Friday, December 16, 2005

semangat..

assalammualaikum..

hari ni nak cerita ttg semangat.. semangat apa ek? napa pasal semangat ek?? hmm.. td waktu lunch me ikut kwn2 opis pergi rumah teman sepejabat yang sakit (ada me tulis dia pengsan kat opis hari tu). dgr citernyer ahad ni dia nak blk kg kat kelantan dah. so tak tau la bila bleh jmpa lagi. apa2 yg jadi kita tak bleh nak jangka kan? so td kami pergi 1 kereta - 7 org. kete besaqlaa. hehe

sampai kat umah kak gie kami disambut oleh adik dia dan kak gie sendiri. kak gie nmpk ceria. tak nmpk mcm org sakit pun. seronok dia tgk kami dtg. dr kami sampai hinggalah nak balik kecoh mulut kak gie bercerita. cerita ttg dr mula dia dpt tau dia ada tumor kat otak (sikit), kemudian breast cancer, cerita ttg cam na dia hadapi berita tersebut, cerita ttg penerimaan family (husband, anak2, mak ayah, adik beradik dll), cerita ttg berubat dan cerita ttg pengorbanan semua org, juga ttg semangat dan redho...

kagum tgk kak gie. dia nmpk kuat dan tabah. cara jalan nmpk sihat dan cergas. cara berbual ceria sentiasa. dia buat kita yg dtg melawat rasa kagum dgn kekuatan dia. cara yg menghilangkan rasa simpati dan rasa sedih kita yg melawat dan yg membuatkan dia tambah bersemangat.

cerita kak gie.. awalnya takut utk mendengar sebarang kemungkinan dan terkejut dgn kenyataan doktor ttg penyakit yg dihadapi. for sure utk sehari dua (mungkin seminggu dua wallahu'alam) akan down dgn berita tersebut tp kerana akal yg waras dan mampu berfikir pjg juga support dr keluarga kak gie kuatkan semangat, pk positif dan redho dgn ketentuan dan ujian dr-Nya. bg kak gie dia adalah org yg terpilih utk terima dugaan ini. dan segala yg Allah turunkan itu ada hikmahnya dan Allah uji kerana Allah sayang. ditambah dgn persekitaran yang juga positif - dorongan dan semangat dr keluarga dan rakan2 membuatkan dia lebih positif. kata kak gie setiap org akan mati cuma cara itu berbeza. ada yg mati kerana sakit, ada juga yg mati tanpa sakit (mati dlm tidur, xcden, jatuh, dll). semua tu penyebab sahaja dan akhirnya adalah sama. me kagum dgn kak gie.. insyaallah me akan doakan kesejahteraan utk dia. semoga dia dipermudahkan atas segala urusan di dunia mahupun di akhirat.. amin...

mcm mana bleh kesan ada tumor & cancer? kak gie selalu sakit kepala dan muntah2.. kalau tak silap pergi buat checkup sbb pengsan kot.. tak ingat plak. di dapati ada sedikit tumor pd otak. pas tu plak jmpa plak kanser pd breast. kena berubat utk breast cancer dahulu baru utk otak. baru2 ni lepas kak gie pengsan kat opis dia buat ctscan dan dapati kenser pd otak turut aktif. huu.. mcm2laa.. me tak tau sgt.. sbb dgr citer dah tgh2.. kalau tgk kak gie mmg tak tau dia ada dua2 penyakit tu.. ya allah.. kekuatan yg Kau berikan pd dia mmg di luar jangkaan. skrg kak gie kata dia dah tak berapa dengar pd telinga belah kiri.. bila terjaga mlm mata berpinar dan tak nmpk.. hmm.. allah tarik sikit2 nikmat tu.. mmg dia takut nak hadapi satu2 nikmat yg allah tarik tp dia sungguh cekal. dia kata, skrg dia redho sgt dgn tiap yg berlaku atas dirinya. itulah hikmah dia ditempatkan di hospital kerajaan sblm ditukarkan ke hospital swasta semasa dlm rawatan. sbb masa dlm spital kerajaan tu lah dia nmpk betapa ada org lain yg lebih sakit dr dia.. ada org lain yg lebih susah dr dia.. ada org lain yg lebih sukar kehidupannya dr dia..

kesimpulannya.. hmm.. redho dgn tiap ujian.. jgn memandang ke atas shj tp pandang ke bawah dan bersyukur dgn apa yg kita dpt.. juga.. positive thinking.. (erk.. i'm trying)..

(najwa, apa tanda2 barah otak selain dr sakit kepala dan muntah2 ek?)

off topic

umah kak gie dkt desa moccis sg buloh. masa perjalanan ke sana kami ikut paya jaras. lalulah dpn umah x-fiance me. me tunjuk kat kak noris umah dia. me ckp yg 'mak' kasi me kain batik dr terengganu (dia beli kat saner sbb mak org ganu). 'ada apa2 ke?' tanya kak noris.. haha.. tak adalaa akak.. sajer nak kasi.. nak berbaik dgn maknya je bkn ngan anaknya yg laki tu. kak noris kata kalau dah jodoh tak kemana. pusing2, ujian melimpah ruah, alih2 org yg sama juga. ye laa.. dah 4 tahun berpisah.. tetiba contact balikkan. apa hal? tp contact ngan mak dia je la. hmm.. tak tau la kak noris. me tak pk plak yg kebaikkan tu ada 'udang sebalik batu'. hehe. kalau ye pun.. me tak dpt la nak menyambung kembali hubungan yg dah putus dgn anak dia tu. manalaa me nak letak abg polis me tu?? haha. hati dah kena curi dgn org lain la. huu..

kesimpulannya.. hubungan dgn dia adalah kenangan.. tak mungkin berulang.. dan me doakan moga dia sememangnya dipertemukan dgn org yg lebih baik dan lebih segala-galanya dr me (sprti yg dia kata masa sblm kitorang putus dulu..)

~nak rindu & sayang abg polis sorg je :p~ hehe

update :D
baru lepas borak ngan dia kat phone. lama la gak.. sian dia tak sihat. dia cuti (off) hari ni sampai rabu dpn. isnin balik kg hantar abah dia balik saner. hari ni abah dia dtg. tp tido kat umah akak dia. mcm2 lagi borak ngadu hal. hehe.. karektor dia berubah ikut keadaan. time keje serius giler. rasa mcm buat report kat balai je kalo call. tp kalo bkn waktu keje dia sama je mcm org lain. huu.

sama mcm me jugak.. hari ni my mom and dad sampai kl. ada kat umah laa ni ngan ayub and da family. cumanya mak balik sepang ahad kot. pukul brapa tak tau lagi. tak pasti juga mak g umah ika ke tak. rasanya g sbb dah di jemput. wallahu'alam...

ahad ni me ada kelas kat bangi. :( sedey.. tak dpt nak g kenduri ainil.. minggu dpn kelas pack dr ahad sampai khamis. letih woo.. lepas tu ada kelas hari selasa pastu tak der kelas dah. awal bln januari xm. final xm 4 this semester. td dpt jadual xm dah. huu.. bleh jwb ke ek nnt?? rasa mcm tak prepare apa pun. huu.. terukkan!!

-abis update-

*comei*

No comments: