Thursday, August 25, 2005

cerita hari ni..

salam..

dua hari ni (rabu dan khamis) me ada kursus kristal kat opis me kat tkt 50. kursus dari pagi sampai ptg. input ok. mmg related sgn kerja. insyaallah akan me praktikkan.

selama dua hari ni kitorang di sediakan juga mkn pagi dan mkn tgh hari. dua2 hari ni makanan dia ada sotong / udang. sian gak la pada org mcm me yg tak bleh mkn seafood. hmm.. smlm pagi mkn nasi lemak lauk sambal sotong. sambal ikan bilis tak der. :( so me dan kak noris mkn nasi lemak tanpa sambal. first time for me. haha. nasib baik nasi dia sedap + ikan bilis and kacang ada rasa. so oklah. tgh hari plak mkn nasi putih. tapi salah satu lauk dia udang. :( again.. tp nasib baik ada lauk lain. alhamdulillah.. adalah rezeki me.

tadi pagi di sediakan nasi goreng. perencahnya udang juga. besar lak tu. nak buat mcm mana ye.. terpaksa mkn.. me amik sikit je nasi goreng tu. org kata diet lantak lah. nak rasa je. amik seketul karipap dan sebiji kuih apam. alhamdulillah nasib baik me dpt kuih. kak noris sian dia.. kuih dah takder masa tu. so lps mkn sufferlah dgn gatal kat tgn and kaki. me cuma gatal kat tekak. masa mkn tu mmg terpaksa pastikan tak kena bibir. and mmg me doa tawakalltuilallah.. tgh hari mkn nasi kaler kuning. nasi minyak kot. sedap. ada lauk udang gak + ayam masak merah kot. alhamdulillah.. rezeki hari ni..

lps mkn tgh hari tadi me turun opis me kat tkt 43. ada kerja sket + nak solat zohor. masa nak naik balik kat atas (dgn kak noris) ada insiden plak kat dpn pintu opis. what happened? me punch utk keluar pintu. kak noris tolak pintu (kaca) utk buka pintu. tapi.. pintu tu mcm tak bleh bukak. kak noris tolak lagi. and at da same time me tgk atas. terkejut.. engsel pintu (kat atas) dah tercabut. means.. kak noris tgh pegang pintu kaca yg berat tu sorg diri. allahu akbar. kak haraza kat dpn kitorang dah jerit "lepas noris!! lepas!!". tapi ye lah. kita tak aspect perkara tu. kak noris still pegang pemegang pintu tu and me kat belakang kak noris. what to do?? no idea. bila pintu tu dah hampir nak jatuh, kak noris lepaskan pintu tu. the result.. pecah berderai.. erk.. masing2 tgk kaki. nasib baik ua2 org pakai kasut sarung. so kaca tak kena kaki. but... kaki kak noris luka (tak berdarah..tp kulit terkopek) kena bucu pintu. bila naik bilik seminar luka tu jadi bengkak. dan semakin bengkak. kak noris pergi klinik and doc kasi ubat sapu. kesian kak noris. esok mc kot dia. wallahualam..

me doa pada Allah.. minta diringankan sakit ke atas kak noris. me tau allah syg kak noris.. sbb tu ujian ni kak noris yg kena.

hmm.. bgnan ni tak la lama mana.. tapi pintu bleh tercabut.. pelik tu.. hmm..

edit sikit (26/8/05)
smlm me fobia tgk pintu opis. kaku kejap depan pintu tgk atas bwh baru masuk opis. hari ni pun still mcm tu. tp tak teruk mcm smlm. kak noris mcm manalah agaknya ek? tentu lagi fobia...
masa solat asar smlm terasa hati ni kacau juga sbb tringat lagi. lepas solat me sujud shukur sbb teringat kekuasaan Allah tolong kami (walaupun ada yg luka). sbb.. kaki kitorang tak kena kaca sikit pun walaupun mmg kitorang depan pintu tu. and.. kak noris di beri kekuatan utk pegang pintu tu sampai ke bawah (supaya jatuh pecah tak teruk). masa nak masuk opis lps seminar smlm diorg dtg pasang pintu kaca baru. 4 org lelaki pegang pintu tu. bayangkan smlm kak noris pegang pintu tu sorang2. allahu akbar.. still terbayang2...

No comments: