Saturday, July 04, 2009

jakarta (2nd day)

Note: dah update gambar.. (17/7/09)

date: 27/06/09
day: Saturday

2nd day di jakarta.. awal pagi kami dah bangun. dalam 3.30am / 4am waktu tempatan. senang sungguh nk bangun pagi tu. tdo seingat me sangat lena. x der gangguan mimpi dll. mungkin sbb penat kot. ni salah satu sbb me suka jln2 dgn geng bakit. senang bangun pagi. alhamdulillah... rasa nikmat tau..

suboh..
kuliah suboh & tadarus

suboh pagi tu me nk ikut berjemaah sebenarnya. tapi me lambat.. so terpaksa solat sorg.. suboh di jakarta dlm jam 4.30am. berapa jam je me tido.. tapi bgn tu x ngantuk. best.. lepas solat ada tadarus. baca sorang satu ayat berserta maknanya sekali. lepas tu ada kuliah suboh oleh pn hairiah. tajuk kuliah pagi tu dari buku 'Hancurkan Egomu' berkenaan 'Bersyukur atas nikmat Allah'. me akn update dlm entry berikutnya.. abis kuliah dalam jam 6.30am..

suasana subuh di Jakarta (6.30am)

pagi..
lepas kuliah suboh kami ada beberapa pilihan..
- nak tdo semula..
- mandi
- bangun borak2
- bangun masak2
- dll

me cdg nk baring jer.. tapi tertido dlm 30 min ke 1 jam.. hehe... sementara tunggu org len mandi and masak2kan.. pagi tu mkn apa ek? lupa laa.. nasi lemak kot.. akak2 bilik sblh masak. sedap sungguh. seronok mkn ramai2 ni. lepas mkn2 kami siap2 utk g jalan2..

tunggu kenderaan datang menjemput..

me sempat bergambar kenangan.. hehe..

mangga 2
pagi tu kami gerak ke manga 2. ni tempat org shopping beg murah. mcm2 ada kat sini. bangunannya sangat besar. tujuan me nk cari kain batik yg mak n ajib pesan. nk tgk2 telekung and tudung. mula2 kami usha2 je dulu.. tapi mana tahan.. dua tiga kedai je la kami mampu usha lepas tu mana2 kedai yg mmg dah berkenan kami rembat ja. hehe.. masa itu emas kan.. kami tak byk masa pun utk shopping ni. chewah.. shopping complex ni ada berapa tingkat ek? adala 5 kot.. kami tak g sumer tingkat.. kat sini me beli blouse & kain batik.. masa kat dlm manga 2 ni kami berpecah. me jln ngan kak ina n kak hazirah. apa yg kami beli lebih kurang sama je.. hhehe..

suasana di luar mangga 2..

otw ke manga 2 dan tpt2 lain me suka amik gambar apa yg ada kat sana.. eg.. air pancut yg byk.. dan satu lagi kat sini byk tugu / patung2.. hmm.. amik gambo je dari dlm kete.. hehe..


antara air pancut dan tugu yg byk di jakarta..

ehh.. ada kuda...


lunch
satu jam stgh lepas tu kami berkumpul di loby. sangat ramai orgnya bila dah tengah hari ni.. pening gak laa.. destinasi kami seterusnya adalah makan tengah hari. pn hairiah pilih restoran sederhana nasi padang. nama tempat me tak pasti plak..

kami diberikan berpinggan2 lauk (pinggan kecik je). awal2 lagi pn hairiah dah pesan, kalau tak mau makan lauk tu jgn di usik. sbbnya mereka akn kira based on apa yg kita makan. means, kira ikut pinggan kecik tadi. so kami ketepikan awal2 lauk2 yg kami tak nak.


lauk pauk utk lunch..

lepas mkn kami solat jamak zohor & asar di restoran ni juga. ada tempat solat. tapi kecik ja. cukup utk tiga org sekali solat.
gambar kenangan dpn restoran..

tanah abang
lepas solat kami gerak ke tanah abang pula. ni pun tpt shopping juga. sangat teruk jalan nak ke sini. jem.. x gerak2 keretanya.. sudahnya kami jalan kaki sahaja nk sampai ke tanah abg ni. kenapa nama bangunan ni tanah abg ek? ke nama tempat ni tanah abg? me tak tau.. huu...

masuk dlm shopping complex ni sangat stress. me dah penat sebenarnya. pening plak tgk ramai2 org... wah.. kat kl pun kalo sogo sale tak seramai org mcm ni.. skali lg me geng ngan kak hazirah and kak ina. kami jalan2 cuci mata sama2. sampai kat tpt telekung kami tawar menawar. adalah dua tiga kedai. sampai satu kedai ni masing2 dah x larat kot.. haha.. beli la borong byk telekung.

huhu.. cantik weh.. x tahan tgk...

rambang mata jg tgk baju2 kat sini. me berkenan baju batik dia. cantik. tapi cari kain ela tak der plak.. sedey... org sini sgt kreatif.. pelbagai corak blouse.. sarat juga.. kalo me beli, x tau nk pakai g maner.. hehe.. tak sesuai ler nk pakai g keje.. yg putih pun banyak juga.. mungkin diorg ni pakai time raya or kenduri kawen kot...

wow..

cantikkan.. kreatif..

kami naik hampir semua tingkat.. naik ja.. jamu mata lagi.. sampai kat pakaian lelaki me terberkenan tgk kemeja batik. teringat ayah pernah buat kemeja dia guna kain batik jawa. sangat cantik. me beli satu utk ayah...

sambil2 jalan tgk2 jam. kami di beri 1 jam stgh je utk jln2 dlm ni. risau gak la org tunggu kita. kita tunggu org tak pa.. nk cari jalan keluar satu masalah.. semua penjuru nmpk sama.. x ingat dah la dari arah mana kami datang. lama juga cari jalan keluar. dlm 10 - 20 minit juga.. alhamdulillah jumpa pn hairiah dan beberapa org sedang menunggu.. kami x lewat. yey!

kebanyakkan kedai kat tanah abg ni tutup jam 6 (waktu tempatan). masa kami nk keluar tu org ramai berpusu2 keluar juga. sangat ramai. tak habis2. wah.. sama ada shopping complex ni sangat besar atau org yg datang sangat ramai atau kedua2nya sekali.. huu.. kalo sorg mmg sesat..

utk kembali ke kereta kami jln kaki keluar. adalah dlm 10 minit berjalan di tengah2 kesibukan jalan. kereta tak bergerak. takt au apa puncanya. jem teruk. sampai kat kereta masing2 dah letih sangat. letih tgk org, or letih shopping. haha... me sempat lelap kejap..

maghrib

masjid istiqla'

kami terus ke masjid istiqla' utk solat maghrib dan isyak. masjid besar. ramai org yg dtg solat jemaah kat sini. sama ada org tempatan atau pelancung. mereka datang beramai2. berkeluarga. macam kami jugalah. sblm masuk solat, kami bergambar dulu di luar masjid. diorg buat bisnes amik gambar kenang2an..

erm.. satu yg x best.. utk ke tandas permpuan perlu melalui tandas lelaki.. napa ek? atau waktu tu jalan lain ke tandas perempuan sudah ditutup? hmm.. risau juga.. tapi me x g sorg2.. me, pn hairiah and kak aida..

kami solat berjemaah maghrib. lepas tu kami buat solat jamak isyak. senang. semua dah selesai. alhamdulillah. sumbangan yg kami bawa utk masjid kami masukkan ke dalam tabung yg disediakan.


di hadapan masjid ni ada bangunan yg sedang dlm pembangunan. menurut org tempatan itu adalah gereja terbesar. erk.. gereja terbesar di hadapan masjid.. hmm...
gereja dpn masjid..

malam
selesai urusan solat semua kami gerak ke apartment semula. sblm tu kami singgah hypermart tempat me mula2 shopping utk beli topup. terbeli juga benda lain hadiah utk adik2 dan utk diri sendiri.. hehe..

penat jalan kami balik.. sampai umah abg pn hairiah ada. actually rumah yg kami duduk ni rumah dialah. dia belikan mkn mlm utk kami - nasi udu' namanya. byk ler juga makan.. abis diet.. haha..

tdo jam brapa ye? tak ingat pula.. tapi sblm tdo sempat menggayakan baju yg kami beli. tiga2 org beli baju sama. mcm boria ja.. saja suka2.. me nk pakai raya kot.. atpi x tau la kalo pakai awal dr tu. hehe...

sangat penat...

slmt malam...

2 comments:

Unknown said...

Salam,

Maaflah, hari ni baru berkesempatan nak baca program wisata awak ni.

Ingatkan ko naik air asia, rupanya naik MAS. Patutlah kena booking awal.

Memang untunglah ikut program macam ni sbb tiketnya jauh lebih murah dan perjalanannya jauh lebih selesa.

Selama berwisata. Lepas ni boleh gi Bandung, Medan, Betawi atau Solo pula.

~comei~ said...

yup naik MAS la best.. hehe..

tu la.. lps ni leh terbang2 selalu.. hehe (macam byk duit jer..huhu)