Untuk renungan kita bersama... (fwd email from kak embun)
Di dalam perkahwinan dan percintaan ada kalanya suasana jernih bertukar menjadi keruh. Perasaan kasih sayang mungkin berubah kerana pelbagai sebab. Inilah realiti yang tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan manusia di dunia ini. Namun begitu, situasi ini dapat dielakkan jika anda saling mempercayai dan menjaga tingkah laku ketika berlakunya pertengkaran.
MENUDUH PASANGAN
Jangan tuduh pasangan dengan perkara tidak berasas. Apa yang kita dengar dari orang lain belum tentu benar jadi jangan terus memarahi dan menuduhnya.
MENGUNGKIT
Elakkan. Ini akan lebih menyulitkan keadaan. Jangan ungkit pemberian atau pertolongan yang pernah diberikan pasangan
MENINGGIKAN SUARA
Perselisihan perlu diselesaikan secara bijaksana, bukan melalui tengkingan atau herdikan. Suami isteri juga perlu hindarkan diri daripada meninggikan suara kepada anak-anak apabila bermasalah dengan pasangan. Anak yang dibesarkan dalam suasana permusuhan tidak boleh menyayangi sesama manusia lain. Sebaliknya mereka akan membesar menjadi pembengis dan pemarah. Oleh itu jagalah adab ketika bertengkar.
UGUT
Bincanglah secara baik. Masalah tidak dapat diselesaikan dengan ugutan.
TAMPAR DAN MELUKAI
Jangan sekali-kali mudah naik tangan. Insan yang dilukai fizikalnya, hati dan perasaan agak sukar untuk maafkan pasangan kerana kenangan pahit tersebut sukar dibuang dari ingatan.
MENZALIMI
Menzalimi bermaksud tidak memberi nafkah ZAHIR dan BATIN kepada pasangan dengan tujuan untuk membalas dendam. Ini bukannya memulihkan keadaan, tapi semakin menjarakkan jurang kemesraan.
CARA PENYELESAIAN
1. Dekatkan diri dengan Allah
Adukan masalah denganNya, melalui solat dan zikir. Mohon petunjuk agar dimudahkan jalan. Menderhaka pada ibu bapa juga perlu di jauhi.
2. Elakkan perbuatan mengotori hati
Jangan ambil kesempatan untuk bermain kayu tiga. Ini akan menyebabkan rumahtangga goyang
3. Maafkan
Cuba maafkan dengan ikhlas.
Kepada anda yang dah berkeluarga, gunakan cuti hujung minggu ini untuk menjernihkan keadaan. Kenanglah balik zaman bercinta dulu. Ada beberapa perkara pada pasangan kita yang kita tak boleh ubah terus kepada 'acuan' kita, namun kita boleh tunjukkan contoh secara berkias atau mulakan dengan diri kita sendiri.
Kalau pasangan jadi api (tengah marah), kita jangan jadi minyak.. kita jadilah air. Kalau tak nak jadi air, jadi tunggul kayu mati. Bila reda marahnya, senyaplah dia.
Wallahualam.
CAKOI / PAT TONG KO / YOUTIAO
-
I thought of updating yesterday but I was too tired and call it a day.
Yesterday morning, I heard the municiple worker, cutting the grass outside
our ho...
1 year ago
2 comments:
uiiii, dah masuk bab kawen plak, hihi.. dah sampai seru ker beb?? :)
errr... mana adaaa... :p
Post a Comment