+ Assalammualaikum..
- Waalaikummussalam..
+ Kat mana?
- Rumah
+ oo dah balik..
- hmm..
+ Dah mkn?
- Belum..
+ Napa tak mkn lagi?
- Sat lagi..
+ oo.. hmm... tgh bt apa?
- packing..
+ (erk.. packing?? huu...) packing?? - ada bunyi cam terkedu sket..
- hmm.. yup.. packing..
+ nak g mana?
- Johor..
+ brapa lama?
- tak tau lagi..
+ bila g?
- esok..
+ hmm..
- napa suara mcm sayu?
+ tak der apa..
- lunch kul brapa?
+ 1 pm..
- sy dtg pick up awk. kita lunch sama..
+ hmm.. dtg awal sket..
- kul brapa?
+ 12.30
- ok.. hmm.. tak tau lagi brapa lama ni.. hmm.. penat.. rasa mcm nak resign..
+ (sedihnya..) sabarlaa.. sat lagi citer ek..
huu... tgh taip ni hati rasa sayu je.. outstation lagi.. baru je balik dr melaka.. sblm tu pun kat johor gak.. ni nak kena g sana lagi.. minggu ni dr senin hr tu planning nak jmpa.. tp tak jmpa2 gak.. 6 bln dah tak jmpa. sat lagi ni nak jmpa tak tau la jadi ke tak..
me pernah ditanya ttg kesanggupan menjadi isteri kepada seorg anggota beruniform. sanggup ke?? sanggup ke dgn rutin kerja yg tak tentu masa.. 24 hr.. kemungkinan dipanggil bekerja walau tgh bercuti.. outstation selalu biasanya sebulan.. sanggup ke nak idup sorg2 walau sebenarnya dah kawen??
huu... kalau dah itu jodoh me.. kalau dia yg ditakdirkan utk me.. me bersedia insyaallah. tp kekuatan tu mmg perlu sgt2. kuat mental. kena sabar.. kena cuba faham.. kena ada kepercayaan.. kena saling igt mengingati.. kena positif.. (sedih..)
masa awal2 dulu kadang mmg me rasa hati ni memberontak.. rasa juga mcm diketepikan.. tp dia juga sabar orgnya.. pandai memujuk hati.. sentiasa.. terutama bila terasa org disini berjauh hati.. tekanan kat dia kuat juga kan?? entahlaa..
ada juga yg mengomel.. kwn2 yg tak puas hati.. kwn2 yg curiga.. betulkan dia sayang? betulkan hanya me di hati dia? betulkah apa yg dikata? kenapa me senang di pujuk? kenapa me sentiasa positif?? terima kasih pada kawan2 yg sangsi.. yg mengambil berat diri ini.. yg cuba memahami diri ini.. (rasa mcm ada genangan air kat mata..) rasa sedih juga bila hati me dah positif org lain fikir negatif ttg dia.. tp me ttp hargai kwn2 yg berfikiran positif di kala me negatif ttg dia..
- dah jmpa dia?
+ belum
- berapa lama tak jmpa?
+ adalaa 4, 5 bln
- napa tak jmpa
+ dia sibuk.. outstation..
- org lain sibuk gak.. outstation gak.. tp leh jmpa..
+ hmm.. lain...
- sama je..
senyap.. dan me cuba matikan persoalan.. me tiada jawapan utk mereka.. org tak mungkin faham... tak apalaa.. biarlah me saja yg faham..
- dah jmpa abg polis?
+ tak..
- cuti hujung minggu tak kan tak jmpa
+ dia tak der..
- oo..
+ napa tiap kali msg tanya kami jmpa ke tak? awk dgn wife dulu slalu jmpa ke sblm kawen?
- erk.. tak juga.. sy jmpa masa g kursus kawen je
+ abis tu napa selalu suh kami jmpa?
- anim marah ke?? sorry...
tak marah tp pelik... dah tau org tu kerja mcm mana napa mesti argue mcm2? napa tak bleh terima kalau meata kami tak jmpa sbb dia ada hal? napa mesti curiga? napa mesti bt me curiga? napa mesti buat me susah hati? dan setiap soalan tu berlalu sepi.. malas nak layan lagi soalan2 org ttg kenapa kami tak jmpa.. mcm mana me bleh tahan tak jmpa sampai 6 bln..
niat me kawan ngan dia... asalnya sekadar kawan.. memenuhi permintaan kawan baik me utk kawan ngan sepupu dia. sepupu dia yg sedang mencari calon. dan ketika itu me sedang patah hati. dan sebenarnya tak bersedia utk mencari ganti.
15/7/2005 malam dpt panggilan dr dia.. sepanjang kenal dia masa ni la dia call me paling lama.. first impration me suka borak ngan dia. soalan pertama dia 'awk suka mkn pizza ek?' mmg me gelak. dan dr soalan tu me tau dia sapa.
'esok jmpa bleh? kita g mkn pizza'. huu mmg buat me gelak..
'tak bleh.. esok nak g temerloh'
'bt apa?'
'kwn kawen. kena jadi pengapit.'
'oklah tu..jd pengapit kwn kawen. ada jodoh ni.. nnt kita lak kawen..'
'erk..?? ' biar benar mamat ni.. konfident je.. ish..
'g sapa hntr? boipren?'
'tak.. naik bas..'
'kul brapa?'
'tak beli tiket lagi. esok br nak beli'
'ok, kita jmpa dulu sblm awk g'
'ehh??'
tu la first date dgn dia. di dpn kckl :-) dia pick up dan hntr ke bas stand jln pekeliling. beli tiket bas ke temerloh pas tu g pizza kat pwtc. dan dia hntr semula ke bus stand pekeliling. smpt dia pesan 'jgn kasi tau ika kita jmpa ek. abisla saya.. sampai temerloh nnt kasi tau..'. haha. kerana dia sepupu ika.. dan rasanya mereka agak rapat.. me percaya pd dia. sbb tu berani tumpang g bus stand jln pekeliling tu pas tu g mkn pizza dia blanje. hehe (ika jng marah..)..
sampai temerloh mmg me kasitau.. tp mcm respond tu kurang baik dr dia.. kejap ada kejap tak ada.. balik kl me tak kasi tau dia.. msg mmg jarang sekali.. ika dan ainil selalu tanya perkembangan kitorang.. dan jwpn me.. 'ntahlaa.. senyap je.. tak der apa2 kot.. kwn je..' ' korang tak yah ar harap apa2 ek..'.. dan me pun mmg tidak mengharapkan apa2 dr perkenalan kami..
hujung bln 8 dpt msg dr dia.. memberi perkhabaran terkini.. sedang beroutstation di BP. menghampiri sebulan... huu.. patutlaa senyap.. dan sejak itu smpi skrg.. kami masih berhubung melalui sms dan call. sejak dr awl smpi hr ni.. belum cukup 10 kali rasanya kami jmpa. dia sering igtkan ttg cara & waktu kerja dia yg berbeza dr org lain.. ttg penatnya dia dgn kerja yg baru (bln 8 tu br tukar unit baru)... ttg jadual kerja dia.. ttg hari cuti dia.. semua dia inform.. terutama ttg sayangnya dia pada me.. huu... susahnya nak percaya part yg last tu.. tp insyaallah bleh rasa..
honestly.. susahnya utk create rasa sayang.. susahnya nak create rasa rindu.. susahnya nak create rasa percaya.. susahnya nak mengaku hati telah dimiliki.. susahnya nak mengiyakan diri menyayangi.. susah juga mengakui diri merindui.. sentiasa argue kenapa perlu itu dan ini (report kat dia).. sentiasa memberontak dan berfikiran negatif ttg dia.. sentia membuat dia rasa bersalah... kononnya nak berhati2.. tak mahu kekecewaan kembali lagi.. tapi hati ni tewas dr mengakui hakikat.. rindu itu wujud.. kasih itu telah hadir.. sayang itu ada.. dan akhirnya terpaksa akui bila kecewa.. cemburu.. curiga.. dll perasaan semakin ketara.. (thanks to along and dilla yg menyedarkan.. )
15/7/2006 tempoh hari genap setahun perkenalan kami.. insyaallah.. kalau ada jodoh kami.. kalau mmg dia yg dijadikan utk me.. adalah nanti ikatan janji.... dan adalah juga penyatuan hati.. semoga Allah tabahkan hati ini.. tingkatkan kesabaran me.. semoga persefahaman dan kepercayaan yg ada berterusan.. dan semoga kami saling ingat mengingati antara satu sama lain (ttg kesabaran, kepercayaan, ketabahan, tanggungjawab.. dll..)..
apapun.. me serahkan segalanya pada Dia Yg Maha Kuasa.. Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.. dan me akan berusaha apa yg terdaya.. segalanya telah ditentukan.. insyaallah.. kekalnya persahabatan / hubungan kami kini kerana Dia atas usaha kami.. tiada kejayaan yg akan dtg bergolek tanpa usaha.. insyaallah niat me berkawan Lillahitaala.. me redha dgn apa pun yg jadi..
sabarlah hati.. sabarlah sayang...
(esok dia g johor...)
CAKOI / PAT TONG KO / YOUTIAO
-
I thought of updating yesterday but I was too tired and call it a day.
Yesterday morning, I heard the municiple worker, cutting the grass outside
our ho...
1 year ago
6 comments:
sedeynyerrrr nim.. InsyaAllah moga anim akn temui kebahagiaan dr die :)
-dilla-
Ngah, 'sabarlah hati', sabarlah sayang.
Selalulah tahajjud, berdoa pada Allah, minta diberikan kesabaran, spt mana sabarnya Saidatina Khadijah atas perjuangan Rasulullah, spt mana puteri baginda, Saidatina Fatimah sebagai anakanda utusan Allah.
Sabar itu cantik. Allah sentiasa bersama di kalangan org yg sabar.
Angah kan cantik! Kalau ditambah dengan sabar, lagi cantik.
thanks dilla & along..
teringt msg dr kawan..
"ukhwah itu bkn terletak pada pertemuan, bkn pd manisnya ucapan dibibir, tetapi pd ingatan seseorg terhadap saudaranya di dalam DOAnya.. Al-Ghazali"
doakan anim... thanks...
salam..
kesabaran yang paling ampuh ialah kemampuan untuk mengawal hati dari menguasai tangan, kemusnahan yang paling nyata ialah setiap kali jiwa dikuasai angan.
bersabarlah nim, semoga ia dapat membentuk dirimu agar lebih khamil, selamanya...
tharunye bace luahan hati awk..pe2 pon sy hrpkan awk dpt kuatkan semangat ye..insyaAllah kalu ade jodoh x kemane..~SusheeQeeN~
Post a Comment