Friday, January 06, 2006

Innalillahi wainnailaihirraji'un...al-fatihah..

salam malam..

di kesempatan dan ruangan ini.. saya ingin membuat pemberitahuan bahawa.. rakan sekerja saya Pn Wan Rajihah Wan Musa (kak G) telah kembali ke rahmatullah pada jam 8.30pm, Khamis 5/1/2006 (5 Zulhijjah 1426).. innalillahi wainnailaihirraji'un..

sama2lah kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah.. semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman... amin..

note: terngiang-ngiang suara kak G di akhir pertemuan kitorang 3 minggu lepas "anim doakan akak ye..." "insyaallah kak.. moga Allah permudahkan segala urusan akak.." "insyaallah.. thanks anim.."...
kak G berdiri di barisan ke dua kat sblh me (me pakai pink hujung skali, kak G pakai biru).

update 7/1/06 (copy from email dr Ustaz Zakuan Tak)
PN. WAN RAJIHAH BT WAN MUSA, Eksekutif ITSSO, Tingkat 43 ( Selatan) Menara Telekom, Kuala Lumpur, telah meninggal dunia pada jam 8.20 malam tadi @ 5hb. Januari 2006 kerana penyakit kanser. Pengkebumian jenazahnya telah disempurnakan selepas sembahyang jumaat hari ini @ 6hb. Januari 2006 di kampung halamannya Wakaf Bharu, Kelantan.
Sesungguhnya TM telah kehilangan pekerja yang baik dan berakhlak terpuji, dan kehilangan mereka adalah sukar dicari ganti. Hanya doa kita panjatkan kepada Illahi, agar mencucuri rahmat keatas roh roh mereka semuga ditempatkan bersama sama dengan roh para aulia dan syuhadah. Juga keluarga yang ditinggalkan mereka beroleh kesabaran dan ketenangan menerima musibah kematian ini.

Sudi apa kiranya Muslimin / Muslimat warga TM yang dihormati, meruangkan sejenak untuk membacakan Surah Fatihah kepada kedua arwah. Al-FATIHAH.

" Apabila ajal datang secara tiba-tiba,
Tiada siapa yang mampu berkata-kata
Cuma bermain fikiran di kepala
Giliran aku agaknya bila."

Wassalam.

2 comments:

zamdee said...

semoga ditempatkan bersama orang yang beriman, amin..

kita yg hidup nie, truskan beramal, insya-Allah..

Abah Mui'zz said...

Orang yang dah pergi mengadap Ilahi, kita iringi dengan doa dan ingatan.

Untuk mereka yang hidup lagi, juga kita iringi dengan doa dan ingatan, moga2 kita semua dipanggil nanti dalam keadaan bersedia menghadapNya.

Al-Fatihah untuk arwah.