Wednesday, May 27, 2009

kedatangan bonda dan ayahanda tercinta..

11-13 may me ada kursus kat Semarak. Best sgt coz dkt ngan umh.. g keje dgn aman.. blk keje dgn gembira.. huu.. me rasa tenang, aman dan tenteram.. suka banget.. hehe...

14 may mak ayah nk dtg umh. mmg dah plan diorg nk dtg coz ayah kena g spital bt checkup. oleh sbb me blk keje awal rabu tu, so me buatlah kek kukus sedap utk mak sempena hari ibu. buat kek dgn perasaan sayang dan cinta. sure sedap. chewahh...

hari khamis tu me blk keje lewat. cam biasa planning nk blk kol 6, tp me kuar opis lps maghrib.. me call mak kasitau hadiah hari ibu dlm peti ais. mak happy.. yey! otw blk me msg hani tanya ijn dtg umh ke tak.. bla2 me tanya apa lagi x igt dah. me msg along tanya dia dan sufi dah sampai ke blm. xcited lebih plk. best ni kumpul ramai2..

me sampai umh sumer dah ada. tgh mkn kek yg me bt. seronok bila sgr sufi ckp "kek mak na bt sedaplaa..". mak ckp sufi mkn byk kek tu. yey! happy lagi.. masa sampai tu ayh tgh borak ngan ain pasal rumah pusaka. bla2 bla2 malas nk campur.. huhu...

pastu ijan lak sampai. bt pertama kali sejak 7 thn diorg kwn ni 1st time ijn jmpa mak ayah. ada hikmah kejadian serang hendap tempoh hari. kalo tak mmg liat jg ijan ni nk jmpa ayah. sesi interview berjalan lancar. lama jg. sejam lbh. pastu ketua blok plak dtg. mak suh abg lan ni dtg. sbb masa mak g umh dia nk tau apakah cerita sebenar di sebalik serbuan tempoh hari abg lan keje. so abg lan dtg umh la mlm tu.

pjg lebar boraknya.. penerangannya.. dia citer semua yg jadik dari mula sampai abis. katanya jumlah yg dtg ramai sebenarnya. tapi diorg x naik. ada kat bwh tunggu je. tujuan mmg nk pukul org. tapi sayang hajat mereka tak kesampaian.. huhu...

jumaat tu mak ayah g umh ajib lak. sblm blk mak ayah jmpa jiran2 yg kami rapat n kenal. mak minta tlg diorg tgk2kan kami kat umh.. tlg igt2kan kami.. hati ibu bapa mana x risau bila rumah yg diduduki anak2 gadisnya diserang hendap kan? oleh org2 yg x kami kenal plak tu.. org2 yg kaki pukul plak tu... sapa x risau??

ntahlaa.. mcm2 hal... mak ayah.. doakan ank mak yg kecik tu kawen cepat.. ehhehe.. ramai yg berkenan tp x dpt.. sian dia.. huu..

**malas nk taip panjang..
**malas nk citer pjg..
**biarlah dialog mlm tu kami sekeluarga je yg igt..
**jgn percaya org yg nmpk baik ni.. kalo dah tau dia byk muka, buat bodoh je kat dia..
**i luv my family.. sgt2
**ya Allah.. selamatkan kami.. lindungi kami dari fitnah.. amin..

comei
kdg2 risau juga...
Rasanya info dlm entry ni korang dah dpt byk kali.. sajer nk paste kat sini.. sbb info ni bagus.. but me x mo jadikkannya berantai.. hmm..

Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...

Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..

Sapakah kita ek??

Monday, May 18, 2009

soal siasat

tempat: balai polis hulu kelang
tarikh: 10/5/09

me nk sgt buat report polis atas sbb kejadian yg berlaku dlm entry sblm ni.. me x puas hati. rasa terganggu sgt2. bila ayah sokong suh bt report polis lagilah me bersemangat. chewah.. tgh hari tu lepas me msg hani kata nk g bt report ayah plak call dia suh bw ijan g bt report skali. pas2 hani msg me kata dia akn dtg amik me utk g buat report tu. masa tu hani dah kuar ngan ijan g minum kat mamak.

hani cerita otw masa nk g mamak tu dlm pkl 11 lebih, 12 tgh mcm tu la, dia terserempak dgn salah sorg mamat yg datang nk serbu umh kami iaitu *kawan jiran*.. mamat ni mmg poyo dan perasan hensem. dia rasa dia org paling bagus kot kat area umh kami tu.. huhu.. benci sungguh! dia agak terkejut bila nmpk hani n ijan dlm kete. sure dia pk kami sorokkan ijan kat umah. sure dia terpk nyesalnya x masuk umh geledah. hahaha.. seronok. puas hati. mcmla ijan tu x der kenderaan lain. ampes tul..

tgh hari tu kami g balai polis terdekat ngan umh kami. 1st time masuk balai polis ni. dari luar sangat cantik. kat dalam, mcm balai ler.. hehe.. cumanyer kawasannya agak luas. nmpk kosong jer... ada dua org pegawai polis lelaki duduk kat kaunter. me ckp me nk bt report. pas2 dia suh kami citer kes yg dah terjadi tu. sambil dgr kprl bertugas tu tya2 la jg mcm berapa ramai, ada tunjuk kad kuasa ke, ada masuk rumah ke bla bla bla.. pastu dia minta ic dan data peribadi utk letak dlm report. pastu taip report.. me taip sendiri.. huhu.. dia kata kalo dia taip lambat.. wawawawa sabo jer laa..

selesai taip report kprl bertugas hubungi ketuanya. insp nazri. dia citerkan ttg aduan kami dan kami dipanggil mengadap utk soal siasat pula. oleh sebab me yg buat laporan, so me lah yg kena soal siasat.. dlm bilik tu me and insp nazri jer.. dia kata sorg2.. hani n ijan dok kat luar bilik. siap pasang tinga lagi apa yg kami bualkan.. huhu.. muka insp nazri ni mcm garang n x mesra. ckp pun keras jer.. cuak la kejap.. tapi lepas dua tiga soklan me dah ok.. antara perbualan kami (yg me masih igtlaa..)

polis: (baca aduan me dan lepas tu minta me citerkan dengan lebih lanjut apa yg terjadi)
me: (me citer sama je mcm entry sblm ni.)
polis: kamu kenal ke mereka yg datang tu?
me: saya kenal 2 org sahaja. seorg ketua blok dan seorg jiran blok sblh. yg lain2 saya x kenal.
polis: pernah ke lelaki bukan muhrim masuk rumah kamu?
me: jujurnya mmg pernah. tapi org angkat barang laa.. kalo masuk rumah utk melakukan maksiat tu x der.
polis: kamu pasti?
me: yer.
polis: kamu ada bf?
me: erk... (me terdiam.. kena jawab ke soklan ni? napa soklan ni ada dlm list soal siasat? huhu.. ada ke x der ek? x tau nk jawab..) erm.. x der.. (akhirnya me jwb 'x der'.. huhu.. trigt org kat penang.. tapi ntahlaa..)
polis: (mcm senyum sinis jer.. mcm x caya jer.. lantak ko la.. huu..).. tinggal berapa org kat rumah tu?
me: 3 org
polis: siapa?
me: saya, adik dan sepupu perempuan.
polis: adik and sepupu ada bf?
me: ada
polis: bf diorg pernah masuk rumah?
me: bf adik x pernah. bf sepupu pernah sekali sbb sepupu baru pindah masuk. so bf dia masuk rumah utk angkat barang. biasanya kalau bf dia hntr balik mmg sampai dpn rumah sbb dah mlm. tp x pernah masuk. bf adik hntr sampai bwh rumah shj (me dok umh flat).
polis: hmm.. kamu pernah outstation? tinggalkan adik kamu seorg kat rumah.
me: pernah. tapi biasanya dia akn tdo di rumah adik sorg lagi. x pernah tinggal seorg.
polis: kamu pasti?
me: ye.
kena confident giler bila jwb soal siasat ni. x kena gaya mau angin lagi dibuatnya..

mcm2 lagi dia tanya.. pastu dia suh me baca balik apa yg dia dah taip.. oklah.. me faham la napa dia tya mcm2.. pastu tetiba je dia tanya me polis baik ke tak.. terdiam lagi.. ish.. polis ni sajer je... me jawab 'x'.. hehe.. pastu kena sembur plak.. ihihi.. hp me bunyik.. hani hntr msg tanya bila nk balik.. haha.. lama sgt me borak2 ngan polis tu...

bila rasa dah lega dah selesai semua me minta izin utk balik. polis tu minta me sign report yg me dah buat.

polis: nk bw ke mahkamah ke kes ni?
me: erk... cam na tu?
polis: citer prosedur kalo nk bawa ke mahkamah
me: erm.. x yah laa.. sy nk sedarkan org kat tpt sy tu jgn amik tindakan sendiri.. erm.. nnt sy bincang ngan ketua blok cam na.
polis: ok.. kalo nk bawa ke mahkamah, ctc kami.
me: ok.. thanks ya..
polis: samer..

cam tu la sesi soal siasat tempoh hari.. pastu g mkn n main bowling.. jln2 kat ampang point and g karaoke. geram punya pasal strike byk kali. yey!

comei ttp comei bila marah.
mcm singa.
haha

Monday, May 11, 2009

serang hendap

ahad, 10/5/09
11.30am
tempat: rumahku..

tuk tuk tuk..
pintu rumahku diketuk dari luar.. adikku yang sedang menonton tv bergegas membuka pintu.. kot2lah akak atau adik2 yg lain datang ziarah ke.. bila pintu dibuka agak terkejut juga bila mendapati 6 org lelaki berada di luar.. seorang darinya adalah jiran kami yg tinggal di atas rumah kami (ketua blok). dua org lagi adikku kenal (me kenal sorg ja).. mereka yg lain bukan dari blok kami..erm.. maknanya kami x kenal.. agak pelik.. kenapa ek? bila nampak ketua blok tu, terus terpk bayaran maintenance rumah.. erm.. dah bayar dah... so.. napa datang ramai2 ni.. lain macam ja...

adik: ye..?
jiran (ketua blok): erm.. erm.. (mcm x tau nk cakap apa ja....) kau cakap laa.. (sambil menuding kepada kawannya yg perasan hensem)
kawan jiran: tinggal dgn siapa?
adik: angah
kawan jiran: (dgn riak nak tahu sangat) angah tu saper?
adik: kakak saya lah..
kawan jiran: (frust..) kakak? panggil dia.. (mcm x puas hati jer..)

adikku bergegas ke bilikku menyampaikan hasrat tetamu2 tidak diundang untuk berjumpa dgnku.. x tahu kenapa dah mula bengang.. nak apa plak ni..? adikku menggambarkan jumlah org yg datang dan siapakah org2 tersebut.. aku dah mula rasa tak senang hati.. aku mencapai tudung dan menyarungnya sebelum melangkah ke pintu untuk bertemu mereka..

aku: apa hal?
wah.. garang sungguh... maaflah.. terasa bengang pula dengan gangguan pagi2 hari ni...

kawan jiran: (dengan muka terkejut).. erm.. x der laa.. kami dpt aduan ada org lelaki masuk ke rumah ni..

aku: (bengang) sapa yg mengadu tu? bila dia nmpk? kat mana?
tetiba rasa darahku naik.. bertalu-talu soalanku..

kawan jiran: erm.. dua tiga hari lepas..

aku: dua tiga hari lepas mmg ada lelaki masuk rumah ni. hantar barang. siang hari.. x boleh ke? x nmpk ke lori kat bawah?

kawan jiran: oh.. ye ke? x perasan pula ada lori.. x der laa.. ada org mengadu..

aku dah rasa nak menyumpah.. bangang sungguh.. lori besar alam x nampak katanya??? tanganku dah menggigil.. dah lama sungguh aku x marah org.. suaraku dah meninggi.. aku sungguh2 marah!
aku: siapa yg mengadu tu? bila dia nmpk? siang ke malam ke? saya ada dalam rumah ni.. setahu saya x der pun lelaki masuk rumah ni selain dari ada hal macam nk hantar barang. x kan nk hantar barang pun x boleh?

kawan jiran: (tergagap2 nak menjawab soalanku.. jawapan yg sama diulang-ulang..) x der laa.. adalaa org dari blok ni mengadu.. katanya nmpk ada org lelaki masuk rumah ni.. bila tu tak pasti pula.. dua tiga hari lepas laa.. ni yg datang nak tanya ni...

aku: siapa yg mengadu tu? ni yg saya angin ni.. kalau nk serbu pun tgklah betul2. ni main serbu2 macam ni plak. apa hal?
aku dah marah.. suara sangat tinggi.. adikku cuba menenangkanku sambil mengurut belakang badanku.

adik: sabar angah... hmm... ni mesti pasal malam tadi ni.. bf saya datang angkat kayu turun bawah..
me: (x igt apa ayat me, tapi adalah me sebut nama ijan)
kawan jiran: ha.. ijan tu saper?
adik: bf saya la.. dia naik mlm tadi angkat kayu2 yg berat ni bawa turun bawah. saya nk angkat tak larat laa... tapi dia kat luar rumah jer..
kawan jiran: oooo... x der laa.. kami ni nak nasihat je anak kawan2 kami... bla2 bla2..

aku angin sungguh..
aku: nasihat apanya? ingat kami x tau ke apa kami buat? ingat kami x tau hukum? nk serbu pun tgk org laa.. tgk kes laa.. ni main datang ramai2 ni apa kes?
adik me mengintai ke tangga rumah sambil mengira berapa ramai yg datang..
adik me: ni datang ramai2 ni nak masuk tgk sekali ke?
kawan jiran: x per laa... kami nak nasihat je dan nak tanya2 jer.. x eloklah kan kalau ada org lelaki dalam rumah..
aku: kalau dah memang x der tu x der laa.. apa kes laa tuduh org buat benda2 mcm ni..
kawan jiran: ok lah kalau macam tu..

aku x dengar lah pulak kalau dia ada mintak maaf ke apa.. yg aku tau masa tu tangan aku dah menggigil.. suara aku dah lain.. muka aku dah lain jg kot.. terasa bahang panas sampai ke kepala.. aku sakit kepala.. rasa bengang yg teramat sangat!

bila dah masuk rumah aku dan adikku berborak tentang apa yg baru berlaku. adikku menceritakan dia mengajak bfnya naik ke rumah untuk mengangkat kayu yg byk di luar rumahku. katanya malam tu dia ada bertembung dgn beberapa jiran dan berbual2 sebelum bfnya balik.. masa ni juga adikku mula menceritakan dia telah membeli kereta bersama bfnya dan kereta tersebut parking di bawah rumahku.. pada mlm tersebut bf adikku ada di kereta mereka untuk tunjuk kesan calar akibat terlanggar tiang. pada masa tersebut ada jiran (salah sorg dari yg datang) yg nmpk mereka berdua. jadi kemungkinan kedatangan keenam2 org tersebut (atau lebih) adalah berpunca dari nampak adikku dan bfnya sedang berborak berhampiran kereta mereka (kat luar kereta). nak di jadikan cerita.. kereta tersebut masih berada di tempat parking sehingga jam 11pagi.. mungkin mereka ingat bf adikku bermalam di rumah kami. dan tujuan kedatangan kesemua mereka yg bermuka penyangak dan berbadan sasa adalah untuk membelasah lelaki yg ada dalam rumah kami.. tapi hajat mereka x kesampaian kerana tak ada lelaki pun dlm rumah kami..

aku sungguh2 bengang dan marah. kenapa kami yg mereka nak kenakan? x nmpk ker lagi banyak maksiat kat kawasan rumah tu tapi kenapa org yg x buat maksiat yg dia serbu? bodoh bangangnyer lah mereka ni. sajer nak cari pasal. sajer nak tunjuk kuasa. sajer nak memandai2.

sebelum ni aku ada mendengar cerita jg dua tiga rumah yg kena serbu mcm tu. abis lembik lelaki yg ada dalam rumah tu diorg pukul dan kerjakan. pada pandanganku, tujuan mereka datang beramai2 tu mmg sama lah mcm serbuan sblm ni.. nk pukul org.. kalau dtg nk nasihat x dernya dtg ramai2 dgn org2 yg x aku kenali.

lepas borak2 dgn adik dan mendapat punca masalah, adikku terus menghubungi adikku yg sorg lagi (rumah lain). asalnya aku berhajat utk menceritakan sendiri apa yg terjadi kepada ibuku. tapi x boleh sbb tangan masih menggigil, dan tahap kemarahan belum turun. aku menyuruh adikku untuk menghubungi ibuku. dia menceritakan apa yg terjadi. bila tiba giliranku utk bercerita, air mataku terus mengalir. waaaaaaaaaaa aku x bleh marah. mesti nangis.. huhu.. lemah sungguh!

msg ku hantar pada sahabatku yg bekerja di jbtn syariah.. menceritakan apa yg terjadi. sahabatku mencadangkan aku membuat report polis memandangkan mereka datang tanpa kariah surau dan jg org dari jbtn agama. juga tiada perempuan dan polis. betul juga.. aku terus menghubungi ayahku minta pendapatnya.. ayah kata, kalau nak buat report buatlah.. kalau rasa terancam dan rasa perlu buat report buat laa...

tgh hari itu.. aku, alang, hani dan ijan g buat report polis.. bagiku kedatangan mereka bukan utk nasihat. tapi itu adalah satu serangan dan gangguan. mmg x salah nk jaga anak2 kawan2 or jiran.. tapi bukan macam tu caranya.. apa hal datang nasihat bawa ramai2 org yg aku x kenal? besar2 plak tu? tu nk nasihat ke nak pukul org? huu.. lepas buat report rasa sangat puas dan lega... hahahaha (note: polis tanya aku ada buat org kat flat aku marah ke, bengang ke.. erm.. setahu aku x der.. tapi mungkinlah diorg ni x puas hati coz x dpt ngorat adik2 aku.. hahaha)

(hari ni g cek tekanan darah doktor terkejut coz tinggi sket... doktor cek lagi sekali.. nasib baik normal semula... huhu.. aku ada potensi utk dapat tekanan darah tinggi jg rupany... sabar je laa..)

lepas buat report kami g lunch @ kenny rodges ampang point.. sangat lapar... lepas makan g main bowling plak.. sangat puas.. malam baru balik umah... huu...

note: malam tu hani drive citra (kete dia and bf dia).. cuak juga.. 1st time me naik kete dia bawa + x der org len yg terer.. alhamdulillah... dia ok.. dia bleh bawa kete insyaallah.. hehe.. lepas ni me bleh test kete tu jg.. yeyeyeye!

Tuesday, May 05, 2009

cuti hari pekerja

asalnya, cadangnya, cuti hari pekerja me akn bercuti bersama kawan2 sekerja di Melaka. kira mcm family day.. tapi last minit me terpaksa batalkan hasrat tu.. atas sbb2 kesihatan.. sbb x leh jln sgt dan sbb kena pantang makan.. huhu.. siankan... tp x pa laa.. ada hikmah sumernya.. insyaallah..

so tukar plan, cuti tu me blk sepang. ikut alang and along and sufiah (anak along).. alang drive cam biasa (coz dia je tau drive antara kitorang).. bertolak dari umh me jam 10am.. panas pg tu.. jalan ke sepang x jam sgt.. moving.. ok laa..

dlm kete me leka layan sufiah.. x larat.. coz dia dah pandai cakap and buat ayat panjang2. cumanya me tak paham sgt apa dia sebut. sian sufi.. sufi seronok sgt jg sbb dapat baju spiderman sepsang. siap topeng lagi.. tp masa dtg umh me dia x pakai topeng la. (otq blk kl dia mintak jam spiderman plak kat me.. sabar ja laa..)..

masa dah nk sampai umh mak tetiba sufiah ckp kat me dia nk ckp ngan wan dia..
sufi: mak na, tipon la wan.. sufi nk ckp ngan wan..
me: ehh?? kita kan dah nak sampai, x yah la tipon wan..
sufi: alaa.. sufi nak ckp ngan wan..
me: sufi nk ckp apa?
sufi: erm.. sufi nak borak2 ja..
me terkedu.. ayoyo.. anak along pn pandai nk borak2 ek.. me kuarkan hp me, dial no hp wan sufiah. pas tu kasi sufiah borak2 dgn wan dia. seronok betul dia bercerita..

wan: sufi dgn siapa?
sufi: mak lang..
wan: siapa dgn mak lang lagi..?
sufi: mak ada sblh mak lang.. mak na ada..
me suh sufi ckp me x der, tp dia x mo.. baik tul sufiah.. mak x tau me blk spg. yg mak tau me g melaka.. sampai umh masing2 tanya napa tukar plan.. me citer la me sakit kaki + kena berpantang byk.. sian kwn2 nnt... huhu..

along blk sepang kali ni ada tujuan.. nk berurut.. berurut abis pantang.. sajer la b4 mula keje kan. me tumpang samer. asalnya me nk berurut sekali je. tp sbb angin byk sgt dlm bdn dan keadaan me yg x sihat, me kena tambah jadik 3 hari.. sangat sakit urut hari pertama. sampai me x bleh bgn dan muntah2 angin. raa mcm ditikam2 kat perut. nk solat time sujut sangat susah. nk baring pn susah jg.. kena slow2... wahh.. saper yg bersalin ni? adoilaa... urut hr ke dua dah kurang sakit. hari ketiga alhamdulillah dah cergas.. skrg rasa sihat sket. cuma lepas urut hr ketiga tu me lalok.. nk tdo je.. letih sgt kot..

cuti kali ni umh mak meriah. hari sabtu tu mak buat kenduri tahlil. mak jemput mak uda, acik jebah dan pak andak. ajib pn dtg satu family. dgn baby qayyum nya.. me ni kan, seingat me la x de baby yg nk kat me. sure nangis bila nmpk me. huuu.. tapi qayyum best. dia gelak2.. siap nk borak2 lg dgn me. br 3 bln tu.. sangat comel. bulat dan cerah. maknya panggil baby epal. coz masa pregnant reena suka mkn epal. tetiap hari.. huu.. patut ar ranum ja nmpk si qayyum ni. hehe..

hari ahad tu blk kl.. dlm pkl 4 lbh kot. jln clear, so cepat ja sampai kl. me kena dok ngan sufiah lagi, melayan sufiah.. tp x tau napa me rasa letih sgt.. rasa malas nk layan.. rasa nk tdo jer.. hmm.. tu laa.. sangat penat.. sampai kl call mak inform dah sampai.. and tdo sat..

senin me cuti. sajer.. nk rehat.. me amik peluang ni g buat pasport.. laam jg prosesnya.. +- 3 jam.. wah.. org sangat ramai jg.. tapi lancar jer.. yey! me dah ada pasport! hehe.. insyaallah kalo x der apa aral, ujung bln jun ni me akn ke jakarta bersama kawan2 kerja.. insyaallah...

hari ni kerja cam biasa.. tapi mood kureng sket..
huhu..
bosan.. sakit kepala..
hmm...

miss something...

Thursday, April 30, 2009

Gout

dua tiga hari ni searching ttg penyakit gout..
tanya2 org apa bleh n x bleh mkn..
citer ttg sakit me..
huhu

hari ni me jmpa lagi artikel ttg gout.. meh share..



ni la rupanya keadaan gout tu.. ada kristal uric asid dkt sendi ibu jari kaki yang mengakibatkan rasa ngilu dan sakit mcm dicucuk2.. huhu..

baru-baru ni kawan me tanya tanda2 sakitnya.. kalau me, tanda2nya sakit ngilu sgt2 kat sendi ibu jari kaki.. bila nk sujud time solat tu, ibu jari kaki x bleh nk kepak... pedih.. tu 1st tanda yg me rasa.. masa mula2 kena (dlm raya hj thn lps), me abaikan ja.. igtkan sakit biasa2 ke angin ke.. urut2 cenggitu je laa.. sapu minyak panas bila sakit, tp sakit x ilang..

dlm dua tiga bln lepas (lebih kurang), me g klinik. ckp kat doc ibu jari kaki me sakit. doc terus ckp me kena gout. and suh me buat ujian darah. me pn btlah ujian darah dan positive me kena gout. uric asid tinggi dalam darah. masa mula2 dulu doc x kasi ubat. biar dia baik sendiri.. doc pesan, jgn mkn kacang, kerang, ketam, udang (sib baik me x mkn sea food).. sotong bleh mkn tp x bleh byk.. sardin n ikan bisil pn x bleh mkn.. so, mmg me elak la mkn benda2 ni.. tp kdg2 me buat ujian sendiri.. me sajer mkn kacang or ikan bilis.. lps tu sendiri tanggung sakit laa... huhu...

searching kat net, ni ada info sket ttg sakit ni:

Penyakit Gout ialah salah satu bentuk artritis yang diakibatkan oleh pengumpulan hablur-hablur asid urik pada sendi-sendi. Penyakit ini terlalu menyakitkan dan dalam kebanyakan kes, hanya menjejaskan satu sendi (monoartritis), khususnya ibu jari kaki. Dlm kes me rasanya dah sampai ke jari kelingking kedua2 belah kaki..

Istilah "gout" berasal daripada perkataan bahasa Latin, "gutta" yang bermakna 'setitis', disebabkan kepercayaan ketika itu bahawa gout diakibatkan oleh titis humor-humor yang mengerikan dan yang mungkin berkait dengan ketul-ketul mendapan urat. Pesakit-pesakit yang menghidap ghout mengalami peningkatan aras asid urik atau masalah penyingkiran asid urik, atau gabungan kedua-duanya sekali. Aras asid urik yang tinggi dikaitkan dengan usia, obesiti, Hiperlipidemia Jenis IV, kencing manis, penyakit jantung iskemia, dan darah tinggi. Kadang kala, gout merupakan penyakit keturunan. erm... me muda lg rasanya... ehem.. obesiti (kot..or menghampiri obes.. hehe..)..lain2 x der kot.. keturunan.. erm..wallahu'alam.. nnt check laa..

maklumat lanjut leh tgk sini http://kedah2u.com/company_details.asp?id=126.. leh cari kat wikipedia jgk.. kat mana2 blog doctor..

(sambil menaip nijari2 tangan rasa sakit dan kejang..)

me: in pain.. but ok..

thanks Allah.. ni ingatan utk me kot..

redha..

Tuesday, April 28, 2009

hutang..

me hutang citer ttg saman n citer me g kelantan..
x sempat nk karang citer..
erm.. sabar ek...

now tgh training..
tgh tahan sakit kaki..
jari2 kaki sdg sakit.. mencucuk-cucuk sakitnya..
sbbnya me mkn daging td..
me x tau me x bleh mkn daging..
adoilaa...

hmmm...
sikit2 Allah tarik nikmat makan..
sblm ni seafood (udang, ketam, sotong)..
laa ni ada beberapa lagi benda me x bleh mkn..
kekacang..
ilan bilis..
daging..
pulut..
lps ni x leh mkn apa ek?

huhu..
me redha and sabar...
semua ni utk kebaikan me kan..
tapi still la kdg2 x leh nk thn rasa nk mkn tu..
wawawa..

tukar cat umah (blog)

dah lama guna cat kaler pink.. rasa berbinar2 dah mata.. hik hik..
laa ni tukar warna natural plak..
nmpak ayu gitu..

hahaha...

(now tgh training kat ttc)

Thursday, April 23, 2009

TAG - Desktop

ehem..
salam.. entry kali ni tajuknya 'TAG-Desktop'.. wawawa me kena TAG dgn Miss Mya.. huhu.. sabar je laa.. biasanya kalo kena tag ni me bt bodo jer.. tapi tag yg ni me reply laa.. sbb list yg Miss Mya tag pun sikit sgt.. kalo x jwb kang, sian lak dia.. hik hik.. (+ br abis session dgn bos2.. dan dah ptg.. mls sket bt keje)

so.. ni lah rupanya my desktop.. dah setahun kot layoutnyer cenggini.. maleh nk ubah.. biarlah kucing n arnab tu dok diam2 kat situ.. x dpt bela yg idup, jaga yg ni pn ok.. ada gak benda2 comei nk tgk bila on pc.. huhu..

eh.. nk kena TAG org len ke.. sapa ek...?
1. Yanz dGanu
2. En 13may
3. kak sitinur
4. eya
5. edd

Diharapkan kawan2 ku sudi menjawab TAG ni ye..

note: kalo dpt jam 'TAG' kan best.. ni kena TAG jer.. huhu...

Wednesday, April 15, 2009

kemas umah...

ehem.. salam..
lama x update blog..
apa citer baru?

erm...
dah dua kali sabtu x dok umah...
sabtu ujung bln 3 g ipoh kenduri ila, minggu lepas tu (awal bln 4) balik umh mak kat sepang.. weekend minggu ni me x g maner2.. means tak tdo di luar rumah laa... yati ajak tdo kat umh dia kat shah alam tapi me tolak.. penat.. sajer nk lepak kat umh sendiri.. kemas umah.. berabuk bagai.. bersepah juga.. huhu..

so sabtu dan ahad me minggu ni berkemas umah.. erm.. actually me kemas bilik me ja.. tu pun x larat.. separuh hari juga.. huhu.. tu pun xtvt mengemop lantai x dapat di jalankan kerana 'ketidak laratan' yg teramat sangat.. wawawa.. sakit pinggang.. adoilaa... ahad me tolong hani kemas buku2 lama yg ada kat dlm bilik dia plak.. mcm2 kami jumpa.. buku2 citer bahsa omputeh milik alang.. hadiah2 alang yg masih dlm kotak.. (mug kami amik ler ek.. hehe).. kertas2 yg tak guna.. majalah 'mutiara malaysia' me.. (dulu rajin beli majalah).. dll.. yg mana leh simpan tu kami simpan laa.. yg dah x leh simpan tu kami buang ler.. huhu..

kesimpulannya... me kena selsema.. sbb me alah abuk.. :-D
sib baik kejap ja.. tapi bila dah kemas tu pandangan rasa luas sket laa...
erm.. nk cari masa utk kemas umh lagi..
erm..x dpt nk mengemas tetiap hari.. coz g keje pagi.. blk keje dah mlm.. dah penat.. mampu nk lepak and tgk tv and bersih diri ja.. hehe...
kemas umah ni mmg xtvt sabtu ahad ler.. huu..
cam na nk kawen ni?
alahai...

Thursday, April 09, 2009

.::Selamat Pengantin Baru Ila::.

Ni antara gambar2 yang me dapat sepanjang 2 hari di Ipoh..

Date: 28/03/09
time: lepas maghrib
tempat: masjid (dkt kaw rumah kay kat ipoh)


selepas akad nikah.. Alhamdulillah... dari kiri: mak sedara Ila, Ila, Kam (kakak Ila), me, Dr Azah (bos Ila).. Ila kata masa ni dia tak der hati sgt.. x der perasaan.. pandangan dia, hatinya jauh terkenangkan ibunya yg sakit.. dan kakaknya (Kay) kat spital.. erk.. kay jaga maknya kat spital (heart attact)..

Posing sementara tunggu pihak lelaki datang untuk kasi mas kawen..

nazri: cik anis, ni duit apa?
me: ni namanya mas kawen..
nazri: banyaknyer.. saper punya?
me: cik Ila punya... suami cik ila kasi..
nazri: ooo... cik anis nk buat apa duit tu?
me: nk simpan..
nazri: oo...


this is my fav picture.. abg abu (cameraman) mmg pandai amik gambo... class and beautiful.. wow!

Date: 29/03/09
time: 12 tgh - 3 pm
tempat: rumah pengantin

ila: x der selera nk mknlah kak anis..
me: mknlah sikit... alas perut..
ila: erm... ye laa..

ambil lauk untuk pengantin tau.. hehe.. me x mkn udang..

me kan pengapit... kenalah jaga pengantin.. jgn biarkan pengantin berpeluh2.. x comei kalo bergambo.. x sangka plak cameraman ni nk amik gambo ni.. huhu.. tangkas sungguh!..
***
gambar2 lain... me pn x tgk lagi...
x sabar nk tgk gambar...
nisnim: comei ja.. hahaha

Wednesday, April 08, 2009

ayah demam..

sabtu br ni me blk sepang. lawat mak ayah. masa me kat ipoh, mak demam.. sbb tu minggu br ni nk sgt blk sepang tgk mak ayah.. alhamdulillah mak dah sht.. tapi ayah lak yg demam.. sian ayah.. ahad tu sblm kami kuar lunch ayah mkn ubt.. pas tu +- 3 jam ayah tdo.. mamai.. malas nk kejut. sajer biar ayah bgn sendiri br kami kuar mkn.. semoga ayah cepat sembuh.. (jap g nk call mak laa...) me blk kl senin.. kalo blk sepang sabtu mmg me akn cuti senin tu. x der la kejap sgt dok ngan mak kan.. kalo ahad tu jg blk.. naik bas plak tu.. sure me memberontak. angin tetiba lak nnt.. hehe.. sure pg tu perangai me lain.. (dah test dua 3 kali.. sian mak ayah terpaksa diam.. huhu..)

senin hr tu b4 blk kl me update blog. tp dlm word pastu save kat tumbdrive me. x der internetlah katakan.. cadangnya nk update kat blog smlm (selasa).. malangnya, bila buka file tu kat opis, x bleh pulak.. awatnyer ntahlaa.. me rasa tumbdrive me ada prob ler.. sedey sgt.. dah taip pjg2 citer pasai me kat ipoh.. tapi ilang plak.. kat umah mak adalah salinannyer.. tapi lama lglah nk blk umh mak...

x per laa.. nnt bebila me update citer kat ipoh.. entry lepas ni me akn update gambar me kat saner sambil bercerita ek.. tungguuu...

Wednesday, April 01, 2009

Jemputan kenduri kawen...

10/3/09 hr tu dapat jemputan ke kenduri kawen adik kay.. jemputan melalui email. sblm tu kay dah jemput mulut and dah kasi kad :-D
cam thn lepas, me g kenduri adik kay yg sebaya me, kam.. so thn ni me g jugalah kenduri ilah.. support dari me.. hehe.. yeyeye.. jln2 ke ipoh!
***
Assalamualaikum…

Kepada kawan2 seperjuangan,

Saya nak jemput semua sekiranya ada kelapangan dan masa ke majlis perkahwinan adik saya spt berikut :

TARIKH : 29 MAC 2009 (AHAD)
LOKASI : KG DATO’ AHMAD SAID TAMBAHAN 2, IPOH PERAK.

p/s : Kepada teman2 yang menyertai Khemah Ibadah semoga selamat dan gembira J.

KAY

***
ni kadnyer...




erm....

nantikan sambungan cerita ek...

nisnim: selamat pengantin baru ila..



Tuesday, March 31, 2009

samb kesah cermin mata...

samb kesah cermin mata...

hari jumaat me plan nk p cek power cermin mata yg me dh jumpa dgn cermin mata yg me baru buat.. cermin mata baru mmg me x leh suit dgn powernya.. tinggi rendah me x dpt nk adjust.. me dh inform abg kedai tu and dia pn suh dtg utk cek power spec..

mlm tu sblm kedai tutup (kedai tutup pkl 9pm).. me singgah kedai. abg tu cek power spec lama. pas tu me tgk muka dia cam pelik je. me tanyalah napa.. dia ckp power cermin mata betul2 lari... kiri tinggi dari kanan.. kiri 525, kanan 325.. giler lari dari expectation asal me.. huhu.. me silap... adoilaa..

so, kena tukar power spec baru ler.. abg tu buat sama dgn spec lama. FOC jer.. hehe.. best.. best.. me order jg torex lens (ctc lens + silau).. nk test pakai ctc lense gak nnt. test utk sbln jer.. so lps ni kalo spec ilang, ada satu lagi ganti.. and ada ctc lense.. x de la alasan x dtg keje sbb spec ilang.. huhu..

nisnim: ptg ni (selasa, 31/3/09) me g amik spec baru. yeye!

Friday, March 27, 2009

Happy Birthday Ayah

Date : 27/03/09

Happy Birthday to My Love Daddy.. huhu...
Hari ni birthday ayah..
hari ni mak demam..
me dah wish ayah pepagi tadi (call jer)..
hadiahnyer belated ler ek...

buat ayahanda tercinta..
Semoga Allah panjangkan umur dan murahkan rezeki..
Semoga Allah permudahkan juga urusan dunia dan akhirat..
Semoga Allah tetapkan iman..
Semoga Allah beri kekuatan dalam menempuh kehidupan dunia akhirat..
Semoga Allah limpahkan kasih sayang..
Syukur atas segala nikmat yang Allah berikan..

Amin..

Note: Kami sayang ayah... muahhhh

cermin mataku...

date:26/03/09 (khamis)
time: morning

x larat n bangun tdo.. mamai jer rasa + badan masih gatal2 x tau napa.. allergie.. mungkin kesan sauna, toxin keluar.. huu... rabu hari tu lepas opis me g buat sauna lagi.. lepas sauna mmg letih sgt.. nk tdo je.. lapar pun ye gak.. balik umh me ajak adik and sepupu me mkn kat awe bwh tu.. lepas mkn balik umh.. mata dah kuyu.. gatai2 menyerang.. huu..

tdo awaller jg.. pkl 10 kot.. lena sampai subuh.. bgn sbb bunyi jam and solat.. pas tu tdo lagi.. dah pkl 8.30am me msg bos and opis mate kater me halfday. x kasi tau reason, tapi sbbnya kesan allergie tu agak kuat lagi waktu tu.. tak tahan ler.. me mkn ubat b4 tdo.. tu yg masih mamai...

dlm pkl 9 me bangun nk siap2 g keje.. tapi lain lak jadiknyer... erm.. me tak jmpa spec mata me.. huhu.. jenuh cari kat tpt me tdo.. keliling katil, atas katil, bwh katil.. x der.. cari dkt almari.. kat sumer tpt yg me bbiasa letak pn x der jg.. panik gak laa.. mana ni... cari kat tpt2 yg ada kemungkinan spec me jatuh pn.. x der jg.. alahai.. susahnya hati.. me buat benda lain dulu kejap.. kasi tenang kepala ni.. pas tu cari lagi.. masih x jmpa.. huu.. sempat gak la msg kawan me 'kalo spec leh bunyik kan bagus..huu..'.. baik jer kaawn me reply 'hehe..miscol je kak anim..' huhu.. tergelak me.. sehari sblm tu br je kami borak2 pasal spec ni.. ye laa.. masing2 rabun.. power tinggiler juga.. kalo ilang cam no ek?? erm.. cam ni laa kalo ilang.. nk cari pun susah.. adoilaa.. me msg adik and sepupu me kot2 la diorg ada terjumpa spec me.. tp x der jg.. huu..

me msg alang minta tolong dia teman me g ampang park. me nk bt ctc lens ler kononnyer.. masa tu terpk tu jer cara paling cpt.. memula alang kata ok. so planningnyer tgh hr tu g ampang part bt ctc lense. kol 12 me kuar umh tanpa spec.. takut jg.. tapi sbb tu kawasan rumah me, and me dah biasa, alhamdulillah allah permudahkan.. bila sampai kat bus stop me risau.. cam na nk tgk bas ni... erm.. alhamdulillah bila bas dtg nmpk laa bentuk bas.. hehe.. and tau la bas tu bas metro coz kaler dia putih. jarang bas persiaran lalu kat sini.. no bas, mmg me tak nmpk.. cuak?? mmg laa... control ayu jer.. haha.. dlm bas alang msg kater dia x dpt nk teman.. kalo pkl 4pm dia ok coz ada urgent.. erm.. me takut nk jln sorg2.. so me decide g kedai spec kat lrt jelatik jer (tetiba teringat ada kedai kat situ)..

sampai kat kedai tu tanya ctc lense, x der plak.. kalo nk kena order, esk br dpt.. kalo nk spec leh siap dlm masa 2 jam. so me decide buat spec terus. erm.. (ntahlaa.. kalut santa.. patutnya tak yah.. balik jer tdo, tunggu adik2 balik minta diorg carikan spec.. hhehe.. tapi sumer ada hikmah.) nak jadikan citer.. ujan lak... me dah cek mata.. power belah kiri naik.. so now power kiri and kanan dah sama. 400. estic 200.. tinggi jg.. spec leh siap pkl 3.30pm tapi waktu tu ujan lebat.. so agak bahaya jg.. me msg bos and opis mate me terpaksa urgent leave coz spec me ilang.. huhu... me ckp ngan org kedai tu, me amik spec ptg kol 6pm. mata me dah sakit sgt masa tu.. mata dah letih and strest coz me paksa tgk keliling tanpa bantu spec.. erm...

lepas lunch me blk umh.. solat zohor.. pas tu cari lagi spec dlm bilik, kat ruang tamu, dapur, bilik air, sumer.. tak jmpa jg.. hmm.. manalaa spec ni.. peliklaa.. otak pun dah penat pk mana me letak spec me ni.. ptg tu, tdo ler coz letih sgt..

kol 5.30pm dpt msg dari kedai kata spec me dah siap. dlm pkl 6.30pm me sampai kat kedai. bila pakai mcm x balance jer.. coz power dah naik. so me perlu masa utk sesuaikan diri dgn mata baru me.. susah sungguh.. me tak dpt nk agak ketinggian.. nmpk mcm berbukit2 jg.. huu... abg kedai tu suh pk dua tiga hari pas tu kalo x ok, dia cek balik..

masa amik spec sempat msg adik me if dia dah sampai umh minta tlg dia carikan spec me.. so bila me sampai umh me terus tanya dia.. sengih jer memasing...

adik: angah cari kat ner?
me: carilah kat sumer tpt.. jumpa tak?
adik: ada.. kat celah almari..
me: napa angah x jmpa? (x puas hati)
adik: angah kan x nmpk.. mmg laa x jmpa.. spec angah terselit.. mmg x nmpk..
me: oo.. (sedih sgt.. x puas hati lagi.. huuu).. thanks..
adik: cantik spec baru..
me: hehe... pandai dia cari time nk tukar... (nasib dah gaji..)

erm.. masa susah hati cari spec x jmpa me call mak.. ngadu ngan mak.. sian mak.. demam.. borak2 ngan mak kejap.. nasib baik dah ok dgn dia.. msg ngan dia jg.. erm.. thanks to all my relative and friends yg ada time me perlukan support korang.. hehe... luv u all..

ni la spec baru me...

power : kiri 400, kanan 400

estic: kiri 200, kanan 150

brand: giordano

harga: lepas diskaun, bingkai dan lense RM400 - hartaku.. leh pakai 3 tahun Insyaallah...

note: erm.. pandangan sedikit pelik.. me x dpt biasakan dgn power baru ni.. ptg ni nk singgah kedai tu utk cek blk power me.. n compare dgn spec lama me.. erm.. now mcm menggigil sket x tau napa.. menggagau jer.. erm.. prob sungguh!.. huhu..

hikmah buat spec mata, owner kedai spec tu kasi doa utk kurangkan power spec.. insyaallah me akan amalkan... caranya: Selepas azan kita akan baca doa azan kan, so lepas tu tambahkan doa ni untuk kurangkan power mata… "Ya habibi wa qurratu aini, Innallaha la tuh liful mi’an"

selamat mengamalkan...

Friday, March 20, 2009

Takziah Along

Date: 18/3/09
waktu: mlm

masa me tgh mandi dgr tipon umh berbunyi. 3 kali.. rasa pelik juga.. terdetik dlm hati 'ada kecemasan ke?'.. bila kuar toilet me tanya adik me 'saper call?'. 'abg long call nk no tel alang.. along dlm spital katanya..' muka hani mcm blur jer masa jawab tu..

me : 'napa?'
hani: 'abg long kata along nk bersalin..'
me: 'eh.. kan baru 5 bln..'
hani: 'ntah.. abg long kata dah 7'..
erk.. masing2 konfius...

lepas solat isyak me call mak..
me: 'ada x abg long call?'
mak: 'x de.. napa?'
me: 'along masuk spital.. hani kata along nk bersalin.. dia minta no tel alang tadi.. x tau napa'
mak: 'x de saper ckp pun.. eh.. kan baru 5 bln?'
me: 'erm.. tu laa.. mak call alang la tanya dia'
mak: 'iyalah..'

tgh mlm tu me sms alang.. tya dia along apa citer.. dia reply 'baby along x dpt diselamatkan..'.. erk.. me tergamam jugalah.. mcm x percaya jer.. me terus inform hani.. terkedu juga dia...

khamis, 19/3/09
pagi tu me sms hani n ain tanya apa plan diorg. me inform me nk g umh along terus dr opis lepas waktu keje tu. ain kata nk ikut. ok laa.. tgh hari me call along nk tanya khabar.. suara along cam biasa jer.. tak der sedih ker, celaru ke.. very the strong laa.. huhu...

soalan pertama me baby along berapa bulan sebenarnya.. along kata 24 minggu.. 6 bulan la ek? +- cam tu laa.. along citer (kalo tak silap cam ni la citernya.. kalo silap nnt along betulkan ye..) dia dah sakit pewut dari senin.. pas tu selasa tu dia g kaut sampah lak.. pas tu dah rasa baby x gerak sangat dlm pewut.. so along dok diam laa.. rabu along g keje.. naik bas.. sampai kat opis dah rasa sakit2.. tgh hari along blk and g spital. along citerla masa kat spital tu masa along ngan doktor.. ngan nurse.. tapi me tak tau nk citer balik cam ner.. hehe.. (me bukan pencerita yg baik..)

along kata lagi, nurse dah nmpk muka along mcm sakit sgt.. so, nurse suh along baring.. bila tgk, bukaan dah membolehkan baby kuar.. tak lama lepas tu, baby pun lahir.. baby agak lemah.. jantung dan paru2nya lemah.. baby hidup selama 1jam stgh jer.. Innalillahiwainnailaihirrajiun... abg long cari no tel alang coz nk suh alang jaga sufiah (anak along) kat spital. sbb bdk kecik x leh masuk kat wad mlm2 kan... so alang jaga sufiahlah mlm tu..

masa along citer kat fon tu me nangis.. sedih dgr.. tapi along x nangis.. dia sungguh tabah.. along siap pesan kat me jgn sedih2.. jgn terover sedih.. jgn pk sgt pasal dia coz she's ok.. along suh pk diri sendiri.. at least along dah ada sorg anak yg idup, yg leh teman dia kat dunia ni.. and 3 org yg tunggu dia kat akhirat saner.. me?? x der sesaper lagi.. huhu.. along suh me kawen.. waaa... lagilaa me rasa nk nangis.. (mmg senang jer ckp2 suh org kawen ni.. me yg disuruh2 ni rasa amat tertekan..) huhu...

petang tu me kuar opis dlm pkl 6pm.. sampai kat jelatik dah terlepas bas plak.. memula igt nk blk umh dulu, saing ain g umh along. tapi sbb dah terlepas bas, so me terus jer laa.. sian ain kena tinggal.. sowi... sampai kat umh along dah maghrib.. borak2 ngan along.. borak2 panjang.. solat maghrib, kunyah2.. hehe.. (singgah beli roti kat petronas coz lapar sgt..).. hani dah ada kat umh alang. diorg x tau along dah ada kat umah. me msg kasitau along kat umh, pas tu diorg pn dtg (umh alang selang 5 buah rumah dari umh along)..

baby abg long kebumikan kat tanah perkuburan dkt area umh along. along kata dia suh abg long bawa sufiah sekali. supaya sufiah tak tanya adiknya mana. bila kami tanya dia, dia citerlah dia ikut ayahnya g tanam adiknya.. 'adik tdo.. mata dia cam ni.. (sambil pejam mata)..' huu...

dlm pkl 9 lebih kot kami blk umh.. abg long + sufiah and along hantar.. diorg nk g mkn.. kami blk terus. seronok dpt berkumpul adik beradik.. share story.. share happiness.. share citer sedih.. share everything.. hmm.. lebih berbaloi.. (yeah.. family first!)

jumaat, 20/3/09
me call mak.. sajer tanya mak dtg ke tak.. pkl berapa mak dtg kl.. mak kata dia datang.. tapi mak tgh susah hati.. ayah pn susah hati.. bp naik.. coz dpt surat saman 25k.. huu.. sian me dgr.. me suh mak bawa surat2 tu.. nnt me tgk2kan.. (entry lain ek)..

sabtu, 21/3/09
mak ayah dtg kl.. asalnya diorg x planning nk dtg.. tp sbb along, diorg datang.. seronoknyer.. hani keje.. me call mak minta mak dtg amik me dulu b4 g umh alang. dlm pkl 11 diorg sampai. g umh along, borak2 lagi.. spend time with them.. pas tu g umh alang tgk dia masak2 :-D

tgh hari tu lunch kat umah alang.. makan biasa2 jer.. ada special, kerabu jantung pisang :-D yg ni me buat dgn mak.. hehe.. sejak mkn kerabu jantung pisang kat kedai gulai kawah dkt ngan opis, me jatuh hati ngan kerabu ni..

lepas lunch me kuar g opis.. (entry sauna).. jap jer.. kol 2pm - 5pm kot. pas tu balik tu singgah umh along lagi. sajer nk teman dia and borak2. kami x tdo kat umh alang pun mlm tu.. blk umh ayah and alang hntr :-D

ahad, 22/3/09
dlm pkl 11 me and hani g umh alang. mk kata nk blk sepang tgh hari tu.. sarapan kat umh alang. kacau alang masak.. borak2.. tgk tv.. pas tu lunch.. lepas lunch g umh along.. me sempat tanya ttg kes saman ayah tu.. insyaallah me tolong apa2 yg patut..

ptg tu me and hani blk umh ayah hntr.. otw diorg nk balik sepang.. sufiah pn ikut maknya blk sepang coz ayahnya ada kerja kat rawang.. so sufiah ponteng sekolah 3 hari. ish...

ujung minggu ni mmg best.. kami berkumpul satu family.. oon ja tak der.. huhu...
me kagum dgn ketabahan along..
me tenangkan hati ayah yg tgh susah hati coz kena saman..
me happy masak2 and makan2 ngan family kat umah alang..
me yg tgh sedih hati dihiburkan dan disokong oleh family me...
me rasa nk cry...

huhu...

nisnim: i luv my family..

(masa kat umh along me citer ttg me dan dia.. me x tau nk luah kat saper.. thanks along.. rasa lega sket.. i luv u..)

Sauna..

Date: 18/3/09
Wednesday
Time: 6.30pm

sabtu hari tu me buat appointment utk buat sauna biasa kat ngan opis me. buat appointment utk hari rabu.. hehe.. xcited juga.. dlm pkl 6 suku me kuar opis. jln ke plaza pantai. pas tu sampai kat tpt tu mmg diorg dah tunggulaa.. segan ler juga.. masa me sampai tu x ramai org.. customer me je sbb dh lewat ptg kot.

me masuk tpt utk buat sauna tu, siap2 pastu diorg kasi air suh minum. air masak jer. sbb bila sauna tu nntkan air/peluh kuar byk kan.. lepas minum dok dlm kebuk tu. berpeluh2 juga.. panas tapi best.. sangat selesa dok dlm tu.. sambil2 tu borak2 ngan akak yg jaga me tu. kena ada org jaga, takut pitam masa dok dlm tu kan. tempoh masa buat sauna ni 30 - 45 minit jer. tak bleh lebih.. me dapat buat 30 minit jer.. pastu dah tak larat..

mmg kuar peluh yg banyak.. menitik2 mcm mandi.. huu... bila dah nk 30 minit tu me dah rasa semput dan termengah2 mcm org bersenam. bercakap pun dah tersekat2. mengah sungguh. bila dah me rasa tak larat, me ckp kat akak tu, me surrender.. hehe.. memula ok ja.. me bangun, lap2 badan and kuar dari kebuk tu... pas tu akak tu kasi air lagi suh minum.. pas tu me rasa mcm x nmpk apa2.. huu.. kejap ada kejap tak da.. terus me ckp kat akak tu me nk pitam.. terkejut akak tu.. dia suh me baring. rehat dulu.. waa.. lama jg me baring.. dalam nk dkt 10 minit. masa tu rasa berdenyut2 satu badan.. wahh.. semput sungguh2..

lepas 10 minit tu me dah rasa ok.. pandangan dah cerah.. tak der rasa nk pitam lagi.. me duduk.. pandang keliling.. pastu rasa segar dah. akak tu suh minum lagi.. mungkin sbb me pitam, perut me kosong kot.. ye la.. lunch kol 1 tgh.. mkn burger je.. pas tu tak mkn apa2.. kol 6.30pm buat sauna.. mana tak pitam.. akak tu an owner tpt tu pesan lepas ni kalo nk buat sauna kena mkn dulu.. hehe.. oklaa..

balik dah masuk maghrib.. sampai kat umah rehat.. pas tu tido.. lena sungguh2 tdo mlm tu.. sampai pagi susah nk bangun.. huu...

me rasa relax.. rasa lega.. rasa best.. rasa nk buat sauna lagi.. :-D


21/3/09
sabtu
3pm

me buat sauna lagi. kali ni buat slimming sauna.. 2 jam sblm tu mkn dulu.. takut pitam lagi.. hehe.. kali ni pun me buat 30 minit jer.. tak larat nk sampai 45 minit.. semput sudah.. hehehe.. lepas sauna tu me dok dulu and baring jap. takut pitam ler.. tapi me rasa ok alhamdulillah. tak pitam. rasa sihat. cuma pening sket ja. akak owner kasi me minum air masak + red dates. kasi tenaga katanya.. oklaa.. me rasa best.. hehe... lepas ni nk buat sauna lagi.. maybe sampai me beli sendiri kot kebuk sauna tu (echeh.. nk beli ke?).. or.. sampai me dah rasa malas nk buat sauna.. or sampai me rasa berat me dah ok.. (target nk kurangkan 20kg dlm masa x taula brapa bln.. hehe..)..

nisnim: sauna best :D

Happy Birthday Maziah..

Date: 17.03.2009
Day: Tuesday

Me dapat invitation utk celebrate birthday salah sorang member opis. Bestnyer.. lama x celebrate kat luar.. hehe.. borak2 ngan kawan2 sajer me tanya nak me buat kek ke.. hehe.. tgh seronok masak kek kot me ni.. diorg setuju je.. Salah sorg, Nad request me buat kek coklat kukus. dia suka kek tu. dah lama juga adik me suh me buat. tp agak malas jg sbb nk buat dia nmpk simple tapi leceh sket. tetambah me tak bleh berdiri lama, tapi resepi yg me ada memaksa me berdiri coz kena masak atas dapur.. tak selesa plak masak sambil duduk.. nad request lagi nk yg ada topping coklat + strawberry.. hehe.. menariknyer... me dah terbayang kek yg comei..

balik keje me singgah ampang park. kat situ ada TC Permata. so sepatutnya adalah coklat masak dan buah strawberry kan? tapi yg ada coklat masak jer. jenama mahal jer plak tu yg ada. terpaksa beli gak laa... strawberrynya me beli kat kedai 'Fruit Story' kat luar LRT ampang park tu. kebanyakkan buah2an dalam tu diimport dari korea termasuklah strawberrynya.. seronok me tgk buah2an dalam tu.. untuk tak menghampakan ibu yg sedang menggandung (Nad), me beli strawberry tu utk letak kat kek nnt. hehe.. (dah terbayang2 kek coklat strawberry..huhu..)

sampai umh sempat solat maghrib. lepas solat rehat2 dulu.. tgk tv, borak2 ngan adik2..mandi and solat isyak. lepas solat baru mula buat kek. nak masa kena cari moodkan.. pastu kena happy.. mmg me happy ja masa masak tu.. mula masak dlm pkl 10 lebih. lewatkan.. start kukus pkl 11.15pm - 12.30am.. sesambil tunggu masak tu buat topping, basuh strawberry.. bestnyer... bila kek dah masak nk kena sejukkan dulu baru bleh letak topping tu.. dah letak topping baru letak strawberry.. teruja sungguh! dan hasilnya.. ehem... sebiji kek kukus coklat strawberry.. yey! dah siap letak dalam peti ais nk kasi coklat tu keras. me tdo pkl 1 lebih...



*gambar kek ni diambil masa celebrate kat Carl's Jr, Mid Val, Bangsar.*


Date: 18.03.2009
Day: Wednesday

Me bawa kek tu ke opis. Excited giler. huhu... me bawa jg balance kek tu kasi rakan semeja dan bos me rasa. promote. hehe.. kek tu me kasi kat nad utk simpan dan buat apa2 yg patut.. dlm pkl 11 lebih tu rasa berat hati nk join majlis tu.. sbb takut masuk opis lambat.. erm.. seganler (bahasa kl segan = malu).. kawan2 kat sini sumer masuk sharp, or at least, sblm me ada kat meja me, diorg sumer dah ada.. apa kes lak org baru ni masuk lmbt2kan? huhu.. tapi lepas member2 pujuk suh g jg, me g jgk la.. tak rugi.. mmg best!.. hehe..

kami g dua group. 1st group dah g awai booking tempat. me g dgn birthday girl naik kete yanti. yanti driveler.. erm.. me terlupa me g dgn birthday girl.. terlepas ckp plak diorg tggu kat maner.. tak pasti birthday girl leh agak ke tak masa tu.. sampai kat Charl's Jr, diorg dah tunggu dgn kek di atas meja.


*posing sementara tunggu kami sampai*


sampai kat meja sumer wish happy birthday to maziah. seronok nmpk dia.. kami pn seronok gak.. sessi order makanan lak bila dah sampai tu.. wah.. rambang mata.. nak pilih apa ni.. tgk senarai burger teringat lak game 'burger rush' n satu lagi game burger apa ntah nama dia.. mahal ler sangat2.. tapi kenyang and sedap ler...

sementara tunggu makanan kami sampai maziah potong kek. sajer nk kasi mood happy kami nyanyi utk maziah lagu happy birthday.. wah.. lama x buat keje cam ni.. hehe.. biasa tgk org len buat jer.. potong kek.. makan kek.. borak2.. bunger pun sampai.. makan sampai kenyang..



*birthday girl potong kek*

dah abis mkn dan tapau balik ler.. tapi sblm balik bergambar dulu.. utk kenang-kenangan... minta tolong adik yg keje kat situ amikkan gambar..


*posing sblm balik*

best tak? bestkan... hehe... dah kenyang balik ler.. hehe..


nisnim: Happy birthday Maziah..

Wednesday, March 18, 2009

cerita rojak.. (campur2)

Ehem… nk update blog tp x der mood...

MC & cuti
Sejak join unit baru rasanya dah 3 kali me MC..
1st: x igt bila dan sbb apa.. migraine kot..
2nd: 3 & 4 Mac coz demam selsema yg teruk..
3rd: 11 Mac coz back pain / slip disc
erm… nk bercuti bln ni mcm susah plak coz dah byk MC.. sendiri la rasa bersalah.. dah la tak pandaikan.. huhu.. so dua minggu ni akan cuba bekerja dgn baik.. with no MC’s or EL.. (tapi datang lambat dikecualikan kot..hehe..) mcm hari ni, me datang lewat.. 9.15am sms kat bos kata lewat coz ujan.. hehe.. betullah ujan lbt kat umh me dari pagi.. so me terlewatler g keje..

me dah apply cuti 2 hari utk ujung bln ni.. Insyaallah me nk cuti 30th & 31st March ni.. Sbbnya, me nk g Ipoh hari Sabtu. Tdo saner, umah Kay.. adik dia kawen ahad 29/3/09.. nk balik KL bila tak plan lagi.. maybe petang ahad tu or pg or ptg isnin.. selasa tu cuti sajer2.. rehat.. and dating * wink * ehem.. :-D


Sauna
Adik me dah risau coz terasa dirinya makin gemuks.. sbb dah ramai yg tegur dia makin berisi.. hehe.. oleh sbb me dlm proses menurunkan berat badan (atas nasihat doctor) so dia ajak me beli alat utk sauna. Wahh menarik.. ehem…

Last week me singgah kedai beauty center dekat ngan opis. Nk beli brg sket.. akak kat situ kasitau kedai diorg ada buat facial, urut, sauna dll.. ehem.. sauna?? Menarik.. me tgk list kat pamphlet yg diorg kasi.. harga mcm menarik jer.. tapi me kata kat akak tu me nk pk2 dulu..

Jumaat mlm ajak member join sauna kat situ. Member ok ja.. so sabtu tu kami g kedai tu sat tanya2 pasal produk dan perkhidmatan diorg. Lebih menarik, dapat tau ada promosi plak.. wahh.. seronoknyer.. me book satu petang utk buat sauna kat situ. Nk test.. erm.. sauna ni satu sesi dalam 30 – 45 minit jer… kalo ok, leh la buat selalu selagi promosi yg menarik ni masih berjalan.. * wink *


Ujung minggu
Ujung minggu baru ni me tdo kat shah alam.. teman yati balik umah dia. Ujung minggu kakak dia tak dok sekali. Dia dok sorg.. so, me teman ler.. asalnya malas gak nk kuar tdo kat umh org.. tapi mlm tu mcm bengang sket ngan org (sbb apa tak igt).. so me setuju la nk tdo kat umah dia..

Hari sabtu ptg kami jumpa kat lrt dkt opis me. B4 teruskan perjalanan ptg tu, singgah gi Tanya pasai sauna dulu.. pas tu baru gerak.. sblm yati sampai, masa tgh tunggu dia nmpk org jatuh motor.. erm.. diorg ni security kat opis me.. baru je membeli makanan tengah hari.. otw diorg nk kembali ke tpt bertugas. Kiri knn tangan penuh dgn makanan dan minuman. Mungkin termasuk yg kawan2 pesan.. tak lebih kurang 1 meter dari tpt diorg parking, motor tu jatuh. Dgrlah bunyi mcm org xcdent. Terkejut.. sbb mmg dari diorg naik mototr me tgk diorg.. tapi masa jatuh tu tak clear lah coz ada kete yg parking kat situ lindung.. pastu nmpk diorg bangun dan betul2kan mototr. Tapi motor tu x bleh gerak dah la.. bila yati sampai me pergi kat kete yati. Budak yg jatuh tu mcm blur.. sian dia.. pastu dia jln ke arah me sbb kat situ tpt dia parking mototr dia sblm tu.. dok tgk2 kot ada apa2.. tapi x der pun… me Tanya dia ‘cam na bleh jatuh?’.. dia jawab ‘tak tau lah kak.. bla2 bla.. (me tak dgr sgt dia ckp apa)’… dia tunjuk kaki dia luka.. kat lutut.. teruk gak la. Kami (me and yati) suh dia g klinik, tapi dia kata ‘tak per la kak..’ erm.. tak per laa dah cam tu.. pas tu kami (me and yati) g beauty shop jap.

Lunch hari tu di shah alam.. pastu lepak ja kat umh yati.. tgk tv.. borak2.. kemas2.. mlm tgk AF7. hehe..

Ahad kami masak2.. masak spaghetti dan macaroni goring. Cincai ja.. masak utk lunch dan dinner.. lepak kat umah ja.. tapi ptg kuar sat g beli topup dan majalah. Mlm tgk tv lagi.. gosok baju utk keje esok..

Msg dgn dia.. pelik gak coz dia dok Tanya kl ujan ke tak.. me lupa isnin dia ada seminar kat putrajaya.. huhu…

Isnin

keje.. alahai.. malas ler juga.. hari ni g keje dari shah alam.. kol 5.30am dah terjaga.. sejak dok unit baru, me latih diri jaga kol 5.30am.. tapi bgn kol 6.15am ler.. hehe.. sampai opis on time.. dia kat putrajaya ada seminar.. kami x jmpa coz dia nk blk penang cpt.. hmm.. x per laa..

Dua tiga hari ni mcm boring jer..
Huuu…
X der mood…