Tuesday, July 07, 2009

kuliah subuh


Hari ke-2
kuliah subuh

tajuk kuliah pagi tu dari buku 'Hancurkan Egomu' berkenaan 'Bersyukur atas nikmat Allah' dari surah al-A'raaf ayat 144 yang bermaksud: Allah berfirman: "Wahai Musa! Sesungguhnya Aku memilihmu melebihi umat manusia (yang ada pada zamanmu), dengan membawa perutusanKu (Kitab Taurat) dan dengan KalamKu; oleh itu, terimalah apa yang Aku kurniakan kepadamu dan jadikanlah dirimu dari orang-orang yang bersyukur."
dari ayat ini menyuruh kita agar sentiasa bersyukur atas segala nikmat yang Allah berikan..

antara nikmat yang allah berikan adalah seperti nikmat penglihatan dan juga nikmat pendengaran yg kita perolehi sejak lahir. seharusnya kita sangat2 bersyukur dgn nikmat ini dan menggunakannya ke arah kebaikan..

kadar nikmat pula boleh dihitung dgn cara:.
1. fikirkan ttg nikmat yg kita perolehi; dan
2. solat sujud shukur atas nikmat ; atau izinkan Allah tarik semula nikmat yg telah diberikan... hmm...

nikmat yang diperolehi adalah dari rahmat Allah. walaupun kita rasa amal kita banyak, dan yakin masuk syurga atas amal yg banyak, tapi sebenarnya segala sesuatu yg terjadi adalah berkat rahmat allah dan bukan atas sbb amal ibadah kita. contohnya, kehadiran kami ke jakarta adalah atas rahmat allah juga. DIA mengizinkan kami ke sana.. maka, sampailah kami ke sana.. syukur alhamdulillah... kalau dia x izin, rancanglah mcm manapun, x sampai juga.. contohnya g langkawi hari tu.. dah rancang baik punya.. tapi akhirnya nad n husband dia je g.. huhu... so, kena redha.. sabar ek.. huhu...

kita kena sentiasalah berdoa minta rahmat dari Allah dalam setiap urusan kita. kuncinya adalah dgn rasa syukur pada Allah. ingatlah bahawa, amal ibadah yg kita lakukan tidak cukup tanpa rahmat dari Allah.


bagaimana untuk kenal nikmat atau hak Allah?
1. melalui Al-Quran - fahami ayat2 Allah dan hitung nikmat yg Allah beri.. Allah tidak memberi kesulitan dalam agama.. tetapi yg sulit itu adalah diri sendiri..
2. melalui aneka peristiwa - contohnya dgn melihat org yg terima musibah.
3. mengikuti majlis yg mengingati Allah - renungi anugerah yg allah beri dan nikmat yg allah beri dalam menjalani kehidupan.. renungi nikmat Allah dan ceritakan / syukur (bkn riak).. cth.. syukur dpt jln2 ke jakarta :-D
4. mohon ampun dari Allah..

bila kita mendapat rahmat dari Allah, kita akan dikasihi oleh setiap insan / tumbuhan / haiwan.. kita kena ingat bahawa, amal ibadah yg hebat x akn tentukan kita masuk syurga tanpa nikmat dari Allah. Ikhlas dalam beramal.. dan jangan sampai x beramal langsung... yg penting kena ingat.. semuanya dari Allah.. sentiasa mohon keredhaan dari Dia agar kita sentiasa mendapat rahmat-Nya..

Wallahu'alam..

note: x tau nk tulih cam na.. kalo faham alhamdulillah.. kalo x faham.. erm.. susah gak laa..
2. thanx along.. dah betulkan ejaan utk tajuk entry.. hehe..

1 comment:

Unknown said...

subuh