Isteri Cantik Jelita, Suami Tak Hensem
Dilulus terbit pada Sunday, May 29 @ 21:42:24 CDT
oleh LinuxPro
Fikir Sejenak.. Dihantar Oleh : triple_j
"SEWAKTU dalam penerbangan pulang ke Kuala Lumpur bulan lalu, saya berbual dengan penumpang di sebelah yang memperkenalkan diri sebagai V. Manis orangnya dengan tahi lalat macam Siti Nurhaliza. Ketawanya nyaringdan bertambah nyaring bila berbual tentang suami. V sudah berkahwin dan katanya, "I tak pernah bayangkan akan mengahwini dia."
Saya renung wajahnya dengan dahi berkerut.
"Mengapa?"
"Dia bukan cita rasa saya. Saya selalu angan-angan mengahwini seorangdoktor. Tapi dia.. emm... guru. Sudahlah tidak berapa tinggi, tidak berapa kacak dan perut pun tidak berapa ramping."
"Tapi sudah tiga tahun kahwin, sudah ada anak seorang, saya tahu sampaimati pun saya akan cintai dia seorang saja,"
Saya rumuskan begini:
tidak berapa tinggi - pendek @ katek,
tidak berapa kacak - hodoh @ tidak sedap mata memandang, dan
perut tidakberapa ramping - gendut @ buncit.
Saya hanya senyum sendiri. Kata Harvilee Hendrixpenulis buku "Getting the love you want" cinta romantis menyuburkan fantasi juga kejahilan dan ia tidak sesuai untuk tempoh jangka masapanjang. Jadi, jika anda sedang mencari-cari pasangan, jangan terlalu banyakbermimpi. Sila lupakan gabungan lima kriteria utama ini dan berpijaklah di bumi nyata.
1. Lelaki kacak dengan badan atlit - jika anda tertarik pada lelakikerana kecantikan fizikalnya, oh.. Anda harus meminta dia berusaha kerasmengekalkannya hingga hujung usia. Paling penting, lelaki yang menghabiskan masa di gym dan mengambil makanan tambahan untuk kecantikantubuh tentu saja tidak akan memaafkan anda, jika anda terlebih berat(terutama selepas bersalin) atau baju terlebih saiz.
2. Lelaki macho dengan gaya unggul - terpesona kerana kekemasan danketrampilannya? Baca ini, "saya tahu dia seorang peguam dan menghabiskanbanyak masa untuk kelihatan mempersona dan berwibawa tapi adilkah jika dia melepaskan peluang bercuti sekeluarga untuk membeli suit baru sedangkan semuanya sama saja pada saya, hitam dan putih!" Maaf ya,nampaknya koleksi dalam almari lebih penting dari anda.
3. Kerjaya prestij - kerja hebat dengan gaji mantap. Emm... tentu saja kerjaya akan didahulukan daripada anda. Apa yang akan terjadi, dari urusan bil air api, susu anak, yuran sekolah anak hinggalah hutang kereta, anda yang akan selesaikan, jadilah anda superwomen! Lelaki yang mampu fokus kepada kerja tapi dalam masa yang sama tidak mengabaikan anda walaupun dia tidak berbadan atlit, tidak bergaya adalah lebih berbaloi.
4. Kereta mewah menjalar - pasti punggung terasa mengembang duduk disebelah jejaka kacak dengan kereta mewah hingga rambut pun kusut masai meredah angin. Lelaki selalu menjadikan kereta isteri nombor satu terutama jika dia memandu kereta dengan dua tempat duduk adalah lelaki yang selalu mengaitkan kereta dengan kelelakian. Mampukah nanti dia menukar kereta dua tempat duduk atau kereta yang sudah diubah suai ribuan ringgit menjadi kereta keluarga dan membawa anak-anak yang tentu sajaakan mengotor dan menghenyak-henyak kerusi empuk?
5. Datang dari keluarga sempurna - lelaki yang sempurna mesti datang dari keluarga sempurna. Maksudnya, dia dan semua adik beradiknya graduan universiti. Masing-masing berjawatan hebat, dari kalangan datuk-datin, tan sri - puan sri, mesra dan sejahtera sepanjang masa. Walau siapa pun kita, sesekali berkocak juga hubungan keluarga. Abang Ngah mungkin tidak mesra dengan abang Chik. Dia pula anak kesayangan yang dicemburui. Itu bukan luar biasa dan itu bukan tanda dia tidak mampu jadi suami yangbaik.
Perkahwinan bukan untuk sehari tapi hingga jasad tertanam. Carilah yang sesuai di hati, jangan hipokrasi... paling utama cerminlah diri sendiri. Bak lirik lagu popular, jangan kau harap jangan kau mimpi..."
NOTE: hmm... dia kategori mana? hehe.. only me know him.. no 1 sudah pasti bukan dia.. muahaha.. kurus tinggi.. first time along tgk dia along tanya napa dia tinggi sgt. hehe.. me selalu suh dia mkn byk sbb kurus giler. tp metabolisma dia tinggi. so byk mana pun dia mkn, dia tetap kurus.. huu... hensem?? macho?? huu.. dia tak hensem :D dia biasa2 jer.. kerjaya.. hmm.. bapak polisi kata org indon.. cukup utk sara diri dia (kalau dia tak boros) dan seorang isteri.. dan anak2.. hehe.. (bila ek?? tak tau..).. kereta mewah.. kereta biasa je.. tp.. hmm.. no komen.. dr keluarga sempurna..?? hmm.. belum kenal lebih.. tp nmpk mcm biasa2 juga.. wallahu'alam... doakan kebahagiaan kami.. dunia akhirat.. aminn...
CAKOI / PAT TONG KO / YOUTIAO
-
I thought of updating yesterday but I was too tired and call it a day.
Yesterday morning, I heard the municiple worker, cutting the grass outside
our ho...
1 year ago
2 comments:
Nim, bahagia hanya dihati, bukan pada mata, pada telinga, dan pada rasa. Hadirkan hati dalam mencintai, seikhlasnya, insyaAllah bahagia. Dan jangan lupa, mohonlah dengan Allah selalu moga cinta itu akan kekal selamanya.
Insyaallah.. thanks abah..
Post a Comment