Monday, May 18, 2009

soal siasat

tempat: balai polis hulu kelang
tarikh: 10/5/09

me nk sgt buat report polis atas sbb kejadian yg berlaku dlm entry sblm ni.. me x puas hati. rasa terganggu sgt2. bila ayah sokong suh bt report polis lagilah me bersemangat. chewah.. tgh hari tu lepas me msg hani kata nk g bt report ayah plak call dia suh bw ijan g bt report skali. pas2 hani msg me kata dia akn dtg amik me utk g buat report tu. masa tu hani dah kuar ngan ijan g minum kat mamak.

hani cerita otw masa nk g mamak tu dlm pkl 11 lebih, 12 tgh mcm tu la, dia terserempak dgn salah sorg mamat yg datang nk serbu umh kami iaitu *kawan jiran*.. mamat ni mmg poyo dan perasan hensem. dia rasa dia org paling bagus kot kat area umh kami tu.. huhu.. benci sungguh! dia agak terkejut bila nmpk hani n ijan dlm kete. sure dia pk kami sorokkan ijan kat umah. sure dia terpk nyesalnya x masuk umh geledah. hahaha.. seronok. puas hati. mcmla ijan tu x der kenderaan lain. ampes tul..

tgh hari tu kami g balai polis terdekat ngan umh kami. 1st time masuk balai polis ni. dari luar sangat cantik. kat dalam, mcm balai ler.. hehe.. cumanyer kawasannya agak luas. nmpk kosong jer... ada dua org pegawai polis lelaki duduk kat kaunter. me ckp me nk bt report. pas2 dia suh kami citer kes yg dah terjadi tu. sambil dgr kprl bertugas tu tya2 la jg mcm berapa ramai, ada tunjuk kad kuasa ke, ada masuk rumah ke bla bla bla.. pastu dia minta ic dan data peribadi utk letak dlm report. pastu taip report.. me taip sendiri.. huhu.. dia kata kalo dia taip lambat.. wawawawa sabo jer laa..

selesai taip report kprl bertugas hubungi ketuanya. insp nazri. dia citerkan ttg aduan kami dan kami dipanggil mengadap utk soal siasat pula. oleh sebab me yg buat laporan, so me lah yg kena soal siasat.. dlm bilik tu me and insp nazri jer.. dia kata sorg2.. hani n ijan dok kat luar bilik. siap pasang tinga lagi apa yg kami bualkan.. huhu.. muka insp nazri ni mcm garang n x mesra. ckp pun keras jer.. cuak la kejap.. tapi lepas dua tiga soklan me dah ok.. antara perbualan kami (yg me masih igtlaa..)

polis: (baca aduan me dan lepas tu minta me citerkan dengan lebih lanjut apa yg terjadi)
me: (me citer sama je mcm entry sblm ni.)
polis: kamu kenal ke mereka yg datang tu?
me: saya kenal 2 org sahaja. seorg ketua blok dan seorg jiran blok sblh. yg lain2 saya x kenal.
polis: pernah ke lelaki bukan muhrim masuk rumah kamu?
me: jujurnya mmg pernah. tapi org angkat barang laa.. kalo masuk rumah utk melakukan maksiat tu x der.
polis: kamu pasti?
me: yer.
polis: kamu ada bf?
me: erk... (me terdiam.. kena jawab ke soklan ni? napa soklan ni ada dlm list soal siasat? huhu.. ada ke x der ek? x tau nk jawab..) erm.. x der.. (akhirnya me jwb 'x der'.. huhu.. trigt org kat penang.. tapi ntahlaa..)
polis: (mcm senyum sinis jer.. mcm x caya jer.. lantak ko la.. huu..).. tinggal berapa org kat rumah tu?
me: 3 org
polis: siapa?
me: saya, adik dan sepupu perempuan.
polis: adik and sepupu ada bf?
me: ada
polis: bf diorg pernah masuk rumah?
me: bf adik x pernah. bf sepupu pernah sekali sbb sepupu baru pindah masuk. so bf dia masuk rumah utk angkat barang. biasanya kalau bf dia hntr balik mmg sampai dpn rumah sbb dah mlm. tp x pernah masuk. bf adik hntr sampai bwh rumah shj (me dok umh flat).
polis: hmm.. kamu pernah outstation? tinggalkan adik kamu seorg kat rumah.
me: pernah. tapi biasanya dia akn tdo di rumah adik sorg lagi. x pernah tinggal seorg.
polis: kamu pasti?
me: ye.
kena confident giler bila jwb soal siasat ni. x kena gaya mau angin lagi dibuatnya..

mcm2 lagi dia tanya.. pastu dia suh me baca balik apa yg dia dah taip.. oklah.. me faham la napa dia tya mcm2.. pastu tetiba je dia tanya me polis baik ke tak.. terdiam lagi.. ish.. polis ni sajer je... me jawab 'x'.. hehe.. pastu kena sembur plak.. ihihi.. hp me bunyik.. hani hntr msg tanya bila nk balik.. haha.. lama sgt me borak2 ngan polis tu...

bila rasa dah lega dah selesai semua me minta izin utk balik. polis tu minta me sign report yg me dah buat.

polis: nk bw ke mahkamah ke kes ni?
me: erk... cam na tu?
polis: citer prosedur kalo nk bawa ke mahkamah
me: erm.. x yah laa.. sy nk sedarkan org kat tpt sy tu jgn amik tindakan sendiri.. erm.. nnt sy bincang ngan ketua blok cam na.
polis: ok.. kalo nk bawa ke mahkamah, ctc kami.
me: ok.. thanks ya..
polis: samer..

cam tu la sesi soal siasat tempoh hari.. pastu g mkn n main bowling.. jln2 kat ampang point and g karaoke. geram punya pasal strike byk kali. yey!

comei ttp comei bila marah.
mcm singa.
haha

No comments: