. bertalu-talu soalanku..

kawan jiran: erm.. dua tiga hari lepas..

aku: dua tiga hari lepas mmg ada lelaki masuk rumah ni. hantar barang. siang hari.. x boleh ke? x nmpk ke lori kat bawah?

kawan jiran: oh.. ye ke? x perasan pula ada lori.. x der laa.. ada org mengadu..

aku dah rasa nak menyumpah.. bangang sungguh.. lori besar alam x nampak katanya??? tanganku dah menggigil.. dah lama sungguh aku x marah org.. suaraku dah meninggi.. aku sungguh2 marah!
aku: siapa yg mengadu tu? bila dia nmpk? siang ke malam ke? saya ada dalam rumah ni.. setahu saya x der pun lelaki masuk rumah ni selain dari ada hal macam nk hantar barang. x kan nk hantar barang pun x boleh?

kawan jiran: (tergagap2 nak menjawab soalanku.. jawapan yg sama diulang-ulang..) x der laa.. adalaa org dari blok ni mengadu.. katanya nmpk ada org lelaki masuk rumah ni.. bila tu tak pasti pula.. dua tiga hari lepas laa.. ni yg datang nak tanya ni...

aku: siapa yg mengadu tu? ni yg saya angin ni.. kalau nk serbu pun tgklah betul2. ni main serbu2 macam ni plak. apa hal?
aku dah marah.. suara sangat tinggi.. adikku cuba menenangkanku sambil mengurut belakang badanku.

adik: sabar angah... hmm... ni mesti pasal malam tadi ni.. bf saya datang angkat kayu turun bawah..
me: (x igt apa ayat me, tapi adalah me sebut nama ijan)
kawan jiran: ha.. ijan tu saper?
adik: bf saya la.. dia naik mlm tadi angkat kayu2 yg berat ni bawa turun bawah. saya nk angkat tak larat laa... tapi dia kat luar rumah jer..
kawan jiran: oooo... x der laa.. kami ni nak nasihat je anak kawan2 kami... bla2 bla2..

aku angin sungguh..
aku: nasihat apanya? ingat kami x tau ke apa kami buat? ingat kami x tau hukum? nk serbu pun tgk org laa.. tgk kes laa.. ni main datang ramai2 ni apa kes?
adik me mengintai ke tangga rumah sambil mengira berapa ramai yg datang..
adik me: ni datang ramai2 ni nak masuk tgk sekali ke?
kawan jiran: x per laa... kami nak nasihat je dan nak tanya2 jer.. x eloklah kan kalau ada org lelaki dalam rumah..
aku: kalau dah memang x der tu x der laa.. apa kes laa tuduh org buat benda2 mcm ni..
kawan jiran: ok lah kalau macam tu..

aku x dengar lah pulak kalau dia ada mintak maaf ke apa.. yg aku tau masa tu tangan aku dah menggigil.. suara aku dah lain.. muka aku dah lain jg kot.. terasa bahang panas sampai ke kepala.. aku sakit kepala.. rasa bengang yg teramat sangat!

bila dah masuk rumah aku dan adikku berborak tentang apa yg baru berlaku. adikku menceritakan dia mengajak bfnya naik ke rumah untuk mengangkat kayu yg byk di luar rumahku. katanya malam tu dia ada bertembung dgn beberapa jiran dan berbual2 sebelum bfnya balik.. masa ni juga adikku mula menceritakan dia telah membeli kereta bersama bfnya dan kereta tersebut parking di bawah rumahku.. pada mlm tersebut bf adikku ada di kereta mereka untuk tunjuk kesan calar akibat terlanggar tiang. pada masa tersebut ada jiran (salah sorg dari yg datang) yg nmpk mereka berdua. jadi kemungkinan kedatangan keenam2 org tersebut (atau lebih) adalah berpunca dari nampak adikku dan bfnya sedang berborak berhampiran kereta mereka (kat luar kereta). nak di jadikan cerita.. kereta tersebut masih berada di tempat parking sehingga jam 11pagi.. mungkin mereka ingat bf adikku bermalam di rumah kami. dan tujuan kedatangan kesemua mereka yg bermuka penyangak dan berbadan sasa adalah untuk membelasah lelaki yg ada dalam rumah kami.. tapi hajat mereka x kesampaian kerana tak ada lelaki pun dlm rumah kami..

aku sungguh2 bengang dan marah. kenapa kami yg mereka nak kenakan? x nmpk ker lagi banyak maksiat kat kawasan rumah tu tapi kenapa org yg x buat maksiat yg dia serbu? bodoh bangangnyer lah mereka ni. sajer nak cari pasal. sajer nak tunjuk kuasa. sajer nak memandai2.

sebelum ni aku ada mendengar cerita jg dua tiga rumah yg kena serbu mcm tu. abis lembik lelaki yg ada dalam rumah tu diorg pukul dan kerjakan. pada pandanganku, tujuan mereka datang beramai2 tu mmg sama lah mcm serbuan sblm ni.. nk pukul org.. kalau dtg nk nasihat x dernya dtg ramai2 dgn org2 yg x aku kenali.

lepas borak2 dgn adik dan mendapat punca masalah, adikku terus menghubungi adikku yg sorg lagi (rumah lain). asalnya aku berhajat utk menceritakan sendiri apa yg terjadi kepada ibuku. tapi x boleh sbb tangan masih menggigil, dan tahap kemarahan belum turun. aku menyuruh adikku untuk menghubungi ibuku. dia menceritakan apa yg terjadi. bila tiba giliranku utk bercerita, air mataku terus mengalir. waaaaaaaaaaa aku x bleh marah. mesti nangis.. huhu.. lemah sungguh!

msg ku hantar pada sahabatku yg bekerja di jbtn syariah.. menceritakan apa yg terjadi. sahabatku mencadangkan aku membuat report polis memandangkan mereka datang tanpa kariah surau dan jg org dari jbtn agama. juga tiada perempuan dan polis. betul juga.. aku terus menghubungi ayahku minta pendapatnya.. ayah kata, kalau nak buat report buatlah.. kalau rasa terancam dan rasa perlu buat report buat laa...

tgh hari itu.. aku, alang, hani dan ijan g buat report polis.. bagiku kedatangan mereka bukan utk nasihat. tapi itu adalah satu serangan dan gangguan. mmg x salah nk jaga anak2 kawan2 or jiran.. tapi bukan macam tu caranya.. apa hal datang nasihat bawa ramai2 org yg aku x kenal? besar2 plak tu? tu nk nasihat ke nak pukul org? huu.. lepas buat report rasa sangat puas dan lega... hahahaha (note: polis tanya aku ada buat org kat flat aku marah ke, bengang ke.. erm.. setahu aku x der.. tapi mungkinlah diorg ni x puas hati coz x dpt ngorat adik2 aku.. hahaha)

(hari ni g cek tekanan darah doktor terkejut coz tinggi sket... doktor cek lagi sekali.. nasib baik normal semula... huhu.. aku ada potensi utk dapat tekanan darah tinggi jg rupany... sabar je laa..)

lepas buat report kami g lunch @ kenny rodges ampang point.. sangat lapar... lepas makan g main bowling plak.. sangat puas.. malam baru balik umah... huu...

note: malam tu hani drive citra (kete dia and bf dia).. cuak juga.. 1st time me naik kete dia bawa + x der org len yg terer.. alhamdulillah... dia ok.. dia bleh bawa kete insyaallah.. hehe.. lepas ni me bleh test kete tu jg.. yeyeyeye!

No comments: