Thursday, November 10, 2005

nak uji ke? awat?

huu.. geram..
suka2 hati dia je nak uji org. ingat kita ni apa?? Cheh. Merajuk konon. Sabo jerk ar.

Smlm beremail dgn kawan lama kat penang (lan) ttg program keluarga TM. Last2 kitorang borak pasai tension lak. Masing2 tension. But me rasa me ok lagi. Still bleh control. Tak effect mood harian dan kerja2. tapi me citer gak la awatnya me tension.

Lan:
How’s life today? Hari nie lan buring la… tension semacam jer nie..

Me:
life ok je. bz. tension napa ni? ada problem ke?

Lan:

Hmm.. donno why la.. life memang mcmnie dah.. tapi lately moody semacam jerk..
Bz with work n biz.. & some other stress…
Rasa macam buleh dapat high blood pressure dah nie..

Me:
rileks.. jgn tension2.. nis hari ni pun tension gak sket. tp still bleh kawal. still leh senyum. cuma dlm hati ni resah jerk. haha.

Lan:
Sometimes… kita boleh kawal emosi kita sbb, we r in control of ourself…but, sometimes..
Others will control us…
Hmm.. nis pun tension gak ker..

Me:
nis tension sket je.. tunggu handphone berdering. senyap jerk. call tak der. msg pun tak. penat pk, org marah kat kita ke, apa ke, bz ke. haha. tu je la. kerja ok. tension2 pun bleh buat.

Lan:
Hmm.. pasai boi fren ler nie… hehehe
Rilex aaa… ptg nie dia call ler tu..migh b dia bz ler tu skg nie @ tido....



Me:
bkn boi pren la. kawan jerk. haha. tak declare apa2 pun. huu. so status masih di awang2.

dr mlm tadi ni dia dok moody tak tau napa. risau gak kot la tersilap ckp ke apa ke. last dia msg kata dia mmg malas nak jawab call nis mlm tadi :( hari ni dah brapa kali nis try call dia tak jwb gak. kasi msg pun diam. ni kali ke tiga dia buat perangai cam ni. tensionlah gak. bkn apa. kalau mmg salah nis, nis bleh ar minta maaf ke apa ke. kalau bkn salah ni, napa lak ngan nis pun dia tak mo ckp.

hmm.. tu je la..

lan:
Lelaki nie kan nis, ader ego nyer.. that’s why sometimes.. susah gak nak faham.. kekadang sesajer jer dia buat mcmtu..
Nak test org pompuan … cuba la pujuk elok2… satgi okay ler tu..

Me:

nak pujuk cam na kalau tak jwb call? nis bab pujuk memujuk ni sorrylah. mmg fail. org kalau buat diam ngan nis satu hari je nis try call. lepas tu lantak la. suka2 dia jerk nak buat org cam tu. baru lagi dia buat cam tu raya ke dua ngan ke tiga. raya ke empat dia msg kata sorry sbb dia moody. ada ke patut? ni tak tau la. asalnya ok je. tetiba plak dia diam. ish.

Lan:
Mcm tu ker, sms jer la.. say .. sori andai kita yg jadi penyebab u marah ..
N then ask him to talk to u …pujuk ler.. kalau tak bg tau tang mana yg silap, mcmana nak selesai & nis nak prevent benda tu in future..
It must be something wrong somewhere… ada la tu… esok2 dia call ler…
Relax kay…
I got to go la nis, ada hal lain.. so, we talk later kay..
Take care, bye


Me:
tq atas nasihat. lan yg tgh tension lan plak jd perunding. haha. nis malas nak pk. penat dah. lantak la. nak call, call. tak nak call sudah.

-end email-

hmm.. betullah kata lan, mlm td dia msg say sorry. Ntahlaa.. malas. Rasa panas je. Bengang pun ye. Ntah apa2 ntah. Bila call suh pk sendiri napa dia merajuk. Adoilaa. Me bkn ahli nujum. Pasai benda kecik pun nak merajuk. Ish. Sabo jerk ar. Me just terus terang. Nak kawan ngan me tak der merajuk2. me tak larat nak pk pasal org lain. Nak pujuk2 plak. Ish. Penat la. Byk lagi benda lain bleh pk, or bleh buat. Tetambah lak, antara kitorang bkn ada apa2 pun lagi.. dia bkn buah hati me, bkn juga tuning me, apatah lagi suami. Kawan jerk.. so, jadiklaa mcm kawan. Be open. Bkn jadik bdk kecik. Ish.

Geram la. Tu yg dok merapu kat sini lak. Haha. Bila di ingat balik rasa cam ntah laa.. bleh ke kawan ngan dia ni? Haha. Pk anim, pk. Jgn nyesal dah la kan. Hari tu masa dia call me kata dia ni jiwang karat punya org. sbbnyer dia nangis tgk drama melayu. Citer mlm raya. Mmg sedih pun bila dia citer balik citer tu kat me. Tak ramai kot lelaki yg jiwang mcm ni. Atau bak kata lan.. lelaki ni ego. So tak nak tunjukla yg dia tu mmg sensitive. Wallahu’alam..

Note:
1. Biasanya bebenda ni me citer direct kat along. Tp la ni tak sempat nak calling2. bz laa skrg ni. Kerja dah bertambah. Sblm ni programmer jerk. La ni dah kena jadik CSR plak. Haha. TM punya pasai. Terpaksalaa..

2. Erm.. minta maaflaa kat saper2 yg baca kot2 terasa. Kalau nak kasi pendapat pasai ego lelaki ni ke apa ke nak nasihatkan me ke, di persilakan mencatat apa je kat ruangan komen.

TQVM
-nisnim-

update:


hani msg tanya ada kerja kosong ke tak. hmm.. katanya dia nak cari keje lain. tak serasi kat tpt skrg ni. hani skrg keje kat butik. as a promoter @ penjahit manik. tak tau la dia ni bleh keje kat tpt mcm mana. sabo je la..

oleh sbb hari ni hani cuti, so mlm ni g umah mak uda peah ngan hani. ingat nak ajak along skli. tp td call opis dia bdk tu kata along cuti. hmm... call umah dia tapi tak der org jawab. ish. along, belilah hand phone angah. hehe. pas tu belilah no xpax ni. tak rugi tau. ehhe. promote..promote..

still dok tgh pk ni cam na nak jual nombor2 ni ek? ehh bkn no ekor tau! ni no tipon. kot la ada saper2 nak tukar no tipon baru, contact me k. no celcom je. postpaid yg ada promosi skrg utk minutes plan. bleh tgk kat web site celcom tp kalau daftar dgn me bleh dpt promosi khas sempena dwi perayaan dan reward sbb guna celcom sebagai saluran telekomunikasi. minutes plan tu utk no 2G dan 3G. meh la jadik warga Celcom@TM.

hari ni bz lagi mcm hari2 sebelum ni. yg bestnyer, program yg me amend tu jadik. user dah confirmkan yg amount tu sama. dan dah boleh migrate ke production. cumanya, cara tak properla. mcm buat keje back door. bos me mc plak hari ni. kalo tak bleh diskass ngan dia. hmm.. ckp pasal bos, my bos now dah ok. haha. mcm ni lah. baru kita nak keje pun happy. kiranya kalau me di suruh evaluate my bos ni, me bleh dah la nak letak markah tinggi2. tak per la kalau benda tu bleh buat dia dpt bonus byk. tu rezeki dia. tp secara jujurnya, minggu ni me kerja dgn rasa tenang amat walaupun bz. still bleh senyum dan ceria. hehe. bestnyer perasaan ni. hmm.. mungkin ni juga sbb niat asal dtg kerja kot kan. dlm minggu ni, tiap kali kuar rumah mmg me tak lupa niat agar me dpt bekerja dgn seikhlas mungkin dan dpt lakukan kerja me dgn baik. alhamdulillah.. me rasa best sgt kerja. balik rumah pun rileks gak. bleh asingkan masalah peribadi, kerja dan study. best. korang2 buatlah gak. niat ikhlaskan hati utk bekerja. :)

tak sabar nak balik umah la :)
huhu

6 comments:

zamdee said...

pujuk jgn tak pujuk.. eceh
pujuk jgn tak pujuk.. chewah
pujuk jgn tak pujuk.. amboi

biasa ar tuh kalo melibatkan perasaan nie, sumer nyer kelam kelabi..

just enjoy urself..

~comei~ said...

haha. sabar je la. bengong tul bdk2 lelaki zaman sekarang. tak gentlemen tul lah kalo merajuk jerk. terbalik kot plak.

Abah Mui'zz said...

Ego ni pada abah bukan milik lelaki shj, perempuan pun kadang2 ada juga egonya. Kena pandai tolak ansur la. Tak salah merajuk sesekali, cuma jangan dua2 merajuk atau tunjuk ego pada masa yang sama.

Abah fikir la kan Anim, manusia ni kekadang sengaja menyukarkan keadaan dengan bertindak melakukan perkara-perkara yang agak 'bodoh'. Sesekali nak buat OK, tapi kalau dah selalu, naik menyampah juga kita, kan?

hehe, konklusinya: Bersederhanalah dalam segala perkara.

~comei~ said...

yup, sokong, betul tu. anim mengaku yg anim pun mmg ada ego gak. tak caya tanya along@embun tak pun adik2 anim. haha. mungkin sbb anak no 2, so org kata 'bengkeng' sket. sbb tu letih kalau org dok merajuk2 ni. anim merajuk tak per (sbb anim mmg tak pandai merajuk. kalau ye pun kejap je. kalo lama maknanyer perang. haha).

Anonymous said...

bila anim merajuk..? hahahah.
budak nie mmg tak pandai merajuk sbb tu tak reti memujuk.

~comei~ said...

hehe. tu dia org yg mengetahui peribadi adiknya ni. hehe.