Wednesday, November 30, 2005

rindu... (update!)

note: page ni me akan update sentiasa.. dkt tiap perenggan tu dgn kaler purple. insyaallah...
hmm.. hari ni rasanya hati ni penuh dgn rasa rindu...

rindu kat ayah..
teringat kat ayah.. teringat wajah ayah masa melawat kitorang kat kl baru ni.. ayah yg diam sahaja.. ayah yg pucat.. ayah yg tak berkata-kata.. ayah yg nmpk tenang.. ayah yg mcm bkn ayah... hmm.. along rasa tak? smlm me call mak kat sepang.. me tanya pasal ayah. apa khabar ayah? apa cerita ayah? sakit apa ayah? mak cerita kata ayah dah ok sikit. kelmarin g rumah pak cik jasni untuk berubat. mak teh tgk ayah terkejut. 'napa pucat beno muka kamu ni mat? lebam pun ye.. mcm ada yg menumpang jer..' mak kasitau mak teh ayah mcm tu dah beberapa hari. diam je..

pak cik jasni tgkkan ayah.. katanya mmg ada yg menumpang.. dah seminggu.. benda tu ada dok kat pondok dpn rumah ayah. 'seorang perempuan berambut panjang, muka berlubang, menjuntai kaki kat situ'. huu.. seramnya dengar.. takutt.. ayah mmg suka duduk kat pondok tu. pak cik jasni kata ada org hantar. benda tu perlukan makanan - darah. keadaan ayah yg mmg tak berapa sihat memudahkan org utk mengganggu. wallahu'alam.. kenapa masih ada org yg sanggup membela benda2 ni ek? entahlaa.. susah hati kami..

mak kata skrg tgh cari air masjid utk mandikan ayah. me tak ingat dah keluar ke belum benda tu dr ayah. dah di halau ke belum dr rumah. hmm.. tak sudah2 dgn gangguan mcm ni.. kesian kat ayah..

rindunya kat mak ngan ayah...

update 1/12/05
smlm ptg call mak. nak tanya pasal ayah. ayah yg jawab tipon. alhamdulillah rasa lega bila dengar suara ayah jawab salam. me tanya ayah sihat ke tak, dah ok ke tak. ayah kata alhamdulillah.. ok sikit.. cuma kadang tu still lupa.. lepas tu ayah suh ckp dgn mak.

suara mak pun mcm happy. seronok dengar. me tanya pasal ayah. mak kata ayah baru lepas mandi dan ada dekat ngan tipon. sbb tu ayah yg jwb phone. mak kata lagi ayah tak boleh sembahyang lagi.. sbb lupa.. lupa bacaan, lupa tertib.. tak sedar air mata me menitik.. kesian kat ayah. betul2 me rindu. mak cakap pagi semalam alang ngan oon call tanya pasal ayah. semua risau. alang suruh ayah mengucap. alhamdulillah ayah boleh ngucap lagi. dlm waktu ni ayah mmg perlukan anak2 dia utk tolong dia ingat apa2 yg patut. mak kata alang siap nak cuba cari mana2 org kat cawangan TMPoint area sepang tu utk tukar ngan dia. bagus idea tu. dpt cyberjaya pun ok gak. jauh2 ni kalau apa2 hal susahkan.. tu laa Allah nak uji.. hmm..


me letakk gambar raya sekeluarga baru ni kat desktop me. seronok tgk gambar tu. rasa mcm dekat dgn semua adik2. sayang dlm gambar tu tak der along ngan ajib. tp bila tgk gambar tu me terus ingat along gak. sbb along yg amikkan gambar tu :) tak bermakna lupa pd ajib.. teringat gak kat dia sbb pagi tu me call dia utk ucap slmt hari raya.




still in 'rindu' mood..

rindu kat kengkawan..

baca blog.. baca email.. tgk gambar2.. kenangan.. semuanya.. buat me makin rindu pada kawan2.. kadang terasa mcm jauh hati.. dan masa tu gak rasa rindu sgt.. kami mmg rapat.. selalu bersama buat mcm2 xtvt.. kalau tak bertiga, berdua.. jogging, makan, dating, lepak, beli brg. sumerlaa.. rindunya kenangan2 tu.. skrg tak dpt dah nak buat mcm tu.. sejak ika kawen.. rasa mcm makin renggang.. rasa mcm ada penghalang.. mungkin rasa tu me yg create.. tak tau laa.. skrg ika dah dok jauh kat ganu buat praktikal cikgu. lagilaa terasa jauhnya.. cuma kenangan dlm ingatan. call jauh sekali - sibuk kot. sms pun susah gak. me tak kisah, tp mungkin dia yg tak der masa.. tak per laa.. dgn ainil pun me terasa rindu gak. sbb dia bakal kawen.. me rasa mcm sorg2.. mcm dah tak der kawan.. huu.. korang.. rindulaa...

