Tuesday, October 04, 2005

sehari sebelum puasa...

salam ramadhan..
alhamdulillah.. akhirnya me bakal bersua kembali dgn ramadhan yg mulia.. bulan penuh rahmat, bulan penuh keberkatan. insyaallah semoga ramadhan tahun ini lebih baik bagi me dan rakan2 utk melaksanakan ibadah dari ramadhan yg lepas2.. insyaallah..

semalm kat opis selesai solat asar borak dgn cik has. dia ajak buka puasa dan tarawikh kat opis. sbb kalau nak balik mungkin tak sempat + penat. takut tak terbuat. mmg me pun rancang mcm tu. nak buka puasa dan tarawikh kat opis baru balik umah. tgh mencari kawan. hehe.. dah ada org mengoffer diri, so on je la. me nak ajak kak aida gak. hmm.. tapi me tak bleh buat tetiap hari (kat opis) sbb me ada kelas tiap selasa, rabu dan khamis. kalau ikut pada jadual ada juga sehari ganti hari jumaat. dan ada sehari tak der kelas hari rabu. insyaallah hari2 tak der kelas tu me akan stay kat opis. pas tu balik tumpang cik has :) hehe.

hari ni hari selasa. 4 okt 2005 = 30 sya'ban 1426 = sehari sebelum bulan ramadhan. me mc hari ni. kenapa ye? hmm.. bgn pagi tadi rasa pedih ulu hati dan pedih perut dan rasa loya. ouh.. kena gastrik. lama dah tak kena sakit ni. me gagahkan diri juga bgn utk solat subuh. lepas solat me tdo sbb sakit. bgn dah pukul 8.30am. me msg kpd bos2 me kata me maybe halfday or mc today sbb gastrik.

bangun, bersihkan diri dan bersiap ke klinik kat setiawangsa. tak sarapan pun lagi sbb rasa mcm perut dah ok sket. sampai klinik, mak aiii.. ramainyer org.. masing2 bawak anak, ada juga yg pregnant..ada juga yg dtg sorg2 mcm me. hehe. rasa mcm g klinik ibu mengandung dan kanak2 lak. me dpt no 33. kat skrin no 7. aduhaii.. jenuh menunggu. lepas 7 terus 21. alhamdulillah.. tapi adalaa dlm 2 jam juga menunggu. perut yg dah ok tadi pedih balik (mungkin sbb blum sarapan). me keluar g kedai beli muffin gardenia dan milo kotak. tu je sarapan me pagi ni. tak ada selera. doc check tpt2 yg mmg pada org gastrik. pedih masa dia tekan tu + sejuk benda alah yg dia guna tu (apa nama ntah-trade mark doc). dapat mc 1 hari.

balik umah ingat nak terus tdo. msg kwn kata dpt mc. dia tanyer dah mkn ubat ke belum. huu.. ni la yg paling malas nak buat. tgk ubat tu rasa rugi lak kalau tak mkn. tapi sumer ubat kena mkn selepas mkn.. ayark.. penat pk nak mkn apa. me just panaskan sambal kerang dan mkn ngan roti. pas tu mkn ubat. pas tu tido..

lama gak tido. kol 1 sampai 3.30pm. bgn terus solat zohor. lepas solat perut pedih semula (skrg pun tgh pedih). borak ngan abahmuizz kat google talk. abahmuizz kata mungkin sbb tak mkn lagi. ye lah kot. tak tau nak mkn apa. ada roti, kuih karipap frozen ngan nugget. tapi kena goreng. malasla plak. tgk lah sat lagi.

sebenarnya online ni nak tgk ada lounching kat opis (video streeaming). tp ada buffer. so tak bleh tgk. apa laa.. susah la online kat umah. kalau kat opis tak yah online. turun je kat lobby tu tgk lounching tu. adik kata tadi ramai org kat lobby. dia online dr opis dia kat ipoh ok jerk. huu.. jelesnyer..

mlm ni ada kelas. tapi me tak g. rasa menjerut je perut ni. tak pasal menggigil dlm kelas kang. kelas sama ngan kelas semalam. so, insyaallah buat tarawikh kat umah. g surau? tak kot.. tak ada org (muhrim) nak teman + tak larat nak jalan jauh. terasa rugi gak. kalau dpt solat kat masjid kg baru best ni. imam dia baca best. biasanya kalau bln pose ni imam jemputan dr luar. wallahu'alam..

mak tak tau me kena gastrik ni. kalau dia tau sure dia bising. bkn apa.. dah 2 kali me kena gastrik teruk time mak ayah ada kat umah. muntah2 tgh mlm.. kali ni tak kena muntah2.. loya jerk. shh.. jgn ckp kat mak. hehe.

-deleted- sajer delete part ni.. biarlaa ingat sorg2 :)

-deleted- part ni pun me delete gak.. tak penting.. penting utk me je. hehe.

hmm.. semalam juga borak ngan abahmuizz pasal dia.. abah pesan supaya cari org yg menjaga agamanya.. insyaallah.. me nak cari pemimpin dan pelindung me.. semoga org tu bleh jd imam utk keluarga me.. thanks abah :)

hmm..
me serahkan semua pada Dia. me akan pkkan yg terbaik utk kami.. doakan me.. doakan me sihat utk menjalani iadah puasa ni juga.. (perut makin pedih..huu)..

salam sayang..
nisnim

"mata kadang salah melihat..mulut pula salah berucap..hati salah menduga.. sebelum mentari terbenam, sebelum RAMADHAN datang..mohon maaf atas salah & khilaf.. Marhaban Ya Ramadhan.."

No comments: