Tuesday, August 15, 2006

cerita dari last week..sampai smlm...

salam..

lama tak update.. bkn tak der citer tp malas nak naip. :-)

10 Ogos hari tu ada raptai konvo kat UKM. me amik cuti sbb jubah pun tak amik lagi. so lps raptai tu g amik jubah ngan Dilla. Raptai mula kul 8.30am tp me sampai lewat 1 jam. sbbnya me kuar rumah sama mcm nak g keje.. so lewatlaa.. hmm.. masa sampai Dato tgh ckp. dgr je la. dpt gak tgk2 sket apa yg nak kena bt nnt. take note je la. jmpa ayat, edd, t, kak ina, emizan, abg isa and dilla je hari tu. lps amik jubah konon nak bergambar (mcm org lain), tp tak jadi. kitorang (me and dilla) g mkn kat mc d warta, jln2 dlm warta sampai penat lps tu me teman dilla g putrajaya dan balik ke rumah. kira2nya mcm g keje gak la sbb masa balik tu dah kul 5 pm. sakan jalan. hehe.

****

mak ayah skrg ada kat umah sini. ngan pak cik salleh dan anak dia skali. pak cik salleh ngan anak dia dtg dr sabah. anak dia sakit saraf. so kena operate kat sini (kat HKL). dah seminggu kot diorg kat sini.. 2, 3 hari pertama diorg kat kl masa me balik keje me perasan me kena selsema dan sakit tekak tiba2. pelik gak la. idung gatal2. simptom2 resdung. biasanya me kena cam tu kalo ada bau or termkn seafood je. tp sakit tekak tu pelik gak la... lps tu baru me perasan. me kena serangan tu kalo pak cik salleh ada je. + tu pun kalo dia merokok. sah! me alah dgn asap rokok dia. tp segan la nak kabo. me just ckp kat mak ayah. dan ayah kasitau kat pak cik. lps tu pak cik tak merokok lagi kat umah kalo me ada. dan hasilnya, me tak diserang selsema dan sakit tekak lagi. hehe :-)

****

sabtu baru ni mak ajak balik sepang. sajer melawat adik kat sana yg keseorangan. maklumlaa mak terasa lama akan dok kat kl. so kena kasi jim duit belanja dan pastikan ada benda utk dia dan kwn2 dia mkn kat sana. dr kl kol brapa ntah.. 10 kot.. sampai sana mak masak utk tgh hari. me buat kek coklat. best! petang lps asar balik kl semula. kitorang balik sepang 4 org. mak, alang, hani and me. cam biasalaa.. alang drive.

****

ahad tu g melawat anak pak cik salleh kat spital. dia masuk wad semula ahad pagi tu slps di beri cuti 2 hari. bdk ni baya alang kot. diam je.. tak byk cakap. ayahnya byk cakap. hehe. mungkin sbb risau kot sbb tu dia byk ckp. tiap org karektor dia lain2 kan. kadang di wajah sukar nak pamerkan rasa di hati tapi gerak laku tu menggambarkan semua.. smlm mak kata tak operate lagi sbb wad penuh. ada kes emergency (kalo tak silap ni citer smlm.. ke 2 hari lps.. lupa plak..)

****

smlm balik keje me kuar ngan along and family. buka puasa sesama kat melawati. best kedai dia. tp tomyam dia tak best sgt. adalaa rasa tp ada tpt lain yg lebih best! alhamdulillah... kenyang.. (thanks along coz blanje mkn). balik dr mkn tu igtnya nak balik umah terus. singgah umah along jap. pas tu on da way tu abg long tnya nak g tesco ampang ke tak. me tak minat ke tesco sebenarnya tp me ikut gak sbb saja nak tgk apa ada kat tesco. apa yg bestnya tesco ni sampai penuh je kete tiap ujung minggu. mcm gah sgt bunyinya tpt ni. kesimpulannya.. hmm.. lebih kurang carefour je.. so tak yah ar g jejauh.. sampai kol 10 mlm gak la kat sana. penat layan sufi bermain. huu..

****

skrg ni tgh bt preparation utk program homestay nextweek. dah nak dkt program rasa risau plak. takut kalo ada apa2 yg me tertinggal.. ya allah.. permudahkan urusan kami ini.. semoga segala yang di rancang berjalan dengan sebaiknya.. aminn... huu.. lama dah me tak g beraktiviti luar ni. program homestay ni nnt kat tjg karang selangor je. xtvt ngan org kmpung. peserta adalah anak2 TM dan anak2 yatim dr ting 1 - 5. agak2 ada tak yg kata me ni form 5. muahahaha. jgn marahh.. ;-)

****

citer lain tak der kot...
tu je dulu.. babai..
~COMEI~
mlm td ada rasa curiga sket.. entahlaa.. still terngiang2 apa kwn dia ckp.. :( dia kata kawan dia main2 sbb dia pun main2kan kawan dia bila kawan dia tu gayut.. ntah.. still rasa curiga.. i don't like this! tak suka ayat kawan dia tu.. huu... diamkan diri je laa...

6 comments:

Anonymous said...

wah, seronok jalan2. heheh. sufi tido sampai kul 1.30 pg. Pastu dia sibuk nak air milo. tumpah, kena marah. hahahah. sian dia. ayah dari baru balik meeting. pujuk sikit. pastu dia nak main lagi. kena marah lagi. "tido!!" weh, jd mak garang akak ko nie! haha ha..
roti dodai tu best tak?

~comei~ said...

siannya sufi kena marah ngan mak dia.. jgn ar garang sgt mak :D

erk.. kalo i pun mmg dah angin gak kot.. kejap2 bleh ar nak gelak2. lama2 lantak ar. hehe.. (bleh ke nak jadik mak org ni??)

Anonymous said...

amboi anim.. Selamba je x kasik pakcik tu hisap rokok :))
-dilla-

~comei~ said...

tak tahan ar dilla asyik bersin je. siap sakit tekak lagi tu..

Anonymous said...

slm perkenalan...dari dulu lagi akak suka baca blog nis ni, dah tahu la skit2 perjalanan hidup nis ni camaner...ader bf polis ekkk... hehehehe...apepun harap berkekalan perkenalan tu...

~comei~ said...

erk... alahaii.. saper lak 'akak' ni?? salam perkenalan juga.. erm.. nama akak ni saper ek??