update 1/12/05

mlm td ainil dtg umah. dia hantar kad kawen dia. minta me tolong upload dlm smartians group dan kasi pada beberapa org. bz makcik tu skrg ni. lama gak kitorang borak. ainil nikah ahad pagi. so pagi ahad tu me kena ada kat umah dia pepagi butalah kot. sabtu pun mungkin ada kat umah dia gak kalo me tak der hal lain. hmm.. (td dah taip pjg..dah citer mcm2..ilang.. laa ni tak tau nak citer apa.. pening kepala..)


rindu kat adik beradik..

bila berjauhan pasti teringat kan. kenangan tu byk. kawan gaduh, kawan berbual, tidur sama, makan sama, kena marah sama, belajar sama, ngaji sama.. tiba2 terpisah.. seorang kat utara, sorg kat seberang laut. hmm.. rindu kat along, alang, ajib, oon, jim, hani, sufi dan ayub.. erm.. reena gak.. :)

update 1/12/05

semestinyer..

rindu kat seseorang...

tak baik laa.. tak patut rindu kat org ni.. baca blog teringat awk.. online msn nmpk awk.. hmm.. maaf ye.. semoga berbahagia ke akhir hayat.

update 1/12/05

baru tersedar dr lamunan.. bila baca balik pg td rasa terkedu gak. ish awatlaa me ni. bengong kot time tu. tak patut me tulis cam ni smlm kan. kalau dia baca sure terganggu perasaan.. awk.. minta maaf ye.. alhamdulillah dah boleh terima kenyataan. insyaallah 100% ok dah ni. no more perasaan jiwang2 yg bkn2 tu utk awk :) life must go on. chewahh.. semoga awk dikurniakan anak2 yg soleh dan solehah.. yg comel2..


rindu kat 'org tu'

erm.. mcm tak rindu.. tak kot.. ingat je kat dia. mmg tak der perasaan rindu pun. tak der perasaan :(

huu...

update 1/12/05

sedang berkawan. cuba utk mengenali. cuba utk menyayangi. insyaallah kalau ada jodoh kitorang adalah kendurinya tak lama lagi. pray for us. aminn.. tq :) td lunch jmpa dia. sampai laa ni still ada bau lovely lace kete dia. lekat betul bau ni. tak yah pakai perfume. tp effect dia, me tgh pening kepala. ish. sabo jerk ar.

patutnya mlm td jmpa dia. tp tak jd sbb dia ada hal lain yg lebih penting. tak per.. tp sebenarnya terasa gak la.. tu yg tersedar.. napa me terasa bila tak jd jmpa dia? mungkin 'rasa' tu dah ada? selama ni me main2 je ckp2 pasal kawen ngan dia. haha. main2 sbb tak nak dlm hati ni ada harapan yg dia akan jd my future husband. sbb me pun tak tau yg dia ckp tu betul or main2 gak. dlm setahun dua ni mcm2 bleh jd kan. mana tau kot esok lusa tetiba dia berkenan ngan org lain kan? haha. kawan ngan me senang. kalau tak nak terus terang je. tak akan ada episod rayu merayu. bkn tak serius tp sbb dah tawar hati kot. dah lalui semua tp hasilnya tak der. mmg tak semua org sama, tp kemungkinan utk perkara yg sama tu jadi ttp ada.

ehh.. mengarut bkn2 plak ek. k lah nak menenangkan otak. tetiba sakit kepala..

salamun'alaik..

4 comments:

zamdee said...

hish, sampai gitu ek lupa nyer..

buduh tul ler sapa yg antar tuh, tak pikir ker?? isk isk isk.. zaman it nie pung, ader lg kes mcm tuh ek, ermm..

~comei~ said...

org yg anta tu tak pakai IT kot. org yg anta pakai email pun banyak kan. hehe.

Abah Mui'zz said...

Anim, dalam perjalanan hidup, ada sesetengah perkara yg berlaku dan sesetengah manusia yg kita jumpa, yang kita perlu lupakan. Memang kadang2 susah nak lupakan, tapi untuk kebaikan diri kita juga, kena lupakan.

~comei~ said...

insyaallah abah.. tak der apa dah :) -anim ok ;)-