[15:24] khisyam78: Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu.Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka akan dimasukkan ke syurga, maka ia telah berjaya.Dan kehidupan di dunia ini tidak lain hanya kesenangan bagi orang yang terpedaya (Surah Ali-Imran, 185)[15:24] khisyam78: Muslim yang kesakitan baik tertusuk duri maupun lebih dariitu, Allah akan menghapuskan kesalahn2na dan menghapus dosa2na sebagaimana daun2 yang berguguran " ( Hadist Bukhari-Muslim )[15:24] khisyam78: Pesanan al-Qamah kepada anaknya, ANAKKU, jika kamu berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka pilihlah yang mempunyai sifat ini,iaitu jika engkau melayaninya, ia suka melindungimu;jika engkau menjadi sahabatnya, dia akan menjadi hiasan bagi dirimu dan jika engkau dalam keadaan kekurangan nafkah, dia akan mencukupkan keperluanmu. PLILIHLAH sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu,lalu dia memberi dengan rasa terharu;jika dia melihat kebaikan yang timbul dari dirimu,dia suka menghitung-hitungnya dan dianggapnya sangat berguna, sementara jika dia mengetahui keburukan dalam dirimu lalu dia menutupnya. PILIHLAH sahabat yang jika engkau minta sesuatu daripadanya, dia pasti memberi;jika engkau diam, dia mula menyapa dahulu.[15:24] khisyam78: Dalam al-Quran, Allah SWT menegaskan bahawa syaitan sama sekali tidak mampu menguasai orang yang bersifat ikhlas, sebagaimana firman-Nya bermaksud: “Iblis berkata: “Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba Engkau yang ikhlas di antara mereka”. – Surah al-Hijr, ayat 39-40.. Ingatlah permusuhan kita dengannya.Sesungguhnya Iblis itu adalah musuh kita yang nyata....sama2 beringat yer[15:24] khisyam78: Sesungguhnya yang paling awal akan dihisab di hari akhirat daripada amal perbuatan ialah solat dan sekiranya baik (solatnya) maka telah berjaya dan selamat dan sekiranya rosak (meninggalkan) solatnya maka gagal dan rugilah dia serta jika berkurang pahala dari solat wajibnya maka akan berkatalah tuhan yang Mulia dan tinggi : Lihatlah apakah hambaku ini ada melakukan solat sunat dan tampunglah apa yang kurang dari yang wajib dan kemudian jadikanlah seluruh amalannya seperti itu” (hadith sahih riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi dan Ibn Majah).
[15:24] epistimur: Dari Anas bin Malik r.a., bahawa seorang lelaki dari kaum Bani Tamim datang mengadap Rasulullah s.a.w. lalu menerangkan hal dirinya, katanya: "Ya Rasulullah, saya (dengan kurnia Allah) mempunyai harta yang banyak, keluarga yang kenamaan dan tanah-tanah serta mata air yang menjadi tempat persinggahan orang ramai, oleh itu berilah pertunjuk kepada saya, apa yang patut saya lakukan dan bagaimana caranya saya belanjakan harta saya itu pada jalan Allah? "Rasulullah s.a.w. menerangkan kepadanya: "Keluarkanlah zakat dari hartamu, kerana zakat itu pembersih - yang membersihkan dirimu (dari perasaan bakhil kedekut dan membersihkan hartamu dari segala yang merosakkannya); dan (selain dari itu) hendaklah engkau menghubungkan silaturrahim dengan kaum kerabatmu (dengan memberikan bantuan yang me[15:24] epistimur: http://ipij.tripod.com/radioipij/syahdu.html
[15:51] khisyam78: Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya apabila Allah S.W.T. telah mengurniakan sesuatu nikmat kepada hamba-Nya, Dia suka melihat kesan nikmat yang telah dikurniakan itu. Allah S.W.T. benci melihat orang yang menzahirkan kefakiran dan orang yang meminta-minta serta Allah S.W.T. mengasihi orang yang bersifat malu dan memelihara kehormatan.” Baihaqi
[15:51] khisyam78: Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesiapa yang berselawat kepadaku dengan sesuatu selawat, sentiasalah Malaikat berdoa untuknya selama ia berselawat kepadaku; oleh itu terpulanglah kepada seseorang sama ada ia hendak berselawat sedikit atau banyak." Amir bin Rabiah r.a
[15:51] khisyam78: Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Sesiapa yang diserahkan oleh Allah akan sesuatu urusan dari beberapa urusan pemerintahan kaum muslimin, lalu ia tidak mempedulikan tentang keperluan mereka, kesusahan dan penderitaan mereka nescaya Allah tidak akan mempedulikan tentang keperluan, kesusahan dan penderitaannya di hari kiamat nanti.” Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi
CAKOI / PAT TONG KO / YOUTIAO
-
I thought of updating yesterday but I was too tired and call it a day.
Yesterday morning, I heard the municiple worker, cutting the grass outside
our ho...
1 year ago
No comments:
Post a Comment