Monday, August 27, 2007

pindah lagi... kat opis baru.. weekend... hmm...

17/8/07 – ptg.. packing barang2 masuk kotak. Kak has dah bising coz risau tgk me tak kemas2 lagi. Pas tu dia jeles sbb me packing kejap je. Maklumlaa .. barang I tak byk.. hehe.. I kn baru je pindah… asalnyer 1 kotak je. Tapi sbb ada plak baju sukan, kasut sukan etc yg ringan2 tu.. me letak dlm kotak lain laa.. jadik ler 2 kotak tak termasuk pc..

18/8/07 – pagi or ptg not sure.. tapi date ni diorg angkut barang2 kami bawak ke opis baru. Tak jauh pun… bangunan blkg yg baru tu jer… baru siap… huu.. me dpt tkt 6.

20/8/07 – Monday… first day kat opis baru… nmpk mcm ok.. tapi tpt me tak berapa ok.. kak has dan kwn2 dtg melawat. Masing2 suh tuka (based on cerita2 yg kurang enak di ceritakan..).. bos pun ada dok pelik awat kecoh2 nk tukar tpt… last masuk bilik bos, ngan kak has, citer kat bos my prob with my new place. Terkejut gak ler bos.. tapi dia memahami.. dan suh me tuka tpt. Ok ler.. walaupun tpt baru ni tpt lalu lalang.. jauh sket dr my 2nd bos.. tapi selesa ler sket.. hehe… cumanyer.. tak sedap hati jer laa… tak nk org salah anggap or kata apa2.. mlm.. balik dgn somebody.. citer kat dia abt me yg dia perlu tau.. ttg kenapa susah nk beri jwpn… dia kata dia faham.. tp tak tau ler kan.. mkn sate dkt2 area rumah. Enjoy!

21/8/07 & 22/8/07 – kat opis cam biasa je.. Cuma ada rasa tertekan juga sbb citer smlm dah tersebar sket.. rasa bersalah juga.. tak tau laa…

23/8/07 & 24/8/07 – that guy dah mula keje lps bercuti 2 hari. Ada perubahan. Mcm somebody dah ckp something kat dia. Tapi tak tau saper.. or maybe dia dah dpt email.. wallahu’alam.. tapi mmg berbeza laa.. me rasa tertekan juga.. but control.. huhu… ntah ler… cuba nk buat ok.. tapi still tak bleh nk berhadapan. But that guy pun try buat mcm biasa. Tapi me tau… dia pn control juga.. I’m sorry… me tak berniat nak memalukan sesaper.. huu… mlm tdo kat umh kak mala..

25/8/07 – balik umh pagi. Siap2 nk g bangi & sri kembangan (tdo umh alang). Janji ngan alang kat putrajaya sentral. Dlm kol 3.30 sampai bangi. Lbh krg kol 5 kot selesai urusan.. tak jadik tdo umh alang. Kwn dia mnta teman tdo kat umah dia kat pj. Apa2 laa.. I follow jer… mlm tu diorg masak. Lps mkn dlm kol 10 g downtown cheras (kot nama dia – tak pnh dgr downtown. Uptown pnh ler dgr..). jln2 borong tudung ngan beli pokok comei (utk hiasan meja opis) sampai kol 1 pagi. Huhu.. sakan jalan. Bagus… sampai umh tak ingat kol brapa. Letih bangat.. lepak kejap terus tdoq.

26/8/07 – cepatnyer dah ahad… tgk tv jer pagi ni.. CSI pelbagai versi.. huu… dlm 3 lbh siap2 g care4 – lunch. Hehe.. jalan2 lagi… pas tu balik umh. Blk keramat ngan alang. Singgah basuh kete yg cun lps kena lecak. Mcm br balik xpdc jer.. Huhu.. lth.. sakit kepala… tdo cpt juga. Tp tgh mlm terjaga coz ada incoming msg dari 2 org yg disayangi.. huhu.. baca msg dgn mata hamper terpejam. Tak tahan sakit kepala… pas tu tdoq dgn aman tanpa gangguan sampai pagi…

27/8/07 – hr ni dah ok sket laa kat opis.. tak rasa tertekan sgt. Maybe sbb dah nekad last week yg hopefully minggu ni dah ok. Alhamdulillah… terasa rindu dkt my bf and ‘Mr Somebody’. Hehe… ptg, jmpa mr somebody.. dia Tanya something.. terkejut sbb dia dtg.. yer laa dah seminggu tak jmpa.. berdebar2 juga.. kelu pun ye.. sampai dia balik debar tak abis lagi. Dlm masa samer.. biasalaa.. sure akn teringat dkt my bf.. ku masih di dlm dilemma… tapi kan.. rasanyer dah terbuka juga utk terima org lain.. cumanyer my bf tau.. or dia bleh rasa kot.. sbb tu dlm masa ni dia try nk do something like caring lebih sket..

note: baru ni mak call.. mak ckp ‘angah kawen la cpt.. ta yah ar tggu bdk tu..’.. dalam maknanyer tu… erm.. my mother dah start worried… huhu…

Sunday, August 12, 2007

If Tomorrow Never Comes....

dapat ni dari email..
very nice.. and i want to share it with all my friends..
i'm sorry if i hv done something that you don't like.. and i don't know...
plz forgive me and i luv u...

---

9.39pm..
bosannyer 2 hr ni.. cuti dok umah.. relex je.. tapi bosan.. tak der xtvt.. tak kuar.. hmm... ngadap notebook ni, masak, makan, kemas umah, tdo.. huhu... bosan giler... :(

dah hmpir 5 hri buat bodoh je dkt org tu.. ntah ler.. tak der mood.. sorry...

Wednesday, August 08, 2007

Friday, August 03, 2007

an evening talk: Alhamdulillah...

31 Julai 2007 (Selasa) - BAKIT Pusat dengan kerjasama An-Nidaa', sebuah badan NGO telah mengadakan program "An Evening Talk" yang bertemakan "Unity for Peace". Ceramah telah disampaikan oleh dua orang penceramah jemputan iaitu Shah Kirit Kakulal Govindji dari Saba' Islamic Media dan William Rodriguez yang merupakan salah seorang mangsa yang terselamat dari tragedi World Trade Centre, 11 September 2001. Beliau telah banyak membantu mangsa serta keluarga mangsa melalui pelbagai badan kebajikan. Penceramahan jemputan asal iaitu Sheikh Yusuf Estes tidak dapat menghadiri program tersebut disebabkan perkara yang tidak dapat dielakkan. Program ini telah bermula dari jam 8 malam sehingga 11.40 malam bertempat di TM Multipurpose Hall, Menara TM, Jln Pantai Baru, KL. Majlis tersebut telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari dalam dan luar TM. Dianggarkan 500 orang telah hadir, termasuklah tetamu dari kalangan bukan Islam.

Saudara William telah memeluk agama Islam pada bulan Desember 2006, Alhamdulillah iaitu ketika beliau sedang dalam perjalanan menaiki teksi bersama-sama Syeikh Yusuf Estes. Semoga Allah merahmati mereka berdua dan sentiasa memudahkan kerja-kerja dakwah mereka untuk Islam.
Introducing Mr William Rodriguez

William Rodriguez, is a native of Puerto Rico, a citizen of the United States, and a resident of the State of New Jersey. On September 11, 2001, and for approximately nineteen years prior thereto, Rodriguez was employed as a maintenance worker at the World Trade Center (WTC) in New York, New York.

On 9/11, Rodriguez single-handedly rescued fifteen (15) persons from the WTC, and as Rodriguez was the only person at the site with the master key to the North Tower stairwells, he bravely led firefighters up the stairwell, unlocking doors as they ascended, thereby aiding in the successful evacuation of unknown hundreds of those who survived. Rodriguez, at great risk to his own life, re-entered the Towers three times after the first, North Tower impact at about 8:46 A.M., and is believed to be the last person to exit the North Tower alive, surviving the building's collapse by diving beneath a fire truck. After receiving medical attention at the WTC site for his injuries, Rodriguez spent the rest of 9/11 aiding as a volunteer in the rescue efforts, and at dawn the following morning, was back at Ground Zero continuing his heroic efforts.

Rodriguez lost his employment of 19 years and his means of earning a living as a direct result of the attacks on the WTC on 9/11. Deeply affected, as one might imagine, by his experiences of 9/11, Rodriguez has, in a variety of capacities and through several different organizations, worked ever since that terrible day to help others who were affected by the atrocities committed. He has continued in these labors, notwithstanding the fact that, due to the loss of his employment, he has been unable to earn a living, and was even homeless for a time.

See
www.william911.com for more information.





Dari kiri: Tn Hj Baharuddin Abdullah, William Rodriguez, Shah Kirit Kakulal Govindji

Brother Shah Kirit present his talk 'Unity for Peace'


Q & A session. Lebih kurang 500 orang memenuhi dewan

Monday, July 30, 2007

An Evening Talk by William Rodriguez (Plz Promote - TQ)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Warga TM,

Pihak BAKIT ingin memaklumkan mengenai pertukaran penceramah bagi program ”An Evening Talk” yang akan berlangsung pada 31 Julai 2007 ini. Di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, Sheikh Yusuf Estes akan digantikan dengan William Rodriguez yang akan memberi ceramah menarik berkenaan “Unity for Peace”.

William Rodriguez merupakan salah seorang mangsa yang terselamat dari tragedi World Trade Centre, 11 September 2001. Beliau telah banyak membantu mangsa-mangsa serta keluarga-keluarga mangsa yang terbabit melalui pelbagai badan kebajikan.

Semua warga TM serta keluarga dan sahabat-handai dijemput hadir.

Sekian. Salam hormat.

Bagi pihak BAKITKomunikasi Korporat KumpulanTM


------------------------------

Kindly forward the invitation to everyone (Muslims & non-Muslims) within your network. FYI William Rodriguez pronounced his shahadah in front of Sheikh Yusuf Estes in Texas in December 2006.

Excerpt from
http://muslimmatters.org/2007/03/22/last-man-to-survive-911-is-muslim-now/
William Rodriguez was the last person to be pulled out of the rubble on 9/11. He gave a moving account of the events of that day. He talked about his efforts to get a proper and true investigation of 9/11, about his testimony in front of Congress, and other achievements and recognitions. Then, he vowed the audience, by telling them that he had recently become a Muslim!! He said that the aim of American media was to criminalize all the Muslims, yet when he went to Malaysia, he received better treatment than he had ever received. He took shahada at the hands of Sheikh Yusuf Estes, Allahu Akbar

Jazakallahu khairan katheero.

Wasalam.

Friday, July 20, 2007

An Evening Talk by Sheikh Yusuff Estes (Plz Promote - TQ)

Kejap je rasanyer dah hari Jumaat.. Rasanyer mcm baru jer smlm update blog. hehe..

minggu ni me mcm biasa2 jer.. tak ler bz sgt.. tapi sikit2 tu ada laa..




last monday ada meeting BAKIT utk buat program usahasama dgn Muslim NGO, An-Nidaa'. kami nak buat program dakwah berbentuk ceramah. ala2 ceramah perdana lah ni. ni me ada attachedkan posternyer. sesaper kat area Lembah Kelang adalah sangat2 di jemput hadir. kita target dapat 400 - 500 audience.

Biografi Sheikh Yusuf Estes:

- Born 1944 in Texas, USA
- Comes from staunch Christian family - Former Priest, music minister
- Reverted to Islam at 50 years old
- Studied Arabic, Qur’anic studies in Egypt & Turkey
- His Islamic activities include:
i. Volunteer Imam in a Texas military installation.
ii. Chaplain for the Federal Bureau of Prisons, starting 1994.
iii. Delegate to the United Nations Peace Summit for Religious Leaders in August of 2000.
iv. University guest speaker.
v. Television preacher, syndicated television programs on satellite and cable networks.
vi. Maintaining Islamic websites:
www.islamtomorrow.com, www.watchislam.com,
www.1islam.net
vii. Guest Speaker International Islamic Fair 2007 (27-29/7/07)


Datang beramai2 ye!!!


Program : An Evening Talk
Penceramah : Sheikh Yusuf Estes (A Renowned speaker specially flown from USA)
Tajuk
: LIFE: GUIDE TO ETERNAL PEACE & FREEDOM
Hari / Tarikh : Selasa, 31/07/2007
Masa : 8.00 malam - 10.30 malam
Tempat : TM Multipurpose Hall, Menara TM (Menara Telekom), Jalan Pantai Baru, Kuala Lumpur.
Pendaftaran : Percuma

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Pn Shimah (019-2869666) or bleh call me, Anim/Nis (013-2041310)

hehe.. tolong promotekan ek...

TQVM

[15:47] carsharf76: It hurts to love someone and not be loved in return, but what is more painful is to love someone and never find the courage to let that person know how you feel.

[15:48] carsharf76: Dari Abu Hurairah r.a bahawa nabi SAW telah bersabda: “Allah sentiasa memperkenankan doa seorang hamba selama doa itu tidak mengandungi (perkara) dosa, (perkara yang) memutuskan silaturrahim dan selama tidak meminta supaya cepat-cepat diperkenankan.” Lalu baginda ditanya oleh seseorang: “Apa maksudnya meminta dicepatkan?” Jawab baginda: “Umpamanya seseorang itu berkata dalam doanya: “Aku telah berdoa, aku telah berdoa tetapi aku belum melihat doaku diperkenankan. Lalu aku putus asa dan berhenti berdoa.” (diriwayatkan oleh Muslim)

[15:50] carsharf76: Hadith : Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Bukanlah (golongan ini) daripada orang beriman yang sempurna imannya (Iaitu): orang yang suka mengecam, yang suka melaknat, yang suka bercakap kufur, dan yang suka mencarut” Riwayat Ahmad.

[15:53] carsharf76: Firman Allam dalam Surah Ali Imran 3:139 "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman".

Friday, July 13, 2007

my day...

rabu - 11 julai 2007
lunch hr Pn Hairiah and Dr Faridah invite utk join diorg lunch sambil bincang utk satu talk yg akn diadakan kerjasama dgn al-nidaa'. nk ceritenyer.. lunch tu mkn nasi putih + telur dadar + paprik seafood... huu.. nk mkn nasi ngan telur je ke? me tawakal je mkn gak kuah paprik + sotong.. ayarkk... gatai ler jgk kejap dlm telinga.. tapi alhamdulillah side effect lain dah tak der :) bestnyerr... bibir dah tak bengkak.. tangan tak der gatai2 or bintik2.. hehe.. sronok... so me akn teruskan mkn gamat gamogen ni sampai betul2 dah ok.

khamis 12 julai..
malasnyer nk bangun..igt nk masuk keje lmbt.. dlm kol 10pg ke.. sudahnyer sampai ke tgh hr.. pastu sms bos kater me mc or urgent. pedih perut maa.. bkn sengaja nk cuti.. me kena gastrik. jmpa lah my bf lps 4 bln tak jmpa. lps ni 4 or 5 bln lagi kot br jumpa semula. hmm...

jumaat 13 julai..
hr ni keje.. awal pagi lagi me dah bangun. still pedih perut tp ntahnyer bersemangat plak nk keje. sampai opis still lewat 5 minit.. :( buat ler keje2 sket.. byknyer baca email.. laa ni kat opis lagi. lps solat maghrib kang baru balik.. pening kepala laa...

Tuesday, July 10, 2007

Feng Shui Horoscop


Sajer2 jer... tapi terkena gak ler.. hmm..


Thursday, July 05, 2007

love is cinta..

salam..
kejap je rasa dah hari khamis.. esok jumaat.. pastu cuti ujung minggu lagi... (apa tandanyer tu??)
me kat opis lagi ni. tunggu kak mala ajak balik. awal katanyer hr ni.. (lepas maghrib or pkl 8 tu kira balik awal ler..).. me tunggu je.. malas lak rasa nk balik naik lrt hr ni. igt balik ni nk singgah umah along amik botol air baru (yeyeyeyeye kaler ijo tau!)
senin hr tu tidoq kat puncak alam. umah yati, kawan opis. sajer teman dia. start smlm katanyer dah ada teman lps ni. coz adik2 dia dtg kl. temankan dia. so tak ler risau sgt lagi. hmm.. bestnyer ada umah sendiri. bila la me nk ada umah sendiri kan... (insyaallah 2 thn lagi...)
ahad mlm hr tu masa jln2 kat jj ngan alang tgk kete viva. cantik ar.. alang kata mcm avanza cuma kecik je. dlm pun luas. katanyer kalo tempah tak yah tggu lama sbb stock dah ada.. harga mcm ok je.. rasanyer on kot beli kete ni.. tp thn depan ler.. awal thn insyaallah :-) tu pun kalo ekonomi me stabil ler..

hmm...

hari ni me ada meeting kat semarak. sepatutnyer one day. tp meeting ptg batal. lunch dkt menara TH dgn norin & pojie. best ar. lama tak jumpa. norin dah kurus.. huhu.. anggun...

hr ni me ceria.. tapi hati ni rasa ntahler..

awal bln hr tu ada org approch me.. dia approch walaupun dia tau me dah ada 'kawan'.. dan dia kata.. dia akan tunggu me buat keputusan.. susahnyer nk buat keputusan.. tapi me kasi peluang.. peluang utk diri me cuba nk terima org lain.. cuba nk kenal org lain. tapi tiap kali tu juga, si dia (my bf) akan ada.. bkn secara fizikal.. tp me rasa dia ada dgn me..

me katakan pd org yg approch tu.. 'kita kawan je la..' dan dia setuju.. me juga kata 'kalau berkenan kat org lain, kasitau laa..' dan dia tak kata apa2.. me suka juga dia.. me akui.. sbb me rasa kadang2 kalo dgr citer pasal dia dgn 'girl' lain me ada rasa cemburu.. (bahayanyer..).. tapi ada baiknya rasa cemburu ni.. sbb.. rasa ni buat me beringat yg dia adalah lelaki.. yg sedang mencari.. dan pandai berkata2.. negative thinking.. dia akan berkata perkara yg sama pada semua org yg dia rasa ada potensi utk dipikat (chewah..).. hr ni me nmpk dia cuba nk ayat sorg girl yg comei.

apa tandanyer?

me rasa me dah ada jawapan.. dr awal lagi.. cuma me tak bersedia nk kasitau je lagi.. dulu sbb takut dia terasa hati.. or kecewa.. tp skrg me rasa dia ok kot kalo me kasitau jwpn me.. terutama kalo ada respon baik dr si gadis comei tu kan.. :-)

suka tak semestinyer sayang..
suka tak semestinyer cinta..
suka tak semestinyer memiliki..
saya suka awk..
saya suka kawan dgn awk..
saya suka jadi kawan awk..
tapi..
saya tak boleh sayang awk..
saya tak boleh cinta awk..
sbb..
hati saya hanya utk dia...
(walaupun ramai yg tak suka me dgn si dia.. tapi i'm not ready yet to leave him.. i love him so much! and i only have him..)

love is cinta..

