Petikan dari Majalah Nur Julai 2005 (hadis & falsafah)
Antara jujur dan dusta, mmg byk bezanya. Jujur nilai positif tetapi dusta nilai negatif. Malah ganjarannya juga berlainan seratus peratus. Jujur membawa ke syurga, manakala dusta membawa ke neraka. Ini prinsip asas yang diajarkan Islam, dan tidak ada tolak ansur dalam hal ini.
Rasulullah bersabda yang bermaksud, “Hendaklah kamu sentiasa benar kerana sesungguhnya kebenaran itu membawa kepada kebajikan dan kebajikan itu membawa ke syurga. Selama seseorang benar dan sentiasa memilih kebenaran, dia tercatat di sisi Allah sebagai seorang yang benar (jujur). Berhati-hatilah terhadap dusta kerana sesungguhnya dusta itu membawa kepada kejahatan dan kejahatan itu membawa ke neraka. Selama seseorang dusta dan sentiasa memilih dusta, dia tercatat di sisi Allah sebagai seorang pendusta.” (Hadis Bukhari)
Bagaimanapun ada ‘dusta yang dibolehkan’ jika ia bertujuan tertentu. Daripada Ummu Kalsum binti Uqbah bin Abi Mua’ith (dia termasuk dalam muhajirin yang pertama berbai’ah dengan Rasulullah), mengatakan bahawa dia mendengar Rasulullah bersabda, “Tidak termasuk dalam kalangan pendusta bagi orang yang mendamaikan dua orang yang berselisih faham, dia mengatakan yang baik lalu dia berhasil yang baik.”
Kata Ibnu Syihab, aku tidak pernah mendengar Rasulullah membolehkan orang berdusta melainkan dalam tiga hal:
- dalam peperangan
- dalam mendamaikan dua orang yang berselisih
- berita suami kepada isterinya dan berita isteri kepada suaminya.
(Riwayat Muslim).
--------
hmm.. bila baca artikel ni me mesti teringat pada sms yg me dpt dr sorg teman.. dia minta maaf sbb tak terus terang ttg status dia yg dah bertunang. katanya mmg nak kasi tau tapi tak terkeluar. tak taulah me tersekat kat maner. hujung jari kot (sbb kitorang bersms dan chat kat msn je..hehe..) rasanya me dah pernah tanya dia status dia tu. bagi me.. benda tu penting sbb boleh jaga pergaulan dari tersasar.. maklumlaa dunia alam maya sekarang ni, tak jumpa pun bleh ada rasa suka. huhu. awatnya tak taulaa.. semua ni sebab hati.. rasa suka tu akan datang sendiri terutama bila ada respon dari kedua belah pihak. kalau sorang2 mesti tak jadikan??
pelik rasanya.. napa org lelaki tak suka kasitau status diorg? takut org tak nak kawan kot ek? abis tu kalau dah kawan dan terlajak (rasa) lepas tu baru kasi tau tak terasa takut hilang kawan tu ke? bukan kah lebih baik mencegah dari mengubati (chewah)..hmm..tak taulaa apa dalam fikiran diorg ni ye? (jgnlah ada yg terasa..baca sambil senyum k :))
hmm.. tak tau gaklah kenapa..perkara ni jadi dua tiga kali dlm diri me.. org kata sepatutnya me dah boleh elak dr jadi lagi benda2 mcm ni kan? tapi still tak bleh. sbb.. mereka dtg dengan cara yang berbeza. permulaa yang berbeza.. pertengahan yang berbeza.. tapi akhirnya sama. me bkn tak cuba elak.. sbb cuba elaklaa me dpt tahu awal (nasib baik..) tapi tulah dia.. belum sampai masanya utk me bertemu seseorang yang sememangnya telah ditakdirkan utk me. me senyum je.. :)
me pk +ve. ni ujian utk me.. Dia uji me sbb Dia tahu me boleh hadapi ujian ni (insyaallah..) me terima dgn hati terbuka dan redha. mmg pernah satu tahap me tersebut 'kenapa me yg kena ujian mcm ni'.. tapi alhamdulillah sbb me cepat sedar.. bak kata abahmuizz dlm blog dia, org tgh ada masalah mmg suka merapu mcm2.
buat teman2 me tu (dan yg lain2) me doakan semoga jodoh kalian berpanjangan hingga ke akhir hayat (dan jika di izinkan 4JJ1 sehingga ke alam lain - wallahu'alam).. me akan doakan yang baik-baik je.. namapun doakan.. semoga kita tetap berkawan.. juga dgn izin-Nya.. tapi kalau rasa tak nak kawan pun tak perlaa.. tak kan me nak paksa :p
-salam sayang-
nisnim
No comments:
Post a Comment