16 ramadhan 1426
me masih kat opis. :D baru naik opis sebenarnyer. dari pukul 6.55pm me kat surau kat opis ni. buka puasa kat sini pas tu solat maghrib, baca yasin, borak2 ngan kay, solat isyak, terawikh dan witir.. alhamdulillah sempurna mlm ni. harapnya amalan kami di terima.. allahu'alam..
hari ni ada kelas sebenarnya. tp me tak pergi. berbelah bagi.. sbb me sakit kepala dari pagi. tapi try gak stay kat opis sbb byk keje and ada interview. kat opis ni sejuk sgt mcm dlm peti ais. lagilah bengang je rasa kepala ni. kat tkt 13 pun sejuk. berdenyut2 rasanya. tapi tahan je. kontrollahkan. sampai opis flet. me lepakkan kepala kat atas meja beralaskan bantal empuk. lelap 5 minit. rasa ok sket. landing kat kerusi kasi releks. alhamdulillah berkurang sakit. biasanya kalau sejuk sgt (bila me kena gastrik) mmg sakit kepala lps tu. angin tak dpt nak kuar kot. bila dah ptg rasa mcm takut tak bleh nak tahan sakit kepala ni. tu yg tak g kelas. so amik keputusan solat terawikh kat opis.
interview ok ke? alhamdulillah.. ok.. ada 3 org penginterview. en ahmad jaafar (hr), pn che fatimah dan pn noraini ayub. senyum je diorg ni. buat kita rasa releks nak jawab soalan. dia tanya pasal latar belakang diri, family dan kerja yg me lakukan sekarang. pas tu tanya gred skrg dgn gred sblm ni apa beza dia. kenapa me nak gred baru. me dah bersedia ke nak pikul tanggungjawab yg lebih berat. dll. soalan bonus, kalau di hantar selain dr kl/selangor me nak ke tak. hehe. me rasa me dah jawab sehabis baik dan lancar. cuma last tersasul panggil encik ahmad as encik jaafar. manalah me tau nama dia ahmad je. + me lupa nak salam pn noraini and che fatimah.. hmm.. hopefully perkara tu tak menjejaskan. insyaallah result keluar bln disember ni. kalau ada rezeki me, adalaa... insyaallah...
hari ni seluruh malaysia (or dunia) tau wife perdana menteri kita dato seri abdullah ahmad badawi iaitu datin endon meninggal dunia. innalillahiwainnailaihirrajiun... menurut akhbar arwah dah bertahun sakit barah payudara. dah sampai masa utk dia kembali ke sisi-Nya. bahagian masing2.. tak kiralah berapa pun umur, sakit atau tidak, bila tiba masa-Nya Dia panggil, kita kena berjumpa dgn-Nya. tak kiralah dah bersedia atau belum.. hmm.. cukup dah ke amalan me nak jumpa DIA? allahuakbar.. kecil sgt rasanya me ni.. byk yg perlu di perbaiki.. sahabat.. semoga sama2 kita memperbaiki diri agar kita sentiasa bersedia utk berjumpa dgn-Nya bila tiba masanya...
esok rasanya me bz. hehe. rasanya lah.. dlm kepala mcm2 dah rancang nak buat. hmm.. next week mid term. risaunya. tak study lagi.
k ya.
wassalam..
dilla, slamat study :D
gambar ni ambil guna hp baru. gambar atas meja me. hehe.
1 comment:
hari tu jmpa satu site yg bleh ucap takziah kat paklah.. me hantar gak.. 24 okt hari tu dpt balasan dr pihaknya..
----
ANIM,
Saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan di atas ucapan
takziah serta sokongan yang diberikan kepada saya sekeluarga tatkala kami
menghadapi dugaan yang getir ini. Terima kasih juga diucapkan di atas doa
yang diberikan kepada isteri saya, Endon Mahmood Allahyarhamha. Juga terima
kasih di atas doa yang diberikan semasa beliau menerima rawatan bagi
penyakit kanser. Semua ini amat besar ertinya buat kami sekeluarga. Ingatan
dan doa anda amat kami hargai. Moga Allah swt akan terus merahmati kita
semua.
Abdullah Ahmad Badawi & Keluarga
_____________________________
ANIM,
I would like to express my heartfelt appreciation to all the support and
condolences that have been extended to my family and me during this very
difficult time. I would also like to say my thank you for the prayers for
my wife, Endon Mahmood Allahyarhama. Thank you too for the prayers for her
when she was undergoing her cancer treatment. All of these kind gestures
have meant a lot to my family and me. Your thoughts and prayers are very
much appreciated. May God bless all of us.
Abdullah Ahmad Badawi & Family
Post a Comment