Monday, July 02, 2007

my weekend - end or June 2007

Sabtu - 30/6/07 - 12 tgh --> Keramat - KL Sentral - KTM Serdang - Alang pick up - Sepang (b4 3pm) - lepak2.. tgk tv - main game pc.. - solat - makan - pasar mlm (8 pm) - mkn durian + sate.. hehe.. best.. - main game (kot..).. - tgk tv (majalah 3 pasal bdk kembar 23 thn dulu).. - tidoq ...

Ahad - 1/7/07 --> solat - tgk tv - borak2 - kemas2 - masak2 - makan2 - solat - kemas2 - siap2 - balik umah alang (lps asar) - bercinta di jalan raya (alang.. hehe.. ngan kete wmf2902 - saper nyer kete ek? adik sy nk berkenalan.. hehe) - jj sri kembangan - shopping - balik umah - lepak - tgk dvd/tv - mkn - tidoq

Isnin - 2/7/07 - 5.15am --> sahur - solat - siap2 - g keje (7.30am) - erl putrajaya (kena tunggu 23 minit) - kl sentral (8.35am) - putra lrt - opis (punch 8.41am) - tak bawa pas kerja.. so hr ni jadik pelawat kat opis.. erm.. kunci laci pun kat umah.. huhu....

Saturday, June 23, 2007

.::Ungu - Andaiku Tahu::.

.::Ungu - Andaiku Tahu::.



andai ku tahu
kapan tiba ajalku
ku akan memohon
Tuhan tolong panjangkan umurku

andai ku tahu
kapan tiba masaku
ku akan memohon
Tuhan jangan Kau ambil nyawaku

chorus:

aku takut
akan semua dosa-dosaku
aku takut
dosa yang terus membayangiku

andai ku tahu
malaikatMu kan menjemputku
izinkan aku
mengucap kata taubat padaMu..

chorus

ampuni aku
dari segala dosa-dosaku
ampuni aku
menangis ku bertaubat padaMu
aku manusia
yang takut neraka.
namun aku juga
tak pantas di surga

andai ku tahu
kapan tiba ajalku
izinkan aku
mengucap kata taubat padaMu

chorus

ampuni aku
dari segala dosa-dosaku
ampuni aku
menangis ku bertaubat padaMu

ahh...

Thursday, June 21, 2007

miss something..


I miss something...
I feel empty in my heart...
What to do?

I have choices..
But..
It's not an easy thing to make a decision..
I’m afraid..

May Allah bless me..
& guide me.. & show the right way to me...

Saturday, June 16, 2007

Thursday, June 14, 2007

Thursday, June 07, 2007

melayang-layang...

salam..

tgh hari tadi kuar g kl sentral ngan kak aida. g bank masukkan duit kat asb mak. kak aida pun masukkan duit ke akaun dia. duit umah sewa katanyer.. hehe.. (kayo sat..) tak g makan pun sbb kak aida pose and me kenyang lagi. but still beli something sbg bekalan. kot2 la lapar ptg2 kan (mmg pun.. huhu..)

masa on da way balik kak aida tegur..
+ nim ok ke?
- yup.. ok.. alhmdllh.. napa?
me jwb sambil senyum.. kak aida pun senyum..
+ nim tak nmpk mcm ok
jujurnyer kak aida.. me terkedu.. pelik..
- ehh..?? ye ke?
+ yele... nim jln ngan kak aida.. tp nim tak der ngan kak aida.. badan je kat sini..
- erm... saya senyum ni kak :-)
+ yer.. nim senyum.. tapi mcm bkn nim.. napa? ada prob ke?
- tak... tak der laa....
+ tak der tak per laa... akak tanyer je.. nim nmpk lain.. mcm melayang2 je.. kosong..
- ooo...

termangu gak ler.. dan terpk.. i'm ok or not? smlm pun ada sorg yg prihatin (ehem..ehem..) kat opis ni tanyer me ok ke tak gak. bila me ckp ok dia kata "tak nmpk nim senyum hr ni.." huhu....

me ok ke tak? tak ok kot... tak der mood berbunga2.. tak der rasa rindu2an.. tak der rasa nk amik kesah.. tak der rasa apa2.. hmm.. yer laa.. me kosong.. tgh melayang2.. sdg membiarkan semuanya tanpa kawalan.. supaya tak der rasa sakit dan sedihnya hati kot... huuu...

nim ok ke???

dia msg hr ni tya kabar.. me abaikan je msg tu.. ntah.. tak der rasa apa2.. tak tau la marah ke apa ke.. tak taulaa kejap ke lama ke.. tak tau laa cair ke tak lps ni.. kesabaran tu ada hadnya.. bila dah melampaui batas cam ni ler kot. cubalah.. cuba apa yg patut.. *lagu ni utk dia... tiada lagi - amy search*

Monday, June 04, 2007

hati yg sedih..

salam..

dari hari jumaat baru ni rasa hati sedih sgt.. sampai hari ni.. ntah laa..

tiap kali baca hadis ni, hati rasa tenang sket:

Rasulullah SAW berasbda: "Barangsiapa yang Allah mahukan kebaikkan untuknya, nescaya Dia akan mengujunya dengan kesusahan." - Riwayat Bukhari..

Tuesday, May 29, 2007

ujian kah???

hmm.. ujian kah??

dia outstation seminggu... dok dlm utan (katanyer..).. 1st to 2 1/2 days he still can receive msg... but after that until now my msg to him status is 'Failed'. I'm still waiting for the sms status 'Delivered'.. sama ada hp tak on or mmg tak der line kat saner... huuu.. sabar laa... (ada sikit risau dan rindu.. uhuk..)

hmm.. ujian kah?? dlm masa ni juga ada byk mata memandang.. byk suara bertanya.. byk cerita ceriti... ehem.. hati tercuit juga.. kadang rasa goyah lah juga.. tapi dlm goyah2 mesti si dia muncul (difikiran).. tersedar kembali.. hmm... tapikan.. kalau kawan2 je tak per kan??? tapi kan... hmm... risau ler jugak... ujian nie... menguji ketetapan hati dan kesetiaan.. so far rasanya masih belum mahu berubah hati.. kecuali kalau mmg DIA kata bahawa me bkn utk si dia...

huu...
~???~

Monday, May 21, 2007

bowling yg best

salam..

ptg ni rasa badan letih sangat.. teramat2... napa ek?
me buat apa hari ni..? pagi prepare hand-over notes, ptg buat hand-over.. tapi letih yg amat.. sbb smlm kot kan..

smlm me kuar ngan kawan sekolah yg dah hampir 2 tahun tak jumpa. dlm kol 11 pagi teman dia sarapan. pas tu lepak sampai kol 1 lbh kat kedai mamak sblm kami g bank dan tawaf sat kat parking carefour.

alkisahnyer kawan me tgh gabra sbb hr ni pagi td dia flight ke sarawak. dia ni tak penah naik flight. sbb tu gabra. tu yg meracau semacam tu. bleh plak masuk carefour tu dia tanyer me nk cari apa dlm tu. pas tu kuar balik.. haiyaa.. sian tul ler.. last me ajak dia p main bowling. idea yg bernas tp hari ni me letih ar.. tak tau plak main bowling bleh buat badan letih.. hehe..

1 game me byr sendiri.. 2 game lps tu kwn dia blanjer. besst. enjoy. seronok. my best weekend ler kiranyer ni. markah tertinggi still below 100. hahaha.. longkang? adat ar.. tak sah kalo tak sentuh longkang tu. last me main bowling 2 thn lepas masa ajib kawen. huhu... letih banget weih...

hari ni nk balik awal.. nk balik dah ni.. sajer update sket.. suka2..

Thursday, May 17, 2007

Dwen - Satu Penantian

skrg suka lagu ni.. huhu..

Kau yang ku sayang
Dari dulu, kini dan selama-lamanya
Sebelum kenal dirimu
Sebelum jumpa dirimu
Kau sering datang dalam mimpiku

Kata hatiku
Selalu membisik kau adalah milikku
Biar lama pun kutunggu
Saat kedewasaanmu
Daku tak pernah jemu menantimu

Disaat ku sendiri
Ku bayangkan wajahmu
Terkadang ku berilusi
Tentang dikau dan aku

(korus)
Ku harapkan semua ini
Esok kan jadi kenyataan
Dan aku berjanji
Kan ku bahagiakan dirimu selamanya

Kuharapkan semua ini
Akan segera terjadi
Dan semoga nanti
Bukan hanya sekadar impian belaka
(ulang dari korus)

berat kepala.. (entry 2 hari lps)

note: ni post 2 hari lps. dah taip tak bleh post lak sbb apa tak tau. smlm me amik UL. Hr ni br post kat sini. hehe..

----------------------------------------------------------------------------------------------
salam..

dah lama tak rasa berat kepala.. latelly adalaa rasa2 cam tu.. termasuk hr ni.. bkn pening tapi berat kepala.. ntahlaa... mcm2 sakit lak dtg.. sakit dada, sesak nafas, sakit perut, sakit kepala.. huu... satu persatu...

sbbnyer... tekanan kerja kot sesikit sbb nk kena handover kerja lama kepada org lain yg akan ambil alih. takut tak terhand over.. kalau boleh nk curahkan semua tp still rasa berdebar2 takut ada yg tertinggal...

hr ni td pagi jumpa manager. dia br masuk kerja lps cuti ehsan 2 hari atas kematian bonda tercinta (alfatihah.. moga arwah ditempatkan bersama2 org2 yg beriman..amin..). jmpa dia tanyer apa nk kena buat. dia pun citerlaa bagai dan ptg ni tadi dia email semua benda yg me nk kena study. ayoyo...

selain dr handover ada assignment utk sistem lama yg me jaga tu kena siapkan. me minta tolong vendor. tp me still kena buat juga sbb senangla kan kalo bos tanyer. hehe.. dok study ngan vendor punyalah letih. huhu.. tu yg buat me rasa berat kepala juga.. tapi alhamdulillah me paham apa yg dia ajar cuma belum laksanakan tugas je..

lps solat asar tadi sorg manager ckp kat me bos kitorang nk jmpa lps dia solat. so me pun tunggulaa bila akan dipanggil... last me nmpk manager me dtg kat me. dia kata br abis meeting. tak jadik panggil me sbb sorg lagi staff yg sama br masuk dgn me dah balik. hehe.. no komen.. so dia terangkan terus apa yg disampaikan oleh bos kitorang. tak senang duduk menunggu dipanggil meeting tadi, tp bila dah settle rasa lega. fuhhh...

laa ni tgh tunggu time nk balik. dah masuk maghrib. lps solat ni nk balik laa.. esok br sambung bt keje kot..

huu.. byk nk kena study...
me akan cuba tanamkan minat dgn kerja baru ni.. hehe..

cayyuk..cayyuk!!

~me yg cool~

note: last week borak2 ngan kawan. dia luahkan rasa. last dia kata, dia suka citer kat me sbb muka me nmpk tenang walaupun byk masalah. huu... me ingatkan me memperlihatkan masalah me dgn air muka me.. mungkin lain org lain pandang.. apapun.. me suka org kata muka me nmpk tenang.. dan me rasapun kdg2 mmg me tenang bila me igt semua tu ujian-Nya. cuma bila me leka sket ketenangan tu tergugat... wallahu'alam..