Friday, February 03, 2006

balik dari cuti seminggu..

salam..

apa khabar semua? semoga semua di kurniakan kesihatan yang baik dari Allah S.W.T. Sakan bercuti kan.. tentunya penuh dgn aktiviti. paling tidak berehat2 di rumah. hehe..

hari ni me kerja. ehh.. hari ni hari apa ek? Jumaat 3/2/06. dah masuk bulan february dah kita di tahun 2006 ni. apa yg kita dah buat sepanjang sebulan di 2006? hmm.. sendiri jawablah ye.

erm.. dari semalam rasanya me bersemangat nak masuk kerja hari ni. walaupun hari tunggal di minggu ni. ye la. esok sabtu - cuti. seperti biasa juga (azam tahun baru nak gosok baju awal. hehe..) mlm me akan termenung depan almari nak pilih baju apa nak pakai. tak cukup almari tgk plak dlm box. hmm.. penat pk nak pakai baju apa. nak pilih warna apa. biasanya warna yang di pilih menunjukkan mood me pada hari tersebut. erm.. sama ada hari baju tu di pilih atau hari bekerja esoknya. akhirnya.. me pilih baju warna merah sari yang dah lama me tak pakai utk me pakai hari ni. dan hari ni me rasa mmg sesuai warna tu dgn me. eheh..

mlm td tdo kol 2 lebih. risau gak takut tak terjaga. nasibla me ni jenis senang bangun kalo dgr bunyi hp (alarm/msg/call). tapi tu la. takat jaga je. pas tu tdo balik. haha. tp tak la sampai terlajak subuh. me agak hari ni jln tak jem. so tak terkejar2 sgtla. lepas subuh me bersiap utk g keje. alhamdulillah mmg smpi awal pun. kol 8.23am me dah sampai kat opis.

hari ni rasa nak senyum je. hehe. napa ek? adalaa.. sampai kat opis nmpk kak noris dah sampai. wan dah sampai. ramai gak yg keje. nmpk kak mala.. terus me call kak mala ajak g beli sarapan. malangnya.. org kat kantin masih dlm mood bercuti. so kantin tak der org jual makanan. nasib baik ada 'tepi sungai' / 'river site'. beli nasi lemak lauk rendang kerang. mahal laa.. huu..

10 minit lagi kol 12pm. dah nak tgh hari dah.. semenjak 2 menjak ni tension sket dok kat meja ni sbb ada semut itam. byk plak tu. cam na ek nak halau semut2 ni? rasanya tak der plak me simpan makanan kat meja ni. dlm cawan me ada seekor semut hampir lemas. tak tau la bila masa semut ni masuk dlm cawan. tension la. org tak abis minum lagi air tu :(

xtvt kat opis hari ni? kerja laa.. ada report bulanan nak kena buat. ada borang laporan prestasi nak kena isi. ada request dr user utk dptkan data. insyaallah me siapkan satu2. balik kol 5pm. hmm.. mungkin me balik awal. skrg tak der rasa nak lepak2 kat opis. tp dah mula ada rasa nak balik awal. praktis kot. muahahahaha.

this sunday pendaftaran sem akhir utk thn akhir bagi me. + dpt result sem lepas. risaulaa.. risau ada subject yg me kantoi. huu.. takotnyer... next week ada 2 subject + satu projek. kelas me sem depan yg pastinya hari selasa dan jumaat. utk subject ko-ko mungkin hari sabtu or ahad. yg ni tak tau lagi sbb tak der dlm jadual pun. mungkin diorg lupa kot. wah.. dah nak abis study.. 'berkobar-kobar'..

tambah : me baru perasan.. sepanjang 15 minggu kelas sem ni nnt, kelas hari selasa tu 5 kali je. sbb tu kelas projek. fuhh.. napa la berdebar-debar je ni.. erm.. any idea tak nak buat projek apa ek? erm.. projek ni kena buat sengsorang.. present 4/6/06 (lepas abis xm). huu..

to all my pren.. wish me luck k. huu.. takutlaa...

erm.. to dilla, edd, ayat.. gud luck!

note: me tgh tulis entry sorotan sepanjang bercuti. nnt dah siap me publish. tungguuu!
mood hari ni : ceria + rindu.. (ehem..ehem..)


semut ohh semut.. awatlaa g masuk dlm air tu? nak lemas ke? ish..

3 comments:

irman_rahs said...

rasanya skrg ni musim semut jalan2 kot, mgu lepas blog Am pun ada cerita pasal semut jg...

~comei~ said...

ehh.. ye ke? semut nak jalan2 pun ada musim ek? agaknya anak2 diorg tgh cuti sekolah ye? hehe. anim gurau je.

Edd Vedder said...

good luck juga anim..!

:)