Assalammualaikum..
Pc apa khabar? Blog me apa khabar? Kwn2 blog apa khabar? Ehem ehem.. seronok cuti raya? Ehh lupa lak.. slamat balik dr bercuti raya. Alhamdulillah sbb beraya dgn selamat dan dapat kembali bertugas seperti biasa dgn selamat juga.
Oleh sebab baru balik beraya, so kita citer pasal rayalah ye. Me balik ke sepang tahun ni. Ni thn ke dua kami adik beradik beraya di sepang. Sbb mak ayah dah dok kat saner. Kg? Ada.. tapi tak beraya kat saner, nenek dah tak der.. atuk pun tak der.. sedara mara mmg ada.. insyaallah kalau berkesempatan kami akan melawat sumer sanak saudara.
Balik sepang pagi deepavali (1 november 2005). Masuk je kereta teringat nak jmpa mak cik siah (jiran kami). Terus alang kasitau cik siah kat rumah nenek (mak mentua cik siah) sbb nenek meninggal ptg smlmnya. Innalillahiwainnailaihirrajiun.. hmm.. me tak tau sbb mlm tu me tidur awal. Tak sihat.. semoga roh arwah dicucuri rahmat dan sentiasa berada dlm rahmat-Nya..aminn.. (al-fatihah buat arwah)..
Kami balik 4 org satu kereta (kitoranglah dlm gambar tu - alang,jim,oon,me). Hani tak ikut sbb dia kena keje 1 hb tu. Dia balik ikut along hari rabu. Alang drive, me co-pilot :D, jim ngan oon kat belakang. Penat tgk gelagat diorg ni. Mcm bebudak kecik jerk. Sudahnya me suh dedua org bdk nakal ni pakai sit-belt kat blkg. Diorg nyanyik2 kejap pas tu diam. Rupanyer dah tido. Haha. Mmg mcm bdk kecik. Masa baru nak masuk high way terperasan hani kat bus stop. So, kitorang hantar dia g keje dulu. Perjlnan ke sepang hari tu hampir 2 jam kot. Tak ingat plak. Alang bwk perlahan. Kete byk gak. Tp movinglah.
Seronok bila pk nak raya, ramai2 satu family. Tp bila smpi tu masing2 letih. Tak tau lah napa. Berbuka puasa ptg tu mak buat nasi ayam. Uda jamal ngan mak long pun ada. Uda hantar kuih cik siti kirim. Ayah pasang pelita mlm tu. Cantik. Me ada amik gambar. Tp pakai digi cam oon. Try amik pakai hp me, tp tak cantik.
Esok tu sahur mkn nasi ayam tu juga. Me kena gastric lagi. So bgn terus makan. Tak dpt nak tunggu org lain sbb dah sebu perut. Mlm td berbuka me tak mkn byk. Mkn dlm pinggan oon dan jim. Kongsi ngan diorg. Seronok (tak tau lah napa, mmg suka mkn kongsi pinggan adik2, mak, kakak. Hehe. Mak kat, nasib baik ayah garang. Kalau tak dlm pinggan ayah pun me mintak. Haha).
Hari terakhir puasa semua org letih. Ayah mak ngadu bdn letih sgt. Me pun rasa cam tu. Kami gilir2 tidur. Pagi tu mak ayah g pasar. Mak bawak balik daun ketupat. Me tak pernah lulus belajar anyam ketupat ni. Ntahlaa.. mmg tak pandai. Alang, mak ngan oon anyam ketupat. Oon mmg terror. Baru belajar dah lulus. Eloklah. Nnt kat jepun bleh anyam ketupat. Tak dpt daun betul reben pun jadiklaa kan. Kitorang kemas rumah, tolong mak masak, tunggu along balik. along, penat tau tunggu korang balik. tak sabar nak jmpa anak buah dan berkumpul ramai2. pukul 12 lebih kot along sampai ek? Letih gilos kan? Tu la balik lmbt2 lagi. Biasalah, bila along balik maka sufilah yg jadik tumpuan. Bertuah betul budak ni. Sufi comei sgt. Pakai gaun kaler pink. Geramnyer tgk bdk kecik ni. (gambar ketupat tu ketupat yg adik2 me anyam)
Pagi raya bgn solat subuh, gosok baju, mandi, bersiap, makan, pakai comei2 utk solat raya. Baju raya me thn ni jubah purple, tudung dan selendang purple gak. Tp pagi nak g solat tak pakailah tudung ngan selendang purple tu. Me pakai jubah tu, pas tu pakai telekung terus dr rumah. Solat raya kat masjid baru kat sepang. Bhgn pompuan penuh. Bhgn lelaki penuh gak lah kot. Sepatutnyalah kan :)
Balik solat raya kami bertahlil dan baca yassin kat rumah. Ayah mulakan. Tahlil utk arwah wan (khalijah mat jim – nenda belah mak), arwah atuk (yun bin yaudin – nenda belah ayah), juga untuk arwah atuk (yahya bin osman – nenda belah mak).. al-fatihah utk semuanya. Sepatutnya mlm raya tu kami buat tahlil, tp masing2 letih. Tp ayah kata pagi tu ayah bleh rasa mcm arwah ada bersama kami. Sayu.. mmg sayu pagi tu.. lepas tu kami berkumpul lagi untuk bermaaf-maafan. Mula ngan mak, along, me, adik2.. beraturlah ikut turutan (ni gambar pagi raya lps bermaaf-maafan sblm makan). Lepas tu acara best - makan. Ketupat, rendang daging dan kari ayam. Best kan menu. Alhamdulillah… call ajib, ucap selamat raya. Sian dia kena keje. Bila dia ckp ngan mak dia nangis. Me tau dia rindu nak raya ngan kitorang. Dah 3 thn dia raya kat sabah nun. Thn pertama sorg, thn kedua berdua, thn ni bertiga. Insyaallah bln 12 ni dia balik kl lagi. Hmm.. abg long bakar lemang. Me tak berani nak mkn lemang sbb pulut. Takut sakit perut. (kena gak gastric mlm sblm balik kl sbb mkn gak lemang tu. Tergodalah..).
Ptg along ajak balik kg (dlm gambar tu along's family). Kg mak kat jeram kuala selangor. Dah dua tahun kot me tak balik saner. Tak tau naper. Malas. Hmm.. transport susah pun ye. + malas nak susahkan org suh ambil kat depan bila dah sampai. Tp org salah anggap.. org ingat kita dah tak ingat kg. Dah tak ingat sedara mara kat kg. Hmm.. pukul berapa ntah mlm tu br smpi sepang semula. Abg long balik kl mlm tu gak. Tp along ngan sufi tak balik. ada citer pontianak harum sundal mlm kot mlm tu. Patutnya mlm ni (tetiap mlm kat sepang), me tidur ngan hani tapi mlm raya tido sorg sbb hani rindu ngan mak, so dia tido ngan mak, mlm ni pun sorg sbb hani kena teman along ngan sufi. Along kata dia takut. Sabar je la. Jumaat mlm pun me sorg gak sbb hani tido ngan along gak.
Raya ni ingat mcm2. kenangan byk sgt. Haha. Rindu kat org tu. blajar nak rindu org ni.. Nak citer ke? Tak payahlaa.. biarlah terus jadi rahsia hati. Hmm..
Balik kl hari sabtu ptg. Pukul 3 dr sepang. Ada 6 org dlm kete. Sorg budak kecik yg lain sumer belia remaja. Singgah rumah wan (nenek belah ayah) kat bdr tun razak pas tu hantar oon balik asrama kat pj, hantar along dan sufi balik umah dia, pas tu maghrib baru kitorang sampai umah. Alhamdulillah selamat. Dlm perjalanan balik tu dptlah gambar awan ni ha. masa tu hujan renyai2. Hmm.. asyik tgk awan kat blog am je, anim pun amik gambar awan gak. Hehe.
Biasalah.. baru balik penat. Online gak tp tak der mood nak update blog. Just baca mail, baca blog, tgk sikit2 kat mana2 laman menarik. Tp internet slow sbb me pakai dial up. So tak seronok gak la. Tgk tv, tido. Ahad aktiviti biasa je. Tak keluar rumah pun hari ni. Hujan lebat. Alang balik ipoh hari ni lps maghrib tadi. So now tinggallah me berdua ngan hani mcm selalu…
Insyaallah 19/11 ni me ke ipoh. Tido saner kat umah alang. 20/11 bapak sedara me nikah kat sungkai. Sajer nak jejalan. Wan dah ajak kan. Pergilah. Kenduri kat kl 27/11. first time nak g ipoh ni. Ehhehe. Yey!
Okes. Dah panjang lebar. Xtvt seminggu ni. Thanks lah pada yg rajin membaca. Haha. Rindu kat sumer..erk..alamak..esok keje..huu...
CAKOI / PAT TONG KO / YOUTIAO
-
I thought of updating yesterday but I was too tired and call it a day.
Yesterday morning, I heard the municiple worker, cutting the grass outside
our ho...
1 year ago
5 comments:
hi single mama. thanks singgah. selamat hari raya gaks dari nis :)
letak ler gambo bebanyak lagi :)
tak kan nak letak sumer? glammerlah i. haha.
nak gak wish Selamat Hari Raya :p
ahaa ye selamat hari raya gak en zamdee. :)
Post a Comment